Anda di halaman 1dari 45

Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri Bab Pertama: Wajibnya Bagi Mendapat Kejayaan 1 Firman Tuhan

: Allazi holakolmautawalhaya ta liyabluwakum ayyukum ahsanu amala Maksudnya : Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencuba kamu, siapakah dari kamu yang terlebih baik kerjanya. Hidup kita di dunia beramal dan berkerja. Berjuang dan berlawanan seperti di dalam perlumbaan. Kita menjalankan segala urusan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk membantu atau menyempurnakan tugas. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan menganggapnya sebagai satu kewajipan ke atas diri kita kerana kebiasaannya orang yang tekun dan sabar pasti mendapat bantuan dari Allah dan akhirnya berjaya. Sikap yang di katakan bergantung kepada diri sendiri ialah melakukan apa saja dengan bertanggungjawab serta sanggup menanggung segala akibat yang bakal menimpa dari tindakannya itu. Tidak mengharap orang lain membantunya atau menangung segala apa yang di lakukannya kerana dia yang bertanggungjawab keatas segala-galanya kecuali sesuatu itu memerlukan bantuan orang lain. Manusia diminta membantu orang lain, namun janganlah sampai bantuan yang di perolehi menyebabkan seseorang itu malas untuk bekerja dan hanya berpeluk tubuh sahaja. Jika sesuatu perkara itu tidak memerlukan bantuan daripada orang lain, maka diwajibkan keatasnya mengerjakan sendiri kerjanya itu. Bergantung pada diri sendiri dalam bahasa arab di sebut al-I timad ala al-nafs dan perkara ini tidaklah jelas dalam al-quran atau hadis tetapi kita sendiri boleh memahaminya daripada segala amar dan nahi yang di gariskan oleh ajaran agama islam kepada kita manusia.
1

Segala dalam amar dan nahi yang di ucapkan dalam al-quran dan hadis adalah di tujukan kepada manusia untuk membaiki kelakuan dan budi pekerti. Salah satu yang terkandung dalam hadis mengenai kelakuan manusia adalah Makarim alakhlaq. Oleh itu jelas bahawa setiap amar dan nahi yang terbit daripada ajaran islam itu benar dan di tuntut oleh islam dan nabi kita Muhammad s.a.w. Kita boleh memahami semua ini daripada ayat permulaan yang kita lihat tadi yang bermaksud, Tuhan menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji kamu, siapakah daripada kamu yang terlebih baik kerjanya. Walasri innalinsa nalafi husri. Illallazi naamanu waamilussolihat Bermaksud. Demi masa ! sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan, melainkan yang beriman dan beramal soleh. Beriman itu sendiri meletakkan kepada diri individu itu sendiri untuk beriman atau percaya terhadap apa yang di seru agama. Ayat-ayat pendek di atas mengesahkan bahawa kita sendiri mestilah berusaha dengan sendiri meninggalkan segala apa yang di larang dan melakukan apa yang di suruh dan tidak mengikut orang lain sama ada mahu mengerjakan ataupun tidak. Hal ini dapat di lihat dalam banyak ayat-ayat al-quran dan hadis serta dapat kita lihat juga contohnya melalui kehidupan nabi kita Muhammad s.a.w. Perangai yang ada pada diri kita merupakan tunjang kepada kejayaan sendiri. Perangai mengerakkan seseorang itu untuk bekerja keras, bersungguh-sungguh atau sebaliknya. Perangai yang baik mengelakkan diri kita daripada berserah dan bertawakal semata-mata. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas membuatkan seseorang itu berusaha sendiri dengan kebolehan yang dimiliki dan hanya memohon pertolongan daripada Allah Yang Maha Esa. Bidalan Melayu ada menyebut tentang pentingnya bekerja sendiri: berharap kepada anak, buta mata sebelah, Berharap kepada orang, buta mata keduanya. Mahakka jallidaka mislu zafrika fattaulaanta jamia amrika Maksudnya: Tidak ada yang boleh mengaru gatal kulitmu sama seperti kuku tanganmu sendiri, sebab itu buatlah olehmu sendiri segala kerja tanggungan dirimu
2

Fainnama rajuluddunya wawahiduha manla yuawwalu fiddunya ala rajuli wakullaman asya fiddunya ala amalistanjiduljida illa faza balamali Maksudnya : Laki-laki yang satu-satunya jadi anak tunggal dunia, tidak lain hanya orang yang tiada berharap dalam dunia ini kepada sesiapa pun orang lain. Jarang orang yang hidup di dunia ini dengan satu-satu harapan, serta mengambil pertolongan dari perangai bersungguh-sungguh. Tidak menjadi kurang sifat kita jika meminta panduan dan nasihat daripada orang lain, asalkan memperkatakan sesuatu yang benar, bijak dan berilmu serta tulus dan ikhlas dalam katakatanya itu, kerana dengan demikian seseorang itu boleh mengambil ilmu dan pendapat orang lain. Tidaklah rugi dia berbuat demikian selagi perkara itu tidak menjadikannya lemah dan hilang kekuatannya. 2 Sifat kebergantungan pada diri sendiri perlu ada dalam masyarakat kerana ia akan

membawa kepada kemajuan sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan maju dan dihormati jika mereka percaya pada kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan mana-mana pihak lain. Kemajuan atau kemunduran sesuatu bangsa bergantung kepada rakyat itu sendiri. Setiap apa yang mereka lakukan samada baik atau buruk akan mendatangkan kesan kepada bangsa mereka sendiri tidak kira siapa pelakunya samada rakyat biasa mahupun golongan istana. Rakyat yang kuat dan berusaha bersungguh-sungguh serta percaya pada kebolehan diri sendiri akan dapat memajukan bangsanya dan akan mendapat kehormatan dan kemuliaan di mata dunia. Namun jika rakyatnya bersifat lembap, malas, suka mengantuk, maka bangsa yang lemah akan wujud. Jika dihapuskan sifat-sifat itu hingga ke akar umbi nescaya bangsa itu akan mencapai kemajuan. Jika sesuatu bangsa menagih simpati untuk mendapatkan bantuan bangsa lain maka bangsa itu adalah sangat lemah. Fikiran mereka ini sangat keji dan hina, jika dibiarkan ianya berlarutan terus ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Ibu bapa harus mempunyai keazaman yang tinggi dan perlu bersungguh-sungguh untuk memberikan anak-anak mereka pelajaran kerana dengan penguasaan ilmu sahaja sesuatu bangsa itu akan mencapai kemajuan.

3 Untuk mendapatkan kejayaan dan kemenangan di akhirat, perlulah berpandu kepada individu yang melakukannya. Tiap tiap seorang diwajibkan beramal dan beribadat dengan usaha dan tenaganya sendiri atau tanpa pernah disuruh dan menganggap dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang bagi mendapatkan kejayaan dalam keselamatannya di akhirat kelak!! Allah tidak pernah menyuruh kita untuk berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan bacaan Qul Huwa`llah dari orang apabila kita meninggal kelak!! Bahkan kita tidak pernah digalakkan untuk berharap kepada syafa`at Nabi s.a.w. sekalipun bagi melepaskan diri kita daripada neraka!! Firman Allah dalam Al Quran bermaksud: Ertinya, Atau tidakkah dia telah diberikan khabar apa yang ada disebutkan dalam kitab kitab (yang telah diturunkan kepada) Nabi Musa. Dan (dalam kitab kitab kepada) Nabi Ibrahim yang telah menyempurnakan tugasnya itu. Iaitu disebutkan di sana bahawa sesuatu diri yang memikul bebanan diri yang lain. Dan bahawa manusia tidak akan mendapat selain daripada apa yang ia usahakan sendiri. Dan bahawa (buah) usahanya itu segera juga akan dilihat (diperlihatkan). Kemudian ia akan diberi balas kerananya dengan balasan yang sempurnanya.. Sifat bergantung kepada diri sendiri iaitu bukan khusus kepada amalan amalan dan usaha tenaga untuk kejayaan dan kemenangan dunia sahaja, tetapi juga ditujukan untuk kejayaan dan kemenangan di akhirat. Bahkan memang sengaja Allah telah memberikan perkataan dengan umum tanpa dikhususkan bagi kedua duanya sekali iaitu dunia dan akhirat.

Ajaran berkenaan adalah syafaat Nabi s.a.w. t dalam beberapa hadis, tetapi nyatalah untuk memberi harapan kepada orang yang tidak ada harapan terhadap dirinya sendiri. Orang yang jatuh darjat kebolehannya semasa hidup dan tidak berupaya berusaha sendiri untuk menaikkan taraf hidupnya terpaksa mengharapkan pertolongan daripada orang lain.

Kejadian ini berlaku pada segelintir manusia dan demikian jugalah berlaku di akhirat kelak. Dalam kehidupan di dunia ini, terdapat orang yang bergantung dengan kudrat kebolehannya sendiri dan ada juga yang suka menjadi kutu di atas kepala iaitu orang yang suka bergantung hidup kepada kelempahan dan kemurahan orang lain. Pada masa penghakiman Tuhan di akhirat kelak berkemungkinan Nabi s.a.w memberi syafaat, jika ada syarat-syarat melayakkan mereka untuk mendapat syafaat. Sekiranya orang Islam mahu masuk syurga hendaklah mendapat syafaat dan permohonan Rasulullah yang mampu menolongnya, bukan dengan jalan amal sendiri atau jalan kelayakan sendiri dari sebab amalnya itu, sudah pasti ianya akan memberi malu yang besar kepada Rasulullah yang ingin memohon ampun ke hadrat Tuhan. afamun hakko alaihi kalimatulazabi afuanta tankizu man finnari Ertinya : Apa! Adakah (engkau maksudkan) orang yang telah terhak kepadanya kena hokum seksa itu? Adakah engkau hendak menyelamatkan (melepaskan) orang yang dalam neraka? Dan lagi firmannya: kalillah hisyafa atu jamia Ertinya : Katakanlah (hai Muhammad ): kepada Allah sahaja terpunya segala syafaat semuanya. Iktiqad berharap pelepasan dan keselamatan akhirat menerusi penebusan dan pertolongan daripada orang lain. Iktiqad yang utama diajar dan dipercayai oleh orang-orang Kristian sebagai ajaran agama mereka. Mereka beriktiqad bahwa Isa al-Masih yang mereka katakan ialah Anak Allah telah dizahirkan ke dunia dengan rupa manusia dan kemudian dibunuh oleh musuhnya di atas kayu salib ialah untuk menebus dosa segala orang yang beriman akan dia!!. Kesimpulannya, menurut ajaran Islam tiap-tiap seorang diwajibkan beramal, bekerja, berusaha dan berjuang (berjihad) sendiri dengan segala kebolehan dan tenaganya jika ingin mendapat kejayaan baik di dunia atau akhirat. Maka yang demikian itulah ertinya bergantung kepada diri sendiri dan tidak berharap kepada pertolongan orang.

Setiap kejayaan memang bergantung kepada diri kita sendiri. Orang yang berjaya sering kali memotivasikan diri mereka supaya bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang supaya kelak kejayaannya akan lebih manis. Pemerhatian yang di buat secara am dari bab pertama ini dan di lihat kembali dalam masyarakat turut mempunyai persamaannya. Misalnya masyarakat yang di katakan miskin atau menggelarkan diri mereka miskin, kebanyakannya jarang yang mahu bekerja keras. Mereka apabila diberi bantuan pasti akan terus meminta seolah-olah mahukan bantuan kedua, ketiga dan seterusnya sentiasa ada untuk mereka. Keadaan ini menjadikan mereka malas, bersifat berserah dan senang dengan kehidupan yang ada tanpa cuba untuk mengubah kepada kehidupan yang lebih baik. Manafaat sendirian juga dapat di perhatikan melalui rahmat yang di berikan Allah kepada individu tertentu yang menjalankan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. Bersendirian dalam ibadat yang ikhlas misalnya memberi kebaikan kepada diri kerana apa yang di lakukan tidak di pengaruhi oleh orang lain dan tidak mengharapkan bantuan atau kita yang mengikut orang lain untuk berbuat sesuatu yang baik. Maka jelas bagi kita bahawa sifat mempercayai diri dan bertangguangjawab dalam segala hal amat penting dalam pada kita memperoleh kejayaan.

Bab Kedua : Kekurangan Kita dalam Sifat Ini Pada keseluruhannya, kita masih kurang sifat ingin berusaha, bekerja kuat, dan juga percaya kepada diri sendiri termasuklah kurangnya pengetahuan tentang hal-hal dunia dan agama. Ramai yang berharap kepada pertolongan yang diberikan dengan mudah dan mengaku diri sendiri lemah dan tidak dapat melakukannya. Tuhan telah menetapkan bahawa tiap-tiap perlakuan itu akan dibalas sama ada baik atau buruk. Terdapat firman Tuhan yang bermaksud kemudian disempurnakanlah balasan yang telah dijanjikan bagi tiap-tiap diri masing-masing kerana apa-apa yang ia masing-masing telah lakukan. Firman yang seterusnya ialah bermaksud dan tiap-tiap diri masing-masing telah disempurnakan janji balasannya kerana apa-apa yang dilakukan. Manakala firman yang ketiga pula bermaksud tiap-tiap seseorang adalah tingkat-tingkat (balasan) berikut daripada apa yang mereka telah kerjakan. Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan bahawa setiap perbuatan itu tidak kiralah sama ada baik atau buruk akan dibalas juga. Menurut ayat-ayat ini juga seseorang itu perlulah melakukan amalan yang baik untuk mendapat balasan yang baik, begitu juga dengan perbuatan yang jahat dibalas jahat. Tidak patut sekiranya orang lain yang membuat kebajikan dan kebaikan namun kemudian dia sendiri tidak berbuat demikian akan mendapat kebaikan. Allah Taala telah berjanji untuk menyempurnakan balasan kepada mereka ini atas apa yang dilakukan. Adalah lebih baik lagi sekiranya yang menghulurkan bantuan itu daripada orang-orang besar ataupun daripada pihak kerajaan sendiri. Misalnya, (duniawi) jika ada di antara mereka yang ingin memasukkan anak ke sekolah tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah tinggi, maka mereka akan mengharapkan pihak kerajaan memberi scholarship atau dipanggil juga biasiswa kepada anak mereka itu. Oleh sebab itu perkataan tolonglah amat sinonim dengan bangsa kita yang sentiasa mengharapkan pertolongan daripada orang lain. Padahal bagi bangsa lain walaupun mereka sendiri tidak berpelajaran, mereka kuat berusaha seperti berkebun menanam sayur-sayuran, menjual kayu api, menjual air batu dan mengayuh beca. Mereka juga sentiasa berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dan sentiasa
7

mengikat perut bagi menahan lapar. Meskipun pendapatan yang diperolehi mereka tidak seberapa, mereka dapa jugat menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan menanggung perbelanjaan harian. Malah Anak-anak bangsa lain tidak mendapat apa-apa keistimewaan berbanding anak-anak Melayu di sekolah Melayu walaupun mereka berada di sekolah yang sama. Begitulah sedikit contoh yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri kita berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Tidak dinafikan ada juga bangsa kita yang kuat berusaha dan percaya kepada kebolehan diri sendiri tetapi tidak ramai barangkali tidak ada satu pun dalam seribu atau sepuluh ribu. Mereka juga tahu kata bidalan Melayu, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih, dan kata bidalan orang putih, barang di mana ada kemahuan di situ ada jalan tetapi terdapat banyak kekurangan di dalam diri bangsa kita tentang sifat mulia yang satu ini. Firman Allah dalam Quran ayat 13 yang sering kali diulang pada beberapa tempat yang bermaksud Tentu sekali pada Rasulullah itu ada suatu contoh teladan yang baik bagi kamu iaitu bagi siapa-siapa yang berharap akan Allah pada hari kemudian dan ia banyak mengingat Allah. Orang yang memeluk agama Islam perlu mengikuti sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam setiap perlakuan kehidupan seperti yang diinginkan Islam. Dalam ayat juga bukan mengutamakan harapan-harapan terhadap Allah dan kemudian hari bahkan teladan bagi kehidupan Rasulullah. Antaranya ialah sikap yang bergantung pada diri sendiri dalam semua hal dengan meletakkan harapan kepada Allah semata-mata. Sikap ini terserlah dalam diri Rasulullah. Kita harus menjadikan sikap yang mulia baginda sebagai amalan baik di dunia dan akhirat. Kebanyakkan kanak-kanak sudah menunjukkan sikap yang suka bergantung kepada kebolehan diri sendiri. Contohnya anak-anak yang sudah mula berjalan dia lebih suka berjalan sendiri tanpa didukung atau dipegang tangannya oleh orang yang ingin menghalang daripada jatuh kecuali jika ia sudah penat. Sekiranya cenderung seperti itu hendaklah dilatih misalnya sekiranya kanak-kanak tersebut jatuh tetapi tidak cedera janganlah dibangunkan, diambil, digosok, dipujuk, dan sebagainya. Hanya biarkan dia sehingga bangun sendiri dan berhenti daripada menangis.

Kita mestilah menggalakkan sikap bergantung kepada diri sendiri yang dilatih sejak kanak-kanak. Anak-anak dilatih membiasakan diri dalam membuat sesuatu sendiri, berusaha sendiri, berikhtiar sendiri, berfikir sendiri, menimbang sendiri, tahu menyelenggara dan memutuskan sendiri. Sehinggakan tahu bebas pada segala hal yang berhubung diri sendiri. Perangai ini memberi manfaat besar bagi membantu kemajuan dari seseorang dan dari kumpulan itulah terjadi sesuatu bangsa. Seperti yang kita semua tahu, kaum atau bangsa terbentuk dengan adanya rakyat yang tinggal dalam sesuatu jumlah yang ramai, malah rakyat tersebut akan menentukan sifat kaum tersebut. Jika rakyat tersebut semuanya berjaya dan kaya raya, maka kaum dan bangsa mereka juga akan berjaya. Namun, jika kaum tersebut miskin dan ketinggalan dalam arus pemodenan bermaksud kaum tersebut mundur berbanding bangsa-bangsa lain. Walaupun terdapat sistem pemerintahan yang baik dalam bangsa tersebut, namun ia tidak akan membawa kepada perubahan bangsa kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung kepada rakyatnya sendiri. Oleh sebab itu, kita mesti membuat penyelidikan dan mengetahui sebab-sebab kemajuan dan kejatuhan sesuatu bangsa mereka. Harta dan pangkat bukannya syarat untuk menjadikan seseorang itu untuk hidup bahagia, berjaya, dan mendapat kebahagiaan hidup. Malah apa yang penting ialah sifat berusaha dan tidak kenal putus asa akan menjadikan sesorang itu kuat, tabah, berjaya dan sebagai dalam menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa sekarang. Selain itu juga, kekayaan yang dimiliki akan menyebabkan seseorang hilang pedoman dan mengalami zaman kejatuhan atau ketinggalan dalam kehidupannya. Hal ini kerana, harta kekayaan akan menjadikan seseorang malas untuk berusaha kerana mereka berasa sudah mendapat apa yang diingini malah menggunakan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah dan melanggar tuntutan agama. Jika hal ini berlaku, harta yang ada akan berkurangan sehingga menyebabkan mereka mengalami kejatuhan dan kecewa dalam hidup kerana kehilangan semua benda yang mereka ada. Sikap berusaha dan berdikari dapat dipupuk diri sendiri melalui beberapa perkara. Salah satunya ialah mengambil ikhtibar atau menjadikan salah seorang tokoh yang berjaya sebagai role model dalam hidup. Tokoh tersebut mestilah seorang yang kuat berusaha dengan usaha sendiri tanpa pertolongan orang lain sehingga mencapai kejayaan yang diingini.

Oleh sebab itu, mereka yang bijak akan mengikut jejak langkah orang yang berjaya malah secara tidak langsung mereka akan berusaha gigih dengan kemampuan sendiri tanpa putus asa sehingga membawa kejayaan dalam hidupnya. Kejayaan yang diperoleh dengan usaha keras akan lebih bermakna kepada seseorang kerana mereka akan berasa puas dengan kejayaan yang di capai. Bab Ketiga : Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama Segala perkara berkaitan dengan urusan dunia bergantung sifat diri sendiri menyempurnakan kerja-kerja yang beribadat kepada agama. Namun, sifat sedemikian sebelum mengamalkannya perlu berdasarkan fikiran, kepercayaan berdasarkan fahaman-fahaman agama mengikut pertimbangan kita melalui akal dan ilmu pengetahuan. Segala seruan dan ajaran terkandung di dalam al-quran yang diturunkan oleh Tuhan kepada manusia sebaik-baiknya untuk mereka yang melihat dengan hati dan akal. Tuhan sentiasa menyuruh kita menggunakan akal dalam membuat pertimbangan dan ternyata di dalam al-quran terdapat ayat-ayat yang diulang-ulang memberi penegasan seperti Afala ta qilun dan tatafkkarun, Tidakkah kamu menjalankan akal! Tidakkah kamu menimbang dengan fikiran kamu sendiri? Tuhan mencela keras mereka yang mengikut dengan membuta tuli menerima dengan setiap perkara yang disampaikan oleh orang-orang tanpa usul periksa. Umpamanya mereka yang mengikut ajaran nenek moyang atau pendapat masyarakat terdahulu tanpa membuat pertimbangan antara benar dan salah tanpa mengikut fikiran yang waras dan ilmu pengetahuan yang benar. FirmanNya: Dan apabila dikata kepada mereka itu: Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah; maka jawab mereka: Tidak!Tetapi kami mengikut apa yang kami dapati dijalani oleh nenek moyang kami.Ha, bergitukah? Jikalau sekalipun nenek moyang mereka itu tidak menjalankan akal barang sedikit (dalam soal itu) dan tidak berada di atas jalan petinjuk( mereka ikut juga) Dan pada tempat lain:

10

Nabi Ibrahim bertanya ( kepada bapanya dan orang-orang kamumnya): Adakah berhala-berhala yang tuan-tuan sembah itu mendengar akan tuan-tuan apabila tuan-tuan mendoa kepadanya? Atau adakah berhala-berhala itu memberi manfaat kepada tuan-tuan atau memberi mudarat? Maka jawab mereka, Walaupun tidak, tetapi begitulah telah kami dapati nenek moyang berbuat. .Dan lagi firmanNya:

Dan apabila dikata kepada mereka itu, Ikutlah oleh kamu sekalian apa yang telah diturunkan Allah, maka jawab mereka, Tidak! Tetapi kami mengikut apa yang kami dapati dijalani oleh nenek moyang kami. Ha, begitu? Walaupun jika syaitan menyeru mereka kepada seksa api yang menyala( mereka ikut juga)?...Dan pada tempat lain-lain lagi: Tetapi kata mereka itu, Bahawa sanya kami telah dapati nenek moyang kami menajalani suatu jalan, dan kami hanya mengikut panduan jejak mereka itu atau halnya berteladan kepada jejak mereka itu. Demikianlah kemurkaan Tuhan yang terdapat di dalam Quran sekiranya mereka hanya mengikut adat nenek moyang sahaja tanpa asal usul periksa sama ada betul atau tidak dan tanpa memikirkannya dengan akal dan pengetahuan merupakan perkara yang salah. Hal ini sedemikian kerana perbuatan tersebut dikatakan bertaklid buta. Berpendapat atau bertaklid secara buta itu tidak disukai dan dikeji oleh agama dan juga orang yang cerdik pandai, hal ini kerana banyak kelemahan dan keburukannya serta memberikan kemudaratan dan berkemungkinan boleh membawa kepada jalan yang salah dengan tiada perasaan yang waras. Malah Allah dan Rasul juga tidak menyukai orang yang memberi pendapat atau mentaklid secara membuta tuli kepada fikiran dan pendapat orang ramai. Imam-imam Mujtahiyuddin pada zaman dahulu itu sendiri juga tidak suka dan tidak gemar pada orang-orang yang bertaklid secara membuta sahaja kepadanya atau tidak semestinya mereka menerima segala fahaman dan pendapat mereka. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan segala pendapat dan keputusan yang telah dibuat oleh mereka itu.

11

Contoh cerita yang boleh diambil melalui kemudaratan bertaklid secara buta yang telah direka oleh orang yang bijaksana dan cerita ini dibuat sebagai cerita kiasan. Walaupun cerita hanyalah rekaan semata-mata, namun teladan dan pengajaran yang ditonjolkan amatlah sesuai. Kononnya pada suatu hari dua ekor keldai telah dibawa oleh tuannya mengangkat barang, seekor membawa garam yang diikatkan di atas belakangnya dan seekor lagi membawa sepan iaitu bunga karang dan diikatkan dibelakang juga. Semasa dalam perjalanan mereka melalui sebuah anak sungai keldai yang membawa garam itu tergelincir beberapa kali dan terjatuh tergolek ke dalam air itu. Garam yang terdapat dalam karung itu semakin hancur dan setiap kali ia bangkit air garam itu berlelehan turun dari kiri dan kanan rusuknya. Keldai itu merasa ringan dan setelah sampai ke tebing sebelah, keldai itu melompat-lompat kegembiraan. Apabila keldai yang membawa sepan itu melihat dan berasa hairan lalu bertanya kepada kawannya itu kenapa keldai itu berasa begitu gembira selepas jatuh dari sungai, maka keldai yang membawa garam itu pun menceritakan kepada kawannya itu yang membawa sepan. Keldai yang membawa sepan itu juga mahu melakukan perkara yang sama yang telah terjadi pada keldai yang membawa garam itu. Mereka meneruskan perjalanan dan berjumpalah dengan sebuah anak sungai lagi, keldai yang membawa sepan itu tekad melakukan perkara yang sama dan sengaja menjatuhkan dirinya ke dalam sungai tersebut, tetapi rancangannya gagal kerana karungnya semakin berat dan begitu membebankan sehingga mahu tercabut pinggangnya, hal ini kerana di dalam karung itu dipenuhi dengan air sungai tersebut. Tuannya yang dari tadi memerhati gelagat keldainya itu yang begitu lucu lantas mengatakan bahawa keldai itu bodoh kerana tidak mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam sepan itu sebelum melakukan sesuatu perkara. Keldai itu tidak tahu bahawa barang yang dibawanya itu adalah tidak sama dengan keldai yang membawa garam itu. Keldai itu hanya membuat keputusan terburu-buru dan membuta tuli serta meniru keldai yang satu lagi tanpa usul periksa. Tuannya berkata lagi keldai itu memang patut mendapat balasan yang setimpalnya dan berkata bangsanya sendiri iaitu manusia pun ramai yang melakukan perkara yang sama seperti kelakuan keldai tersebut iaitu terikut-ikut dengan perkara yang belum tentu betulnya.

12

Kesimpulannya, dalam sesuatu perkara atau mana-mana pendapat janganlah terus diikut secara membuta tuli sahaja, melainkan perkara tersebut dikaji terlebih dahulu, diuji dengan baik atau tidaknya dengan akal dan dengan apa sahaja ilmu pengetahuan yang ada pada kita sendiri. Setelah pendapat tersebut dikaji dan ada betulnya atau betulnya, ataupun sekurang-kurangnya nyata sepatutnya ditimbang pada akal sendiri, selepas itu baharulah boleh diterima. Selain itu ia juga bergantung kepada diri sendiri juga dalam memikirkan sesuatu perkara. Dalam membincangkan ilmu tauhid dan ilmu akidah iaitu ilmu mengenai rukun asas kepada keimanan terdapat beberapa orang yang terkenal seperti Hasan al-Basari, Wasil bin Ata, Abu I-Hasan, al-Tahawi, al- Maturidi, imam al-Haramain al- Junaini serta pengikutnya al iman al Ghazali. Walau bagaimanapun kesemua tokoh ini telah pun kembali ke rahmatullah. Mereka ini adalah orang yang bebas mengemukakan pandangan sendiri daripda al-Quran dan surah Nabawi berdasarkan pengetahuan dan pandangan mereka sendiri. Mereka juga berasa bangga dengan segala pendapat dan pegangan agama mereka sendiri atau daripada pandangan orang lain. Segala masalah yang timbul akan dibincangkan sehinggalah ada pendapat yang benar dan boleh diterima. Dalam hal ini telah timbul juga permasalahan bagi pengikutnya yang tidak bersetuju dengan pendapat gurunya sendiri. Hal ini telah menimbulkan pelbagai pendapat dalam ilmu akidah dengan menyalahkan pendapat masing-masing sehingga sampai ke tahap kekufuran dan juga boleh menyesatkan orang lain. Dalam ajaran tauhid pula ada pertentangan antara mazhab yang disebut sebagai Jabariyyah, Qadariyyah, Muktazilah, Kharijiyyyah, Zaidyyah dan banyak lagi. Dalam keseluruhan bilangan mazhab ini ada yang tergolong dalam Al-sunnah dan ada juga di bawah Al-shiah dan ada juga berada luar daripadanya sehingga mengikut turut berada dalam ajaran Islam kerana masing mengemukan sendiri yang dianggap benar. Secara ringkasnya ulama Islam pada zaman dahulu telah melakukan sedemikan sama juga dengan ahli ilmu moden hari ini dalam membuat penyelidikan untuk menerangkan ilmu pengetahuan semata-mata untuk melihat hasil mereka sendiri dengan mengeluarkan pendapat yang baru yang belum lagi dikemukakan oleh orang zaman dahulu. Hanya yang membezakannya dengan pemikir zaman dahulu adalah pemahaman yang baru dan kesimpulan yang dikeluarkan berdasarkan hasil yang sedia ada dalam al quran dan hadis. Dengan itulah dikatakan dengan kemajuan atau memberi sumbangan yang tepat sehingga memberi kelebihan.

13

Pada zaman akhir-akhir orang-orang Islam seluruh dunia ini tidak mempunyai semangat untuk membuat seperti pelopor yang terdahulu tetapi jika ada yang membuat seperti pakar-pakar dahulu tanpa membacanya dengan teliti akan timbul perkataan sesat atau menyesatkan, memandai-mandai atau telah membawa bidaah atau telah mengubah jalan yang telah diatur. Setiap orang perlu menilai dirinya dahulu mengetahui tahap pengetahuan juga ajaran agama. Mereka perlu mengetahui soal-soal agama seperti perkara dalam dunia. Misalnya samalah seperti perkataan Dua kali lima sepuluh jika kita tidak mengerti bagaimana ianya berlaku maka kita tidak boleh menerima perkataan itu dengan membuta tuli melainkan ada bukti yang kukuh. Demikianlah dalam bidang agama, yang menjadi keistimewaan jika ahli ilmu bergantung kepada perkara yang ditetapkan oleh agama. Ilmu pengetahuan ialah alat perkakas tang tdak boleh bersendiri dalam apa juga cawangan kehidupan. Jika dalam cawangan agama seseorang itu ada ilmu pengetahuan yang cukup untuk dijadikan alat, maka wajib menggunakan ilmu pengetahuannya itu bagi mendorong akalnya membuat pertimbangan dan menentukan benar atau salah sesuatu perkara agama yang diterima dan dipegangnya sehingga disahkan dan berpuas hati. Orang yang berkemampuan yang memiliki ilmu pengetahuan seharusnya menggunakan kelebihannya untuk memeriksa dan menguji sendiri dan berusaha menambah ilmu pengetahuannya dengan mencari perkara yang baru. Selain itu, menambah dan memperdalamkan ilmu-ilmu yang telah sedia ada dengan ilmu-ilmu yang lain tanpa kesudahannya supaya semakin bertambah ilmunya dan kebolehannya.

Bab Keempat : Bersendiri Pada Ilmu dan Amalan Bagi seseorang yang sihat akal dan fikirannya, ilmu akan memberikan banyak kelebihan kepadanya. Memahami ajaran agama sama seperti memahami perkara-perkara yang lain juga. Tuhan juga telah berfirman yang membawa maksud hanya orang-orang yang berilmu sahaja yang boleh memahami kata-kata umpamaan yang telah Dia perbuatkan dan hanya boleh difahami dengan akal bagi orang-orang yang berilmu. Dan hanya Allah S.W.T serta orang-orang yang tetap pendiriannya di dalam ilmu pengetahuan dapat memahami erti ayat yang diterangkan.
14

Selain itu, Allah juga berfirman orang-orang yang berpengetahuan tidak akan sama dengan orang yang tidak berpengetahuan. Setiap manusia sentiasa menginginkan kebaikan dan tiada siapa yang menginginkan kejahatan. Manusia juga haruslah memperbaiki segala kelemahan diri sama ada yang melibatkan perkara dunia mahupun perkara yang menyentuh soal agama. Kita juga mestilah menggantikan perkara-perkara yang ketinggalan dan ditukar dengan yang sesuai dengan keadaan mengikut peredaran zaman dan generasi. Pemikiran juga harus diganti dengan yang lebih maju dan moden kepada pemikiran-pemikiran yang baru dan segar yang berpaksikan kepada kebenaran Al-Quran dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Kita juga mestilah melakukan pembaharuan dan jangan hanya berdegil dengan pendirian diri sendiri sahaja dan jangan mempercayai kepada kepercayaan yang lama dan sudah ditelan arus pemodenan. Justeru, jika kita tidak berpengetahuan, tambahan pula tidak terlatih untuk berfikir sendiri menggunakan pengetahuan Untuk mendapat ilmu, tiada halangan untuk kita memperolehnya daripada generasi terdahulu yang kita jadikan ikutan selama ini. Ilmu-ilmu boleh didapati jika dikaji dengan bersungguh-sungguh. Hal inilah yang telah dilakukan oleh masyarakat pada zaman dahulu, sekarang dan juga masyarakat pada masa akan datang sekiranya ingin mengekalkan ilmu dan menambah ilmu pengetahuan mereka. Namun begitu, jika ilmu dituntut generasi pada hari ini sememangnya boleh mendapat ilmu-ilmu tambahan lain walaupun ilmu itu tidak diketahui oleh mereka yang hidup pada zaman sebelumnya bahkan ada yang tidak terlintas di dalam fikiran mereka. Justeru, ilmu-ilmu yang diketahui oleh masyarakat terdahulu boleh dipelajari sama ada pengetahuan-pengetahuan itu dikaji ataupun ditambah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Maksudnya, Setiap orang yang berilmu itu perlu mengetahui bahawa ada orang yang lebih berilmu daripada mereka. Pada zaman zaman dahulu imam-imam besar tidak menguasai semua ilmu yang ada pada zaman tersebut. Mereka menguasai ilmu-ilmu berlaku dan mereka akan berfikir jalan penyelesaiannya. yang mereka kehendaki sahaja dan kebanyakannya mereka mempelajari ilmu agama misalnya berdasarkan perkara yang pernah

15

Haruslah diingat bahawa setiap perselisihan faham mazhab-mazhab dan perkara furu adalah baik kerana ia memberi kebebasan dengan mengikut keadaan tertentu tanpa membebankan kita dan juga memberi peluang kepada pengikut-pengikut islam memilih jalan yang memudahkan mereka kerana semuanya dikira betul kerana asasnya adalah sama dan ia terbukti dalam Hadis yang masyhur sabda Nabi s.a.w. Maksud ayat diatas ialah perselisihan faham antara umat Islam adalah rahmat dari Allah. Hanya orang-orang sekarang yang kurang pengetahuan telah menyempitkan keadaan ini dengan menghukum tidak boleh berpindah mazhab tanpa mengetahui semua kaedah setiap mazhab dan bagaimana ahli-ahlinya. Kebanyakan orang alim sekarang pengetahuan mereka tentang mazhab ShafeI atau Hanafi sendiri tidak mampu dipelajari seumur hidup mereka. Inilah dikatakan pendapat orang yang berfikiran sempit tidak mungkin dapat memberi kemajuan dalam hal-hal agama Islam. Sebagai seorang Islam, kita tidak digalakkan meniru atau mengikut cara atau fahaman orang lain kerana kita perlu memiliki pemahaman dan pendirian kita sendiri, melainkan fahaman yang kita ikuti itu adalah berdasarkan hadis dan al-quraan serta pendapat itu di kemukan sendiri oleh Rasulullah dan pendapat-pendapat lain yang ternyata kesahihannya yang kita tidak dapat diperbaiki lagi. Dua perkara utama yang perlu ada dalam diri seseorang sebelum dia boleh melakukan pertimbangannya iaitu ilmu pengetahuan dalam bahasa al-Quraan dan dalam ilmu dalam pengkajian-pengkajian kemajuan dunia, berserta akal yang sihat dan tajam. Oleh itu, untuk memiliki kemahiran dalam membuat pertimbangan ini seseorang wajiblah untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan bagi membolehkan seseorang itu menjalankan pengkajian dan penyelidikannya yang tersendiri berdasarkan pemahamannya. Dua perkara tersebut iaitu pertama, ilmu pengetahuan akan bahasa asal agama Islam(ilmu-ilmu bahasa Arab) dan segala selok beloknya, dan yang kedua, Mempelajari seberapa banyak daripada pelajaran dan ilmu-ilmu pengetahuan lain,sama ada lama atau baru yang telah disahihkan kebenarannya berdasarkan pengkajian yang dijalankan. Pemahaman dalam kedua-dua ilmu ini penting kerana ia akan mengajar kita cara-cara mendalami akal dan jalan-jalan penyekididkan pengetahuan dan kemajuan fikiran dalam
16

kalangan ahli ahli ilmuan yang telah berjaya. Setelah kita memperolehi kedua-dua ilmu pengetahua ini, kita perlulah melatih diri kita melaksanakan ilmu tersebut berasakan pengetahuan dan penyelidikan sendiri dengan mencari punca-punca ajaran agama di dalam al-Quraan dan Hadis serta menyelidik keterangan orang orang dahulu untuk memeriksa kesahihahnya. Kita perlu melakukan setiap perkerjaan kita dengan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah s.w.t. Di samping itu, kita juga perlulah menbiasakan diri melakukan pengkajian sendiri bagi mendapatkan sesuatu keputusan dalam pengkajian, dengan ini kita akan dapat memperolehi suatu pemahaman dan pandangan baru terhadap seseuatu yang belum pernah orang lain terfikirkan. Dengan itu , barulah bolehkan dikatakan berijtihad sendiri iaitu berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan yang baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Orang yang berusaha dengan cara ini barulah sempurna sifatnya yang di katakan bergantung kepada diri sendiri dalam hal-hal berkaitan dengan agama, iaitu bertindak berlandaskan al-Quraan dan Hadis dan berpandukan kepada kerasionalan akal dan naqal, dan bukanya mengikut pandangan orang lain secara membuta tuli. Jumlah sekalian yang telah kita perkatakan ini, jika sifat bergantung kepada diri sendiri itu dipakaikan kepada perkara agama dapat dilihat seperti di bawah ini. Pertama, terdapat ramai orang-orang kita yang lemah dalam mengerjakan amal ibadat sebagaimana yang telah dituntut dalam islam. Ramai antara mereka yang hanya mengharapkan pertolongan daripada orang lain seperti alim ulama serta sedekah dan sebagainya apabila meninggal kelak. Islam menuntut kita untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNya. Apabila kita membaca dan mengamalkan perkara-perkara ibadat, kita haruslah memahami setiap apa yang dibaca itu serta mengerti akan tujuan dan hikmah disebaliknya. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah dengan penuh ikhlas kerana Allah serta khusyuk dan tawadduk dalam melakukan ibadat solat dengan sentiasa mengingati Allah. Kedua, setiap orang hendaklah melakukan sendiri amal ibadat dan bertanggungjawab di akhirat kelak. Kita tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain untuk sentiasa berdoa kerana kelak mereka juga akan kembali ke tempat asalnya. Setiap umat islam haruslah bersedia untuk bertanggungjawab di akhirat kelak.

17

Ketiga, orang-orang awam tidak sepatutnya bersenang lenang dengan kejahilan tentang bahasa agama iaitu bahasa arab. Hal ini akan menyebabkan mereka bergantung kepada alim ulama dan menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh alim ulama ataupun orang lain yang mengetahui serba sedikit tentang agama islam. Perasaan selesa dengan keadaan tersebut merupakan satu kekurangan yang tercela kerana akan melemahkan diri sendiri dengan sentiasa mengharapkan bantuan dari orang lain. Keempat, orang awam wajib berusaha untuk mempelajari dan memahami isi-isi al-Quran dan hadis supaya dapat memahami selok belok agama islam dengan sendiri dari al-Quran. Sekiranya tidak dapat memahami al-Quran dan hadis tersebut, sekurang-kurangnya kita mempunyai azam untuk mendalami agama islam daripada al-Quran sendiri. Kelima, alim ulama jangan terlalu bergantung kepada semua perkara agama yang telah disampaikan oleh orang terdahulu serta kitab-kitab mereka. Alim ulama hendaklah memeriksa ataupun menimbang terlebih dahulu pendapat-pendapat atau kitab-kitab oleh imam-imam Mujtahidin dengan mendengar alasan serta hujah-hujhanya sebelum menerima. Rasulullah S.A.W telah berpesan kepada umatnya supaya berpegang kepada al-Quran dan sunnahnya, bukan kepada kitab-kitab karangan dan fahaman-fahaman alim ulama. Orang yang benar-benar alim pada zaman akan datang seharusnya hanya berpegang pada quran dan hadis . Hal ini kerana orang yang alim zaman dahulu kala hanya berpegang pada Quran dan hadis. Orang yang benar-benar alim dilihat seorang yang boleh berdikari, berfikir secara mandiri, mereka sama seperti orang alim zaman dahulu yang hanya berpegang kepada Quran dan hadis. Mereka tidak terikat kepada benda lain melainkan Quran dan Hadis. Namun begitu, orang alim mempunyai sikap yang meminta dan mendengar pendapat orang lain terlebih dahulu. Walaupun betapa alimnya mereka setiap keputusan yang diambil mereka akan mendenganr pendapat dan keputusan orang lain terlebih dahulu. Namun , tidak sepatutnya kita pada zaman sekarang hanya bertaklid kepada orang-orang dahulu dengan tiada mengambil pengertian dan tiada tahu hujung pangkal. Ketujuh, umat Islam terutama sekali yang alim dan mempunyai ilmu yang tinggi tidak dibenarkan bertaklid semata-mata kepada fikiran, pendapat, dan fahaman orang lain.Sebaiknya mereka disuruh untuk menggunakan akal fikiran yang tersendiri, pertimbangan diri sendiri, dan
18

ilmu pengetahuan diri sendiri. Hal ini memudahkan mereka untuk lebih memahami dan menguji diri sendiri dalam setiap perkara begitu juga dalam hal agama. Kelapan, orang Islam terutamanya yang mempunyai ilmu pelajaran tidak kira banyak atau sedikit disarankan untuk mempelajarai bahasa Arab tua. Hal ini disebabkan bagi memudahkan pembacaan dan penguasaan ilmu al Quran dan hadis. Dengan itu, mereka akan memahami kandunganya dengan tafsiran pemahaman yang sah dan dan betul. Setelah ada kelayakan itu gunakanlah dia bagi menyelidiki, memeriksa dan menimbang sendiri apa-apa hal agama Islam. Kesembilan, Orang-orang yang bertaraf alim atau ulama orang yang fasih dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bahasa Arab dan pengajian-pengajian Islam tentulah akan menyebarkan ilmunya kepada orang yang belum pandai. Sementara itu mereka juga tidak sepatutnya berhenti dan berusaha menambah pengetahuan yang sedia ada,melatihkan diri memeriksa, menyelidik dan menimbang sendiri segala pokok yang besar dan cawing yang penting dalam ajaran Islam. Kesepuluh, setiap seorang Islam terutama yang digelar alim dan ulama tidak wajar untuk mudah menerima sahaja pendapat orang lain tanpa menyelidik dan menyiasat dahulu. Pendapat dan keputusan yang dibuat mestilah berasaskan pertimbangan diri sendiri selepas menimbang banyak keputusan dan berfikir dengan sendiri. Kesimpulannya, berdikari dan berfikran mandiri dalam semua perkara antara dunia dan agama. Maksudnya, umat Islam dalam melakukan setiap perkara wajar berusaha sendiri, berfikir sendiri jangan bergantung kepada pertolongan orang lain, membuat keputusan secara sendiri selepas sahaja mengambil kira dan menyelidik semua keputusan untuk mendapatkan jalan yang terbaik.

19

Risalah ketiga : Kebajikan dan kejahatan Bab pertama : FAHAMAN YANG LUAS 1 Maksud baik dan jahat Baik dan jahat atau kebajikan dan kejahatan. Semua orang biasa mendengar dan menyebut perkataan tersebut, malah digunakan dalam kehidupan sehari-sehari atau pun dalam surat menyurat. Tetapi pernahkah kita cuba untuk memikirkan maksud di sebalik perkataanperkataan tersebut dengan seluas-luasnya? Pemahaman yang sebaik-baiknya terhadap perkataan-perkataan tersebut akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih sempurna, iaitu mengikut hukum syarak. Akhlak yang tinggi akan menjamin kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Selain itu, berapa ramaikah di antara kita yang berfikir sebab kita disuruh untuk melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran? Dalam sesuatu bahasa, ada pelbagai perkataan yang membawa maksud baik dan jahat, tetapi mempunyai maksud yang sama. Contohnya dalam bahasa Arab, perkataan baik dan kebajikan disebut sebagai khair, hasanah, ihsan, taiyibah, birr, amal salih, fadhilan, fadhail dan sebagainya. Perkataan jahat atau kejahatan pula disebut sebagai syar, su, sayyiah, ithm, maksiat, isyan, fusuq, fasad, fahisah atau fahsya, munkar, radzilah atau radzail dan sebagainya. Begitu juga dengan bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai perkataan lain yang membawa maksud baik atau kebaikan. Contohnya seperti bagus, elok, cantik, molek, indah, permai dan sebagainya yang membawa maksud yang sama. Manakala perkataan jahat atau kejahatan pula disebut sebagai buruk, busuk, keji dan sebagainya. Walau apapun perkataan yang membawa maksud baik dan jahat, namun ia dapat diertikan sebagai setiap perkara yang dapat memberikan manfaat zahir atau batin, dunia atau akhirat, dipandang mulia dan kewarasan akal fikiran. Manakala perkataan jahat pula ialah
20

semua perkara yang berlawanan dengan sifat-sifat baik iaitu yang memberikan kemudaratan, kerosakan atau kerugian zahir dan batin, dunia atau akhirat, dan dipandang hina dan keji. Oleh itu, kebajikan ialah setiap perkara yang baik dan membawa manfaat kepada mereka yang melakukan dan menerimanya. Tetapi ia haruslah dilakukan dengan ikhlas dan menggunakannya dengan baik. Kejahatan ialah setiap perkara yang berlawanan sifatnya dengan perkara yang baik dan membawa akibat yang buruk kepada mereka yang melakukannya dan menerimanya. Kejahatan akan membawa keburukan kepada orang lain. Dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Muslim, riwayat daripada al-Nuwas bin Saman berkata: Ertinya: Telah kutanya kepada Rasulullah S.A.W berkenaan dengan maksud kebajikan dan kejahatan. Maka jawab baginda: Kebajikan iatu ialah baik tingkahlakunya, manakala kejahatan itu adalah sesuatu yang terbenam (rahsiahnya) di dalam hati dan kamu tidak suka apabila orang lain mengetahuinya. Di dalam al-Quran, tersebut firman Allah S.W.T berkenaan dengan kebajikan. Maksudnya, yang dinamakan baik dan betul itu tidaklah semestinya kamu menghadapkan mukamu ke arah timur dan barat, tetapi yang dikatakan baik itu ialah perbuatan. Barang siapa juga yang percaya akan adanya Allah, hari kemudian, malaikat, percaya akan kitab yang datang dari Allah dan akan dan Nabi-nabi; barang siapa yang memberikan harta kerana kasihnya akan Allah (walhal dia sayangkan harta tersebut) kepada sanak-saudara dan kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, kepada orang yang sedang dalam perjalanan yang kurang wang dan orang yang meminta sedekah; dan member bantuan untuk menebus hamba orang atau tawanan perang, orang yang tidak meninggalkan sembahyang dan menunaikan zakat; mereka yang mengabulkan janjinya apabila berjanji dan begitu juga kepada mereka yang bersifat sabar dengan penderitaannya dan dalam masa mengahadapi kemalangan. Mereka inilah yang benar imannya dan bertakwa.

21

Oleh itu, daripada ayat ini dan hadis yang telah disebutkan sebelum ini dapatlah kita memahami secara lebih mendalam mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebajikan dan kejahatan. Peringkat Perbuatan Kebajikan Yang Harus Dilaksanakan. Terlebih dahulu, kita haruslah mengetahui segala jenis perkara kebajikan dan mengetahu setiap peringkat perkara kebajikan tersebut. Perkara tersebut ialah berbuat adil, berbuat ihsan, mengeratkan tali persaudaraan, murah hati, beri-memberi, tolong menolong, dan sebagainya di antara satu sama yang lain tanpa mengira latar belakang seseorang. Berbuat Adil. Perkataan adil atau sifat berbuat adil ialah membawa pengertian yang sama iaitu satu perbuatan yang harus dilakukan dengan sama rata terhadap seseorang tanpa melebih-lebihkan mana-mana pihak yang tertentu. Perbuatan adil ini bukan sahaja dilakukan sesama manusia malah juga kepada binatang. Oleh itu kita haruslah sentiasa mengamalkan sikap amanah, bercakap benar, menunaikan janji dan lain-lain. Oleh itu setiap kali kita hendak melakukan sesuatu terhadap seseorang kita haruslah berfikir panjang dan meletakkan diri kita sendiri teradap diri orang itu. Ada peribahasa mengatakan Cubit paha sendiri dahulu sebelum mencubit paha orang lain dan Ikutlah hukum memiat daging : sikit pada kita sikitlah pada orang. Oleh yang demikian maka kita haruslah sentiasa melakukan perkara yang adil. Perbuatan adil ialah perbuatan yang baik di dalam peringkat melakukan kebajikan. Berbuat Adil Kepada Allah: Kita haruslah melakukan perbuatan adil di antara manusia dengan makhluk lain. Oleh itu manusia juga haruslah melakukan perbuatan yang adil iaitu seperti mana Allah telah berbuat baik kepada kita. Selain itu kita juga haruslah sentiasa berasa bersyukur dengan segala yang diberikan olehNya. Setiap perkara yang adil untuk dilakukan kepada Allah juga haruslah dilakukan dengan mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang syirik Namun terdapat juga, seseorang yang
22

diberikan mukjizat di dalam diri seseorang namun perbuatan seperti menurunkan wahyu dan agama atau hukum-hukum agama kepada manusia hanya perbuatan Allah. Namun jika terdapat manusia yang mengaku perbuatan Allah itu ialah perbuatan dirinya dan mereka hukum agama yang telah diturunkan oleh Allah melalui Rasulnya maka orang yang melakukan perbuatan demikian telah melanggar dan melangkahi sempadan adil yang seharusnya dilakukan olehnya terhadap Allah. Berbuat Ihsan Peringkat yang paling tinggi di antara semua perbuatan adil ialah melakukan perbuatan ihsan, iaitu perbuatan baik tanpa mengharapkan balasan di atas perbuatan yang dilakukan. Tetapi setiap perbuatan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengira perbuatan orang lain itu kepada diri kita walaupun bakal menerima perkara yang baik mahupun sebaliknya namun kita juga haruslah sentiasa melakukan perbuatan baik. Ternyatalah bahawa berbuat baik terhadap orang lain dengan keikhlasan lebih tinggi darjatnya daripada berbuat baik atas kepentingan tertentu. Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain, bermurah hati, tolong-menolong, saling mengingati ke arah yang baik, sedia bertolak ansur dan bekerjasama serta mahu membuat kebajikan dalam masyarakat merupakan elemenelemen dalam bahagian ini. Berbuat baik sebagai itaI dzil qurba Peringkat terakhir atau teratas dalam melakukan kebaikan disebut sebagai itaI dzilqurba. Ia bermaksud perbuatan memberi, bermurah hati, bersifat penyayang dan sebagainya kepada sesama manusia seperti antara ibu dan anak, adik-beradik,kawan karib dan sebagainya. Perkataan itaI dzil-qurba sebenarnya bermakna sikap memberi-beri kepada mereka yang mempunyai pertalian darah yang rapat dengan kita. Namun, pengertian tersebut menjadi lebih luas dengan mentafsir perkataan dzil-qurba sebagai sifat memberi-beri dan berbuat baik. Dalam berbuat Ihsan, mungkin seseorang itu pernah terfikir dihatinya untuk berbuat kebaikan semata-mata kerana orang yang ingin dibantu pernah membantunya suatu ketika dulu. Perbuatan seperti itu akan melahirkan kepujian mungkin juga akan membuatkan lahirnya

23

perasaan terhutang budi. Boleh jadi juga seseorang itu telah melakukan kesalahan, oleh itu kemurahannya itu dapat digunakan untuk memujuk seseorang tersebut untuk memaafkannya. Dalam aras ini itaI dzil qurba disifatkan sebagai perbuatan baik yang dilakukan dengan penuh kasih sayang semula jadi seperti hubungan antara ibu dan anak. Segala pengorbanan dan susah payah seorang ibu terhadap anaknya ditanggung dengan rela hati kerana kasih sayang yang semulajadi tersebut. Ia juga tidak didorong dengan rasa ingin dibalas melainkan setidak-tidaknya luahan terima kasih. Kesimpulannya, dalam aras ini perkembangan budi mulia manusia menjadi cukup dengan sepenuhnya. Berbuat baik kepada Makhluk Allah. Terdapat peringatan bahawa dalam perhubungan manusia dengan Tuhan, manusia tidaklah boleh melebihi dari tingkat adil sahaja kerana manusia berbuat baik dengan Tuhan tidak boleh diungkit lansung.. Walaupun kita beribadat namun tidak bermakna kita berbuat baik kepada-Nya. Berbuat baik hanya berlaku sesama manusia dan makhluk yang lainnya. Firman yang diberi menunjukkan satu isyarat yang halus dan indah sebagai arahan untuk mencari ketenangan dan kehampiran kepada Allah. Terdapat juga firman yang membuktikan bahawa manusia perlu berbuat baik kepada makhluk Allah. Tahap-tahap kejahatan yang dilarang Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan. Penerangan yang telah diberi bagi peingkat kerja berbuat baik adalah satu dorongan yang positif. Namun, jika positifnya pastilah ada negatifnya. Namun,terdapat juga pihak negatif yang mencogankan kemajuan. Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu al fahsya, al munkar dan al baghy. Al fashya Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkluar daripada batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor, tidak malu serta lucah.
24

Demikianlah dengan adanya beberapa pecahan lagi sebagai kata nama atau perbuatan. Setiap satunya membawa makna yang berbeza sedikit antara satu sama lain. Begitu juga dengan makna fahsya yang merupakan pecahan lain yang menjadi kata nama, dan dikata juga fahisyah. Jika bilangannya banyak disebut fawahish. Kedua-kedua perkataanfahsya dan fahisyah sama-sama membawa makna yang lebih kurang sama iaitu perbuatan yang buruk dan memalukan. Perlakuan yang tidak sepatutnya yang teramat dahsyat dan mengundang malu, dosa dan kejahatan merupakan perbuatan yang melampaui adab sopan yang baik dan sepatutnya. Secara keseluruhannya, perbuatan jahat merupakan perbuatan yang tercemar, buruk dan memalukan apabila diketahui dan dilihat oleh orang lain. Segala perbuatan jahat disembunyikan melainkan hanya orang yang melakukannya sahaja mengetahui tentangnya. Apabila perbuatan jahat diketahui oleh orang ramai, segala perbuatan yang dilakukan merupakan satu perbuatan yang amat dasyat dan kejam sekali. Kejahatan ini merupakan kejahatan tahap pertama iaitu memberi kemudaratan kepada pelakunya sahaja tanpa melibatkan orang lain. Al-Munkar Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan, tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia. Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada orang lain. Kejahatan munkar atau menidakkan sesuatu perkara merupakan perbuatan yang lebih buruk dan memudaratkan daripada melakukan perbuatan zina dan perkara kotor. Tahap perbuatan zina dan kotor adalah tergolong dalam tahap munkar yang tidak terlepas daripada rahsia yang dilindunginya. Al-Baghy Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan, kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan

25

sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada orang lain. Perkataan al-baghy membawa maksud mencari dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Terdapat pecahan makna yang melanggar sempadan dan dipengaruhi nafsu yang tinggi terhadap ssuatu dan juga timbul maksud yang berpaling dari jalan hidup sebenar daripada jalan hidup yang benar dan tidak melanggar perintah dan melawan kuasa yang sah disisi undang-undang. Apabila perkataan baghy ditambah ala, ia membawa maksud yang lain iaitu kita tidak seharusnya menganiaya, mengambil hak, merampas dan menyamun orang lain. Perkataan baghi pula membawa maksud berkehendakkan sesuatu dengan merampas dan menganiaya orang lain. Orang yang zalim sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendakinya. Secara ringkasnya, mengikut nafsu dan kata hati yang tidak tertahan yang menyebabkan pelanggaran batas yang sepatutnya dan seorang itu seharusnya insaf kerana merampas barang menggunakan cara kekerasaan. Perbuatan yang paling buruk adalah perbuatan yang melanggar batas, menganiaya, menzalimi, melakukan pencerobohan membuat rusuhan dan huru-hara. semua perbuatan jahat tersebut tergolong dalam tahap ketiga iaitu tahap yang paling jahat daripada semua kejahatan. Tiga patah perkataan yang digunakan dalam ayat al-quran adalah tiga tahap yang dapat menunjukkan jenis kejahatan dan manusia yang selalu terjebak dengan kejahatan tersebut. Semua jenis kejahatan tergolong dalam tiga tahap yang diberikan. Melalui ayat yang diberikan, semua perbuatan yang disuruh dan dilarang telah diketahui. Semua larangan dan suruhan mempunyai panduan yang diberikan bagi mendorong manusia untuk memupuk sifat yang baik dan seharusnya dimulai daripada awal lagi. bagi menghindari perbuatan keji, kita seharusnya bermula dari awal lagi sebelum kita mendapat kesan yang memudaratkan diri. Secara ringkasnya, tahap baik dan jahat yang dibincangkan adalah seperti berikut: [1] kita seharusnya mempunyai sifat adil apabila membalas dan mendahului. [2] kita haruslah berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan

26

walaupun beliau melakukan perbuatantan jahat kepada kita. [3] kita haruslah memberi pertolongan kepada semua orang tanpa mengira saudara ataupun tidak dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pertolongan yang diberikan. Semua suruhan meliputi semua kebajikan dan dikumpulkan dalam tahap tersebut. 1) Kita dilarang melakukan kejahatan yang memalukan. Contohnya perbuatan mengkhianati orang lain, namun kejahatan tersebut tidak dapat diketahui. 2) Kita juga dilarang melakukan kejahatan secara terang-terangan dan membolehkan orang lain memandang serong terhadap diri kita. Hal ini kerana masyakarakat akan membenci dan memulaukan kita sekirannya kita melakukan sesuatu kejahatan. 3) Kita dilarang membuat membuat zalim dan menderhaka kerana ia akan memudaratkan diri, masyarakat dan negara. Tiga aspek larangan ini merangkumi pelbagai jenis kejahatan yang dilakukan oleh manusia. Dengan latihan dan akhlak yang baik, ia akan dapat menjauhi segala kejahatan sehingga mencapai kesempurnaan. Terdapat enam peringkat untuk manusia mencapai kemajuan kesempurnaan iaitu melakukan kebajikan sebaik yang mungkin dan menjauhi larangan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Hal ini kerana Allah telah memberitahu kepada umatnya bahawa enam peringkat ini mesti dilalui oleh setiap manusia dengan melalui perkembangan dan perjalanan sebelum mencapai kesempurnaan yang tertinggi. Begitu juga dengan langit dan bumi yang mempunyai kitaran masa yang telah ditetapkan oleh Allah dan akhirnya menjadi pelengkap kepada manusia dari segi akhlak dan rohaninya. Contoh Berbuat Baik Dan Syarat-syaratnya Terdapat banyak firman dalam Quran yang telah diturunkan oleh Allah kepada manusia supaya dapat membezakan kebaikan dan kejahatan. Antaranya bermaksud Dan sahakanlah olehmu mencari negeri( kejayaan) Akhirat pada barang apa yang telah dianugerahkan Allah kepada engkau; dan jangan pula engkau lupakan (mencari) bahagianmu didunia. Dan berbuat baik engkau (kepada orang) sebagaimana Allah Taala berbuat baik kepada engkau; dan jangan engkau usahakan kejahatan atau kerosakan di bumi ini: bahawa sanya Allah Taala tidak gemar akan orang-orang yang berbua jahat dan kerosakan. Surah Al Qasas:77.
27

Firman di atas menunjukan bahawa Allah menyuruh manusia untuk berusaha mencari kesenangan di dunia dan di akhirat menerusi pelbagai anugerah yang diturunkan kepada manusia. Dengan kurnian yang telah Allah berikan, manusia seharusnya menjaga dan menggunakannya dengan baik iaitu melakukan perkara baik dan menjauhkan larangannya. Namun, Allah juga memberi ingatan kepada manusia sekiranya berbuat baik, kita tidak perlu meminta ganjaran dan jangan membuat kerosakan di atas muka bumi ini kerana Allah akan memberikan balasannya. Hal ini kerana Allah lebih megetahui dan mentadbir seluruh alam. Firman seterusnya membawa maksud Dan siapakah yang terlebih baik perkataan daripada orang yang terlebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada Allah dan ia sendiri berbuat kebajikan serta berkata bahawasanya aku daripada orang-rang yang menyerah diri kepada Tuhan(orang Islam). Perbuatan baik tidaklah sama(darjahnya), dan tidak pula perbuatan jahat;(atau Perbuatan baik dan perbuatan jahat itu tidaklah sama keduanya); lawanlah kejahatan itu dengan apa yang terlebih baik. Petikan dari surah Hamim Sajadah:3334 Firman Allah yang bererti Dan kerjakanlah sembahyang dengan tetap pada kedua tepi siang hari(yakini sebelah pagi iaitu subuh dan sebelah petang iaitu zuhur dan asar) dan pada beberapa bahagian malam yang dekat kepada siang (maghrib dan isya): bahawasanya perkaraperkara yang baik itu menghilangkan segala perkara yang jahat. Dan sabarlah kamu, kerana Allah Taala tidak sesekali-kali mensia-siakan balasan bagi orang yag berbuat baik. Petikan daripada Surah Hud:114-115. Daripada firman di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Taala menyuruh seluruh umatnya untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan semua perkara yang dilarangNya. Dalam firman ini terdapat lima contoh kebaikan yang dapat diteladani dan dipelajari. Manakala dua atau tiga memperlihatkan larangan yang telah dilarang oleh Allah kepada umatnya. Allah telah mengingatkan bahawa jangan sesekali melakukan perbuatan jahat. Hal ini kerana manusia yang melakukan kejahatan tidak disukai oleh Allah. Namun manusia yang menahan diri untuk berbuat kejahatan juga merupakan satu perkara yang baik. Kesempurnaan larangan itu adalah daripada ketaatan manusia kepada Allah. Kedua-dua perbuatan tersebut adalah junjugan

