Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-3 (2 APRIL- 6 APRIL 2012) 1.

DATA Pada minggu ini, saya mengajar topik magnet menarik bahan tertentu dan magnet mempunyai kekuatan yang berbeza untuk Tahun 3 manakala topik haiwan melindungi diri daripada bahaya dan cara tumbuhan membiak bagi Tahun 4. Pada hari Selasa, saya ditugaskan untuk menjaga Check Point 4 bagi pertandingan Merentas Desa Tahap 1 dan Tahap 2 Sk. Krubong.

2. ISU/ MASALAH Pada minggu ini, saya telah diselia oleh Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing. Antara teguran yang saya terima terhadap pengajaran saya adalah penggunaan bahasa untuk menerangkan sesuatu konsep Sains adalah kurang sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid sekolah rendah. Laras bahasa yang digunakan adalah tinggi, dan penggunaan ayat yang panjang. Ini menyebabkan murid agak susah untuk memahami dan menguasai konsep Sains yang saya ajar pada hari tersebut.

3. PENGHUBUNGKAITAN DAN PERASAAN

Menurut Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing, saya perlu menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan pendek ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu beranggapan bahawa murid ini perlu di bimbing dari asasnya. Saya juga berasa kecewa apabila ketika fasa refleksi, hanya beberapa murid yang mampu menguasai topik pembelajaran pada hari itu. Saya rasa bersalah kerana tidak mampu mengajar topik itu dengan yang terbaik. Ini kerana mungkin menyebabkan murid merasakan Sains adalah subjek yang susah dan membuatkan mereka tidak bermotivasi untuk meneruskan proses P&P.

4. MEMBUAT INTERPRESTASI

Menurut Mayzura (2004) kaedah pengajaran yang berkesan mampu untuk mengubah tanggapan negatif, sekaligus menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran, terutamanya yang kritikal seperti Sains.

Antara punca kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ini adalah daripada pengajaran guru yang tidak memberi rangsangan kepada pelajar sekaligus guru tersebut tidak menguasai Istilah Sains dengan betul dan berkesan dan ini menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains. Faktor kesediaan guru merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan proses P&P.

Kesediaan, keyakinan akan lahir dalam diri setiap guru apabila guru itu mengetahui secara mendalam subjek yang hendak diajar kerana dengan kurangnya pengetahuan guru di dalam mata pelajaran yang diajarkannya hanya akan mendatangkan rasa bimbang dan seterusnya akan menghilangkan kepercayaan murid terhadap guru (Atan Long, 1982).

Bagi

memastikan

proses

pengajaran

disampaikan

dengan

berkesan,

penyampaian guru hendaklah lancar bukan tergagap dan tidak yakin. Penggunaan bahasa yang mudah dan jelas adalah amat penting untuk mempercepatkan pemahaman pelajar terhadap subjek tersebut dan tidak perlu gunakan perkataan bahasa aras tinggi dan rumit kerana ini akan memudahkan struktur ayat menjadi tidak betul.

Dengan adanya pendekatan dan teknik pengajaran yang sesuai, boleh membantu guru-guru lebih yakin dan bersedia untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Namun, adalah bonus bagi guru yang mempunyai latar belakang akademik yang baik kerana pengalaman dan pengetahuan lalu boleh mereka aplikasikan di samping menambah keyakinan dan kesediaan dalam diri. 5. KEPUTUSAN DAN TINDAKAN

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang, saya akan mengajar kelas yang terlibat dengan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut :

1. penyampaian ketika sesi P&P adalah lancar, tidak tergagap dan tidak yakin. 2. Penggunaan bahasa yang mudah dan jelas serta istilah Sains yang betul. 3. Mengetahui, memahami dan menguasai secara mendalam topik yang hendak

diajar.
4. Berkongsi pengalaman Guru Pembimbing tentang cara, strategi dan teknik yang

sesuai untuk mengajar sesuatu topik Sains dengan mudah, betul dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai