Anda di halaman 1dari 35

ULASAN NOVEL : PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN)

SINOPSIS:
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas
menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima
pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan
mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering
terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk
bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada
para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak
ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada
sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah
tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan
dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan
juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor
Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya
tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi
tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu.
Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di
sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam
bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah
perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor
kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.
Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah
doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula
berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh
berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan
peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan
untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam
yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan
yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke
atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa
pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada
tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan
jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus
berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah
dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik
mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu.
Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya
terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz
sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia
memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar.
Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan
hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya
membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional
berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang
tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan
kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah
kepadanya dalam jangka masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang
kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang
lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum
ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku
janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya
seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk
melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex
pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya
juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan
matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga
sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di
ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan
tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang
sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana
asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas
pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak
perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri
daripada bertembung dengan Rahia.

BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil
keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama
seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersamasamanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya
sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya
sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan
kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha.
Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur
dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang


adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia
berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh
kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia
kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini,
tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian


infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu
menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh
hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah
angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di
PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak
perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya.
Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa
pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat
mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan
seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi
pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun.
Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan
layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang
kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan
keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor
Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang
rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke


dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia
menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang
perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan.
Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga
sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang
pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans
anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa


benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan
Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga
teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak
perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca
daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini
menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan
layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas
menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil
hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan
tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang
selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian
lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha
sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu
sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya
juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan
mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya
hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati
sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana,
gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata
golongan masyarakat elit.

BAB4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang
terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha
teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes
tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia
berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya
selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa

nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di
Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum
peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil
persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor
Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana
kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi
tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak
tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum
dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama
Rohayu atau panggilannya Ayu.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat


Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor
Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara
sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang,
namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran
isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak
rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan
kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong
Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan
penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah
menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk
memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan
bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. Doktor
Uwang mengelamun sambil menonton rancangan Money Matters di televisyen.
Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di
hadapan matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan
garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya.
Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit
tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak
dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia
memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu
sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia
juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko
yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia
terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia
mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak
ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif.
Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah
itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba
wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong
Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul
yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk
mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam


sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteriisteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka
terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah
itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah
menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak
perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak
disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu
yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya
selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi
untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad
menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan
supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya
ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan
didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia
didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan
bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta
Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama
meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak
menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu
kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa
aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi
dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri.
Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz
meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister
Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri
tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas
selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk
menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan
tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan
gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada
panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan
bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan
tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan
tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap
pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan
tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha
juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai sapi tua
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong
ketika itu. Felicia menganggap sapi tua itu keterlaluan dan menuduhnya tidak
jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia
tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang
penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat
dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada
badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya


datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana
sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya
memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah
bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak
sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia
bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya
menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai
Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman
sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia
telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang
lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan.
Felicia juga tertekan dengan serkahan sapi tua iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa
dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih
dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu.
Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya
dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga
begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya.
Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia
merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang
kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu
menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai
mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat


batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap
berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak
dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan
keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya
dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan
antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke
wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra

dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah
tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang
Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat
panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan
tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang
siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur
sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron
yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap
Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor
Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya
tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang
inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6
infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi
pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama
apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita
lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat
bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak
gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap
Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister


Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu,
di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh
yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan
anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu
kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi
dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan
dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh
itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan
bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan
sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai


Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal
dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu
Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun
sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua
belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali
keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut
sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang
pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli
dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur.
Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi
pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru.
Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta
Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa
Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah
rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat
api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang
secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang
lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih
berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang
masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan
perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai
doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada
penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun
sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha
tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar
melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat
dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan
sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti
secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih
akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya
berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang
dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan
Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan

tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada
anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan


dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz
melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila
secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia
turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi
kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

TEMA

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Tabah menghadapi kematian anak peremuannya


o

Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak


perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa,
berkromosom lebih iaitu down sinDoktorom. Sejak mengetahui
keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar
kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan
anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya.
Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang
mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha
bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa
dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa
kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan
Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta
mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba
kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu
sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa
Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan
sengaja membakar anaknya itu.

Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya


o

Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz


disebabkan keenganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar
menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau down
sinDoktorom. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya
apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya

berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta


mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan
suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam
mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian
anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaran,
bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga
akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaran di
mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan
melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan
meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya.
Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah
walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya
tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.

Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar


bedah
o

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap citacitanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha
tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya
kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah
hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari
segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang
oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi
seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam
bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa
tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Tabah menerima tugas membedah


o

Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun


tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor
Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia
setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia
melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat
mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.

Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah


Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan
tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan
doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok
Pusat Rawatan Kasih.

Tabah menghadapi penceroboh


o

Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda berumur dua


puluhan yang merupakan bekas pelajar peubatan yang tidak

menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk


mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang
mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam
saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah
ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulah mengenali
pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut
diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital
lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu
Unong dirawat dan akhirnya diberkas.

Tabah menerima berita punca kematian anaknya.


o

Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha


sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui
punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi
menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan
berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah
mangsa keadaan.

PERSOALAN

Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan


masyarakat. Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat
digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan
kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan
rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan
tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata
untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah
hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak
apabila berumah tangga.

Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah


berumah tangga. Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya
walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang
yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah
tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum
arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang.
Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap isteri tidak sah
menjadikan dia seorang yang pemilih.

Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha


bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia
berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan
tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia
terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor
tersebut.

Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia


mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa
sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu
namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha.
Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang
meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana
merahsiakannya kerana takut.

Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha


sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah
bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa
menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian
tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan
dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa
termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.

Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.Raiha begitu tabah


menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan
gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia
dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat
liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan
kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister
Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak
Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas
kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana meraka bekerja
sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa
dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan
hidup baru yang lebih selesa.

Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan


institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang
berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan
rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan
memintannya menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung
Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan
peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.

Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya


Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya
anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih
sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa
melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang
mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh dari situ
bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan
perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa
Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan
pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terusterusan sakit menderita.

PLOT
1. Permulaan
o

Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap


peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia masih menganggap
semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas
suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.

Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama


Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang
pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan
komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu
dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas dia
diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam,
Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu
menjalani pembedahan lagi.

1. Perkembangan
o

Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya


iaitu kematian tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering
menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam
mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta
pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadam dalam ingatan.
Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat tidak semena-mena
dikaitkan dengan kematian anaknya itu.

Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan


mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam
hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan
secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya
menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran
tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat
kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya.

Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi


dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong
Siron dan memanggilnya sebagai sapi tua ditegur oleh Raiha dan
menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang
amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan
persekolahan sejak di bangku sekolah rendah lagi.
o

Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak
ciknya yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha.
Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak
ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap
Raiha yang membawa lari anak orang Mongolia itu apatah lagi
kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia
juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong
Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering
terbayang anak pak ciknya yang renting dalam jaga dan tidurnya.

Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz
untuk menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa
anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha
menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan
yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana
dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah
normal.

Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi


penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor.
Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila
penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu
Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua
puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.

Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat


penceroboh pusat rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang
walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan
kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan
melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping
terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara trajis
di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok
pusat rawatan itu.

Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana


mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan
tumpurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan
penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua
peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk
pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun
akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan
ego dan statusnya.

Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah


disebabkan disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta

mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di


situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap
mereka adakan mangsa keadaan.
o

2. Konflik
o

Konflik dengan diri sendiri

Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya

Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.


o

Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa


menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri
tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteriisteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.

Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya


o

Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam


kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan
silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi
tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini
menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian
anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas
kematian itu.

Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya


adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia
berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya
dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.

Konflik Doktor Uwang dengan Ayu


o

Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat


disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran
anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan sentiasa
terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat
mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa
sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut
terbayang akan anak pak ciknya itu.

1. Konflik dengan orang lain


2. Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz

Konflik antara Sister Felicia dan Raiha


o

Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya


itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga
hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.

Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong


o

Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap


Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha
berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati
pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau
menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan
Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.

Konflik antara Raiha dengan ayahnya


o

Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh


Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha
menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu
dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke
mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan
itu kerana saksi utama tidak mucul dan menceritakan kisah yang
sebenar.

Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari
mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya
membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila
emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun,
sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak
sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan
urusannya.

Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong


o

Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron


menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak
Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan
peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut.
Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat
tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia
menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib
anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai
cara mendapatkan keuntungan peribadi.

Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang


o

Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan


kesalahan memarahi pesakiit. Doktor Uwang yang memberikan
kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar
dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia
kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.

1. Klimaks / Puncak

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan


Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan
pergelangan tangannya yang kebas.
o

Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan


bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh oleh
seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke
pusat rawatan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang


dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara
perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang
disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar
anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan
dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu.
Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas
kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal
kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa


dibedah di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital
tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan
pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.

Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian


sendi kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang
pada pegelangan tangan dan tempurung lututnya.

1. Peleraian
o

Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang


cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan
segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian
sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan
lutut kakinya yang hancur.

Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas


penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol
oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.

Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz


yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.

Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba


muncul anak perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang
sedang membakar kereta mewah tersebut.

Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di


mahkamah sebagai saksi kerana takut.

Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa


mereka adalah mangsa keadaan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha

Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu


berkhidmat selama 6 bulan

Doktor pakar bedah

Anak kepada doktor pakar bedah

Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau


merupakah Pakar Perunding Pembedahan.

Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya

Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian

Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan


kemampuan diri sendiri.

Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak


kesayangannya.

Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin,


seboleh mungkin.

Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa

Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa


nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

Watak Sampingan

Doktor Uwang

Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery

Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur

Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan

Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu

Berwajah kacak dan segak

Berusia pertengahan empat puluhan

Bertubuh sederhana

Dikenali sebagai ahli bongkar pasang

Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.

Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron

Bekas Pesakit Doktor Uwang

Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah


namun mampu untuk bertugkus lumus menabung wang untuk
mendapatkan rawatan operasi di PRPK.

Kurus cengkung dan pucat

Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu

Mempunyai masa depan yang cerah

Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan


pusat

Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara

Doktor Sadiz

Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang

Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman

Pakar Perunding Pembedahan

Pakar Bedah Otak

Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha

Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira
pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.

Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah
kerana isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta
mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di tempat kejadian
tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.

Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana


sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha

Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan

Seorang yang optimistic

Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha


mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih
tua daripadanya.

Sudah meninggal dunia

Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan
isteri baharu.

Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah


jabatan kerajaan.

Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang


itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam
jangka masa panjang.

Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi

Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama


Raiha dan Doktor Sadiz

Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.

Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz


kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha
disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan
petrol oleh Doktor Sadiz.

Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang


sama dan berkhidmat di hospital yang sama.

Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan


teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terusterusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali menjalani
pembedahan.

LATAR

Latar Tempat
1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih

1.

Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang

Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.

Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang


pinggulnya selama enam kali pembedahan

Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan


kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.

Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana


atau menengah bawah mendapatkan rawatan.

Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang


menyamar sebagai doktor.

Apartment Raiha
o

Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya


dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.

Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di


Pusat Rawatan Pantai Kasih

Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai


kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa
tahun lalu.

1. Rumah Tumpangan
o

Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa


anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz

Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor
Sadiz rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar,
kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.

1. Rumah Doktor Uwang


o

Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya

Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga


memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz
pulang.

Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

1. Mahkamah Keluarga
o

Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz


selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat
rentung.

1. Wad Super VVIP


o

Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan
Pantai Kasih

Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang

Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin

Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

1. Daerah Inanam

1.

Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah

Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

Hospital Kinabalu
o

Tempat Raiha baharu bertugas di situ.

Sempat bertugas beberapa tahun di situ

Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

Latar Masa

1. Malam Hari
o

Kemalangan Doktor Uwang

Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan


bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih.

Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya


kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan
dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan
tersebut.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan


pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan
kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan
untuk membuat pembedahan terhadap pesakit gologan
menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


o

Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan


telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi
pusat rawatan tersebut.

Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong


Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa
anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau
bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan
meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu
dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan


Doktor Sadiz
o

Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung


selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta
mewah milik Doktor Sadiz.

Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor


Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun
setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak
perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta
Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol
tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan
tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ
pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar
kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak
perempuannnya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih

Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat


panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu
hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu
untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali
keenam dan melihat keadaannya pada waktu.

Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan


sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk
melakukan pembedahan ke atasnya.

1. Waktu Senja
o

Pembedahan keenam

Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron


berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya
dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia
mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh
tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan
tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah
Unong Siron.

Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o

Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas


mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu
Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang
mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak
asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang
dirasakan munasabah untuknya.

1. Latar masyarakat yang takut berterus terang


o

Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang


kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak
perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz
yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya
akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.

1. Latar masyarakat yang ego


o

Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan


mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab
sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan
tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta

mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga


menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu
disambar api tersebut.

1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi


o

Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil


untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu.
Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan
kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat
yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang
ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


o

Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya


walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak
lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas
menengah bawah sahaja.

1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas


o

Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak


luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.

Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan
kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan
menghantar anaknya itu di asrama.

1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya


o

Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya.


Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan
Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.

Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang


sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada
tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor
dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.

TEKNIK PENULISAN

1. Pemerian

Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia

Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak


perempuannya.
o

Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha,


penulis menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat
anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakkan api yang sedang
memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu
tanpa diduga menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat
rentung 100 peratus disebabkan oleh disambar api yang dihidupkan
apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan
menyimbah minyak petrol kea rah kereta mewah tersebut.

Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang


o

Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan


kaedah pemerian. Penulis menceritakan bahawa Felicia lahir
akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda.
Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya
sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam diri.
Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum
belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian
dalam bidang kejururawatan.

Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor


Uwang menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan
bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak
perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya.
Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa ngilu dan
tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat
mengawal kederaan yang sedang dipandunya itu hingga
menyebabkan dia melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pemerian tentang kematian Rohayu


o

Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian


Doktor Sadiz. Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang
dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap
sikap Raiha yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah
Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz hilang
pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang membelikan minyak
petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke
rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu
dengan minyak petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak
perempuannya di tempat kejadian dan apa yang sedang marak itu
menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.

Pemerian tentang penyakit Unong Siron


o

Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu


terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pampasan daripada syarikat
insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis
yang dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan
menawarkan pembedahan oleh doktor pakar di tempat dia bekerja.
Pemerian tentang pembedahan yang telah lima kali dilalui oleh
Unong Siron memberikan pengalaman ngeri kepada pembaca yang
membaca novel ini.

1. Dialog
o

Dialog Raiha dan Doktor Sadiz

Dialog Raiha dan ayahnya


o

Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada
dalam novel ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar
bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh
orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental.
Raiha turut mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan
ayahnya juga adalah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan
sokongan kepadanya.

Dialog Raiha dan Sister Felicia


o

Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini.


Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika
membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha.
Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat
sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut
mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha


memanggilnya ke pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sika
kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjeaskan bahawa
sapi tua paggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak
jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus
daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia
tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih


o

Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan


penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar
dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan

kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang


ini. Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu membantu
anaknya yang tenat kerana dia berpendapat hanya pemuda itu
sahaja yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat itu.

Dialog Raiha dengan Ibu Unong Siron


o

Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima adalah panggilan


palsu, dia mengambil kesempatan untuk menziarahi Unong Sarion
yang baharu sahaja dibedah senja itu. Sewaktu Raiha merenung
muka Unong, ibu Unong Siron bertanya tentang keadaan anaknya
itu. Raiha menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku
sebaliknya berharap agar anak gadis itu akan segera sembuh dan
tidak perlu dibedah lagi.

Dialog Doktor Uwang dengan Sister Felicia


o

Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia sewaktu menunggu


Doktor Sadiz. Selepas pulang dari rumah Datu Untong, Felicia
dihantar oleh Doktor Uwang, dan ketika menunggu Doktor Sadiz,
Doktor Uwang menyatakan bahawa sesuai dengan komitmen yang
diberikan oleh Felicia, jawatan dan tangga gajinya akan dinaikkan.

1. Imbas kembali
o

Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha

Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu.


Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana
dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian
anak istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di manamana sahaja imbasan anak perempuannya itu sering
menghantui fikirannya.

Doktor Uwang juga sering terimbas kembali saat kematian


anak perempuan Doktor Sadiz di hadapan matanya. Dia juga
terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta
ikhsan daripadanya. Dia juga terimbas kembali sewaktu
melakukan otopsi ke atas anak perempuan itu.

Imbas kembali zaman sekolah rendah


o

Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersamasama Felicia. Mereka memang bersekolah bersama-sama dan
melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia

adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup
bebas yang diamalkan.

Imbas kembali peristiwa kemalangan yang meragut nyawa Doktor


Sadiz
o

Raiha teringat kembali saat kematian bekas suaminya. Selepas


menang dalam perbicaraan Doktor Sadiz vs Raiha kerana saksi
utama tidak muncul. Sewaktu bertembung dengan Raiha di
hadapan mahkamah, Doktor Sadiz menjelaskan bahawa Raiha akan
digantung tanpa tali sampai bila-bila sebagai balasan menjejaskan
status elitnya di khalayak ramai akibat perbicaraan itu. Sejurus
beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori
tangki minyak yang berhenti di persimpangan lampu berisyarat
menyebabkan keretanya meletup dan terbakar.

Imbas kembali zaman belajar di pusat pengajian tinggi


o

Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat pengajian tinggi.


Salah seorang tenaga pengajar ialah Doktor Uwang, seorang
pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan dia secara
sukarela membantu melakukan demostrasi apabila pembelajaran
sedang dijalankan.

1. Saspens
o

Saspens punca kematian anak perempuan Raiha

Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran


jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha.
Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila
Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar
kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak
muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha
kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan
sebenar punca kematian anak Raiha.

Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat


Rawatan Pantai Kasih
o

Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh


yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens
tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada
dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan.
Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda
itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan
pemuda itu di hospital yang lain.

GAYA BAHASA

1. Peribahasa
Similie

Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

1. Penggunaan Diksi
o

Kata-kata istilah sains perubatan

Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis.


Penulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan
gambaran yang jelas tentang bidang perubatan. Antaranya

X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP,


diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi
(SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis

Perkataan masyarakat setempat


o

Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak


mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan.
Antaranya

Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

NILAI
1. Nilai Kerajinan
o

Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang


asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap
kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang
jururawat di Hospital Kinabalu.

Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin


belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut
di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja
yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

1. Nilai Ketekunan
o

Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang


tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti
ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang
merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya
mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar
bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

1. Nilai Keberanian
o

Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian


anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya
itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu
berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu
juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana
mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia
tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha
kalah dalam kes tersebut.

1. Nilai Bertanggungjawab
o

Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas


Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir.
Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis
remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu
sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut
menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.

1. Nilai Keprihatinan
o

Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya


pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah
lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
pakar yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan
mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi
merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan
dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.

1. Nilai Ketabahan
o

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap citacitanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha
tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya
kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah
hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari
segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang
oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi
seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam
bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa
tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.


o

Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya


menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh
dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar
bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, citacita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain


o

Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati.


Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula,
tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang
insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan
untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai
Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang


dilakukan
o

Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya


bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang
diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha
atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara
sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam
itu.

1. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.


o

Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama


melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan
perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah
wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang
terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk
membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya
kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.

1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang


lebih cerah.
o

Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan.


Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar
bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya,
Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga
cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.

1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.


o

Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun


ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguhsungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan
Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak
mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya sering
menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak
perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar
kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu
walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya
Doktor Sadiz.

Anda mungkin juga menyukai