Anda di halaman 1dari 37

ULASAN NOVEL : PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN)

SINOPSIS:
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahanlahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan
dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha
iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan
kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor
Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia
memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga
teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin
dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai
suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan
terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana
berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa
panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi
Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di
PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah
bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran
Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil
terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk
melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula
mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada
kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar
dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir
tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang
sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat
Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana
asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah
pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya
memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.

BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja.
Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang
doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada
halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang,
namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada
Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang
berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan
yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang
sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur
dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap
kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya.
Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan
doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika
itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima
bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya
begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan
dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang
sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai
penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang
mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu
bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama
ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar
Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan
Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan
Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa
bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika
itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.
Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa
adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa
sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana,
gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat
elit.

BAB4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya
dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya
itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui
fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya Ayu.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia
berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut
dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan
dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak
rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul
hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan
berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan
keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu
memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. Doktor
Uwang mengelamun sambil menonton rancangan Money Matters di televisyen.
Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan
matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai
oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia
juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa
dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu
hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah
dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat
gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam
kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tibatiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini.
Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat
panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di
bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal
dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati
terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia
tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
6

Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan
Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong
Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai sapi tua menjelaskan apa sebenarnya
yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap sapi tua itu
keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang
memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia
supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera
ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya
untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia
berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan
bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya
menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
7

BAB7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan sapi tua iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan
dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tibatiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu,
Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah
Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat
panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah
Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin
ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga
menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
8

BAB8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan
menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi
dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut
Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.

BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah
9

salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya
belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang
marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat
saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila
dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali
kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha
turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan
senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang
memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang
berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerjapekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya
dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan
tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki
Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu
sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
10

disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil
sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

TEMA

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Tabah menghadapi kematian anak peremuannya


o Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan
tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu down
sinDoktorom. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan,
suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu
melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya.
Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk
memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan
Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada
dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar
kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanakkanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena
tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian
anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa
Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.

Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya


o Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan
keenganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan
kandungannya yang didapati cacat atau down sinDoktorom. Raiha juga
melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan
kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar
api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan
suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah
dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat
saksi utama tidak muncul dalam perbicaran, bekas suaminya yang
menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes
tersebut dalam perbicaran di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis
senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan
meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam
11

rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada
peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa
itu.

Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah


o Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat
untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas
sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja
yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu
dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi
seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di
sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil
keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Tabah menerima tugas membedah


o Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu
sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas
kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit
itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong
Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.
o Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang
yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan temurung
lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami
kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.

Tabah menghadapi penceroboh


o Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda berumur dua puluhan
yang merupakan bekas pelajar peubatan yang tidak menamatkan pelajarannya,
Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu
tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini.
Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan
oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulah mengenali pemuda itu, Raiha
memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya
merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju
diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas.

12

Tabah menerima berita punca kematian anaknya.


o Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini
menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar
kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar
yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan
menganggap mereka adalah mangsa keadaan.

PERSOALAN

Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap


lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang
yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan
mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan
tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak
menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.


Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga
menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam
dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang.
Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap isteri tidak sah menjadikan dia
seorang yang pemilih.

Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha bersetuju untuk


melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah
yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk
melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku


kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan
13

emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia


mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu
kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta
maaf kerana merahsiakannya kerana takut.

Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah


mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya
Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di
situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku
sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah
sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.

Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.Raiha begitu tabah menerima


rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam
keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes
perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun
dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh
Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong
Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah
menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan
berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang.
Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.

Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan institusi rumah


tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa
dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz
yang dianggap keterlaluan memintannya menggugurkan kandungan mereka, dan juga
menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan
peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.

Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu
walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu
mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu
dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas
suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat
pejagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan
perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha
berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan
segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.

14

PLOT
1. Permulaan
o Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam
yang melanda dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku
adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami
yang baik.
o Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron
yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali
disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan
pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal.
Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam,
Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani
pembedahan lagi.

1. Perkembangan
o Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian
tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada
ketika sedar mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung
dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadam dalam
ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat tidak semena-mena
dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
o Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat
batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya
yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan
disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila
sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia
juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya.
Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa
ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan
memanggilnya sebagai sapi tua ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa
itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun
sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah
lagi.
o Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya
yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam
kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar
oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari
anak orang Mongolia itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa
izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan
15

pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga


sering terbayang anak pak ciknya yang renting dalam jaga dan tidurnya.
o Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk
menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir
itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha menggugurkan dan memelihara
anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu
menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya
yang lama adalah normal.
o Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat
rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua
kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan
bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia
dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.
o Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat
rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan
pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan
akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di
samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara trajis di
hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan
itu.
o Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami
kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tumpurung lututnya yang
hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera.
Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus
untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya
dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
o Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan
disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan
marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya
pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.
o
2. Konflik
o Konflik dengan diri sendiri
o Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya

Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila


sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya.
Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam
itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan

16

kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas


kematian itu.

Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.


o Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi
buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu
mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa
dihalang oleh sesiapa.

Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya


o Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak
luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan
maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis
sikap negatif terhadap dirinya itu.

Konflik Doktor Uwang dengan Ayu


o Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api
yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang
rentung dan meminta diselamatkan sentiasa terbayang-bayang sehingga
menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang
pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia
turut terbayang akan anak pak ciknya itu.

1. Konflik dengan orang lain


2. Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
o Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca
kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah
yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya
itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang
dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak mucul dan menceritakan kisah
yang sebenar.

17

Konflik antara Sister Felicia dan Raiha


o Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia
yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa
sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut
dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah
menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran
tersebut.

Konflik antara Raiha dengan ayahnya


o Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak
dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar
bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.

Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong


o Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana
datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron.
Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya
sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah
menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya
bahawa wang bukan urusannya.

Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong


o Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai
punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja
berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan
daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya
anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister
Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya
sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan
keuntungan peribadi.

Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang


o Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan
memarahi pesakiit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan
menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah
setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.
18

1. Klimaks / Puncak

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat
Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan
tangannya yang kebas.
o Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa
Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh oleh seorang lelaki
yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
o Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi
lagi dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat
disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu
tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta
bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu.
Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat
itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang
dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di
hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan
untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf
dengan dirinya.
o Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi
kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pegelangan
tangan dan tempurung lututnya.

1. Peleraian
o Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi
menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota
pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur.
o Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas
penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh
Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
o Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang
melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
19

o Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul
anak perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar
kereta mewah tersebut.
o Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai
saksi kerana takut.
o Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah
mangsa keadaan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha

Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat
selama 6 bulan

Doktor pakar bedah

Anak kepada doktor pakar bedah

Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar
Perunding Pembedahan.

Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya

Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian

Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri
sendiri.

Sentiasa terkenang peristiwa malang


kesayangannya.

Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.

Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa

Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang


mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

yang mengikabatkan kematian anak

20

Watak Sampingan

Doktor Uwang

Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery

Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur

Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan

Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu

Berwajah kacak dan segak

Berusia pertengahan empat puluhan

Bertubuh sederhana

Dikenali sebagai ahli bongkar pasang

Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.

Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron

Bekas Pesakit Doktor Uwang

Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu
untuk bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di
PRPK.

Kurus cengkung dan pucat

Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu

Mempunyai masa depan yang cerah

Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
21

Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara

Doktor Sadiz

Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang

Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman

Pakar Perunding Pembedahan

Pakar Bedah Otak

Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha

Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang
dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.

Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana
isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari
anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak
petrol dan rentung.

Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah


diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha

Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan

Seorang yang optimistic

Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini


Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.

Sudah meninggal dunia

Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri
baharu.

Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
22

Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak
sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.

Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi

Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan


Doktor Sadiz

Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.

Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana
ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang
sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.

Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.

Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu
Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat
rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.

LATAR

Latar Tempat
1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.
23

o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya


selama enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan
sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau
menengah bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor.

1. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan
hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat
Rawatan Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran
menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

1. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar
dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung
akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak
perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.

1. Rumah Doktor Uwang


o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa
Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

24

1. Mahkamah Keluarga
o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas
peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.

1. Wad Super VVIP


o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

1. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

1. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

25

Latar Masa

1. Malam Hari
o Kemalangan Doktor Uwang

Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa


berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang


dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan
melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan


pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan
hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat
pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah
menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan
tersebut.
o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron
membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong
memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah
dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan
helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas
dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor
Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke
rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah
didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz
dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia
menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa
marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di

26

situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta
mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan
kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu.
Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu
sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga
menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke
atasnya.

1. Waktu Senja
o Pembedahan keenam

Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung


pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha
selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan
peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan
penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas
mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong.
Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat
rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan
meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

1. Latar masyarakat yang takut berterus terang


o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang
kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha
kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol

27

ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap
Raiha.

1. Latar masyarakat yang ego


o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka.
Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian
tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya
yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak
petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada
disitu disambar api tersebut.

1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi


o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar
sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan
tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha
dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan
yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun
anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan
mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas


o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah
hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan
upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di
asrama.

1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya

28

o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya


bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai
Kasih kepadanya.
o Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat
Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi
sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang
terlatih.

TEKNIK PENULISAN

1. Pemerian
o Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia

Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah


pemerian. Penulis menceritakan bahawa Felicia lahir akibat
keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda. Felicia
dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan
sifat memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia
terkapai-kapai sebelum belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan
pengajian dalam bidang kejururawatan.

Pemerian tentang
perempuannya.

kegelishan

hidup

Raiha

selepas

kematian

anak

o Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis


menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba
disambar oleh kemarakkan api yang sedang memamah kereta Porsche milik
bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya rentung.
Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh disambar api yang
dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan
menyimbah minyak petrol kea rah kereta mewah tersebut.

Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang


o Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang
menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum
kemalangan, Doktor Uwang wajah anak perempuan pak ciknya itu datang
29

menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa


ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat
mengawal kederaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia
melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pemerian tentang kematian Rohayu


o Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor
Sadiz. Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia
menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap Raiha yang
membawa lari anak perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu,
membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang
membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz
hingga ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu
dengan minyak petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di
tempat kejadian dan apa yang sedang marak itu menyambar anak kecil
tersebut hingga rentung.

