Anda di halaman 1dari 9

PENGUMPULAN DAN PENGAWETAN SERANGGA

MENGUMPUL dan mengawet serangga adalah suatu kegiatan atau hobi yang menarik yang menipunyai faedah pendidikan, rekreasi dan saintifik. Mengembangkan minat di dalam bidang ini dapat inenanam dan mendidik rasa cinta terhadap alam di samping menikmati kepelbagaian serangga khasnya dan organisma-organisma lain amnya. Di mana Serangga Boleh Didapati Malaysia sebagai sebuah negara tropika adalah sangat kaya dengan kepelbagaian jenis serangga. Anda akan mendapati serangga sepanjang tahun dan di mana saja, umpamanya di kawasan perumahan, di tepi hutan, di dalam hutan, di belukar dan di kawasan pertanian. Anda juga boleh menjumpai serangga ditempat-tempat penyimpanan bahan-bahan makanan, terutama bijirin seperti beras, padi, jagung atau gandum. Keperluan untuk Menangkap Serangga Untuk menangkap, mengumpul dan mengawet serangga memerlukan kelengkapan berikut: 1. Jaring serangga 2. Botol pemati 3. Sampul kertas 4. Aspirator 5. Forsep dan jarum 6. Beg plastik 7. Perangkap cahaya 8. Jaring untuk menangkap serangga air 9. Corong Berlese 10. Pin dan kotak serangga 11. Pelantar perentang 12. Blok pengepinan Jaring serangga Dengan menggunakan jaring kita dapat menangkap serangga yang sedang terbang atau hinggap. Jaring serangga dapat dibuat sendiri dari bahan-bahan yang dapat dibeli di kedai. Jaring nilon yang kukuh boleh dibuat daripada dawai kasar setebal 5 mm. kayu batang penyapu sebagai pemegang, kain kanvas, dan dawai halus atau skru. Diameter jaring adalah diantara 30-45 cm manakala dalamnya diantara 50-60 cm. Jaring tersebut dijahit kepada kain kanvas yang bersarung dimana melaluinya dimasukkan dawai. Dawai diikat atau diskrukan kepada kayu pemegang. Rajah 1 rnenunjukkan sebuah jaring serangga.

Rajah 1: Jaring Serangga

Untuk menangkap serangga yang sedang terbang ada caranya. Setelah anda menghayun dan menangkap masuk serangga maka jaring tersebut hendaklah dilipatkan di udara sedemikian rupa bagi mengelakkan tangkapan anda dari terlepas terbang sebelum dapat diambil untuk dimatikan. Botol Pemati Botol bekas jem atau seumpamanya boleh digunakan sebagai botol peniati. Botol ini digunakan untuk mematikan serangga yang ditangkap. Mula-mula botol tersebut dibersihkan dan dimasukkan kapur paris yang telah dibancuh dengan air. Kapur paris tersebut dimasukkan setinggi 2-3 cm, kemudian dibiarkan semalaman supaya ia membeku dan kering. Bahan pemati yang digunakan adalah etil asetat. Apabila hendak menggunakon botol pemati, etil aaetat dititiskan ke dalam botol tersebut. Etil asetat bersifat menyejat, oleh yang demikian ia perlu dititiskan dari masa ke semasa. Suatu kelemahan menggunakan etil asetat ini ialah ia memakan waktu yang lama untuk mematikan serangga lebih-lebih lagi yang besar dan bertubuh keras seperti kumbang. Bahan pemati lain yang biasa digunakan adalah kalium sianida, tetapi bahan ini sangat merbahaya, boleh membawa maut jika tidak diawasi dengan baik. Setiap botol pemati dilabelkan "RACUN" dan "BOTOL PEMATI". Untuk mematikan serangga jenis rama-rama dan kupu-kupu, botol pemati tidak perlu digunakan kerana serangga ini akan menggelepar di dalaai botol tersebut dan akan merosakkan sayapnya. Cara untuk mematikannya adalah dengan memicit bahagian toraks antara dua jari hingga serangga tersebut mati. Had dan sekuat mana serangga itu harus dipicit, bergantung kepada pengalaman. Kemudian rama-rama atau kupu-kupu tersebut dilipatkan sayapnya dan disimpan di dalam sampul kertas. Rajah 2 menunjukkan cara-cara membuat sampul kertas dan kedudukan serangga di dalamnya.

Rajah 2: Cara melipat kertas unttuk membuat sampul kertas dan kedudukan rama-rama di dalamnya

Aspirator Aspirator adalah sejenis alat yang digunakan untuk menyedut (menangkap) serangga kecil yang masuk ke dalara jaring sapuan atau serangga kecil yang hinggap pada daun, batang atau sebagainya Sebuah aspirator terdiri dari vial, tiub kaca dan tiub getah (Rajah 3). Tiub yang panjang diletakkan di mulut manakala tangan pengguna (orang yang menyedut) memegang vial dan menghalakan nulut tiub kaca kepada serangga yang hendak disebut (ditangkap). Tiub kaca yang keluar dari vial dibalut kain kasa supaya serangga yang masuk ke dalam vial tidak lepas ke mulut penggunanya. Tangkapan yang masuk ke dalam vial aspirator kemudian dipindahkan ke dalam botol pemati.

tiub kaca tiub getah

vial kain kasa

Rajah3: Aspirator.

mentol

dawai kasa

botol pemati

Rajah 4: Corong Berlese Corong Berlese Beg-beg plastik digunakan untuk mengumpul serangga tanah. Sampah di lantai hutan dikaut masuk ke dalam beg-beg plastik dan selanjutnya dibawa ke makmal untuk diasingkan serangga tanah tersebut dengan corong Berlese. Corong Berlese (Rajah 4) diperbuat daripada zink atau aluminium. Akibat haba dan cahaya lampu serangga akan menjauhinya dan jatuh ke dalam botol yang mengandungi bahan pengawet, alkohol 80%. Perangkap Cahaya Perangkap cahaya adalah sejenis alat yang digunakan bagi menangkap serangga yang aktif pada waktu senja dan malam hari. Perangkap cahaya (Rajah 5) terdiri dari lampu fluoresen dan corong yang diperbuat daripada zink atau aluminium. Di bahagian bawah, iaitu dihujung corong disediakan botol pemati atau botol yang menganduitgi alkohol 80%, Perangkap ini dibuat seperti rajah di atas supaya ia boleh digantung pada dahan kayu atau disediakan kaki sebagai penungkatnya. Umumnya serangga sangat tertarik kapada cahaya ultra ungu. Lebih baik menggunakan lampu fluoresen yang mengeluarkan cahaya warna tersebut. Walau bagaimanapun fluoresen dengan lampu biasa dapat juga menarik bebenpa jenis serangga yang aktif pada waktu senja dan malam hari. Tanpa menggunakan perangkap cahaya anda dapat mengumpulkan serangga yang aktif pada waktu senja dan malam hari. Pergilah ketiang-tiang lampu di tepi jalan atau serangga mungkin tertarik kepada cahaya lampu di rumah anda sendiri, terutamanya di luar bandar.

lampu fluoresen

botol pemati

Rajah 5. Perangkap cahaya.

40 cm

Rajah 6. Jaring perangkap serangga air. Jaring untuk menangkap serangga air Jaring ini (Rajah 6) terdiri dari satu rangka segi empat diperbuat daripada best berukuran 40x40 cm. Rangka bagi mulut jaring adalah 40x20 cm. Jaring ini digunakan untuk menangkap serangga air di anak-anak sungai yang cetek. Apabila hendak mengumpulkan serangga air maka hendaklah diletakkan jaring tersebut didasar sungai dan mengais sampan masuk ke dalam jaring. Kedudukan aulut jaring tersebut mestilah bertentangan dengan arus. Segala sampah yang masuk ke dalam jaring dipindahkan ke dalam suatu besen putih dan dengan membuang sampah tersebut kita akan dapat mengumpul sarangga air.

Pengawetan Serangga Serangga yang dikumpul mestilah diawet supaya tidak rosak. Ada tiga cara untuk mengawet serangga: i. Pengawetan kering: Cara ini adalah dengan mengeringkan tubuh serangga di panas cahaya matahari atau di dalam oven yang suhunya 50 60oC. Sebelum serangga dikeringkan ianya mestilah dipinkan terlebih dahulu. Bagi serangga yang mempunyai sayap yang merentang seperti sibu-sibu, Kupu-kupu dan rama-rama maka messtilah direntangkan sayapnya pada pelantar perentang, sesudah itu baru tubuhnya dikeringkan. ii. Pengawetan basah: Cara ini adalah dengan manyimpan serangga di dalam alkohol 80% atau campuran 95 bahagian alkohol 70% dan 5 bahagian gliserol. Uamanya pengawetan basah dilakukan untuk larva dan serangga Apterygota. iii. Slaid: Pengawetan cara ini dilakukan bagi serangga yang kecil supaya mudah dilihat di bawah mikroskop.

Kepingan gabus

Rajah 7: Pelantar perentang dengan kupu-kupu yang direntang sayapnya. Pelantar Perentang Pelantar perentang adalah sejenis alat yang digunakan untuk merentangkan sayap-sayap serangga supaya tersusun dengan kemas. Pelantar ini diperbuat daripada kepingan kayu dan gabus, Di bahagian tengah pelantar tersebut berdapat alur tempat meletakkan kepala, toraks dan abdomen. Pelantar dibuat bagi berbagai saiz serangga yang hendak direntangkan sayapnya. Rajah 7 menunjukkan kupu-kupu direntangkan sayapnya dipelantar perentang. Blok Pengepinan Blok ini diperbuat daripada kayu dan mempunyai tiga tingkat ketinggian (Rajah 8). Pada tiap-tiap tingkat tersebut terdapat satu lubang untuk dilalukan pin. Aras pertama adalah untuk takat mengepin serangga. Aras kedua adalah untuk takat label pengumpulan serangga. Aras ketiga, yang terendah, adalah untuk tingkat label nama spesies serangga berkenaan. Bagi serangga yang hendak direntangkan dipelantar perentang terlebih dahulu dipinkan pada takat ketinggian serangga dengan menggunakan blok pengepinan. Tujuan blok pengepinan ini adalah supaya serangga
6

kelihat kemas dan rapi tersusun pada takat ketinggian yang sama dipin, begitu juga dengan labellabel. Rajah 9 menunjukkan tempat rnencucukkan pin pada tubuh beberapa serangga.

25 mm 12.5 mm 5 mm 75 mm

Rajah8: Blok pengepinan

Rajah 9: Bahagian tubuh seranagga yang dicucukkan dengan pin.

Pin serangga Pin serangga terdiri daripada berbagai-bagai ukuran. Umumnya untuk saiz serangga yang sederhana besar pin serangga No. 3 digunakan. Bagi serangga yang kecil seperti nyamuk pula pin minuten digunakan. Cara mengepin dengan menggunakan pin minuten ini ditunjukkan dalain Rajah 10a. Setelah ditembuskan pin minuten pada tubuh serangga, dicucukkan pula pada sekeping getah atau gabus melalui gabus inilah dipinkan pin serangga No. 3. Selain daripada menggunakan pin minuten untuk mengepin serangga kecil digunakan juga kepingan kertas kecil yang dibubuh gam dihujungnya, (Rajah 10b). Serangga kecil ini digamkan kepada hujung kertas tersebut pada bahagian ventral atau sisi tubuhnya.

(a)

(b)

Rajah 10. Mengepin serangga kecil dengan pin minuten dan kertas yang digamkan hujungnya, serta kedudukan Iebel-label.

Kotak Serangga Kotak serangga diperbuat daripada kayu dan bahagian lapisan dalamnya dilapisi kepingari gabus supaya mudah pin-pin serangga dicucukkan. Kotak serangga boleh juga dibuat dengan bahagian tutup diperbuat daripada kaca supaya serangga-serangga yang disimpan dapat dilihat dari luar. Walau kotak serangga jenis apa pun yang digunakan yang penting adalah kotak tersebut tidak boleh dimasuki serangga perosak seperti semut atau kutu (Psocoptera) yang akan merosakkan spesimen-spesimen serangga yang disimpan. Sebagai langkah berjaga-jaga hendaklah disedikan serbuk naftalena yang dibungkus dengan kain dan dipinkan disatu sudut di dalam kotak. Ini akan menghindarkan serangga halus daripada masuk merosakkan spesimen. Kotak-kotak serangga mestilah disimpan ditempat yang kering. Tempat-tempat yang lembap akan menggalakkan pertumbuhan kulat yang akan merosakkan spesimen. Mengawit Serangga Pada Slaid Serangga yang sangat kecil dan tidak dapat dipinkan, diawet pada slaid. Sebelum spesimen diawetkan mestilah terlebih dahulu dicuci, biasanya dengan larutan kalium hidroksida (KOH) 10l5%. Kemudian dibasuh dengan air bagi menghilangkan lebihan kalium hidroksida. Larutan kalium hidroksida dapat digunakan sama ada dalam keadaan sejuk atau panas. Pencucian dengan larutan sejuk memakan masa agak lama tetapi menjadi cepat jika dipanaskan (tidak sampai mendidih). Tujuan pencucian ini adalah untuk melarutkan lemak. Kemudian spesimen mestilah didehidratkan iaitu melalui siri-siri alkohol dari kadar kepekatan yang rendah hingga.kadar kepekatan yang tinggi - 70 - 80 - 95 - 100%. Setelah didehidrat spesimen dimasukkan kedalam xilol dan kemudian dipindahkan ke kaca slaid dan diberi penutup. Selain daripada menggunakan balsam sebagai medium pelekapan boleh juga menggunakan larutan kloral hidrat sebagai medium pelekapan. Menggunakan kloral hidrat tidak memerlukan spesimen didehidratkanmelalui siri-siri alkohol. Formula untuk menyediakan larutan kloral hidrat adalah seperti berikut: Air 50 ml kloral hidrat 200 g gam arab 30 g (Gam arab terlebih dahulu dihancurkan, kemudian
campuran medium tersebut disaring)

gliserin

20 c.c.
8

Penglabelan Setiap spesimen serangga yang dikumpul dan diawet mesti mempunyai lebel samada spesimen tersebut diawet kering, basah atau pada slaid. Tanpa lebel spesimen tidak mempunyai nilai saintifik kerana tidak masa dan lokasi spesimen tersebut dikumpulkan. Seperti yang telah diterangkan di atas pada blok pengepinan terdapat paras/tingkat untuk ketinggian label-label. Label untuk pengumpulan sekurang-kurangnya mempunyai butir berikut dan ditulis pada kertas sebesar 20 x 7 mm dengan daawat india. Tempat: Negeri, Daerah, Pekan/Kampung Tarikh: Pengumpul: Disamping keterangan di atas boleh juga ditambah dengan data tentang cara penangkapan, sama ada dengan jaring sapuan atau tangguk atau perangkap cahaya, ketinggian dari aras laut; perosak tanaman atau sebagainya. Data tambahan ini boleh melengkapkan pengetahuan biologi mengenai serangga berkenaan kerana pengumpul lebih tahu cara mendapatkan dan habitat serangga tersebut. Bagi serangga yang diawet di dalam alkohol, label ini mesti dimasukkan bersama dalam bekas spesimen yang diawetkan. Bagi spesimen yang diawetkan pada slaid, label dilekatkan ditepi kanan atau kiri slaid tersebut. Bagi spesimen yang diawet pada slaid harus ada keterangan tentang medium pelekapan yang digunakan.
forsep pengepin Kertas penetap

balsa (15 mm)

gabus (10 mm)

papan

Pelantar perentang dengan kupu-kupu yang direntang sayapnya.

Anda mungkin juga menyukai