Anda di halaman 1dari 29

(dari panduan hadis

Nabi SAW dan


pandangan Fuqahak)

Oleh;
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
SEPTEMBER 2016 / ZUL-HIJJAH 1437H

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 1
(Galakan menziarahi kubur)


:
:

( :

)
Dari Buraidah RA yang menceritakan;
Rasulullah
SAW
telah
bersabda;
Sesungguhnya aku pernah melarang kamu
dari menziarahi kubur, namun (sekarang)
ziarahilah kubur (Soheh Muslim: 977).
Syarah;
1. Hadis ini menunjukkan galakan dari Nabi
SAW untuk menziarahi kubur setelah pada
peringkat awalnya baginda melarang.
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis
ini-; telah ijmak sekelian ulamak bahawa
menziarahi kubur adalah disunatkan bagi
kaum lelaki. Adapun bagi kaum wanita, para
ulamak berbeza pandangan; ada yang
melarangnya
dan
ada
yang
mengharuskannya.1 Kita akan huraikan
dengan terperinci selepas ini.
1

Syarah an-Nawawi ala Muslim (Imam a-Nawawi),


7/45-46.
2

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


Hukum menziarahi kubur orang kafir
2. Adakah harus menziarahi kubur orang
kafir? Menurut mazhab Syafiie dan Hanbali;
menziarahi perkuburan orang kafir adalah
harus, namun tidak harus memberi salam
dan berdoa untuk mereka.2

Fiqh al-Janaiz (Dr. Ahmad Karimah), hlm. 395.


3

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 2
(Tujuan menziarahi kubur)


:

.
Dari Buraidah RA yang menceritakan;
Rasulullah
SAW
telah
bersabda;
Sesungguhnya aku pernah melarang kamu
dari menziarahi kubur, maka (sekarang)
ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya ia
mengingatkan kepada akhirat (Musnad
Ahmad; 23005. Sunan at-Tirmizi; 1054.
Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).
Syarah;
1. Hadis ini menjelaskan kepada kita tujuan
menziarahi kubur, iaitu untuk mengingatkan
diri kepada akhirat.
2. Menurut Imam an-Nawawi; digalakkan
banyak menziarahi kubur terutamanya kubur
orang-orang baik dan dikurniakan kelebihan
oleh Allah.3

Al-Iqna (Syeikh Khatib as-Syirbini), hlm. 208.


4

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 3
(Kekerapan menziarahi kubur)


:


-

( :


.) (
Dari Aisyah RA menceritakan; Setiap kali
giliran malamku bersama Rasulullah SAW,
baginda akan keluar menziarahi perkuburan
al-Baqi ketika saat akhir malam. Baginda
mengucapkan; Selamat/sejahtera ke atas
kamu semua (wahai penghuni) rumah
(perkuburan) kaum beriman, telah datang
kepada kamu apa yang dijanjikan kepada
kamu, besok akan disegerakan untukmu
(ganjaran-ganjaran
kamu).
Dengan
kehendak Allah kami semua juga akan turut
mengekori kamu. Ya Allah, kurniakanlah

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


keampunanMu untuk sekelian
Baqi (Soheh Muslim; 974).

penghuni

Syarah;
1. Maksud hadis ini ialah; setiap kali tiba
giliran bermalam dengan Aisyah RA,
menjadi kebiasaan Nabi SAW untuk keluar
menziarahi perkuburan al-Baqi.4
2. Hadis ini menunjukkan bahawa amalan
Nabi SAW menziarahi kubur (khususnya
perkuburan al-Baqi) tidak bermusim.
Baginda sentiasa menziarahinya, tanpa
mengkhususkan malam-malam tertentu
dalam setahun. Syeikh Abu al-Hasan alMubarakfuri
menjelaskan;
Tidak
ada
sebarang sunnah menceritakan Nabi SAW
mengambil berat menziarahi kubur pada
hari-hari tertentu (dalam setahun) dengan
meninggalkan hari-hari lain sepanjang tahun.
Yang ada ialah hadis yang menceritakan
Nabi SAW sentiasa menziarahi perkuburan
al-Baqi setiap kali tiba giliran bermalamnya
bersama Aisyah RA. Hadis itu menunjukkan
bahawa amalan itu telah menjadi kebiasaan
baginda yang berterusan. Pernah dalam
beberapa tahun malam tersebut berbetulan
dengan nifsu Syaban, maka Nabi SAW
4

Mirqat al-Mafatih (Syeikh Mulla Ali al-Qari),


4/1258.
6

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


tetap keluar menziarahi perkuburan al-Baqi
kerana
kebiasaannya,
bukan
kerana
mementingkan
malam
Nisfu
Syaban
tersebut (sebagai malam utama untuk
menziarahi kubur).5
Keharusan menziarahi kubur pada waktu
malam
3. Dalam hadis di atas diceritakan; Nabi
SAW keluar menziarahi perkuburan al-Baqi
pada akhir malam, menunjukkan bahawa
keharusan menziarahi kubur di waktu malam
atau siang. Berkata Syeikh Muhammad bin
Soleh al-Uthaimin; Menziarahi kubur
hendaklah menjadi amalan setiap masa
(yakni tanpa terikat dengan masa atau hari
tertentu), boleh di waktu malam atau siang,
pagi atau petang, pada hari jumaat atau
bukan hari jumaat, tanpa ada waktu tertentu.
Setiap kali hati kamu lalai dan jiwa kamu
dikuasai kehidupan dunia, keluarlah ke
kawasan kubur dan renunglah penghunipenghuni kubur yang kelmarin mereka sama
seperti kamu juga di atas muka bumi;
menikmati
makanan,
minuman
dan
keseronokan, namun sekarang ke mana
mereka pergi? Mereka sekarang (sudah
berada di alam sana), dipertaruhkan dengan
amalan masing-masing, tidak ada yang
5

Mirat al-Mafatih, 4/342.


7

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


memberi guna kepada mereka melainkan
amalan yang mereka bawa sebagaimana
yang diberitahu Nabi SAW.6
Memberi salam kepada penghuni kubur
dan berdoa untuk mereka
4. Berkata Imam an-Nawawi; di antara
pengajaran dari hadis di atas ialah;7
a) Galakan menziarahi kubur
b) Galakan mengucap salam kepada
ahli
kubur
muslimin,
berdoa,
memohon rahmat serta keampunan
Allah untuk mereka.
c) Galakan menziarahi perkuburan Baqi
di Madinah

6
7

Syarah Riyadh as-Solihin (Ibnu Uthaimin), 3/473.


Syarah an-Nawawi ala Soheh Muslim.
8

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 4
(Adab-adab menziarahi kubur)


( :

.)

Dari Abu Hurairah RA; Sesungguhnya


Rasulullah SAW keluar ke perkuburan, lalu
baginda mengucapkan; Sejahtera akan
kamu semua wahai penghuni rumah
(perkuburan)
kaum
yang
beriman.
Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah
bakal mengikuti kamu jua (Soheh Muslim;
249).



: :



: ( :

.)

Dari Aisyah RA menceritakan; Aku bertanya


(Nabi SAW); Apa yang perlu aku ucapkan
9

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


untuk mereka (yakni untuk penghuni
perkuburan al-Baqi) wahai Rasulullah SAW
(apabila aku menziarahi mereka)? Baginda
menjawab; Ucapkanlah; Sejahtera atas
para penghuni rumah (perkuburan) dari
kalangan mukminin dan muslimin, semoga
Allah merahmati orang-orang yang dahulu
(mati) dari kalangan kami dan orang yang
kemudian. Sesungguhnya kami juga dengan
kehendak Allah bakal mengikuti kamu
(Soheh Muslim; 974).
Syarah;
1. Menurut Imam an-Nawawi; pengajaran
yang dapat di ambil dari hadis di atas ialah;8
a) Sunat orang yang menziarahi kubur
mengucapkan
salam
kepada
penghuni kubur seperti dalam hadis di
atas.
b) Orang mukmin dan orang muslim
memberi makna yang sama.
c) Keharusan wanita menziarahi kubur.
2. Nabi SAW mengajar kita memberi salam
kepada penghuni kubur dengan bahasa
mukhatabah (percakapan dengan orang di

Syarah an-Nawawi ala Muslim.


10

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


depan kita), menunjukkan bahawa mereka
akan menjawab salam kita.9
Amalan-amalan yang disunatkan ketika
menziarahi kubur
3. Amalan-amalan yang digalakkan ketika
menziarahi kubur secara lebih menyeuruh
adalah seperti berikut;
a) Ketika menziarahi kubur digalakkan orang
yang menziarahi untuk mendekati kubur
yang diziarahi sebagaimana ia mendekati
penghuninya semasa menziaharinya ketika
masih hidup sebagai menghormatinya.10
b) Disunatkan memberi salam kepada ahli
kubur dari arah mukanya.11
c) Disunatkan membaca mana-mana ayat alQuran ketika berada di kubur, kerana rahmat
Allah akan turun di tempat dibacakan alQuran.12
d) Disunatkan berdoa untuk mereka sebaik
selesai membaca al-Quran, kerana doa
9

Syarah Riyadh as-Solihin (Syeikh Ibnu Utsaimin),


3/474.
10
Al-Majmuk (Imam an-Nawawi), 5/310.
11
Al-Iqna, hlm. 208. Fiqh al-Janaiz, hlm. 397.
12
Al-Iqna, hlm. 208. Fiqh al-Janaiz, hlm. 397.
11

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


memberi manfaat kepada si mati dan berdoa
setelah membaca al-Quran lebih hampir
kepada perkenaan Allah.13 Ketika berdoa,
hendaklah menghadap ke arah kiblat.
Namun ada juga ulamak berpandangan;
menghadap ke arah muka si mati.14
e) Menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi;
yang menjadi sunnah ialah menziarahinya
sambil berdiri dan berdoa di kubur sambil
berdiri, iaitu sebagaimana yang dilakukan
Nabi SAW ketika menziarahi perkuburan
Baqi.15
f) Mengucup dan mengusap kubur;
sebahagian fuqahak melarangnya dan
menganggap amalan itu adalah bidaah yang
wajib dijauhi, iaitu mazhab Hanafi dan Maliki.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin dinyatakan;
amalan tersebut adalah adat orang Nasrani
(Kristian). Menurut mazhab Syafiie dan
Hanbali; amalan itu adalah makruh, kecuali
kubur, kecuali kubur orang yang diharapkan
keberkatannya,
maka
tidak
makruh
mengucup atau mengusapnya. Namun
Imam al-Bahuti (dari kalangan fuqahak
Hanbali) berpandangan; semua amalan itu

13

Al-Iqna, hlm. 208.


Fiqh al-Janaiz, hlm. 397.
15
Fiqh al-Janaiz, hlm. 397.
14

12

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


adalah bidah dan pandangan inilah yang
terpilih dalam mazhab Hanbali.16

16

Fiqh al-Janaiz, hlm. 397 dan 400.


13

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 5
(Keharusan wanita menziarahi kubur)

:

: )
(

( :

.)
Dari Anas bin Malik RA yang menceritakan;
(Satu ketika) Nabi SAW lalu berhampiran
seorang wanita yang sedang menangis di
tepi
satu
kubur
(kerana
kematian
17
anaknya) .
Lalu
baginda
berkata
kepadanya; Bertakwalah kepada Allah dan
bersabarlah. Wanita itu menjawab; Jauhlah
kamu dariku, sesungguhnya engkau tidak
ditimpa
musibah
seumpama
yang
17

Soheh Muslim; 15/926.


14

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


menimpaku. Wanita itu tidak mengenali
baginda. Lalu dikatakan kepadanya; (Orang
yang menasihati kamu itu) sesungguhnya
dia adalah Nabi Muhammad SAW. Lantas
wanita itu pergi ke rumah Nabi. Beliau
berkata; Wahai Muhammad, aku tidak
menyedari kamu tadi. Nabi SAW lantas
menjawab; Sesungguhnya sabar itu ialah
ketika mula-mula kamu ditimpa musibah
(Soheh al-Bukhari; 1283. Soheh Muslim;
926).
Syarah;
1. Hadis ini dijadikan dalil oleh golongan
ulamak yang mengharuskan kaum wanita
menziarahi kubur kerana Nabi SAW tidak
menegah wanita tersebut, akan tetapi hanya
menasihatinya supaya bersabar sahaja.
Menurut Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari;
para ulamak berbeza pandangan dalam
masalah wanita menziarahi perkuburan
kepada dua pandangan;18
Pandangan pertama; keizinan Nabi SAW
untuk menziarahi kubur dalam hadis tadi
tidak khusus kepada kaum lelaki sahaja,
akan tetapi umum meliputi kaum lelaki dan
kaum wanita asalkan aman dari fitnah.
Pandangan ini merupakan pandangan
18

Fathul Bari, 3/149.


