Anda di halaman 1dari 4

Sebab-sebab Konflik Bougainville a.

Sejarah Sejarah bemulanya Gerakan Penentangan Bougainville dapat dikesan sejauh apabila ia ditawan oleh Jerman lewat abad ke 19 dengan tujuan mendapatkan tenaga kerja di lading-ladang seperti di Samoa. Menjelang Perang Dunia, koloni-koloni ini telah diserahkan kepada Australia dan New Zeland. Akibatnya Bougainville telah menjadi sebahagian wilayah Australia dan meneruskan ekonomi perladangannya. Namun keadaan berubah pada 1942 dengan pendudukan Jepun. Hampir semua warga Australia telah melarikan diri dan meninggalkan warga Bougainville yang, pada mulanya menerima baik tentera Jepun, telah ditindas oleh tentera Jepun. Apabila Jepun dapat dikalahkan, pentadbiran Australia telah digunakan semula. Tindakan Australia ini dilihat sebagai satu sebab menentang kerana Australia bertindak seolah-olah melarikan diri meninggalkan penduduk Bougainville di saat-saat mereka memerlukan perlindungan tentera Australia. Sebelum ini 'There is no common enemy or issue to bind the people together.. .unless there is true feeling of nationalism, and something common for people to come together and fight for, we cannot get results.' b. Aktiviti perlombongan Bougainville mempunyai lombong tembaga antara yang terkaya di dunia. Dua buah syarikat perlombongan berperanan melombong tembaga iaitu Rio Tinto Zinc (RTZ) dan Bougainville Cooper Limited (BCL). Australia mula menganggap apa sahaja yang berada di bawah tanah adalah milik Kerajaan dan bukan milik tuan tanah. Keputusan ini dibuat tanpa mengambilkira adat tempatan. Isu royalty menjadi masalah yang dikatakan menjadi punca ketidaksenangan penduduk tempatan. Salah seorang anggota parlimen Paul Lapun telah cuba mendapatkan royalty Pekerja-pekerja luar dari Bougainville mula dibawa masuk. Masalah mula dilihat timbul. Salah satunya ialah keluhan penduduk asal Bougainville yang mengadu mendapat pampasan yang tidak sepadan dengan aktiviti perlombongan di tanah mereka. Penduduk juga mengadu mendapat upah yang jauh lebih rendah

berbanding pekerja luar di samping hanya disediakan kemudahan yang amat asas sahaja. Kemasukan pekerja luar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana mereka telah menambahkan masalah jenayah serta masalah setinggan di Bouganville. Sebenarnya penduduk asal tidak menentang sangat aktiviti perlombongan tetapi lebih kepada kecewa kerana tidak diajak berunding dan kurang mendapat keuntungan Tambahan BCL juga dituduh merosakkan alam sekitar apabila membuang sisa perlombongan ke sungai yang menjadi punca kehidupan penduduk Bougainville. Antara contoh kemusnahan ialah pemindahan lokasi kampong agar perlombongan dapat dilakukan. Begit juga banyak hutan yang musnah yang selanjutnya menyebabkan kemusnahan habitat hidupan liar yang juga menjadi punca makanan penduduk stempat. Di samping itu sungaisungai juga telah mengalami kemusnahan habitat ikan serta pertukaran arah laluan sungai. Malahan ikan turut mengalami keracunan dan seterusnya air menjadi beracun untuk manusia dan tumbuhan. Kesannya penduduk setempat menjadi marah kerana tiada pampasan untuk mereka akibat kemusnahan tersebut. Malahan lama kelamaan golongan pemilik tanah mula menjadi musuh antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan kumpulan militant mula muncul. c. Peranan Media Media Australia yang membuat liputan sering menggambarkan perkara yang negative serta berat sebelah dalam laporannya. Mereka mengambarkan suasana di Papua New Guinea (PNG) seolah-olah ada gerakan ketenteraan di sana. Malahan media Australia cuba menggambarkan primitive tribesman sebagai military capable yang mempunyai senjata automatic. Sebenarnya media Australia mahu menggambarkan imej buruk di PNG agar Australia sentiasa mempunyai peranan dan kepentingan. d. Masalah Budaya Penduduk Bougainville tidak mahu dikatakan mempunyai hubungan kebudayaan dengan PNG. Mereka mahu mendapat hak menentukan hak dan masa depan pulau mereka sendiri. Namun PNG enggan berbuat demikian kerana tetap mahukan Bougainville sebagai sebahagian dari Negara PNG. Akibatnya

pada 1 September 1975, beberpapa orang penduduk Bougainville membuat satu proklamasi kemerdekaan dengan memberi nama baru iaitu Republik Solomon Utara. Walau bagaimanapun ia tidak diiktiraf dan masih dianggap kekal sebahagian PNG. Penduduk Bougainvillle berusaha membawa kes mereka kepada PBB tetapi tetap gagal. Sebagai usaha terakhir, mereka bersetuju mengakui kemerdekaan PNG dengan syarat PNG harus memberi kemerdekaan kepada Bougainville dalam masa 5 tahun. Malang sekali janji ini tidak pernah ditepati yang menyebabkan hubungan Bougainville dan PNG menjadi semakin singkat dan akhirnya menjadi konflik bersenjata. e. Peranan Bougainville Revolutionary Army (BRA) Ia ditubuhkan pada November 1988 oleh Francis Ona, seorang penduduk asli yang pernah bekerja di BCL. BRA telah menyerang kawasan lombong BCL dan mencuri peledak. Kesan siri serangan BRA, PNG memulakan usaha mengekang aktiviti BRA namun gagal sehingga memaksa BCL menghentikan operasinya di Bougainville. f. Campurtangan Australia Kegagalan ini telah menyebabkan Australia menyalurkan bantuan ketenteraan kepada PNG. Antaranya ialah pemberian beberapa unit helicopter kepada tentera PNG. Malahan penduduk Australia sendiri digalakkan menyertai sukarelawan perang di medan konflik Bougainville. Dengan bantuan sedemikian, PNG telah melancarkan satu serangan mengejut ke atas pulau Bougainville pada Januari 1990. Namun BRA, walau pun kurang dari segi persenjataan, telah Berjaya menangkis serangan tersebut. Kegagalan ini memaksa PNG menarik keluar tenteranya dan menukar taktik kepada mengadakan sekatan sepenuhnya ke atas Bougainville. Akibatnya penduduk Bougainville telah terputus hubungan dengan dunia luar dan berdepan ancaman kebuluran serta masalah dalaman kesan kesengsaraan yang dialami penduduknya. Bahkan ada yang belot dan menubuhkan Buka Liberation Front (BLF).

Kesimpulannya, punca konflik Bougainville ini muncul adalah kerana usaha anak tempatan Bougainville mempertahankan apa yang merupakan hak mereka. Mereka juga telah ditindas dan merempat di tempat sendiri. Mereka sebenarnya mahu membentuk identity sendiri da nada hak ke atas tanah sendiri. Malang sekali ada pihak yang mencampuri urusan mereka sehingga memaksa mereka mengangkat senjata mempertahan kan hak serta maruah mereka.

Anda mungkin juga menyukai