Anda di halaman 1dari 3

4.

2 KESAN OBESITI

4.2.1 Segi psikologi


Kesihatan mental akan terjejas akibat masalah obesiti. Namun,
kesihatan mental ini bukan mengaitkan masalah obesiti dengan
penyakit gila atau masalah otak. Masalah mental ini lebih cendorong
kepada emosi individu yang menghadapi masalah obesiti. Seseorang
yang menghadapi masalah obesiti biasanya akan didiskriminasikan
atau diejek oleh orang lain mahupun semasa zaman persekolahan
atau zaman bekerja. Hal ini akan meninggalkan kesan psikologi yang
amat mendalam dalam seseorang itu. Kalau dia seseorang kanak
yang mengalami ejekan akibat obesiti semasa zaman persekolahan,
kesan psikologi dalam hatinya akan lebih mendalam dansukar
dihapuskan sehingga tahap keyakinan dirinya semakin rendah. Kesan
ejekan akibat obesiti pada umur yang muda akan dibawa sehingga
mereka dewasa. Hal ini berkemungkinan besar menjejaskan tahap
kepuasan hidup mereka pada masa depan.

4.2.2 Masalah sosial


Seseorang yang menghadapi masalah obesiti akan berasa rendah diri
dan malu untuk berinteraksi dengan orang lain Mereka akan berasa
penampilan diri kurang menarik berbanding dengan orang yang
mempunyai tubuh yang kurus. Individu yang menghadapi masalah
dalam interaksi dan sosial. Mereka kurang aktif dalam kegiatan sosial
kerana takut diejek atau didiskriminasikan oleh orang lain. Mereka
akan berasa sendiri diabaikan kerana mempunyai penampilan dan
tubuh badan yang besar. Mereka yang kurang aktif dalam aktiviti
sosial biasanya akan duduk dalam rumah dan kurang bersukan
kerana

menganggap

dirinya

sudah

tidak

mempunyai

jalan

penyelesaian untuk mengurangkan berat badan. Mereka akan


bersikap pasif dan berfikiran negatif. Mereka berasa sedih dan
tertekan akibat kelemahan diri. Apabila berasa tertekan, kebanyakan
pesakit obesiti akan memilih makan makanan yang banyak unuk

meluahkan tekanan mereka. Secara tidak langsung, masalah obesiti


tidak dapat ditangani malah memadahkannya lagi.

4.2.3 Menjejaskan kesihatan


Masalah obesiti sendirinya juga merupakan penyakit tetapi ia juga
akan mendatangkan penyakit yang lain. Individu yang mempunyai
masaah obesiti berisiko tinggi menghidapi penyakit lain berbanding
dengan individu yang sihat. Penyakit sampingan obesiti amat serius
dan memudaratkan kesihatan. Sebagai contohnya, obesiti akan
menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit
sakit jantung. Lemak yang terlalu tebal akan menyumbat saluran
darah menyebabkan organ seseorang itu idak mendapat oksigen yang
mencukupi. Lemak yang berlekat pada dinding saluran darah telah
menyekat pengedaran darah ke organ dan menyebabkan kekurangan
oksigen. Oleh itu, serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan
denyutan jantung yang tidak normal biasanya akan dihadapi kepada
pesakit obesiti. Selain penyakit sakit jantung, pesakit obesiti juga
berisiko tinggi dalam menghidapi penyakit darah tinggi dan diabetis.

4.2.4 Jangka hayat yang lebih pendek


Kesan yang ditanggung oleh individu yang obesiti tidak banyak
berbeza semasa usia pertengahan seperti dengan tabiat merokok.
Namun begitu, jamgka hayat mereka yang mengalami masalah obesiti
lebih pendek jika berbanding dengan mereka yang kurus. Mereka
dikatakan akan meninggal dunia tiga tahun lebih awal berbanding
dengan mwereka yang kurus.

4.2.5 Kerugian wang ringgit


Mereka akan membelanjakan bilangan wang yang banyak untuk
membeli pil-pil pelangsing atau membuat rawatan pembedahan pada
salun yang tertentu. Bagi mereka yang berbadan besar, mereka
berasa bersukan merupakan seksaan dalam bentuk lain. Oleh itu,

mereka

lebih

rela

membelanjakn

wang

yang

banyak

dalam

menjalankan rawatan daripada bersukan untuk mengurangkan berat


badan. Bagi sesetengah orang yang sanggup bersukan untuk
menurunkan berat badan juga kehilangan kesabaran sedangkan
kesan bersukan untuk turunkan beratbadan tidak begitu ketara dan
cepat. Oleh itu, akhirnya mereka memilih memberi ubat-ubat, pil serta
rawatan yang berkenaan untuk mendapat kesan dengan cepat dan
begitu

ketara.

Akan

tetapi,

kadang-kala,

pengambilan

pil-pil

pelangsing atau rawatan akan mendatangkan kesan sampingan lamakelamaan.

Anda mungkin juga menyukai