Pemerian tentang penyakit Unong Siron


o Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu terlibat
dalam kemalangan jalan raya. Pampasan daripada syarikat insurans diterima.
Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis yang dahulunya ceria dan lincah
itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan pembedahan oleh doktor pakar
di tempat dia bekerja. Pemerian tentang pembedahan yang telah lima kali
dilalui oleh Unong Siron memberikan pengalaman ngeri kepada pembaca
yang membaca novel ini.

1. Dialog
o Dialog Raiha dan Doktor Sadiz

Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di


antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak
dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung
anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut
mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

Dialog Raiha dan ayahnya

30

o Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel
ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya
kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya
juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan
ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah tetapi tidak
memberikan sokongan kepadanya.

Dialog Raiha dan Sister Felicia


o Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke
pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu
Unong Siron. Felicia menjeaskan bahawa sapi tua paggilan terhadap Ibu
Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan
terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat
lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia
tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan
penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan
penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di
kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya
meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia berpendapat
hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat
itu.

Dialog Raiha dengan Ibu Unong Siron


o Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima adalah panggilan palsu, dia
mengambil kesempatan untuk menziarahi Unong Sarion yang baharu sahaja
dibedah senja itu. Sewaktu Raiha merenung muka Unong, ibu Unong Siron
bertanya tentang keadaan anaknya itu. Raiha menjelaskan bahawa tidak ada
apa-apa yang berlaku sebaliknya berharap agar anak gadis itu akan segera
sembuh dan tidak perlu dibedah lagi.

Dialog Doktor Uwang dengan Sister Felicia


o Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia sewaktu menunggu Doktor
Sadiz. Selepas pulang dari rumah Datu Untong, Felicia dihantar oleh Doktor
Uwang, dan ketika menunggu Doktor Sadiz, Doktor Uwang menyatakan
31

bahawa sesuai dengan komitmen yang diberikan oleh Felicia, jawatan dan
tangga gajinya akan dinaikkan.

1. Imbas kembali
o Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha

Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian


Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum
mendapat jawapan pasti punca kematian anak istimewanya itu.
Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak
perempuannya itu sering menghantui fikirannya.

Doktor Uwang juga sering terimbas kembali saat kematian anak


perempuan Doktor Sadiz di hadapan matanya. Dia juga terbayangbayang wajah anak perempuan itu meminta ikhsan daripadanya. Dia
juga terimbas kembali sewaktu melakukan otopsi ke atas anak
perempuan itu.

Imbas kembali zaman sekolah rendah


o Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia.
Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik
dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya
terlanjur akibat gaya hidup bebas yang diamalkan.

Imbas kembali peristiwa kemalangan yang meragut nyawa Doktor Sadiz


o Raiha teringat kembali saat kematian bekas suaminya. Selepas menang dalam
perbicaraan Doktor Sadiz vs Raiha kerana saksi utama tidak muncul. Sewaktu
bertembung dengan Raiha di hadapan mahkamah, Doktor Sadiz menjelaskan
bahawa Raiha akan digantung tanpa tali sampai bila-bila sebagai balasan
menjejaskan status elitnya di khalayak ramai akibat perbicaraan itu. Sejurus
beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori tangki minyak
yang berhenti di persimpangan lampu berisyarat menyebabkan keretanya
meletup dan terbakar.

Imbas kembali zaman belajar di pusat pengajian tinggi

32

o Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat pengajian tinggi. Salah
seorang tenaga pengajar ialah Doktor Uwang, seorang pensyarah yang
berwajah tampan menyebabkan dia secara sukarela membantu melakukan
demostrasi apabila pembelajaran sedang dijalankan.

1. Saspens
o Saspens punca kematian anak perempuan Raiha

Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang


punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan
begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan
menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta
maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz
dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan
sebenar punca kematian anak Raiha.

Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang
menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib
Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat
minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya
memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron
memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.

GAYA BAHASA

1. Peribahasa
o Similie

Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

1. Penggunaan Diksi
o Kata-kata istilah sains perubatan

33

Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis


menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas
tentang bidang perubatan. Antaranya

X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP,


diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG),
mamografi, angiografi, hemodialisis

Perkataan masyarakat setempat


o Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis
menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya

Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

NILAI
1. Nilai Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar
di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar
daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian
tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya
itu termasuk membuat demonstrasi.

1. Nilai Ketekunan
o Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun
belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya.
Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang
pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah
menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

1. Nilai Keberanian

34

o Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak


perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak
disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan
menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh
keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi
Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha
kalah dalam kes tersebut.

1. Nilai Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron
sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana
Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa
menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya
gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.

1. Nilai Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya
pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor
yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan
calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan
keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah
penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.

1. Nilai Ketabahan
o Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat
untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas
sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja
yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu
dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi
seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di
sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil
keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
35

o Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi
seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi
dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain


o Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron
berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai
Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya
anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat
Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan


o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil.
Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak
perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan
menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.

1. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.


o Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan
bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua
orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan
untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak
lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya
kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.

1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha
tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya
juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup
dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai
juga.

1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.


36

o Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang


oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya
dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi
oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang
dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz.
Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar
kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat
cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

37

Anda mungkin juga menyukai