Anda di halaman 1dari 64

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

TOPIK 8

Gerakan Planet Dan Satelit

Sinopsis Planet bergerak di sekelilingi matahari dan satelit (semulajadi atau buatan manusia) bergerak disekelilingi planet. Gerakan jasad-jasad semawi dalam orbit masing-masing adalah tertakluk kepada daya-daya yang bertindak di antara jasad-jasad tersebut. Dalam bahagian ini, anda akan mengkaji gerakan jasadjasad semawi melalui hukum-hukum Kepler untuk menerangkan kejadiankejadian yang berlaku disekeling anda akibat pergerakan-pergerakan tersebut. Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. Menerangkan hukum-hukum Kepler Membincangkan medan graviti dan hukum kegravitian semesta Newton Menunjukkan pergerakan planet dan satelit Membincangkan berat dan tanpa berat

Gambaran Keseluruhan

Rajah 8.1 Gambarajah Keseluruhan Isi Kandungan 8.1 Hukum-hukum Kepler Planet-planet mengelilingi matahari adalah dalam gerakan berbentuk elips dengan matahari sebagai satu fokusnya. Paksi putaran hampir kesemua planet dan satelit adalah berserenjang dengan satah ecliptic. Hampir semua planet bergerak dalam arah yang sama. Pada tahun Johannes Kepler mencadangkan tiga hukum untuk gerakan planet . 20

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Rajah 8.2 Orbit planet mengelilingi matahari Hukum-hukum Kepler Hukum Kepler Pertama (1609) Orbit planet mengelilingi satu bintang adalah elips dengan bintang pada satu fokus.

bintang

Hukum Kepler ke 2 (1609):

Planet

Matahari Paling pantas Jarak Perihelion Paling perlahan Jarak Aphelion

Pusat

Rajah 8.3 Hukum Kepler kedua 21

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Menyatakan bahawa satu garisan yang menyambung satu planet dan bintangnya mencangkupi kawasan yang sama dalam sela masa yang sama. Apabila planet beredar di dalam orbit elipsnya, jaraknya daripada matahari akan berubah-ubah. Luas yang sama dilalui pada sebarang tempoh masa kerana jarak daripada planet ke bintang yang di orbitnya berubah. Supaya ia dapat mencakupi luas yang sama, halaju planet sentiasa berubahubah, dan lajunya bertambah atau berkurang mengikut kedudukannya daripada matahari. Oleh itu, planet bergerak paling pantas semasa di kawasan perihelion dan paling perlahan di kawasan aphelion (Hukum keabadian momentum sudut).

Berhampiran peihelion, dalam 30 hari sebuah planet mengcakumi satu luas yang pendek tapi lebar

Berhampiran aphelion, dalam 30 hari sebuah planet mengcakumi satu luas yang panjang tapi sempit

Rajah 8.4 Luas yang dicakupi dalam tempoh 30 hari adalah sama

22

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Hukum Kepler Ketiga (1618) Hukum ini menyatakan nisbah kuasa dua tempoh sebarang 2 planet yang beredar mengelilingi matahari adalah sama dengan nisbah kuasa tiga jarak purata mereka daripada matahari. Kuasa dua tempoh 2 planet mengeliingi matahari berkadar dengan kuasa tiga jarak purata dari matahari Maka Jika 2 planet mempunyai tempoh Ta and Tb dan jarak purata ra and rb Tp2 ~ a3 ................(i)

Ta ra T = b rb ..............................(ii)

di mana T = tempoh perbintangan objek dalam tahun a = paksi semi major objek (dalam AU) Persamaan (i) menunjukkan kuasadua tempoh perbintangan (sidereal period) planet yang mengorbit, Tp adalah berkadaran dengan kuasatiga paksi semimajor orbit, a Oleh itu, bukan sahaja panjang orbit meningkat dengan jarak, laju orbit juga berkurang, supaya peningkatan tempoh perbintangan adalah lebih daripada berkadaran. 8.2 Kegravitian semesta Newton meramalkan bahawa daya yang menarik dua jasad semawi (contohnya planet dan matahari) adalah sama dengan daya yang menarik objek ke bumi.
M m

Sekiranya dua jasad dipisahkan dengan jarak R, daya graviti F yang bertindak antara dua jasad berjisim M dan m, dan yang dipisahkan oleh jarak R adalah

di mana: G adalah pemalar graviti (G = 6.67 x 10-11 m3/kg s2) Hubungan d antara F, G, M, m dan R2 dinamakan Hukum Kegravitian Semesta 23

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

8.3 Menggunakan hukum kegravitian semesta Newton (1) Daripada Hukum Kegravitian Semesta Newton dan Hukum Kepler kita boleh mencari perkaitan antara halaju jasad v, jisim M dan jejari R jasad tersebut Hukum kegravitian semesta Hukum Newton Jika F1 = F2, maka ..(i) Ini menunjukkan bahawa bagi gerakan jasad dalam suatu orbit, halaju jasad v akan bertambah apabila jejari orbit R adalah kecil. (2) Daripada Hukum Kepler ketiga Hukum Kepler Ketiga Tetapi k = malar = Maka

8.4 Gerakan planet dan satelit Satelit adalah mana-mana objek yang mengorbit bumi, matahari dan mana-mana jasad semawi. Ia boleh dikategorikan sebagai satelit semulajadi atau satelit buatan manusia. Contoh satelit semulajadi adalah bulan, planet dan komet, sementara satelit buatan manusia adalah seperti yang dilancarkan ke angkasa lepas bagi tujuan komunikasi, kajian saintifik, kaji cuaca dan sebagainya. Satelit kadangkala mengorbit dalam laluan yang dipanggil elips . Dalam kes sebegini jasad utama terletak di pusat elips.

Kejadian siang dan malam 24

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Daripada pergerakan planet-planet mengelilingi matahari, fikirkan bagaimana siang dan malam.

matahari terbit

Bumi

matahari jatuh

ufuk matahari TIMUR (matahari terbit) matahari BARAT (matahari jatuh)

Gerakan ketara satu daripada bintang petang-pagi

Rajah 8.5 Gerakan ketara planet-planet yang orbitnya lebih besar daripada bumi gerakan songsangan (retrograde motion)
Latarbelakang bintang Timur Barat

Marikh

Bumi Matahari

Rajah 8.6 Gerakan ketara planet yang orbitnya lebih besar daripada orbit bumi

Kadangkala satu objek di langit kelihatan bergerak ke belakang dibandingkan dengan pergerakan system. Ia di katakan dalam keadaan gerakan sonsangan (retrograde motion). Satu contoh yang paling lazim adalah dalam system suria di 25

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

mana planet Marikh bergerak secara ketara ke barat (biasanya ke timur) pada kedudukan 3-5 pada rajah di atas. Hal ini berlaku kerana Marikh mempunyai orbit yang lebih besar daripada bumi, maka bergerak lebih perlahan pada orbitnya. Kedua-dua planet sedang bergerak ke timur, tetapi oleh kerana bumi bergerak lebih laju pada orbitnya, pada satu kedudukan ia kelihatan seperti memotong Marikh. Jika berlatarbelakangkan bintang, Marikh akan kelihatan semakin perlahan, kemudian pegun dan kemudian bergerak pada arah bertentangan. Hal ini akan berlaku selama beberapa bulan sehingga ia kembali kepada pergerakan asalnya ke timur (kedudukan 6-7). 8.5 Berat dan tanpa berat Tanpa berat adalah satu sensasi yang dialami oleh sesorang individu bila tiada objek menyentuh, menolak atau menariknya. Tiada daya-daya sentuhan yang bertindak kekatasnya. Contohnya adalah bila anda jatuh bebas, satu-satu daya yang bertindak ke atas anda adalah graviti (daya bukan sentuhan) Daya graviti tidak boleh dirasai, maka anda akan merasa seakan-akan kehilangan berat. Contoh lain adalah apabila anda berada di taman-taman tema. Sekiranya anda menaiki roller coaster dan tiba-tiba rasa terangkat daripada tempat duduk anda, ini menunjukkan tiada sentuhan berlaku antara anda dan kerusi, kerana tidak ada daya normal bertindak ke atas anda. Satu-satu daya yang bertindak ke atas anda adalah daya graviti. Dalam hal ini, anda akan berasa kehilangan berat. Oleh itu, jika berat merujuk kepada daya tarikan graviti ke bumi, maka kehilangan berat pula bermaksud sesorang itu masih menerima daya tarikan graviti bumi, bukan hilang beratnya. Angkasawan biasanya mengalami sensasi tanpa berat di angkasa lepas. Graviti sifar selalu digunakan sebagai sinonim tanpa berat, tanpa berat dalam orbit bukan graviti yang disingkir atau berkurang dengan nyata. 8.6 Medan graviti Medan graviti adalah model yang digunakan dalam bidang fizik untuk menerangkan bagaimana graviti wujud di alam semesta. Mengikut konsep asal, graviti adalah daya antara titik jisim jisim. Dari F = ma, daya graviti daya graviti, Fg = mg

26

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Maka medan graviti, g Dari rumus,

= Maka medan graviti, g

Persamaan menunjukkan bahawa medan graviti, g semakin berkurang apabila jarak titik daripada jisim, R semakin jauh.

8.7 Contoh soalan dan latihan 1. Galileo menjumpai 4 bulan Jupiter. Io, yang diukurnya adalah 4.2 unit daripada pusat, mempunyai tempoh 1.8 hari. Dia mengukur jejari orbit Ganymede sebagai 10.7 unit. Gunakan Hukum Kepler yang ke 3 untuk mencari tempoh Ganymede. 2. Matahari mempunyai jisim 2x1030 kg, dan berjarak 1.5x108 km, manakala jisim Bulan adalah 7.35x1022 kg, dan 3.8x105 km jauhnya. Yang manakah menghasilkan pengaruh graviti yang lebih kuat ke atas bumi? A. Matahari B. Bulan C. Mereka adalah lebih kurang sama. D. Tidak berkenaan

3. Bulan Jupiter yang keempat, Callisto, mempunyai tempoh 16.7 hari. Cari jarak daripada Jupiter menggunakan unit yang sama digunakan Galileo 4. Satu satelit berjarak 225 km daripada permukaan bumi. Apakah halaju orbitnya? (radius of Earth, RE = 6.37 x 106 m, mass of Earth, ME = 5.98 x 1024 kg, G = 6.67 x 10-11 N-m2/kg2 5. Jika Bumi dua kali lebih besar tetapi sama saiz, apa akan jadi kepada g? 8.8 Rujukan http://www.physicsclassroom.com/Class/circles/u6l4d.cfm

TOPIK 9

Fizik Dalam Muzik


27

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Sinopsis Bunyi ada disekeliling kita. Dalam bahagian ini, anda akan dapat membezakan bunyi melalui keamatan dan frekuensinya yang membezakan bunyi dari segi kekuatan dan kenyaringannya. Selain itu, anda juga dapat mengkaji fenomena resonans dan kejadian-kejadian yang berlaku akibatnya. Perbezaan kualiti bunyi oleh alat-alat muzik yang berbeza juga akan dibincangkan. Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. Menerangkan bagaimana bunyi dihasilkan Mengaitkan keamatan bunyi dengan kekuatannya Mengaitkan frekuensi dengan kenyaringan Membincangkan bagaimana konsep gelombang bunyi dan resonans digunakan untuk menerangkan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh alatalat muzik yang berbeza.

Rajah 9.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan Isi kandungan 9.1 Bunyi dan gelombang membujur Gelombang bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui pepejal, cecair dan gas. Maka gelombang bunyi dirujuk sebagai gelombang membujur kerana molekul-molekul udara (zarah-zarah medium) bergerak dalam arah yang selari dengan arah gerakan gelombang. Hasil getaran membujur seperti itu adalah disebabkan oleh mampatan dan regangan udara. Tenaga dipindahkan oleh getaran molekul-molekul udara dalam siri mampatan dan rengangan udara. Gelombang bunyi memerlukan medium tertentu untuk 28

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

ianya bergerak. Oleh itu gelombang bunyi tidak dapat merambat dalam keadaan vakum. Gerakan perambatan molekul-molekul udara ini menghasilkan gelombang dengan halaju v, panjang gelombang l dan frekuensi gelombang di mana v = f 9.2 Keamatan dan kenyaringan Bunyi adalah gelombang yang mempunyai amplitud, atau tinggi. Amplitud pengukuran tenaga gelombang, lebih besar tenaga gelombang lebih tinggi amplitudnya. Bila amplitud meningkat, keamatan bunyi juga meningkat. Keamatan adalah amaun tenaga yang dipunyai bunyi dalam satu ruang. Bunyi mempunyai keamatan yang tinggi dalam kawasan yang lebih kecil.Oleh itu, bunyi yang mempunyai keamatan yang tinggi adalah lebih kuat. Membesarkan amplitud bunyi, membuat ia nyaring. Mengecilkan amplitud, bunyi akan menjadi perlahan

Teka nan

Kawasan mampatandan regangan

Rajah 9.2 Kawasan mampatan dan regangan gelombang bunyi Amplitud gelombang berkait dengan jumlah tenaga yang dibawanya. Gelombang dgn amplitud yang tinggi membawa jumlah tenaga yang besar. Gelombang dengan amplitud yang kecil membawa jumlah tenaga yang kecil. Bunyi dengan keamatan yang tinggi adalah lebih nyaring. Keamatan bunyi relatif diberi dalam unit bel (B). Skala keamatan yang lebih kecil didapati dengan menggunakan unit yang lebih kecil, decibels (dB).

Bunyi dan nilai desibel 29

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Punca bunyi Boeing 747 Siren Pertahanan Awam Tukulan penukul Konsert rock Pengetam rumput Motorsikal Penyedut hampagas Perbualan Lampu isyarat Bunyi hingar Bisikan 9.3 Frekuensi dan kelangsingan

Desibel 140 130 120 110 100 90 70 60 50 40 30

Langsing membezakan antara bunyi yang rendah dan tinggi. Bila seorang penyanyi menyanyi dengan not yang berlainan, kita boleh mendengar perbezaan antara dua bunyi itu kerana kelangsingannya adalah berbeza.

Rajah 9.3 Kawasan mampatan dan regangan tala bunyi Frekuensi adalah bilangan gelombang dalam satu unit masa di mana satu jarak gelombang adalah satu mampatan dan satu regangan. Apabila seorang penyanyi menyanyi dengan not yang sama, kita dengar lagu itu berbeza kerana frekuensinya berlainan. Unit frekuensi adalah hertz. Satu hertz adalah bilangan kitaran satu mampatan dan satu regangan dalam satu saat. Bunyi tinggi mempunyai frekuensi tinggi sementara bunyi rendah mempunyai frekuensi rendah. Contohnya, petir mempunyai frekuensi 50 hertz, sementara wisel mempunyai frekuensi 1,000 hertz. 30

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Hanya gelombang bunyi antara 20 Hz to 20 kHz memulakan impuls saraf yang diterjemahkan oleh otak manusia sebagai bunyi. Jika f lebih rendah daripada 20 Hz adalah dalam kawasan infrasonik (e.g gelombang yang hasilkan oleh gempa bumi, angin dan pola angin) di mana beberapa sesetengah binatang seperti gajah dan lembu boleh mendengar dan memberi amaran awal tentang gangguan cuaca contohnya Bunyi yang lebih daripada 20 kHz adalah kawasan gelombang ultrasonic. Gelombang ultrasonik boleh dikesan oleh binatang-binatang seperti anjing (melebihi 45 kHz, kucing 70 kHz, kelawar 100kHz) 9.4 Resonan Apabila satu alat muzik dipetik atau dipalu; ia akan bergetar. Tenaga akan dipindahkan kepada alat itu dan ia akan bergetar dengan satu frekuensi yang dipanggil frekuensi aslinya. Satu objek yang bergetar dengan frekuensi aslinya boleh memaksa objek kedua yang mempunyai frekuensi asli yang sama untuk bergetar sama. Keadaan ini dinamakan resonans.

Tacoma Narrows Bridge di Washington

(i) Gelas yang pecah

(ii) Jambatan runtuh Rajah 9.4 Fenomena resonans

Sebuah gelas mempunyai frekuensi asli yang mana ianya bergetar. Seorang penyanyi boleh memecahkan gelas tersebut dengan menyanyi dengan not yang sama frekuensi. Frekuensi yang sama ini menyebabkan tenaga dipindahkan daripada bunyi ke gelas sehingga getaran sangat kuat lalu ia pecah. Ini dinamakan resonans.

31

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Jambatan ini direka bentuk dengan satu frekuensi asli yang sama dengan frekuensi yang dihasilkan oleh bunyi yang melaluinya. Hasilnya, setiap kali angin bertiup, jambatan itu akan mula berguling dan berayun, menghasilkan resonan yang tidak dapat dikawal disebabkan frekuensi asli ini. Dua bulan selepas pembinaan pada akhir tahun 1940's, gerakan ini menyebabkan jambatan runtuh dengan dramatik sekali. 9.5 Mengesan gelombang tekanan Bunyi sebagai gelombang tekanan

T e k a n a n

Masa

C: mampatan

R: regangan

Rajah 9.5 Oleh kerana gelombang bunyi terdiri daripada pengulangan pola tekanan tinggi dan tekana rendah yang bergerak melalui medium, ia kadang kala dikenali juga sebagai gelombang tekanan. Jika pengesan, (telinga manusia atau alat ciptaan manusia) digunakan untuk mengesan gelombang bunyi, ia boleh mengesan peruabahan dalam gelombang tekanan apabila bunyi memberi kesan terhadap alat pengesan. Bila gelombang tekanan sampai ke telinga, satu siri kawasan tekanan tinggi dan rendah memberi kesan kepada gegendang telinga Ketibaan berterusan kawasan tekanan tinggi dan rendah menyebabkan gegendang telinga kepada gerakan getaran Tekanan bunyi boleh diukur menggunakan mikrofon di udara dan hydrofon di air. Unit SI untuk tekanan bunyi adalah pascal (simbol: Pa).

32

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Rajah 9.6 Hydrofon dan Mikrofon 9.6 Kualiti bunyi Bunyi mempunyai kualiti yang membenarkan telinga untuk mengenal pasti bunyi bunyi-bunyi yang mempunyai nada, kekuatan dan frekuensi yang berlainan. Alatalat muzik yang berlainan mempunyai kualiti bunyi yang berlainan.

Rajah 9.8

Kualiti bunyi pelbagai alat muzik

33

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

9.7 Menghasilkan muzik Alat-alat muzik menghasilkan bunyi dalam berbagai cara, namum setiap alat musik menggunakan beberapa ciri-ciri asas bunyi. Fizik kepada muzik mengkaji bagaimana bunyi yang menarik dan sedap boleh dihasilkan oleh aktiviti bertali, instrumen turus udara and alat genderang (percussion). Muzik boleh dihasilkan hanya dengan kita meniup tabung uji yang mempunyai turus-tururs udara yang berlainan panjang

Rajah 9.9

Menghasilkan alat muzik

injap

jubir

Rajah 9.10 Alat-alat muzik bertali dan berjubir Alat muzik bertali, contohnya biola mempunyai empat tali. Setiap tali ditala kepada not-not berlainan. Ia dimain samada menggunakan busur atau dipetik menggunakan jari. Alat muzik yang ditiup melalui jubir (mouthpiece) membolehkan pemuzik menekan injap-injap untuk mengubah panjang turus udara, lalu menghasilkan not-not berlainan.

34

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Perbezaan muzik dan bunyi bising Bunyi mempunyai nada (pitch) yang boleh dikenalpasti, tone yang sedap, pola yang berulang-ulang (lihat rajah 9.11A). Bunyi bising tidak mempunyai nada, tone yang tidak enak dan tidak ada ritma (rajah 9.11B)

Muzik

Bunyi bising

Rajah 9.11 Perbandingan kualiti bunyi muzik dan bunyi bising 9.8 Contoh soalan dan latihan 1. 2. 3. 4. Perhatikan kejadian dan terangkan fungsi contoh bagaimana pembesar suara berfungsi? Mengapa panjang tali-tali pada piano berbeza? Mengapa gelas kaca pecah apabila beberapa not muzik dihasilkan? Bagaimanakah musik dan bunyi bising berbeza? 9.9 Rujukan http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/sound/tralon.html http://galileo.phys.virginia.edu/outreach/8thGradeSOL/WavePitchFrm.htm

35

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

TOPIK 10 Sinopsis

TERMOMETRI DAN TERMOMETER

Haba merupakan suatu bentuk tenaga yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia. Ia membekalkan tenaga untuk membuat badan kita panas, memasak makanan serta membolehkan pengeluaran benda-benda yang berguna kepada manusia. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep keseimbangan dan termometri, skala suhu, jenis-jenis termometer serta keseimbangan terma. Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. Menerangkan konsep keseimbangan dan termometri. Membanding beza skala suhu Celcius dan Kelvin. Menukar suhu dari satu skala ke skala yang lain. Memberi contoh jenis-jenis termometer dan membincangkan bagaimana ia digunakan untuk mengukur suhu.

Gambaran Keseluruhan

Rajah 10.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan Isi Kandungan 10.1 Keseimbangan dan termometri

Suhu suatu objek menunjukkan darjah kepanasan objek itu. Haba ialah tenaga yang mengalir dari objek yang lebih panas ke objek yang lebih sejuk. Termometri ialah sains mengukur suhu sistem atau keupayaan sistem untuk memindahkan haba ke satu sistem lain. Kadar pindahan tenaga terma dari satu jasad yang lebih panas ke jasad yang lebih sejuk akan berterusan sehingga kadar pindahan haba menjadi sama rata. 36

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Maka kedua-dua jasad akan mempunyai suhu yang sama. Kedua-dua jasad tersebut dikatakan telah mencapai keseimbangan terma. Buat Nota Untuk lebih memahami keseimbangan terma, sila baca nota-nota dalam laman web berikut: http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm Sila baca juga Physics: Principles and Problems Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy Buat nota ringkas mengenai keseimbangan terma. 10.2 Skala suhu: Celcius dan Kelvin

Rajah 10.2

Perbandingan skala suhu

Rajah 10.3

Takat didih dan takat lebur pelbagai skala suhu

37

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

10.3

Jenis Termometer

Sifat fizikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat termometri bahan itu. Termometer adalah suatu alat pengukur suhu yang dibina dengan berdasarkan sifat termometri yang tertentu misalnya isipadu cecair, tekanan gas, daya gerak elektrik dan rintangan dawai logam. Termometer merkuri merupakan suatu termometer yang dibina dengan berdasarkan sifat isipadu merkuri yang boleh berkembang dengan banyak apabila suhu berubah. Sesuatu termometer yang dibina akan ditentukur dengan berdasarkan takat suhu yang tertentu. Termometer merkuri adalah ditentukur berdasarkan takat suhu didih air(100C) dan takat beku air (0C). Antara dua takat suhu itu, julat antara dua takat itu telah dibahagi kepada 100 bahagian dengan sebahagian bersamaan dengan 1C. Tahukah anda apakah skala suhu SI dan hubungan antara suhu SI itu dengan skala suhu Celsius? Buat Nota

Untuk lebih memahami tentang jenis termometer, skala dan ukuran suhu, sila baca maklumat terkandung dalam laman web berikut: http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm Sila baca juga Physics: Principles and Problems Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy Buat nota ringkas mengenai jenis termometer, skala dan ukuran suhu.

Fikir

Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan tenaga haba. Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh membuat latihan secara interaktif dalam topik tenaga haba http://glencoe.mcgrawhill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter12/interactiv e_tutor.html

38

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Rujukan: http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html (Skala Suhu Celsius) http://www.saburchill.com/physics/chapters/0098.html (Teori Kinetik Jirim) http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm (Takrifan keseimbangan terma, pindahan haba) http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm (Takrifan suhu, skala suhu dan termometri) http://physics.about.com/od/thermodynamics/f/heattransfer.htm (Kaedah pindahan haba) Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw Hill. (Chapter 12 Thermal Energy)

39

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

TOPIK 11
Sinopsis:

CAHAYA

Kita dapat melihat objek kerana cahaya dipantulkan atau dikeluarkan olehnya. Cahaya dikeluarkan oleh objek bersinar, lampu kalimantang, televisyen atau LED. Namun sumber utama cahaya adalah matahari. Cahaya dari matahari bukan sahaja dipantulkan oleh cermin atau kertas putih, tetapi oleh bulan, pokok dan mungkin juga oleh kain yang gelap. Kita melihat objek kerana cahaya bergerak dari objek ke mata kita. Lintasan lurus cahaya yang dipanggil sinar cahaya mewakili lintasan sempit cahaya. Kajian sinar-sinar cahaya ini membolehkan kita mengkaji pantulan dan pembiasan cahaya. Hasil Pembelajaran: 1. Membincangkan pantulan dan cermin 2. Membincangkan pembiasan dan kanta 3. Membincangkan struktur dan prinsip kerja mikroskop dan teleskop Gambaran Keseluruhan

Rajah 11.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

40

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

11.1 Pantulan dan Cermin Hukum Pantulan Pantulan cahaya pada permukaan yang licin adalah seragam, sementara permukaan kasar dan tidak seragam akan mencapah dan berselerak. Dua asas hukum pantulan: - Sudut tuju, i sama dengan sudut biasan, r. - Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal berada pada satah yang sama. Cermin satah Cermin dapat membentuk imej kerana cahaya dari objek yang ditujukan kepadanya dipantulkan balik ke mata kita.

Rajah 11.2 Latihan

Uji kafahaman anda dengan mencuba tutorial interactive pada laman web berikut:

http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09/ch17/ch17_1/index.html

41

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Cermin Melengkung: Terdapat dua jenis cermin melengkung iaitu cermin cekung dan cermin cembung. Apabila sinar cahaya yang selari terkena permukaan cermin cekung, sinar-sinar cahaya akan difokuskan pada satu titik fokus (Rajah 11.3a).

(a) Rajah 11.3

(b) Rajah sinar cermin melengkung

Apabila sinar cahaya yang selari terkena cermin cembung, sinar-sinar cahaya akan dicapahkan (Rajah11.3b) Pusat kelengkungan, C suatu cermin ialah pusat sfera dari mana cermin itu dihasilkan. Jejari kelengkungan, r adalah jarak antara pusat sfera dengan permukaan cermin. Mengumpul Maklumat
Cari maklumat bagaimana melukis rajah sinar untuk pelbagai kedudukan objek dari cermin cekung dan cermin cembung. Nyatakan ciri-ciri imej objek yang dipantulkan. Gunakan link di bawah untuk membantu anda.

http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror Using Light.doc

42

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

11.2 Pembiasan dan Kanta Pembiasan difinisikan sebagai pembengkokan cahaya bila ia melalui satu medium ke medium lain yang mempunyai ketumpatan berbeza.

Rajah 11.4

Fenomena pembiasan cahaya

Indeks biasan, n bagi suatu bahan adalah: n = laju cahaya dalam vakum atau udara, c laju cahaya dalam medium,v n = sin i sin r Nilai indeks biasan adalah berbeza-beza untuk bagi bahan berbeza seperti ditunjukkan dalam Jadual 11.1. Bahan Udara Air Perspeks Kaca Intan Indeks Biasan, n 1.00 1.33 1.49 1.48-1.96 2.42 Jadual 11.1

43

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Kanta cembung dan kanta cekung Sinar-sinar selari akan terbias dan bertumpu ke satu titik yang dipanggil titik fokus.

Rajah 11.5

Rajah sinar kanta cebung

Cahaya selari yang memasuki kanta cekung akan akan terbias dan mencapah keluar selepas melalui kanta cekung.

Rajah 11.6 Rajah sinar kanta cekung Mengumpul Maklumat

Cari maklumat tentang rajah sinar kanta cembung dan kanta cekung pada pelbagai kedudukan objek dan nyatakan ciri-ciri imej pada kedudukankedudukan tersebut. Laman web berikut boleh membantu: http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html

11.3 Mikroskop dan Teleskop 44

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Kanta-kanta boleh digunakan untuk menghasilkan alat-alat optik. Antaranya, mikroskop majmuk dan teleskop astronomi boleh dibina melalui susunan dua kanta cembung yang berlainan kuasa. Rajah sinar mikroskop majmuk

Rajah 11.7 Rajah sinar mikroskop majmuk Rajah sinar teleskop astronomi

Rajah 11.8 Rajah sinar teleskop astronomi Fikir

Fikirkan bagaimana susunan kanta-kanta cembung boleh menghasilkan satu kanta cembung dan kanta cekung. Laman web di bawah mungkin boleh membantu anda:

http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html

Rujukan: 45

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror (Rajah sinar) http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html(kanta) http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html (Mikroskop dan teleskop) http://www.phy.ntnu.edu.tw/ntnujava/index.php?topic=16.0 (Pantulan dan Biasan melalui animasi Gelombang cahaya) Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGrawHill. (Chapter 18 Mirrors and Lenses)

46

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

TOPIK 12 LITAR ELEKTRIK DI RUMAH


Sinopsis: Elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, ia boleh mendatangkan bahaya yang besar jika tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakannya. Terdapat dua jenis litar di dalam pendawaian elektrik di rumah iaitu litar sesiri dan selari. Beberapa alat-alat keselamatan didapati di dalam pendawaian elektrik untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan elektrik. Hasil Pembelajaran: 1. 2. 3. 4. Membincangkan Hukum Ohm. Membina litar-litar sesiri dan selari dan gabungan litar sesiri dan selari. Memerihalkan alat keselamatan yang digunakan dalam litar elektrik. Membincangkan kelebihan dan kekurangan menggunakan litar sesiri dan selari. 5. Menerangkan bagaimana kecerahan berhubungkait dengan sambungan lampu-lampu mentol di dalam litar. Gambaran Keseluruhan

Rajah 12.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

Isi Kandungan 47

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

12.1

Gabungan litar sesiri dan selari

Terdapat dua cara asas untuk menyambung lebih dari dua komponen litar iaitu litar sesiri dan litar selari. Litar sesiri

Rajah 12.2 Litar selari

Susunan sesiri

Rajah 12.3 Susunan selari Gabungan litar sesiri dan litar selari

12.2

Rajah 12.4 Gabungan litar sesiri dan selari Hukum Ohm 48

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Hukum Ohm menyatakan bahawa pada suhu tetap, arus yang melalui konduktor diantara 2 titik adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan (i.e. kejatuhan voltan atau voltan) merentas dua titik. Persamaan matematik yang menerangkan hubungan ini adalah:

Jika 2 kuantiti diketahui, kuantiti yang ke 3 mudah untuk ditentukan. Jika bateri membekalkan voltan 1.5 volt dan lampu mempunyai rintangan 5 ohms, maka arus dalam litar boleh ditentukan. Dengan menggunakan persamaan

Masukkan nilai2: Ampere

Penentuan voltan, arus atau rintangan menggunakan Hukum Ohm

Hukum Ohm

Hukum Ohm dan litar sesiri 49

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Litar Sesiri

Litar sesiri: Voltan = Jumlah semua voltan. Semua komponen berkongsi arus yang sama. Rintangan = Jumlah rintangan Hukum Ohm dan litar selari Litar Selari

Litar selari: Semua komponen berkongsi voltan yang sama Jumlah arus = Kesemua cabang arus Jumlah rintangan = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3+.

Aplikasi Hukum Ohm di dalam litar 50

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Semasa menganalisis sebarang litar kompleks, mula-mula kira rintangan berkesan. Rintangan berkesan beban sesiri adalah hanya menjumlahkan semua rintangan. Berapakah jumlah rintangan berkesan di dalam litar di bawah?

Petunjuk: Mula-mula kira jumlah rintangan selari iaitu 1/RJ = 1/R2 + 1/R3 Kemudian jumlahkan, Rberkesan = R1 + RJ Contoh Dengan menggunakan rajah litar di bawah, kira rintangan berkesan, voltan yang merentasi setiap rintangan dan arus.
Kombinasi litar sesiri dan selari

51

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

12.3

Aplikasi litar

Rajah 12.5 12.4

Gabungan litar sesiri dan selari di dalam komponen elektronik Keselamatan dalam litar

Untuk mengelakkan kerosakan harta dan bahaya dalam kehidupan, litar-litar di dalam rumah dibina dengan ciri-ciri keselamatan. Antara peralatan keselamatan yang terdapat di rumah ialah palam 3 pin, fius, pemutus litar, rod kilat dan palam 3 pin. Kebanyakan peralatan dijual dengan palam yang telah dipasang. Kabel daripada peralatan biasanya mengandungi 3 wayar. Wayar dibuat daripada kuprum yang disalut dengan pelindung plastik.
Neutral Bumi Hidup

Pencengkam kabel

Fius

Rajah 12.6 Palam 3 pin 52

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Pelindung dibuat daripada plastik dan diwarnakan: Wayar hidup perang. Wayar neutral - biru Wayar bumi hijau dan kuning (Pelindung) Wayar hidup dan neutral membawa arus ke litar. Ketiga-tiga wayar dilindung oleh pelindung luar yang dibuat daripada plastik kenapa? Palam 3 pin mempunyai ciri ciri berikut: Pencengkam kabel, untuk mencengkam pelindung luar kabel dan mengelakkan daripada tertarik keluar daripada palam. Ketiga-tiga pin dibuat daripada loyang, Fius Bekas dibuat daripada plastik 12.5 Contoh soalan dan latihan

1. Bagaimana rod kilat melindungi bangunan? 2. Apakah alat2 keselamatan yang digunakan di dalam litar elektrik? 12.6 Rujukan

1. http://www.autoshop101.com/trainmodules/elec_circuits/circ109.html 2. http://www.allaboutcircuits.com/vol_1/chpt_5/1.html 3. http://physics.bu.edu/py106/notes/Circuits.html

53

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

TOPIK 13 Sinopsis:

KEELEKTRIKAN DAN KEELEKTROMAGNETAN

Pelbagai peralatan elektrik di rumah menggunakan kuasa elektrik dan motor. Topik ini memberi pendedahan dan kefahaman tentang daya dan arus dalam medan magnet serta bagaimana prinsip ini digunakan di dalam operasi motor elektrik serta monitor TV. Hasil Pembelajaran: 1. Menerangkan daya ke atas arus di dalam medan magnet. 2. Menerangkan daya ke atas satu zarah bercas. 3. Menerangkan bagaimana operasi motor elektrik dan pertukaran tenaga yang berlaku di dalamnya. 4. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan elektrik. 5. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan motor. 6. Menerangkan bagaimana monitor TV berfungsi. Gambaran Keseluruhan

Rajah 13.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

54

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Isi Kandungan 13.1 Penghasilan daya (F) akibat saling tindakan antara konduktor yang membawa arus (I) dengan medan magnet (B)
Dawai membawa arus, I

Arah Daya, F

Rajah 13.2 Satu dawai yang membawa arus (konduktor) yang diletakkan di antara dua magnet kekal akan bertindak dengan medan magnet untuk menghasilkan daya yang menyebabkan konduktor itu bergerak. Fenomena ini adalah disebabkan : (i) Magnet ada medan magnet (ii) Konduktor pembawa arus mempunyai medan magnet. (iii) Interaksi antara medan magnet dengan medan magnet konduktor berarus menyebabkan dawai mengalami daya mekanikal lalu bergerak. Arah gerakan daya ditentukan menggunakan Hukum Tangan Kiri Fleming. Penentuan arah daya
Daya Ibu Jari Medan Jari Telunjuk

Arus Jari Hantu

Rajah 13.3 Hukum Tangan Kiri Fleming Magnitud daya adalah, F = B I l Sin di mana B = ketumpatan fluks magnet, I = arus yang mengalir melalui konduktor 55

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

l = panjang konduktor di dalam medan = sudut antara medan magnet dan konduktor Bila satu konduktor lurus diletakkan berserenjang (perpendicular) dengan medan yang seragam (uniform field) =90, F = BIl Contoh Pengiraan Suatu arus 8.5 A yang mengalir melalui medan magnet didapati mengenakan daya 275 N. Panjang daya dalam medan magnet adalah 5 cm. Apakah nilai medan magnet itu? F = Bil B Jawapan: 0.647 T Hubungan ini adalah benar selagi arus adalah pada sudut 90 kepada medan magnet. Jika dawai adalah pada sudut lain kepada medan magnet, rumus perlu mengambil kira F = BIl sin 13.2 Motor elektrik

Kegunaan penghasilan daya akibat saling tindakan antara konduktor yang membawa arus dengan medan magnet.

Rajah 13.4 Motor elektrik Kegunaan motor elektrik ialah menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal. Alat-alat elektrik yang menggunakan motor elektrik ialah mesin basuh, mesin pengisar, kipas dan lain-lain lagi. 56

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Prinsip kerja motor elektrik (arus terus)

Rajah 13.5 Prinsip kerja motor elektrik Motor elektrik terdiri daripada satu angker yang terdiri daripada satu angker yang boleh berputar diantara dua kutub magnet yang berlainan. Kedua-dua hujung dawai gegelung disambung kepada komutator yang disentuh dengan berus karbon. Apabila arus dialirkan melalui gegelung, saling tindakan antara medan magnet dari angker membawa arus dengan medan magnet kekal akan berlaku. Medan lastik dihasilkan di dua belah sisi dawai gegelung. Medan lastik ini menghasilkan satu daya putaran untuk memutarkan gegelung itu. Arah daya yang bertindak ke atas angker boleh ditentukan dengan menggunakan peraturan tangan kiri Fleming. Corak medan lastik dapat dilukiskan. Fungsi komutator berbelah dua yang dipasang pada angker adalah untuk melicinkan pertukaran arah arus dalam gegelung setiap separuh putaran supaya gegelung motor itu dapat berputar secara terus. Lazimnya arus yang lebih besar diperlukan untuk memulakan pergerakan motor elektrik. Apabila motor sudah berputar dengan laju seragam, arus yang lebih kecil diperlukan. Ini kerana di dalam keadaan pegun, inersia gegelung motor adalah besar dan daya yang lebih besar diperlukan untuk memulakan putarannya. Semasa gegelung motor berputar dengan laju seragam dalam medan magnet, arus teraruh dihasilkan dan mengalir dalam arah bertentangan dengan arah arus yang berpunca dari bekalan kuasa. Oleh itu, arus yang lebih kecil diperlukan untuk motor berputar dengan laju seragam.

57

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

13.3

Daya atas satu zarah bercas

Jika zarah bercas dianggap sebagai cas titik, medan elektrik ditakrif sebagai daya yang di alami seunit cas: E = F/q di mana F : daya elektrik yang dialami zarah q : cas E : medan elektrik di mana zarah itu berada Ruang sekeliling cas elektrik mempunyai sifat yang dipanggil medan elektrik dan medan elektrik ini mengenakan satu daya ke atas objek lain yang bercas elektrik. Daya ini menyebabkan objek menolak atau menarik bergantung kepada cas yang ada pada objek.

Rajah 13.6 Medan elektrik disekitar cas titik Daya antara zarah-zarah bercas diterangkan menggunakan Hukum Coulomb.

Satu cas pegun dalam medan magnet tidak akan mengalami mana-mana daya. Cas akan mengalami daya jika ia bergerak dalam medan magnet. Daya ini dikenali sebagai daya magnet satu cas yang bergerak. Magnitud daya magnet bergantung kepada: (a) magnitud cas, q (unit Coulomb, C) (b) halaju cas, v (unit m/s2) (c) arah pergerakan cas dalam medan magnet (d) kekuatan medan magnet, B (unit Tesla, T)

58

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Daya pada cas yang bergerak, F = qv B F adalah maksimum bila halaju cas adalah berserenjang (perpendicular) kepada arah medan magnet. Jika cas, q bergerak dalam arah yang yang berserenjang dengan medan kepada B v sin . Maka F = qv B sin Cas titik yang bergerak berserenjang dengan medan magnet selari, B.

Medan Magnet, B

Rajah 13.6 Daya ke atas cas adalah berserenjang kepada kedua-dua arah gerakan cas dan arah medan magnet. Daya yang dialami oleh cas positif mempunyai magnitud F = Bqv Contoh pengiraan Satu elektron di pecutkan ke 6.0 x 106 m/s2 dipesongkan oleh medan magnet yang kekuatannya 0.82 T. Apakah daya yang bertindak ke atas elektron? Adakah daya ini berbeza bagi proton? Jawapan: 7.9 10-13 N

59

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

13.4

Skrin TV

Bagaimanakah monitor TV berfungsi? Gambar terhasil dengan menembak satu bim elektron (zarah bercas) daripada senapang elektron (electron guns) di belakang ke skrin di hadapan. Elektron dengan tenaga yang banyak, memindahkan tenaga itu ke skrin. Tenaga dipindahkan ke titik-titik fosfor di belakang skrin.

Rajah 13.8 Topeng bayang Fosfor adalah bahan yang mengeluarkan tenaga dalam bentuk cahaya, jadi ia bercahaya. Satu topeng logam (metal mask) di belakang skrin mengandungi lubang-lubang dalam kumpulan 3 tiik fosfor. Senapang elektron untuk warna berlainan adalah pada tempat-tempat berlainan, ia menghentam lubang daripada arah-arah yang agak berlainan.

Rajah 13.8 Titik-titik fosfor 60

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Walaupun ketiga-tiganya difokuskan pada lubang yang sama dalam topeng logam, ia akhirnya menghentam tempat-tempat berlainan pada skrin, maka menghasilkan cahaya pada titik-titik fosfor yang berlainan warna. Untuk menuju ke bim, gegelung stering kuprum digunakan untuk menghasilkan medan magnet dalam tiub. Medan menggerakkan bim elektron secara mencancang dan mengufuk. Dengan mengenakan voltan berlainan pada gegelung stering, bim boleh di laraskan pada mana-mana titik di atas skrin. Magnet kekal memesongkan elektron yang lebih ringan supaya ia menghentam skrin. 13.5 Contoh soalan dan latihan

1. Senaraikan alatan-alatan di dalam rumah yang menggunakan tenaga elektrik. 2. Terangkan perubahan tenaga dalam satu motor elektrik? 3. Terangkan bagaimana komutator dan berus beroperasi dalam motor elektrik. 13.6 Rujukan

1. http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/forwir2.html 2. http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/motdc.html 3. http://www.s-cool.co.uk/a-level/physics/forces-in-magnetic-fields/reviseit/forces-on-charged-particles 4. http://www.howstuffworks.com/tv.htm

61

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

TOPIK 14

PENJANAAN DAN PENGHANTARAN ELEKTRIK

Sinopsis Setiap hari, kita menggunakan tenaga elektrik sama ada di rumah atau di tempat kerja. Penggunaan tenaga elektrik telah menjadi suatu kewajipan dalam kehidupan moden. Tahukah anda bagaimana arus elektrik dihasilkan? Bekalan arus elektrik adalah hasil daripada suatu penjana arus elektrik yang besar. Di dalam topik ini anda akan didedahkan kepada Hukum Faraday dan Hukum Lenz yang digunakan dalam penghasilan arus aruhan menggunakan konsep aruhan elektromagnet. Anda juga akan didedahkan dengan fungsi transformer. Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Menerangkan konsep aruhan elektromagnet Menakrifkan Hukum Faraday Mentakrifkan Hukum Lenz Menerang bagaimana arus elekrik boleh dijanakan. Membezakan antara suatu penjana at dan penjana au Menerangkan proses swainduktans Menerangkan tentang fungsi transformer

Gambaran Keseluruhan

Rajah 14.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

62

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Isi Kandungan

14.1

Daya Gerak Elektrik (d.g.e)

Apabila kita mengkaji litar elektrik, kita belajar bahawa pam cas diperlukan untuk menghasilkan aliran arus berterusan. Keupayaan meningkat, atau voltan yang diberi kepada cas melalui pam dipanggil daya elektromotif (electromotive force emf atau daya gerak elektrik d.g.e) yang dijana. Daya gerak elektrik (d.g.e) bukan daya, ia adalah peningkatan voltan dan diukur dengan unit volt. Bila dawai digerakkan melalui medan magnet, daya bertindak ke atas cas-cas dan cas-cas bergerak dalam arah daya. Daya elektromotif (d.g.e) ini juga dinamakan sebagai tenaga elektrik yang dijana. Daya gerak elektrik (d.g.e) bergantung kepada kekuatan medan magnet, B, panjang dawai di dalam medan magnet, l, dan halaju dawai dalam medan, v . Jika B, v, dan arah panjang dawai berserenjang antara satu sama lain, maka:Daya gerak elektrik (d.g.e) = Blv Aruhan Elektromagnet Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) dalam satu konduktor apabila terdapat perubahan fluks magnet dan gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet. Magnitud d.g.e aruhan menurut Hukum Faraday dan arah d.g.e aruhan adalah menurut Hukum Lenz. 14.3 Hukum Faraday Hukum Faraday menyatakan bahawa satu dge akan teraruh dalam satu litar elektrik apabila terdapat perubahan fluks magnet yang berkaitan dengan litar elektrik itu. Magnitud dge aruhan adalah bergantung pada perubahan fluks magnet. Magnitud dge teraruh adalah berkadar langsung dengan kadar perubahan fluks magnet. E = Dimana, E ialah dge teraruh. (Induced emf) dB dt

63

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Arus elektrik boleh menghasilkan medan magnet, dan medan magnet itu boleh menghasilkan daya ke atas cas yang bergerak. Medan magnet boleh menghasilkan arus elektrik. Daripada eksperimen diperhatikan bahawa perubahan medan magnet mengaruhkan dge di dalam konduktor. Memasukkan gegelung dawai melalui magnet akan menjana dge di dalam gegelung.

Rajah 14.2 Alat radas menghasilkan dge Daripada eksperimen diperhatikan bahawa perubahan medan magnet

menjanakan dge di dalam konduktor. Arus elektrik dijana jika ada litar tertutup (e.g., gegelung dawai) di dalam medan magnet yang berubahubah. Medan magnet yang tetap tidak menjana dge. Daya gerak elektrik hanya dijana bila ada medan magnet yang berubah-ubah. Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud dge aruhan :i. Kekuatan magnet Magnet yang lebih kuat akan menghasilkan dge aruhan yang lebih tinggi kerana ketumpatan fluks adalah lebih tinggi. ii. Bilangan lilitan gegelung Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak akan menghasilkan dge aruhan yang lebih tinggi iii. Laju relatif antara gegelung dengan magnet Laju relatif yang lebih tinggi akan menghasilkan dge aruhan yang lebih tinggi kerana kadar perubahan fluks magnet adalah lebih tinggi. Dge adalah sifar apabila magnet pegun dalam gegelung. 64

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

iv. Diameter gegelung Diameter gegelung yang lebih besar akan menghasilkan dge aruhan yang lebih tinggi kerana kadar pemotongan fluks magnet yang lebih tinggi. 14.4 Hukum Lenz

Hukum Lenz menyatakan bahawa arah arus aruhan adalah bergantung kepada arah perubahan fluks magnet. Arus aruhan yang terhasil sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya. Bahan Bacaan

Layari laman web http://physics503.one-school.net/

14.5 Penjanaan Arus Elekrik

Penjanaan merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik dengan banyaknya yang terhasil daripada pemotongan fluks magnet oleh gegelung yang terdapat pada sesebuah penjana. Penjana elektrik adalah alat yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik. Lazimnya terdapat dua jenis penjana iaitu :a) Penjana Arus terus (a.t) adalah arus yang mengalir satu arah sahaja. Arus terus diperoleh daripada sumber seperti sel suria, bateri dan penjanaan arus terus. b) Penjana Arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah arah pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan. Penjanaan arus ulang-alik merupakan sumber bekalan utama di Malaysia.

65

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

14.5.1 Prinsip kerja penjana arus ulang alik

Rajah 14.3 Penjana Arus Ulang alik Suatu penjana arus terus boleh diubahsuai menjadi penjana arus ulang alik jika komutator digantikan dengan dua gelang gelincir yang berasingan. Dua gelang gelincir yang berputar bersama dengan angker dan menyambungkan angker dengan litar luar melalui berus karbon. Mula-mula, angker dalam kedudukan menegak. Tiada perubahan fluks dan tiada arus teraruh. Apabila angker diputarkan, perubahan fluks semakin bertambah sehingga angker berada dalam kedudukan mengufuk. Perubahan fluks menjadi maksimum dan dge teraruh adalah maksimum. Arah arus teraruh ditentukan denagn peraturan tangan kanan Fleming. Apabila angker terus diputarkan, perubahan fluks semakin berkurang sehingga angker berada dalam keadaan menegak, tiada arus teraruh yang dijanakan. Dalam keadaan mengufuk sekali lagi, arus aruhan menjadi maksimum, tetapi arah aliran arus aruhan di litar luar (galvanometer) terbalik. Arus aruhan yang terjana berubah-ubah arah alirannya di litar luar mengikut kedudukan gelung. Arus aruhan ini dikenali sebagai arus ulang alik. Arus adalah positif (+) dalam satu arah dan negatif (-) dalam arah bertentangan. Gelang gelincir memainkan peranan dalam penjanaan arus ulang alik. Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang dijanakan oleh penjanaan arus terus atau arus ulang alik adalah seperti berikut:a. b. c. d. e. Kekuatan magnet Bilangan lilitan dalam angker Meletakkan teras besi dalam angker Laju putaran angker Luas angker 66

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

14.6

Swainduktans (Saling Aruhan)

Bila gelung primer disambung ke sumber voltan arus ulang alik, arus yang berubah-ubah akan menghasilkan medan magnet yang berubah-ubah. Medan magnet yang berubah-ubah ini dibawa melalui teras ke gelung sekunder. Dalam gelung sekunder, medan aruhan yang berubah-ubah mengaruhkan dge yang berubah-ubah. Kesan ini dikenali sebagai saling aruhan (mutual inductance). 14.7 Transformer

Rajah 14.4 Transformer

Transformer adalah alat untuk mengubahkan voltan satu sumber arus ulang alik tanpa perubahan frekuensi arus ulang alik itu. Transformer memindahkan tenaga elektrik dari satu litar arus ulang alik kepada satu litar yang lain dengan perubahan beza keupayaan dan arus, tanpa perubahan frekuensi Transformer terdiri daripada dua litar berasingan yang mempunyai pautan magnet pada satu teras besi lembut berlamina seperti dalam rajah di atas. (a) Litar primer terdiri daripada gegelung primer dawai bertebat yang dibekalkan dengan beza keupayaan input daripada satu sumber arus ulang alik. (b) Litar sekunder terdiri daripada gegelung sekunder dawai bertebat yang membekalkan beza keupayaan output dalam arus ulang alik. Prinsip transformer adalah berdasarkan aruhan saling. (a) Apabila arus ulang alik mengalir dalam gegelung primer,perubahan fluks magnet yang sama dengan frekuensi arus ulang alik itu terhasil. (b) Fluks magnet daripada gegelung primer ditumpukan oleh teras besi 67

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

serta dihubungkan dengan gegelung sekunder. (c) Perubahan fluks magnet itu menghasilkan d.g.e. teraruh dalam litar sekunder, menurut Hukum Faraday. (d) Arah arus aruhan dalam transformer adalah sentiasamenentang perubahan arus yang menghasilkan arus aruhan itu, iaitu menurut Hukum Lenz. (e) Frekuensi arus primer dan arus sekunder adalah sama. 5. Terdapat dua jenis transformer iaitu (a) Transformer injak naik mempunyai beza keupayaan output yang lebih tinggi daripada beza keupayaan input kerana adalah lebih tinggi daripada bilangan lilitan gegelung primer (b) Transformer injak turun mempunyai beza keupayaan output yang lebih rendah daripada beza keupayaan input kerana bilangan adalah lebih rendah daripada bilangan lilitan gegelung primer .

bilangan lilitan gegelung sekunder lilitan gegelung sekunder

Contoh Soalan : 68

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Rajah di atas ialah satu litar elektrik dengan sebuah transformer. Hitungkan beza keupayaan output transformer itu serta huraikan kecerahan mentol. Penyelesaian :

= 20 V Beza keupayaan output ialah 20 V, maka mentol adalah malap kerana mentol itu

memerlukan 24 V untuk kecerahan biasa.

6. Transformer unggul mempunyai kecekapan 100%. Transformer unggul boleh memindahkan kesemua tenaga elektrik dari gegelung primer kepada gegelung sekunder. Kuasa input = Kuasa output VpIp = VsIs Ip = Arus primer Is = Arus sekunder Vp = Voltan primer Vs= Voltan sekunder

14.8

Sistem penghantaran tenaga elektrik

Elektrik yang dihasilkan di loji penjanaan penghantaran elektrik dibawa melalui talian penghantaran voltan tinggi ke syarikat penghantaran tempatan yang mengagihkan kuasa. Stesen2 kecil dan transformer mengecilkan voltan bersesuaian dengan penggunaan di rumah atau industri. Arus elektrik dihantar keluar daripada loji kuasa pada voltan tinggi.(lebih kurang 25,000 volts ). Bila elektrik bergerak pada jarak yang jauh, adalah lebih baik pada voltan tinggi. Elektrik boleh dihantar lebih efisien pada voltan tinggi. Kabel talian penghantaran

69

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

yang tebal dan panjang dibuat daripada kuprum atau aluminium sebab mereka mempunyai rintangan yang rendah. Contoh 1. (a) Terangkan pembinaan dan prinsip kerja penjana AC dengan bantuan gambarajah. (b) Satu transformer menggunakan kuasa 240 V untuk membekalkan arus 3.0 A pada 60 V untuk memanaskan gelung. Jika 10 % tenaga yang diambil daripada bekalan hilang di dalam transformer itu sendiri, apakah arus di dalam gegelung primer Nyatakan dua cara untuk mengurangkan kehilangan tenaga di dalam transformer. (c) Kuasa elektrik dihantar daripada stesen kuasa ke bandar melalui kabel penghantaran dengan jumlah rintangan 50 ohm. Jika stesen kuasa menjana 8 MW kuasa, kira kehilangan kuasa di dalam kabel jika kuasa dihantar pada 80 kV. Contoh jawapan:
(a) Prinsip Bila satu konduktor lurus digerakkan berulangkali di dalam medan magnet, aruh akan diaruhkan di dalam konduktor. Ia berdasarkan kepada fenomena aruhan elektromagnet.

Binaan

Rajah 14.6 Kerja -Bila armatur berputar terhadap paksi yang berserenjang kepada medan magnet, ia sentiasa mengubah orientasi relatifnya. / Rajah 14.6. -Ini menyebabkan fluks sentiasa berubah2 berterusan dengan masa. - Perubahan fluks magnet ini mengaruhkan emf. / Rajah 70

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

- Jika terminal luar armatur disambung kepda litar luar, arus elektrik mengalir melaluinya. -Pesongan jarum galvanometer menunjukkan emf teraruh. -Arah emf teraruh disongsangkan selepas separuh putaran gegelung. - Maka dalam satu putaran gegelung, arus berubah arahnya sebanyak dua kali di dalam gegelung. Untuk memahami bagaimana arah arus berubah, lihat rajah di bawah.

Rajah 14.7 -Arus yang mengubah arahnya selepas sela masa yang sama di namakan arus ulang alik (AC). Alat ini dipanggil Penjana Arus Ulang Alik.

b.

Is x Vs / IpVp x 100 % = 90 % Ip = Is x Vs/ Vp = 0.83 A x 100/90 = 3 x 60 / 240 x 100/90

Dua cara mengurangkan kehilangan tenaga di dalam transformer

c.

Menggunakan teras besi berlamina untuk mengurangkan arus Eddy. Menggunakan dawai kuprum yang tebal untuk membuat gegelung.

I = P/V = 8 x 10 6/ 80 x 10 3 = 100 A

Kehilangan kuasa P = I2R = 100 x 100 x 50 W = 50 kW

71

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Rujukan http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/

http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/magnetic/motorac.html

Melayari Internet (1 jam)


Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi berkaitan dengan motor elektrik dan penjana elektrik

http://www.animations.physics.unsw.edu.au/jw/electricmotors.html 14.9
1.

Latihan

Bandingkan dan bezakan antara penjana arus terus (a.t) dan penjana arus ulangalik (a.u). Anda hendaklah menyatakan persamaan penjana a.t. dan pejana a.u. dari segi; (a) struktur binaan (b) prinsip yang diaplikasikan 2. Anda juga diminta membuat perbandingan antara dua penjana itu dari segi: (a) struktur binaan (b) output 3. Sebuah transformer unggul mempunyai 3600 lilitan pada gegelung sekunder dan 120 lilitan pada gegelung primer. Kira arus dalam gegelung sekunder jika arus dalam gegelung primer ialah 2.0A. A 0.07 A B 72.0 A C 30.0 A D 12.5 A 4. Sebuah transformer dengan voltan input 240V digunakan untuk menyalakan sebuah mentol lampu 12 V, 36 W. Jika arus primer ialah 0.20 A, berapakah kecekapan transformer? A 15% B 75% C 25% D 100%

5. Sebuah transformer digunakan untuk menurunkan voltan 240 V kepada 40 V. Jika kecekapan transformer ialah 80% dan arus dalam gegelung primer ialah 2.0 A , berapakah arus dalam gegelung sekunder? A 16 A B 12A C 9.6 A D 3.0 A

72

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

14.10

Rujukan:

Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill. http://www.physicsclassroom.com/Class/newtlaws/index.cfm

http://www.animations.physics.unsw.edu.au/jw/electricmotors.html

TOPIK 15

KEGUNAAN ELEKTRONIK DAN SEMIKONDUKTOR

15.0

Pengenalan

Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elekrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah 73

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu. Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat dilakukan dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan isyarat. Semikonduktor merupakan bahan pengalir elektrik yang berada antara penebat dan konduktor. Semikonduktor ini bersifat sebagai penebat pada suhu yang sangat rendah tetapi pada suhu bilik ia bersifat sebagai konduktor. Contoh bahan semikonduktor yang sering digunakan ialah silikon, germanium, galium dan arsenide. Semikonduktor sangat berguna dalam elektronik kerana pengalirannya yang dapat diubah-ubah dengan memasukkan bahan lain. Proses memasukkan bahan lain ke bahan semikonduktor dinamakan pendopan Kebanyakan peralatan elektronik menggunakan komponen semikonduktor untuk pengawalan elektron.. Contoh peranti elektronik yang menggunakan bahan semikonduktor adalah diod, transistor, kapasitor, perintang dan induktor. Gabungan peranti-peranti elektronik dalam satu hablur silikon dinamakan litar bersepadu. Litar seperti ini dikenali juga sebagai cip silikon atau cip mikro.

Gambarajah 15.1 Litar Bersepadu 15.2 1. 2. 3. 4. Hasil Pembelajaran

Memahami tentang isyarat elektronik serta fungsi peranti elektronik yang berbeza Memahami komunikasi elektronik Memahami komponen dan kegunaan komputer Memahami Pengintegrasian teknologi: Lebuh raya maklumat super

Gambaran Keseluruhan 74

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Rajah 15.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

Isi kandungan 15.1 Peranti Peranti Elektronik

Bahan Semikonduktor yang telah mengalami proses pendopan akan menghasilkan peranti elektronik yang lain contohnya seperti diod, transistor, perintang, dan kapasitor yang mempunyai fungsi masing-masing. Peranti Elektronik Simbol Fungsi

75

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Diod

Satu diod, atau "rektifier, adalah alat elektronik yang membenarkan arus melaluinya dalam satu arah sahaja. Satu diod kristal diperbuat daripada dua jenis semikonduktor bersebelahan antara satu sama lain

Rektifikasi menukarkan arus ulangalik (AC) kepada arus terus (DC). arus digunakan dengan alatan yang membenarkan elektron yang mengalir dalam satu arah. Rektifikasi Separuh Gelombang

Rektifikasi Sepenuh Gelombang

Transistor (i) Sebagai Amplifier: Apabila isyarat yang agak lemah dimasukkan ke dalam tapak (base) di amplifikasikan kepada arus yang lebih besar yang mengalir daripada pengeluar (E) kepada pengumpul (C). Amplifikasi ini, boleh menjadi 100 kali atau

Transistor adalah alatan elektronik yang digunakan di

Transistor npn

Transistor pnp

76

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

dalam litar (circuit) untuk mengawal nilai voltan dan arus yang tinggi. Ada dua jenis transistor iaitu: a)Transistor npn b)Transistor pnp Bahagian transistor iaitu:B- tapak E-pengeluar C-pengumpul

lebih, digunakan contohnya, dalam sistem stereo daripada pembaca pita kepada isyarat yang kuat untuk menjadikan pembesar suara berfungsi (ii) Sebagai Suis: isyarat yang masuk ke tapak akan memutuskan arus yang mengalir daripada pengeluar kepada pengumpul. Mengeluarkan isyarat ini akan membenarkan arus mengalir lagi. Sistem elektronik digunakan untuk menjalankan pelbagai tugasan. Kegunaan utama litar elektronik adalah :---mengawal dan memproses data, -Menukarkan kepada/daripada dan menyebarkan kuasa elektrik. Boleh menyimpan cas

Kapasitor

Kapasitor mengandungi dua plat konduktor selari yang dipisahkan dengan lapisan penebat yang dipangil dielektrik Unit untuk Kapasitans (C) Kapasitans diukur dalam unit Farads Jadual 15.1

77

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Perbincangan ( 1 jam)

Bincangkan tentang prinsip asas diod semikonduktor,transistor npn dan transistor pnp

15.2

Isyarat Elektronik

Dalam sistem komunikasi, maklumat dipindahkan dalam bentuk gelombang. Gelombang yang dihantar dan diterima sebenarnya terdiri daripada tenaga seperti bunyi, cahaya, isyarat elektrik radio dan sebagainya. Gelombang ini merupakan isyarat elektronik. Isyarat elektronik terhasil daripada dua atau lebih gabungan peranti elektronik dalam sesuatu litar. Contoh gelombang radio terhasil dalam litar pengayun yang terdiri daripada sebuah kapasitor dan sebuah induktor yang disambung secara sesiri.

15.3

Komunikasi elektronik

Komunikasi elektronik adalah proses penyampaian informasi dari dua titik. Contoh informasi berupa audio, video atau teks Ia merupakan satu mekanisme yang menghubungkan antara pengirim informasi dengan penerima informasi. Mekanisme tersebut sering juga disebut sistem informasi. Ia merupakan satu sistem telekomunikasi mengandungi tiga elemen asas yang penting: Satu pemancar(transmitter) yang menerima maklumat(information) dan menukarkannya menjadi isyarat (signal); Perantaraan pancaran (transmission medium) yang membawa isyarat; Satu penerima (receiver) yang menerima isyarat dan menukarkannnya kepada maklumat yang berguna. Telekomunikasi melalui telefon dkenali sebagai komunikasi titik ke titik kerana ia melalui satu pemancar dan satu penerima. Telekomunikasi melali radio melalui siaran radio dikenali sebagai komunikasi penyiaran kerana ia melalui satu pemancar yang kuat kepada banyak penerima Dalam komunikasi elektronik ada medium yang berfungsi untuk mempropagasi signal informasi elektronik. Ada dua jenis media (medium) yang popular digunakan. Media tersebut adalah transimission line ( kabel, serabut 78

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

optik, waveguide) dan gelombang radio (radio waves). Masing-masing dari media tersebut memiliki kelebihan dan kekurangan. Media transmission line menawarkan kualiti sambungan yang baik, namun kos yang harus dikeluarkan untuk pembangunan peralatan sangat mahal dan sifatnya tidak fleksibel. Sedangkan untuk media gelombang radio menawarkan mobility yang tinggi serta kos yang lebih murah namun dengan kualiti yang tidak sebaik media transmission line. Komunikasi telefon: Serabut optik (optic fibres) Tahun 1990 merupakan tahun yang mana penggunaan meluas sistem yang menggunakan SERABUT OPTIK. Kelebihan berkomunikasi dengan serabut optik adalah peningkatan drastik kapasiti data. Ia boleh membawa 25 kali lebih banyak panggilan telefon dibandingkan dengan kabel kuprum Internet Internet adalah rangkaian sedunia komputer dan rangkaian komputer yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan protokol internet (Internet Protocol, IP). Mana-mana komputer di internet mempunyai IP yang unik yang boleh digunakan oleh komputer lain bagi mennyampaikan maklumat kepadanya . Dengan menggunakan alamat IP itu, mana-mana komputer di internet boleh menyampaikan mesej kepada komputer lain. Mesej ini membawa bersama alamat IP komputer asal yang menghantar mesej supaya komunikasi dua hala boleh berlaku. Yang demikian internet boleh dinyatakan sebagai pertukaran maklumat antara komputer. Internet bekerja secara berperingkat disebabkan protokol yang menentukan bagaimana komputer dan router berkomunikasi antara satu sama lain. Sifat rangkaian komputer adalah satu protokol berfungsi secara tak bersandar antara satu sama lain.

79

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Gambarajah 15.2 Analogi Penghantaran Maklumat Analogi penghantaran maklumat melalui internet adalah seperti bungkusan yang dihantar melalui pos, komunkasi yang dihantar melalui internet dipecahkan kepada paket-paket yang kecil dan dibungkus dan diberi arahan untuk penghantaran yang dipanggil protokol 15.4 Komputer

Komputer adalah satu alat yang boleh menyimpan, memanggil semula dan memproses data. Perkembangan dalam bidang teknologi elektronik digital menghasilkan sistem komputer yang dapat mengumpul dan memproses data yang banyak dan semakin laju Pada zaman sekarang, sistem komputer adalah semakin canggih dan manusia dapat menjalankan kerja dengan pantas dan meningkatkan pengeluaran

Struktur Asas Sistem Komputer Semua komputer mempunyai 4 komponen asas iaitu:a) b) c) d) alat input unit pemprosesan pusat ingatan sekunder alat output

Alat Input

Unit Pemprosesan Pusat 80

Alat output

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Ingatan Sekunder

Gambarajah 15.4 Komponen Asas Komputer Alat input berfunsgi untuk menerima maklumat dalam bentuk nombor dan huruf. Contoh alat input adalah papan kunci, tetikus, pena input dan kayu ria. Alat output berfungsi untuk menerima kod mesin daripada komputer. Contoh alat output adalah pencetak, unit paparan video, pemplot graf dan grafik. Unit Pemprosesan Pusat adalah bahagian di mana data-data diproses. Unit ini terdiri daripada 3 unit yang lain iaitu:a) Unit kawalan Bertindak dengan mengkaji setiap perintah dalam aturcara yang berada di dalam ingatan dan menghantar isyarat kawalan ke komponen lain b) Unit arithmetic dan logik Berfungsi untuk melakukan pengiraan (campur, darab, tolak dan bahagi) serta operasi logic (dan, atau serta tidak) c) Ingatan pusat Terdiri daripada 2 jenis iaitu Ingatan Baca Sahaja(Read Only Memory, ROM) dan ingatan Rawak Masuk ( Random Access Memory, RAM). ROM digunakan untuk menyimpan arahan yang diperlukan untuk membuat operasi. Ingatan ini kekal dan tidak akan padam apabila komputer dipadamkan. RAM digunakan untuk menyimpan nombor dan huruf. Maklumat ini disimpan dalam bentuk kod dedua. Ingatan ini adalah sementara dan akan padam apabila computer dipadamkan. Ingatan sekunder menyimpan data-data di luar unit pemprosesan pusat. Contoh ingatan sekunder seperti cakera liut, cakera keras ( hard disk) , cakera padat, pemacu jari dan pemacu pena. Beberapa kegunaan komputer dalam kehidupan:

Rangkaian yang dilampirkan penyimpanan (seperti FreeNAS, Dropbox) Pelayan media (media Server seperti Hewlett-Packard) Rekabentuk grafik (diterajui perisian Adobe) 81

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

Reka bentuk seni bina (diterajui AutoCAD) Perbankan internet (simpanan, pinjaman, insurans, kredit, dana bersam.) Permainan Rangkaian sosial (Myspace, Facebook, Twitter). Perkongsian ilmu (WikiAnswers, Wikipedia, Lifehacker, Gizmodo) Teknologi bersepadu: lebuhraya maklumat super

15.5

Lebuhraya maklumat super adalah satu istillah yang sering digunakan pada tahun 1990an merujuk kepada sistem telekomunikasi digital dan rangkaian telekomunikasi internet. Ia merupakan gabungan peranti dan bukan peranti yang digunakan untuk mengalirkan maklumat dari satu komputer ke komputer yang lain. Laluan atau rangkaian untuk perpindahan maklumat yang pantas ini menggunakan rangkaian optik fiber dan internet. Contohnya world wide web. Peranti utama yang digunakan adalah pengkalan (router), jambatan (bridge), pengulang(repeater) dan kad antara muka rangkaian ( network interface card). Lebuhraya maklumat juga tidak terhad kepada rangkaian komunikasi antara komputer dengan komputer. Rangkaian telefon awam, telefon bimbit, radio, televisyen dan rangkaian komunikasi satelit juga adalah lebuh raya maklumat. Ruang siber adalah satu domain yang dicirikan dengan menggunakan elektronik dan spektrum elektromagnet untuk menyimpan, mengubahsuai dan bertukartukar data melalui sistem jalinan (network) dan infrastruktur fizikal. Istilah ini mula digunakan dalam fiksyen sains, di mana memasukkan pelbagai alam maya (virtual reality) yang dialami pengguna komputer oleh entiti yang wujud dalam sistem komputer.

Melayari Internet (1 jam) Sila rujuk lama web berikut untuk bacaan tambahan http://www.gcflearnfree.org/computerbasics untuk mencari halaju relatif http://physics.bu.edu/~duffy/java/RelV2.html

15.6

Latihan 82

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

(1) Nyatakan komponen elektronik yang digunakan untuk menguatkan isyarat elektronik (2) Namakan komponen-komponen elektronik yang terdapat dalam litar elektronik (3) Sebuah komputer di rumah menerima pelbagai input daripada alatan-alatan lain. Berikan contoh alat-alat yang memberi input kepada sebuah komputer. (4) Nyatakan bahagian-bahagian dalam sebuah komputer desktop dan bincangkan contoh- contoh setiap bahagian tersebut. Bincangkan alat-alat input, CPU dan alat-alat output. (5) Nyatakan perbezaan perkakasan(hardware) dan perisian (software) dalam sesuatu komputer. Berikan contoh-contoh. 15.7
Rujukan

Buku Teks/rujukan Fizik Tingkatan 5 (umum) http://www.gcflearnfree.org/computerbasics


http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/

83

Anda mungkin juga menyukai