2008 Kedah STPM BM - Ans
2008 Kedah STPM BM - Ans
2008 Kedah STPM BM - Ans
STPM 2008
BAHASA MELAYU
( KERTAS 1 dan 2 )
Anjuran Bersama
DAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH
PERINGATAN:
Skema pemarkahan dan skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan
tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.
Pendahuluan
Penyusunan skema ini bertujuan menyediakan panduan am kepada pemeriksaan untuk
melaksanakan kerja pemeriksaan skrip jawapan calon. Matlamat utamanya adalah untuk
menjadikan kerja pemeriksaan ini mudah, tekal, dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
serta mencapai satu taraf penyeragaman yang memuaskan dalam pemeriksaan .
1 Tujuan
Untuk menilai kebolehan calon dalam
a) mengemukakan isi-isi yang relevan bagi tiap-tiap soalan karangan tepat dan
sesuai.
b) menghuraikan dan merumuskan hujah-hujah dengan matang, lancar, dan
berkesan.
c) menyusun isi mengikut urutan yang sesuai.
d) menyampaikan isi dalam bentuk wacana yang utuh.
e) menggunakan bahasa yang betul, persis, dan sesuai.
1. kerelevanan (R)
2. pengolahan (P)
3. kebahasaan (B)
a) KERELEVANAN ( R )
(i) Kandungan karangan
• Pendahuluan
• Isi
• Kesimpulan
( ii ) Pendekatan
• Karangan berformat
• Karangan tidak berformat
b) PENGOLAHAN ( P )
Aspek pengolahan dinilai dari segi:
( i ) Kesepaduan karangan
• jalinan idea dengan idea
• jalinan perenggan dengan perenggan
• jalinan ayat dengan ayat .
• Pendahuluan/Pengenalan
• Isi
• Penutup/Kesimpulan
c) BAHASA ( B )
Aspek bahasa dinilai dari segi:
Penutup ( 3 markah )
Tahap Markah Kriteria
Baik 3 Baik dan meyakinkan
Sederhana 2 Kurang baik dan kurang meyakinkan
Lemah 1 Tidak meyakinkan, terlalu pendek
Catatan:
(a) Markah maksimum bagi aspek kerelevanan ialah:
(i) Pendahuluan = 3
(ii) Isi = 15 ( 3 markah x 5 isi )
(iii) Kesimpulan = 3
--------
Jumlah = 21
(b) Jumlah isi yang diterima tidak dihadkan, tetapi markah maksimum isi ialah
15.
(c) Cara menandakan markah
(i) Markah hendaklah ditulis di tepi sebelah kanan setiap perenggan
berakhir.
(ii) Jika perenggan berkenaan tidak mengandungi isi dan huraian yang tidakj2k
relevan, tandakan TR di tepi peenggan itu.
(iii) Jika perenggan berkenaan mengandungi isi dan huraian yang diulang,
tandakan UL di tepi perenggan itu.
Markah bahasa dinilai dari aspek penggunaan diksi, morfologi, sintaksis, dan aspek
mekanis.
Markah bahasa hendaklah dicampurkan dengan markah R dan P.
• Bagi karangan yang melebihi 700 patah perkataan pemeriksa hendaklah j2k
membuat satu garisan melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan
setakat itu sahaja. Bahagian yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
• Bagi karangan yang keseluruhannya terpesong, markah malsimum yang
boleh diberi hendaklah tidak melebihi 5 markah.
1. Tujuan Pengujian
Menilai :
(a) pemahaman calon terhadap isi petikan karangan.
(b) Kebolehan calon mengenal pasti isi utama, isi sokongan ( huraian dan hujah ),
dan kesimpulan petikan.
(c) Kebolehan calon mengolah semula kandungan petikan dengan menggunakan
bahasa sendiri secara berkesan tanpa mengubah maksud asal petikan. Calon
sepatutnya menggunakan bahasa sendiri.
Penilaian rumusan merangkumi aspek yang berikut ;
(a) Isi ( I )
• Isi utama ( IU )
• Isi sokongan ( IS )
• Kesimpulan ( K )
(b) Persembahan ( P )
Pengolahan
Bahasa
Baik 7-8 IU Tepat dan lengkap/ IU kurang tepat dan kurang lengkap j2k
Nota :
a) Isi sokongan ( IS )kurang lengkap juga ialah isi sokongan yang lemah.
b) Dua ( 2 ) IS yang lemah dianggap sama nilai dengan satu ( 1 ) IS yang tepat dan
lengkap.
c) Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan.Jika calon menulis lebih
daripada tiga perenggan, tolak 1 markah.
Cara Pemeriksaan
(a) Pemeriksa hendaklah menandakan IU, IS dan K seperti yang berikut.
JUMLAH PERKATAAN
Rumusan hendaklah tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan dalam
soalan. Bahagian rumusan yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Pemeriksaan
hendaklah membuat satu garis melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan
hingga setakat itu.
1. Tujuan Pengujian
(a) Untuk menilai kebolehan calon mengalih suatu bentuk bahasa daripada pelagai
bentuk teks kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden dengan mengekalkan isi
yang asal.
(b) Kebolehan calon menggunakan bahasa yang betul dalam bentuk prosa bahasa
Melayu moden.
Penilaian merangkumi aspek-aspek berikut :
1. Isi ( I ) 5 markah
2. Persembahan ( P ) 10 markah
3.
2. Cara Pemberian Markah
Pemeriksa hendaklah membaca setiap jawapan alih bentuk teks untuk menentukan
markah yang wajar diberikan kepada calon.
1. Isi ( 5 markah )
Taraf Markah Kriteria
Amat baik 5 Tepat, tiada is/fakta terpesong atau tertinggal
Baik 4 Secara keseluruhan masih tepat, tetapi ada sedikit
isi/fakta kurang tepat atau tertinggal
Sederhana 3 Secara keseluruhan masih baik tetapi sebahagian
daripada isi terpesong atau fakta tertinggal
Lemah 2 Tidak tepat, banyak isi terpesong atau tertinggal
Amat Lemah 1 Secara keseluruhan isi tidak tepat/sipi / menyeleweng /
tertinggal.
2. Persembahan ( 10 markah
Catatan :
Calon yang menyalin keseluruhan teks diberi sebanyak 1 markah
Jawapan berbentuk ulasan/laporan/ringkasan diberi maksimum 2 markah.
TERHAD j2k
SKEMA JAWAPAN
BAHASA MELAYU
‘Hasil ujian esei bergantung kepada pemeriksa. Pemeriksa berlainan akan memberikan
markah yang berlainan, malahan pemeriksa yang sama mungkin memberikan markah
yang berlainan pada skrip jawapan yang sama pada masa yang berlainan. Ketidaktekalan
seperti ini menjejaskan kebolehpercayaan ujian kerana skor ujian telah membayangkan
prasangka dan pandangan pemeriksa’
TERHAD
j2k
SKEMA JAWAPAN
KERTAS 1
A = 9 B = 15
C = 15 D = 21
j2k
Bahagian A
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50]
Skema Jawapan
Pengenalan
- Kes kehilangan kanak-kanak semakin bertambah dan sering mendapat perhatian
umum.
- Contoh nama kanak-kanak yang hilang.
- Fokus soalan.
Isi-isi.
1 Faktor kecuaian atau kelalaian ibu bapa
• membiarkan kanak-kanak bermain atau berjalan sendiri tanpa pengawasan ibu
bapa.
• Ibu bapa leka ketika membeli belah.
3 Faktor kanak-kanak itu sendiri yang mudah dipujuk dan ada yang ‘hiperaktif’. Hanya
dengan sebiji gula-gula, kanak-kanak akan mengikut sesiapa sahaja yang tidak dikenali
oleh mereka.
4 Kepincangan masyarakat – jiran tidak mengenali antara satu sama lain. Jika penculik
membawa anak-anak jiran, tiada sesiapa yang tahu.
5 Kelemahan pihak berkuasa. Kanak-kanak yang diculik tidak ditemui dan penculik
juga tidak dapat diberkas. Oleh itu, penjahat atau penculik semakin berani melakukan
kegiatan mereka.
Penutup
- Selain faktor kecuaian ibu bapa, terdapat juga faktor lain.
- Harapan agar orang yang bersalah dapat ditangkap dan masalah kehilangan kanak-
kanak tidak akan berlaku lagi.
j2k
2 Selain mengemukakan unsur pengetahuan sejarah, mata pelajaran Sejarah dikatakan
mampu memupuk nasionalisme dalam kalangan pelajar. Bincangkan.
Skema Jawapan
Pengenalan
• Sejak 1990-an subjek Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di peringkat PMR
dan SPM
• Sejarah penting dalam memupuk nasionalisme pelajar/ semangat kenegaraan.
Isi-isi
Kesimpulan
3 Penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi untuk tujuan pembangunan semakin j2k
berleluasa di negara kita. Sekiranya penerokaan hutan dilakukan tanpa kawalan di kawasan
tersebut, ia akan meninggalkan kesan terhadap alam sekitar di negara kita. Sebagai seorang
pegawai di Jabatan Alam Sekitar, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada
pelajar sekolah tentang kesan penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi terhadap alam sekitar.
Tulis teks ceramah itu selengkapnya.
Skema jawapan
Pendahuluan
- Kata alu-aluan
- Konsep penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi
• Kawasan hutan ditebang dan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai
tujuan. Misalnya penebangan untuk pembalakan, pembukaan kawasan ladang,
pembinaan kawasan petempatan dan industri, dan
ditenggelami air untuk projek hidroelektrik.
• Kemusnahan hutan secara besar-besaran ini berlaku secara semula jadi dan
kesan daripada aktiviti manusia.
- Fokus soalan
Isi-isi
Isi 1 : Kesan penerokaan hutan terhadap aspek kepelbagaian biologi.
- Spesies fauna dan flora diancam kepupusan sehingga tidak sempat menjalankan
pemuliharaan . pada tahun 2000, dianggarkan lebih daripada satu juta spesies
haiwan dan serangga akan lenyap dari muka bumi ini dan tidak dapat dijangkakan
berapa banyak lagi spesies yang akan lenyap apabila kita melangkah masuk ke alaf
21 nanti.
- Pelbgai spesies fauna dan flora diancam kepupusan dan kemusnahan akibat
kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan, fungsi pokok
sebagai pengeluar utama akan turut mengalami kemusnahan.
Isi 2 : Kemusnahan habitat dan tempat tinggal.
- Proses penerokaan hutan memusnahkan sama sekali habitat hidupan liar.
Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Oleh sebab itu,
haiwan berhijrah ke hutan atau habitat yang lain untuk mencari perlindungan atau
tempat baru.
- Persaingan intra dan interspesies akan berlaku ditempat baru. Mana-mana spesies
yang kalah akan musnah dan pupus.
Isi 3 : Memusnahkan edaran nutrien dalam ekosistem
- Kesan akibat penerokaan hutan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam
ekosistem hutan hujan tropika. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan
berlakua dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan.
- Jika penebangan hutan rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana
larian air permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol.
- Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran
nutrien.
Isi 4 : Perubahan cuaca setempat
- kemusnahan hutan menyebabkan peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan
pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida
dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak
hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau.
Penutup
- Fokus soalan
- Pendapat sendiri
- Wawasan negara
Skema Jawapan
1.0 Pendahuluan____________________________________________________
_____________________. Berikut ialah laporan tersebut. ( Ayat ini perlu ada
pada akhir pendahuluan )
2.0 Jawatankuasa
Pengerusi : ____________________
Setiausaha : ____________________
Ahli Jawatankuasa:
____________________
____________________
____________________
Isi – isi seterusnya ( lihat skema jawapan ) ditulis mengikut format seperti isi 3.1, 3.2,
3.3 dan seterusnya.
Isi-isi Cadangan.
1.0 Pendahuluan
3.1 Sikap atau kesedaran golongan pelajar terhadap pengabaian kebersihan masih
rendah / kurang dipentingkan.
3.2 Pengusaha kantin lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan untuk
memberi khidmat kebajikan
3.3 Pengabaian pemilihan pengusaha kantin secara tender tidak dilakukan dengan
telus, tegas dan bijaksana.
3.4 Kelemahan pihak pengurusan sekolah melakukan pemantauan secara berjadual
dan berterusan. Pemeriksaan kendiri harian dan bulanan kurang dilakukan.
Tidak ada tindakan susulan.
3.5 Pemeriksaan kesihatan terhadap pengusaha kantin dan pembantunya tidak
dilakukan, seperti mengambil suntikan tifiod supaya terpelihara daripada
pembawa penyakit berjangkit.
3.6 Surat akuan pengiktirafan kesihatan pengusaha / penyedia makanan kantin j2k
sekolah yang dikeluarkan pihak hospital kerajaan dan jabatan kerajaaan sebagai
jaminan / bukti / tahap kesihatan tidak melibatkan semua.
3.7 Proses penyediaan, penyajian dan pembungkusan makanan kurang
menitikberatkan kebersihan, kesihatan dan melebihi tempoh / had / masa
selamat dimakan.
3.8 Pengusaha kantin sekolah yang terlibat dalam kes keracunan tidak
disenaraihitamkan. Tamatkan kontrak agar tidak menimbulkan kes berulang.
3.9 Pengusaha kantin kurang berhati – hati semasa memilih dan menentukan
pembekal bahan mentah yang bersih dan bebas daripada sebarang
pencemaran.
3.10 Faktor penggunaan air yang bersih tidak diutamakan semasa penyediaan
makanan, mencuci bekas makanan dan minuman.
4.0 Penutup
- Menyatakan fokus soalan
- Harapan calon yang positif terhadap fokus soalan
- Menghubung kait isu dan matlamat negara.
Bahagian B j2k
5 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan
ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih tiga
perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. [20]
8 Jun ialah Hari Laut Sedunia yang pertama kali diisytiharkan pada 8 Jun 1992 di
Puncak Bumi, Rio de Janeiro, Brazil. Pengisytiharan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
mengenai pentingnya laut kepada kehidupan manusia. Tahukah kita bahawa peranan laut
begitu menakjubkan sebagai pemampan? Laut memampan haba, gas rumah hijau seperti
karbon dioksida dan bahan cemar untuk mengimbangkan iklim bumi, seterusnya melindungi
manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu bumi. Berbanding pencemaran darat
yang boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah diuruskan, pencemaran di laut tidak dapat
disempadankan. Kesan buruknya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Malangnya, kebutaan
ini menyebabkan manusia kian angkuh dengan pelbagai aktiviti yang terus-menerus
memusnahkan laut.
Sampah plastik, sisa industri, dan minyak dikenal pasti sebagai angkara utama manusia
yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan hidupan marin. Meskipun dalam
kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini mampu membantutkan kebolehan
hidupan marin untuk membiak dan membesar. Peningkatan drastik pencemaran laut
berasaskan plastik sejak tahun 1940-an, kini merupakan isu yang begitu meruncing. Setiap
tahun, puluhan ribu hidupan marin terkorban atau cacat akibat sampah plastik. Kajian
mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupan mati terperangkap atau tercekik.
Selain itu, pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal dan Perang Teluk telah
meninggalkan kesan terhadap persekitaran dan biodiversiti laut. Kesan kemusnahan daripada
tumpahan minyak amat sukar dikenal pasti. Hal ini demikian kerana kesannya terhadap hidupan
marin tidak kelihatan dengan mata kasar serta tidak menyebabkan perubahan ekonomi serta-
merta. Tumpahan minyak paling buruk dalam sejarah adalah daripada kapal tangki minyak
Exxon Valdez pada tahun 1989 yang pecah dan menumpahkan lebih 35,000 tan minyak
mentah di perairan Prince William Sound di Alaska. Minyak bukan sahaja telah meliputi 2,300
kilometer persegi permukaan laut, malah dalam masa tiga hari, 50 peratus daripada minyak itu
mendak di pesisiran pantai. Hal ini menyebabkan kematian ratusan ribu hidupan marin,
termasuk 13 peratus daripada populasi anjing laut, 28 peratus daripada populasi memerang
laut, dan sehingga 645,000 ekor burung laut. Hakikat bahawa minyak berskala besar yang
tumpah ke dalam salah satu ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telah
menyebabkan kegemparan di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.
Hal ini telah menyebabkan kesedaran mengenai pencemaran laut telah diuar-uarkan
dan diberi perhatian di seluruh dunia. Di negara ini, langkah mewujudkan Taman Laut Malaysia
sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta Perikanan 1985 dilihat sebagai
permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut. Setakat ini sebanyak 40 pulau yang paling
kaya dengan biodiversiti laut telah diwartakan sebagai Taman Laut dan beberapa pulau lagi
masih dalam kajian.
Idea utama :
Pengistiharaan Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun adalah untuk meningkatkan kesedaran
mengenai pentingnya lautan kepada kehidupan manusia. Laut berperanan menjadi pemampan
haba, gas rumah hijau karbon dioksida dan bahan cemar untuk mengimbangkan iklim bumi,
seterusnya melindungi manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu bumi akibat
proses pemodenan. Pencemaran di laut tidak dapat disempadankan dan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
Isi sokongan :
Isi 1: Sampah plastik, sisa industri, dan minyak dikenal pasti sebagai angkara
utama manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan
hidupan marin.
Isi 2: Meskipun dalam kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini
mampu membantutkan kebolehan hidupan marin untuk membiak dan
membesar.
Isi 3: Selain itu, pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal dan
Perang Teluk telah meninggalkan kesan terhadap persekitaran dan
biodiversiti laut.
Isi 4: Kesan kemusnahan daripada tumpahan minyak amat sukar dikenal pasti. Hal
ini demikian kerana kesannya terhadap hidupan marin tidak kelihatan
dengan mata kasar serta tidak menyebabkan perubahan ekonomi serta-
merta.
Isi 5: Hakikat bahawa minyak berskala besar yang tumpah ke dalam salah satu
ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telah menyebabkan
kegemparan di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.
Kesimpulan
Kesedaran mengenai pencemaran laut telah diuar-uarkan di seluruh dunia. Di negara ini,
langkah mewujudkan Taman Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994
melalui Akta Perikanan 1985 dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan
laut.
Bahagian C j2k
6 Alih puisi di bawah ini kepada prosa biasa bahasa Melayu moden [ 15 ]
Wasiat Ayah
Harum bau setanggi ketika ayah pergi
meninggalkan kami anak-anak si petani
yang berani dan berdikari
mengharungi arus globalisasi.
Skema Jawapan.
Haruman setanggi mengiringi pemergian ayah penyajak. Ayah penyajak seorang petani dan
telah meninggalkan penyajak dan saudara-saudaranya. Ayah penyajak seorang yang berani
dan berdikari bagi mengharungi arus globalisasi. Ayah penyajak telah meninggalkan sawah
bendang sama ada untuk mereka usahakan ataupun membiarkannya ditumbuhi lalang.
Penyajak sedang melanjutkan pelajaran di menara gading, sementara abang dan kakaknya
sudah berkahwin/mendirikan rumah tangga. Penyajak keseorangan di luar negara dan dia tidak
mempunyai masa untuk berleka. Ayah penyajak meninggalkan wasiat/pesanan agar penyajak
menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Dia turut berwasiat agar
penyajak menyayangi anak-anak/orang muda dan menghormati orang tua agar kehidupannya
menjadi aman dan sentosa. Wasiat ayah penyajak merupakan kata-kata keramat yang
penuh/sarat dengan nasihat dan hikmah. Wasiat ayahnya itu menjadikan penyajak seorang
yang berhati-hati dalam memilih jalan hidup yang selamat dan betul.
7 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan
j2k
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]
Retti Eliza bersiap-siap di biliknya. Dia akan menemui Hamzan di Medan MARA Kuala
Lumpur jam tiga petang. Di dalam kereta abang iparnya nanti, dia tidak akan berpeluang
bercakap tentang Sofian dengan kakaknya. Kalau tidak berpeluang bercakap hari ini, terpaksa
ditunggu sampai semingga lagi kerana sejak berkahwin, kakaknya pulang ke Melaka seminggu
sekali.
Apabila dia keluar dari bilik, didapatinya kakaknya sedang membasuh pinggan di dapur.
Segera dia ke dapur.
“Kakak, boleh Ti tanya?” katanya.
“Eh, macam ada yang rumit pula!” kakaknya tersenyum.
“Apa pendapat kakak, saya pun turut putus tunang dengan Sofian?”
“ Itu hak Ti, Macam kakak gunakan hak kakak juga. Itu saja.”
“Tapi tak ada alasan kan?”
“Eh, Ti lulusan tinggi, kakak hanya SPM! Ti buat keputusan ikut pertimbangan
sendirilah,” balas kakaknya selamba.
Retti Eliza tidak boroleh apa-apa maklumat daripada kakaknya. Kenapakah Sofian
ditolak oleh kakaknya dulu? Sekarang kakaknya seperti menyindir dia dengan menyebut soal
kelulusan.
Di Kuala Lumpur, Retti meminta abang iparnya berhenti di mana-mana sahaja. Dia akan
menaiki teksi ke Pasar Budaya sebelum ke Medan MARA.
Skema Jawapan.
Retti Eliza bersiap-siap di dalam biliknya kerana dia akan menemui Hamzan di Medan
Mara Kuala Lumpur pada pukul tiga petang. Dia tidak akan berpeluang bercakap dengan
kakaknya tentang Sofian di dalam kereta abang iparnya. Sekiranya dia tidak berpeluang
bercakap tentang hal tersebut pada hari itu, dia terpaksa menunggu sehingga seminggu lagi
untuk kerana semenjak berkahwin kakaknya pulang ke Melaka seminggu sekali. Apabila dia
keluar dari biliknya, didapati kakaknya sedang membasuh pinggan di dapur dan Retti segera
pergi ke dapur.
Retti meminta kebenaran untuk bertanya sesuatu kepada kakaknya. Sambil tersenyum
kakaknya membalas soalan Retti dengan mengandaikan yang Retti mempunyai kerumitan.
Retti menanyakan pendapat kakaknya berhubung dengan pertunangannya yang putus dengan
Sofian. Kakaknya mengatakan bahawa hak itu ialah hak Retti seperti yang kakaknya
menggunakan haknya. Retti menegaskan bahawa dia tidak mempunyai alasan. Kakaknya
menyindir Retti dengan mengatakan bahawa Retti berkelulusan tinggi, sedangkan dia sendiri
hanya berkelulusan SPM. Kakaknya dengan selamba berharap Retti membuat keputusan
sendiri mengikut pertimbangannya.
Bahagian D j2k
8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, telah berusaha menjadikan sukan sebagai
suatu kegiatan yang bermanafaat demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat negara ini. Sukan
bukan sahaja menyihatkan badan, malah berupaya untuk menjadikan negara kita sebagai
sebuah negara yang terkenal sekali di peringkat antara bangsa. Kerajaan juga turut berusaha
untuk menyedarkan tentang kebaikan bersukan dan beriadah melalui media massa dan
kempen-kempen yang pelbagai agensi kerajaan jalankan.
Skema Jawapan
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, telah berusaha menjadikan sukan
sebagai suatu kegiatan yang bermanafaat demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat negara
ini. Sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah berupaya untuk menjadikan negara kita
sebagai sebuah negara yang terkenal sekali di peringkat antara bangsa. Kerajaan juga turut
berusaha untuk menyedarkan tentang kebaikan bersukan dan beriadah melalui media massa
dan kempen-kempen yang pelbagai agensi kerajaan jalankan.
3 ... terkenal sekali Menggunakan kata penguat darjah ... terkenal ...
... penghabisan secara berurutan.
4 ... antara bangsa Kesalahan ejaan bagi kata majmuk yang ... antarabangsa ...
... telah mantap. Kata majmuk ini tidak boleh
dieja secara terpisah.
5 ... menyedarkan Kata kerja aktif transitif “menyedarkan” tidak ... menyedarkan
tentang ... boleh diikuti oleh kata sendi nama, tetapi masyarakat tentang
mesti diikuti oleh objek. ...
6 ... kempen- Menyalahi struktur ayat pasif jenis kata ganti ... kempen-kempen
kempen yang diri ketiga. yang dijalankan oleh
pelbagai agensi pelbagai agensi
kerajaan kerajaan.
jalankan.