15

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


kebanyakan ulamak. Mereka berdalilkan
hadis di atas di mana dalam hadis itu Nabi
SAW tidak menegah wanita terbabit dari
berada di kubur dan taqrir (diam) Nabi SAW
adalah
hujjah.
Dia
antara
yang
berpandangan sebegitu ialah Saidatina
Aisyah RA. Imam al-Hakim meriwayatkan;


:

.
Dari Abdullah bin Ibnu Abi Mulaikah yang
menceritakan; Suatu hari Aisyah RA tiba
dari perkuburan. Lalu aku bertanya beliau;
Wahai ibu sekelian orang beriman, dari
mana kamu tiba?. Dia menjawab; Dari
kubur saudaraku Abdurrahman bin Abu
Bakar. Lantas aku bertanya beliau;
Bukankah Nabi SAW menegah dari
menziarahi kubur?. Dia menjawab; Ya,
baginda pernah menegahnya, namun
16

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


kemudian
baginda
menyuruh
menziarahinya (Mustadrak al-Hakim; 1392).
Dalam Sunan Ibnu Majah;


Dari Ibnu Abi Mulaikah yang meriwayatkan
dari Aisyah RA yang menceritakan;
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah
memberi kelonggaran untuk menziarahi
kubur (Sunan Ibnu Majah; 1570. Isnadnya
soheh).
Pandangan kedua; keizinan Nabi SAW
untuk menziarahi kubur hanya khusus untuk
kaum lelaki sahaja, tidak termasuk kaum
wanita, yakni tidak harus bagi kaum wanita
menziarahi
perkuburan.
Antara
yang
berpandangan sebegini ialah Syeikh Abu
Ishaq as-Syirazi dalam kitabnya alMuhazzab dan Syeikh al-Umrani dalam
kitabnya al-Bayan.19 Mereka berdalilkan
hadis berikut;
19

Menurut Imam al-Nawawi; pandangan yang


mengharamkan wanita menziarahi kubur merupakan
pandangan syaz (ganjil) dalam mazhab Syafiie.
17

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


( :


.)

Dari Hassan bin Tsabit RA yang


menceritakan; Rasulullah SAW melaknat
wanita-wanita yang menziarahi kubur
(Musnad Ahmad; 15657. Sunan Ibnu Majah;
1574. Hadis hasan lighairihi. Diriwayatkan
juga oleh Imam at-Tirmizi dalam Sunannya
dari Abu Hurairah RA, hadis no. 1056.
Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh).

Dari Ibnu Abbas RA yang menceritakan;


Rasulullah SAW telah melaknat wanitaPandangan yang diputuskan oleh jumhur fuqahak
dalam mazhab ialah; ia adalah makruh tanzih (lihat;
al-Majmuk, 5/311). Dikecualikan dari hukum makruh
itu ialah menziarahi kubur Rasulullah SAW di mana ia
adalah antara sebesar-besar amalan untuk
mendekatkan diri kepada Allah. Diikuti dengan
menzirahi kubur para Nabi yang lain, para Syuhadak
dan Solihin, yakni turut dibolehkan tanpa makruh
(lihat; al-Iqna, hlm. 208).
18

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


wanita yang menziarahi kubur dan orangorang yang membina masjid-masjid di atas
perkuburan dan memasang lampu-lampu
(Musnad Ahmad; 2603. Sunan at-Tirmizi;
320. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan).
Namun menurut Imam al-Qurtubi; laknat
Nabi SAW dalam hadis di atas adalah bagi
wanita-wanita
yang
terlalu
kerapa
menziarahi
kubur
kerana
perkataan
zuwwaraat ( )yang digunakan dalam
hadis di atas menunjukkan kepada
mubalaghah (melampau). Barangkali sebab
larangan ialah kebimbangan akan terabai
hak suami atau akan berlaku tabarruj atau
akan terbit dari mereka ratapan, raungan
dan sebagainya. Maka apabila bebas dari
semua itu, tiada halangan lagi membenarkan
mereka menziahari kubur kerana menziarahi
kubur mengingatkan manusia kepada
kematian iaitu suatu yang diperlukan oleh
kaum lelaki atau kaum wanita.20
Menurut Imam al-Baghawi pula; larangan
wanita menziarahi kubur adalah sebelum
diberi rukhsah untuk menziarahi kubur.
Setelah diberi rukhsah oleh Nabi SAW,
maka masuk dalam rukhsah itu kaum lelaki
dan juga kaum wanita. Sebahagian ulamak
berkata; dilarang kaum wanita dari
20

Fathul Bari (Imam Ibnu Hajar), 3/149.


19

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


menziarahi kubur kerana mereka mudah
hilang sabar dan banyak bersedih.21
Sebahagian ulamak berpandangan; ziarah
kubur diharuskan bagi kaum wanita, tetapi
makruh. Mereka berdalilkan hadis;22

Dari Ummu Atiyah RA yang menceritakan;


Kami ditegah (oleh Nabi SAW) dari
mengikuti jenazah (ke perkuburan), namun
tidaklah begitu ditegaskan ke atas kami
(Soheh al-Bukhari; 1278. Soheh Muslim;
938).

21

Syarh as-Sunnah (Imam al-Baghawi), hadis no. 510.


Lihat; Tahqiq Musnad Ahmad (Syeikh Syuaib alArnaut), hadis no. 2603.
22

20

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 6
(Membaca al-Quran di kubur)





:
:

23

Dari Abdurrahman bin al-Ala; bapaku (alAla bin al-Lajlaj) RA berkata kepadaku;
Wahai anakku, apabila aku mati nanti,
buatlah liang lahad untukku. Semasa engkau
memasukkanku ke dalam liang lahadku,
bacalah;

Dengan nama Allah dan di atas agama


Rasulullah SAW.
Setelah itu, tuanglah tanah ke dalam
kuburku perlahan-lahan. Kemudian bacalah

) : 23
.)
21

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


di sebelah kepalaku permulaan surah alBaqarah dan penutupnya, kerana aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda
sedemikian (al-Mujam al-Kabir, Imam atTabrani; 491. Menurut al-Haitami; para
perawinya tsiqah. Lihat; Majma az-Zawaid;
4243).
Syarah;
1. Hadis ini menunjukkan kepada keharusan
membaca al-Quran di kubur.24 Imam anNawawi berkata; digalakkan membaca suatu
dari al-Quran ketika di kubur dan jika dapat
mengkhatam al-Quran itu yang paling baik.25

24

Fatwa Majlis Fatwa UAE


(http://www.awqaf.gov.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9
&RefID=42873).
25
Al-Majmuk, 5/294.
22

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 7
(Larangan duduk di atas kubur)


:

:




Dari Abu Hurairah RA yang menceritakan;
Rasulullah
SAW
bersabda;
Dengan
seseorang dari kamu duduk di atas satu
bara api hingga terbakar pakaiannya hingga
menembusi ke kulitnya, itu lebih baik
baginya dari duduk di atas satu kubur
(Soheh Muslim; 971).
Syarah;
1. Hadis di atas melarang duduk di atas
kubur,
kerana
perbuatan
itu
tidak
menghormati penghuni kubur.26 Menurut
Imam an-Nawawi; turut dilarang ialah;
bersandar di kubur dan berteleku di
atasnya.27

26
27

Fiqh al-Janaiz, hlm. 379.


Syarah an-Nawawi ala Muslim, 7/27.
23

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


2. Wajib menjaga kehormatan kubur kerana
apa yang dapat menyakiti orang hidup akan
turut menyakiti orang mati. Kerana itu wajib
dipelihara kebersihan kubur, tidak duduk di
atasnya, tidak berjalan memijaknya dan
sebagainya dengan berdalilkan hadis di
atas.28

28

Fatwa Majlis Fatwa UAE


(http://www.awqaf.gov.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9
&RefID=42873).
24

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


HADIS 8
(Beberapa larangan terhadap kubur)






.
Jabir RA menceritakan; Nabi SAW melarang
menyapu kapur putih di kubur, menulis
padanya, membuat binaan atasnya dan
memijaknya (Sunan at-Tirmizi; 1052. Hadis
hasan soheh).
Syarah;
1. Dalam hadis di atas ada empat larangan
Nabi SAW tentang kubur;
a) Larangan memutihkan kubur dengan
kapur
b) Larangan menulis pada kubur
c) Larangan membuat binaan di atas kubur
d) Larangan memijak kubur
Larangan memutihkan kubur
2. Larangan menyapu kapur putih di kubur
barangkali sebabnya kerana ia dari jenis
perhiasan.
Sebab
itu
para
ulamak
mengharuskan melumur tanah di kubur
(kerana ia bukan perhiasan). Berkata Imam
25

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


Syafiie; tidak mengapa melumurkan tanah di
kubur.
Imam
Hasan
al-Basri
turut
mengharuskannya.29
Larangan menulis pada kubur
3. Larangan menulis pada kubur; dilarang
menulis nama Allah, nama Rasulullah SAW
dan ayat-ayat al-Quran di kubur kerana ia
terdedah kepada penghinaan apabila ada
orang yang duduk di atasnya atau terpijak
oleh orang apabila ia runtuh dan
sebagainya. Adapun sekadar menulis nama
untuk
mengetahui
siapa
pemilik/penghuninya, sebahagian ulamak
tetap melarangnya dan sebahagian lagi
mengharuskannya.
Di
antara
yang
mengharuskannya ialah ulamak-ulamak
mazhab Hanafi dengan berdalilkan kepada
hadis yang menceritakan; Nabi SAW
meletakkan batu tanda di hujung kubur
Usman bin Mazun RA di sebelah
kepalanya- dan baginda berkata;

Supaya aku mengetahui ini adalah kubur


saudaraku dan aku ingin mengkebumikan di
29

Mirqaat al-Mafatih, 3/1223.


26

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


sebelahnya siapa yang mati dari ahli
keluargaku (Sunan Abu Daud; 3206. Hadis
hasan).
Menulis nama di kubur bermaksud yang
sama
iaitu
untuk
mengetahui
pemilik/penghuni kubur maka ia menepati
perbuatan Nabi tersebut. Maka larangan
Nabi SAW dari menulis di kubur hendaklah
difahami kepada tujuan selain itu seperti
menulis kata-kata pujian, berbangga-bangga
dan seumpamanya.30
Larangan membuat binaan atas kubur
4. Larangan membuat binaan di atas kubur;
menurut mazhab Syafiie; jika binaan dibuat
di atas tanah kubur yang dimiliki oleh
pembuat binaan, membuat binaan di atas
kubur itu hukumnya adalah makruh. Jika
dibuat di atas kubur wakaf, membuat binaan
itu hukumnya adalah haram.31
Larangan memijak kubur
5. Larangan memijak kubur adalah kerana
berbuatan
tersebut
menghina
kubur.
Dikecualikan dari larangan memijak itu jika
terdapat keperluan seperti tidak dapat
30
31

Fiqh al-Janaiz, hlm. 389-390.


Tuhfah al-Ahwazi (Syeikh al-Mubarakfuri), 4/133.
27

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)


sampai ke kubur yang ingin diziarahi
melainkan dengan memijak kubur yang lain,
maka
ketika
itu
tidaklah
dilarang
32
memijaknya.

***

***
Tulisan;
Khadim al-Ulum ad-Diniyah,
Al-Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil
adnan_fadzil1973@yahoo.com.my

32

Fiqh al-Janaiz, hlm. 379. Mirqaat al-Mafatih,


3/1223.
28

ZIARAH KUBUR (naskah EBOOK)

Dapatkan buku-buku tulisan Ustaz


Adnan. Lawati;
1. Blog buku-buku tulisan Ustaz
Adnan
(http://buku2ustazadnan.blogspot.my/)
2. Blog Soal-Jawab Agama
(http://ilmudanulamak.blogspot.com)

29

Anda mungkin juga menyukai