Anda di halaman 1dari 10

Nama : Pusphaanjali Jay A/P Jayaendaran Tingkatan : 2 Amanah Guru Matapelajaran : Puan Lee Mui Yok

No. 1. 2. Pengenalan Ponteng sekolah y Kes Jenayah y Kes Buang Bayi

Butir-Butir 1

M/S

2 3-4 5-6 7 8

3. 4.

Langkah-Langkah untuk Mengatasi Masalah-Masalah ini Penutup

Pengenalan Saya, Pushpaanjali Jay A/P Jayaendaren ingin menyampaikan folio yang berkaitan dengan kes ponteng sekolah. Kes ini telah merebak luas dalam kalangan pelajar-pelajar di negara kita. Antaranya ialah kes jenayah dan kes buang bayi. Kes jenayah dan kes buang bayi ini harus dikurangkan supaya generasi-generasi pada masa kini tidak menghancurkan masa depan mereka dengan ponteng sekolah. Kita sebagai masyarakat Malaysia harus berusaha untuk menangani masalah ini. Jika perkara ini berlaku, negara kita akan menjadi negara yang merdeka dari kejadian ponteng sekolah ini dan maju dalam pembangunan kita ini.

Kes Ponteng Sekolah Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakanrakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut. Disebabkan oleh kejadian ponteng sekolah, pelbagai kes telah berlaku dalam kalangan pelajar kita. Salah dua kes yang sering berlaku ialah kes jenayah dan kes buang bayi.

Kes Jenayah Kes jenayah telah melampau di kalangan masyarakat Negara kita ini.jika kita melihat tentang indeks jenayah antarabangsa, negara kita lebih baik berbanding dengan kes-kes jenayah ini. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, data tersebut merupakan berita baik terutama bagi memulihkan imej Malaysia yang sedikit tercemar ekoran laporan mengenai beberapa kes jenayah besar yang berlaku di negara ini. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MCPF di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Jamil Johari dan Timbalan Pengerusi MCPF, Datuk Lee Lam Thye. Berdasarkan perangkaan yang diperoleh daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, menurut Najib , kadar jenayah di seluruh negara mengalami sedikit penurunan pada tahun 2000 berbanding tahun sebelumnya. Menurut Najib, kes kecurian kenderaan termasuk motosikal dilakukan secara terancang melibatkan sindiket yang menjualnya ke luar negara. Lain-lain kategori kecurian termasuk kes pecah rumah curi malam semuanya mengalami penurunan. Isu gejala sosial di kalangan remaja sudah kerap diperkatakan tetapi sehingga kini masalah serius ini masih belum mampu dibendung, malah dilihat semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah. Kerajaan sendiri menerusi kementerian dan agensi yang berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO) melalui pelbagai aktiviti telah merancang dan merangka strategi bagi mengatasi masalah ini. Terbaru pendedahan pembabitan pelajar sekolah dalam jenayah yang memperlihatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu dengan purata 200 kes dan 120 tangkapan setiap bulan begitu membimbangkan. Timbalan Pengerusi Biro Anti Dadah dan Gejala Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ikhsan Shamsuddin berkata dalam masalah ini sebenarnya semua pihak perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing.Jelasnya sekarang bukanlah masa untuk menunding jari meletakkan beban ini di atas bahu satu-satu pihak sahaja. Tambah beliau lagi masalah gejala sosial di kalangan remaja terutama pelajar sekolah ini saling berkaitan antara ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat, NGO mahu pun parti-parti politik yang ada di negara ini. "Selain didikan dan pemerhatian serius dari pihak keluarga penglibatan secara serius dalam aktiviti ko-kurikulum dan pasukan seragam sekolah juga dilihat sebagai salah satu pendekatan terbaik untuk mendidik para pelajar lebih berdisplin dan seterusnya menghindarkan mereka dari terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral. "Sebab itu kita menyokong penuh tindakan Kementerian Pelajaran yang kini memberi perhatian serius terhadap pembabitan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum menerusi sukan dan pasukan beruniform. "Dengan cara ini pembangunan sahsiah pelajar akan lebih seimbang antara pencapaian akademik dan kegiatan luar yang mampu meningkatkan lagi tahap disiplin di kalangan pelajar", katanya. Namun tegas beliau lagi, tanggungjawab ini tidak boleh dilepaskan sahaja kepada pihak sekolah kerana masalah ini memerlukan komitmen pelbagai pihak terutama para ibu bapa. "Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini dan gerakan turun padang yang dilakukan, kita mendapati kebanyakan pelajar yang terlibat dalam kes jenayah ini adalah datangnya dari keluarga yang pincang dan bermasalah. 3

"Pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada ibu bapa. Kesan dari keadaan itu pelajar terbabit sering mencari satu jalan penyelesaian sendiri yang akhirnya memerangkap diri mereka untuk terlibat dalam kegiatan jenayah", ujarnya. Justeru katanya lagi, sudah sampai masanya untuk semua pihak berganding bahu dan memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk bersama-sama menangani masalah ini. "Golongan remaja khususnya pelajar merupakan aset negara untuk memacu kejayaan bukan sahaja dalam sektor pendidikan tetapi untuk membantu negara menghadapi cabaran yang akan datang terutama menjelang W2020 kelak. "Sebab itulah pentingnya pendekatan kepada aspek disiplin di kalangan mereka. Jika asasnya tidak kukuh, maka jati diri mereka akan mudah longlai dan goyah sekaligus mendorong mereka untuk terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral seperti dadah dan gengstrisme", katanya Perlakuan jenayah termasuk jenayah ke atas kanak-kanak yang berlaku seorang demi seorang menunjukkan negara ini bukan saja menakutkan bahkan makin tidak selamat. Indeks jenayah semakin meningkat cuma tidak ada peperangan. Semua orang takut melihat kes-kes jenayah yang boleh dikatakan berlaku setiap hari terutamanya pembunuhan kejam yang tidak berperikemanusiaan itu apa lagi mangsa pembunuhan itu adalah kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan. Kes-kes seperti itu menggambarkan negara ini tidak selamat dan perlukan kepekaan dan tindakan drastik kerajaan. "Sangat sedihlah dan sebagai seorang bapa saya sendiri bimbang tentang keselamatan anak-anak pada hari ini. "Maknanya penjaga kena berhati-hati dan tidak boleh biarkan anak-anak sendirian dan kepada ibu bapa mereka kena ingat negara kita tidak selamat," Oleh kerana itu kerajaan perlu bersungguh-sungguh untuk menangani kes-kes seperti itu berulang.

Kes Buang Bayi Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi pada zaman sekarang, kanakkanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi. Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya programprogram hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak.

Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Kehidupan generasi pada hari ini yang terlalu bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa batasan agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan hidup, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa lalu terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Terperangkap dengan jerat yang dicipta sendiri, pesalah-pesalah ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan atau menggugurkan kandungan mereka. Selain pembuangan bayi, fenomena terbaru yang melanda negara ini ialah kes penjualan bayi di mana seorang doktor perubatan dan seorang pegawai penjawat awam dikatakan telah menjadi dalang kepada jenayah itu. Menurutnya, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, hampir saban hari terdapat laporan mengenai kes buang bayi sama ada yang masih hidup ataupun tidak bernyawa. Selain kes buang bayi, beliau berkata, masyarakat negara ini turut dikejutkan dengan sindiket jual beli bayi yang dikatakan beroperasi di Johor. Pendedahan mengenai sindiket tersebut memberikan gambaran betapa rendahnya nilai nyawa dan kehidupan manusia sekarang ini. Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, menurut Dr. Harlina, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk memperdagangkan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan. Pembabitan kumpulan profesional seperti doktor perubatan dan juga penjawat awam dalam sindiket ini menunjukkan betapa wang ringgit mampu mengelabui mata manusia sehingga sanggup melanggar etika profesion mereka. Beliau berkata, langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anakanak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri. Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah.

Langkah-Langkah untuk Mengatasi Masalah-masalah ini Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan. Selain itu, guru-guru di sekolah ambil mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang berpasangan supaya kejadian buang bayi tidak berlaku lagi di kalangan para pelajar. Jika tindakan ini diambil, saya yakin bahawa kita dapat mengurangkan pembuangan bayi pada masa depan. Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anakanak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional. Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.

Kesimpulan Jika langkah-langkah yang dinyatakan di atas dilaksanakan dengan baik, kita tidak patut bimbang tentang kes-kes ini. Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi muda lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai