Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENANTI MUAR, JOHOR

KERTAS KERJA MENCERIAKAN BILIK KEMAHIRAN HIDUP

DI SEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD HUSNI BIN ZAKARIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENANTI, MUAR MENCERIAKAN BILIK KEMAHIRAN HIDUP

1.0 PENGENALAN Program ini bertujuan untuk menceriakan bilik kemahiran hidup. Seperti yang sedia maklum mata pelajaran kemahiran hidup merangkumi bidang kreativiti dan reka cipta, elektrik dan elektronik, baik pulih dan penyelenggaraan,ikan hiasan dan haiwan

kesayangan, jahitan, pertanian dan juga keusahawanan. Oleh yang demikian kaedah pembelajaran bagi mata pelajaran ini lebih bersifat amali ataupun hands on. Justeru itu, telah digariskan oleh kementerian pelajaran malaysia kepada setiap sekolah supaya memiliki bilik kemahiran hidup sebagai tempat untuk murid mendalami ilmu kemahiran hidup. Oleh yang demikian satu suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat diperlukan oleh murid supaya dapat mencerna pembelajaran menjadikannya satu pengetahuan dan pengalaman yang bermakna. Selain itu suasana pembelajaran yang ceria membantu meningkatkan minat murid untuk meneruskan pelajaran. Manakala persekitaran yang selamat akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk belajar dalam keadaan yang selesa tanpa ragu terhadap keselamatan mereka.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan bertujuan menceriakan bilik kemahiran hidup. Seperti yang sedia maklum bilik kemahiran hidup perlulah sentiasa dalam keadaan ceria dan selamat. Oleh yang demikian program ini bertujuan untuk meceriakan bilik kemahiran hidup dan memastikannya dalam keadaan selamat supaya murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan juga selamat.

3.0 OBJEKTIF KURSUS

3.1 Menceriakan bilik kemahiran hidup supaya dapat menampilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

3.2 Memastikan keselamatan bilik kemahiran hidup dengan meletakkan tanda tanda peringatan di tempat-tempat yang berbahaya.

3.3 Menyusun semula susun atur alatan dan bahan supaya mudah digunakan oleh guru dan murid untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Melengkapkan sudut pameran, sudut hasil kerja murid dan juga sudut ilmu sebagai contoh hasilan dan sebagai bahan rujukan murid untuk membuat projek amali mereka.

3.5 Mengemaskini dan menceriakan papan kenyataan dengan mengemaskini maklumat sedia ada dan menambah maklumat baru.

4.0 TARIKH 12 Julai 2011 4 Ogos 2011.

5.0 TEMPAT Bilik Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar.

6.0 PENGELOLA PROGRAM Rujuk Lampiran A

7.0 BAHAN /ALATAN Bil 1 2 3 4 5 6 Item Styroform Cat Berus lukisan Flurosent paper Liminating film (A3 ) Pin Kuantiti 3 keping 10 botol 4 batang 26 keping 5 keping 1 kotak

8.0 JADUAL PROGRAM Rujuk Lampiran B

9.0 PENGLIBATAN Rujuk Lampiran C

10.0

KEWANGAN

Sumbangan guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn dan peruntukan . Bil Item 1 2 3 4 5 Styroform Flurosent paper Liminating film (A3 ) Pin Gam styroform Kuantiti 3 keping Harga seunit RM 2.50 Harga RM 7.50 RM 26.00 RM 5.00 RM 2.50 RM 5.40 RM 46.40

26 keping RM 1.00 5 keping 1 kotak 1 botol RM 1.00 RM 2.50 RM 5.40 JUMLAH

11.0

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membantu menceriakan dan memastikan kawasan bilik kemahiran hidup dalam keadaan selamat dan teratur. Selain itu adalah diharapkan juga semoga murid dapat menghayati kata-kata hikmat dan tanda peringatan yang terdapat

sekitar kawasan bilik kemahiran hidup supaya dapat memastikan kelancaran dan keselamatan aktiviti pembelajaran.

Disediakan oleh:

.. (Muhammad Husni B. Zakaria) Setiausaha Program, Kursus Pra Perkhemahan, SK Seri Menanti, Muar

Di sahkan oleh :

. ( Pn. Asiah Bt. Jawahir) Ketua Panitia Kemahiran Hidup

............................................................................................................................................ Dilluluskan / Tidak Diluluskan

(Pn. Hjh. Zuraidah bt. Rohsah) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar, Johor.

LAMPIRAN A SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENANTI, MUAR JAWATANKUASA MENCERIAAN BILIK KEMAHIRAN HIDUP JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn Hjh Zuraidah Bt Rohsah Guru Besar SK Seri Menanti, Muar

Timbalan pengerusi

Cik.Hjh.Sharifah Bt Sharif Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 1

Cik. Hasnah Bt kassim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 2

Pn.Norliah Bt Rahmat Guru Kanan Kokurikulum

Penyelaras

Pn. Asiah Bt Jawahir ( Ketua Panitia Kem. Hidup)

JAWATANKUASA KERJA PENGELOLA Penasihat Setiausaha Bendahari AJK program AJK kebersihan : : : : : : : Pn.Asiah Bt Jawahir En. Muhammad Husni Bt Zakaria (K) En. Muhamad Ikram B Zainudin Cik Erda Asnidar Bt Anua Cik Izzati Bt. Abdul Rahman En . sazali B Salim Cik Siti Rohana Bt Mahadi

LAMPIRAN B JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BIL 1 MINGGU 11 Julai 2011 4 Ogos 2011 PERKARA Membuat huruf blok untuk dijadikan sebagai kata-kata hikmah. Mewarna huruf-huruf blok tersebut Menampal kata-kata hikmah ke dinding sekitar bilik kemahiran hidup 2 18 Julai 2011 22 Julai 2011 Mengemas bilik kemahiran hidup Memindahkan barang dari almari bercermin ke dalam laci Menyusun alatan mengikut jenis dan kegunaan ke dalam laci Melabelkan setiap laci mengikut alatan dan bahannya Menukar latar belakang papan kenyataan dan papan sudut ilmu. Memindahkan bahan dan alatan yang digunakan pada pamera 100 Tahun ke tempat asalnya. 3 25 Julai 2011 29 Julai 2011 Mengemaskini dan memperbaharui maklumat yang terdapat di papan kenyataan Membuat dan menampal tanda peringatan. Memindahkan bahan dan alatan yang digunakan untuk pameran 100 Tahun ke tempat asalnya. 4 1 Ogos 2011 4 Ogos 2011 Mengubahsuai dan menyusun atur kedudukan meja dan kerusi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

LAMPIRAN C

PENGLIBATAN 1) Guru Pelatih Institut Perguruan Tun Hussein On     Muhammad Husni B. Zakaria Muhammad Ikram B. Zainudin Cik Izzati Bt. Abdul Rahman Cik Erda Asnidar Bt. Anua

2) Guru Panitia Kemahiran Hidup  Pn. Asiah Bt. Jawahir

3) Murid-Murid Tahun 4

Anda mungkin juga menyukai