Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah umat manusia

dapat melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini kita dapat melihat betapa
pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis membuat satu lagi kategori dalam
penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita sedari semenjak dari kecil lagi kita telah
mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari sehinggalah kehari ini, tanpa berlingah lagi, mari kita
telusuri permulaan perjalanan pendidikan Islam di zaman Rasulullah saw:

1. PENDAHULUAN

Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan
ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah
Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-
mata. Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama. Menunjukkan
wajibnya umat islam menuntut ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus ayat al-Quran tentang
pendidikan.

2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW

2.1 sejarah.

2.2 Peringkat makiyyah.

2.3 Peringkat madinah.

2.3.1 Struktur pendidikan

2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.

2.1 SEJARAH.

Muhammad Rasulullah dipandang sukses dalam mendidik masyarakatnya menjadi masyarakat yang
berbudi tinggi dan akhlak mulia. Pada mulanya masyarakat Arab adalah masyarakat jahiliyah,
sehingga perkataan primitif tidak cukup untuk menggambarkannya, hingga datang Rasulullah yang
membawa mereka untuk meninggalkan kejahiliahan tersebut dan mencapai suatu bangsa yang
berbudaya dan berkepribadian yang tinggi, bermoral serta memberi pengetahuan. Al-Qur’an
memberi petunjuk atau arah, jalan yang lurus mencapai kebahagiaan bagi manusia, sebagaimana
firman Allah :

         
        

Terjemahannya:

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada
sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita
(kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan
menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.

Pendidikan pada zaman Rasulullah saw memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran yang
mengubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikn tersebut memperlihatkan satu
garis pemisah antara natijah pendidikan islam berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliyyah arab
yang berasaskan pemikiran lojik dan matlamat keduniaan semata-mata. Perkembangan pendidikan
islam zaman Rasulullah memperlihatkan dua peringkat iaitu peringkat makiyyah dan peringkat
madaniyah.

2.2 PERINGKAT MAKIYYAH

2.2.1 Tahap rahsia.

Tahap rahsia berlaku pada peringkat awal Rasulullah SAW mengajar Al-Quran kepada kaum
keluarganya. Hasil daripada usahanya ini, khadijah bt khuwailid, Ali b Abi Talib dan Zaid b Harithah
telah memeluk agama islam. Seterusnya ramai kerabat Rasulullah dan para sahabat Rasulullah
memeluk islam. Pertambahan penganut islam telah mewujudkan satu bentuk pendidikan yang mula
tesusun.

Pada zaman permulaan islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-rumah. Rasulullah SAW
menjadikan rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam sebagai tempat belajar dan tempat pertemuan baginda
dengan para sahabat dan pengikutnya. Di rumah tersebut baginda menyampaikan dasar-dasar
agama dan pengajian Al-Quran. Selain rumah Al-Arqam, baginda menyampaikan pelajaran agama di
rumahnya sendiri di Makkah, sebagai tempat kaum muslimin berkumpul mempelajari akidah dan
syariat islam. Rumah al-arqam dianggap sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah
pendidikan islam. Nabi Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M. Setelah berhijrah ,Masjid
Quba’ dan Nabawi didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Masjid menjadi
sekolah pertama didalam sejarah pendidikan islam.

2.2.2 Tahap terbuka.

Pendidikan islam dalam tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima perintah seperti
yang tercatat dalam Firman Allah SWT:

      

Terjemahannya:

Anda mungkin juga menyukai