Anda di halaman 1dari 17

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA OBJEKTIF AM Mengetahui dan

memahami sejarah dan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diamalkan di
Malaysia. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : * Mentakrifkan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. * Menerangkan sejarah perkembangan keselamatan dan kesihataan
pekerjaan. * Menyatakan kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.
PENGENALAN Berita mengenai kemalangan di tempat kerja kerap didengari, ditontoni dan
dibaca. Malahan ada juga kemalangan itu kita alaminya sendiri. Apa yang anehnya ialah ada
di antara kemalangan itu diulangi seolah-olah kita tidak mempelajari dan mengambilnya
sebagai iktibar. Akibat terlalu kerap kita mendengar mengenai kemalangan, kadangkala kita
merasakan kemalangan itu semacam lumrah, iaitu sesuatu yang memang akan berlaku dan
tidak dapat dielakkan di dalam dunia pekerjaan. Oleh kerana kemalangan melibatkan
manusia, maka manusialah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang
ada pada dan sekeliling manusia itu hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di
dalam mencipta, mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan
melupus hazard tersebut. Dengan demikian faktor manusia memainkan peranan yang sangat
penting di dalam sesuatu kemalangan pekerjaan. Soalnya sekarang ialah siapakah manusia
itu? Adakah dia pihak kerajaan, majikan, pekerja atau masyarakat? Sekarang timbul persoalan
akauntabiliti dan mengapa akauntabiliti itu penting. Ada pendapat yang menyatakan bahawa
kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan
sifat-sifat berikut; a.sikap mementingkaan diri: seseorang akan merasakan impak sesuatu
kemalangan dan peka serta mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai
kepentingan kepada dirinya. Ini termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri,
keluarga, kenalan dan harta bendanya. Mereka ini kurang mengambil berat terhadap
kemalangan itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali. b.Salah dan betul: Ada pendapat
mengatakan bahawa sesiapa yang membuat kesilapan, maka dialah yang patut menerima
akibatnya. Dengan lain perkataan, kalau seseorang itu buat kesilapan dan mengakibatkan
kemalangan, dan jika kemalangan itu menimpa dirinya maka kemalangan ini memang patut
berlaku dan ia boleh diterima. c.Fokus yang salah: Jika kemalangan berlaku, persoalannya
bukan untuk mencari sebab musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan
yang serupa berulang, tetapi fokusnya lebih kepada menentukan seiapa yang membuat
kesilapan. Begitu juga pencegahan kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk setakat
mematuhi keperluan undang-undang dan kurang kepada usaha mengubah sikap dan budaya
kerja. d.Orang ramai mengatasi individu: Masyarakat lebih mengambil berat jika masalah itu
adalah masalah ramai, dan kemalangan melibatkan ramai orang berbanding dengan jika ia
berlaku kepada beberapa individu sahaja. Sikap inilah yang menjadikan satu insiden kepada
satu bencana yang trajek di tempat kerja kerana tindakan yang diambil sudah terlewat dan
bencana yang menimpa sukar dikawal atau lebih mahal untuk dikawal. e.Meremehkan
insiden nyaris: Insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja dianggap remeh dan tidak perlu
diambil kira. Mereka melakukan kesilapan yang besar dengan membuat andaian bahawa
insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis. f.Tidak memahami apa sebenarnya
keselamatan: Bagi sebilangan majikan dan juga pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang
tidak mutlak dan risiko sifar tidak wujud. Ini bermakna setiap pekerjaan mempunyai risikonya.
Melihat kepada senarai kelemahan di dalam sifat dan sikap manusia ini, kita dapat simpulkan
bahawa untuk mencegah berlakunya kemalangan perlu ada anjakan paradigma di dalam sifat

dan sikap manusia itu. Sifat dan sikap negatif dan reaktif yang dahulunya menjadi sesuatu
yang lumrah, hakikatnya sekarang hendaklah diubah menjadi budaya yang positif dan
proaktif. Daripada sifat dan sikap yang positif dan proaktif akan lahirlah budaya kerja selamat
yang bukan digerak dan dipandu oleh desakan pihak luar tetapi berpegang lebih kepada
prinsip tanggungjawab dan ingin mengatur diri sendiri. TAKRIF KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana
seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan
orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. SEJARAH PERKEMBANGAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN Kod Hamurabi Sejarah pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan boleh dijejak seawal tahun 2500 sebelum masihi di Babylon, melalui kod
Hammurabi. Hammurabi ialah seorang raja yang telah memerintah negerinya berpandukan
kod undang-undang. Kod undang-undang ini dipahat pada sebuah monumen batu hitam,
lebih kurang 2.4 meter tinggi dan dipamerkan untuk tatapan rakyatnya. Antara yang berkaitan
dengan pengaturan keselamatan pekerjaan ialah kod ini mentapkan agar pencegahan
kemalangan dilakukan melalui pembalasan berupa denda. Kawalan yang dicadangkan oleh
kod ini dipanggil pembalasan. Sesiapa yang didapati cuai dan kecucaiannya
mengakibatkan kematian maka mereka akan menerima balasan yang setimpal dan jika
mengakibatkan kerugian maka dikehendaki menggantikan kerugian tersebut. "Kod Hamurabi
mengatur organisasi masyarakat berpandukan kod undang-undang yang dipamer dan
dimaklumkan kepada semua rakyat untuk dipatuhi. Kod menekankan hukuman bagi
kesalahan" Revolusi Industri dan Perkembangan Legiftatif Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan di United Kingdom . Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
United Kingdom mempunyai sejarah bermula sejak Revolusi Industri dalam kurun ke-19 yang
membawa suasana kerja yang berbeza di mana pekerja lebih kerap bekerja dengan mesin
berbanding dengan menggunakan peralatan tangan atau binatang. Misalnya, jika pekerja
mengetahui kecacatan di dalam sistem kerja dan gagal mengambil kira mengenainya,
sekiranya berlaku kemalangan maka mahkamah boleh meletakkan tuduhan kecuaian ke atas
pekerja bukan majikan. Pada tahun 1833, Akta Kilang diwartakan dengan tujuan untuk
menghadkan masa kerja pekerja yang berumur di bawah 18 tahun kepada 10 jam. Ini diikuti
pada tahun 1844 dengan Akta Kilang membuat peruntukan undang-undang untuk mengawal
suasana kerja di mana buruh kanak-kanak digunakan dan memagar mesin yang
membahayakannya. Pada tahun 1972, sebuah jawatankuasa yang diketuai Lord Roben
mendapati beberapa kelemahan yang melibatkan undang-undang sedia ada dan bilangan
kemalangan pekerjaan yang tidak berkurangan. Jawatankuasa tersebut melaporkan bahawa
; *Punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap tidak peduli, *Undangundang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu banyak, sukar difahami dan tidak
memuaskan *Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada, kurang
menekankan aspek sikap, kemampuan dan pencapaian seseorang dan kecekapan sistem
organisasi yang mereka bekerja. Pada tahun 1974, Akta 1961 telah diatasi oleh Akta Kesihatan
dan Keselamatan di tempat kerja atau Health And Safety At Work Act , 1974 (HASAWA
1974). Pentadbiran HASAWA, 1974, dan segala perundangan yang dibuat di bawahnya adalah
menjadi tanggungjawab sebuah badan berkanun yang dipanggil Suruhanjaya Kesihatan dan
Keselamatan(Health and Safety Commission, HSC) . Kesimpulanya penguatkuasaan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom telah berubah daripada urusan

berbagai pihak penguatkuasa kepada yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan
Keselamatan. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia Peranan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak 120 tahun yang lalu
iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan keselamatan dandang dan kemudiannya ke atas
keselamatan jentera, ini diikuti dengan keselamatan industri, keselamatan dan kesihatan
industri dan akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang meliputi
semua bidang pekerjaan. Sejarah perkembangan keselamatan dan kesihatan di Malaysia
boleh dijelaskan dalam LIMA era iaitu: i) Era keselamatan dandang sebelum 1914 ii) Era
keselamatan jentera 1914 hingga1962 iii)Era keselamatan industri 1953 hingga 1967
iv) Era keselamatan dan keselamatan industri 1970 hingga 1994 v) Era keselamatan dan
kesihatan pekerjaan selepas 1994 Era keselamatan Dandang sebelum 1914 Tugas
utama keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun
1878, di mana En William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera. Beliau bertugas
untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu kebanyakanya digunakan di
lombong-lombong bijih timah. Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak telah
melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana ia mempunyai
kelayakan dalam bidang dandang stim diberi lesen perlantikan sebagai boiler surveyor
. Pada tahun 1892 dalam terdapat 83 dandang di Negeri Perak. Kesemua dandang digunakan
di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang digunakan di kilang gula. Enakmen-enakmen
dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana keempat-empat negeri di bawah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) mempunyai
perundangan dandangnya tersendiri. Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai
di Negeri Selangor iaitu Boiler Enacment 1892. manakala di Perak perundangan
dandang stim yang pertama berkuatkuasa pada tahun 1903. Pada tahun 1908 barulah
kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai perundangan dandang mereka
masing-masing dan kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali sebagai Inspector of
Boiler. Era keselamatan Jentera 1914 hingga 1952 Pada 1 Januari 1914 enekmenenekmen dandang stim dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery Enactment.
Berkuatkuasanya enekmen ini, pemeriksa tidak hanya membuat pemeriksaan dandang stim
sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera lain termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin
air dan pemasangan auxiliary yang bersangkutan. Pada masa yang sama jawatan
Inspector of Boiler juga dimansuhkan dan digantikan dengan Inspector of
Machinery and Assistant Inspector of Machinery. Pada tahun 1932, Machinery
Enactment pada 1913 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery
Enactment pada 1932. Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan
telah dikuatkuasakan. Ketika itu pemeriksa-pemeriksa jentera adalah di bawah pentadbiran
Jabatan Galian iaitu di bawah cawangan kejenteraan. Ini kerana pada ketika itu jenterajentera kebanyakkan tertumpu di sektor perlombongan menjadi perusahaan utama pada
ketika itu. Era Keselamatan Industri 1953 hingga 1967 Cawangan Kejenteraan berada di
bawah Jabatan Galian sehingga 1962, cawangan Kejenteraan telah dipisahkan dari Jabatan
Galian dan ditukar nama kepada Jabatan Kejenteraan. Ini kerana kebanyakkan pemeriksaan
telah berkembang luar daripada industri perlombongan. Pada 1953, semua enekmen
kejenteraan yang digunakan di negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta
negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan digantikan dengan ordinan 1953. Berkuatkuasa

ordinan ini, peranan pemeriksa tidak tertumpu kepada dandang atau keselamatan jentera
tetapi meliputi keselamatan pekerja kilang-kilang di mana jentera digunakan. Peruntukan
utama ordinan tersebut adalah seperti berikut: a)Hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga
Pemeriksa dengan kuasa-kuasa mengendalikan pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil perakuan
kebolehan. b)Peraturan-peraturan perlu dibuat c)Jentera-jentera tidak boleh dijalankan
tanpa sijil perakuan kelayakan d)Jentera-jentera perlu diperiksa dari masa ke semasa
e)Kebenaran daripada pemeriksa hendaklah dilakukan sebelum jentera diperlesenkan dan
diubah f)Semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut dengan jentera
hendaklah dilaporkan dan disiasat g)Tidak sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh
mengakibatkan kecederaan kepada orang lain h)Jentera-jentera yang tidak mematuhi
peraturan tidak dibenarkan dijual atau dipinjamkan atau disewakan i)Pemeriksa diberi kuasakuasa untuk memasuki tempat-tempat dan memberhentikan jentera-jentera yang tidak
selamat. Era Keselamatan Industri 1970 hingga 1994 Pada tahun 1967, Akta Kilang dan
Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Pada tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan
peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya
Akta ini, Ordinan Kejenteraan 1953 telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada
Jabatan Kilang dan Jentera. Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan akta tersebut
bergelar Pemeriksa Kilang dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangankekurangan yang terdapat pada Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu dari segi skop liputan ke atas
pekerja, di mana para pekerja di tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga
dilindungi. Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri telah
diperlengkapkan. Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk memperuntuknan piawaian
minimum bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja yang mempunyai 5
orang pekerja atau lebih dan di semua premis di mana jentera digunakan, termasuklah di
kilang-kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan. Akta ini
cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980 apabila
pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehinggalah pada tahun 1968, Ketuaketua pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa Inggeris. Pada tahun 1968
jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh anak tempatan. Tahun
1968 juga menyaksikan penubuhan seorang Pegawai Perubatan dan Pengawasan unit ini
telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan. Unit tersebut tidak kekal lama di
bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian
Kesihatan pada tahun 1971. Era ini juga menyaksikan perwujudan beberapa aktiviti serta
bahagian yang penting seperti tertubuhnya Bahagian Pencegahan Pencemaran pada tahun
1971, penubuhan Unit Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada
Bahagian Industri Hyiegene pada tahun 1980; permulaan aktiviti keselamatan petroleum
dengan tertubuhnya Bahagian Keselamatan Petroleum pada tahun 1985, bermulanya aktiviti
pemeriksaan khas bagi mencegah kemalangan besar industri, aktiviti latihan keselamatan dan
kesihatan industri pada tahun 1987 dengan bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (C.I.S.) pada tahun 1988 dan penubuhan Bahagian Major Hazards
pada tahun 1991. Akta Petroluem telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan
penguatkuasaannya dibuat oleh beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera
menguatkuasakan peruntukan-peruntukan akta yang bersangkutan dengan penghantaran

pertoluem melalui talian paip, pengagihan dan penyimpanan petroleum serta peralatan
perkakasan yang berkaitan. Peraturan-peraturan 1985 telah dikuatkuasakan sepenuhnya
oleh Jabatan ini. Dengan tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera
telah juga diwartakan sebagai Pemeriksa Petroluem. Cadangan untuk mengadakan sebuah
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang
dan Jentera kepada Majlis Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada
tahun 1985. Kabinet telah meluluskan penubuhan institut ini pada tahun 1991 dan
pelancarannya telah dibuat oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada bulan Disember 1992.
Institut ini adalah sebuah syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya
bermatlamat untuk menjalankan aktiviti-akitiviti latihan, pengumpulan dan penyebaran
maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Era
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan- selepas 1994 Perundangan baru keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan parlimen pada tahun 1993 dan diwartakan pada
Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera
1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor perkilangan, perlombongan
dan pengkuarian dan pembinaan yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor
industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan
Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja manakala Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan hanya
pengecualian pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera. Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 ini bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan
kesihatan dikalangan pekerja dan juga mewjudkan organisasi dan langkah-langkah
keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan di bawah skim-skim pengaturan
kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta
Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang
sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 akan mengatasinya. Akta ini mendefinisikan kewajipan-kewajipan am
majikan, pengilang, pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal.
Prinsip-prinsip utama yang diambil sebagai asas dalam penggubalan akta ini adalah seperti
berikut: Pertama - Self regulationatau pengaturan kendiri yang bertujuan menangani
perkra-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu
membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan mengadakan
satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya. Pihak majikan mengadakan
satu perkiraan yang baik untuk dilaksanakan. Kedua Perundingan iaitu pihak majikan,
pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah
berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Ketiga
Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga,
memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
Dengan Akta Keselamatan mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pemeriksa dikenali sebagai Pegawai
Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan. Di bawah Akta ini sektor-sektor industri yang
terlibat adalah seperti berikut: a)Pengilangan b)Perlombongan dan penguraian c)Pembinaan
d)Pertanian, Perhutanan dan perikanan e)Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan

kebersihan f)Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi g)Perdagangan borong dan runcit


h)Hotel dan restoran i)Kewangan, insuran, harta dan perkhidmatan perniagaan
j)Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun. Misi utama Jabatan adalah untuk
mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat dikalangan semua majikan dan pekerja
supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain yang terdedah risiko
keselamatan pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.
Senarai contoh beberapa Akta dan Peraturan yang ditunjukkan di dalam jadual 1.0 yang telah
diwartakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurus dan mengawal penggunaan bahan
berhazard dan pekerjaan yang berkaitan dengannya dan pekerjaan yang telah dikenalpasti
sebagai merbahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jadual 1.1 Contoh akta dan
peraturan "Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994 (AKTA 514) diwartakan
untuk menyatu dan menseragamkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Malaysia. AKTA 514 mengatasi tetapi tidak bercanggah dengan mana-mana akta dan
peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan" Rajah 1.0 Sejarah
perkembangan pengurusan keselamatan dan kesihatan di Malaysia Email This BlogThis! Share
to Twitter Share to Facebook Labels: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Di Malaysia
Pengenalan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan
melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja
merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah
satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika
bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia. Monday, 4 April 2011 Sejarah
Penubuhan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Keselamatan Pekerjaan
diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan
insiden letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika
berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang
terkorban di dalam insiden tersebut. Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula
menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Insiden letupan kilang Bright Sparkler di Sungai Buloh
: AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN) Adalah
menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah negara yang
maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi berasaskan proses yang mudah
kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan kepakaran 153,000 jurutera dan
pembantu teknik. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi
serta politik di Malaysia adalah di antara faktor yang menyebabkan pertambahan jumlah
kilang-kilang diseluruh negeri. Boleh dikatakan setiap hari terdapat kilang-kilang yang baru di
bina dan beroperasi, dengan jumlah kilang yang bergitu banyak maka kerajaan merasakan
perlunya diadakan satu akta yang dapat mengawal operasi sesebuah kilang. Dalam tahun
1967 telah termaktub satu akta kilang yang diberi nama Akta Kilang Dan Jentera 1967.
Langkah kerajaan memperuntukkan Akta Kilang dan Jentera 1967 bertujuan untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dilindungi. Hakikatnya, soal
keselamatan di kilang harus sama-sama ditangani oleh pihak majikan dan pekerja. Walau

bagaimanapun, secara sedar atau tidak, setiap hari kemalangan tetap berlaku samada di
rumah atau di tempat kerja, malah kemalangan di kilang lebih banyak dilaporkan.
Peningkatan kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja menunjukkan industri tidak patuh
dengan standard dan panduan daripada pihak berkuasa, kata Menteri Kesihatan, Datuk Chua
Jui Meng. terdapat 100,000 kes kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja
dilaporkan setiap tahun dalam negara. Di antara kemalangan di kilang-kilang yang dilaporkan
ialah kecederaan akibat sentuhan pada jentara, kecerlakaan peralatan kilang dan terhidu
bahan kimia. Beberapa kes kematian akibat jentera dan mesin yang rosak telah dilaporkan.
Malah beberapa kes kematian akibat terhidu gas beracun turut dilaporkan. Kebanyakan
bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah berbahaya dan boleh menyebabkan
kecederaan apabila terdedah tanpa dilindungi. Langkah-langkah keselamatan harus
dilaksanakan apabila mengendalikan bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut,
simen, getah sintetik, gentian kaca, resin dan pelekat. Dengan adanya Akta Kilang dan Jentera
1967, semua pihak yang terlibat dalam perkilangan mempunyai tanggungjawab yang sudah
tetapkan. Tujuannya ialah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja kilang.
Akta ini digubarkan dengan harapan ianya dapat mengawal kilang untuk mengikut garis
panduan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja kilang. Akta ini juga
digunakan untuk membuat pendaftaran dan pemeriksaan peralatan jentera juga mesin. Akta
kilang dan jentera 1967, juga mengambil berat tentang kesihatan pekerja-pekerja kilang. Ini
kerana pekerja kilang lebih banyak terdedah kepada bahaya keselamatan dan kesihatan.
Bahan-bahan kimia yang digunakan oleh kilang perlulah di beri perhatian yang lebih oleh
pihak majikan. Dalam akta ini juga ada tersebutnya langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh
pihak majikan juga pekerja. Selain daripada kulit yang menghadapi bahaya, bahagian lain yang
paling mudah terdedah pada bahaya bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta
bahagian atas saluran pernafasan. Kesan pendedahan adalah bergantung kepada nilai pH,jadi
pihak majikan diperlukan untuk selalu membuat kajian dan pemeriksaan keatas pH mengikut
akta ini. Selain daripada kesakitan dan tidak selesa, pekerja juga terpaksa menerima rawatan
dan mengambil cuti sakit dan ini akan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi.
Kemalangan di kilang melibatkan mesin dapat dielakkan sekiranya majikan dan pekerja
memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap keselamatan diri dan orang lain. Mengikut
akta kilang dan jentera. Setiap mesin yang digunakan perlu sentiasa di baik pulih dan
diperiksakan mengikut jangka masa yang tertentu, ini bergantung kepada jenis mesin yang
digunakan. Setiap mesin yang digunakan di dalam kilang perlu mempunyai data-data
pemeriksaan, baikpuih dan penyenggaraan sepenuhnya. Mesin-mesin yang digunakan juga
perlu dibuat pendaftaran kepada pihak yang berkenaan. Akta pendaftaran (akta ke-18 dalam
Akta Kilang) bertanggungjawab dalam pendaftaran mesin-mesin dan alatan elektrik yang
digunakan. Sesebuah kilang boleh dikenakan tindakan undang-undang seandainya tidak
membuat pendaftaran peralatan yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab akta ini
untuk menjaga keselamatan peralatan yang digunakan supaya pekara yang tidak diingini tidak
berlaku. Akta Kilang dan Jentera bertanggungjawab sepenuhnya bagi operasi sesebuah kilnag
yang dibina. Setiap kilang perlu memenuhi setiap yang telah ditetapkan oleh akta ini,
tujuannya ialah menjaga keselamatan dan kesihatan bagi pekerja-pekerja kilang itu sendiri.
Adalah penting akta ini dilaksanakan dalam negara membangun seperti Malaysia. Bukan saja
pekerja dapat dijamin keselamtannya tetapi juga productiviti sesebuah kilang itu dapat

ditingkat dan memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi negara. Akta ini juga ada
menyebut tentang pakaian perlindungan sepanjang masa yang disediakan oleh majikan dan
mematuhi segala arahan atau langkah-langkah keselamatan serta kesihatan amat digalakkan.
Contohnya bagi kilang yang menggunakan bahan kimia yang membahaya, maka pekerjanya
perlu disediakan pakaian pelindungan yang boleh menjamin keselamatan mereka. Majikan
mesti menyediakan tempat kerja dengan sistem penyenggaraan persekitaran yang bersih,
selamat dan tanpa risiko. Maklumat, arahan dan poster-poster keselamatan bagi bahanbahan berbahaya juga perlu disediakan. Penerangan mengenai bahaya bahan kimia industri
dalam program latihan keselamatan, mengadakan latihan keselamatan secara berterusan,
menyediakan peralatan keselamatan seperti sarung tangan, pelindung mata atau muka dan
krim penahan bagi mencegah berlakunya kemalangan. Pihak majikan boleh dikenakan
tidakan undang-undang seandainya tidak mengikut peraturan Akta Kilang yang ke-24.
Kesimpulannya Akta Kilang dan Jentera ini dapat menjaga keselamatan dan kesihatan
pekerja-pekerja yang berkerja di kilang. Akta ini juga secara tidak langsung dapat
mengurangkan kemalangan tempat kerja di kilang-kilang. Sesebuah kilang dan jentera perlu
mengikut akta-akta yang telah ditetapkan ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke
atas kilang yang tidak mengikut akta-akta ini. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)
1969 Menurut kajian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dalam tempoh tahun 1991
hingga 1994, bilangan kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan adalah melebihi setengah
juta kes. Jumlah kemalangan tersebut menunjukkan suatu angka yang amat
membimbangkan. Berikut adalah bilangan kemalangan yang dilaporkan mengikut tahun
(Utusan Malaysia, 1 Jun 1996): Tahun Bil. Kemalangan 1991 124,898 1992 130,019 1993
133,293 1994 122,688 Peningkatan kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja
menunjukkan industri tidak patuh dengan piawaian dan panduan daripada pihak berkuasa,
kata Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini. Katanya terdapat 100,000 kes
kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja dilaporkan setiap tahun dalam
negara (Utusan Malaysia, 2 September, 1997). Memandangkan tahap keseriusan kemalangan
di tempat kerja adalah begitu kritikal, oleh itu, soal keselamatan harus bersama-sama
ditangani oleh pihak majikan dan pekerja. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) 1969
adalah bertujuan untuk memberikan perlindungan insuran kepada pekerja-pekerja manamana industri. Bagi tujuan memastikan pekerja dan majikan bersama-sama menyumbang
kepada tabung perlindungan Perkeso, majikan bagi sesuatu industri adalah diwajibkan
mendaftarkan pekerja-pekerja mereka dan caruman bulanan adalah dikenakan dalam dua
kategori iaitu (Lembaga Penyelidikan Undang-undang): Kategori satu: Caruman bersama
antara pekerja dan majikan sebagai perlindungan terhadap kemalangan yang bakal
menyebabkan ketidakupaya dan kecederaan semasa bekerja. Kategori dua: Caruman
persendirian pekerja sebagai perlindungan terhadap kemalangan yang bakal menyebabkan
kecederaan semasa bekerja. Akta ini turut menyenaraikan jumlah caruman yang sepatutnya
dibayar oleh pihak majikan dan pekerja serta jumlah pampasan yang bakal diperolehi oleh
pekerja yang ditimpa kecelakaan. Menurut laporan The Star: Economic Report 1996/1997,
sejak PERKESO (SOCSO) ditubuhkan pada 1971, jumlah caruman terkumpul sehingga suku
pertama pada tahun 1996 adalah sebanyak RM4.7 billion. Antara feadah perlindungan yang
akan dinikmati oleh para pencarum PERKESO adalah (Lembaga Penyelidikan Undang-undang,
1993): Bayaran pampasan terhadap sebarang ketidakupayaan akibat kemalangan pekerjaan.

Bayaran pampasan terhadap sebarang kecacatan akibat kemalangan pekerjaan. Bayaran


pampasan terhadap sebarang kematian akibat kemalangan pekerjaan. Bayaran pampasan
terhadap persaraan awal akibat kemalangan pekerjaan. Akta Keselamatan Sosial Pekerja
(Perkeso) 1969 menjamin pemberian perlindungan kepada pekerja melalui skim
pampasannya. Apabila seseorang pekerja ditimpa kecelakaan yang meragut nyawa atau
menyebabkan sebarang penyakit, kecederaan atau kecacatan, skim pampasan Perkeso akan
disalurkan sebagai gantirugi kepada si mangsa. Dengan ini, bantuan yang diberikan akan
dapat mengurangkan beban si mangsa atau keluarganya atas segala kehilangan atau
kerugian. Disamping itu, Akta ini juga meliputi bidang penguatkuasaan seperti denda atau
hukuman berhubung kegagalan pihak majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka sebagai
ahli PERKESO atau kegagalan pekerja menjelaskan caruman pada suatu tempoh. Sabit
kesalahan, bagi setiap kesalahan, tertuduh akan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu
ringgit atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali (Lembaga Penyelidikan Undangundang). Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 (Jabatan Buruh) Akta Kanak-kanak dan
Orang Muda 1966 (Jabatan Buruh) hanya digunakan di Semenanjung Malaysia sahaja.
Definasi Kanak-kanak adalah mereka yang kurang daripada umur empat belas tahun.
Manakala Orang Muda adalah sesiapa yang bukan lagi kanak-kanak tetapi belum memcapai
usia enam belas tahun. Kementerian mengarahkan satu badan yang terdiri daripada ahli
bebas dari sebarang kepentingan untuk mempengerusikan perbincangan isu-isu seperti kadar
bayaran minimum dan hak-hak golongan kanak-kanak dan orang muda. Akta Kanak-kanak
dan Orang Muda 1966 hanya membenarkan golongan berkenaan melakukan pekerjaan di
siang hari bersesuaian dengan keupayaan dirinya. Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966
juga melarang golongan berkenaan dari melakukan sebarang pekerjaan yang waktu bekerja
dari pukul lapan malam sampai enam pagi keesokkannya. Bekerja secara berterusan selama
empat jam berturut-turut tanpa berhenti rehat tiga puluh minit atau bekerja tujuh jam pada
satu hari bekerja. Akta ini di bawah seksyen 15, memastikan tiada golongan bawah umur yang
bekerja di pusat-pusat hiburan kecuali dibenarkan untuk kes-kes istimewa. Akta ini juga
memastikan lesen beroperasi akan ditarik balik jika terdapat gologan kanak-kanak atau orang
muda melakukan pekerjaan yang membahayakan diri, kesihatan atau pekerjaan yang tidak
bermoral. Hukuman kepada sesiapa yang melanggar Akta Kanak-kanak dan Orang Muda
boleh dipenjarakan selama tidak lebih dari enam bulan atau denda sebanyak dua ribu ringgit
atau kedua-dua sekali. Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, pesalah boleh dikenakan
penjara dalam jangka masa tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau kedua-duanya. Akta Pekerjaan 1955 yang mengandungi beberapa peraturan juga
secara automatik boleh digunakan oleh Kanak-kanak dan Orang Muda di dalam melindungi
hak dan kepentingan mereka. Akta Perhubungan Perindustrian, 1967 Akta Perhubungan
Perindustrian, 1967 merupakan suatu akta bagi mengadakan peraturan mengenai
perhubungan di antara majikan, pekerja-pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja di sektor
perindustrian. Tujuan Akta ini juga merangkumi tindakan mencegah dan menyelesaikan
sebarang perbezaan pendapat atau pertikaian yang berbangkit daripada perhubungan antara
majikan dengan pekerja (Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 1993). Menurut laporan
Global Competitiveness 1997 yang berpangkalan di Geneva, Malaysia tersenarai di kalangan
negara-negara membangun dan sedang membangun, sebagai negara ketujuh paling
cemerlang dalam perhubungan perindustrian (The Star, 13 Januari 1998). Penilaian adalah

berdasarkan kepada aspek suasana tempat kerja, pendapatan pekerja dan undang-undang
pekerjaan. Menurut laporan itu, buruh kanak-kanak adalah tidak wujud dan hak wanita
adalah terpelihara dan tidak ditindas dari segi peluang pekerjaan. Laporan tersebut turut
memuji kesungguhan Malaysia dalam meningkatkan mutu latihan teknikal, produktiviti dan
juga kemampuan menyelesaikan pertikaian pekerja secara kos minima. Seperti apa yang
termaktub dalam Akta Perhubungan Perindustrian 1967, pewujudan perhubungan yang erat
dan kukuh di antara majikan dengan pekerja dan kesatuan-kesatuan sekerja adalah menjadi
agenda utama Akta ini (Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 1993). Akta ini memastikan
hak pekerja terpelihara dalam soal penglibatan dan penyertaan dalam kegiatan kesatuan
sekerja. Akta ini juga menjamin agar kesatuan sekerja adalah bebas daripada pengaruh,
kawalan atau campurtangan pihak majikan. Ini adalah bagi mengelakkan diskriminasi oleh
pihak majikan terhadap pekerja-pekerja yang bergiat dalam urusan kesatuan sekerja. Dari
segi pencegahan dan penyelesaian terhadap perbezaan atau pertikaian yang berbangkit
daripada perhubungan antara majikan, pekerja dan kesatuan pekerja. Akta ini mempunyai
kuasa untuk menyekat sebarang tindakan mogok, sekat masuk dan piket. Akta ini juga boleh
dirujuk untuk tujuan mengadakan perundingan kolektif antara pihak majikan dengan pihak
kesatuan sekerja dalam usaha penyelesaian masalah. Akta ini juga memberikan kuasa mutlak
kepada Ketua Pengarah atau Menteri dalam mendamaikan sebarang konflik yang menemui
jalan buntu. Tambahan pula, Mahkamah Perindustrian juga boleh ditubuhkan khusus untuk
menyelesaikan sesuatu pertikaian berhubung dengan majikan, pekerja atau kesatuan sekerja.
Kuasa yang ada pada mahkamah membolehkannya mengarahkan mana-mana pihak untuk
memberikan keterangan dan penyemakan dokumen dijalankan. Ini secara terus
mempercepatkan penentuan perkara. Mahkamah berkuasa dalam memerintah mana-mana
pihak untuk disatukan, digantikan atau dibatalkan. Dalam kes-kes tertentu, Jawatankuasa
Penyelidikan atau Lembaga Siasatan juga boleh ditubuhkan untuk membantu Mahkamah
Perindustrian untuk menjalankan penyelidikan dan siasatan terhadap sesuatu pertikaian
perdagangan. Selain daripada itu, Akta ini juga secara tidak langsung melindungi kepentingan
pekerja dalam soal pemecatan agar pekerja-pekerja tidak dibuang kerja tanpa sebarang
alasan yang munasabah. Mengikut peruntukan yang diberikan, Akta ini mempunyai kuasa
untuk mengarahkan pihak majikan untuk menerima semula pekerja yang dipecat. Akta ini
memandang berat terhadap kesalahan-kesalahan untuk memecat pekerja atau
mencederakan atau mengancam untuk mencederakan seseorang pekerja semasa bekerja
atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya. Akta ini juga
menggariskan larangan serta tindakan tata tertib terhadap pelajar yang terlibat dalam
pertikaian perdagangan. Selain daripada itu, ia turut menyediakan panduan yang sah dalam
pelancaran sebarang mogok dan sekat masuk. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
(Akta 452) "Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24.
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah satu akta yang memelihara kebaikan para
pekerja. Jumlah caruman terkumpul Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga 31
disember lalu ialah RM 130.85 billion, meningkat sebanyak RM 16.66 billion berbanding tahun
sebelumnya (Berita Harian Online, Khamis, 25 April 1988). Kerajaan melalui Akta 452 boleh
memastikan setiap pekerja membuat dua puluh dua peratus simpanan wang daripada gaji
atau upah. Ia merupakan satu tabung simpanan wang untuk persedian hari tua dan dapat
memenuhi impian pekerja memiliki rumah atau sebagai wang saraan hidup di hari tua.

Pekerja asing kecuali pembantu rumah yang berkhidmat di negara kita diwajibkan mencarum
sebelah peratus daripada pendapatan mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) mulai Ogos ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wong See Wah, berkata
keputusan itu, yang dibuat oleh Kabinat turut mensyaratkan majikan mencarum RM 5 sebulan
bagi setiap pekerja asing mereka. (Berita Harian Online, Jumaat, 24 Julai 1988). Peranan Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memastikan pembayaran caruman hendaklah dikirimkan
oleh majikan supaya sampai kepada Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak lewat
dari hari yang kedua puluh satu selepas akhir bulan di mana caruman itu kena bayar.
Sekiranya seorang majikan yang gagal dalam tempoh yang ditetapkan untuk membayar
Kumpulan Wang caruman pekerjanya. Apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu
tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
kedua-duanya. Pengiriman hendaklah secara tunai atau apa-apa cara lain sebagaimana yang
diluluskan oleh Lembaga. Jika bonus dibayar kepada pekerja di bawah kontrak
perkhidmatannya, bonus tersebut hendaklah bersama-sama dengan upah bagi bulanan dikira
sebagai caruman yang kena dibayar oleh majikan. Peruntukan di bawah Akta, ahli Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja yang berumur lapan belas tahun ke atas boleh menamakan manamana orang sebenar untuk menerima kreditnya yang kena dibayar kepadanya selepas
kematiannya dalam borang yang ditetapkan. Jika ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
memberi notis pengeluaran atas alasan membeli rumah atau membina rumah kampung di
bawah peruntukan-peruntukan seksyen 54(3) (b) Akta itu, pembelian itu untuk rumah kos
rendah.Tetapi pengeluaran hendaklah tidak melebihi empat puluh lima peratus dari amoun
yang masih ada dalam kredit ahli itu atau amoun yang ditetapkan mengikut yang mana
kurang. Baru-baru ini, cadangan agar kerajaan bersikap lebih terbuka dengan membenarkan
pekerja yang dibuang mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi
membolehkan mereka membayar ansuran perumahan dan hutang lain yang difikirkan perlu
(Berita Harian Online, Jumaat, 8 Mei 1988). Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
berperanan menjaga kebajikan pekerja dengan membuat pembayaran disebabkan kematian
ahli kumpulan wang. Jika ahli Kumpulan Wang mati tanpa membuat penamaan, Lembaga
membayar kredit ahli yang mati itu apabila pemohon yang mengemukan Surat Probet atau
Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian mengikut mana yang berkenaan dan
hendaklah disertakan dengan borang tertentu yang telah disempurnakan. Lembaga
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tertakluk kepada seksyen 18(2) melabur wang kepunyaan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut cara yang selamat dan kurang risiko kerugian
melalui :- didepositkan dalam Bank Negara Malaysia atau Bank yang dilesenkan sewajarnya
di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989; atau Mana-mana institusi
kewangan lain yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Bank Dilaburkan dalam saham
mana-mana syarikat awam yang tersenarai dalam bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia
dan pembelian saham baru, terbitan atau jualan yang baginya telah diluluskan di bawah Akta
Perindustrian Sekuriti 1983. Dilaburkan dalam bon-bon atau pembelian kertas-kertas gadainiaga dan bil-bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil-bil Pertukaran 1949. Memberi
pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan, Negeri atau ahli Kumpulan Wang tertakluk kepada
apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga. Dalam seksyen 26, Lembaga juga
diberi kuasa melabur dalam syarikat yang diluluskan. Daripada semua aktiviti pelaburan yang
dilakukan oleh Lembaga, KWSP memperolehi pendapatan kasar RM 8,784.45 juta berbanding

RM 8,231.59 juta pada tahun 1996. Ia juga mengumumkan dividen tahun lalu sebanyak 6.7
peratus, satu peratus lebih rendah berbanding 1996 (Berita Harian Online, Khamis, 5 Mac
1988). Kadar caruman mengikut Akta 452 (43) (1) pekerja perlu membayar sepuluh peratus
(10%) dari upah bulanannya manakala majikan perlu memberi caruman sebanyak dua belas
peratus (12%). Oleh yang demikian, setiap pekerja akan memperolehi sebanyak 22% dari
upah bulanan untuk dijadikan simpanan wang untuk hari tua. Akta Kesatuan Sekerja ( AKTA
262 - 1959 ) Penubuhan syarikat-syarikat di Malaysia bukan sahaja perlu mengambilkira
organisasi syarikat, untung dan rugi dalam perjalanan syarikat dan soal keselamatan sahaja.
Setiap syarikat mempunyai polisi mereka tersendiri. Polisi yang digubal oleh pihak majikan,
yang mana antara jelas atau tidak perlembagaan yang dibentuk di bawah satu syarikat lebih
berat kepada pihak majika itu tersendiri. Bermulanya operasi syarikat itu bermakna
merupakan titik permulaan kepada satu organisasi yang kompleks. Ini dapat dijelaskan
apabila suara dari para pekerja tidak sampai ke pihak majikan jika mereka ingi menyampaikan
sebarang ketidakpuasan hati mereka . Sebarang kepincangan dan salah laku oleh pihak
majikan menjadi isu utama dikalangan para pekerja. Atas dasar itu satu akta khusus membela
kepentingan para pekerja telah digubal pada tahun 1959 telah digubal dan dipakai terima di
parlimen sehingga kehari ini. Akta yang dimaksudkan itu ialah Akta Kesatuan Sekerja. Di
bawah akta ini bermakna dikalangan para pekerja di sesebuah syarikat itu wujudnya satu
organisasi kecil bagi mewakili suara mereka . Ia juga sebagai satu saluran antara mereka dan
pihak majikan bagi membincangkan isu-isu yang ditimbulkan oleh para pekerja untuk dibawa
ke pihak majikan dan mencari jalan penyelesaian. Ini kerana banyaknya berlaku tunjuk
perasaan dikalangan para pekerja adalah berpunca dari tiadanya Kesatuan Sekerja yang
bertindak sebagai satu suara bagi mereka. Akta ini antara lain menyatakan apa yang
boleh dan tidak boleh dilakukan oleh sebuah Kesatuan Sekerja di syarikat tersebut. Juga
dinyatakan di sini ialah akibat dari melanggar akta. Terdapat 13 bahagian dalam Akta
Kesatuan Sekerja ini yang menggariskan perundangan yang perlu diterima lantaran dari
tertubuhnya sebuah Kesatuan Sekerja di syarikat. Dua bahagian pertama dari akta ini
menjelaskan kepada matlamat akta ini dibentuk dan tujuannya. Akta ini juga menyatakan
prosedur bagi penubuhan Kesatuan Sekerja di syarikat, keperluannya Kesatuan Sekerja.
Permohonan perlu di buat pada pihak berkenaan dan jika diterima sijil pengesahan akan
dikeluarkan dan Kesatuan Sekerja boleh bertindak berdasarkan akta yang telah digubal.
Implikasi atas kegagalan sesebuah Kesatuan Sekerja untuk mendaftarkan kesatuan yang
ditubuh juga dijelaskan di sini. Antara lain bahagian di bawah akta ini menjelaskan hak dan
tanggungjawab yang dipikul oleh Kesatuan Sekerja. Kesatuan Sekerja yang telah didaftarkan
dan diberi kelulusan untuk bergerak akan layak untuk menikmati ganjaran dan kekebalan.
Kesatuan Sekerja di bawah nama persatuan berdaftar juga boleh menyaman pihak majikan
atau sebaliknya jika berlakunya kepincangan semasa menjalankan tanggungjawab yang telah
ditetapkan. Bukan semua orang boleh menganggotai atau mendapatkan keahlian sebagai ahli
Kesatuan Sekerja. Mereka sendiri mestilah sebagai pekerja di syarikat itu dan bukan seorang
pelajar di mana-mana institusi pendidikan. Kesatuan Sekerja juga layak untuk mengambil
pekerja bagi Kesatuan Sekerja mereka seperti yang telah digariskan (setiausaha dan
bendahari). Namun begitu mereka mesti bukan seorang yang memegang jawatan yang sama
di mana-mana kesatuan yang lain. Sebarang keluar masuk ahli kesatuan perlu dimaklumkan
kepada pihak berkuasa. Begitu juga sebarang perpecahan yang berlaku di bawah Kesatuan

Sekerja perlu diberikan notis makluman dalam masa 14 hari yang ditandatangani oleh 7 orang
ahli dan setiausaha Kesatuan Sekerja dan dihantar kepada Pengarah . Kesatuan Sekerja perlu
juga di sini untuk melantik sekurang-kurangnya 3 orang sebagai pemegang amanah Kesatuan
Sekerja mereka. Mereka yang dilantik perlulah seorang yang dipercayai. Pemegang Amanah
ini akan bertanggungjawab terhadap harta benda yang dikumpulkan oleh Kesatuan Sekerja.
Seperkara lagi yang mungkin tidak ramai faham ialah ahli Kesatuan Sekerja dilarang sama
sekali menjalankan tunjuk perasaan atau demonstrasi bagi menentang majikan mereka. Ini
turut digariskan disini dibawah tajuk kesalahan dan hukuman. Sebarang pelanggaran akta ini
akan membawa kepada kemungkinan dilucutkan keahlian dari Kesatuan Sekerja atau
Kesatuan Sekerja itu sendiri akan menghadapi situasi dibubarkan. Kesimpulan yang dapat
dibuat di sini ialah sebarang tindakan yang dibuat di luar dari atas nama Kesatuan Sekerja
yang berdaftar tidak akan diterima dan dipertimbangkan oleh pihak majikan. Prosedurnya ada
dinyatakan untuk menegakkan hak para pekerja dan ini bermakna sebarang suara di luar
prosedur tidak akan dipertimbangkan untuk dibawa ke pengetahuan pihak majikan. Rujukan
Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262- 1959), Peraturan -1959.International Law Book Services
1995. Berita Harian Online, Khamis, 5hb Mac 1998. Dividen KWSP 6.7 peratus Berita Harian
Online, Khamis, 23hb April 1998. Jumlah caruman KWSP RM 130.5 billion Berita Harian
Online, Jumaat, 8hb Mei 1998. Benaekan pekerja dibuang keluarkan wang KWSP Berita Harian
Online, Jumaat, 24hb Julai 1998. Pekerja asing carum 11 peratus, majikan RM 5 Bernama
(1997, September 2). Industri engkar nahas di tempat kerja meningkat. Sumber Internet:
Utusan Malaysia. Economic Report 1996/97. Provident Funds. Sumber Internet: The Star
Publication. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan. (1967). Factories and Machinery Act 1967
Lembaga Penyelididkan Undang-undang. (1993). Akta Perhubungan Perindustrian, 1967 (Akta
177). Kuala Lumpur: International Law Book Services. Lembaga Penyelididkan Undangundang. (1993). Employees' Social Security Act, 1969. Kuala Lumpur: International Law Book
Services. M. Krishnamoorthy. (1998, Januari 13). Our Industrial Relations Gets Top Marks.
Sumber Internet: Star Online. Noor Hasani Hashim. (1998, Jun 1). Bahaya Kimia Industri.
Sumber Internet: Utusan Malaysia Online. Utusan Malaysia,Isnin, 2hb September
1997.Industri engkar nahas di tempat kerja meningkat Prinsip Perangkaan Akta Kesihatan Dan
Keselamatan Pekerjaan 1994 Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka
berdasarkan enam prinsip iaitu: Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada
aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik. Pihak pengurusan dan pekerja
mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang
kemalangan. Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan
keselamatan di tempat kerja. Dasar/Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan
hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja. Organisasi dan
sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan
dan keselamatan pekerjaan. Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan.
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994. APA ITU OSHA??? Keselamatan dan kesihatan
pekerjaan adalah suatu keadaan dimana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja
yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas aktivitiaktivitinya. SEJARAH OSHA??? KOD HAMURABI (PEMBALASAN) Dijejak di Babylon seawal
tahun 2500 sebelum masihi. Di negeri tersebut seorang raja memerintah berpandukan kod

undang-undang. Menekankan hukuman bagi kesalahan . Menetapkan pencegahan


kemalangan dilakukan melalui pembalasan melalui data. UNITED KINGDOM Sejak kurun
ke-19 revolusi industri bermula Sentiasa bekerja dengan mesin berbanding penggunaan
tangan dan binatang. PERANAN OSHA Sejak 120 tahun yang pada akhir abad ke -19. 1.
Dandang sebelum 1914 2. Keselamatan jentera 1914-1962 3. Industri 1953-1967 4. Semua
industri 1970-1994 5. Semua bidang pekerjaan selepas 1994 TERMA-TERMA POPULAR
DALAM OSHA??? Prinsip Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka
berdasarkan enam prinsip iaitu: Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek
penting pengurusan dan kemahiran yang baik Pihak pengurusan dan pekerja mestilah
bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di
tempat kerja Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui
oleh semua pekerja di tempat kerja Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun
dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan Pengetahuan
dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan ORGANISASI-ORGANISASI OSHA DALAM
MALAYSIA???

JKKP-http://www.dosh.gov.my/mengenai/

CIDBhttp://www.cidb.gov.my/ PERKESO-http://www.perkeso.gov.my/melayu NIOSHhttp://www.niosh.com.my/ a) JABATAN KESELAMATAN DAN KASIHATAN PEKERJAAN (JKKP)


Aktivitinya: Pengilangan Perlombongan dan pengkuarian Pembinaan Hotel dan
restoran Pertanian,perhutanan,perikanan Objektif: Untuk menggubal dan mengkaji dari
semasa ke semasa melalui proses tripatisme dasar ,undang-undang ,tata amalan dan garis
panduan. Untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan
galakkan,latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan. b) PERTUBUHAN KESELAMATAN
SOSIAL (PERKESO) Memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa luar
jangka seperti bencana,kemalangan semasa perjalanan dan kematian c) LEMBAGA
PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) Menubuhkan satu badan bagi menyelia
dan mengawal isu dan kesan yang berlaku dalam industri pembinaaan . Contohya:
Kekurangan tenaga pekerja dan buruh Pemasaalahan sumber dan pembekalan bahan
Produktiviti yang rendah Peningkatan kadar kemalangan ditapak baru Kelemahan
pengurusan dan pelaksanaan projek Kekurangan muklumat penting dan data dalam
pembinaan atau projek d) INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA
(NIOSH) Memberi khidmat dalam latihan,sumber maklumat,dan pusat penyelidikan.
Membantu pelaksanaan dan meyelesaikan permasaalahan berkaitan dengan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan. Aktivitinya : Keselamatan ditapak pembinaan Keselamatan
dalam penggunaan bahan Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
KEPENTINGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1. TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan,kesihatan dan
kebajikan para pekerja semasa bekerja: Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem
kerja yang, setakat praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. Pembuatan
perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko.
Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk
memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang
bekerja. 2. Tanggungjawab Pekerja Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang
bekerja : Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan

dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa
bekerja. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam
menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang
lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Untuk
memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian
perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada
keselamatan dan kesihatnnya. TERMINOLOGI KESELAMATAN DAN KASIHATAN PEKERJAAN
Penggunaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah tertakluk kepada terma
dan definisi seperti berikut: CIAST : Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
VTRD : Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Latihan Vokasional NITP : Jabatan
Program Latihan Pengajar Kebangsaan JPPP : Jabatan Pembangunan Pengajar dan
Penyelia JPK : Jabatan Pembangunan Kemahiran UPL : Unit Pengurusan Latihan
KJ : Ketua Jabatan KB : Ketua Bahagian KU : Ketua Unit EEC : Bahagian Elektrikal
dan Elektronik DKKP : Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKKP : Prosedur
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AKKP : Arahan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan BKKP : Borang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKK : Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKK : Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
JKKP : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kepentingan kesihatan dan Garis
Panduan Pengurusan Keselamatan dalam lingkungan tempat kerja Keselamatan dan
pentadbiran Kesihatan (OSHA) telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan program
perlindungan sukarela untuk menggalakkan majikan untuk melakukan lebih daripada hanya
mematuhi peraturan-peraturan untuk mencegah kecederaan dan penyakit pekerjaan.
Walaupun pematuhan dengan undang-undang, termasuk standard OSHA tertentu, adalah
objektif penting, program keselamatan korporat yang berkesan kelihatan melangkaui
keperluan undang-undang yang khusus untuk menangani semua bahaya. Ia bertujuan untuk
mengelakkan kecederaan dan penyakit, sama ada atau tidak pematuhan adalah satu isu. Ini
adalah tepat apa yang sesetengah tempat kerja terbaik firma perundingan Keselamatan
lakukan. Kesihatan dan Keselamatan pengurusan sistem piawaian/garis panduan yang
penting bagi Perunding Keselamatan dan Kesihatan korporat untuk mewujudkan. Amalanamalan pengurusan keselamatan akan disusun, digunakan, dan akhirnya menyokong oleh
profesional Keselamatan dan Kesihatan dan pakar-pakar yang mewakili Syarikat-Syarikat,
persatuan-persatuan profesional dan Kesatuan buruh. Hasilnya, garis panduan ini digunakan
untuk menggalakkan Keselamatan tempat kerja melalui audit keselamatan yang berkesan dan
menyeluruh. Garis Panduan Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan meminta
pengenalpastian yang sistematik, penilaian, dan pencegahan atau kawalan am tempat kerja
bahaya, bahaya kerja yang khusus, dan bahaya yang mungkin timbul daripada keadaan yang
boleh diramalkan. Selain daripada itu, setakat mana program Sistem Pengurusan
Keselamatan dan dinyatakan secara bertulis adalah kurang penting berbanding bagaimana
berkesan ianya amalan. Seperti saiz yang berulang atau kerumitan operasi berbahaya yang
meningkat, Walau bagaimanapun, keperluan untuk panduan bertulis meningkatkan
memastikan komunikasi yang jelas dasar-dasar dan keutamaan dan pemakaian yang
konsisten dan adil bagi. Atas sebab ini, ia adalah penting bagi organisasi untuk mendapatkan
bimbingan firma Keselamatan dan kesihatan pekerjaan industri untuk. Ternyata kepakaran
sebuah organisasi Keselamatan, sebuah syarikat dengan berkesan boleh menyediakan untuk

OSHA di sukarela perlindungan Program (VPP). Sejak Keselamatan firma perunding


menjalankan audit yang komprehensif dengan penekanan pada berorientasikan penyelesaian
cadangan untuk penambahbaikan program, syarikat-syarikat yang menjadi lebih sedar
tentang faktor-faktor tertentu yang meletakkan Keselamatan risiko serta tindakan-tindakan
yang perlu diambil untuk menggalakkan suasana kerja yang selamat dan kesihatan pekerjapekerja mereka. Unsur-unsur utama berkesan pekerjaan Keselamatan dan Kesihatan program
termasuklah: Komitmen pengurusan dan penglibatan pekerja. Ini panggilan bagi: Dasar
berulang pada kerja yang selamat dan Kesihatan dan syarat-syarat bekerja yang dinyatakan
dengan jelas supaya semua anggota dengan tanggungjawab di tapak dan kakitangan di lokasilokasi lain dengan tanggungjawab untuk tapak memahami keutamaan perlindungan
keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan nilai-nilai organisasi yang lain. Satu
matlamat yang jelas untuk program Keselamatan dan Kesihatan dan matlamat bagi
memenuhi matlamat tersebut supaya semua ahli-ahli organisasi memahami keputusan yang
diingini dan langkah-langkah yang dirancang untuk mencapai matlamat. Penglibatan
pengurusan atasan dalam melaksanakan program ini supaya semua akan memahami
komitmen pengurusan tersebut adalah serius. Penglibatan pekerja dalam struktur dan
operasi program dan keputusan yang memberi kesan kepada Keselamatan dan Kesihatan,
untuk membuat penuh penggunaan insight dan tenaga mereka. Penyerahan
tanggungjawab bagi semua aspek program supaya Pengurus, penyelia dan pekerja-pekerja
dalam semua bahagian dalam organisasi mengetahui apakah prestasi dijangka daripada
mereka. Peruntukan mencukupi kuasa dan sumber-sumber kepada pihak-pihak yang
bertanggungjawab, jadi yang diberikan tanggungjawab boleh dipenuhi. Induk Pengurus,
penyelia dan pekerja-pekerja yang bertanggungjawab untuk memenuhi tanggungjawab
mereka, supaya tugas-tugas yang penting akan dilakukan. Semakan Tahunan program
operasi untuk menilai kejayaan mereka dalam memenuhi matlamat dan objektif, supaya
kekurangan boleh dikenal pasti dan/program atau objektif boleh ditingkatkan apabila
matlamat dan objektif tidak dipenuhi. Analisis berulang. Ini termasuk: Pengenalan semua
bahaya dengan menjalankan dasar berulang kaji selidik bagi Keselamatan dan kesihatan serta
kaji selidik berkala Kemaskini yang komprehensif. Termasuk juga akan analisis Kemudahan
baru dan terancang, proses, bahan dan peralatan; dan satu lagi kerja rutin bahaya.
Keselamatan tapak yang tetap dan pemeriksaan kesihatan, supaya baru dan/atau pernah
terlepas kegagalan dalam kawalan bahaya dikenalpasti. Sistem boleh dipercayai untuk
menggalakkan pekerja, tanpa takut tindakan balas, untuk memaklumkan kepada pihak
pengurusan tentang keadaan yang kelihatan berbahaya dan memberikan maklum balas yang
sesuai dan tepat pada masanya. Penyiasatan kemalangan dan kejadian nyaris, supaya
punca-punca dan cara untuk mencegah mereka dikenal pasti. Analisis kecederaan dan
penyakit aliran lebih dilanjutkan tempoh supaya corak dengan sebab-sebab biasa boleh
dikenal pasti dan menghalang. Bahaya pencegahan dan kawalan. Ini panggilan bagi:
Prosedur yang memastikan bahawa semua bahaya semasa dan potensi diperbetulkan
dalam masa yang ditetapkan melalui Kejuruteraan teknik-teknik yang sesuai; amalan-amalan
kerja selamat yang difahami dan diikuti oleh semua pihak; penyediaan peralatan
perlindungan peribadi; dan kawalan Pentadbiran, seperti mengurangkan tempoh
pendedahan. Latihan kesihatan dan Keselamatan. Ini termasuk latihan kepada:
Memastikan bahawa semua kakitangan memahami bahaya yang mereka boleh terdedah

dan bagaimana untuk mencegah kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.
Mengesahkan bahawa penyelia dan Pengurus memahami tanggungjawab mereka dan
sebab-sebab mereka supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih
berkesan. Pakar-pakar Keselamatan tempat kerja yang paling berkesan membantu syarikatsyarikat (di peringkat antarabangsa, Nasional dan tempatan) secara berterusan meningkatkan
sistem pengurusan keselamatan mereka melalui pengauditan yang komprehensif di mana
satu pasukan amat layak/disahkan, Keselamatan dan Kesihatan profesional mengkaji
pelanggan organisasi dari segi pematuhan OSHA, program-program Keselamatan, latihan
sistem, dan lain-lain dan mencadangkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan proses
pengurusan kerana ia berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai