Anda di halaman 1dari 27

Bab 3: Kegemilangan Tamadun Islam

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:

Menilai sumbangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang


Menjelaskan sumbangan tokoh-tokoh Islam tertentu dalam
bidang sains dan perubatan
Mengenal pasti sumbangan ilmuan Islam tertentu dalam
bidang geografi, pelayaran dan falsafah
Menyatakan sumbangan cendekiawan Islam tertentu
dalam bidang ekonomi

3.1 Mukadimah
3.2 Zaman kegemilangan tamadun Islam
3.3 Matematik
3.4 Kejuruteraan
3.5 Geografi, kartografi & pelayaran
3.6 Perubatan
3.7 Ekonomi
3.8 Sains
3.9 Astronomi
3.10 Falsafah
3.11 Muzik
3.12 Pengaliran Ilmu Pengetahuan

Bab 1: Pengenalan kepada Tamadun


Bab 2: Tamadun Islam
Bab 3: Kegemilangan Tamadun Islam
Bab 4: Tamadun Melayu
Bab 5: Tamadun Cina
Bab 6: Sumbangan Tamadun Cina
Bab 7: Tamadun India
Bab 8: Sumbangan Tamadun Cina
Bab 9: Tamadun Jepun
C

3.1 Mukadimah

Tamadun Islam telah banyak menyumbang kepada penduduk di kawasan Timur Tengah
tetapi keseluruhan dunia. Bab ini membincangkan beberapa sumbangan tamadun Islam serta
tokoh-tokoh terkenal yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada
kegemilangan tamadun Islam.
3.2 Zaman Kegemilangan Tamadun Islam

Perkembangan sains dalam tamadun Islam berlaku sejak abad ke-8 masihi sehingga abad ke15 masihi adalah berpaksikan agama sebagai dasar falsafah sains. Sains Islam telah mencapai
perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia
dalam pelbagai bidang. Terdapat lebih kurang 756 ayat al-Quran, iaitu satu perlapan
daripada keseluruhan al-Quran yang menyeru manusia mengkaji dan meneliti tandatanda kebesaran Allah SWT. Ayat-ayat inilah yang menjadi pendorong kepada saintis dan
ilmuan Islam untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu yang telah memberi
sumbangan besar kepada tamadun manusia seluruhnya.

Sebagaimana firman Allah SWT, dengan maksudnya:


Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi dan pada pertukaran malam dan sing
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan
dan keluasan rahmat Allah) bagi orangorang yang berakal.

Behold! in the creation of the heavens


and the earth, and the alternation of
night and day,- there are indeed Signs
for men of understanding.
(Al-Imran: 190)
- Translation by Yusuf Ali

(Sura ali-Imran ayat : 190 )

Ayat ini menyarankan manusia sentiasa memerhati serta memikiran tentang setiap ciptaan
Allah SWT. Kehebatan kejadian alam adalah bukti yang nyata kekuasaan dan pemilikan
Allah SWT terhadap semua makluk.

Sebagaimana firman Allah SWT, dengan maksudnya:


Mengembaralah kamu di muka bumi, serta
lihatlah bagaimana Allah telah memulakan
ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya,
kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu
semula (pada hari akhirat) dalam bentuk
kejadian

yang

baru.

Sesungguhnya

Allah

Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Travel through the earth and see


how Allah did originate creation; so
will Allah produce a later creation:
for Allah has power over all things.
Al-Ankabud: 20
-

Translation by Yusuf Ali

[Sura al-Ankabud ayat: 20]


Ayat ini menyarankan agak masyarakat Islam menjadi maju dengan melipatkan gandakan
usaha mencari ilmu dimerata bumi dan ini jelas diamalkan oleh ilmuan Islam pada zaman
kegimilangan tamadun Islam.

Zaman Kegemilangan Islam (yang dipanggil Islamic Golden Age dalam Bahasa Inggeris)
merujuk kepada masa antara tahun 750 hingga tahun 1258. Dunia Islam ketika itu diperintah
oleh beberapa khalifah yang telah menggalakkan perkembangan sains, teknologi, falsafah,
sains sosial, kesusasteraan, kemanusiaan dan pengajian tentang Islam.

Rajah 2.1 Cendekiawan Islam di Bayt-al-Hikma (House of Wisdom)

Kegemilangan ini bermula dengan pengisytiharan Bayt al-Hikma atau pusat hikmah (House
of Wisdom) di Baghdad semasa pemerintahan Kalifah Harun ar-Rashid (786-809). Lihat
Rajah 2.1. Perpustakaan yang didapati mempunyai beribu-ribu buku dan manuskrip daripada
pelbagai tamadun. Cendekiawan daripada pelosok dunia dijemput untuk berkongsi idea dan
menterjemah seluruh ilmu dunia ke dalam bahasa Arab. (Jameel Sadeek Al-Khalili, 2011).
Cendekiawan daripada pelbagai bidang ilmu berkumpul di Bayt al-Hikma yang terdiri
daripada ilmuan Parsi dan Arab dan sekumpulan kecil Kristian Nestoria dan Yahudi
menterjemah ilmu pengetahuan Yunani (Greek), India, Parsi dan Assyria ke dalam bahasa
Arab dan bahasa Latin. Buku-buku yang diterjemah bahasa Latin digunakan oleh
cendekiawan Eropah. Mereka juga telah menghasilkan ciptaan dan inovasi dalam pelbagai
bidang (yang kita akan membincang kelak).
Pada Zaman Keemasan Islam (The Golden Age of Islam) ini, ratusan cendekiawan dan
ilmuan telah menghasilkan pelbagai ciptaan dan idea-idea inovatif lebih awal daripada
ciptaan dan inovasi yang dihasilkan oleh cendekiawan Eropah. Berikut ini dibincangkan
hanya beberapa tokoh Islam dan sumbangan mereka kepada tamadun dunia secara ringkas
sahaja. [Anda digalakkan meninjau dengan lebih mendalam tentang ratusan cendekiawan
Islam dan idea-idea yang dikemukakan. Rujuk kepada bahan-bahan yang terdapat di
internet untuk keterangan lanjut].

3.3 Matematik
(a) Al-Khwarizmi
Para cendekiawan Islam telah banyak menyumbang kepada
bidang matematik. Paling signifikan ialah sumbangan Abu
Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi, yang
dinobatkan sebagai Bapa Algebra. Beliau dianggap ahli sains
Islam yang terulung dalam bidang matematik. Beliau juga
merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal
pada zamannya. Hasil kajiannya dalam bidang algebra sangat
cemerlang.
Beliau telah membangunkan sistem
algorithma yang
merupakan asas kepada teori pengaturcaraan komputer serta
teori geometri.
Al-Khwarizmi juga merupakan saintis pertama yang melakar

Setem yang menunjukkan wajah alKhawarizmi dikeluarkan di Rusia


sempena tarikh kelahiran beliau ke
1200 [sumber: Wikipedia]4
Sumber: Wikipedia

peta dunia iaitu pada tahun 830 M, sepuluh tahun sebelum beliau meninggal dunia. Karya
utama belaiu ialah:

Al - Maqala fi Hisab al Jabr wa-al-Muqabilah (tentang algebra)


Kitab Surat al-Ard (tentang geografi)

Beliau telah mengembangkan ilmu Algebra dengan menghasil buku terkenal bertajuk AlKitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah yang diterjemahkan sebagai (Buku
Keterangan Ringkas tentang Pengiraan Menggunakan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah:
Penyempurnaan dan Penyimbangan) yang menjadi rujukan terkenal dan juga asas
perkembangan ilmu algebra. Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam
menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu
algebra.
Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali
sebagai Sistem penomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini.
Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar 0 sebagai salah satu digit
dalam sistem nomboran dan memberi nilai kepada angka 0. Beliau juga mengembangkan
dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan (decimal point) yang ada pada hari ini.

(b) Omar al-Khayyam (1048-1131)


Omar al-Khayyam (nama penuh - Ghiyath al-Din Abu'lFath Umar ibn Ibrahim Al-Nisaburi al-Khayyami) di
lahirkan di Nishapur, ibukota wilayah Khurasan
berketurunan Parsi. Beliau juga mengembara ke beberapa
institusi pengajian ternama di Bukhara, Balkh,
Samarqand dan Isfahan. Bertrand Russell, ahli falsafah
barat terkenal, mengakui keagungan Omar Khayyam
sebagai penyajak dan ahli matematik.
Omar Khayyam membuat sumbangan utama dalam
matematik, khususnya dalam algebra. Bukunya Maqalat
Omar al Khayyam
fi al-Jabr wa al-Muqabalah (Rencana Mengenai
Penyempurnaan dan Pengimbangan) mengenai algebra
menyediakan kemajuan besar dalam bidang tersebut. Beliau mengelaskan banyak
persamaan algebra berdasarkan kerumitan masing-masing dan mengenal pasti 13 bentuk
persamaan kubus yang berbeza. Beliau merupakan orang pertama yang membangunkan
teorem binomial dan menentukan pekali binomial. Beliau memajukan pengembangan
binomial bagi kes apabila eksponen adalah integer positif.
5

Beliau diminta oleh Sultan Seljuk, untuk membangunkan takwim suria yang tepat untuk
digunakan bagi kutipan hasil-mahsul dan pelbagai hal-ehwal pentadbiran. Takwim beliau alTarikh al-Jalali tepat sehingga dalam sehari bagi 3770 tahun. Khususnya, beliau mengukur
panjang setahun sebagai 365.24219858156 hari. Ini
menunjukkan bahawa beliau mengakui kepentingan ketepatan
dengan memberi keputusan kiraan beliau sehingga 11 tempat
perpuluhan. Sebagai perbandingan, panjang setahun pada
zaman kita ini ialah 365.242190 hari. Angka ini berubah
sedikit pada tempat perpuluhan ke-6, misalannya, dalam kurun
ke-16 ia adalah 365.242196 hari.
Sebagai seorang penyajak, Omar Khayyam terkenal dengan
Rubaiyat Omar Khayyam (The Rubaiyat of Omar Khayyam)
yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Edward
Fitzgerald pada tahun 1859 (Lihat Gambar di sebelah).
Rubaiyat ialah puisi empat rangkap. Tema-tema puisi beliau
melibatkan pemikiran falsafah yang kompleks.

Sebanyak 10 buah buku dan 30 monograf Omar Khayyam yang terselamat. Ini termasuklah
empat buah buku mengenai matematik, sebuah mengenai algebra, sebuah mengenai geometri,
tiga buah mengenai fizik, dan tiga buah mengenai metafizik. Beliau telah membuat
sumbangan besar dalam pembangunan matematik dan geometri analisis, yang dimanfaatkan
Eropah beberapa abad kemudian.

Sajak Omat Khayyam dalam Bahasa Inggeris boleh dimuat turun


daripada laman web ini:
http://www.gutenberg.org/files/35260/35260-h/35260-h.htm
a) Apakah sumbangan al- al-Khawarizmi dalam bidang matematik?
b) Omar Khayyam lebih dikenal sebagai penyair, tetapi beliau juga telah
menyumbang kepada matematik. Jelaskan.
c) Rujuk kepada internet untuk meninjau dengan lebih mendalam
sumbangan kedua-dua ilmuan Islam berkenaan.

3.4 Kejuruteraan
Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam bidang kejuruteraan.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (624 M) pakar-pakar kejuruteraan


Islam telah berjaya membina terusan yang panjangnya 10 kilometer yang
mengalirkan air dari sungai Furat ke Basrah.
Kemudian Umar Abdul Aziz membina terusan yang panjangnya 100 kilometer yang
menyambungkan Sungai Nil dengan Laut Merah untuk mengatasi kemarau di Tanah
Arab dan membolehkan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding
dengan pengangkutan darat.
Manakala di Parsi (Iran) pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling
bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada
sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan
perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai qanat yang
direka oleh jurutera awam yang diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang
bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya
sejatan air di padang pasir yang panas.

Rajah 2.1 Saqiyah yang merupakan alat mengangkut air untuk pengairan
Pelbagai alat mengangkut air untuk kegunaan pengairan, perumahan
dan industri telah dicipta. Mesin mengangkut air yang dikenali
saqiyah sangat terkenal di Mesir dan Syria (Lihat Rajah 2.1). AlJazari pada kurun ke-12 M telah berjaya menjelaskan kaedah
penggunaan pengangkut air dan alat pengepam air.
Al-Jazari
7

Seterusnya, jurutera-jurutera Islam telah berjaya menemui pelbagai alat seperti bejana terisi
sendiri, pemancut cairan yang boleh mengubah jet pancutannya secara automatik, roda air,
roda angin, jam air gajah (lihat Gambar di bawah) jambatan dan jalan raya yang
berteknologi tinggi.

Gambar yang menunjukkan


Jam Air Gajah (Elephant Water Clock)
Jam ini digerakkan dengan menggunakan kuasa air. Ia
telah dapat menunjukkan waktu dengan tepat. Jamnya
itu juga mempunyai lembaga seperti robot yang memukul
simbal serta juga burung buatan yang berbunyi setiap
kali masuk waktu tertentu.

Teknologi seni bina Islam juga memberikan sumbangan


yang cukup besar terhadap pembinaan bangunan-bangunan
besar. Teknologi seni bina Islam yang mengkagumkan ialah
Masjid al Aqsa di Baitulmuqaddis, dan juga Masjid
Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke-7 masihi. Teknologi
kejuruteraan jalan raya dan jambatan yang dikagumi ialah pembinaan jambatan Shahristan
di Isfahan di Iran pada kurun ke-12 masihi, yang mempunyai gerbang yang berbilang-bilang
atau bersegmen.

3.5 Geografi, Kartografi dan Pelayaran

Ramai sarjana Islam menyumbang kepada perkembangan


geografi, kartografi dan sains bumi. Kita membincang tiga
pelayar paling terkenal; iaitu al-Biruni, Ibn Battuta dan Ibn
Majid (terdapat ramai pelayar Islam lain).
a) AL-BIRUNI (973-1048)
Abu Raihan Al-Biruni merupakan ahli matematik,
astronomi dan geografi serta pengembara terkenal. Al-Bruni
dilahirkan di Uzbekistan dan selain bahasa Arab, beliau juga
fasih dalam bahasa Parsi, Turki, Sanskrit, Greek dan Ibrani
(Hebrew). Beliau telah mengembara ke India dan
Abu Raihan al-Biruni
[Sumber: Wikipedia]

menterjemah sains India dan digelar al-Ustadh (The Master). Kejayaan beliau terpenting
ialah menentukan musim, pasang-surut air laut, menentukan kedudukan garisan lintang &
garisan bujur bumi.

Ketika berusia 17 tahun, beliau mengira garisan lintang


dengan menggunakan altitud maksimum matahari.
Beliau membangunkan kaedah menetapkan lokasi
secara tepat dengan mencatatkan darjah garisan
lintang dan garisan bujur berdasarkan gabungan
pengetahuan astronomi dan matematik. Teknik yang
sama juga digunakan bagi pengukuran ketinggian
gunung serta kedalaman dan kelebaran lembah. Hasil
karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.
al-Biruni
mencadangkan
bahawa bumi sentiasa berputar
di
atas
paksinya
serta
mengelilingi matahari adalah
lebih awal daripada kajian
Galileo tentang teori yang
sama.

