Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH

http://luqmanal-jawa.blogspot.com/2009/12/pendidikan-islam-di-zaman-rasulullah.html
Tuesday, December 1, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 5:23 PM

Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah umat manusia dapat
melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini kita dapat melihat betapa
pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis membuat satu lagi kategori dalam
penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita sedari semenjak dari kecil lagi kita telah
mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari sehinggalah kehari ini, tanpa berlingah lagi, mari kita
telusuri permulaan perjalanan pendidikan Islam di zaman Rasulullah saw:

1. PENDAHULUAN
Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan ruhaniah
manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi
melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Pendidikan bermula
ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama. Menunjukkan wajibnya umat islam menuntut
ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus ayat al-Quran tentang pendidikan.

2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW
2.1 sejarah.
2.2 Peringkat makiyyah.
2.3 Peringkat madinah.
2.3.1 Struktur pendidikan
2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.

2.1 SEJARAH.

Muhammad Rasulullah dipandang sukses dalam mendidik masyarakatnya menjadi masyarakat yang
berbudi tinggi dan akhlak mulia. Pada mulanya masyarakat Arab adalah masyarakat jahiliyah, sehingga
perkataan primitif tidak cukup untuk menggambarkannya, hingga datang Rasulullah yang membawa
mereka untuk meninggalkan kejahiliahan tersebut dan mencapai suatu bangsa yang berbudaya dan
berkepribadian yang tinggi, bermoral serta memberi pengetahuan. Al-Quran memberi petunjuk atau
arah, jalan yang lurus mencapai kebahagiaan bagi manusia, sebagaimana firman Allah :

Z,t Z/ o'n| tB |t7v:n| tPo,__ =7 C<v=117n| Nop
ZtB ZM<J'=7n| v) _+7n| ZZP'-/ ,CZ,top 4v) o:
C)tI,1B _Z
Terjemahannya:
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa
Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada
cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan
mereka ke jalan Yang lurus.
Pendidikan pada zaman Rasulullah saw memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran yang
mengubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikn tersebut memperlihatkan satu
garis pemisah antara natijah pendidikan islam berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliyyah arab
yang berasaskan pemikiran lojik dan matlamat keduniaan semata-mata. Perkembangan pendidikan
islam zaman Rasulullah memperlihatkan dua peringkat iaitu peringkat makiyyah dan peringkat
madaniyah.

2.2 PERINGKAT MAKIYYAH

2.2.1 Tahap rahsia.

Tahap rahsia berlaku pada peringkat awal Rasulullah SAW mengajar Al-Quran kepada kaum
keluarganya. Hasil daripada usahanya ini, khadijah bt khuwailid, Ali b Abi Talib dan Zaid b Harithah telah
memeluk agama islam. Seterusnya ramai kerabat Rasulullah dan para sahabat Rasulullah memeluk
islam. Pertambahan penganut islam telah mewujudkan satu bentuk pendidikan yang mula tesusun.

Pada zaman permulaan islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-rumah. Rasulullah SAW
menjadikan rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam sebagai tempat belajar dan tempat pertemuan baginda
dengan para sahabat dan pengikutnya. Di rumah tersebut baginda menyampaikan dasar-dasar agama
dan pengajian Al-Quran. Selain rumah Al-Arqam, baginda menyampaikan pelajaran agama di rumahnya
sendiri di Makkah, sebagai tempat kaum muslimin berkumpul mempelajari akidah dan syariat islam.
Rumah al-arqam dianggap sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah pendidikan
islam. Nabi Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M. Setelah berhijrah ,Masjid Quba dan Nabawi
didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Masjid menjadi sekolah pertama didalam
sejarah pendidikan islam.

2.2.2 Tahap terbuka.
Pendidikan islam dalam tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima perintah seperti yang
tercatat dalam Firman Allah SWT:

,,=nno nJ/ tBo': ,v,p8op t t|Z,>J'7n| _
Terjemahannya:
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad),
dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

Ayat ini memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan islam secara terang-terangan dan meninggalkan
tahap rahsia. Dengan perintah tersebut, pendidikan islam dilakukan secara umum kepada seluruh
lapisan masyarakat. Pendidikan islam bukan hanya tertumpu di rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam, tetapi
meliputi ceruk rantau kota Makkah, lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah.

Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan akidah tauhid,
maka isi pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih mebumpu kepada menolak kepada adat
istiadat, kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah yang mensyirikkan Allah SWT.

Institusi pendidikan Rasulullah menjadi perhatian umum bukan sahaja di kalangan masyarakat arab
tetapi luar Makkah iaitu golongan yang ingin menunaikan haji. Pangaruh Rasulullah pada tersebut telah
menggugat institusi pendidikan arab jahiliyyah yang berteraskan syirik. Akibatnya, Rasulullah dan kaum
kerabatnya telah diusir dari Kota Makkah dan dipulaukan. Seterusnya perkembangan pendidikan
Rasulullah terbantut selama 3 tahun.

2.3 PERINGKAT MADINAH

Penghijrahan Rasulullah ke Madinah pada tahun 622 masehi, membawa perubahan dan pengertian
yang besar terhadap penyebaran dan kestabilan agama islam. Bagi tujuan tersebut masjid mula
didirikan di Madinah seperti masjid Quba dan Masjid Nabawi. Fungsi masjid menurut istilah islam
adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang yang
berhubung dengan ibadat dan pendidikan. Rasulullah SAW menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat
belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi di masjid menjadikannya lebih
bebas dan sesuai sebagai tempat belajar daripada di rumah kerana di masjid, seseorang itu tidak perlu
meminta kebenaran untuk memasukinya jika dibandingkan dengan rumah.

Setelah berhijrah ke Madinah struktur pengajian masih lagi berbentuk tidak formal. Amalan baginda
yang berkesan didalam bidang pendidikan ialah mukmin yang tahu membaca dan menulis mengajar
orang tidak mengetahuinya. Hanya pendakwah yang pandai membaca dan menulis sahaja dihantar ke
daerah yang baru memeluk islam. Contohnya, setelah Rasulullah menawan kembali kota Makkah,
baginda menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman. Khalifah umar menhantar abdullah bin masud ke Kufah
dan abu musa assyaari ke Basrah.

Pendidikan pertama Rasulullah di madinah adalah memperkuatkan umat dan mengikis sisa-sisa
permusuhan. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariat tanpa melupakan
soal-soal lain. Semasa di Madinah hal berkaitan ibadat ditingkatkan. Solat jumaat mula diwajibkan.
Solat sunat hari raya aidilfitri dan aidil adha didirikan. Diberi peringatan supaya menjaga waktu solat
fardu. Pendidikan berpuasa bermula pada tahun 2 hijrah. Begitu juga ibadat Haji pada 6 hijrah. Orang
yang tahu menulis dan membaca disuruh menulis wahyu. Orang pandai diminta mengajar orang tidak
tahu.cth; tawanan perang badar. Umat islam digalakkan belajar bahasa asing. Pendidikan wanita tidak
juga diabaikan.pendidikan yang disampaikan bukan sahaja tentang agama malahan keduniaan.

Bentuk pendidikan yang disampaikan ialah melalui usrah dan halaqah yang berlangsung sehingga
selepas Perang Badar. Kepesatan perkembangan islam pada masa itu menyebabkan lebih banyak
sekolah didirikan. Dikatakan terdapat Sembilan buah sekolah yang telah dibina pada zaman Rasulullah.
Antara yang terpenting ialah Sekolah Kaabah.

Setelah berlangsung Perang Badar pada 6 hijrah, masyarakat di Semenanjung Tanah Arab memberi
perhatian besar kepada pendidikan islam. Lebih ramai umat arab sama ada yang ada di bandar atau
Arab Badwi datang ke Madinah untuk berniaga dan mengenali agama islam. Sebahagian besar
pendatang baru ini memeluk islam dan berhajat menerima pendidikan islam terus daripada Rasulullah
SAW.

2.3.1 struktur pendidikan.Semasa zaman Rasulullah struktur pendidikannya telah disusun oleh
Rasulullah dalam beberapa bentuk seperti:-
a) pendidikan umum
b) pendidikan khusus
c) pendidikan institusi(peringkat awal dan peringkat kedua)
a) pendidikan umum dijalankan oleh Rasulullah dan para sahabatnya yang terpilih antaranya Abu
Bakar as-Siddiq dan Ali b Abi Talib. Perlaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas
solat fardhu atau selepas solat jumaat. Selain itu , kurikulum pendidikan pada masa tersebut ialah
bidang akidah, syariat, muamalat dan lain-lain seperti menunggang kuda, berenang,bergusti dsb.
Rasulullah juga melaksanakan qiamullail sehingga kaki baginda bengkak. Perkembangan pendidikan
umum pada zaman tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Contohnya Raja Yaman
mahukan tenaga pengajar dihantar ke Yaman dan Rasulullah telah menghantar Muaz b Jabal sebagai
guru agama.
b) Pendidikan khusus pengajaran yang tertentu yang diberikan oleh baginda kepada orang yang
tertentu tanpa mengira masa dan tempat seperti berbentuk teguran atau tunjuk ajar secara langsung.
c) Terdapat dua struktur iaitu peringkat awal(menulis dan membaca). Pada peringkat ini ia lebih
menumpukan kepada kanak-kanak. Antara tenaga pengajar pada zaman tersebut ialah Saad b Al-As
dan juga kalangan ahli orang tawanan perang Badar bagi menebus diri mereka dengan wang.
Manakala peringkat kedua ialah pendidikan keatas ahli suffah. Yang mana kebanyakan daripada
mereka datang dari tempat yang jauh dan tiada tempat tinggal kecuali di serambi masjid. Selain belajar
ahli suffah tersbut juga membantu Rasulullah dan para sahabat seperti mengangkat kayu api, barang-
barang, air dan sebagainya dan mereka ini ditanggung oleh Baitul mal dan para sahabat Rasulullah
SAW.

2.3.2 Implikasi pendidikan peringkat madinah.Pendidikan pada peringkat madinah merupakan titik
tolak kepada kesinambungan pendidikan di zaman Khulafa Al-Rasyidin. Pengajian Al-Quran adalah
pendidikan yang terpenting dalam cirri-ciri penting yang terdapat dalam kandungan pengajaran dan
pembelajaran. Pada peringkat ini juga gelah melahirkan para penghufaz Al-Quran yang tidak
berdalahan dengan bacaan Rasulullah antaranya Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali B Abi Talib, Talhah Dan
Abi Ubaidah dan ramai lagi. Manakala penghufaz wanita ialah Aisyah Bt Abu Bakar, Hafzah Bt Umar,
Maslamah Dan Fatimah Bt Muhammad SAW

KESIMPULAN

Pendidikan di zaman Rasulullah adalah pendidikan yang paling cemerlang. Dalam banyak perkara
Rasulullah menggunakan Al-Quran sebagai sumber pendidikan yang utama dan hadis sebagai sumber
pendidikan kedua. Selain itu, Rasulullah telah memenfaatkan banyak perkara antaranya menggunakan
khidmat tenaga pengajar dikalangan tawanan perang Badar. Ini menunjukkan Rasullullah dalah contoh
teladan yang dikagumi sepanjang zaman tidak kira oleh pangkat, bangsa dan agama.



PENUTUP

Sistem pendidikan dizaman Rasulullah adalah yang paling sempurna. System pendidikannya menjadi
model dan ikutan sepanjang zaman. Hal ini kerana system tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari
ini dan bukti menunjukkan tiada siapa yang dapat menandingi cara kepimpinan dan pengajaran
Rasulullah. Pendidikan tersebut yang bersumberkan wahyu (al-Quran) dan Hadis dapat melahirkan insan
yang mampu mengimbangi dunia akhirat. Baginda Rasulullah adalah pendidik terulung sepanjang
zaman. Ianya terbukti dengan lahirnya insan insan hebat pada zaman baginda.

BIBLIOGRAFI
1. Ahmad Mohd Salleh. Pengajian Agama Islam & j-QAF. OXFORD FAJAR.
2. Prof. Dr. Hasan Langgulung. 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke 21.cet. 1. Shah Alam. HIZBI
Sdn. Bhd.
3. http://pedagogi-islam.blogspot.com/search/label/Falsafah%20Pendidikan%20Islam
4. forum.dudung.net/index.php?topic=5368.0

Anda mungkin juga menyukai