Anda di halaman 1dari 8

Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak

yang memerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang


bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya.
Kemudahan
Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda yang memerlukan
jagaan dan perlindungan serta yang telah dianiaya.
Takrifan Kanak-kanak
Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun.
Takrifan Penganiayaan
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) Seksyen 3:
Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan, didedah
kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia
dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang
akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya.
(Termasuk yang menyebabkan hilang penglihatan dan/atau pendengaran,
kecederaan anggota tubuh badan dan kecederaan otak).
Hukuman
Bagi kesalahan mengikut takrifan a. di atas hukumannya ialah denda tidak melebihi
RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 26
Akta 468.
Bagi kesalahan mengikut takrifan b. di atas hukumannya ialah denda tidak melebihi
RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 28
Akta 468.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menyiasat aduan yang diterima.
Merujuk kepada Pegawai Perubatan untuk mengesahkan samada penganiyaan telah
berlaku atau tidak.
Melaporkan kepada polis jika kes yang berkenaan perlu dibawa ke hadapan
mahkamah.
Mengadakan kaunseling kepada pihak yang terlibat supaya perkara itu tidak berlaku
lagi.
Sebagai ikhtiar terakhir, menempatkan kanak-kanak dengan penjaga yang sesuai
atau dimasukkan ke dalam Rumah Kanak-kanak

AKTA PENGANGKATAN 1952 (AKTA 257)


Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengangkatan anak.
Kemudahan
Memberi peluang kepada orang-orang yang bukan Islam mengambil anak angkat
dengan cara yang sah melalui mahkamah. Seorang kanak-kanak yang diambil
dengan cara ini, diberi taraf sama dengan anak kandung ibu bapa dan anak angkat
itu boleh menuntut harta pusaka dan lain-lain kemudahan seperti seorang anak
kandung.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Mendaftar dan menyiasat permohonan.
Menjalankan penyeliaan terhadap ibubapa angkat selama 3 bulan sebagai
"Guardian ad Item".
Menyediakan laporan untuk membantu mahkamah membuat keputusan.
AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 (AKTA 253)
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran pengangkatan.
Akta ini memudahkan orang-orang berugama Islam atau bukan berugama Islam
mendaftarkan pengangkatan anak angkat mereka tetapi pengangkatan ini tidak
memberi sama taraf seperti anak kandung khasnya mengenai mewarisi harta
ibubapa angkat.
AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 (AKTA 90)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan
kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaa Mahkamah Juvana.
Kemudahan
Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang
didapati bersalah di bawah undang-undang.
Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan.
Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan
pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak.
Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan
mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan.
Takrifan Kanak-kanak

Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun.
Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1)
Buang Kes
Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik.
Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan jagaan
dan didikan yang baik terhadapnya.
Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan
Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana
dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama
dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang
selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh
menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh
masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak
selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah
anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan.
Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos.
Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau
dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan
hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sessions, ataupun dipindahkan kes
itu ke Mahkamah Tinggi.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menjalankan tugasdan tanggungjawab sebagai Pegawai Akhlak.
Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk mahkamah dan menghadiri
mahkamah.
Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah Akhlak yang telah dibebaskan
di bawah lesen dan yang ditempatkan untuk seliaan lanjutan.
Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah jagaannya.
Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi kerjasama untuk
menentukan kejayaan terhadap pemulihan juvana.
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (AKTA 308)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan
pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang
berkaitan dengannya.
Kemudahan

Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun
yang memerlukan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) semasa
ibubapa mereka di tempat kerja.
Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 10 orang kanakkanak dibawah usia 4 tahun.
Menentukan kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.
Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi
kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak
melebihi RM2000.00.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima permohonan dan menjalankan penyiasatan.
Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis
Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan
teguran/pandangan dan kelulusan.
Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apaapa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak
untuk tujuan menjamin bahawa :
"Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya
adalah memuaskan;
daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan
dengan sempurna;
alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apaapa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak
yang diasuh dalamnya".
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106)
Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan
perlindungan wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkaraperkara yang bersampingan dengannya.
Kemudahan
Akta ini memberi jagaan dan perlindungan serta peluang untuk menjalankan
pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terdedah kepada bahaya moral,
rosak akhlak atau menjadi mangsa pelacuran.
Memberi peluang kepada penjaga yang sah di sisi undangn-undang untuk membuat
permohonan bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di bawah 18 tahun
di tempat perlindungan atas alasan tidak dapat menjalankan kawalan yang
sepatutnya ke atasnya sewa terdedah kepada bahaya akhlak.