Ilustrasi al-Biruni yang


menerangkan fasa-fasa bulan.

b) IBN BATTUTA (1304-1377)


Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta, dilahirkan di Tangier,
Maghribi pada tahun 1304 M. Beliau meninggalkan rumahnya
ketika berumur 21 tahun dan menuju ke Mekah yang mengambil
masa 16 bulan untuk menunaikan ibadat haji.
Lihat Rajah 3.3 Peta yang menunjukkan pengembaraan Ibn
Battuta daripada 1325 hingga 1353.
Antara tahun 1325 hingga 1327 - Daripada Semenanjung Arab,
Ibn Battuta menuju ke Iraq pada hujung 1326 dan singgah di
Baghdad. Kemudian beliau meneruskan perjalanan ke Isfahan
Ibn Battuta (1304-1368)
9

di Iran. Kemudian beliau menuju ke Kaherah, Algiers and Tangier. Setelah beberapa hari di
Tangier, Ibn Battuta berangkat ke Andalusia. Alfonso XI dari Kastilia dan Len mengancam
mengambil Gibraltar. Ibn Battuta bergabung dengan sekelompok umat Islam meninggalkan
Tangier untuk berperang demi mempertahankan pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat
dibunuh dan ancaman telah surut. Beliau berjalan melalui Valencia dan akhirnya sampai di
Granada.
Antara tahun 1330 hingga 1332 - Pada tahun 1328, beliau menuju ke Yaman dan singgah di
bandar Sanaa dan terus ke pelabuhan Aden pada tahun 1329. Di sana menaiki kapal dan
belayar ke Afrika Timur dan singgah di Mogadishu, Mombasa dan Zanzibar. Dengan kapal
itu beliau kembali belayar dan melawat Oman serta Selat Hormuz dan kembali ke Baghdad

Rajah 3.3 Peta Perjalanan Ibn Battuta

Antara tahun 1332 hingga 1346 - Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta menuju ke
Anatolia (berhampiran Eropah) dan meneruskan perjalanan ke Constantinople (kini Istanbul)
pada akhir 1332 dan bertemu dengan Maharaja Byzantine, Andronikos III Palaiologos.
Setelah sebulan di situ, beliau menuju ke Astrakhan, Laut Kaspia dam Laut Aral dan singgah
di Bukhara dan meneruskan perjalanan ke Samarkand. Dari sana beliau ke selatan dan
sampai di Afghanistan untuk menyeberang ke Calicut di India. Beliau diserang dan ditawan
oleh raja tempatan di Sumatera untuk beberapa bulan. Kemudian, beliau meneruskan
perjalanan ke selatan India dan tinggal di sana di bawah perlindungan raja tempatan.
10

Apabila raja berkenaan digulingkan, Ibn Battuta meninggalkan India dan meneruskan
ekspedisi ke China dan dalam perjalanan telah menetap di pulau Maldives selama sembilan
tahun.
Penduduk pulau itu baru sahaja menganut ajaran Islam. Beliau juga dilantik menjadi ketua
hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat dalam politik tempatan
Kemudian beliau pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam. Dari Sri Lanka, kapalnya
hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh lanun. Kemudian beliau belayar ke
Chittagong, Sumatera, Vietnam, Filipina dan akhirnya Guangzhou di daerah Fujian, China.
Dari sana, beliau pergi ke utara Hangzhou, tidak jauh dari Shanghai moden.
Antara tahun 1349 hingga 1353 - Sekali lagi beliau kembali ke Tangier dan memutuskan
untuk berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar hantu akibat beberapa wabak
penyakit. Ibu kotanya telah dipindahkan ke Fez. Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta
meninggalkan Fez dan sampai ke bandar oasis Oualata yang merupakan jalan perdagangan
ke Empayar Mali. Pada bulan Februari ,dengan menaiki beliau unta sampai di Timbuktu yang
pada masa itu kecil sahaja dan sampai di Maghribi pada awal tahun 1354.
Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi,
Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang
sarjana yang beliau pernah bertemu di Grenada. Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir
75,000 batu. Beliau selesai menulis Rihla pada 1355 yang mencatatkan pengambaraan beliau.
Ibnu Battuta dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368.

c) Ibnu Majid (1432-1500)


