Anda di halaman 1dari 12

2.

0 KONSEP SEMBELIHAN
2.1 Definisi sembeIihan
Menurut smail Kamus dan Mohd Azrul Azlan (2009) sembelihan dalam
bahasa Arab disebut sebagai zabihah. Az-zabaih ialah kata jamak bagi
zabihah. Dari sudut bahasa az-zabaih bermaksud binatang yang
disembelih. Manakala dari sudut istilah syara' pula ia bermakna binatang
yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat tertentu dan ia
adalah binatang yang halal dimakan (Dr. Mustofa Al-Khir, Dr. Mustofa Al-
Bugho & Ali Asy-Syarbail,1999).
Menurut Kamus Dewan (2005) sembelih bermaksud memotong
leher binatang hingga putus marihnya.

2.2 Hukum sembeIihan
Hukum sembelihan adalah wajib supaya binatang itu halal dimakan.
Manakala binatang yang disembelih tidak mengikut hukum Syara' ia
diistilahkan sebagai bangkai dan najis serta haram dimakan.
Firman Allah SWT:
6= N@1 J@Bb
BBb, =6, q6Bb B,
V0 @ Bb =
f11Bb, [_C_Bb,
@,@Bb, @1Bb,
B, VAH0 Bb Nf B /@H[
B, A[ [V 1;1Bb 0,
Fb_fJV J.BB P N[
C N _,@Bb CBb
FbAAH N1@ A
_ _Bb, P _,@Bb
61H0 N Nq@ 60,
N@1 / 6@,;, N
16Bb Bqq@ P Bb [
L@,/A ,@A bBJ 64
T Bb ;_A @=;
Maksudnya:
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari
Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh
dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan
binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan
juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir
telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah
mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah
kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut
dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku
telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang
terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan)
sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani." (Surah al-Maidah:ayat 3)

2.3 DaIiI pensyariatan sembeIihan
Syeikh Mohammad Yusuf al-Qaradhawi (2010) menyatakan bahawa
firman Allah SWT:
Fb_1N B H[ /Bb Bb
=@1 f /qH =JB
1
Maksudnya:
" Makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu
benar-benar beriman kepada ayat-ayat-Nya" (Surah al-Anam: ayat 118)

Firman Allah SWT :
N, Fb_1m0V B AH@
Bb Bb =@1 =f,
C N f, ,@Bb
_=_@ b[Lf
B,@0
H_)@ F f,
_J0 Nf
_H@=

Maksudnya:
"Dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah
atasnya, kerana ia satu kedurhakaan". ( Surah al-Anam : ayat 121)

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu.
Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikanlah cara membunuhnya,
apabila kamu menyembelih maka perelokanlah cara penyembelihanya
serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah peyembelihan itu"
(Riwayat Bukhari)


2.4 Jenis-jenis sembeIihan
Terdapat lima jenis sembelihan iaitu:
2.4.1 Sembelihan biasa
Sembelihan biasa ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halal
dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan
menggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah SWT.

2.4.2 Sembelihan wajib dam
Dari sudut bahasa dam bererti darah. Menurut istilah syara', dam bererti
denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau
umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan
perkara-perkara yang dilarang.
Contohnya, jika seseorang yang menunaikan haji melakukan
kesalahan tidak berihram di Miqat, maka diwajibkan membayar dam iaitu
menyembelih seekor kambing.

2.4.3 Sembelihan sunat Qurban
Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana
Allah SWT. Dari sudut syara', qurban bermaksud menyembelih binatang
yang tertentu pada hari raya aidiladha dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan
13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri
kepada Allah.
Hukum qurban ialah sunat muakkad iaitu sangat dituntut ke atas
orang yang berkemampuan. Qurban disyariatkan pada tahun kedua Hijrah
sebagai mengingati kisah pengorbanan Nabi brahim dan anaknya smail
a.s.
Qurban hanya dituntut kepada orang yang berkemampuan. Ukuran
kemampuan tersebut ialah apabila sesorang itu memiliki harta yang
melebihi perbelanjaan diri dan orang-orang di bawah tanggungan pada
hari qurban. Hukum qurban menjadi wajib apabila bernazar. Contoh-
contoh binatang qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan
kibasy.

2.4.4 Sembelihan 'Akikah
'Aqiqah ialah sembelihan binatang ternakan an'am yang dilakukan kerana
menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah SWT. Hukum 'akikah adalah sunat muakkad bagi orang
yang menanggung kanak-kanak itu.

Kadar 'akikah ialah dua ekor kambing bagi kanak-kanak lelaki atau
dua bahagian daripada lembu, kerbau dan unta. Bagi kanak-kanak
perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau sebahagian
daripada lembu, kerbau dan unta.

2.4.5 Sembelihan Nazar
Menurut Mohd Farid Ravi Abdullah (2007) nazar menurut istilah ulama
fikah ialah beriltizam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan
kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau tidak terikat dengan
sesuatu yang mewajibkan dari melakukannya. Dalil dari al-Quran dan
hadis mengenai keharusan nazar, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
__ ;@1BB _B,
Bq_ CAH @ b1@J
Maksudnya:
Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan
nazarnya (apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka
takutkan hari (akhirat) Yang azab seksaNya merebak di sana sini.
(Surah al-nsan: ayat 7)

Sabda baginda Rasulullah s.a.w. daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akan-Nya
dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka
janganlah membuat maksiat kepada-Nya.
(Riwayat Bukhari)

Berdasarkan dalil di atas dan dalil-dalil yang lain, ulama
berpendapat nazar hukumnya harus dalam slam jika seseorang itu
bernazar untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t Contohnya, ada
sesorang yang bernazar jika sembuh dari penyakit ini maka dia akan
sedekahkan seekor kambing kerana Allah. Selepas sembuh hendaklah
dia menunaikan nazarnya kerana Allah. Jika enggan atau ingkar dikira
berdosa. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus
nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada
10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka,
memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang
hamba yang beriman.
Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan maka hendaklah
berpuasa tiga hari berturut-turut. Dalilnya, hadis yang diriwayatkan oleh
'Uqbah bin Amir daripada Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang
bermaksud, Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah.
(Riwayat Muslim)

2.5 Bahagian sembeIihan
Menurut Dr. Mustofa Al-Khir, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbail
(1999) sembelihan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
2.5.1 Az-Zabhu
Az-zabhu ialah memotong al-halqu iaitu batang leher sebelah atas haiwan
dengan syarat-syarat tertentu. a adalah menyembelih semua jenis haiwan
yang boleh ditangkap iaitu dikuasai manusia untuk disembelih.

2.5.2 An-Nahru
An-Nahru ialah memotong labbah (batang leher sebelah bawah) haiwan.
Cara ini disunatkan bagi menyembelih unta.

V@ Bb,
Maksudnya :
Maka, sembahyanglah kepada Tuhanmu dan sembelihlah secara an-
Nahru (Surah al-Kauthar: ayat 2)

Fuqaha' berkata, maksud yang tertonjol di sini ialah unta yang
disembelih secara an-Nahru itu akan meyegerakan keluarnya nyawa
kerana lehernya yang panjang. Kedua-dua sembelihan ini (az-Zabhu dan
an-Nahru) adalah sama pada asal prinsip penyembelihan. Sabda Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud :
Sesungguhnya sembelihan itu ialah di al-halqu dan al- labbah.
(Riwayat ad-Dar Qutni dan al-Bukhari secara ta'liq daripada bnu Abbas
r.a)
Namun yang sunat ialah an-Nahru (menyembelih di batang leher
sebelah bawah) untuk unta, manakala binatang lain seperti lembu,
kambing dan seumpamanya hendaklah disembelih pada batang leher
sebelah atas.

2.5.3 Al-'Aqru
Al-'Aqru ialah apa yang dinamakan sembelih darurah (terpaksa). a
dilakukan dengan cara mencederakan haiwan dengan kecederaan yang
membawa maut pada mana-mana bahagian badannya. Al-'Aqru adalah
cara menyembelih binatang yang boleh dimakan apabila ia menjadi liar
dan tuannya tidak boleh menangkapnya. ni sebagaimana sembelihan
terhadap binatang yang hendak diburu.

Sabda Nabi saw tentang binatang yang liar lalu seorang lelaki
memanahnya dan iapun mati. Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia
mengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2.6 Perkara-perkara berkaitan dengan sembeIihan
Menurut Fadhil Haji Yahya (2006) antara perkara yang berkaitan dengan
sembelihan ialah:

2.6.1 Binatang yang disembelih bukan kerana Allah atau mati sebelum
disembelih dikira sebagai bangkai dan haram dimakan kecuali ikan dan
belalang.

2.6.2 Sekiranya binatang terjatuh ke dalam perigi dan sembelihan tidak
dapat dilakukan secara ikhtiari maka dilakukan sembelihan idtirari dengan
melakukan pada mana-mana bahagian yang cepat mematikan.

2.6.3 Sembelihan boleh dilakukan oleh orang lelaki, perempuan dan ahli
kitab.
Sekiranya terdapat janin dalam perut binatang yang disembelih maka janin
tersebut masih dalam hayat mustaqirrayh, maka ia wajib disembelih. Jika
janin itu telah mati dengan sebab disembelih ibunya, maka ia halal
dimakan.

2.6.4 Binatang buruan yang liar jika ia diburu dengan senjata yang tajam
sama ada ia diperbuat daripada besi, kayu, buluh dan sebagainya adalah
halal dimakan tanpa perlu disembelih. Jika ia masih hidup, maka wajib
disembelih seperti biasa.

2.6.5 Binatang buruan yang menggunakan binatang buruan yang terlatih
seperti anjing tidak perlu disembelih buruan jika ia mati dengan sebab
gigitan binatang buruan tersebut. Binatang buruan tersebut hendaklah
memenuhi ciri-ciri berikut:


i. Terlatih
ii. Tidak memakan hasil buruan tersebut
iii. a berburu setelah mendapat arahan untuk berburu

2.6.6 Jika binatang buruan itu masih hidup ia hendaklah disembelih
seperti biasa.

2.7 Hikmah disyariatkan sembeIihan
slam telah menetapkan bahawa terdapat haiwan tertentu yang perlu
disembelih. Sembelihan ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang
halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan
menggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah SWT. Terdapat pihak
yang menentang sembelihan ini sebagai amalan kejam dan menyeksa
haiwan. Sembelihan mengikut slam menghormati haiwan yang
disembelih, sebagai contoh makruh jika penyembelih menampakkan pisau
atau alat sembelihan dihadapan haiwan yang akan disembelih.
Penyembelih juga tidak boleh menggunakan alat yang berasal daripada
gigi, kuku atau tulang sebagai alat sembelihan. Alat sembelihan juga
seharusnya tajam agar proses penyembelihan itu lancar dan
mengurangkan kesakitan haiwan yang disembelih.

Menurut Yusuf Embong (2009) pemotongan saluran pernafasan
dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus memancut
keluar serta menurunkan tekanan darah secara mengejut di samping
menjadikan sistem otak terputus dari bekalan oksigen dan
glukosa.keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa
menderita sakit diikuti dengan penggelupur beberapa saat selepas itu.

Haiwan yang disembelih itu menggelupur disebabkan otaknya telah
kehilangan oksigen dan bukanya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun
jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya
yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan
yang elok kerana ia tidak dipotong ketika penyembelihan dilakukan.

Darah binatang tersebut perlu dialirkan keluar dari sembelihan.
Fakta-fakta saintifik membuktikan setiap penyembelihan yang dilakukan,
darah haiwan tersebut perlu dialirkan keluar kerana darah merupakan
medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian "spinal cord
(halkum) hendaklah dielakan dari terpotong ketika aktiviti sembelihan
dilakukan, kerana ia akan menyekat aliran darah darah dari keluar akibat
daripada saluran darah yang terganggu kesan dari jantung haiwan
tersebut yang terhenti secara tiba-tiba. Darah dari dalam haiwan
berkenaan dapat mengalir dengan cepat. ni seterusnya dapat
mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah
haiwan tersebut.

Mengikut pendapat Dr. Zakir Abdul Karim Naik (2006) menyatakan
bahawa kaedah penyembelihan slam adalah yang terbaik dan bersih
kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman. Bakteria dan toksin
yang akan mengakibatkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas
proses sembelihan dilakukan. Selain itu daging sembelihan kekal segar
dalam jangka masa yang lama.

Penyembelihan bertujuan untuk menunjukkan perbezaan yang
nyata antara cara orang slam dan cara orang kafir dalam soal mematikan
haiwan. a juga menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan
yang haram dimakan oleh orang slam. (Mohd Nor Fadzli, 2008).

Anda mungkin juga menyukai