Anda di halaman 1dari 18

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU3093

1.0 Pengenalan
Profesion perguruan telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem
pendidikan. Pelbagai dasar dan sistem pendidikan telah digubal dan diubahsuai
sejajar dengan ledakan pengetahuan dan perkembangan dalam bidang sains dan
teknologi. Ini menyebabkan bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan
membebankan. Ini kerana guru merupakan amanah yang diberi tanggungjawab
untuk menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Guru dituntut untuk menyesuaikan
diri dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan dalam bidang
pendidikan yang berlaku dari semasa ke semasa tanpa banyak alasan. Situasi ini
secara umumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai
tanggungjawab yang lebih mencabar dan semakin kompleks. Berdasarkan
permintaan yang tinggi tersebut, guru terpaksa membayar harganya yang wujud
dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan
sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional
pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi
dalam dunia pendidikan.
Dunia pendidikan hari ini jauh berbeza dengan dunia pendidikan tiga puluh
tahun yang lalu. Tanggungjawab seorang guru hari ini bukan hanya sekadar
mengajar murid membaca, menulis dan mengira. Kerjaya perguruan sekarang lebih
memerlukan komitmen dan kekuatan dalaman yang tinggi bagi meneruskan kerjaya
yang semakin luas skop peranan dan tugasnya. Profesion keguruan merupakan satu
bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan
pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses
kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat
pendidikan (Junaidah, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan berbagai-bagai
reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab
guru-guru menjadi lebih mencabar.
Guru pada hari ini memikul banyak beban tugas sampingan yang kadangkadang apabila difikirkan bagai tidak logik untuk dipertanggungjawabkan ke atas
seorang guru. Guru yang sudah sedia terbeban dengan tugas harian ini kadangkala
terpaksa berhadapan dengan kerenah pihak pentadbir yang inginkan kesempurnaan
dalam setiap tugasan yang diberikan. Lemaire (2009) mendapati bahawa, guru-guru

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan
program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta, tugastugas pengurusan. Hasil daripada bebanan tugas ini maka tidak hairanlah ramai
dalam kalangan guru sekarang mengalami tekanan atau stress yang boleh
membawa kepada gejala burnout sebagaimana yang ditulis oleh Rohany (2003).
Menurut beliau salah satu bidang pekerjaan yang dikenal pasti sebagai pekerjaan
yang berpotensi menjadikan pekerjanya burnout ialah bidang perguruan.
Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi dalam dunia pendidikan, guru-guru
semakin berasa tertekan dalam menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dalam
sistem pendidikan negara. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi
kesan kepada emosi, psikosomatik dan fizikal guru (Nobile & McCormick, 2005).
Kryriacou dan Sutcliffe (1978) dalam Haberman M. (2005) juga menjelaskan bahawa
burnout terjadi apabila guru-guru tidak dapat mengawal tekanan dan akhirnya
memberi kesan kepada harga diri dan kesejahteraan diri. Memandangkan
peningkatan kualiti dan kecemerlangan pendidikan amat bergantung kepada guruguru, maka, sewajarnya pihak-pihak seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu peka dengan permasalahan stres yang
dihadapi oleh guru-guru.
2.0 Definisi Stres dan Burnout
Stres atau tekanan boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi yang tidak
spesifik terhadap desakan sama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. Ia
merupakan satu fenomena semula jadi yang tidak boleh dielakkan sekiranya
seseorang itu membuat kerja-kerja profesional. Stres merupakan perkara normal
dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan kesibukan. Setiap orang akan
mengalami tekanan atau stres dalam kehidupan seharian mereka. Tekanan yang
berterusan dan keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental mahupun kesihatan
fizikal. Antara perintis dalam bidang stres ialah Seyle (1976) yang menerangkan
bahawa stres memberi makna yang berbeza bagi individu yang berbeza. Menurut
Seyle, stres adalah satu keadaan yang memberi kesan terhadap emosi, kognitif dan
fizikal seseorang. Terdapat pelbagai model dan teori yang telah dirangkakan untuk

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

menjelaskan maksud stress berdasarkan konteks sama ada dari segi perspektif
pekerjaan atau model yang menjurus kepada stres guru.
Tekanan kerja guru yang ketengahkan oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978) pula
merupakan tindak balas negatif seperti kemarahan atau tekanan jiwa yang selalunya
diikuti

dengan

kenaikan

dengupan

jantung

atau

pelepasan

hormon

andrenocorticontrophic ke dalam saluran darah. Tekanan kerja yang dihadapi oleh


guru boleh mengugat keyakinan atau kesihatan diri mereka. Tekanan kerja guru di
sini ialah pengalaman yang dialami oleh guru yang berhubung dengan emosi yang
tidak menyenangkan seperti ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan
dan perasaan dukacita yang disebabkan daripada aspek-aspek berkerja sebagai
seorang guru. Tekanan yang berpanjangan sekiranya tidak diatasi secara positif boleh
mendatangkan burnout terhadap guru-guru.

Menurut Pines dan Aronson dalam Farber (1983) burnout dicirikan sebagai
kehabisan tenaga fizikal, perasaan tidak berdaya dan tidak berharapan, keletihan
emosi dan kewujudan konsep kendiri dan silcap negatif terhadap pekerjaan,
kehidupan dan orang lain. Wahab, Nordin, Ghani dan Rajab (2010) pula
berpendapat burnout sebagai satu situasi di mana seseorang individu tidak dapat
merasakan kepuasan kerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Burnout
merupakan satu terma yang sering digunakan untuk menunjukkan situasi perkerjaan
bertekanan tinggi. Burnout merupakan fenomena yang berlaku dalam setiap
pekerjaan tidak kira sama ada pekerjaan tersebut tergolong sebagai pekerjaan
bertekanan tinggi atau tidak. Maslach (2001) telah menyenaraikan enam simptom
yang terhasil apabila seseorang mengalami burnout iaitu kualiti perkhidmatan yang
teruk, bersara awal, ketidakhadiran, moral dan kepuasan yang rendah, personal
dysfunction dan tahap keyakinan diri yang rendah. Burnout terjadi hasil daripada
gabungan kesan faktor-faktor berkaitan kerja yang mencipta tekanan kerja yang
tidak berkesudahan di mana ia seterusnya membawa kepada keadaan psikologi
yang lemah dalam individu (Reddy, 2007).
3.0 Stres dan Burnout dalam Kalangan Guru
Menurut Ali (2011), sekolah dilihat sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan
pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi
muncul dari situasi yang tidak diduga. Jika dibiarkan berterusan, pasti suasana

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

pengajaran dan pembelajaran akan menghadapi kegagalan dan matlamat tidak


tercapai. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkaitan pekerjaan paling
stres di Malaysia menunjukkan pekerjaan sebagai guru berada di tempat ke empat
iaitu sebanyak 45.8% selepas kerjaya polis (53.7%), pengawal penjara (48.8%) dan
bomba (47.3%) serta diikuti dengan kerjaya jururawat (42.3%), dan doktor (40.7%)
(Berita Harian Online, 27 September 2011).
Isu tekanan kerja guru kini sering diperkatakan guru kini dibebani kerja diluar
bidang tugasnya seperti kerja-kerja perkeranian. Abang Mat Ali bin Abang Masagus,
(1998) telah melaporkan 30 peratus daripada jumlah 280,000 pendidik terpaksa
memikul tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas
mengajar. Begitu juga dengan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan yang mendakwa bahawa kesibukan guru dan pengetua adalah
disebabkan menghadiri perjumpaan dan pelbagai kursus di luar sekolah. Secara
purata terdapat 15 peratus guru yang tidak berada di sekolah. Tekanan guru bukan
sahaja khas pada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru kini juga
dibebani dengan bidang tugas di luar sekolah seperti menghadiri perjumpaan dan
pelbagai kursus.
Isu stres dalam kalangan guru telah mendapat perhatian ramai dan mula
dikaji seawal tahun 1970-an hingga ke hari ini (Kyriacou & Sutcliffe, 1978; Chaplain ,
1995; McCormick, 1997; Lau, 2002; Lemaire, 2009; Ages, 2011). Antaranya ialah
kajian oleh Van Dick dan Wagner (2001) yang mendapati bahawa faktor beban kerja
merupakan penyumbang utama terhadap stres guru. Kajian mereka juga
menunjukkan bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi kesan negatif
bukan sahaja dari segi fisiologi seperti tekanan darah tinggi, malahan ia turut
memberi kesan kepada tingkah laku guru. Begitu juga dengan Tang dan Yeung
(1999) dan Lau (2002) dalam kajian sekolah menengah di Hong Kong juga
mendapati, faktor beban tugas telah menyebabkan stres kepada guru hingga boleh
mengundang burnout. Fenomena ini juga turut disokong dalam kajian Kokkinos
(2007) dan Kumarakulasingam (2002).
Tekanan yang semakin bertambah menyebabkan profesion perguruan
terdedah kepada risiko yang tinggi untuk mengalami tekanan mental kerana beban

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

kerja sebagai guru yang semakin kompleks. Sebagaimana yang dilaporkan oleh
Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), setiap
tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri
hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan
guru (Kosmo, 22 March 2009). Keadaan ini dikukuhkan lagi melalui kenyataan
Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa seramai 530 orang guru iaitu mewakili
0.128 peratus daripada jumlah guru di seluruh negara menghadapi gangguan mental
di mana sebanyak 23.53% adalah disebabkan oleh stres organisasi (Utusan Melayu,
13 Disember 2012).
Kajian oleh Monash Universiti menunjukkan bahawa lebih dari seorang
daripada empat orang guru baru mengalami ketandusan emosi yang hampir
membawa kepada burnout. Selain itu, dapatan kajian ke atas 617 orang guru
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2002 di Victoria dan New State Wales,
Australia menunjukkan sebanyak 27% daripada guru-guru tersebut sedang menuju
ke arah burnout atau sedang mengalami burnout (Marshall, 2013).
Menurut Sharif (2009), situasi persekitaran di sekolah boleh mewujudkan
burnout dalam kalangan guru. Kebanyakkan guru yang mengalami burnout
menunjukkan

tingkah-laku

hilang

sabar

terhadap

pelajar

yang

dirasakan

mendatangkan masalah seperti lembap atau pelajar-pelajar yang melakukan


kesalahan. Guru yang mengalami burnout mempunyai sikap tidak mengharapkan
para pelajar menunjukkan kesungguhan belajar, kurang bersimpati kepada pelajar
serta kurang mengambil tahuhal mereka. Selain itu, tingkah-laku yang wujud
disebabkan oleh burnout termasuklah kecendrungan ahli dalam sesebuah organisasi
menyalahkan ahli yang lain atas masalah sendiri, peningkatan ketidakhadiran,
peningkatan terlibatnya dengan konflik diri dan konfrontasi diri, menghadapi masalah
kesihatan, bersara awal dan peningkatan pengasingan diri daripada ahli lain dalam
organisasi (Anbar & Eker, 2008; Reddy, 2007; Sipon, 2007).
Kebanyakan guru melaporkan stres dalam pekerjaan mereka dan mengalami
burnout pada peringkat tertentu dalam pengalaman perkerjaan mereka (Cormaks,
2000). Menurut Lim (2001) guru seringkali mengalami masalah kekurangan masa
untuk meyelesaikan kerja mereka. Ghazali (1997) dalam kajian beliau juga telah
menunjukkan 38.7% guru di Malaysia berada pada tahap kepuasan kerja yang

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

rendah, ini disebabkan mereka sering berasa tertekan dan kurang bersemangat
semasa melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Ada setengah guru pula telah
berhenti kerja sebelum masa bersara dengan alasan beban tugas yang semakin
berat.
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Aziz Samsudin melaporkan bahawa
sehingga akhir tahun 2003 di seluruh negara terdapat 760 orang guru yang
menghadapi gangguan psikologi dan emosi. Guru-guru berkenaan mengalami stres
dari pelbagai faktor dan bilangan ini didapati telah meningkat beberapa tahun
kemudian. Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat 600 orang guru yang sedang
mengalami tekanan perasaan atau masalah sakit jiwa yang serius. Menurut Sapora
Sipon (2007) pula beliau menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri akibat
stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti
pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan
usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap
kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. Tekanan kerja pada tahap
yang tinggi juga akan membawa kepada ketidakpuasan dalam membuat kerja dan
akhirnya sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja akan terhasil. Tindakbalas
penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan
kemurungan), fisiologikal (sakit kepala dan tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap
(pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Akibat suasana
kerja yang teruk akan menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya
membawa kepada ketidakpuasan kerja serta keinginan untuk meninggalkan
profesion keguruan.
4.0 Faktor-faktor Stres dan Burnout
Tan (1996) mendapati bahawa terdapat sepuluh faktor utama yang menyumbang
kepada stres kerja guru. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti terpaksa mengajar
kelas yang besar, gaji yang kurang, sikap buruk pelajar terhadap kerja, kurang
peluang untuk maju dalam kerjayanya, terpaksa mengendalikan pelajar yang buruk
disiplinnya, terpaksa menggantikan tugas guru yang tidak hadir, banyak kerja
perkeranian, kurang kerjasama dari ibu bapa dan kekurangan masa kerana jadual
waktu yang berat. Manakala Punanesvaran (2000) yang mengkaji hubungan beban

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

kerja dengan stres guru di sekolah rendah mendapati bahawa faktor beban kerja
yang diberi oleh pihak pentadbir secara tidak adil telah menyebabkan guru berasa
stres kerana terpaksa membuat kerja yang lebih dalam masa yang singkat.
Kajiannya turut disokong oleh Mohd Fitri (2001) yang membuat kajian tinjauan yang
sama, tetapi terhadap guru di sekolah menengah. Manakala dapatan kajian
Muhammad Hanapi (2004) terhadap guru sekolah menengah bagi mengenal pasti
punca-punca dan tahap tekanan kerja menunjukkan punca utama guru berasa stres
adalah kerana tepaksa membuat kerja-kerja perkeranian dan mempunyai tahap
stres yang sederhana.
Berdasarkan Model Stres Guru (Boyle, Borg, Falzon dan Boglioni, 1995)
terdapat 5 faktor yang menyebabkan stres atau tekanan seprti pada Rajah 1 di
bawah.

Kekangan
masa dan
sumber

Perhubungan
interpersonal

Beban tugas

Faktor
Stres

Salah laku
murid

Penghargaan

Rajah 1: Model Stres Guru (Boyle, Borg, Falzon dan Boglioni, 1995)

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

4.1 Faktor salah laku murid


Faktor ini merupakan faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi
tekanan di sekolah. Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru
ketika guru sedang mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat
latihan yang diberikan selain keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sedang
mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas bagi mata pelajaran yang
diajar oleh guru itu juga telah menyebabkan tekanan emosi kepada guru tersebut. Ini
adalah kerana tindakan pelajar yang sebeginilah telah menyebabkan prestasi
sesuatu mata pelajaran itu merosot dan ini juga memberi suatu tekanan kepada
guru-guru di sekolah. Dapatan kajian ini konsisten dengan dapatan pengkaji luar
negara iaitu Manthei dan Solman (1988), Merret dan Wheldall (1993), Hart et al.
(1995) dan Laughlin (1984) bahawa faktor salah laku pelajar merupakan faktor
utama tekanan kerja guru-guru.
4.2 Faktor bebanan tugas
Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain
yang banyak selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak
saksama dan seimbang di kalangan guru juga telah menimbulkan rasa kurang puas
hati di kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting seharusnya tidak
diberikan jadual waktu yang padat, sama seperti guru-guru lain. Sebagai cadangan
guru disiplin tidak seharusnya diberikan waktu mengajar yang padat kerana guru ini
berperanan membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin

sekolah

sepanjang masa persekolahan. Jika perkara ini dibiarkan tentunya guru ini akan
berasa tertekan disebabkan beban tugas mengajar dan tugas mengawal disiplin
sekolah. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian Siti Rohani Md. Sharif (1991)
menunjukkan faktor beban tugas merupakan faktor yang dikenalpasti memberi
tekanan kerja kepada guru.
4.3 Faktor kekangan masa dan sumber
Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang
terlalu

kerap

telah

menyebabkan

guru-guru

tidak

berkesempatan

untuk

menghabiskan sukatan pelajaran kerana masa yang terlalu singkat. Guru itu juga
harus memeriksa kertas jawapan pelajar dan membuat analisis keputusan ujian

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

tersebut. Namun begitu, apabila terlalu rapat masa ujian tersebut, maka guru itu
akan berasa tertekan kerana tugas menyemak kertas baru sahaja selesai dilakukan.
Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer,
komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang
memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran
yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya
kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang
bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.
Sebagai perbandingan dengan kajian lepas, didapati Manthei et al. (1996)
menunjukkan masalah tekanan kerja guru amat berkaitan dengan ketidakcukupan
masa. Selain itu, kajian tersebut juga konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh
Laughlin (1984) yang mendapati bahawa tekanan masa dan kekangan sumber
merupakan penyumbang utama kepada tekanan kerja guru.
4.4 Faktor hubungan interpersonal
Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa
dengan pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketuaketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua atau Guru
Besar sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku.
Begitu juga wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan
kurangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan guru ketika menjalankan
tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan
peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan dalam
kalangan guru. Cooper and Kelly (1993) dalam kajian mereka mendapati punca
utama yang menyebabkan tekanan kerja guru ialah menangani hubungan dengan
staf yang diklasifikasikan sebagai hubungan interpersonal di antara staf.
4.5 Faktor penghargaan
Biasanya pihak pentadbir akan hanya menghargai guru-guru yang prestasi
akademiknya meningkat dalam peperiksaan utama. Kemungkinan guru-guru berasa
tertekan dan kecewa apabila hasil pengorbanan mereka kurang dihargai oleh pihak
pentadbir. Bagi guru-guru lain, mungkin mereka telah mengajar dengan baik tetapi
faktor pelajar dan faktor-faktor lain telah menyebabkan mutu mata pelajaran yang

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

guru itu mengajar merosot. Maka perkara ini perlulah diambil kira juga oleh pihak
pentadbir. Sebenarnya guru-guru tidak mengharapkan sangat pemberian hadiah
atau anugerah khidmat cemerlang, namun ucapan terima kasih dan tahniah sudah
cukup memadai sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka. Di samping itu,
penghargaan oleh pihak pentadbir terhadap staf bawahannya akan dapat menaikkan
motivasi dan semangat guru-guru serta secara langsung dapat mengurangkan
tekanan kepada mereka. Chei (1996) mendapati bahawa faktor kekurangan
penghargaan ke atas kerja yang dilakukan oleh guru boleh mempengaruhi tekanan
kerja guru.
Tekanan

yang

dihadapi

menyebabkan

guru-guru

mula

merasakan

tanggungjawab untuk mendidik menjadi sesuatu yang membebankan, tidak


menyeronokkan dan tidak memberikan kepuasan dalam berkerja. Hal ini
menyebabkan berlakunya tingkah-laku yang menunjukkan simptom-simptom gejala
burnout seperti peningkatan ketidakhadiran, bersara awal kerana merasakan tidak
mampu berdepan dengan situasi profesion perguruan hari ini, menghadapi masalah
kesihatan akibat gangguan emosi yang tidak stabil, kecendrungan menyalahkan ahli
yang lain atas masalah sendiri, terlibatnya dengan konflik diri dan peningkatan
pengasingan diri daripada ahli lain dalam organisasi. Selain berhadapan dengan
konflik diri, guru yang mengalami burnout juga akan memberi kesan negatif kepada
pelajar dengan tidak menghiraukan pelajar serta mempunyai pandangan yang sinis
terhadap pelajar. Oleh sebab itu beberapa langkah perlu diambil untuk menangani
masalah stres dan burnout dalam kalangan guru kerana sekiranya kepuasan dalam
bekerja dapat dipenuhi, tekanan dalam pekerjaan akan dapat dikurangkan.
5.0 Cara Mengatasi Stres dan Burnout
Stres dan burnout dalam kalangan guru telah menjadi isu hangat sejak dahulu lagi.
Tahap perbincangan dan penyelidikan isu stres kerja guru kini muncul sebagai
bidang yang amat ditumpukan dalam dunia pendidikan malah sering diwar-warkan
dalam media semasa mahupun media sosial. Dalam konteks ini, punca-punca stres
kerja guru sering dikaji oleh para penyelidik. Pengetahuan tentang punca stres kerja
boleh membantu guru-guru untuk membentuk program tertentu bagi mengurangkan
stres yang negatif (Gold dan Roth, 1993). Oleh itu, berdasarkan hasil kajian para
penyelidik yang telah mengenalpasti punca-punca utama stres kerja guru, mereka

10

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

juga cuba mengemukakan beberapa cadangan bagi mengurangkan stres kerja


dalam kalangan guru.
Menurut Dunham (1992), usaha-usaha untuk menangani kebimbangan,
kekecewaan dan masalah yang berkaitan dengan tingkah laku pelajar akan memberi
sumbangan yang signifikan terhadap pengurusan stres guru. Oleh itu, beliau
mencadangkan pengurusan salah laku pelajar yang konsisten, koheren dan
mencukupi perlu diberi perhatian. Salah laku pelajar di dalam dan di luar kelas juga
perlu dititikberatkan. Tahap salah laku yang tinggi dalam kalangan pelajar
mengganggu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dan

secara

langsung

menyebabkan tekanan kepada guru. Dalam konteks ini, adalah disarankan supaya
pengetua atau guru besar dan para guru dengan perundingan daripada pihak
kerajaan, perlu membentuk dasar peraturan mengenai disiplin dan tingkah laku
pelajar yang boleh difahami oleh pelajar, ibu bapa dan lain-lain staf sekolah dengan
jelas (Dunham, 1992). Dengan ini, guru-guru dapat menguruskan salah laku pelajar
dengan lebih konsisten dan berkesan berpandukan polisi peraturan dan disiplin
pelajar yang jelas. Polisi disiplin yang sedia ada harus dikaji semula. Penggubalpenggubal polisi harus melahirkan satu polisi yang benar-benar mantap untuk
diamalkan di sekolah-sekolah. Kuasa merotan pelajar umpamanya masih menjadi
isu yang tiada kesudahannya. Kuasa yang diberikan kepada guru-guru untuk
mendisiplinkan pelajar perlu diperluaskan. Di samping itu, melalui pengurusan bilik
darjah yang berkesan, guru-guru diharapkan dapat mengurangkan masalah disiplin
pelajar yang merupakan sumber stres utama mereka.
Selain itu ramai juga berpendapat guru-guru kini terlalu dibebankan dengan
tugas bukan mengajar sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah (Abdul Razak Din, 2005). Menurut beliau, apa yang berlaku
sekarang, guru-guru diminta menjadi pakar dalam pelbagai perkara menyebabkan
mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas utama mereka untuk
mengajar. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan supaya beban tugas guruguru sekolah dapat dikurangkan terutamanya yang berkaitan dengan urusan
pentadbiran. Dalam hal ini, suatu ketika dahulu Datuk Seri Hishammudin telah
berjanji akan mengadakan satu perbincangan khusus dengan Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran bagi memastikan tugas-tugas pentadbiran dikecualikan
kepada guru demi memartabatkan profesion perguruan di negara ini. Malahan

11

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

sehingga kini kajian terhadap beban guru masih juga dijalankan sehingga tiada kata
putus mahupun penyelesaian terhadap isu tersebut. Tindakan meringankan beban
guru ini adalah wajar memandangkan tugas-tugas pentadbiran telah dianggap oleh
guru sebagai membebankan yang merupakan sumber stres kerja, membazirkan
masa kerana ianya mengambil alih masa untuk tugas pengajaran, mencelakan dan
mengancam peranan guru serta mengecewakan yang menjadi penghalang bagi
guru untuk memburu aspek kerja yang lebih memuaskan dan penting (Farber, 1991).
Faktor kekangan masa dan sumber sepatutnya diberi perhatian. Aspek-aspek
seperti kekurangan masa bagi guru untuk menumpukan perhatian kepada pelajar,
bilik darjah yang kurang selesa, bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas,
tuntutan sukatan pelajaran, kekurangan alat bantu mengajar dan suasana bilik guru
yang padat dan tidak selesa harus diberi perhatian. Tugas-tugas pentadbiran
seharusnya diserahkan kepada pihak pentadbiran ataupun kerani khas untuk
melaksanakannya. Selain itu, pembantu makmal harus diadakan bagi membantu
guru-guru

untuk

menguruskan

stok

dan

inventori

bengkel,

membantu

mengendalikan amali-amali pelajar serta menjaga kebersihan dan kekemasan


bengkel seperti yang telah diadakan di makmal-makmal Sains di peringkat sekolah
rendah mahupun sekolah menengah.
Fenomena guru terpaksa memikul beban tugas di luar bidang kerjanya sering
mendapat liputan di dalam akhbar tempatan. Akhbar melaporkan 30% daripada
jumlah 280,000 guru terpaksa memikul tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan
sepenuhnya kepada tugas mengajar. Beban tugas yang berlebihan sering dikaitkan
dengan

kekurangan

kakitangan

sokongan

yang

menyebabkan

kerja-kerja

perkeranian seperti mengisi borang, menyediakan sistem fail, memungut yuran dan
kerja-kerja pentadbiran lain yang bukan di dalam bidang tugas pengajaran dan
pembelajaran terpaksa dilakukan oleh guru. Oleh sebab itu, untuk mengatasi
masalah seperti ini langkah kementerian untuk menambah kakitangan sokongan
amat dialu-alukan. Pertambahan kakitangan sokongan boleh mengurangkan beban
tugas guru dan seterusnya mengurangkan tahap tekanan kerja dalam kalangan
guru.
Selain itu, perhubungan interpersonal yang positif amatlah penting dalam
profesion perguruan terutamanya ketika guru-guru menghadapi masalah dalam

12

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

pekerjaan mereka. Chakravotry (1989) dalam Miller et al. (1999) telah menekankan
kepentingan untuk menwujudkan sistem sokongan dalam kalangan guru, di mana ia
boleh mengurus dan mengurangkan stres kerja guru. Trendal (1989) juga
berpendapat bahawa tekanan dapat diminimumkan sekiranya terdapat hubungan
yang positif dalam kalangan pekerja dalam sesuatu institusi dan adanya rakan
sekerja yang boleh diajak berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi.
Kenyataan ini turut disokong oleh Manthei dan Salman (1996) yang menyarankan
pihak pentadbir sekolah harus mengambil kira rungutan yang menyatakan golongan
pentadbir adalah punca kepada tekanan kerja di kalangan guru. Kegagalan untuk
memahami dan tidak peka dengan masalah guru boleh merosakkan kualiti
pendidikan yang diterima pelajar.
Persekitaran yang bersifat menyokong dikenal pasti sebagai tempat di mana
guru-guru dapat menangani stres dengan efektif. Sekiranya guru-guru berada dalam
keadaan di mana sokongan disediakan, mereka akan mengalami stres yang lebih
rendah dan akan mempunyai sokongan daripada orang lain apabila menyatakan
situasi stres yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, adalah penting supaya
perhubungan antara guru yang positif dan bersifat menyokong diwujudkan (Miller et
al., 1999). Dalam konteks ini, pihak pentadbir terutamanya pengetua dan guru besar
sekolah perlu berganding bahu dengan guru-guru untuk mengurangkan stres dan
menwujudkan keadaan bekerja yang optima (Farber, 1991). Pentadbir sekolah
disarankan supaya menyampaikan arahan yang jelas dan lengkap kepada guru-guru
sekolah agar konflik dan kekaburan peranan dalam kalangan guru dapat dielakkan.
Pihak ibu bapa juga harus memberi kerjasama dan sokongan yang konsisten
kepada guru dan pihak sekolah dan sentiasa prihatin terhadap perkembangan anak
mereka.
Kebajikan guru-guru sekolah juga harus diteliti semula untuk mengatasi
masalah stres dan burnout dalam kalangan guru. Hal ini penting memandangkan
kekurangan penghargaan telah dibuktikan sebagai punca utama stres kerja guru
oleh ramai penyelidik. Faktor penghargaan yang berupa ganjaran seperti kenaikan
pangkat, gaji yang lebih baik dan sokongan profesional daripada pihak pentadbir
amat perlu bagi memotivasikan guru agar lebih bersemangat dalam menjalankan
tugas pengajaran dan pembelajaran. Gaji umpamanya dikatakan menjadi penyebab

13

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

mengapa guru lebih cenderung untuk beralih kepada profesion lain. Kyriacou dan
Sutcliffe (1978) menyatakan bahawa gaji yang rendah menyebabkan seseorang itu
mencari pekerjaan lain. Maka adalah wajar sistem gaji dalam sektor pendidikan
perlu dikaji semula. Walaupun gaji guru semakin meningkat pada masa kini, namun
ia masih dianggap jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan profesion-profesion
lain. Apa yang terjadi adalah gaji yang diterima oleh guru-guru tidak setimpal dengan
tanggungjawab besar yang telah diberikan oleh masyarakat dan negara terhadap
golongan ini. Situasi ini sudah pasti akan meningkatkan stres kerja dalam kalangan
guru apabila apa yang dilakukan oleh mereka tidak dihargai. Apatah lagi apabila
guru-guru dalam profesion ini mempunyai peluang kenaikan pangkat yang amat
terhad. Oleh itu, adalah disarankan supaya ganjaran yang setimpal perlu ditawarkan
kepada guru-guru agar mereka merasa kerja dan usaha mereka dihargai.
Selain itu, peluang kenaikan pangkat yang lebih banyak dan terbuka kepada
semua guru tanpa mengira pengalaman mengajar harus diwujudkan. Terdapat
banyak

anugerah

perkhidmatan

seperti

Anugerah

Guru

Cemerlang

telah

dilaksanakan namun tidak semua guru diberi peluang untuk merasai anugerah
tersebut akibat sifat pengetua dan guru besar yang terlalu memiih kasih dan
menetapkan sasaran yang terlalu tinggi untuk guru-guru akademik. Pengharagaan
seperti ini amat perlu diwujudkan di setiap sekolah agar guru-guru merasai diri
mereka dihargai oleh pihak pentadbir dan masyarakat.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah haruslah menganjurkan seminar, bengkel atau kursus yang
berkaitan dengan stres kerja dan cara-cara mengatasi atau mencegahinya. Di
samping itu, program-program pengurusan stres juga boleh dilaksanakan oleh pihak
sekolah. Program-program ini secara umumnya bertujuan untuk mengelakkan
kemunculan situasi bekerja yang stres atau mengurangkan kekerapan mereka
berlaku, meningkatkan kesedaran guru-guru terhadap masalah-masalah stres kerja
dan merawat atau memulihkan individu-individu (dan organisasi) yang telah
mengalami stres kerja (Gold dan Roth, 1993). Pakar-pakar dalam bidang ini perlu
dijemput untuk merunding supaya segala strategi dan usaha yang dilaksanakan
berkesan dan dapat memanfaatkan guru-guru.

14

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

Selain daripada pihak pentadbir, jabatan dan kementerian, guru-guru sendiri


juga perlu berusaha untuk menangani stres kerja yang dialami oleh mereka. Dalam
konteks ini, terdapat dua jenis strategi yang boleh digunakan oleh guru-guru.
Pertama, strategi-strategi untuk menghilangkan punca stres kerja dan kedua,
strategi-strategi yang direkabentuk untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan
guru bagi menangani stres (Cohen dan Manion, 1989). Pengurusan masa yang
berkesan

merupakan

salah

satu

strategi

yang

boleh

digunakan

untuk

menghilangkan sumber stres kerja. Bagi strategi untuk meningkatkan kapasiti


menangani stres pula, terapi rasional-emotif (rational-emotive therapy) boleh
digunakan. Selain itu, Dunham (1992) juga mencadangkan penggunaan relaxation
skills sebagai strategi personal untuk mengatasi stres kerja guru.
Kesimpulannya, dalam usaha mengurangkan tekanan kerja, pihak sekolah
boleh

melaksanakan

dua

pendekatan. Pertama,

pihak

sekolah

hendaklah

mengurangkan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru seperti


mengamalkan polisi disiplin yang lebih mantap, memperlengkapkan kemudahankemudahan asas dalam membantu pengajaran dan pembelajaran, pengagihan
tugas yang sesuai dan peka dalam perhubungan antara personal. Kedua, pihak
sekolah boleh menganjurkan kursus dan latihan kemahiran pengurusan tekanan
kerja dalam kalangan guru. Fontana (1989), menegaskan jika seseorang terus
dibiarkan mengalami tekanan kerja, orang itu akan menanggung risiko yang tinggi
untuk mengalami kerosakan psikologi atau fizikal. Kaedah program pengurusan
tekanan kerja pendekatan holistik yang diutarakan oleh Tan (1996), juga merupakan
kaedah yang mampu memupuk kesihatan mental, fizikal dan seterusnya dapat
meningkatkan produktiviti dalam kalangan guru boleh diaplikasikan.
6.0 Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru seringkali mengalami stres di sekolah
walaupun tahap stres yang dialami adalah berbeza. Isu stres kerja guru perlu diberi
perhatian yang serius oleh semua pihak seperti pihak sekolah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Langkah awal perlu diambil bagi
membendung masalah stres dan burnout sebelum ia merebak dan menjadi sinonim
dengan profesion keguruan. Sesungguhnya, kualiti pengajaran yang baik adalah
datangnya dari guru yang sihat dan bebas dari stres.

15

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

RUJUKAN
Abdul Razak Din (2005). Guru Tidak Lagi Dibebani Urusan Pentadbiran. Utusan
Malaysia, Februari 28.
Ages, V. D. (2011). Teacher Perceptions On Stress And Retention. ProQuest
Dissertations and Theses
Ali, R. M. D. R. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stress) di
Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Open
University Malaysia: Tesis Sarjana.
Anbar, A. dan Eker, M. (2008). An Examination of Relationship between Burnou and
Job Satisfaction among Turkish Accounting and Finance Academicians.
Europian Jurnal of Economic and Political Studies. 2008. Ejeps-1(1): 39 57.
Berita Harian Online. Pekerjaan Paling Stress di Malaysia.

Diambil daripada

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article

Boyle G. J., Borg M. G., Falzon, J. M. dan Baglioni, A. J. Jr. (1995). A Structural
Model of the Dimensions of Teacher Stress. British Journal of Educational
Psychology. 65: 49 - 67.
Chaplain, R. P. (1995). Stress and Job Satisfaction: A Study of English Primary
School. Educational Psychology, 15, 473-489
Chei, C.L. (1996). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-guru Di Sebuah Sekolah
Menengah Kerajaan Dan Sebuah Sekolah Menengah. Tesis (B.Ed), Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Cooper, C.L., and Kelly, M. (1993). Occupational Stress in Head Teachers: A
National UK Study, British Journal of Educational Psychology. 63: 130-143.
Cormarks, D. K. (2000). Leadership Behaviors of Secondary School Principals and
Teachers Satisfaction. Unpublished Ph.D dissertation. University of New
South Wales.
Dunham, J. (1992). Stress in Teaching, 2 nd. ed. London and New York: Routledge.
Farber, B. A. (1983). Crisis in Education: Stress and Burnout in the American
Teacher. San Francisco: Jossey Bass Publishers.
Fontana, D. dan Abouserie, R. (1993). Stress lever, gender and personality factor in
teachers. British Journal of Education Psychology, 57 : 279-288.
Gold, Y. dan Roth, R. A. (1993). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout
- The Professional Health Solution. London: The Falmer Press.
Hart, P.M., Wearing, A.J. and Conn, M. (1995). Conventional Wisdom is a Poor
Predictor of the Relationship Between Discipline Policy, Student Misbehaviour
and Teacher Stress. British Journal of Educational Psychology. 65: 27-48.
Kokkinos, C. M. (2007). Job Stressors, Personality and Burnout in Primary School
Teachers. British Journal of Educational Psychology, 77, 229-243.

16

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

Kosmo. Elak Tekanan Kerja Melampau. diambil daripada


http://akhbar-kosmo.blogspot.com/2012/09/kosmo-online-varia_20.html
Kumarakulasingam, T. M. (2002). Relationships between classroom management,
teacher stress, teacher burnout, and teachers' levels of hope. ProQuest
Dissertations and Theses.
Kyriacou, C. dan Sutcliffe,J. (1978). dlm. Mathews, S. A. (2005). The Occupation
Stress of Teachers. British Journal Of Education Psychology.48: 158-187.
Laughlin, A. (1984). Teacher Stress in an Australian Setting: The Role of
Biographical Mediators. Educational Studies. 10 (10): 7-22.
Lau, P. S. Y. (2002). Teacher Burnout In Hong Kong Secondary Schools. ProQuest
\Dissertations and Theses.
Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6.
Lim Kwee Ling (2001). Kepimpinan Transformasi dan Kepuasan Kerja Guru. Projek
Penyelidikan Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.
Manthei, R, dan Solman, R. (1988). Teacher Stress and Negative Outcomes in
Canterbury State Schools. New Zealand Journal of Educational Studies.
Manthei, R., Gilmore, A., Tuck, B. dan Adair, V. (1996). Teacher Stress in
Intermediate Schools. Educational Research. 38 (1): 3-19.
Marshall, K (2013), Burnout Hits One in Four Teachers. Diambil daripada
http://www.theage.com.au/victoria/burnout-hits-one-in-four-teachers20131005-2v13y.html
Maslach, C. (2001). Preventing Burnout in Your Organization. California: KANTOLA
Productions.
McCormick, J. (1997). Occupational stress of teachers: Biographical differences in a
large school system. Journal of Educational Administration, 35, 18-38
Merret, F. and Wheldall, K. (1993). How do Teachers Learn to Manage Classroom
Behaviour. A study of Teachers Opinions About Their Initial Training with
Special Reference to Classroom Behaviour Management. Educational
Studies. 19 (1): 91-106.
Mohd Fitri Sahhari (2001). Tahap BebanTugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah
Skudai: Kajian Kes. Kajian Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia
Muhamad Hanapi Husin (2004). Pengurusan tekanan kerja di kalangan guru-guru
sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang.Tesis Sarjana. Universiti
Malaya.
Nobile, J. J. dan McCormick, J. (2005).Job Satisfaction and Occupational Stress in
Catholic primary Schools.A paper presented at the Annual Conference of the
Australian Association for Research in Education.

17

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU3093

Punanesvaran, A.Nadairaja. (2000). Hubungan bebanan kerja dengan tekanan kerja


di kalangan guru lelaki dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di kawasan
bandar. Kajian Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Reddy, G.L. (2007). Special Education Teachers: Occupational Stress, Professional
Burnout and Job Satisfaction. New Delhi: Discovery Publishing House.
Tang, Tak On dan Yeung, Alexander Seeshing (1999). Hong Kong Teachers
Sources of Stress, Burnout, and Job Satisfaction. International Conference on
Teacher Education. Februari 22 24. Hong Kong: Educational Resources
Information Center, 1 22.
Tan, Huat Chye (1996). Occupational Stress Among National Type Chinese Primary
School Teachers in Gombak District. Universiti Malaya: Tesis Sarjana.
Trendall, C. (1989). Stress in Teaching and Teacher Effectiveness: A Study of
Teachers Across Mainstream and Special Educattion. Educational Research.
31 (1): 52 58.
Selye, H. (1976). The Stress of Life. Edisi Kedua. New York: McGraw-Hill.
Sharif, M. R. M. (2009). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Johor Bahru. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Sipon.S (2010), Stress Kerja Guru: Punca, Kesan Dan Strategi Daya Tindak.
Prosiding Seminar Profesion Perguruan. Diambil daripada
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2742/Stres%20Kerja%
20Guru%20%20Punca,%20Kesan%20dan%20Strategi%20Daya%20Tindak.p
df

Siti Rohani Md. Sharif, (1991). Pengaruh Faktor Sekolah ke Atas Tekanan Guru.
Tesis Sarjana Pendidikan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Utusan Melayu. 530 Guru Dikenalpasti Bardepan Masalah Mental. Diambil daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121213/pa_03/530gurudikenal-pasti-berdepan-masalah-mental
Van Dick, R., dan Wagner,U. (2001). Stress and strain in teaching: A structural
equation approach. British Journal of Educational Psychology, 2 71, 243.
Wahab, S. R. A., Nordin, N. A., Ghani, A.A.M & Rajab, A. (2010), Burnout Di
Kalangan Pekerja Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor. Journal of Human
Capital Development. Vol. 3 (2).

18

Anda mungkin juga menyukai