Anda di halaman 1dari 114

S.1:APAKAH DEFINASI DAKWAH DI SUDUT BAHASA? Seruan. Ajakan, Jemputan.

Pelawaan, sampaikan, panggilan,

DEFINASI 1 : - 1) - ( .)

157 /15:

DEFINASI DAKWAH 1 : IBNU TAIMIYYAH Seruan menuju Allah denga beriman dengannya, apa yang didatangkan oleh rasulnya, membenarkan rasul dan mentaati mereka.
(Majmuk Fatawa: J 15 MS 157)

DEFINASI DAKWAH 2 : DR SYED MOHD. WAKIL :2) . : (( .]103 )) [ 9: Maksudnya: Menghimpun manusia di atas tujuan kebaikan, menunjuk ajar mereka jalan kebaikan dan petunjuk serta menyuruh mereka melakukan kebaikan dan melarang mereka dari perkara kemungkaran seperti firman Allah: Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan.(Al Imran 103) Asas-asas Dakwah dan Adab-adab pendakwah.MS 9

DEFINASI DAKWAH 3 : SYEKH MUHAMMAD AS SOWWAF :3( (( )) [ 91] .]185 (( )) [ 22: Maksudnya: Dakwah ialah Seruan langit kepada penduduk bumi, ianya adalah petunjuk al kholiuq kepada makhluq, Agama Allah yang mantap, jalan Allah yang lurus yang telah dipilih oleh Allah bagi menghubungkan manusia dengan Allah. (Dakwah dan Pendakwah: M.S 22)

DEFINASI 4:SHEIKH MUHAMMAD ALGHAZALI Satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

DEFINASI DAKWAH 5: SHEIKH DR. YUSOF AL QORDHOWI Usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya.

Definasi 6: DEFINASI DAKWAH 6: SHEIKH ADAM ABDULLAH AL ALURI Dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamankan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus kedalamnya.

DEFINASI DAKWAH 7: DR. ABU AL MAJD AS SAYYID NAUFAL yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

DEFINASI DAKWAH 8: DR MUHAMMAD BAHII AL KHUULI Sebarang aktiviti yang dilakukan samada perkataan, perbuatan, contoh prilaku, sifat-sifat muli dsb (spt: ceramah, khutbah, forum, diskusi, cerpen, tulisan, sms, email, face book, sukan, ekonomi, siyasah) dalam rangka merubah keadaan manusia dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik, dari satu peringkat ke peringkat yang lebih baik . (Tazkiratud duah)

S:3: APAKAH KESIMPULAN DEFINASI DAKWAH? Dakwah adalah sebarang usaha penambahbaikan atau pengislahan -dalam setiap sudut bidang kehidupan- yang terbit dari keimanan bahawa manusia mesti terus dipandu, dibimbing, diingatkan dan diberi teguran supaya akhirnya menjadi insan yang dikehendaki sebagaimana yang digariskan oleh Allah dan rasulnya dalam sabda dan firman.

1)Menjadi agen penyebab kepada sampainya Hidayah Allah. a.Hidayah penting dalam kehidupan. Manusia yang hidup tanpa hidayah ibarat insan buta yang berjalan dalam kegelapan malam di hutan yang penuh dengan onak dan serta binatang buas yang memerbahayakan. b.Rasul dan Nabi tugas mereka hanyalah menyampaikan perintah agar manusia mendapat hidayah c.Dalil-dalil wa maa alainaa illal balaagh - Innaka Laa tahdi man ahbabta walaa kinnallooha yahdii mann yasyaak (Kisah Nabi dan Abu Talib di saat kematian) Lasta alaihim bimusaitir -

