Anda di halaman 1dari 2

KECELARUAN PEMIKIRAN MANUSIA Manusia merupakan satu mahluk ciptaan yang hebat.

Mempunyai dua kelebihan berbanding mahluk ciptaan yang lain di dunia iaitu akal dan nafsu. Koloborasi kedua-dua elemen ini mampu menjadikan manusia itu menjadi manusia yang sehati. Apa dia manusia yang sejati? Manusia yang mampu menggunakan akal fikiran dan mengawal nafsunya dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perkara. Bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga pada orang lain. Dalam kata lain, seseorang itu mampu mengawal dirinya daripada melakukan kejahatan atau mencetuskan suasana yang kurang enak dalam persekitarannya. Walau bagaimanapun, jika dilihat hari ini, di negara Malaysia sendiri, telah banyak kerosakan dan suasana huru-hara yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sama ada secara sedar ataupun tidak. Dalam kontek alam sekitar, kita sendiri tidak sedar akan penggunaan dan keperluan harian kita sebenarnya mampu menggugat ekosistem alam sekitar. Sebagai contoh, penggunaan penyembur serangga, penghawa dingin dan penyebaran gas karbon dioksida dari asap kenderaan dan kilang-kilang mampu menambah lagi keparahan penipisan ozon dunia. Bukan itu sahaja, penggunaan beg plastik yang dirasakan penting dalam masyarakat kita juga mampu mengundang masalah kepada keasidan tanah. Sedia maklum, beg plastik yang selalu digunakan semasa membeli barangan tersebut mempunyai kira-kira 40 tahun untuk mereput. Bayangkanlah jika kita menggnakannya hari-hari tanpa henti. Sudah pasti bergunung sampah di persekitaran kita. Apabila masalah ini berlaku, pasti masalah lain pula terjadi iaitu masalah kesihatan. Penyakit semakin merebak apabila vektor-vektor penyakit seperti tikus, lalat, lipas, dan sebagainya mula berkeliaran di persekitaran rumah. Bukankah masalah tersebut semakin parah? Dalam arena politik pula, masyarakat kini dihidangkan dengan pelbagai dakyah dan janji-janji hebat dari pasti-parti politik tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang. Masing-masing hendak menunjukkan kehebatan memimpin di hadapan mata rakyat yang semakin tersepit oleh kedua-dua pihak tersebut. Kadang-kadang ianya semakin parah apabila mereka melakukan provokasi antara satu sama lain. Ada juga sesama bangsa malah sesama agama! Bukankah itu barah yang semakin parah? Jika benar parti politik tersebut memperjuangkan keutamaan rakyat dan mendahulukan pencapaian, mengapakah hutang negara setiap tahun semakin

meningkat? Mengapakah membezakan pelajar yang terlalu pandai dengan pelajar yang biasa-biasa? Mengapakah masih tidak mengawal harga barangan supaya rakyat dapat menikmati kenaikan gaji yang diberikan secara maksimum? Dan banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan di sini. Jika dilihat dari parti politik yang lain, jika benar-benar memperjuangkan agama, mengapakah mereka tidak menyokong sebarang program keagamaan yang dianjurkan? Adakah mereka memilih bulu? Atau lebih memikirkan kepentingan kerjasama politik? Mengapakah kerjasama itu lebih penting dari keagamaan? Dalam kerjasama itu juga, jika melakukan kerjasama dengan bukan seagama, dulu mereka kata salah, hari ini mereka kata tidak. Jadi di mana yang betul? Manusia semakin lama semakin tersepit dengan aktiviti pihak-pihak tertentu yang cuba memonopoli untuk kepentingan masing-masing. Dan itulah faktor kecelaruan pemikiran manusia. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tidak tahu apa yang terbaik dan apa yang perlu dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai