Anda di halaman 1dari 9

KONSEP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai


membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan
serta memelihara, dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan
baik.

Konsep

pemeliharaan

dan

pemuliharaan

dalam

konteks

alam

sekitar

memperlihatkan bahawa tahun demi tahun dunia ini seolah-olah berada dalam keadaan
tidak selamat. Isu pemanasan global, kempen anjuran Greenpeace, Persatuan
Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia, Malaysia Nature Society, World
Wildlife Fund, (WWF) memanggil kita supaya melakukan sesuatu. Adakah kita hanya
perlu berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar, atau pihak-pihak berkaitan untuk menangani isu-isu tersebut?
PENGENALAN
Pemeliharaan dan pemuliharaan

bermula dengan kesedaran individu. Ia

bermula dari rumah dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri
pentingnya menjaga alam sekitar, kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan
dan alam haiwan, dan membina masyarakat penyayang dengan memahami prinsip
Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke dalam sungai sehingga
mencemarkan sungai perlu dikikis. Tahniah kepada kerajaan Melaka yang berjaya
memulihkan

kebersihan

sungai

Melaka.

Namun,

usaha

pemeliharaan

dan

pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali kita
bermula dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan
keprihatinan kepada alam sekitar yang berterusan.
1

Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan
hubungan kitar dalam proses kesemulajadian yang berterusan. Penggondolan bukit
akan menyebabkan hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan
mengalirkan air lumpur dan apabila pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah
pantai akan terhakis. Di tahun-tahun kebelakangan ini kita menghadapi masalah
kemarau yang menyebab air terpaksa dicatu. Sehubungan itu kita akan mencari sebab
kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam masa yang sekejap, hujan lebat
pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandaraya Kuala Lumpur. Kerugian
kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai pemeliharaan dan
pemuliharaan.
Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan
hijau lebih rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa
pohonan kayu. Hutan hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran
proses fotosintesis dengan pohonan hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan
oksigen yang diperlukan manusia. Kita harus menyedari persekitaran yang bersih
menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut yang bersih memberikan protein
bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau galian yang diperlukan
manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari serangga perosak
secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila ikan tercemar
akibat perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia juga. Jadi
di sini kelalaian atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung
kepada manusia. Secara keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga.

Asas pemeliharaan dan pemuliharaan perlu ditinjau dari sudut berikut:


1. Memahami persekitaran dan keperluannya.
2. Penglibatan segenap peringkat masyarakat dalam peranan pemeliharaan
dan pemuliharaan
3. Membina kempen kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan
alam sekitar di peringkat rendah, menengah, universiti dan juga
masyarakat dewasa.
4. Mengetat dan menguatkuasa undang-undang berkaitan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam.
5. Membentuk sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar.
PENGELOLAAN SUMBER-SUMBER ALAM SEMULAJADI
a. HUTAN
1. Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara
Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan untuk mengurus, mengawal,
memellihara dan memulihara seluruh hutan
Memastikan keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan
hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan Taman
Negara.

2. Penanaman Semula Pokok


Pokok ditanam di kawasan yang telah ditebang
Pokok yang ditanam adalah dari jenis kayu keras
Pokok membesar dalam tempoh 15 tahun

3. Penyelidikan Baka Tumbuhan


Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Penanaman semula pokok yang telah mempunyai potensi

4. Penubuhan Ladang Hutan


Ladang hutan ditubuhkan oleh Jabatan Perhutanan Malaysia untuk bekalan kayu
Membantu mengurangkanpenebangan hutan asli

5. Rawatan Sivilkultur
Dijalankan di ladang-ladang hutan
Bertujuan untuk memelihara sepsis pokok yang semakin pupus
Hanya pokok berharga diberi peluang tumbuh

6. Pengawalan Pembalakan Hutan


Penguatkuasaan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan
haram dan pemburuan hidupan liar.

7. Pertubuhan Alam Sekitar


Kerjasama dengan beberapa Negara ASEAN untuk menjaga, memelihara
dan memulihara hutan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia, Pencinta Alam
4

Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara


dan memulihara alam sekitar
b. SUNGAI
1.

Penguatkuasaan dan memperkemaskan program sedia ada.


Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar mengambil langkah untuk
meningkatkan

penguatkuasaan

dan

memperkemaskan

program

bagi

menyedarkan masyarakat terhadap memelihara alam sekitar.


Jabatan Parit dan Saliran sentiasa memperhebatkan kempen Cintailah
Sungai Kita. Kempen ini harus diteruskan dengan lebih hebat agar dapat
meningkatkan kesedaran orang ramai serta perindustrian.
2.

Pihak berkuasa memberhentikan pencerobohan kawasan tadahan air.


Kerajaan negeri juga mengambil tindakan terhadap negeri masing-masing
kemudian membahagikan kebersihan sungai kepada tiga kategori iaitu sungai
bersih, sungai tercemar (sederhana) dan sungai tercemar (teruk).

3.

Gotong-royong membersihkan sungai


Di peringkat kampung, ketua kampung bertindak mengadakan gotong-royong
membersihkan sungai di setiap kawasan.
Pihak sekolah memberikan penerangan berkaitan pemeliharaan dan
pemuliharaan sungai dan alam sekitar.
Menubuhkan kelab pencinta alam sekitar.

CADANGAN

LANGKAH

LANJUTAN

UNTUK

PEMELIHARAAN

DAN

PEMULIHARAAN TUMBUHAN SEMULA JADI


1. Pemuliharaan Bekas Lombong
Pokok-pokok dari spesis berharga dapat ditanam di kawasan bekas lombong
5

Sepsis ini menghasilkan kayu api dan serpihan kayu untuk penghasilan
kertas seperti akasia
2. Undang-undang Perlindungan Flora
Ordinan Perhutanan 1958 dan Ordinan Taman Negara dan Hutan Simpan
1995 di Sarawak digubal untuk melindungi beberapa sepsis flora seperti
sepsis pokok bakau, rafflesia,orkid.
3. Mewujudkan Ladang Jati
Penanaman jati bermula di Kedah, Perak, Perlis dan Selangor
Setiap hektar tanah yang di tanam dengan pokok jati pendapatan yang
lumayan
Tumbesaran cepat 15 hingga 25 tahun.

4. Kitar Semula Kertas


Permintaan terhadap kertas semakin meningkat .
Kesedaran terhadap kepentingan mengitar semula kertas dapat menjimatkan
wang Negara.
5. Perlindungan Hidupan Liar
Beberapa negeri mempunyai undang-undang sendiri untuk melindungi
hidupan liar.
Kawalan yang lebih ketat .
Penerangan dan maklumat untuk meningkatkan kesedaran .

CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM


SEKITAR SECARA BIJAKSANA
i.

Sambutan dalam setahun berkaitan alam sekitar


PERISTIWA

TARIKH

Hari Hutan Sedunia

21 Mac

Hari Bumi

22 April

Hari Alam Sekitar Sedunia

5 Jun

Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan

8 Oktober

Semulajadi

Minggu Alam Sekitar Malaysia

22 27 Oktober

KESIMPULAN
Seorang manusia yang baik tidak akan minum air gula yang manis apabila
orang di sebelahnya terketar lapar dan dahaga tanpa perlindungan. Dunia yang baik
lahir dari kemanusiaan yang baik. Kemanusiaan yang baik mencipta alam sekitar yang
baik. Segalanya bermula dari kita; manusia. Manusia yang boleh bercakap dan berfikir
melalui isi hati. Pemeliharaan dan pemuliharaan bukanlah isu bersifat sementara tetapi
bersifat sejagat. Ia berlaku kini dan akan terus berlaku. Jadi kita perlu sedar dan
bertanggungjawab untuk pelbagai peristiwa yang telah berlaku dan bakal berlaku.

Manusia dilahirkan untuk memakmur dan membangunkan bumi, menerusi aktiviti


pertanian, perindustrian dan pembangunan hendaklah sentiasa mematuhi peraturanperaturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan
terhadap alam sekitar. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah untuk kita
gunakan dan mengurusnya dengan penuh bijaksana. Janganlah kita menggadaikan
segala kurniaan ini hanya untuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup tanpa
memikirkan hak-hak makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang
menumpang seperti kita di atas bumi ini.

RUJUKAN
1. http:smkteloi kanan.com
(Tajuk : Maklumat Program Pemuliharaan Sungai)
2. www.water.gov.my
3. Buku Teks Geografi Tingkatan 4
Dewan Bahasa & Pustaka oleh Osman Abdul Ghani/ Mohammad Mohd Arif
4. Minda Lestri : Pembangunan Negara dan pemuliharaan Alam Sekitar
Pengarang : Zaini Ujang

Anda mungkin juga menyukai