Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN.

MUHAMMAD HISSAM SANI


Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.
Muhammad Hissam bin Sani diiringi Tuan Pengetua
masuk ke dalam dewan.
Bismillahirrahmanirrahim
,assalamualaikum wArahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua
SMK Jalan Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan
Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik
Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin
Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani,
Barisan guru dan rakan staff sokongan yang
dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis Perpisahan sempena


Pertukaran Encik Muhammad Hissam bin Sani
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang
berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh En. Jasni Bin Sahid
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas
bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat


halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra
satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni
Bin Sahid selaku ketua dan wakil pembantu
makmal untuk menuyampaikan ucapan,
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas
ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan
mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin selaku
Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang


Berusaha Tuan Pengetua SMK Jalan Mengkibol,
Encik Yew Kok Leh untuk menyampaikan ucapan,
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan
Pengetua Encik Yew Kok Leh atas ucapan itu tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan
iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En.
Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Diraikan En. Muhammad
Hissam atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan iaitu Encik Muhammad
Hissam Bin Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua
untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Hissam
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah
Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak pentadbir.
.Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak PIBG
.Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak KESTABOL.
.Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak pejabat.
.Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk


menyampaikan cenderamata dari pihak Pembantu
Makmal
.Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak perpustakaan
.Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak pentadbir.
.Terima Kasih.
Dipersilakan .. untuk
menyampaikan sumbangan peribadi
.Terima Kasih.
Dipersilakan .. untuk
menyampaikan sumbangan peribadi
.Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata


kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En.
Muhammad Hissam Sani.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat
kita semua. Selain daripada perpisahan kita dengan
Encik Hissam, marilah sama-sama kita meraikan
mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran
pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan
dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke
meja pemotongan kek.
Mereka ialah :
Encik..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di


hujung acara.
Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan


Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari
ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan
Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada
petang ini dan kami semua mendoakan agar Encik
Muhammad Hissam ceria di tempat baru.
Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu
dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersamasama memeriahkan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai