Anda di halaman 1dari 6

BIOGRAFI IBN ARABI Ibn Arabi (560-638 H/1165-1240 M) memiliki nama asli Abu Abdullah Muhammad Ibn Arabi

Al AThai Al-Hatimi. Beliau mendapat julukan Syeikh Muhyidin, yakni Sang Pembangkit agama, dan Syeikh al-Akbar, yakni Sang guru tertinggi.1 Dilahirkan di Murcia (spanyol) tahun 560 H (1164 M) dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad bin Said bin Mardaniah. Ibn Arabi berasal dari keluarga yang dikenal cukup soleh, ayah dan pakciknya dikenal sebagai sufi termasyhur. Pada usia 8 tahun, Ibn Arabi meninggalkan kota kelahirannya dan berangkat ke lisabon, dia mempelajari hukum-hukum Islam dari Syekh Abu Bakar bin Khalaf. Dari Lisbon kemudian dia berpindah ke sevilla yang pada waktu itu merupakan pusat sufi dispanyol, dan menetap disana selama 30 tahun untuk mempelajari hukum, hadis, dan teologi Islam.2 Di sevila ini Ibn arabi banyak mempelajari sufi dari para Ulama tasawuf. Disamping sevilla menjadi tempat tinggal permanennya, Ibn arabi menyinggahi banyak tempat di Spanyol dan alMaghribi. Di Kordoba dia bersahabat dengan Ibn Rusyd, yang kemudian menjadi hakim dikota itu.3 Pada Tahun 620 H/1223M, Ibn Arabi menetap secara permanen di Damaskus, tempat sejumlah muridnya termasuk al-Qunawi, menemaninya sampai akhir hayat. Menurut sejumlah sumber awal ia menikah dengan janda Majd al-Din, ibu al-Qunawi. Akhirnya dia wafat di Damaskus tahun 638 H/1240 M dan dimakamkan di kaki Gunung Qasiyun di perkuburan pribadi Kadi Muhyid-Din bin Az-Zaki.4

William C. Chittik, Ibn Arabi dan Madzhabnya dalam Seyyed H. Nasser, ed. Ensiklopedi Tematik Spiritual Islam : Manifestasi (Bandung :Mizan, 2002), Hal. 64 2 A.E Affifi. Filsafat Mistis Ibn Arabi (Jakarta : Gaya Media Pratama, 1995). Hal.1 3 Ibid. 4 A. E. Affifi. Ibid. hal. 2

IBN ARABI (BIAA 4103)

Ibn Arabi memiliki dua putra, Sadud-Din, seorang penyair terkenal, dan Immadud-Din. Saaddudin wafat tahun 656 H, dan Immaduddin wafat tahun 667 H, dan keduanya dimakamkan berhampiran dengan ayahnya.5 Sumber-sumber pengilmuan Menulis tentang Ibn Arabi, Profesor Affifi, berkata, Tidak syak lagi, dia (IBN Arabi), ialah seorang ahli fikir dan pengasas kepada satu aliran pemikiran, tetapi lebih tepat lagi beliau boleh dikatakan ialah seorang ahli sufi. Jadi falsafah tasawufnya mewakili kesatuan pemikiran paling tinggi, yang merupakan suatu campuran aneh antara kebenaran, akal dengan marifah. Biasanya beliau tidak membutikan idea-ideanya dengan suatu diaelektika yang formal, tetapi mengambarkan kepada pengkaji-pengkaji dengan mengunakan kasuf dan khayal kesufian sebagai bukti terakhir kepada kebenaran idea-ideanya.6 Dengan itu jelas, bahawa Ibn Arabi merupakan seorang ahli fikir yang memiliki tunjang yang kukuh dalam alam kesufian. Malahan tasawuf, dalam diri beliau, merupakan kuasa penentu kepada arah pemikirannya. Oleh itu, dalam hubungan dengan sumber-sumber pengilmuan, tidak wajar terutamnya membicarakan beliau pada peringkat yang bersifat sejarah. Ini kerana pada dasarnya, sumber setiap kerja-kerjaahli sufi yang telah berjayamerealisasikan matlamat pelayaranya, adalah vertical secara langsung sifatnya: dimana mereka tidak bergantung kepada pengaruh-pengaruh yang bersifat horizontal. Kerana itu, boleh dijelaskan bahawa sumber utama pengilmuan Ibn Arabi adalah berpaksikan marifah yang diterima dalam perjalanan kesufiannya.7 Ibn Arabi juga dikatakan telah menjadi murid kepada al-khidir . hal ini terutamnya dirujukkan kekpada beberapa peristiwa di mana beliau dikatakan telah menerima khirqah daripada Khidir; pertamanya di Seville pada tahun 580H./1184M, kemudian diikuti kali kedunya diMakkah (599H / 1202M) dan akhirnya di Mosul (601H/1204M). Disamping peristiwa penerimaan dan pemakaian khirqah tersebut, Ibn Arabi kerap pula menemui Khidir Pertemuan-pertemuan itu semuanya memperkayakan lagi perbendaharaan kerohanian beliau. Dan segala-galanya jelas
5 6

Ibid. hal.3 Zakaria bin Stapa. 1993. Ibnu Arabi Tokoh Sufi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 13. 7 Ibid. [2]

IBN ARABI (BIAA 4103)

terabayang dengan kukuhnya dalam hasil penulisan beliau, seperti yang dicatatkan oleh Muhammad Rejab Hilmi dalam al-Burhan al-Azahar Fi Manaqib al-Syeikh al-Akhbarnya sebagai bukti:8 Tidak diragui lagi, sesunguhnya tulisan-tulisan beliau, seperti Fusus alHikam dan al-Futuhat, menyaksikan kelebihan dan ketinggian marifahnya: perggabungan dan keseringanya bersama Khidir Alaihi al-Salam serta penerimaan Khirqah daripada khidir. Disamping itu, Ibn Arabi juaga telah dididik oleh pengembaraanya. Pengembaraanya telah membawa beliau bertemu ramai syeikh dan sahabat yang boleh dijadikan panduan dalam perjalanan kesufian beliau. Dua daripada tokoh-tokoh ditemui dalam pergembaraan ini ialah 9:
1.

Abu Muhammad Abd. Al-Aziz bin Abu Bakar al-Qurashi al-Mahdawi aitu seorang sahabat lama Ibn Arabi yang tinggal di Tunis. Ibn Arabi telah mengunjungi beliau sebanyak dua kali. Ketika berada di rumah al-Mahdawi, Ibn Arabi telah menyiapkan sebahagian daripada kitab beliau yang bertajuk Inshaal Dawair. Kemudian semasa berada di Makkah pada Tahun 600H, beliau telah menulis risalah Roh al-Quds Fi Munasahat al-Nafs yang khusus ditujukan kepada sahabat lama ini.

2.

Abu Abdullah Muhammad Ibn Qasim bin Abd al-Rahman bin Abd al-karim al-Tamimi, iaitu imam masjid al-Azhar, bandarFez Afrika utara. Beliau juga ialah pengarang kitab alMustafad fi Sikir al-Salihin min al-Ibad. Pada tahun 593H, semasa berada di Fez, Ibn Arabi telah menghadiri kuliah-kuliah yang diberikan oleh beliau di Masjid al-Azhar. Pada tempoh yang sama Ibn Arabi mempelajari secara langsung kitab penulisan Syeikh ini.

Kemudian, kemuncak daripada pengembaraan dan pertemuaan dengan ramai syeikh, Ibn Arabi telah berjaya mengasaskan sebuah Tariqah Al-akbariyyah. Disamping apa yang telah dikemukakan yang lain telah menimba ilmunya daripada sumber-sumber yang bersifat historical. Ini merujuk interprestasi dan rumusan yang dibuat terhadap berbagai-bagai idea yang boleh kita
8 9

Ibid Hlmn.17. Ibid Hlmn. 18. [3]

IBN ARABI (BIAA 4103)

temui tentang doktrin-doktrin berbagai aliran yang telah dibahas secara mendalam yang terpantul dalam tulisan-tulisan beliau.10 Pada keseluruhannya, boleh dijelaskan bahawa pada zaman Ibn Arabi, iaitu di Antara pertengahan pertama abad ketujuh Hijrah, alam intelektual Islam sudah adapun dengan pelnagai sumber, malahan kesemuanya sudah berlegar di udara dunia Islam.11 Iklim intelektual dan faktor-faktor persekitaran serta pengembaranya yang panjang bersama daya penelitian yang matang, telah banyak mempengaruhi beliau dalam membuat interprestasi dan rumusan terhadap idea yang dimilikinya.12 Ibn Arabi telah sempat mempelajari dan membuat komentar terhadap kitab Khal al-Nalain yang ditulis oleh Ibn Qasi. Beliau juga telah membuat perbincangan dan diskusi dengsn golongan Mutazilah, seperti Abu Abdullah bin Junaid al-Qabrafiqi; melawat al-Merta, yang merupakan pusat gerakan aliran tasawuf yang diasaskan oleh Ibn Al-arif, yang mana beliau telah berkesempatan menemui Abu Abdullah al-Ghazali murid Ibn al-Ariff mengunjungi dan membuat perbincangan dengan Ibn Rusyd.13 Kemudian semasa di Makkah beliau juga banyak menghabiskan masa membuat kajian dan perbincangan dengan beberapa orang tokoh yang ada di kota suci tersebut, sepertimana yan dijelaskan oleh Austin:14 Banyak masa beliau semasa di Makkah, telah dihabiskan membuat kajian dan diskusi dengan ramai sarjana dan ahli sufi yang tinggal di kota Suci ini. Pada waktu itulah beliau telah berkonfrantasi dengan seorang ahli fiqh Abd alWahhab al-Azli Boleh dirumus, bahawa pada asasnya Ibn Arabi memilikidua cabang pengilmuan yang menjadi sumber kepada seluruh bahan pengetahuan, yang kemudiannya
10 11

yang ketika itu

mengerakkan aliran tasawuf di al-Meria yang telah ditinggalkan oleh gurunya; serta sempat

Ibid. Hlmn. 19. Ibid. Hlmn. 25. 12 Ibid. Hlmn. 25. 13 Ibid. Hlmn. 25. 14 Ibid. Hlmn. 26. [4]

IBN ARABI (BIAA 4103)

terpantul ke dalam kitab-kitab tulisan beliau. Sumber-sumber tersebut boleh drumuskan kepada apa yang diistilahkan sebagai non-historical yang menjurus kepada marifah yang diperoleh oleh orang lain adalah gejala-gejala perlakuan hidup dan asas-asas awalnya. Sumber kedua bersifat historical yang digarap dari alam intelektual yang ada di sekitarnya. Dan di situlah tercantumnya adunan antara tasawuf dengan falsafah.15

BIBLIOGAFI
15

Ibid. Hlmn. 25. [5]

IBN ARABI (BIAA 4103)

Affifi, A.E. Filsafat Mistis Ibn Arabi. Jakarta: Gaya Media Pratama, 1995. Arabi, Ibn. Cahaya Penakluk Surga. Surabaya: Pustaka Progessif, 2002. Arief, Syamsudin. Orientalis dan Diabolisme Pemikiran. Jakarta: Gema Insani Press, 2008. Kartanegara, Mulyadi. Gerbang Kearifan : Sebuah Pengantar Filsafat Islam. Jakarta: Lentera Hati, 2005. Nasution, Harun. Falsafat dan Mistisme dalam Islam. Jakarta: Bulan Bintang, 2005. Nasser, Seyyed H., ed. Ensiklopedi Tematik Spiritual Islam : Manifestasi. Bandung: Mizan, 2002. Nasser, Seyyed H., ed. Ensiklopedia Tematis Filsafat Islam. Bandung: Mizan, 2006. Umari, Barmawi. Sistematika Tasawuf. Solo: Ramadhani, 1994. Barmawi Umari. Sistematika Tasawuf (Solo : Ramadhani, 1994) http://id.wikipedia.org/wiki/wahdatul_wujud

[6]

Anda mungkin juga menyukai