Memberi peluang kepada seseorang perempuan tanpa mengira peringkat umur


mendapatkan perlindungan dengan segera.
Takrifan Wanita dan Gadis
Seorang perempuan berusia di bawah 21 tahun.
Perlaksanaan Undang-undang Mengikut Akta
Jika mahkamah Majistret berpuashati bahawa orang perempuan itu memerlukan
perlindungan mengikut Akta maka Mahkamah boleh:Memerintahkan supaya orang perempuan berkenaan ditahan di tempat
perlindungan selama suatu tempoh tiga tahun dari tarikh ia ditahan untuk siasatan.
Membuat suatu perintah, supaya perempuan itu diletakkan selama suatu tempoh
tidak lebih daripada tiga tahun dalam peliharaan seseorang sama ada seorang
saudara atau tidak yang bersetuju dan difikirkan layak.
Membuat suatu perintah, menghendaki ibubapa atau penjaganya mengikut suatu
bon selama sesuatu tempoh tertentu tidak lebih dari tiga tahun untuk menjalankan
pemeliharaan atau penjagaan yang sepatutnya.
Membuat suatu perintah meletakkan orang perempuan itu selama suatu tempoh
tertentu tidak lebih daripada tiga tahun di bawah pengawasan sseorang Pegawai
Kebajikan Masyarakat.
Hukuman Bagi Orang Didapati Bersalah Mempergunakan Wanita dan Gadis Untuk
Maksud Pelacuran Dan Sebagainya
Seseorang yang didapati bersalah mempergunakan wanita dan gadis untuk masuk
pelacuran dan sebagainya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada
lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepulu ribu ringgit atau penjara dan
denda kedua-duanya.
Seseorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau akli kemudian,
boleh dikenakan hukum sebab selain daripada sesuatu tempoh penjara yang
dikenakan.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima dan menyiasat aduan.
Mengemukakan kes-kes Mahkamah untuk mendapatkan waran tahanan sementara
bagi urusan penyediaan laporan siasatan gadis itu memrlikan perlindungan.
Menyiasat dan menyediakan laporan sosial dan enquiri untuk mahkamah.
Sebagai Pelindung Wanita dan Gadis, menjalankan penyiasatan dan berfungsi
sebagai Majistret Kelas Pertama untuk mengambil keterangan terhadap
penyelesaian kes.
Menyiasat dan menyediakan laporan kemajuan atau pembebasan dan laporan
sosial terhadap penghuni institusi dan keluarga mereka.
Mengeratkan perhubungan di antara wanita dan gadis yang sedang menjalankan
pemulihan di tempat perlindungan dengan ahli-ahli keluarganya dengan tujuan
penyesuaian beliau dengan keluarga dan masyarakat amnya setelah dibebaskan
kelak.

Melawat, menyelia dan memberi kaunseling kepada wanita dan gadis di bawah:Seliaan
Seliaan Lanjutan
Mengiringi wanita dan gadis dalam jagaan perlindungan dan pemulihan.
Mendapatkan pekerjaan untuk wanita dan gadis agar mereka boleh berdikari dan
mengulangi kelakuan lama.

Akta Keganasan Rumah Tangga (Akta 521)


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang
dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang bersampingan
dengannya.
Pengertian Keganasan Rumahtangga
"keganasan rumah tangga" ertinya pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut:
secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan,
mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
menyebabkan kecederaan fizikal ke, pada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan
yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan
fizikal;
memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa
kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau pun selainnya, yang mangsa itu
berhak tidak melakukan;
mengurung atau.menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada ha-r-ta dengan niat
untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan
menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu.
Oleh seseorang terhadap isteri atau suaminya;
bekas isteri atau suaminya;
kanak-kanak;

orang dewasa tak berkeupayaan; atau


mana-mana anggota lain keluarga,
Mahkamah boleh, dalam prosiding yang melibatkan sesuatu aduan keganasan
rumah tangga, mengeluarkan mana-mana satu atau lebih perintah perlindungan
yang berikut:
perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu
dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap pengadu itu;
perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnea perintah itu
dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak itu;
perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu
dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap orang dewasa
tak berkeupayaan itu.

Akta Orang-orang Papa 1977 (Akta 183)


Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orangorang papa dan bagi mengawal kutu rayau.
Kemudahan
Akta ini memberi peluang kepada orang papa untuk mendapatkan jagaan dan
perlindungan serta pemulihan di pusat pemulihan seperti di Desa Binadiri atau di
Rumah Seri Kenangan.
Takrifan Mengemis
"Apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau
tidak ada perbuatan pura-pura menyanyi bermain, berlakon, menawarkan sesuatu
untuk jualan atau selainnya". Sec.2.
Takrifan Orang Papa
"Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara
hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang
yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga mengadakan kacau ganggu.
Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak ia
mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat
tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan". Sec. 2.
Tindakan Mengikut Akta

Sesiapa sahaja boleh merujukkan seorang papa kepada Pegawai Kebajikan untuk
tindakan yang tertentu.
Sekiranya Pegawai Kebajikan Masyarakat itu mempercayai orang itu adalah seorang
papa, maka beliau boleh memohon perintah mahkamah bagi ia dimasukkan ke
dalam institusi untuk sementara waktu, iaitu tidak melebihi 30 hari atau sebulan, di
samping menjalankan penyiasatan.
Selepas siasatan diadakan mahkamah boleh memerintahkan kemasukkan orang itu
ke Desa Binadiri untuk menjalankan pemulihan. Tindakan ini tidak boleh digunakan
bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun.
Keluaran Orang Papa Daripada Institusi
Seseorang papa yang berada di Institusi boleh dibebaskan jika Penguasa Institusi
berkenaan berpuashati bahawa orang papa itu telah mendapat pekerjaan yang
sesuai untuk menyelenggara dirinya, atau;
Dibebaskan kepada jagaan seseorang yang bersetuju dan berkeupayaan menjaga
dan menanggungnya dengan wajar.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat


Mengadakan operasi serbuan pengemis dengan anggota polis, yang mana pihak
polis akan menangkap orang-orang papa dan serahkan kepada pihak kebajikan.
Mendapatkan perintah mahkamah tahansentara untuk membolehkan penyiasatan
dijalankan dalam tempoh masa sebulan.
Selepas dibawa semula ke hadapan mahkamah dan diperintahkan tinggal di dalam
institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengiringi orang itu masuk ke
institusi yang berkenaan iaitu Desa Binadiri Mersing, tau ke Rumah Seri Kenangan
bagi mereka yang tua.
Semasa di dalam institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengeratkan
perhubungan orang itu dengan ahli-ahli keluarganya atau saudara maranya, jika
ada, supaya senang menyesuaikan diri di dalam masyarakat selepas beliau
dibebaskan kelak.
Mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan untuk orang itu.

Anda mungkin juga menyukai