2)Melakukan Islah dan Perubahan dalam seluruh bidang kehidupan. a.Hadith: Man roaa mingkum munkaran fal yughaiyir 1)biyadihii 2) Bilisaanihii 3) Biqolbihii b.Allah telah menggutus 114,000 utusan, 313 nabi dan 25 Rasul sepanjang tempoh kehidupan manusia zaman berzaman. Tugas utamanya untuk menyampaikan Seruan dan membawa perubahan. c.Apabila timbulnya penyelewengan kehidupan maka akan ada Rasul atau nabi yang diutus dan dibangkitkan. d.Setelah peringatan dan dakwah disampaikan maka akan adalah manusia-manusia yang beriman dan berlakulah perubahan dari satu keadaan kepada yang lebih baik

Bidang-bidang Islah: a)Islah Hati : Tarbiyyah aqadiyyah iimaniyyah dan ruhiyyah :Qod aflaha man zakkaaha b)Islah Akal : Tarbiyyah thaqofiyyah wal ilmiyyah :Iqra:Wa allama Aadamal asma akul c) Islah jasad:Tarbiyyah jasadiyyah:Walaa tulquu biaydiikum ilat tah:Al mukminul qowiy d) Islah Akhlak dan kepribadian:Tarbiyahsulukiyyah wa akhlaqiyyah: Innaka lala: Laqod e) Islah Keluarga:Tarbiyyatul usrah:Quu anfusakum wa ahliikum Naara: Kullukum rooin f) Islah Masyarakat: Tarbiyyatul mujtamak: Cerita kum.atas dek kapal dengan bawah g) Islah negara: Sinfaani minan naasi iza soluha..waizaa fasadaaulamak wal umaroo

3)Memastikan Taklif dan kebertanggungjawaban di sisi Allah pada hari hisab dan perhitungan. Maksudnya manusia akan hanya boleh dipertanggungjawabkan disudut agama setelah mereka diberi peringatan dan seruan. a)Firman Allah: Wamaa kunna muazzibiin hatta nabatha rasuulaa. Bermaksud: Kami tidak akan mengazabkan sesuatu kaum itu kecuali setelah Kami utuskan kepada mereka seorang rasul (yang berdakwah member peringatan). b)Firman Allah setelah sebaran dakwah dilakukan: Qod tabaiyyanar rushdu minal ghoyyi faman yakfur bittoooghuuti wa yukmin billaahi faqodistamsaka bil urwatil wutqo..

4)Merealisasaikan tercapainya matlamat penciptaan manusia di atas muka bumi:a)Kenal Allah:Sebelum manusia diutuskan ruh mereka dipanggil: Alastu birobbikum.. b)Ibadah: Firman Allah: Wama kholaqtul jinna wal insa illa liyakbuduun. c)Qudwah: Firman Allah: Wakazaalika jaalnaakum ummatan wasatan litakuunu syuhadaa alannaas wayakuunur rasuulu alaiku shahiida Menurut Abul Alaa al Mauwdudi dalam buku: Shahadatul Haq: Shuda Qowliyyah dan Amaliyyah d)Dakwah : Firman Allah : Kuntum khairo ummatin ukhrijat linnaas takmuruuna bil makruufi wa tanhawna anil mungkar. e)Ujian&Ibtila : Firman Allah: Allazii kholaqol mawta wal hayaata liyabluwakum ayyukum ahsanu amala. f)Khalifah: Firman Allah: Waiz qoola robbuka lil malaaikati inni jaailun fil ardhi kholiifah

Manusia jahil manusia ingkar manusia lupa syaitan ada hawa nafsu sifat mazmumah kewajipan islah

1)Tugas para Rasul : Firman Allah: Walaqod baathna fi kulli ummatin Rasuulan anik budlloha wajtanibut toghuut 2)Sebaik2 perkataan adalah dakwah dan Seruan: Firman Allah: Wa man ahsanu qowlam mimman daaa ilaloohi wamila soolihan waqoola innanii minal muslimiin. 3)Ganjaran besar penyebab Hidayah : Sabda Rasulullah: Lian yahdiyalloohu bika rojula wahida khirul laka minad dunyaa wamaa fihaaa. Khairul laka min humurin niam : 4)Selamat dari ancaman nabi: Sabda Rasululloh: Latamurunna bil makruufi walatan hawunna anil mungkari aw

5)Bonus berterusan: Sabda Rasulullah: Man sanna sunnatan hasanatan falahuuu ajruhuu wa ajru man amila bihaa. Kaedah Fekah: As sababu kal faail: Amru al As penyebab terbukanya Mesir: Abul Ayyub dan Sultan Muhammad al Faateh penyebab terserbarnya Islam di Turki. 5)Selamat dari laknat Allah dantenggelam: Firman Allah: Innallaziina yaktumuuna maa anzalna minal baiyyinaati walhudaa mim bakdi maa bayyannahu linnaas.. Hadis cerita orang naik kapal: Membiarkan mayarakat tanpa dakwah akan menjadikan masyarakat tenggelam dan semua yang ada dalam bahtera masyarakat samada golongan baik atau pun jahat semuanya akan tenggelam

1)Pemerintah & Penguasa 2)Golongan berilmu pengetahuan (Ulamak) 3)Orang awam Pemerintah :Wajib berdakwah dengan kuasa Ulamak: Wajib berdakwah dengan lisan Awam umat Islam: Perlakuan dan tingkah laku.

Sesiapa saja yang berusaha melakukan pembaikan dan perubahan.

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya. [2]

Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masiud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu. Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.

Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.

Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek. Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya. Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman Memelihara kesucian diri Melaksanakan tuntutan syariat Menjaga keturunan Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab Dapat mengeratkan silaturahim

1. Takrif Nikah : i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan. ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolongtolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.

2. Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

3. Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut : Dalil dari Al-Quran yang bermaksud : "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

Dalil dari As-sunnah yang bermaksud: "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t bertanggungjawab terhadap semua benda memiliki akhlak-akhlak yang terpuji berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anakanak ke jalan yang benar tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

beriman & solehah rupa paras yang cantik dan elok memiliki akhlak-akhlak yang terpuji menentukan mas kahwin yang rendah wanita yang subur masih dara berasal dari keturunan yang baik bukan keturunan terdekat

1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan. 2. Kufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu. 3. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan.

Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.

Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja. Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang: "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai) Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang: "Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan)) Nikah

4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan taqwa ". 5. Kufu berpunca daripada lima sebab : Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit. Merdeka bukan hamba . Keturunan. Pekerjaan. 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )

1. Khiar bermaksud salah satu pihak samada suami atau isteri mempunyai hak untuk memilih di antara diteruskan nikahnya atau fasakh. 2. Apabila berlaku pernikahan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak diketahui ada cacat-celanya, maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar. 3. Bagi lelaki yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara iaitu: a) Gila. b) Jazam. ( penyakit kusta ) c) Barash. ( penyakit sopak ) d) Zakar yang terpotong semua sekali atau separuh. e) 'Unnah ( mati pucuk )

4. Bagi perempuan yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara: a) Gila. b) Jazam. (penyakit kusta) c) Barash (penyakit sopak) d) Rutaqa' (faraj yang tersumbat dengan daging dan menghalang dari persetubuhan) e) Qurana' (faraj yang tersumbat dengan tulang dan menghalang dari persetubuhan)

5. Jika berlaku salah satu daripada cacat-cela ini maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar, fasakh aqad nikah seberapa segera dengan syarat dilakukan khiar dihadapan Qadhi.

6. 'Unnah ( mati pucuk ) tidak dinafikan melainkan pengakuan dari suami sendiri di hadapan Qadhi atau dengan saksi yang menyaksikan ikrarnya atau dengan sumpah isteri jika suaminya enggan membuat pengakuan, maka ditetapkan bahawa ia mati pucuk, selepas itu Qadhi memberi tempoh setahun kepada suami supaya berubat.Apabila sudah setahun tempohnya jika ia tidak mampu mensetubuhi isterinya maka isteri mengadu kepada Qadhi maka diterima fasakhnya.

