Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Warm-up Atau Memanaskan Badan.

Memanaskan badan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan seperti: (1) Menyediakan kestabilan tubuh untuk menanggung beban. (2) Mengurangkan kebarangkalian kecederaan (3) Penyediaan minda untuk menjalani latihan. Memanaskan badan perlulah terdiri daripada memanaskan sendi-sendi yang terlibat dalam latihan. Bahagian sendi yang utama yang perlu diberi perhatian adalah pada sendi bahu. Ini kerana sendi ini adalah yang paling lemah berbanding sendi-sendi yang lain. Warm-up dimulakan dari kaki dan bergerak ke atas manakala warm-down pula dari kepala hingga ke kaki. Warm-down amat penting kerana ia memastikan asid laktik yang terhasil di otot-otot hasil daripada latihan yang dilakukan dapat mengalir ke seluruh badan. Asid laktik yang terkumpul pada sesuatu bahagian badan boleh menyebabkan kelenguhan pada bahagian tersebut. Selain itu warm-down berperanan memulihkan kembali otot-otot yang tegang. Bagaimana Mengurangkan Lemak Di Perut Terdapat dua kaedah yang harus dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghilangkan lemak di perut iaitu melalui diet dan latihan berbentuk erobik. Pengurangan lemak di perut penting kerana ia akan menyembunyikan bentuk otot-otot perut anda. Sudah pasti diet yang dimaksudkan adalah diet yang mempunyai tahap lemak yang rendah sebaliknya mempunyai karbohidrat kompleks seperti nasi atau ubi kentang. Latihan-latihan yang bersifat erobik yang dilakukan 3-4 kali seminggu adalah cara terbail untuk membakar lemak di perut. Yang dimaksudkan dengan erobik adalah latihan-latihan yang memerlukan anda menarik nafas secara lebih kerap.

Latihan yang melebihi 20 minit adalah kaedah yang terbaik. Tetapi ia akan menyebabkan kebarangakalian kerosakan otot dan kecederaan yang lebih tinggi. Oleh sebab itu warm-up dengan melakukan gerakan ringan selama 5-10 dan regangan atau "stretching" 20-30 saat untuk setiap otot dapat mengurangkan kecederaan.

Senaman ini amat sesuai untuk wanita bagi menguruskan badan serta rebuild bentuk badan supaya lebih tegap dan tegeng. Meliputi bahagian dada, belakang lengan, perut dan belakang peha (meliputi pinggul) kerana bahagian ini yang paling menunjol menyumbang kepada kegemukkan apabila dipandang. Senamrobik (wajib) Merupakan satu senaman yang paling effective untuk membakar lemak di seluruh badan dan bahagian yang paling utama dada, belakang lengan (triceps), perut dan belakang peha. Senamrobik lebih sesuai dan menyeronokkan apabila diiringi dengan lagu-lagu dance. Bagi Ahli Bina Badan senamrobik boleh menyatakan lagi setiap permukaan otot (nampak lean).Tetapi bagi atlet bina badan yang ingin menambah berat badan meraka akan berhenti daripada melakukan senamrobik ini adalah kerana senamrobik boleh menurunkan berat badan dengan cepat ( pembakaran lemak berlaku secara berterusan). Dada (Chest) (lakukan 2 minggu sekali) Latihan ini sama sebagai mana di lakukan oleh ahli binabadan tetapi ianya dilakukan dengan beban yang sangat ringan. Jika ahli bina badan dengan beban mencapai 300 500 paun tetapi dalam latihan ini cuma 10 atau 15 paun sahaja. Dan ianya haruslah dilakukan berulang kali. Jumlah bilangan adalah : 2 set dengan 12-15 ulangan setiap

set. set pertama : 12-15 ulangan set kedua : 12-15 ulangan * Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 10 -15 paun. Seeloknya gunakan mesin kerana lebih selamat Belakang Lengan (triceps) (wajib) Latihan ini agak sukar untuk dilakukan. Haruslah dilakukan dengan berhati-hati. set pertama : 12-15 ulangan set kedua : 12-15 ulangan * Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 5- 10 paun. Seeloknya gunakan mesin kerana lebih selamat * Bagaimana nak pastikan ianya berkesan? Bahagian terlibat akan terasa seolah -olah terbakar dan panas.

Belum Siap lagi .... bahan belum cukup! Belakang Peha (hamstring) & Pinggul (wajib) Mudah dilakukan dengan membuat senaman dengan cara baring mengiring ke kiri,kanan dan angkat kaki ke atas. teknik ke-2 dengan cara baring telentang dengan mengangkat kedua2 kaki dan membuat kayuhan membulat seperti mengayuh basikal. senaman ini boleh juga di Lakukan dengan bebanan ringan sahaja. set pertama : 12-15 ulangan set kedua : 12-15 ulangan * Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 5- 10 paun. Seeloknya gunakan mesin

kerana lebih selamat.

PETUA anda boleh mempelajari dengan jurulatih atau mengikut panduan diatas, selamat mencuba

Anda mungkin juga menyukai