Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI

Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular
dalam kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG


Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan
pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita
juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung
semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan
berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat
membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi
kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayursayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang
direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu
mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam
minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake
cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan
meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak
yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para pengkaji
dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal Journal The Lancet, remaja
AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk yang berisiko mengganggu
kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga disebabkan oleh punca lain.
Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang menarik seperti
kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah.
Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.
Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petua
mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan seimbang, minum air
secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat. Cara diet yang betul secara
asas perlu diamalkan oleh pelajar yang mengalami masalah obesiti seperti beberapa panduan
diet yang betul seperti, ambil protein yang mencukupi. Tubuh secara puratanya memerlukan
30 gram protein dalam sehari. (makan berprotein daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran
dan kekacang).

MAKANAN YANG SESUAI


Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan
yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh
kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar menghabiskan
masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda
harus ingat aktivitri separti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini
dopanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya duduk dan tidak sedikitpun melakukan
senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan
kegemukan. Juteru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda boleh
melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan,
mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan
sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga
dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF


Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang,
kalau ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan
lagi aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara
berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti
yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam
selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal,
aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.
Makan terlalu cepat. Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association
mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara
berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk
memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah
merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

KENAPA PERLU BERSENAM


Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah. Antaranya
adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai
penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan
kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih
cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah
pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit
jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan
imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses
osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh
menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain.
HASWANI BINTI HARUN (206751)

MENGUBAH TABIAT
Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat
badan seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang
itu perlu mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan
perkara-perkara yang menyebabkan kegemukan serta tidak selalu mengelak untuk makan. Ini
boleh meningkatkan risiko untuk gemuk. Pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk
mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa
menonton televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan
mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila
mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin
untuk meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau
jumlah dan jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat
dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak
dititikberatkan minda akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang
seimbang.mereka juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana
golongan tersebut dapat menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.
Mengelak waktu makan. Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat
Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi
ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan,

ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa
lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

UBAT-UBATAN
Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus
berat badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk
menhaklang enzim lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang
dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada
lemak tersebut dan bakinya akan memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat
juga ubat untuk mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat
ini,ia akan mengawal fingsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit
berasa kenyang.kesan sampingannya ialah hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan
sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu kerana mengundang kesan sampingan
.ubat yang ketiga adalah ubat kencing manis.ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan
memperbaiki sensitivity sel terhadap hormone insulin.ubat yang keempat merupakan ubat
antikemurungan.walaupaun ia boleh menurunkan berat badan ,ia tidak digunakan untuk
mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.penggunaan ubatubatan juga tidak digalakkan keran akan membahayakan kesihatan.di samping itu,individu
juga boleh mengambil produk herba seperti yang kita semua tahu iaitu Jus mate 5.produk
tersebut dapat membantu golongan yang mengalami masalah obesity.terbukti perubatan Dr.
Rozmey membawa kepada kejayaan kerana ramai yang menggunakan produk ini telah
Berjaya mengurangkan berat badan mereka.oleh itu .individu yang mengalami obesity
disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatric,pakar pemakanan atau pakar diet
adalah satu keadaan yang kompleks.nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknikteknik diet yang mungkin memberi kesan buruk.
NUR HANIM BINTI AYOB (206745)

Anda mungkin juga menyukai