Anda di halaman 1dari 7

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION


Konsep perguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan
pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud
orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi
petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang
memelihara, menjaga dan mendidik. Manakalaperguruan ialah sesuatu yang
mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu sepertisekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan
guru.
Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan
bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru
yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institutinstitut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau
masyarakat.
Pekerjaan yang dianggap professional.
Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:
1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.
- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang
unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.
2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.
- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas
guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang
tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.
3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa
menjalankan tugas.
- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam
suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.
4. Mendapat latihan khusus.
- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan
dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih

dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini
membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka
pikul semasa melaksanakan tugas mereka.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan
dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana
mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri
penting dalam pekerjaan profesional.
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli
kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula
terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturanperaturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturanperaturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.
- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan
profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk
membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar
etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.
8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin
dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut
bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut
merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang
itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah
bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang
profesional.
Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering
dipertikaikan?
Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan
bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan
individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak
seglamour pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan
ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai
pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang
beranggapan sedemikian.

Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya


ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa
yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan
keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh
menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin
juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa
pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.
Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah
jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan
untuk memperkukuhkan jawapan anda.
Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan
profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini
banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin
sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap
pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja.
Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini,
barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar,
tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk
dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.
Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru
sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya?
Pendek kata, tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah
boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya
menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan
sebagainya.
Etika perguruan.
Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku
bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi
aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang
salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi garis
panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib
dan dikenakan hukuman sewajarnya.
Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme
keguruan
Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, Segala sesuatu itu
bermula daripada diri kita dulu. Ungkapan tersebut akan menjelaskan

hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme


keguruan.
Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila.
Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan
mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh
organisasi pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu memahami dan
mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia
telahpun menghayati tatasusila tersebut.
Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau
meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita.
Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi,
mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.
Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme
keguruan, diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan
tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru,
mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri
seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan
seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan.
Pembelajaran sepanjang hayat
Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah
merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Belajar
sepanjang hayat, membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang
hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah
melahirkan tindakan pro-kehidupan.
Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian
yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan
vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di
sekolah.
Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari
secara bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia
memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan
memahami erti perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada pandangan di atas,
pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti
berikut:
Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan

meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang


pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang.
Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak
akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia
adalah proses sepanjang hayat.
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang
hayat.
Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan
yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan
ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada
para pelajar.
Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang
menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain
daripada mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami
tugas-tugasnya.
Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat
agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk
individu yang berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan
fizikal dan mental.
Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi
bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu
sentiasa dinamik.
Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat
memahami budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar.
Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap
profesionalisme perguruan.
1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan
o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan
membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.
o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus
peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus
tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.
2. Membuat penyelidikan dan penulisan

o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk


mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem
pendidikan atau pengajaran seseorang guru.
o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan
ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar,
pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam
pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.
3. Usaha ke arah perkembangan kendiri
o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing.
Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri
seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru.
o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap
terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu
guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini
seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.
4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini
o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.
Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa
ke semasa mengikut perkembangan zaman.
o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem
pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.
5. Pembelajaran sepanjang hayat
o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih
dinamik.
o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak
maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan
kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti
keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan
di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid

dan profesion keguruan.


Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan.
Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar
seseorang guru. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan
profesionalisme keguruan kerana semua guru akan menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang
pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan
ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita.
Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan
tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas
itu dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai