Anda di halaman 1dari 40

KERAJAAN NEGERI SABAH

BUKU PANDUAN SKIM BANTUAN KHAS DAN PINJAMAN MUDAH UNTUK PEKEBUN-PEKEBUN KECIL SAWIT DI SABAH

30 Januari 2009 Disediakan oleh Kementerian Kewangan Negeri

ISI KANDUNGAN
Tajuk 1. Pengenalan ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... Muka surat 1 2 3 4

2. Latar Belakang 3. Tabung Khas ...

A. Skim Bantuan Khas i. ii. iii. iv. v. vi.

Tujuan Syarat-syarat Kelayakan Skim Bantuan Khas PKS Kaedah Pengiraan Kadar Pembayaran Contoh Pengiraan Pembayaran Skim Bantuan Tiga Bulan Pertama Mekanisme Hebahan Proses Kerja:Carta 1. (Carta Kerja Pelaksanaan Skim Bantuan PKS) Carta 2. (Carta Aliran Proses Pembayaran Skim Bantuan Khas ... ... ... ... ... ... 12

B. Skim Pinjaman Mudah i. ii. iii. iv. v.

Tujuan Kumpulan Sasar Syarat-syarat Kelayakan Mekanisme Pelaksanaan Proses Kerja_Carta 3. (Carta Aliran Kerja Skim Pinjaman Mudah PKS) ... ... ... ... ... ... ... 15 17

4. Tanggungjawab

5. Skim-skim bantuan Sedia Ada yang Dilaksanakan oleh Badan-badan Kerajaan ... ... ... ... ... ... ... 5.1 Jabatan Pertanian Sabah 5.2 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 5.3 Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) 5.4 Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. 5.5 Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah 5.6 Korporasi Pembangunan Desa (KPD) 5.7 Palm Oil Industrial Cluster (POIC) 6. Kesimpulan 7. Direktori 8. Lampiran ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...

25 27 30

SKIM BANTUAN DAN PINJAMAN MUDAH DI BAWAH TABUNG KHAS KEPADA PEKEBUN-PEKEBUN KECIL PERSENDIRIAN SAWIT DI SABAH 1. PENGENALAN Peristiwa penurunan harga minyak sawit mentah daripada RM4,486 se tan kepada RM1,400 se tan pada bulan Oktober 2008 telah memberi impak kepada pekebun-pekebun kecil sawit di Negeri Sabah berikutan buah tandan segar (BTS) tidak dapat dipasarkan. Ini turut menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil sawit (PKS) yang dirumitkan lagi dengan peningkatan harga input-input pertanian terutamanya baja. Justeru Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan atas nasihat YAB Ketua Menteri Sabah untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam melibatkan beberapa kementerian, jabatan serta agensi negeri dan persekutuan, yang berkaitan. Kerajaan Negeri prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para PKS dan gesaan untuk diberikan bantuan kepada mereka terus diberi perhatian. Di samping skim-skim bantuan sedia ada yang dilaksanakan oleh badan-badan Kerajaan, pada 8 Januari 2009, Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta sebagai tabung khas bagi membantu PKS di negeri ini yang menghadapi masalah kewangan berikutan kejatuhan harga komoditi ini. Buku panduan ini dihasilkan adalah untuk memberikan kaedah pemberian dan mekanisme pelaksanaan skim bantuan kepada PKS yang layak.
1

2.

LATAR BELAKANG Pembangunan tanaman sawit di negeri ini mula berkembang sejak tahun 1970-an dengan keluasan 38,433 hektar dan setakat tahun 2008, keluasan tanaman sawit di negeri ini adalah 1,319,710.64 hektar iaitu 30% daripada keluasan keseluruhan negara (4.4 juta hektar). Sejajar dengan perkembangan industri ini, sebanyak 115 buah kilang pemprosesan minyak sawit mentah dan 9 buah kilang refinery sedang beroperasi di negeri ini. Berdasarkan data MPOB sehingga bulan November 2008, terdapat seramai 18,693 PKS dengan keluasan 127,724.77 hektar di seluruh Sabah. Dari jumlah tersebut, 11,018 adalah PKS bersaiz 15 ekar (6.07 hektar) dan ke bawah melibatkan kawasan tanah seluas 40,902.78 hektar. Industri sawit adalah sektor penting dalam ekonomi Negara. Bagi negeri Sabah, sektor industri sawit telah menyumbang sebanyak RM14.42 billion (30%) kepada ekonomi negeri pada tahun 2007, iaitu 95% daripada pendapatan eksport produk-produk pertanian dan 43.2% daripada keseluruhan pendapatan eksport negeri Sabah.

3.

TABUNG KHAS Dua jenis bantuan di bawah Tabung Khas yang digariskan oleh Kerajaan Negeri Sabah iaitu:-

A. Bantuan berbentuk tunai (Skim Bantuan Khas) untuk


menampung perbezaan harga penjualan dengan kos pengeluaran BTS; dan

B. Bantuan berbentuk pembiayaan semula pinjaman (Skim


Pinjaman Mudah). Nota:Pemberian Skim Bantuan dan Skim Pinjaman Mudah di bawah Tabung Khas ini adalah untuk meringankan beban PKS persendirian berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut. Ia juga bagi memastikan kemapanan pengeluaran tanaman sawit oleh PKS.

A. SKIM BANTUAN KHAS

A. i.

SKIM BANTUAN KHAS TUJUAN Skim Bantuan ini adalah untuk meringankan beban PKS persendirian yang mempunyai keluasan tidak melebihi 15 ekar (6.07 hektar) bagi memastikan kemapanan pengeluaran sawit oleh PKS.

ii.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SKIM BANTUAN KHAS PKS a. Warganegara Malaysia yang bemastautin di Sabah. b. PKS Pemilikan Persendirian/individu. c. PKS tidak termasuk mereka yang di bawah naungan pengurusan agensi Kerajaan seperti FELDA, SLDB, FELCRA dan seumpamanya. d. Kawasan dimiliki tidak melebihi 15 ekar/orang (6.07 hektar). e. Tanah bergeran atau Permohonan Tanah (PT) / Request Survey Plan (RSP) yang mendapat pengesahan hak pemilikan tanah oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT). f. Mempunyai lesen Malaysian Palm Oil Board (MPOB). g. Sumber pendapatan utama PKS bergantung sepenuhnya kepada penjualan BTS. h. Berdaftar dengan Jabatan Pertanian Sabah.

iii.

MEKANISMA PELAKSANAAN SKIM BANTUAN Skim bantuan ini melibatkan pembayaran oleh Kerajaan Negeri kepada PKS yang layak berdasarkan perbezaan harga lantai dengan purata harga penjualan bulanan BTS. PKS hanya dibayar secara cek atau secara elektronik apabila purata harga penjualan bulanan BTS di bawah paras harga lantai (RM250.00).

iv.

KAEDAH PENGIRAAN KADAR PEMBAYARAN Asas pengiraan adalah berdasarkan : a. Purata harga penjualan bulanan MPOB dan jumlah tan metrik (MT) yang dijual tidak melebihi 1.5 tan metrik setiap hektar/bulan. b. Resit pengesahan penjualan BTS daripada pusat pengumpulan atau daripada kilang-kilang c. Pembayaran dibuat setiap tiga (3) bulan sekali melalui cek / secara elektronik kepada PKS. d. Pembayaran ini mula efektif pada 1 Januari 2009 apabila harga BTS di bawah RM250 kepada PKS sehingga dasar baru dikeluarkan. e. Pembayaran hanya akan dibuat bagi tanaman berumur diantara 4 hingga 25 tahun sahaja. f. Had maksima bantuan bagi setiap MT adalah RM30.00 sahaja.

v. CONTOH PENGIRAAN PEMBAYARAN SKIM BANTUAN TIGA BULAN PERTAMA

BULAN

PERTAMA KEDUA KETIGA

HARGA PURATA PENJUALAN BULANAN MPOB (RM) 297 234 219

HARGA LANTAI (RM) 250 250 250

PERBEZAAN HARGA LANTAI (RM) +47 16 30*

** JUMLAH BAYARAN SEHEKTAR (RM) 0 24 45 69.00

JUMLAH BAYARAN/ HA
(Harga purata digunakan berdasarkan Gred C. Mengikut MPOB)

* ** -

Had maksima bantuan adalah RM30/MT. Perbezaan harga lantai (RM) X 1.5 mt/ha/bulan. Sebagai contoh, petani yang memiliki keluasan tanah 6 ha akan menerima skim bantuan RM69.00 untuk tempoh 3 bulan (RM69.00 X 6 ha = RM414.00).

vi.

MEKANISMA HEBAHAN Hebahan akan dibuat melalui:a. Hebahan (pemakluman) kepada umum b. Penerangan taklimat pemberian skim bantuan dan pendidikan oleh semua Pegawai Pertanian Daerah kepada PKS melalui majlis rasmi atau tidak rasmi

vii.

PROSES KERJA Proses Kerja Pelaksanaan Skim Bantuan PKS adalah seperti berikut:CARTA 1: Carta Kerja Pelaksanaan Skim Bantuan PKS Pendaftaran Verifikasi / Pemeriksaan Ladang Tuntutan Kelulusan Pembayaran

(a) Pendaftaran i. Semua PKS yang layak perlu berdaftar dengan Jabatan Pertanian di Pejabat Pertanian yang berdekatan dengan ladang ii. Semasa / kebun pengusaha dengan mengisi dokumen-dokumen berikut Borang perlu Pendaftaran BKS (I) yang disediakan. pendaftaran dikemukakan: Geran Tanah Lesen MPOB Resit penjualan ke kilang / Pusat Pengumpulan Sawit 8

Kad Pengenalan Cukai pendapatan (jika ada) Akaun Bank (semua salinan dokumen tersebut di atas hendaklah disahkan benar). (b) Verifikasi i. PKS dikehendaki memaklumkan kepada Pegawai Pertanian lokasi ladang yang diusahakan untuk diverifikasi bagi mengesahkan pengeluaran. ii. Verifikasi ladang perlu dilakukan sekiranya pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dikemukakan pemohon menimbulkan keraguan. (c) Tuntutan i. Peserta (PKS) yang layak dan telah berdaftar dengan Jabatan Pertanian Daerah, perlu membuat tuntutan dengan mengisi ii. Borang Tuntutan BKS (II) untuk diproses selanjutnya. Pemohon-pemohon yang mempunyai cukai pendapatan, tuntutannya hendaklah dirujuk ke Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Seksyen Tanaman Kekal, Wisma Pertanian, Kota Kinabalu dan selanjutnya akan dirujuk terlebih dahulu ke Kementerian Kewangan Negeri dengan menggunakan Borang Rujukan Cukai BKS (III) sebelum tuntutan tersebut dapat diluluskan. 9 kesahihan maklumat ladang dan

(d) Kelulusan i. ii. Semua tuntutan akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Pegawai meluluskan iii. Pertanian Daerah yang diberikan memenuhi kuasa syarat untuk dan permohonan

menolak permohonan yang tidak memenuhi syarat. pemohon yang telah mendapat kelulusan akan dimaklumkan secara rasmi dengan menggunakan surat kelulusan Skim BKS (seperti dilampirkan). (e) Pembayaran i. ii. Semua tuntutan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan layak menerima pembayaran. Pembayaran akan di buat atas nama pemohon yang membuat tuntutan dengan mengemukakan salinan Borang BKS(I), Borang BKS (II) dan Surat Kelulusan. iii. Tuntutan yang telah diluluskan akan dibayar melalui cek / secara elektronik ke akaun bank pemohon.

10

CARTA 2: Carta Aliran Proses Pembayaran Skim Bantuan Khas PKS dikehendaki mengisi borang BKS (II) untuk tuntutan Pegawai Pertanian Daerah membuat verifikasi/pemeriksaan Proses kelulusan

Tiada pembayaran

Tidak

Lulus

Ya

Baucar disediakan Pembayaran dikeluarkan kepada PKS

PKS hanya dibenarkan membuat tuntutan setiap 3 bulan sekali dengan mengemukakan resit penjualan BTS dari pusat pengumpulan/kilang. Pegawai Pertanian Daerah akan membuat verifikasi/pemeriksaan sebelum baucar pembayaran dikeluarkan. Semua tuntutan yang telah mendapat kelulusan akan dibayar melalui cek / secara elektronik ke akaun bank masing-masing.

11

B. SKIM PINJAMAN MUDAH

B.SKIM PINJAMAN MUDAH i. TUJUAN: Dasar ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan sementara kepada PKS yang terjejas akibat kesan kejatuhan harga BTS dan akibatnya mereka yang terlibat sukar untuk membuat pembayaran balik pinjaman. Bantuan ini adalah berbentuk pembiayaan semula pinjaman. Mereka ini berkemungkinan akan berhadapan dengan tindakan penggantungan daripada institusi-institusi kewangan yang tidak akan membenarkan penjadualan semula pinjaman tersebut. Pemohon pinjaman haruslah membuktikan bahawa mereka menghadapi masalah penjadualan pembayaran balik pinjaman seperti yang dimaksudkan. ii. KUMPULAN SASAR: Skim ini adalah untuk semua PKS. iii. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN; Pemohon mestilah;i. Warganegara Malaysia, penduduk tetap di Sabah dan mencapai umur 21 tahun tetapi tidak melebihi 60 tahun. ii. Pekebun kecil sawit dengan keluasan tanah yang ditanami 100 ekar dan ke bawah. iii. Menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan harga minyak sawit berikutan keadaan ekonomi semasa. iv. Tanah/kebun sawit tersebut pada masa ini sedang dicagarkan di bank atau institusi kewangan.

iv.

MEKANISMA PELAKSANAAN: i. Pembiayaan semula ialah berjumlah minimum RM5,000.00 hingga maksimum RM250,000.00. ii. Pembayaran balik pinjaman ialah diantara 1 hingga 5 tahun. iii. Tempoh penangguhan (grace period) ialah maksimum 12 bulan, boleh dipertimbangkan secara kes demi kes tertakluk kepada penilaian kredit semasa. iv. Kadar faedah ialah 4% setahun.

v. PROSES KERJA CARTA 3:


Carta Aliran kerja Skim Pinjaman Mudah PKS
1. Daftar permohonan di IP/PPD (Yuran pendaftaran: RM50) 2. Proses permohonan (IP/PPD) 3. Luluskan / tolak permohonan (IP) 4. Keluarkan surat tawaran/penolakan (IP/PPD) 5. Hubungi peminjam untuk mengambil surat kelulusan/penolakan 6. Terima suratcara yang lengkap & permohonan pengeluaran pinjaman daripada peminjam 7. Keluarkan pinjaman (sekaligus/beransur) 8. Pantau pinjaman (IP/PPD)
Singkatan: i. IP : Ibu Pejabat ii. PPD : Pusat Pelanggan Daerah

TANGGUNGJAWAB

4.

TANGGUNGJAWAB Skim Bantuan Khas dan Skim Pinjaman Mudah ini melibatkan Kementerian Kewangan Negeri, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Negeri, Jabatan Pertanian Negeri Sabah dan Perbadanan Pinjaman Sabah.

BIL. 1.

TANGGUNGJAWAB Menetapkan dasar skim bantuan (i.e menentukan harga lantai).

AGENSI TERLIBAT Kementerian Kewangan Negeri

2.

Menyediakan peruntukan dan pembayaran kepada PKS serta menyalurkan peruntukan untuk Skim Pinjaman Mudah. Memeriksa nombor pendapatan pemohon sebelum diluluskan. cukai (PKS)

Kementerian Kewangan Negeri

3.

Kementerian Kewangan Negeri Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Negeri

4.

Menetapkan Dasar Perlaksanaan Insentif (syarat, kelayakan, tempoh, mekanisma) pembersihan, harga purata. Hebahan(pemakluman), pendaftaran,verifikasi,tuntutan, kelulusan, pembayaran dan pelaporan. Menyediakan bantuan skim pinjaman mudah kepada PKS yang layak mengikut syarat yang ditetapkan dan juga syarat perbankan.

5.

Jabatan Pertanian Sabah (Bahagian Pembangunan) & Pejabat Pertanian Daerah

6.

Perbadanan Pinjaman Sabah

SKIM-SKIM BANTUAN SEDIA ADA YANG DILAKSANAKAN OLEH BADAN-BADAN KERAJAAN

5. SKIM-SKIM BANTUAN SEDIA ADA YANG DILAKSANAKAN OLEH BADAN-BADAN KERAJAAN 5.1 Jabatan Pertanian Sabah

Jabatan Pertanian ada menyediakan 2 jenis bantuan untuk PKS iaitu bantuan penanaman sawit secara berkelompok dan penjualan benih/bibit sawit kepada PKS dengan harga subsidi kerajaan. i. Bantuan Penanaman Sawit Secara Berkelompok Bantuan penanaman sawit secara berkelompok bertujuan untuk membangunkan tanah-tanah PKS yang memiliki tanah antara 1015 ekar. Jenis-jenis Bantuan Pada tahun pertama pekebun kecil akan menerima bantuan seperti:a. pembukaan dan pembersihan kawasan dengan kadar RM750 sehektar. b. bibit sawit @ 160 pokok/hektar. c. baja dan racun kimia. d. peralatan ladang. e. perkhidmatan pengembangan dan khidmat nasihat. Pada tahun kedua hingga keempat akan diberikan bantuan baja sahaja untuk tujuan penyelenggaraan tanaman. Syarat-syarat Kelayakan a. Warganegara Malaysia. b. Pekebun kecil mestilah memiliki tanah bergeran keluasan <15 ekar atau PT/RSP (Request Servey Plan) yang mendapat

pengesahan hal pemilikan tanah oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT). c. Pekebun kecil hendaklah memohon secara berkelompok kepada Jabatan Pertanian. d. Pekebun kecil hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pertanian. ii. Penjualan Benih Sawit Dengan Harga Subsidi Penjualan Benih Sawit ini disediakan bertujuan untuk memberi peluang kepada PKS/individu untuk membeli benih sawit berkualiti yang disediakan oleh Jabatan Pertanian dengan harga subsidi. Keutamaan adalah diberikan kepada PKS di luar bandar memiliki tanah 10-15 ekar. Bentuk dan Jenis Bantuan a. Membeli bibit sawit dengan harga RM1.00/benih. b. Khidmat nasihat cara-cara menyemai bibit sawit diberikan. c. Kos pengangkutan bibit ke pejabat pertanian/daerah terlibat minima Syarat-syarat Kelayakan a. Warganegara Malaysia. b. Pekebun kecil mestilah memiliki tanah bergeran keluasan <15 ekar atau PT/RSP (Request Survey Plan) yang mendapat pengesahan hak pemilikan tanah oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT). c. Pekebun kecil hendaklah memohon kepada Jabatan Pertanian. d. Pekebun kecil hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pertanian.

5.2 (i)

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Skim Insentif Tanam Semula (SITS 2008) (a) Peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan untuk menebang kawasan sawit 200,000 hektar. Semua ladang dan pekebun kecil termasuk peneroka/peserta di bawah rancangan kerajaan seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan Skim Rancangan Tanah Kerajaan Negeri adalah layak memohon insentif ini.

Kelayakan:

Syarat-syarat: - Berlesen dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). - Insentif ini berkuatkuasa mulai 01 Disember 2008. - Wang insentif adalah sebanyak RM1000 sehektar. - Kawasan yang dipohon TIDAK BOLEH DITEBANG sebelum permohonan diluluskan. - Hanya pokok sawit berumur 25 tahun dan ke atas layak untuk ditebang - Pokok di kawasan yang diluluskan hendaklah ditebang sebelum 31 Mac 2010. - Bayaran akan dibuat hanya SETELAH pokok di kawasan yang dipohon telah disahkan ditebang. - Bayaran akan dibuat mengikut keluasan tanaman pokok sebenar yang ditebang mengikut pengiraan MPOB. - Jika terdapat sebarang penipuan atau pelanggaran syaratsyarat yang tersenarai diatas, MPOB berhak menarik balik kemudahan wang insentif tersebut. (b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2009.

ii)

Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti Untuk Pekebun Kecil Skim ini terbuka kepada pekebun kecil tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) b) c) Warganegara Malaysia Semenanjung Malaysia 5 hektar dan ke bawah Memiliki pegangan tanah

Sabah dan Sarawak Memiliki pegangan tanah 7 hektar dan ke bawah; dan bantuan anak benih dihadkan kepada 5 hektar sahaja. Status tanah Bergeran. Bagi status tanah yang masih dalam permohonan tanah (PT/LA), permohonan skim boleh dipertimbangkan dengan syarat permohonan dibuat secara berkelompok.

d)

Permohonan Skim ini telah dibuka untuk permohonan pada 03 Julai 2007 dan tarikh tutup permohonan telahpun tamat iaitu pada Jun 2008. Kini MPOB tidak lagi menerima permohonan baru dan proses yang dijalankan sekarang adalah peringkat pemberian/penghantaran bantuan anak benih kepada pemohon yang layak. iii) Skim Bantuan Tanaman Sawit Sistem Dua Baris Kembar Dan Integrasi Tanaman Dan Ternakan

Kelayakan a) Skim Bantuan Tanaman Sistem Dua Baris Kembar

Syarat-syarat b) Mempunyai tanah tidak melebihi 40.5 hektar (100 ekar) Tanah tidak berbukit. Bantuan insentif RM 500/hektar, terhad kepada maksimum 5.0 hektar bagi setiap pekebun kecil. Skim Bantuan Integrasi Tanaman Di Ladang Sawit (Sistem Tanaman Dua Baris Kembar)

Syarat-syarat iv) Mengusahakan integrasi tanaman di kawasan sawit Bantuan insentif tidak melebihi RM1500/hektar dalam bentuk input pertanian / atau perkhidmatan. Skim Bantuan Integrasi Ternakan (Kambing atau Lembu) Syarat: Kawasan sawit matang sahaja iaitu umur pokok melebihi 5 tahun dan kurang 15 tahun.

Bantuan yang diberikan: 1) 200 ekor lembu - perlaksanaan dibuat secara berkelompok dengan syarat keluasan tanah melebihi 1000 hektar 2) 100 ekor lembu - perlaksanaan dibuat secara berkelompok dengan syarat keluasan tanah melebihi 500 hektar 3) 50 ekor kambing - perlaksanaan dibuat secara berkelompok dengan syarat keluasan tanah melebihi 30 hektar 4) 10 ekor kambing- Individu dengan syarat keluasan tanah melebihi 5 hektar * Permohonan masih dibuka.

5.3 Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) * bantuan yang diberikan PKS dibawah naungan LKTNS sahaja (i) Bantuan kemudahan jalan dan pembaikan pulih bagi jalan-jalan yang terlibat dalam skim sewa pajak, program pekebun kecil terancang dan program pembangunan tanah secara berkelompok di dalam ladang atau estet untuk kemudahan mengeluarkan hasil BTS. (ii) Kemudahan perumahan bagi PKS yang menjadi peserta dan bekerja di ladang sawit. (iii) Skim bantuan pinjaman perumahan, bagi rumah-rumah peneroka sewa-pajak yang perlu di baik pulih. (iv) Pembayaran sewa bulanan berdasarkan harga minyak sawit semasa bagi ladang yang terlibat dalam skim sewa pajak dan pembayaran dividen sebanyak empat kali setahun dalam program pekebun kecil terancang. (v) Pembayaran dividen daripada keuntungan bersih tahunan bagi estet yang terlibat dalam skim badan koperasi sawit. (vi) Memberikan keutamaan kepada anak-anak peneroka / peserta yang berkelayakan yang memohon kerja di dalam LKTNS. 5.4 Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.(KSK) Antara skim bantuan yang diberikan kepada PKS dibawah naungan KSK adalah: (i) pembayaran dividen tahunan melalui perkongsian disamping peluang untuk bekerja di ladang. (ii) memberi bantuan penyediaan anak benih/bibit.

(iii) memberi bantuan dan perkhidmatan pengangkutan untuk BTS ke kilang-kilang milik syarikat dan penjualan baja secara harga borong yang lebih murah. (iv) memberi keutamaan untuk membeli dan memproses BTS dari pekebun kecil. (v) memberi khidmat nasihat (advisory service) kepada PKS dengan kadar kos minima. 5.5 Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah (i) Mempunyai 7 pusat pengumpulan BTS, 6 aktif dan 1 tidak aktif. (ii) Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada ahliahli dari ladang ke pusat pengumpulan BTS. (iii) Mengangkut BTS daripada ladang ke kilang berdekatan sekitar 60km dengan caj-caj tertentu 5.6 Korporasi Pembangunan Desa (KPD) Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di kawasan

Sandakan/Tawau dengan mengenakan bayaran RM25 RM45 se tan mengikut jarak ladang-ladang PKS dengan kilang-kilang sawit yang terdapat di kawasan masing-masing. 5.7 Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Untuk memastikan perancangan pelaksanaan kegiatan

industry hiliran dalam jangka pertengahan dan jangka panjang. Kajian serta perancangan bersifat ekonomik kepada industri sawit dilakukan bagi memastikan perancangan tersebut di atas dapat direalisasikan.

KESIMPULAN

6. KESIMPULAN Program ini dijangka akan dapat meringankan beban 11,018 orang PKS yang mengusahakan seluas 40,902 hektar di negeri Sabah akibat daripada kenaikan harga input baja dan penurunan harga minyak sawit mentah. Program ini juga adalah untuk memastikan sumbangan PKS persendirian terhadap pendapatan sawit negeri terus berkekalan dan mapan.

DIREKTORI

7. DIREKTORI
Badan Kerajaan No. Pejabat Alamat Pejabat Agrobank Leboh Pasar Besar Peti Surat 10815 50726 Kuala Lumpur Bank Pertanian Malaysia, Jln Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Pejabat Wilayah Sabah, Lot L5/5.28-5.30, Tingkat 4, Wisma San Hin, Wawasan Plaza, Peti Surat L5/28, 88000 Kota Kinabalu. Pejabat Wilayah Sabah, 91150 Cenderawasih, Lahad Datu. Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Aras 1,5,6 dan 7, Wisma Pertanian, Jalan Tasik, Luyang, Off Jalan Maktab Gaya. Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu. Wisma Kewangan, 88593 Kota Kinabalu. Aras 7 dan 8, Wisma Pertanian, Jalan Tasik, Luyang, Off Jalan Maktab Gaya. Beg Berkunci No. 2049, 88624 Kota Kinabalu. Aras 2, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang, Beg Berkunci No. 86, 88998 Kota Kinabalu.

1.

Agro Bank

03-2731 1600

2.

Agro Bank

088-288288

3.

FELCRA Berhad

088-294405/ 248457

4.

Felda Industries Sdn. Bhd.

089-811101

5.

Jabatan Pertanian Sabah

088-283283

6.

Kementerian Kewangan Negeri

088-251513

7.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

088-283654

8.

Korporasi Pembangunan Desa (KPD)

088-291388/ 291302

Badan Kerajaan

No. Pejabat

Alamat Pejabat Jalan Kelapa Sawit, Off KM 4, Jalan Tuaran 88300 Kota Kinabalu.

9.

Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.

088-235811

10.

Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)

088-270740

Wisma SLDB, Jalan Kelapa Sawit, Off KM 4, Jalan Tuaran 88300 Kota Kinabalu. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor. Peti Surat 10620, 50720 Kuala Lumpur. Tingkat 2, Kompleks Karamunsing, Beg No. 158M, 88995 Kota Kinabalu.

11.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Ibu Pejabat

03-8769 4400

12.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Pejabat Wilayah Sabah

088-235281

13.

Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah

088-249615

Tingkat 8, Blok D, Bangunan KWSP, 88100 Kota Kinabalu.

14.

Palm Oil Industrial Cluster Sabah Sdn. Bhd. (POIC)

088-272261

Level 1, Sabah Trade Centre, Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu. Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah, Pekan Baru Donggongon, Penampang. Peti Surat No. 10451, 88805 Kota Kinabalu.

15.

Perbadanan Pinjaman Sabah

088-323888

LAMPIRAN

8. i.

LAMPIRAN:Contoh Borang BKS (I), borang pendaftaran / tuntutan skim bantuan khas sawit (Jabatan Pertanian Sabah). ii. iii. iv. v. vi. Contoh Borang BKS (II), borang permohonan tuntutan bantuan khas sawit (Jabatan Pertanian Sabah). Contoh Borang BKS (III), borang rujukan cukai. Contoh surat kelulusan pemberian skim bantuan tanaman sawit (Jabatan Pertanian Sabah). Contoh borang permohonan pinjaman projek (Perbadanan Pinjaman Sabah). Contoh jadual pembayaran balik skim pinjaman mudah PKS (Perbadanan Pinjaman Sabah).

Tel: 088-283283 Fax No.088-239046 E-mail: doasabah@sabah.gov.my Laman Web: www.sabah.gov.my/tani Ruj. Tuan: Ruj. Kami: Tarikh:

Jabatan Pertanian Sabah

___________________________ ___________________________ ___________________________ Tuan KELULUSAN BANTUAN KHAS SAWIT ENCIK _____________________________________________ SELUAS ___________________ HA Sukacita dimaklumkan permohonan tuan No. Rujukan ______________________ untuk mendapatkan Bantuan Khas Sawit telah diluluskan sebanyak RM _____________________ (Ringgit Malaysia _______________________________) 2. Sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah _________________________________ untuk mengambil Cek Pembayaran pada ______________________________ waktu pejabat. Sekian, harap maklum.
*BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH*

Nama __________________________ Pegawai/Penguasa Pertanian Daerah

Tel: 088-283283 Fax No.088-239046 E-mail: doasabah@sabah.gov.my Laman Web: www.sabah.gov.my/tani Ruj. Tuan: Ruj. Kami: Tarikh:

Jabatan Pertanian Sabah

Pengarah Pertanian Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Aras 5, Wisma Pertanian Jln. Tasik Luyang, Off Jln Maktab Gaya Beg Berkunci No. 2050 88632 KOTA K INABALU u.p.: Pegawai Pertanian Kanan (Seksyen Sawit) Tuan PER: LAPORAN SUKU TAHUN PROGRAM BANTUAN KHAS SAWIT DAERAH: _________________________________ Dengan hormatnya dimajukan Laporan perkara tersebut di atas seperti dalam Borang PITS (2) bagi suku tahun bertarikh dari ____________________ hingga __________________ 2009 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih.
*BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH*

Saya yang menurut perintah

(Nama / Jawatan) Pegawai/Penguasa Pertanian Daerah

Tel: 088-283283 Fax No.088-239046 E-mail: doasabah@sabah.gov.my Laman Web: www.sabah.gov.my/tani Ruj. Tuan: Ruj. Kami: Tarikh:

Jabatan Pertanian Sabah

___________________________ ___________________________ ___________________________ Tuan KELULUSAN SKIM BANTUAN KHAS SAWIT ENCIK _______________________________ NO. PENDAFTARAN PKS _________ SELUAS ___________________ HA Sukacita dimaklumkan permohonan tuan No. Rujukan _________________ untuk mendapatkan Skim Bantuan Khas Sawit telah diluluskan sebanyak RM _________ (Ringgit Malaysia _________________________________________________________) 2. Pejabat ini akan memaklumkan tuan apabila cek pembayaran tersebut telah disediakan. Sekian, harap maklum.
*BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH*

Nama __________________________ Pegawai/Penguasa Pertanian Daerah

BORANG BKS (I) JABATAN PERTANIAN


No. Pendaftaran PKS : ____________________ BORANG PENDAFTARAN SKIM BANTUAN KHAS SAWIT Daerah: ________________________ A. Nama MAKLUMAT PEMOHON: : ______________________________________ No. Kad Pengenalan (Baru) : _______________________ : _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ No. Telefon Alamat Kebun/ladang No. Cukai Pendapatan (Jika ada) : ___________________ No. Tel. Bimbit : _______________________________ : _________________________________________________________________ : _________________ No. Akaun & Nama Bank: __________________________

PENDAFTARAN

Alamat Surat menyurat

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah 1 salinan kad pengenalan yang disahkan, 1 salinan geran tanah dan 1 salinan Cukai Pendapatan (Jika ada). B. PERIHAL KEBUN / LADANG : __________________ ekar / hektar Tanaman Matang (> 4 tahun) Hasil Jualan (RM)

No. Geran / hakmilik tanah : _________________________ Luas Tanah Bil Tanaman Keluasan Bertanam (Hektar) Tanaman Muda (< 4 tahun)

1). 2).

Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan mematuhi syarat-syarat yang telah diitetapkan. Saya faham bahawa Jabatan Pertanian berhak menerima / menolak permohonan saya serta mengambil tindakan undang- undang sekiranya keterangan dan dokumen yang saya sertakan adalah palsu / tidak lengkap. Tarikh: ___________________

Tandatangan Pemohon _________________________

Kegunaan Pejabat
Pengesahan Pembantu Pertanian / Penolong Pegawai Pertanian Disyorkan / Tidak disyorkan untuk didaftarkan sebagai peserta Bantuan Khas Sawit. _______________________________ ( ) Pembantu Pertanian / Penolong Pegawai Pertanian Kelulusan Oleh Pegawai/Penguasa Pertanian Daerah Diluluskan / Tidak Diluluskan. ______________________________ ( ) Pegawai Pertanian / Pegawai Penguasa Pertanian Cop Jabatan : Cop Jabatan :

BORANG BKS (II)

TUNTUTAN
No. Pendaftaran PKS: ____________________ BORANG TUNTUTAN BANTUAN KHAS SAWIT Daerah: ______________________ Bagi Bulan ______________ 2009 A. Nama MAKLUMAT PEMOHON: : ________________________________ No. Kad Pengenalan (Baru) : _______________________________ : __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ No. Telefon Alamat Kebun/ladang No. Cukai Pendapatan (Jika ada) B. : ___________________ No. Tel. Bimbit : ________________________________ : __________________________________________________________________ : _______________ No. Akaun Bank & Nama Bank : _______________________

Alamat Surat menyurat

PERIHAL KEBUN / LADANG No. Geran / hakmilik tanah : _______________________ Keluasan Bertanam (Hektar) Tanaman Muda (< 4 tahun) Luas Tanah : ___________ hektar Tanaman Matang (> 4 tahun) Hasil Jualan (RM)

Bil

Tanaman

Tandatangan Pemohon

: __________________________

Tarikh : ________________

Kegunaan Pejabat
C. KADAR TUNTUTAN Dari bulan _________________ hingga bulan ________________ ( tempoh 3 bulan ) Harga Lantai Perbezaan Harga (RM) Lantai (RM) 250 250 250 Jumlah Bayaran / Ha PENGIRAAN (Rujuk Lampiran I) 1. Jumlah bantuan yang perlu dibayar adalah : Jumlah Bayaran Sehektar (RM) X Keluasan Tanaman Matang (ha) ______________ (RM) X _____________ (ha) = ________________ Bulan 2. Purata Harga MPOB Bulanan (RM) * Jumlah Bayaran Sehektar (RM)

Adalah disahkan jumlah bantuan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM ____________ ( _______________ __________________________________________ ) untuk tempoh 3 bulan. Disediakan oleh _______________________________ Nama : _______________________ No. K/P : _______________________ Cop Jabatan : ___________________________ Disemak dan diluluskan ______________________________ Pegawai Pertanian / Penguasa Daerah Nama : _______________________________ No. K/P : _______________________________

BORANG BKS (III) JABATAN PERTANIAN


No. Rujukan Fail : _______________ BORANG RUJUKAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN KHAS SAWIT Daerah: ________________________

RUJUKAN CUKAI

Bil.

Nama Pemohon

No. Kad Pengenalan

No. Pendaftaran PKS

No. Cukai Pendapatan

Keputusan (Layak / Tidak Layak)

Kementerian Kewangan Negeri Sabah : Dirujuk dan diperiksa oleh

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah: Disahkan oleh

_____________________________ ( ) Jawatan : __________________________ __________________________

_____________________________ ( ) Penolong Pengarah Pertanian (Tanaman Kekal)

Cop Jabatan / : _________________________ Kementerian

Cop Jabatan : ____________________

BORANG BKS (IV)

LAPORAN KEMAJUAN PROGRAM SKIM BANTUAN KHAS SAWIT


JABATAN PERTANIAN SABAH

NEGERI DAERAH

:__________________________ :__________________________

LAPORAN BAGI BULAN ____________ HINGGA ____________ 2009 NAMA Bil Pemohon 1 2 3 4 5 6 7 DISEDIAKAN OLEH NAMA JAWATAN TANDATANGAN TARIKH : ___________________________ : ___________________________ : ___________________________ : ___________________________ TANDATANGAN TARIKH DISEMAK DAN DILULUSKAN OLEH NAMA JAWATAN : ___________________________ : Pegawai Pertanian / Pegawai Penguasa Pertanian Daerah : ___________________________ : ___________________________ Kampung/ Syarikat/ Intitusi NO. KAD PENGENALAN/ SYARIKAT/ INTITUSI TANAMAN MATANG (>4 Tahun) NILAI BANTUAN DILULUS / DIBAYAR (RM)

NO. RUJUKAN PEMOHON

NO. GERAN TANAH

LUAS DITANAM (ha)

TANAMAN MUDA (<4Tahun)

ANGGARAN HASIL (TAN/HA)

Anda mungkin juga menyukai