Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN
Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak iaitu mamalia karnivor kecil dari
subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris
lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia
digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus. Hari ini kucing merupakan
salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Dalam sejarah
Islam juga ada mengatakan bahawa kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar
biasa. Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing
peliharaan, layaknya menyayangi seperti keluarga sendiri.
Terdapat beberapa jenis baka kucing yang tercatat dalam rekod kucing termahal
di dunia seperti Scottish Fold, Russian Blue, Sphynx, Peter Bald, Persian dan
Bengal Cat. Walaupun begitu, wang bukanlah menjadi satu penghalang buat para
pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan. Bukan itu
sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah
bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif. Kesihatan
seekor kucing juga amatlah penting kerana tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti
menggelikan hati sesiapa sahaja. Maka tidak hairanlah ramai orang yang begitu
menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.
Kucing secara asasnya adalah haiwan sangat mudah untuk dipelihara asalkan
beberapa perkara tunjang diberikan perhatian. Walaupun mudah, tetapi ada kalanya
menjadi satu kesulitan bagi mereka yang tidak pernah memelihara kucing.
Cat Home adalah satu perniagaan yang menawarkan perkhidmatan jagaan kepada
kucing jalanan yang kurang bernasib baik dan juga kepada kucing peliharaan kepada
mereka yang terpaksa meninggalkan kucing peliharaan mereka atas sebab ke luar
negara. Cat Home ini telah diusahakan oleh seorang pengusaha yang bernama
Rozaini Binti Rosdi sejak tahun 2014 lagi. Perniagaan ini dijalankan sebagai Syarikat
Sendirian Berhad (SDN. BHD).
Perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja penjagaan kucing, tetapi termasuklah
juga rawatan untuk penyakit kucing yang ringan-ringan sahaja seperti demam dan
selsema. Hal ini kerana di Cat Home terdapat seorang pekerja yang berkebolehan
dalam merawat penyakit haiwan. Kucing yang mengalami penyakit teruk akan
dihantar sendiri oleh pihak Cat Home ke klinik veterinar untuk mendapatkan
rawatan yang sepatutnya.
Tumpuan perniagaan ini hanyalah tertumpu di kawasan Pulau Labuan sahaja. Cat
Home ini didirikan di kawasan pasar lama Labuan supaya para pengunjung senang
untuk datang ke kedai kami kerana kurangnya berlaku kesesakan jalan raya. Hal ini
juga dapat menghindarkan segala macam virus yang dibawa oleh haiwan-haiwan
terbiar kerana di kawasan pasar lama Labuan terdapat kurangnya pengunjung kanakkanak mahupun orang dewasa.
Pemilik menjalankan perniagaan ini kerana terdapat banyak kucing jalanan yang
terbiar bukan sahaja di sekitar kampung malah juga di sekitar kawasan bandar Labuan
terutama sekali di Medan Selera. Perkara ini sekaligus akan menjejaskan imej

kebersihan Pulau Labuan jika kucing-kucing jalanan ini membuang najis mereka di
merata tempat dan bangkai-bangkai kucing dibiarkan membusuk. Hal ini akan
menyebabkan pencemaran bau dan menjadikan bandar Labuan menjadi busuk. Oleh
yang demikian, pemilik Cat Home bertindak untuk menubuhkan satu jenis
perniagaan yang berasaskan perkhidmatan untuk mengutip kucing-kucing jalanan ini
untuk dipelihara dengan baik dan juga menerima kucing peliharaan orang lain sebagai
asas perniagaan mereka. Pemilik memilih perniagaan ini kerana didapati belum ada
lagi perniagaan seperti ini dijalankan di sekitar Pulau Labuan. Hal ini telah memberi
peluang kepada pemilik untuk membaik pulih dan mengembangkan lagi
perniagaannya.

Anda mungkin juga menyukai