Anda di halaman 1dari 4

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 3 : Gelagat Kos

BAB 3 : GELAGAT KOS


SOALAN 1
Syarikat Kilang Tayar Utara Bhd. berkemampuan mengeluarkan 30,000 unit tayar sebulan. Berikut
adalah maklumat tentang kos-kos pengeluaran berhubung dengan 2 tahap pengeluaran.
Kenalpasti gelagat setiap elemen kos.
Elemen Kos
Bahan langsung
Buruh langsung
Bekalan kilang
Buruh tak langsung
Elektrik dan air
Penyelenggaraan
Susutnilai mesin

10,000
Unit
RM 20,000
30,000
10,000
18,000
6,000
10,000
12,000

20,000
Unit
RM 40,000
60,000
20,000
26,000
9,000
10,000
12,000

Gelagat Kos

Bagi setiap jenis gelagat kos yang telah dikenalpasti. Tuliskan fungsinya dan anggarkan setiap kos
pada tahap pengeluaran 15,000 unit.
Elemen Kos
Bahan langsung
Buruh langsung
Bekalan kilang
Buruh tak langsung
Elektrik dan air
Penyelenggaraan
Susutnilai mesin

Fungsi kos (Y=a + bx)

31

Kos pada 15,000 unit

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 3 : Gelagat Kos

SOALAN 2
Jam mesin dan kos elektrik ORKET Sdn Bhd (OSB) untuk tahun 2002 adalah seperti berikut :
Bulan
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

Jam Mesin

2,000
2,400
1,400
2,600
3,300
3,300
3,600
3,000
1,500
3,300
4,200
4,200

Kos Elektrik (RM)


18,900
21,500
14,000
23,500
28,700
22,700
25,250
23,250
16,000
26,500
31,500
22,250

DIKEHENDAKI :
Dengan menggunakan kaedah tinggi rendah :
a. Kirakan anggaran kos berubah elektrik setiap jam mesin. (RM 6.25 sejam mesin)
b. Kirakan anggaran kos tetap elektrik. (RM 5,250)
c.

Bentukkan fungsi kos untuk kos elektrik. (Y=RM 5,250 + RM 6.25 x)

d. Kirakan anggaran kos elektrik pada tahap 2,800 jam mesin. (RM 22,750)
****************************************************************************************************************
SOALAN 3
Syarikat Kurnia menggunakan kaedah tinggi rendah untuk menganalisis gelagat kos. Pihak
pengurusan syarikat mendapati jumlah kos overhed perkilangan adalah turun naik dari tahun ke
tahun mengikut jam buruh langsung yang digunakan dalam pengeluaran.
Tahap aktiviti
Jam buruh langsung
Jumlah kos overhed kilang

Terendah
60,000
RM 244,000

Tertinggi
80,000
RM 282,000

Kos overhed perkilangan di atas adalah terdiri dari bahan tidak langsung, sewa dan
peneyelenggaraan. Akauntan syarikat telah menganalisis kos-kos pada tahap 60,000 jam buruh
langsung dan telah menentukan pembahagian kos pada tahap aktiviti seperti di bawah :
Bahan tidak langsung (berubah)
Sewa (tetap)
Penyelenggaraan (campur)

RM 90,000
RM 100,000
RM 54,000
RM 244,000

Untuk tujuan perancangan , syarikat mahu mengasingkan kos penyelenggaraan kepada unsur kos
berubah dan kos tetap.

32

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 3 : Gelagat Kos

DIKEHENDAKI :
a. Tentukan berapakah daripada RM 282,000 kos overhed perkilangan pada tahap tertinggi
terdiri daripada kos penyelenggaraan. (RM 62,000)
b. Nyatakan kos penyelenggaraan dalam bentuk persamaan linear iaitu Y=a + bx.
(Y= RM 30,000 + RM 0.40x)
c.

Tentukan berapakah jumlah kos overhed perkilangan sekiranya syarikat beroperasi pada
tahap 70,000 jam buruh langsung. (RM 263,000)

****************************************************************************************************************
SOALAN 4
PHOTOCOPY adalah sebuah syarikat pencetak yang mempunyai cawangan di beberapa buah
universiti di Semenanjung Malaysia. Akauntan syarikat tersebut sedang mengumpul data untuk
digunakan sebagai maklumat untuk menyediakan perancangan keuntungan untuk tahun hadapan.
Sehubungan dengan itu, gelagat kos untuk kos penyelenggaraan peralatan haruslah dikenalpasti.
Pekerja-pekerja di jabatan akaun mencadangkan supaya syarikat menggunakan persamaan linear
Y = a + bX untuk kos penyelenggaraan.
Data berkaitan dengan kos penyelenggaraan untuk tahun terdahulu adalah seperti berikut :
BULAN
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Jumlah
Purata

Jam kerja untuk perkhidmatan


penyelenggaraan
470
350
340
320
520
490
300
500
310
480
320
400
4,800
400

Kos penyelenggaraan
(RM)
4,050
3,300
3,160
3,030
4,470
4,260
2,820
4,350
2,960
4,200
3,000
3,600
43,200
3,600

DIKEHENDAKI :
a. Anggarkan kos berubah sejam kerja dan kos tetap untuk syarikat ini dengan menggunakan
kaedah titik tinggi rendah. (RM 7.50 sejam ; RM 570)
b. Nyatakan kos penyelenggaraan dalam bentuk persamaan linear Y = a + bX.
(Y= RM 570 + RM 7.50x)
c.

Kirakan anggaran kos penyelenggaraan sekiranya syarikat beroperasi pada tahap aktiviti 590
jam. (RM 4,995)

33

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 3 : Gelagat Kos

SOALAN 5
Syarikat Setia Jaya sedang menganalisis pengalaman lepas berkenaan dengan salah satu
daripada kos campurnya. Keputusan untuk tempoh dua tahun lepas adalah seperti berikut :
1997
Suku tahun pertama
Suku tahun kedua
Suku tahun ketiga
Suku tahun keempat
Jumlah
1998
Suku tahun pertama
Suku tahun kedua
Suku tahun ketiga
Suku tahun keempat
Jumlah

Bilangan jam bekerja


60,000
45,000
30,000
25,000
160,000

Jumlah kos (RM)


540,000
435,000
300,000
280,000
1,555,000

70,000
50,000
40,000
30,000
190,000

620,000
500,000
410,000
270,000
1,800,000

DIKEHENDAKI :
a. Berdasarkan data untuk 1997 dan 1998, gunakan kaedah titik tinggi-rendah untuk menentukan
anggaran kos tetap bagi satu suku tahun dan kadar kos berubah sejam untuk 1999.
(RM 7.56 sejam ; RM 90,800)
b. Jika syarikat menjangkakan bilangan jam bekerja untuk 1999 ialah 200,000 jam, berapakah
jumlah jangkaan kos ? (RM 1,875,200)
c.

Andaikan data untuk suku tahun keempat tahun 1998 adalah RM 280,000 dan 35,000 jam,
adakah jawapan anda dalam (a) akan berubah ? Mengapa ?

****************************************************************************************************************
SOALAN 6
A.

Putera Bhd. (PB) mengeluarkan alat ganti kereta untuk pasaran tempatan. Pada tahap
pengeluaran 4,000 unit dan 10, 000 unit, PB menjangkakan kos-kos berikut akan berlaku :
Bahan mentah langsung
Buruh Langsung
Gaji penyelia
Kos pembaikan kilang
Susutnilai mesin
Susutnilai kilang
Upah tidak langsung
Elektrik kilang

4,000 unit

5,600
4,000
2,000
300
4,000
5,000
2,000
1,000

10,000 unit
14, 000
10, 000
2, 000
500
4,000
5,000
3,000
1,500

DIKEHENDAKI :
a.
b.
c.
d.

Sediakan persamaan kos untuk pengeluaran di atas.


Kirakan kos pengeluaran seunit sekiranyan PB mengeluarkan 10,000 unit dan 4,000 unit.
Kirakan kos bahan mentah langsung jika 8, 000 unit dikeluarkan.
Kirakan jumlah kos overhed kilang berubah pada tahap keluaran 8, 000 unit.

34

Anda mungkin juga menyukai