1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian: i. Haram buat selamanya. ii. Haram buat sementara waktu.

2. Sebab-sebab haram dikahwini: i. Haram dengan sebab keturunan. ii. Haram dengan sebab susuan. iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )

i. Ibu dan nenek hingga ke atas. ii. Anak dan cucu hingga kebawah. iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja. iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas. v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas. vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah. vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

i. Ibu yang menyusukan. ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudarasudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 ) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.

Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:


Ibu mentua dan ke atas Ibu tiri Nenek tiri Menantu perempuan Anak tiri perempuan dan keturunannya Adik ipar perempuan dan keturunannya Emak saudara kepada isteri

Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

Rukun nikah Pengantin lelaki Pengantin perempuan Wali Dua orang saksi Ijab dan kabul (akad nikah)

Islam Lelaki yang tertentu Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut Bukan dalam ihram haji atau umrah Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Islam Perempuan yang tertentu Bukan perempuan mahram dengan bakal suami Bukan seorang khunsa Bukan dalam ihram haji atau umrah Tidak dalam idah Bukan isteri orang

Islam, bukan kafir dan murtad Lelaki dan bukannya perempuan Baligh Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan Bukan dalam ihram haji atau umrah Tidak fasik Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya Merdeka Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya Sebaiknya bakal isteri perlulah menyetujui perkahwinannya dengan bakal suami agar tidak timbul sebarang masalah selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum wanita itu sendiri.Sebab itu juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab qabul berlangsung antara Wali/wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu mendapatkan pengesahan/kepastian sebenar dari bakal isteri/wanita yang hendak dikahwinkan tentang status kerelaannya untuk disatukan.

Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

Wali abad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali abad ini akan berpindah kepada wali abad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

Sekurang-kurangya dua orang Islam Berakal Baligh Lelaki Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul Boleh mendengar, melihat dan bercakap Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil) Merdeka

Perkataan nikah ini hendaklah tepat Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran Diucapkan oleh wali atau wakilnya Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah) Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan) Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab Tiada perkataan sindiran Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu) Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak) Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan) Menyebut nama bakal isteri Tidak diselangi dengan perkataan lain Contoh sebuatan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz "Sah" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu. Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu,mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian suami isteri.Aktiviti ini diteruskan dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung.Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir.Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 ) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

a) Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

b) Mahar Musamma. Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudarasaudara perempuan itu.

Walimatul arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru. Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam. Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam: Maksudnya: Abdul Rahman bin Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing. (Al-Hadith)

Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya. Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas : "Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".

Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang." .

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:

Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah RasulNya

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah alMa'iddah:87)

Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas: Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selamalamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya: Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani) Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata: Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tenteulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)

Kedua orang tua itu mempunyai kewajipan mendidik dan mengajar anaknya berbuat baik dalam pergaulan serta adab sopan dalam hidup berumahtangga dengan suaminya. Mengenai ini ada diriwayatkan bahawa Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata: " Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu.

Janganlah engkau menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu.

Kata-kata yang merupakan kumpulan adab sopan wanita perlu dipanjangkan, iaitu isteri hendaklah merupakan tiang utama di tengah - tengah rumahnya. Isteri itu hendaklah sentiasa di bilik rumahnya, menetap ditempat perkakas anyamannya, tidak banyak turun naiknya ataupun keluar. Ia mesti kurang berbicara terhadap tetangganya. Janganlah memasuki rumah tetangganya itu melainkan didalam keadaan yang mengharuskan ia masuk di situ.

Isteri hendaklah menjaga suaminya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika ia ada di rumah. Hendaklah diusahakan agar suaminya gembira dalam segala perkara yang dihadapinya. Jangan sekali-kali isteri mengkhianati dirinya sendiri ataupun harta suaminya. Jangan pula isteri itu keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suaminya. Jika telah menerima keizinan dan terpaksa keluar, maka hendaklah isteri itu berjalan bersembunyi-sembunyi, berpakaian yang sederhana, tidak mendedahkan tubuh dan pakaiannya. Hendaklah selalu di cari tempat-tempat yang lengang bukannya tempat lalulintas orang ramai sehingga berdesak-desakkan. Ia mesti menghindarkan diri dari bercakap-cakap dijalanan dengan lelaki bukan mahram.

Yang wajib diutamakan oleh isteri itu ialah kebaikan keadaannya sendiri serta mengatur dan mentertibkan keadaan rumahtangganya. Selain itu mestilah rajin melakukan ibadat, sembahyang serta puasa dan lain-lain yang menjadi kewajipan dirinya.

Apabila ada kawan suaminya meminta izin dan sedang berada di hadapan pintu, tetapi di masa itu suaminya tiada, maka tidak perlulah ia bertanya ataupun bercakap - cakap dengannya. Hendaklah ia cemburu pada dirinya sendiri dan juga perasaan cemburu terhadap suaminya. Seorang isteri hendaklah puas dengan apa yang ada pada suaminya dan apa sahaja yang direzekikan oleh Allah Taala kepadanya. Ia mestilah mendahulukan hak suaminya atas haknya sendiri serta hak keluarganya. Ia wajib membersihkan dirinya selalu, bersiap sedia setiap waktu dan keadaan, barangkali suaminya itu dengan tiba-tiba menginginkandirinya untuk bersenang-senang. Selain itu isteri juga wajib mengasihi anak-anaknya, menjaga dan menutup keburukan mereka, jangan mudah mengeluarkan katakata makian kepada anak-anaknya ataupun berbuat sesuatu yang menyakitkan suaminya. Demikian nasihat seorang ibu yang budiman kepada anaknya.

Sementara itu ada pula beberapa perkara yang merupakan adab sopan seorang isteri, jikalau ia menginginkan ketenangan dalam rumahtangganya iaitu: a. Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana kecantikan yang dimilikinya. b. Jangan menghina suaminya kerana buruk rupa dan wajahnya. c. Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal. d. Menahan diri sewaktu suaminya tidak ada di rumah. e. Menunjukkan sikap baik, bermain-main dan berlapang dada serta melakukan segala hal yang menyebabkan kesenangan suami sewaktu suaminya ada di rumah.

Ada suatu kewajipan yang harus dipatuhi oleh isteri dan ianya termasuk dalam hak-hak perkahwinan, iaitu: a. Jikalau isteri itu ditinggalkan mati oleh suaminya, maka hendaklah isteri itu menjaga dirinya dan berkabung tidak lebih dari empat bulan sepuluh hari. Dalam waktu itu dia dilarang mengenakan harum-haruman dan berhias. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menunjukkan perkabungan kerana meninggalnya seseorang lebih dan tiga hari lamanya, melainkan untuk suaminya, maka bolehlah sampai selama empat bulan sepuluh hari" (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) b. Isteri itu menetap di rumah yang disediakan sewaktu ia masih menjadi isteri dan suaminya yang meninggal itu sehingga habis masa iddah. c. Isteri itu tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya atau keluar dari rumah itu, melainkan dalam keadaan darurat. Masih ada lagi adab sopan sebagai seorang isteri iaitu hendaklah isteri itu bekerja dan berkhidmat pada rumahtangga dalam segala perkara yang mampu ia lakukan, hal yang sedemikian inilah yang dilakukan oleh para isteri sahabat r.a.

Talaq dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan. Dari segi syara ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya. DALIL HARUS TALAQ Firman Allah subhanahu wataala: Maksudnya: Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik. (Surah Al-Baqarah, 2:229) Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar radhiyallahu anh yang bermaksud: Rasulullah sallallahu alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula. (Riwayat Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah)

1. Suami. Syarat-syarat suami ialah: a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis iddah. b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja. c) Baligh. d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri. 2. Isteri. Syarat-syarat isteri: a) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan. b) Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam iddah perceraian talaq satu. 3. Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua: a) Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: Aku ceraikan engkau talaq satu, Aku lepaskan kau dan Aku talaqkan kau. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat. b) Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran seperti berkata: Engkau haram atas diriku atau Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya. 4. Qasad (niat).

Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi: 1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya. 2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi. 3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin. 4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah. Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul (tebus talaq).

Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Talaq raji, iaitu talaq yang boleh diruju kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh). 2. Talaq bain, ia terbahagi kepada dua: a) Bain sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul atau talaq isteri yang belum disetubuhi. c) Bain kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi: i. Setelah selesai iddah si isteri. ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain. iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian. iv. Selesai iddah dari suami yang lain itu.

Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh ialah: 1. Sebab yang merosakkan akad. a) Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri yang dalam tempoh iddah talaq suami pertamanya. b) Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila baligh minta difasakhkan akad itu.

2. Sebab yang mendatang selepas pernikahan. a) Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad. b) Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah seorang memeluk Islam. c) Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.

Manakala dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam menegaskan lagi sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya fasakh seperti di bawah ini: 1. Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari setahun. 2. Suami cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan. 3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih. 4. Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama tempoh satu tahun. 5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk. 6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh berjangkit.

7. Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia mencapai umur enam belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu. 8. Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu antaranya: a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya. b) Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan hukum syara. c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah. d) Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu. e) Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya. f) Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syara. 9. Walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan bersetubuh. 10. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara. .

1. Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya. 2. Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja. 3. Menunjukkan keunggulan syariat Allah subhanahu wataala yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya

PENGERTIAN KHUL Khul dari segi bahasa bererti melepas atau menanggalkan. Manakala dari segi syara pula ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami. Contohnya suami berkata Aku talaqkan kamu dengan bayaran sekian banyak atau isteri berkata: Aku menebus talaq ke atas diriku dengan bayaran sekian banyak.

Firman Allah subhanahu wataala: Maksudnya: Talaq (yang boleh diruju kembali) hanya dua kali. Sesudah itu peganglah (ruju) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. (Surah Al-Baqarah, 2:229)

Syarat sah khul adalah seperti berikut: 1. Suami: Baligh, berakal, mukhtar (bebas) melakukan khul bukan dipaksa. 2. Isteri: Hendaklah seorang yang boleh menguruskan harta dan mukallaf. 3. Lafaz khul: Hendaklah disebut dengan terang. 4. Bayaran khul: Hendaklah dijelaskan dengan jumlah yang tertentu.

Walaupun isteri mempunyai hak untuk memohon fasakh dan khul, tetapi Rasulullah sallallahu alayhi wasallam menuntut agar ia tidak dilakukan dengan sewenangwenangnya. Rasulullah sallallahu alayhi wasallam bersabda yang bermaksud: Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga. (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)

Di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 49 ada menerangkan bahawa: Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai denagn tebus talaq, Mahkamah hendaklah selepas sejumlah tebus talaq dipersetujui oleh pihakpihak itu, menasihatkan suami itu melafazkan perceraian dengan tebus talaq mengikut hukum syara, dan perceraian itu adalah bain sughra dan tidak boleh dirujukan.

Taliq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan taliq tersebut. SYARAT TALIQ Syarat jatuh cerai taliq : 1. Suami: Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-kata taliq. 2. Belum berlaku: Hendaklah taliq ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara yang mungkin berlaku. 3. Isteri: Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah). Contohnya suami berkata kepada isteri: Jika engkau keluar dari rumah ini sepanjang ketiadaan aku, jatuhlah talaq engkau atau Apabila engkau pergi ke rumah si anu, jatuhlah talaq atau Manakala engkau pergi ke sana tanpa izinku jatuh talaq atau sebagainya. Apabila berlakunya perkara yang bertentangan dengan syarat yang dilafazkan, maka terjatuhlah talaq menurut hukum syara.

Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut syarat-syarat taliq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz taliq tersebut: 1. Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut. 2. Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut. 3. Menyakiti tubuh badan isteri. 4. Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut- turut.

Lian berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak. Lian ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali bahawa dia adalah orang yang benar dan pada kali kelimanya bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta. Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali bahawa suaminya itu berdusta dan pada kali kelimanya bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar. Firman Allah subhanahu wataala: Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya. (Surah An-Nur, 24:6-9)

Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa: Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara lian mengikut hukum syara di hadapan seorang hakim syari, atas penghakiman, maka hakim syari itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya. Mengikut peruntukan hukum syara, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan lian. Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan lian, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Suami isteri yang melakukan lian apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya. (Riwayat Daruqutni)

1. Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah di mana (tempat) dia bermastautin. 2. Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan kepada Mahkamah Syariah, pihak suami isteri diminta membuat pengaduan ke Bahagian Khidmat Nasihat/Rundingcara di Pejabat Agama Islam Daerah untuk diberikan rundingan terlebih dahulu. 3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syariah. 4. Setelah Mahkamah Syariah bersidang dan membuat sesuatu keputusan mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju Daerah yang berkenaan.

5. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah hendaklah menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan. 6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah hendaklah menandatangani Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai da Ruju` Negeri Melaka. 7. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai. 8. Pendaftar hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan setelah isteri tersebut tamat iddahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil cerai. 9. Bagi kes suami yang ingin berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam iddah isterinya, maka pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Mahkamah Syariah di mana tempat ia bermastautin/tinggal. 10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat perceraian tersebut berdasarkan keputusan Mahkamah.

Ruju dari segi bahasa bererti kembali. Manakala dari segi syara pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu iddah yang bukan talaq bain. Ruju adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu iddah isteri. DALIL HARUS RUJU Firman Allah subhanahu wataala: Maksudnya: Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju) akan isteri-isteri di dalam masa iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian. (Surah Al-Baqarah, 2:228) Allah subhanahu wataala juga berfirman: Maksudnya: Maka apabila mereka telah mendekati akhir iddah, rujulah mereka dengan cara yang maruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang maruf (baik). (Surah At-Talaq, 65:2) Rasulullah sallallahu alayhi wasallam telah bersabda kepada Umar ketika dikhabarkan bahawa anaknya (Abdullah) telah menceraikan isterinya ketika haidh maka Rasulullah sallallahu alayhi wasallam bersabda yang bermaksud: Suruh anakmu supaya dia rujuk kepada isterinya. (Maksud Al-Hadith)

Ruju mempunyai tiga rukun iaitu: 1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan). 2. Murtaji iaitu suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu. 3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.

1. Suami:

a) Hendaklah seorang yang berakal. b) Baligh. c) Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa. d) Tidak murtad.

2. Isteri:

a) Hendaklah yang sudah dicampuri. b) Mestilah yang diceraikan dengan talaq rajiyy. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khul dan juga talaq tiga. c) Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya. 3. Hendaklah tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah ruju dalam masa yang tertentu sahaja. 4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Ruju disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq rajiyy meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi dalam iddah. Tetapi perlu diingat bahawa ruju hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.

1. Jika selepas perceraian yang boleh dirujukan (dalam iddah rajiyy) dan ruju telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal perujukan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh perujukan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan. 2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju atas persetujuan bersama semasa di dalam iddah rajiyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki. 3. Setiap ruju yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syariah berkaitan sebelum ruju dijalankan. 4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah berpuashati bahawa ruju tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal. 5. Pendaftaran atau permohonan ruju hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah. 6. Setiap ruju yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah berkaitan. 7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju. 8. Butir-butir perujukan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju Daerah dalam Buku Daftar Ruju (Borang 2E).

Taliq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan taliq tersebut.

Anda mungkin juga menyukai