28

perintah untuk melakukan suruhan dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah. Ia dinamakan taat dan Taqwa. Oleh itu, contoh yang boleh dilihat dan dipercayai oleh orang Islam adalah daripada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa agama Islam kepada seluruh manusia hampir empat belas abad yang lalu. Bab Kedua : BAIK DAN JAHAT TETAP ADA 1 Baik Dan Jahat Berpasangan

Terhadap dua pandangan telah ditemui oleh ahli-ahli falsafah yang cuba mencari makna tersirat di sebalik kata baik dan jahat. Pendapat pertama mengatakan bahawa berkata baik dan jahat itu hanya dua pihak daripada benda yang satu. Pendapat kedua pula mengatakan tidak ada baik atau jahat pada diri sesuatu benda atau perbuatan itu sendiri, hanya cara kita mengerjakannya sahaja yang menjadikan kehasilannya baik atau jahat. Walau dengan cara apa sekali pun jalan penyelesaian mereka, perkara tersebut tetap akan memperoleh keputusan atau hasilnya iaitu sama ada ianya baik atau pun jahat. Untuk lebih jelas, Pendita Zaba melontarkan satu contoh yang mudah difahami iaitu dalam perbuatan makan. Makanan yang baik adalah makanan yang diproses dengan cara yang halal atau betul mengikut had-had sempadannya tetapi tidak mustahil makanan tersebut akan menjadi tidak baik sekiranya terlebih atau tersalah bahan campuran yang boleh menjadi racun dalam makanan tersebut. Bagi Pendita Zaba, baik dan jahat itu adalah satu perkara semulajadi yang telah wujud dalam dunia terutama perlakuan manusia itu sendiri. Baginya, jika ada baik, maka adalah jahatnya. Baik dan jahat merupakan satu perkara yang saling berkait rapat dan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Baik dan jahat ini ada di mana-mana sahaja sama ada dalam hati atau luar kawasan hati, di alam jasmani atau di alam rohani dan mana-mana lagi. Baik dan buruk ini perlu ada bagi membolehkan pertentangan antara satu sama lain terhadap sesuatu
29

perkara atau benda lain. Oleh itu, manusialah yang memainkan peranan dalam memilih mana yang baik dan mana yang buruk di dunia ini ibarat amal makruf nahi mungkar.

2 Saling Bertukaran Dan Buah Membuahkan Dalam melaksanakan sesuatu kebajikan, kadang kala ada tersirat sesuatu yang tidak elok. Misalnya, dalam melakukan kebajikan akan ada unsur kejahatan juga kerana ia bergantung kepada seseorang dalam melaksanakan kebajikan itu. Kebajikan akan hilang baiknya jika dilaksanakan dengan cara yang salah. Misalnya bersifat riyak atau bangga dengan kebaikan yang dilaksanakannya. Dalam Islam, sifat ini amat dilarang sama sekali kerana tidak menggambarkan langsung keikhlasan seseorang itu dalam membantu golongan yang memerlukan. Dalam Quran ada mengatakan bahawa orang yang membuat kebajikan seperti bersedekah dan sebagainya kerana untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan bukan kerana keikhlasan atau kerana Allah ia dikira sama seperti orang yang merosakkan sedekahnya dengan diperkatakan dan diumpat hingga menyakiti orang yang menerimanya. Ini ternyata dalam ayat di bawah : Ertinya, wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan sedekah kamu itu sia-sia dengan di banggakan dan dibangkitkan hingga orang yang menerima itu sakit hati dan orang yang membelanjakan harta itu kepada jalan kebajikan itu sia-sia kerana bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan tidak ikhlas maka Allah akan membalasnya pada kemudian harinya. Oleh itu eloklah beringat bahawa apa yang dikatakan sedekah itu bukanlah hanya memberi wang dan barang-barang kepada orang susah sahaja seperti yang diertikan dalam Bahasa Melayu. Di sini sedekah termasuklah juga dengan perbuatan baik yang kita buat yang memberi faedah kepada orang lain dan bukannya untuk mendapat balasan atau upah dan juga
30

pujian. Perbuatan demikian bukan sahaja perbuatan yang besar-besar sahaja tetapi juga perbuatan yang paling kecil sekalipun seperti membuang duri atau paku atau najis di tengah jalan, menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang ketakutan, mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada sakit, orang kematian, kehilangan atau kemalangan. Semua itu tergolong dalam jenis sedekah juga iaitu sari sekecilkecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, dari manusia hingga kepada makhluk tuhan yang lain. Kemudian sambungan ayat itu berbunyi seperti berikut : Orang yang menunjuk-nunjuk dan riak adalah seperti selonggok batu keras yang tidak tumbuh apa-apa di atasnya tetapi hanya ada sedikit tanah di atasnya kemudian hujan lebat turun lalu menghayutkan tanah itu dan bersih dan licinlah batu itu. Orang yang demikian diumpamakan sebagai tidak membuat apa-apa kebajikan setelah apa yang dibuatnya. Sesungguhnya Allah Taala tidak gemar akan mereka atau orang-orang yang suka bermegah dan bangga diri kerana orang yang bersifat demikian sama seperti syaitan. Allah Taala juga tidak suka orang yang suka menunjuk-nunjuk solatnya kepada orang lain kerana perbuatan sedemikian adalah sia-sia sahaja.. Sekiranya dalam dunia ini kita tidak pernah berbuat jahat sekali pasti orang tidak akan percaya bahawa kita adalah orang yang baik kerana mereka berpendapat bahawa seseorang itu tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kita sebagai manusia perlu bekerjasama dan membuka mata serta minda bahawa bangkit dan bagun untuk memajukan bangsa kita sendiri daripada ditawan atau dijajah oleh orang asing. Kerana sampai bila kita mahu tunduk dan terbenam dibawah jajahan orang asing. Selepas seorang penjajah yang menjajah dan Berjaya datang pula seorang lagi penjajah yang menjajah kita. Maka kitalah yang perlu memperjuangkannya untuk melepaskan atau memboloskan diri dari penjajah asing.

31

Kemuncak Baik Dalam Budi Pekerti Ketinggian budi pekerti yang baik ialah apabila seseorang itu dapat melihat kerja

kebajikan atau kebaikkan sebagai sesuatu yang membahagiakan dan menyeronokkan. Manakala apabila seseorang itu melihat sesuatu kejahatan dianggap sebagai sesuatu yang jijik, buruk dan merupakan satu penyakit yang merbahaya. Kemudian setelah semua manusia dapat melihat dan merasa ketinggian budi pekerti itu, maka pihak berkuasa menjadi tidak diperlukan. Sekali gus tiadalah pergaduhan, perbalahan dan peperangan diantara manusia. Hanya yang ada keamanan dan keharmonian yang diinginkan oleh setiap umat manusia. Sudah menjadi lumrah dunia setiap yang ada di muka bumi akan wujud pertentangannya. Terutama sifat baik dan jahat iaitu sifat yang sentiasa ada dalam diri setiap manusia. Semua pertentangan yang wujud ini juga memberikan kemajuan dan kemunduran kepada penduduk dunia keseluruhannya. Seharusnya manusia berusaha mendapatkan yang baik sahaja. Menjauhkan segala kejahatan yang ada dengan segala daya usaha kita sendiri. Seperti yang tertulis salam satu hadis yang mashyur diriwayatkan oleh Muslim, Imam Ahmad dan beberapa pengatur Sunan yang lain, tersebut sabda Nabi s.a.w.: ertinya barang siapa daripada kamu yang melihat sesuatu yang jahat maka hendaklah diubahnya kejahatan itu dengan tangannya; jika ia tiada upaya, maka hendaklah dengan lidahnya; dan jika ia pun tiada upaya juga maka hendaklah dengan hatinya, dan itulah yang sekurangnya-kurangnya iman. Dengan usaha yang telah dibuat iaitu melakukan perkara baik dan menjauhkan perkara jahat, dari sinilah pengukur kemajuan dan kemunduran budi pekerti manusia. Selain itu juga dari situ akan terdapatnya satu kejayaan atau pun kegagalan dunia akhirat.

32

Bab Ketiga:

Fahaman yang sempit 1


Berbuat Kebajikan Kerana Faedah Diri Bagi ahli-ahli agama yang berfikiran sempit selalu berpendapat mengenai perbuatan baik iaitu amal kebajikan serta perbuatan jahat iaitu amal kejahatan dengan pengertian yang tidak luas atau terbatas. Bagi mereka, perbuatan yang berasaskan keagamaan disenaraikan sebagai amal kebajikan iaitu perkara yang perlu dikerjakan oleh setiap umat Islam bagi persediaan menghadapi hari akhirat iaitu tiada langsung berkaitan dengan tujuan memperbaiki budi perkerti dan kelakuan seseorang individu mahupun bagi kepentingan hal-ehwal kehidupan di dunia yang sementara ini. Amal menurut fahaman ini dikatakan sebagai perbuatan yang dikelaskan kepada keagamaan dan dipandang dalam ruang lingkup agama sahaja. Amal baik atau amal soleh pula merupakan perkara yang disuruh atau dinilai oleh agama seperti sembahyang, puasa, zakat, bersedekah, menyembelih korban, membaca ayat suci Quran, berselawat ke atas Nabi, berzikir serta berdoa. Amalan-amalan ini adalah amalan yang telah dijanjikan ganjaran pahala serta balasan syurga. Amal jahat (sayyiat) pula ialah perbuatan munkar yang terang-terangan telah melanggar larangan-larangan agama. Malah, ini turut menjadikan seseorang itu berdosa serta mendapat balasan neraka di kehidupan akhirat yang kekal abadi. Perbuatan munkar yang dikategorikan sebagai sebagai amalan kejahatan adalah seperti perbuatan meminum arak, menyentuh atau memakan khinzir dan anjing, berjudi, berzina, mencuri, menyamun, merampas, membunuh dan perbuatan jahat lain yang dikelaskan sebagai perbuatan fahsya dan munkar. Tetapi amal kejahatan ini tidak termasuk dalam kelompok amalan yang terbit dari kepercayaan sesetengah masyarakat dahulu kala iaitu perbuatan khurafat sehingga membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah. Namun begitu, tidak mengerjakan segala suruhan Tuhan seperti mendirikan solat lima waktu, berpuasa, zakat dan sebagainya adalah merupakan kesalahan yang berdosa besar sama seperti melakukan perkara-perkara munkar. Namun nikmat serta kebaikan mengerjakan semua
33

suruhan ini tidak pernah cuba difahami mahupun diambil tahu oleh sesebuah pihak. Begitulah yang dikatakan sempitnya fahaman ini dalam menilai amalan baik dan buruk. Perbuatan yang jahat tidak pernah dititikberatkan bagi menerangkan larangan ke atas perbuatan tersebut. Bagi memperbaiki akhlak, kita perlu menjauhi perkara-perkara yang dilarang untuk membersihkan hati dan budi pekerti daripada sifat-sifat serta perangai yang rendah dan keji. Perkara yang dititikberatkan ialah apa sahaja yang haram iaitu perkara yang dilarang oleh Tuhan. Apabila kita melanggar larangan maka kita akan berdosa dan seterusnya kita akan mendapat balasan neraka jika tidak diberi pengampunan. Ibadat bermaksud segala kerja menyembah Tuhan. Kita sebagai hamba dan perlu menyerahkan diri kepada-Nya dengan melakukan sesuatu yang telah ditentukan kaedah untuk mengerjakannya dalam agama ataupun sebaliknya. Oleh itu, ibadat merupakan segala perkara mentaati larangan dan perintah Tuhan untuk kehidupan dan juga persediaan untuk menghadapi kematian, iaitu untuk dunia dan juga untuk akhirat. Semua larangan atau perintah-Nya itu adalah perkara yang ditetapkan dan dianggap betul dan terpuji pada penilaian agama yang sebenar serta bersesuaian dengan akal dan ilmu pengetahuan yang diberikan-Nya kepada manusia dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, sama ada amal yang salih atau ibadat atau amal salih, jika mereka berfikiran sempit, ia hanya membawa maksud sebagai perlakuan yang dilakukan untuk kehidupan akhirat atau kehidupan selepas mati sahaja. Tidak termasuk perkara yang berkaitan dengan tujuan membaiki akhlak, membaiki perangai, membaiki kelakuan hidup dan sesuatu untuk mengelokkan sifat-sifat perangai dan budi pekerti supaya membetulkan hal ehwal kita hidup di dunia bagi memberi faedah di dunia yang fana dan di akhirat yang sudah sahih kewujudannya. Segala kefahaman yang sempit ini masih digunakan oleh alim ulama yang berperasaan sedemikian dalam penghasilan pendahuluan kitab-kitab hasil karangan mereka, di mana mereka melafazkan harapan dan beranggapan akan mendapat sesuatu manfaat atau upah daripada kepenatan mereka menghasilkan karangan kitab tersebut malah dalam bahasa arabnya juga disebut sebagai al-ajra wal-thawab. Antara contoh-contoh perkataan yang sering digunakan seperti Mudah-mudahan diberi Allah pahala akan fakir dan dijadikannya kitab ini jalan
34

kelepasan bagi fakir di akhirat. Dengan berbuat demikian, pengarang beranggapan bahawa penghasilan kitab karangan mereka akan terlepas daripada terkena hukuman buruk di akhirat nanti. Persoalannya adakah kitab tersebut dapat memberi manfaat dan faedah kepada penggunanya tidak penting kerana bagi pengarang apa yang diharapkan adalah pertolongan yang akan diperolehi daripada kitab tersebut kepada diri mereka sendiri. 2 Baik di Dunia Baiklah di Akhirat Seseorang yang berbuat kebajikan atau kebaikan di dunia mahupun di akhirat dengan niat untuk mendapatkan balasan atau untuk kepentingan diri sendiri merupakan satu amalan yang tidak baik dan dipandang rendah. Hal ini kerana tidak rugi jika seseorang berbuat kebajikan, tidak rugi jika hendak berjasa atau bebuat baik kepada orang lain, dan tidak rugi jika hendak memperbaiki kekurangan pada makhluk Allah yang lain, iaitu suci kerana Allah dan keredaan Allah. Orang-orang yang berfahaman sempit sedemikian sebenarnya mengetahui dan mengerti akan ajaran-ajaran al-Quran, namun mereka tidak mempedulikan dan patuh kepada semua ajaran tersebut yang mengatakan bahawa sekalian orang yang beriman haruslah menjaga dengan sebaik mungkin daripada segala larangan Allah dan menjaga segala pertuturan dengan betul serta taat akan peritah Allah dan rasul-Nya. Dengan demikian akan mendapat balasan yang baik daripada Allah dan diampunkan segala dosa-dosanya. Alam akhirat ialah alam kehidupan yang kekal selamanya berbanding alam dunia kerana alam dunia dicipta oleh Allah S.W.T. bertujuan supaya mereka membuat persediaan untuk bekalan di alam akhirat yang kekal selamanya. Oleh itu, mereka mempercayai amalan yang baik atau jahat walau sebesar zarah sekalipun yang dilakukan oleh mereka, akan tetap dibalas oleh Allah S.W.T di akhirat kelak serta mereka mengetahui dan mengakui apabila mereka melakukan kebaikan di dunia, mereka juga akan mendapat kebaikan di akhirat. Oleh itu, mereka amat mempercayai kebenaran yang disebut di dalam ayat al-Quran dalam surah Al-Baqarah:197 yang bermaksud Allah memerintahkan mereka yang mempunyai mata hati atau yang dikatakan orang yang dapat melihat kebenaran melalui hati supaya
35

membekalkan diri mereka untuk persediaan di akhirat. Bekalan yang utama untuk persediaan tersebut ialah Taqwa iaitu ketaatan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya agar dapat mempengaruhi atau menerbitkan amalan yang baik dalam diri mereka. Mereka juga amat memahami ajaran Islam yang disebut di dalam Al-Quran melalui surah Al-Muzammil:20 yang bermaksud mereka yang membuat kebajikan dengan mendahulukan perbuatan yang baik untuk membaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya dalam melakukan amalan kepada Allah S.W.T. akan mendapat tempat di sisi Allah S.W.T. Secara ringkasnya, mereka amat memahami bahawa perbuatan yang baik yang dilakukan di dunia ialah sebagai kayu pengukur atau sebagai gambaran keadaan atau balasan baik dan buruk di alam akhirat kelak iaitu jikalau mereka membuat amalan yang baik di dunia, sudah tentu di akhirat kelak mereka akan dibalas dengan yang lebih baik. Namun demikian, seseorang yang beranggapan tidak perlu melakukan amalan yang baik ketika hidup di dunia iaitu berbuat baik selepas meninggal dunia adalah tidak menepati suruhan Allah S.W.T. supaya melakukan amalan yang baik sebelum meninggal dunia. Hal ini demikian, kerana Allah S.W.T. sangat mengkehendaki mereka melakukan amalan yang baik setiap masa kerana ia menjadi syarat untuk mendapat kebahagiaan di alam akhirat kelak. 3 Terpesong Dari Arahan Yang Dimaksudkan Sebagaimana yang telah diberitahu sebelumnya, mereka beranggapan dan mempercayai bahawa persediaan untuk alam akhirat hanya terbatas kepada amalan yang dikatakan sebagai amal ibadat iaitu hanya mengamalkan amalan salih sahaja seperti sembahyang, berzikir dan berwirid beribu-ribu kali, puasa dan sebagainya sehingga mereka lupa mengamalkannya dan tujuan sebenar amalan tersebut dilakukan adalah untuk melatih jiwa memperbaiki diri dan tingkah laku serta budi pekerti menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Mereka beranggapan selain mengamalkan amalan yang dikatakan sebagai amal ibadat tersebut bukan dinamakan sebagai ibadat atau bekalan untuk alam akhirat atau ketaatan kepada Allah S.W.T., tetapi mereka menganggap hanya amal ibadat yang mereka amalkan adalah sebagai bekalan untuk hari akhirat dan ibadat, taqwa yang sebenarnya dan amalan tersebut
36

dilakukan oleh mereka bertujuan untuk mendapat balasan atau sebagai penebus kerana mereka menganggap bahawa Allah S.W.T. sudah menentukan balasan seksaan mereka di akhirat. Hal ini menunjukkan mereka tidak ikhlas mengamalkan amal ibadat tersebut sebagai hamba-Nya dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. yang maha Esa. Fahaman yang sedemikian ini berterusan sehingga ada yang berpendapat bahawa sebenarnya bekalan dan persediaan bagi akhirat adalah perkara perkara yang baik dan disukai Allah. Sekiranya perangai, hati dan budi tidak baik pun tidak mengapa asalkan masih mengamalkan amalan-amalan yang baik tersebut. Mereka berfahaman begitu dan mereka menyeru orang lain supaya berbuat begitu juga. Sekiranya tidak dapat mengikuti amalan tersebut, berilah ganjaran kepada mereka sahaja. Bagi mereka yang melakukan kejahatan pula, mereka menganggap bahawa itu adalah perkara yang melanggar syarak dan tentunya salah dan mengakibatkan berdosa. Apakah hukum syarak? Hukum syarak merupakan hukum agama yang menurut pendapat Imam mazhab lebih daripada seribu tahun dahulu. Sekiranya melanggar hukum ini, ataupun jika memperlekehkan hukum ini dengan wang kertas, dikira ianya tak wajib zakat kerana dalam Islam, wang emas dan perak sahaja yang dikira wajib. Apakah sebab timbulnya kejadian yang mengaibkan seperti ini pada kaum Islam berkenaan dengan perkara berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan? Tidak lain melainkan sebabnya ialah salah faham akan kegunaan dunia dan cara menggunakan dunia bagi mendapat kejayaan akhirat yang dicita-citakan itu. Penyebab yang kedua pula ialah salah pengertian akan tujuan dan hikmat dalam hukum-hukum yang telah diaturkan itu dan telah ditentukan hadhadnya oleh Allah dalam ajaran Islam. Oleh itu, kesannya terjadinya kesempitan, ketinggalan dan kemunduran. Bahkan amat wajar jika dikatakan fahaman sempit inilah antara sebab berlakunya kecelakaan, keruntuhan dan kemelaratan umat Islam dalam berkurun lamanya. Oleh itu, kesedaran baharu pada zaman sekarang akan membantu mereka untuk pulih semula.

37

Bab Keempat : Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya


1

Punca Utama Kejatuhan Umat Islam pada zaman dahulu merupakan sebuah masyarakat yang besar, maju, berkuasa, disegani dan dipandang tinggi serta terkenal di seluruh dunia. Namun begitu, kemasyhuran mereka akhirnya jatuh dan menjunam. Persoalannya, apakah yang telah menyebabkan mereka menjadi terkenal, disegani serta dipandang tinggi dalam masyarakat dan apakah pula punca yang mendorong kejatuhan mereka? Kegemilangan masyarakat Islam pada zaman dahulu seharusnya berkekalan. Hal ini demikian kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam kitab suci al-Quran, surah Al-Munafiqun, ayat 8 yang bermaksud: Dan izzah yakni kebesaran, kekuatan dan kemuliaan itu kepunyaan Allah dan bagi Rasulnya dan agi orang-orang yang beriman. Al-Munafiqun : 8 Antara firman Allah S.W.T lagi ialah dalam surah Ali-Imran, ayat 139 yang berbunyi: Dan jangan kamu berasa lemah semangat atau kecut hati, dan jangan kamu berdukacita, kerana kamulah orangnya yang akan ke atas (beroleh ketinggian dan kemenangan) jika kamu beriman. Ali-Imran : 139 Masyarakat Islam pada hari ini juga turut beriman sama seperti nenek moyang mereka pada zaman dahulu. Namun begitu, di manakah izzah, kebesaran, kekuatan dan kemuliaan yang telah dikatakan kepada mereka? Di manakah ketinggian dan kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T dahulu? Hakikatnya, masyarakat Islam pada zaman dahulu sememangnya dikurniakan kebesaran, kekuatan, kemuliaan, ketinggian dan kedudukan. Hal ini berbeza dengan keadaan masyarakat Islam sejak zaman kejatuhan hingga ke hari ini. Kegemilangan mereka hilang akibat dari beberapa punca yang datang dari diri mereka sendiri.
38

Sikap masyarakat Islam kini dengan sendirinya membuatkan orang ramai berfikir bahawa adakah Allah S.W.T yang salah atau mereka sendiri yang silap. Hal ini demikian kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam kitab suci-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengubah apa-apa keadaan yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri (telah) mengubah keadaan yang ada pada diri (jiwa hati) mereka itu... Surah Al-Radu : 12 Dengan terteranya ayat ini dalam al-Quran, telah terbuktilah kepada semua bahawa kita sebagai manusialah yang sebenarnya salah. Masyarakat hari ini telah mengubah konsep beriman yang sebenar menurut ajaran Islam kepada pemahaman yang bercanggah dari landasan yang sebenar. Selain itu, masyarakat juga gagal menyesuaikan diri dan peribadi mereka mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sesuai dengan peredaran masa dan zaman. Oleh sebab itu, maka Allah S.W.T telah melakukan perubahan mengikut kehendak-Nya terhadap diri kita sepertimana yang telah tercatat dalam ayat al-Quran. Apabila Allah S.W.T ingin melakukan sesuatu, maka tidak ada sebarang makhluk yang dapat menghalang setiap kehendakNya. Pernyataan ini terbukti melalui potongan ayat al-Quran yan bermaksud: Dan apabila Allah Taala telah berkehendak menghukum sesuatu kaum dengan bencana yang menimpa mereka (disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri), maka tidaklah ada sesuatu yang akan menolak atau mencegahnya, dan kaum tersebut juga, tidak ada sesiapa lagi yang akan menolong mempertahankan mereka selain daripada Dia. Surah Al-Radu : 12 Demikianlah bahawa, tanpa kita sedari, Allah S.W.T telah mengubah situasi kita secara perlahan-lahan daripada kedudukan yang tinggi hingga akhirnya kita jatuh. Allah S.W.T menukarkan keadaan kita daripada sebuah masyarakat yang kuat kepada masyarakat yang lemah, daripada status tuan kepada hamba suruhan, mulia kepada hina dan daripada mempunyai kebesaran serta kedudukan kepada tidak memiliki apa-apa dalam arus kemodenan dunia hari ini.

39

Di akhirat nanti, kita juga tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan kita seandainya kita tidak kembali pada pegangan yang lurus dan benar. 2 Iman Yang Tipis, Lemah Dan Kosong Apakah erti beriman? Adakah hanya sekadar percaya di dalam hati terhadap ajaran yang datang dari Allah S.W.T dan Rasul-Nya tanpa mengamalkannya? Seandainya terdapat doktor pakar yang menasihatkan agar kita mengambil ubat yang disarankan olehnya untuk menjamin kesihatan yang baik, atau kita dimaklumkan olehnya bahawa kita akan dihinggapi penyakit kronik sekiranya mengamalkan pemakanan yang tidak sihat serta melakukan perkara-perkara yang ditegah, kita sebenarnya yakin dan percaya dengan apa yang telah diperkatakan oleh doktor pakar tersebut. Namun kita hanya sekadar percaya sahaja sedangkan hakikatnya kita langsung tidak melakukan seperti apa yang telah dinasihatkan kepada kita sebelum ini. Adakah sekadar mempercayai dan yakin dengan kata-kata doktor tanpa melakukan seperti yang dinasihatkan olehnya dapat membantu menjamin kesihatan yang baik kepada kita? Adakah kepercayaan tersebut benar dan sempurna serta mengandungi faedah terhadap kita sebagai manusia? Adakah iman junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan tokoh-tokoh Islam yang lain juga sama seperti konsep percaya pada zaman sekarang? Beriman juga boleh didefinisikan sebagai beramal. Beramal dalam konteks ini membawa maksud bekerja serta berjuang dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Percaya iaitu yang tidak diamal atau tidak dibuat ialah membawa maksud tidak cukup percaya. Buktinya kepercayaan melambangkan perbuatan yang dilakukan oleh kita. Dimana, ia bermula dengan niat seseorang dan akan keluar menjadi perbuatan yang akan dilakukan oleh seseorang itu melalui tindak balas didalam hati. Beriman atau percaya pula mesti diamal berserta dengan kehendak iman. Dalam alQuran sendiri telah menyatakan menerusi perkataan amanu mesti diasingkan dengan perkataan wa amilu l-salihat yang membawa maksud mengerjakan amal yang baik dan amal yang baik itu termasuklah dalam usaha untuk menjauhi kejahatan.
40

Orang yang beriman tentunya percaya segala ajaran yang dibawa oleh agama islam itu sendiri iaitu hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan serta kejahatan. Dimana dapat dilihat melalui perkara-perkara ghaib serta benda yang nyata. Mereka yang beriman ini biasanya akan mengamalkan ajaran - ajaran yang diimankannya itu supaya membaiki dirinya, budi perangainya, Hal - ehwal kehidupannya, dan harapan - harapan didunia serta diakhirat. Mereka yang beriman percaya segala kebaikan serta keburukan yang dilakukan itu akan mendapat balasannya yang tersendiri. Seperti mana yang disebut dalam beberapa buah hadis. Orang beriman yang mengerjakan atau melaksanakan segala perintah oleh Allah s.w.t ini di panggil sebagai al-muttaqin seperti yang disebut didalam al Quran iaitu menerusi surah yang kedua ( al - Baqarah) : Ertinya: kitab itu (Quran) tidak ada syak lagi padanya: petunjuk bagi orang muttaqin. Iaitu orang yang beriman dengan perkara - perkara ghaib ( Allah, malaikat, dan segala hal ehwal alam rohani ), serta yang mendirikan sembahyang, bermurah hati melaksanakan kebajikan kepada masyarakat ( harta benda, kekuatan badan, akal

fikiran, ilmu pengetahuan, dan lain-lainnya ). Dan mereka yang beriman kepada ajaran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w serta darinya dan percaya kepada kewujudan dunia akhirat. Mereka itulah yang akan memperoleh kejayaaan. 3 Wajib Membetulkan Kesalahan dan Membaharui Pemahaman Kebesaran, kekuatan, ketinggian dan kemuliaan yang sebenar bagi seseorang atau sesuatu umat itu bila - bila masa pun sentiasa bergantung atau berasas kepada amalan dalam mengejarkan kebajikan serta menjauhi kejahatan. Amalan tersebut haruslah dijadikan sebagai latihan kepada diri kita agar dapat membaiki sifat atau perangai dan segala kekurangan yang ada pada diri masing-masing untuk diri sendiri ataupun untuk diri orang lain. Bagi umat islam yang melaksanakan segala suruha yang diperintah oleh Allah s.w.t, mereka akan dijanjikan oleh Allah dengan diberikan kekhalifan atau kekuasaan dan kebesaran dimuka bumi ini. Contohnya, seperti erti ayat dibawah:

41

Ertinya, Allah Taala telah menjanjikan kepada sekalian umat yang beriman serta yang beramal kebajikan kepadanya akan dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini seperti mana mereka yang terdahulu. Disini, mereka akan menjadi pemimpin serta akan menhakimi segala suruhan yang diperintah oleh Nya itu serta tidak akan bersekutu. Renungkanlah, syarat syarat yang telah dikemukan ini sebenarnya sudah diguna pakai sejak beratus tahun lagi dan masih diguna pakai lagi sehingga ke hari ini. Seorang failasuf dan pembangun kesedaran umat islam yang terbesar pada zaman ini iaitu Jamaluddin al al Afghani ( telah meninggal dunia di Istabul pada 1897 ) telah berkata bahawa orang kristian akan lebih maju berbanding orang islam apabila menjelang dunia akhir zaman. Beliau menegaskan lagi kemajuan tersebut berlaku disebabkan oleh masyarakat itu sendiri, iaitu masyarakat kristian akan mula meninggalkan kitab injil serta ajarannya untuk mengejar kemajuan, hal ini turut terjadi kepada masyarakat islam, mereka juga akan turut sama meninggalkan kitab suci al - Quran dan ajarannya. Apa yang diutarakan ini memang benar pun, jika dihuraikan kebenarannya nescaya akan menjadi kitab yang besar. Kesimpulannya, dapat kita nyatakan orang islam terdahulu telah memberi teladan yang terbaik untuk diikuti oleh kita semua pada masa kini, tetapi kerana mengejar kemajuan masyarakat hari ini tidak melihatnya sebagai contoh. Oleh sebab itulah dapat kita nyatakan masyarakat hari ini sudah jatuh . Sekiranya ingin bangkit kembali kita haruslah bersama-sama beramal dan berjuang. Bermula pada hari ini dan kita juga harus ambil mana yang penting dan yang menjadi kehendak zaman iaitu dengan menimbangkan perubahan - perubahan hal ehwal dalam kehidupan manusia. Oleh itu, tanda-tanda kebolehan dan persediaan bagi menghadapi segala macam jenis perubahan dalam perjalanan kemajuan dunia dan manusia pada lain-lain masa dan zaman dan juga keadaannya memang sedia ada di dalam Quran untuk membuat apa-apa penyesuaian yang perlu itu. Firman Tuhan: ertinya, Tidak ada sesuatu apa pun yang Kami telah tinggalkan tidak diberi peruntukkan dalam kitab itu...iaitu semua perkara dibuat persediaan baginya di dalam kitab Quran itu.

42

Firman-Nya lagi: ertinya, Dan telah Kami turunkan kepada engkau kitab Quran itu adalah sebagai penerangan yang lengkap kepada tiap-tiap sesuatu dan sebagai petunjuk dan pengasihanan serta khabar gembira kepada orang-orang yang menyerah diri kepada Tuhan (orang Islam). Oleh itu,dapat kita lihat persediaan dan keupayaan agama Islam dalam menghadapi perubahan-perubahan masa menurut apa yang diperkatakan oleh Tuhan dalam kitab-Nya. 4 Bertaubat Dan Kembali Ke Pangkal Jalan Oleh itu, dalam kedudukan umat Islam seperti yang dapat kita lihat dalam abad-abad yang terakhir ini hingga sekarang timbullah soal balik ke pangkal jalan bagi membetulkan kesalahan dan kesilapan yang diperkatakan itu,dan juga supaya dapat memperbaharui manamana yang ingin diperbaharui.Bidal Melayu ada berkata kalau sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.Dalam erti kata agama Islam balik ke pangkal jalan itu adalah taubat,iaitu yang disebut oleh orang Melayu Tobatdan pengertiannya pada fahaman Melayu masih hampir sama seperti asalnya. Orang Melayu memahami tobat atau bertobat itu mempunyai dua pengertian,iaitu (i) mengaku bersalah kepada Tuhan dan memohon keampunan ke hadrat-Nya; (2) bertekad dan berazam di dalam hati untuk tidak mengulangi lagi perbuatan salah itu. taubat dalam bahasa Quran (Arab) bermakna kembali pada asalnya.:(1) berpaling semula ke tempat yang dibelakangkan (iaitu boleh dilakukan oleh manusia kepada Allah dan juga oleh Allah kepada manusia; (2) balik semula ke pangkal jalan atau ke tempat yang kita tersimpang dari jalan asal yang ingin diikut; (3) berbalik dari jalan yang menyimpang kepada jalan lurus.Oleh itu,daripada situ terciptalah maknanya yang dapat difahami dalam bahasa Arab sekarang ,iaitu (4) kembali kepada Tuhan dan mengaku bersalah kepada-Nya dan menyatakan penyesalan dengan bersungguh-sungguh di atas kesilapan yang telah dilakukan serta memohon ampun ke hadratNya dengan segala tulus ikhlas,dan bersubgguh-sungguh ,sambil mengikrakan janji di dalam hati untuk tidak mengulanginya lagi.Permohonan ampun itu disebut istighfar.

43

Tuhan sentiasa menyukai orang yang taubat-iaitu orang yang berpaling kembali kepadaNya,yang menyesali akan dosanya serta memohon limpah keampunan-Nya.Ia sentiasa menyuruh orang bertaubat; dan apabila orang berpaling kembali kepada-Nya dengan itu, Ia akan lebih-lebih berkali ganda lagi berpaling kepada orang itu dan menerima-Nya kembali. Berhubung dengan firman-Nya: ertinya, Bahawasanya Allah Taala kasih akan orang-orang yang kuat bertaubat kepada-Nya dan kasih akan orang-orang yang membersihkan diri daripada kotor dan kesalahan. Dan firman-Nya lagi : ertinya, Dan berpalinglah (bertaubatlah) kamu sekalian kepada Allah bersama-sama,hai orang orang yang beriman ,supaya kamu beroleh kejayaan Firman Allah yang bermaksud, Oleh itu bertaubatlah kamu semua kepada Tuhan kamu (yang menjadikan kamu daripada tiada kepada ada) dengan rasa menyesal kepada kesalahan kamu dan hapuskanlah nafsu-nafsu dirimu yang bersalah itu. Perbuatan tersebut adalah yang sebaik-baiknya bagi kamu disisi Tuhan yang menjadikan kamu dan Dia akan kembali mengasihani kepadamu kerana sesungguhnya bahawa Tuhan itu Maha Pengampun kepada orang-orang yang bertaubat kepadaNya serta lagi Maha Mengasihani. Surah Al-Baqarah : 54 Firman-Nya lagi yang bermaksud, Oleh itu, jika kamu bertaubat kepada Allah maka itu adalah yang sebaik-baiknya bagi kamu tetapi jika kamu enggan bertaubat kepadaNya maka ketahuilah bahawa kamu tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah atau melepaskan diri daripada Allah dan sampaikanlah wahai Muhammad kepada orang-orang yang tidak beriman tentang balasan seksa yang amat sakit (menanti mereka). Surah Al-Taubah : 3

44

Selain itu, firman-Nya juga bermaksud, Dan jika mereka bertaubat (bertaubat kepada Allah dengan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan dan berazam untuk tidak lagi mengulanginya), maka adalah baik untuk mereka tetapi jika mereka ingkar daripadaNya nescaya Allah akan menghukum mereka dengan seksaan yang amat sakit di dunia mahupun di akhirat nanti dan tidak akan terdapat sesiapa pun di dunia ini yang dapat melindungi dan menolong mereka pada ketika itu. Surah Al-Taubah : 74 Kesimpulannya bahawa adalah sangat penting dan baiknya taubat yang sebenar-benarnya seperti yang dikehendaki untuk membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan. Jadi, sepertimana perlunya bertaubat untuk menghapuskan dosa dan juga dijadikan bekalan di hari akhirat maka, begitulah juga pentingnya untuk bertaubat bagi menghapuskan dosa di atas setiap kesalahan yang dilakukan semasa nyawa di kandung badan di dunia ini. Malah, di dalam maksud satu ayat yang dikemukakan tadi iaitu dalam surah Al-Taubah ayat 74 telah jelas bahawa balasan penyeksaan dan penderitaan itu bukanlah hanya diberikan hari akhirat sahaja, tetapi juga di dalam kehidupan dunia ini.

EDITOR : Profesor Madya Dato Paduka Dr Mohd Rosli Saludin

45

Anda mungkin juga menyukai