Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : PENUTUPAN PREMIS MAKANAN Pendahuluan : Penyediaan prosedur bagi penutupan premis makanan adalah untuk Pegawai Berkuasa

memantapkan lagi aktiviti penutupan premis. Ia juga akan dapat menyeragamkan bidang teknikal dan perundangan yang mungkin dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti ini. Objektif : 1. Penutupan premis dapat dijalankan dengan teratur dan bertepatan dengan prinsip keadilan dan saksama berdasarkan kepada norma-norma yang telah diterima pakai. 2. Memudahkan Pegawai Berkuasa untuk menghadapi masa kritikal dalam penutupan sesebuah premis. 3. Penyeragaman teknik akan menghasilkan data yang seragam dan ini adalah penting bagi perancangan dan penilaian aktiviti untuk meningkatkan prestasi PPKP dan juga menjamin keselamatan pengeluaran makanan negara. Prosedur Penutupan Premis : Sebelum 1. Mengenalpasti premis makanan yang perlu diambil tindakan di bawah Seksyen 10 atau 11 Akta Makanan 1983. Pilihan keutamaan diberikan kepada : Premis dalam kod merah Pertama Premis dalam kod kuning Kedua 2. Kenalpasti anggota pasukan dan agihkan tanggungjawab untuk Mencatat arahan kerja Mengambil gambar Mengambil sampel Dokumentasi 3. Semak senarai anggota penguatkuasaan yang menjalankan operasi. 4. Menyemak kit penutupan premis. 5. Menyemak senarai peralatan keselamatan: Pakaian overall Boot keselamatan Mask muka Penutup kepala Sarung tangan steril Kertas pengelap tangan Poster/risalah/buku kecil (berkaitan kebersihan premis/pengendali makanan). 6. Menyemak senarai kit persampelan makanan.

Semasa : 1. Pegawai diberikuasa memberi salam,menunjukkan kad kuasa,memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kedatangan kepada sesiapa yang bertanggungjawab di premis terbabit. 2. Pegawai diberikuasa mendapatkan maklumat/dokumen penting seperti : Borang pendaftaran perniagaan Borang pendaftaran syarikat Lesen pihak berkuasa tempatan Nama pemunya Nama dan alamat premis Kad dan sijil pengendali makanan Nama orang yang menyampaikan maklumat Nombor kad pengenalan orang yang memberi maklumat Jawatan pemberi maklumat Senarai nama pekerja 3. Pemeriksaan premis dilakukan bersaksikan pemunya / pengurus atau orang yang bertanggungjawab mengikut Borang Laporan Pemeriksaan Premis samada (Borang KKM3P1,KKM3P2 atau KKM3P3) dimana garis panduan laporan adalah berdasarkan: Makanan Pengendali makanan Peralatan dan perkakas Bekalan air Perlimbahan dan perparitan Kemudahan tandas Pelupusan sampah dan sisa makanan Struktur bangunan Lain-lain 4. Pengiraan markah demerit dilakukan mengikut formula yang ditetapkan iaitu : 100 (demerit) = ___________% 5. Pegawai diberi kuasa membuat keputusan samada premis : Diarah tutup dibawah Seksyen 10 oleh sebab tidak mematuhi arahan kerja yang lalu. Tempoh masa arahan ditutup tertakhluk kepada budi bicara Pegawai yang diberikuasa. Diarah tutup dibawah Seksyen 11 kerana Premis Berada Dalam Keadaan Tidak Bersih. Tempoh masa arahan ditutup mestilah dalam masa 14 hari sahaja. Apabila premis didapati bersih, premis dibenarkan beroperasi. 6. Mencatatkan syor dan cadangan yang telah dibincangkan dalam pemeriksaan bersama dalam Borang Laporan Penilaian Premis Makanan.

7. Pengisian borang Arahan Penutupan Premis Tak Suci diisi oleh Pegawai yang diberikuasa. 8. Menampal notis Penutupan Premis Tidak Suci. 9. Pegawai diberikuasa menandatangani : Borang Laporan Penilaian Premis Borang Arahan Penutupan Premis Notis Penutupan Premis 10. Tandatangan pengusaha sebagai pengesahan penerimaan : Borang Laporan Penilaian Premis Borang Arahan Penutupan Premis 11. Borang/ laporan diserahkan oleh Pegawai diberikuasa kepada pengusaha/ pengurus premis. Borang Penilaian Premis (salinan pendua) Borang Arahan Penutupan Premis (salinan pendua) ( pengusaha hendaklah diberitahu mengenai prosedur Pembukaan Semula Premis) 12. Pegawai yang diberikuasa menampal Notis Penutupan Premis di tempat yang sesuai di premis berkenaan dan mengambil gambar notis penutupan tersebut. 13. Mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan sebelum meninggalkan premis. Selepas 1. Memfailkan laporan asal pemeriksaan premis. 2. Memfailkan arahan penutupan premis. 3. Membuat jadual pemeriksaan untuk mempastikan arahan dipatuhi oleh pengusaha. PPKP membuat lawatan (secara berkala dalam tempoh masa premis ditutup) ke premis bagi mempastikan ianya tidak beroperasi seperti yang diarahkan. Sekiranya ingkar perintah : PPKP yang menjalankan aktiviti pemantauan hendaklah mendapatkan bahan bukti untuk mengenakan tindakan mahkamah. - Gambar yang menunjukkan perniagaan/ operasi dijalankan (menggunakan kamera yang ada tarikh dan masa) - Resit jualan PPKP berkenaan hendaklah membuat laporan polis yang terdekat dengan segera. PPKP hendaklah melaporkan kepada Pegawai Kesihatan perkara yang terjadi. Setelah dipersetujui oleh Pegawai Kesihatan, satu aduan dibuat ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya. Buka fail pendakwaan untuk kes berkenaan. 4. Simpan fail premis mengikut lokasi di tempat yang disediakan. 5. Membuat reten.

TAJUK : PROSEDUR KERJA PEMERIKSAAN ULANGAN BAGI TUJUAN BUKA SEMULA UNTUK PERNIAGAAN 1. Proses kerja pembukaan semula premis yang diarahkan tutup dibawah Seksyen 10 Akta Makanan 1983. Terima permohonan dari pengusaha untuk diperiksa semula premis bagi tujuan buka semula perniagaan. Pemeriksaan hendaklah dibuat oleh Pegawai Berkuasa dalam tempoh masa 7 hari selepas permohonan dibuat. Mengikut Seksyen 10(4), kegagalan Pegawai Berkuasa menjalankan pemeriksaan semula selepas 7 hari membolehkan premis dibuka oleh pengusaha seolah-olah kebenaran telah diberi. - Sekiranya mematuhi- keluarkan sijil menyatakan premis, perkakas boleh digunakan. - Sekiranya tidak patuh arahan- Lanjutkan Arahan Penutupan Premis dikeluarkan. ATAU Pengusaha tidak memohon buka semula premis. - Jalankan pemeriksaan semula pada tarikh terakhir dalam surat arahan tutup. - Sekiranya patuh- keluarkan sijil menyatakan premis, perkakas boleh digunakan. - Sekiranya tidak patuh arahan- Lanjutkan Arahan Penutupan Premis dikeluarkan. 2. Proses pembukaan semula premis makanan yag diarah tutup dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Dibawah Seksyen 11 tiada peraturan khusus yang dinyatakan bagi pembukaan semula premis makanan tidak suci. Tempoh penutupan maksima adalah 14 hari bagi membenarkan kerja penyelenggaraan dan pembaikan adalah sukar bagi pihak berkuasa. Oleh itu, pembukaan semula premis makanan dibawah Seksyen 10(3) digunapakai. 3. Pengusaha memohon melalui surat bagi pemeriksaan semula premis makanan yang ditutup. - Sekiranya mematuhi - sijil menyatakan premis, perkakas boleh digunakan dikeluarkan. 4. Sekiranya tidak patuh arahan- Lanjutkan Arahan Penutupan Premis dikeluarkan. 5. Jika pengusaha tidak memohon pembukaan semula premis : Jalankan pemeriksaan semula di premis tersebut pada tarikh akhir dalam arahan penutupan premis. - Sekiranya mematuhi - sijil menyatakan premis, perkakas boleh digunakan dikeluarkan. - Kerja tidak dijalankan, proses penutupan premis tak suci oleh Pegawai diberikuasa dijalankan semula.

Anda mungkin juga menyukai