Anda di halaman 1dari 16

PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN DAN BELANJAWAN

APA ITU PENYATA KEWANGAN??


- Penyata kewangan merupakan satu dokumen yang disediakan untuk menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu organisasi.

APA ITU BELANJAWAN??


- Belanjawan merupakan satu pernyataan hasil dan belanja bagi masa depan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber.

BUKU TUNAI
Buku tunai merupakan Buku Perakaunan Utama bagi merekodkan segala urusniaga penerimaan dan pembayaran. Buku berkenaan perlu diselenggara dengan sempurna dan dikemaskinikan pada setiap masa serta ditutup pada setiap akhir bulan.

MENGAPA PERLU ADA BUKU TUNAI??


Buku Tunai disediakan bagi mengawal terimaan dan bayaran yang dibuat supaya mungikut peraturan yang telah ditetapkan Buku Tunai merekodkan segala urusan kewangan Masjid Buku Tunai merupakan dokumen utama bagi penyediaan Penyata Kewangan Masjid

FORMAT BUKU TUNAI


Secara umumnya, buku tunai mengandungi 2 bahagian iaitu penerimaan (sebelah kiri) dan pembayaran (sebelah kanan)

TATACARA PENGENDALIAN BUKU TUNAI


Buku Tunai hendaklah sentiasa dikemaskini dan catatan dibuat pada masa urusniaga dilakukan Catatan penerimaan dalam buku tunai hendaklah dibuat sebaik sahaja resit dikeluarkan Catatan pembayaran dalam buku tunai dibuat berdasarkan baucer bayaran yang telah diluluskan dan dibuat segera sebaik sahaja cek pembayaran dikeluarkan

TATACARA PENGENDALIAN BUKU TUNAI


Setiap urusniaga yang dijalankan hendaklah disahkan oleh mereka yang diberi kuasa dengan menurunkan tandatangan ringkas bersebelahan urusniaga tersebut Catatan dalam buku tunai hendaklah dibuat dengan menggunakan dakwat kekal hitam / biru (kecuali hijau). Jika berlaku kesilapan, catatan tersebut tidak boleh dipadam. Hanya dipotong dengan satu garisan merah dan ditandatangan ringkas oleh penyedia

TATACARA PENGENDALIAN BUKU TUNAI


Pada akhir tiap-tiap halaman, buku tunai hendaklah diimbangkan untuk menunjukkan jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran serta baki yang dibawa ke halaman berikutnya Pada akhir tiap-tiap bulan, buku tunai hendaklah ditutup dan diimbangkan tanpa perlu menunggu penyata bank diterima. Baki akhir bulan berkenaan akan menjadi baki awal bagi bulan berikutnya.

TATACARA PENGENDALIAN BUKU TUNAI


Buku tunai yang telah diimbangkan perlu disahkan oleh mereka yang diberi kuasa dalam pengendalian buku tunai dengan menurunkan tandatangan dan tarikh.
Tandatangan oleh penyedia Tandatangan oleh pengesah

BUKU TUNAI
PENERIMAAN PEMBAYARAN JUMLAH / JUMLAH No. RESIT TARIKH PENERIMAAN MASUK BANK No. No. CEK JUMLAH BAUCER

TARIKH

PERIHAL

TARIKH

PERIHAL

01.10.2010 Baki Awal 05.10.2010 Sewa dewan 15.10.2010 Kutipan tabung xxx

xxx xxx xxx xxx xxx

20.10.2010

Bayaran bil elektrik

xxx

xxx

xxx

JUMLAH PENERIMAAN BULANAN

JUMLAH PEMBAYARAN BULANAN

31.10.2010 Baki akhir


JUMLAH BESAR JUMLAH BESAR

xxx

PENERIMAAN
Setiap penerimaan perlu dikeluarkan resit. Penerimaan tunai melebihi RM500 atau jumlah penerimaan (termasuk cek) yang melebihi RM2000, hendaklah dimasukkan ke dalam bank pada hari itu juga. Jika lewat diterima, hendkalah dimasukkan pada hari kerja yang berikutnya Salinan slip bayar masuk yang telah diakui terima oleh bank hendaklah disimpan dan difailkan dengan sempurna

PENERIMAAN
Resit perlulah mengandungi ciri-ciri berikut:
No siri bercetak Diterima daripada Jumlah RM Tarikh Tujuan terimaan Tandatangan penerima dan cop Masjid

PENERIMAAN
Pindaan pada resit adalah dilarang. Jika terdapat kesilapan, resit hendaklah dibatalkan dan dikeluarkan resit yang baru. Resit yang dibatalkan hendaklah disimpan bersama-sama resit salinan

PEMBAYARAN
Segala pembayaran yang dilakukan hendaklah disertakan baucer bayaran dan dokumen tuntutan yang asal Segala pembayaran hendaklah mendapat pengesahan daripada mereka yang diberi kuasa untuk berbelanja Baucer bayaran hendaklah ditandatangan oleh penyedia dan pengesah

PENYATA PENYESUAIAN BANK


Nama Bank No. Akaun XXXX

Baki seperti di Penyata Bank pada CAMPUR: 1. Kemasukan dalam Buku Tunai yang tiada dalam Penyata Bank a) Kemasukan tunai / cek yang belum diambil kira oleh bank: Tarikh No. Resit Amaun

XXX 2. Debit dalam Penyata Bank tiada dalam Buku Tunai Cek pembayaran yang telah ditunaikan tetapi belum direkodkan dalam Buku a) Tunai Tarikh b) Caj perkhidmatan / caj bank No. Cek Amaun XXX XXX

XXX XXX

TOLAK: 1. Kemasukan dalam Buku Tunai yang tiada dalam Penyata Bank a) Cek-cek yang belum ditunaikan Tarikh Nama Penerima No. Cek Amaun XXX

2. Kredit dalam Penyata Bank yang tiada dalam Buku Tunai: Penerimaan yang dimasukkan terus ke bank seperti faedah a) bank XXX

XXX

Baki seperti dalam Buku Tunai pada

XXXX

Tandatangan Penyelia

Tandatangan Pengesah

Anda mungkin juga menyukai