Ibnu Majid adalah seorang tokoh terkemuka dalam
bidang lautan.
Nama sebenar beliau ialah
Syihabuddin Ahmad bin Majid. Beliau merupakan
keturunan
daripada
keluarga
pelaut
dan
mendapatkan pendidikan agama dan bahasa pada
masa kecilnya. Beliau belajar matematik Arab dan
India, ilmu menentukan waktu, geografi dan
astronomi.
Ibn Majid

Berdasarkan ilmu geografi yang dimiliki oleh beliau, pelbagai kawasan laut telah dijelaskan
secara terperinci seperti Laut Arab, Laut Hindi, Selat Melaka, Laut Jawa dan Laut China
Selatan menggunakan teori yang telah direka cipta. Buku-buku yang ditulis banyak
mengandungi maklumat tentang teori dan praktik yang diperlukan oleh pemandu kapal
11

Antara karya beliau yang terkenal ialah al-Fawaid (Buku Pedoman tentang Prinsip dan
Peraturan Navigasi) yang telah diiktiraf sebagai karya utama dalam bidang ilmu sains
samudera atau dikenali sebagai Oceanography yang menjadi rujukan bagi tokoh-tokoh
sarjana barat dan pelayar Islam kemudiannya. Karya ini merupakan ensiklopedia pelayaran
yang menjelaskan sejarah dan prinsip dasar pelayaran, kedudukan bulan, jenis-jenis kompas,
perbezaan cara belayar di berbagai perairan, kedudukan bintang, angin, taufan dan beberapa
topik lain yang berkaitan dengan pelayaran..

Al-Urjuzah al-Muarrabah menceritakan tentang pelayaran di Teluk Aden.


Qailah al-Islam fi Jami al-Dunya yang menghuraikan tentang menentukan arah
kiblat dari mana-mana bahagian darat dan laut. Beliau mendakwa mempunyai kaedah
yang tepat dalam perkara ini.
Urjuzah Bir al-Arab menghuraikan tentang pelayaran di sepanjang pantai laut Arab
dan Teluk Parsi.

Selain itu, beliau telah mempelajari beberapa bahasa seperti Sanskrit (India), Parsi (Iran),
Swahilee (Afrika) dan Jawa (Indonesia). Beliau juga memerkenalkan istilah-istilah pelayaran
dalam semua bahasa yang dikuasai.
TAHUKAH ANDA!
Ibnu Majid telah mencatat dengan terperinci tentang aspek sosiobudaya, politik,
ekonomi, agama dan alam sekitar tentang Melaka, Sumatera, Brunei, Champa,
Palembang, Sunda, Surabaya, Andaman, Singapura, Kedah, Pulau Pinang, Perak,
Negeri Sembilan,Klang, Maluku dan lain-lain di tempat di alam Nusantara.
( sumber, Tibbetes, 1979 ).

Dalam menyatakan kehebatan sarjana geografi


Islam ini, Arnold Toynbee, seorang pengkaji
sejarah Barat terkenal, telah menjelaskan bahawa
Ibn Majid merupakan pelayar yang berani dan
sanggup mengambil risiko walau pun peralatan
pelayaran masih belum sempurna dan maklumat
tentang arah dan selok-belok perjalanan sangat
tidak lengkap. Beliau dikenali sebagai Singa
Lautan kerana keberanian dalam mengharungi
lautan.

Terdapat bukti-bukti yang menyatakan Vasco


Da Gama (pelayar Portugis terkenal) telah
melantik Ibn Majid sebagai ketua pelayaran
dalam melakukan ekspedisi dari benua Afrika
ke India pada tahun 1498. Kejayaan Ibn Majid
dalam membantu Vasco Da Gama dikenali
bukan hanya di dunia Islam, bahkan juga turut
terkenal di dunia Barat.

Ibnu Majid telah menulis dengan begitu tepat tentang fenomena atmosfera dan iklim, agihan
kepanasan matahari, sejatan, pemeluwapan, pasang-surut air laut, geomorfologi (ciri-ciri
fizikal permukaan bumi), kejadian hujan, kabus & embun, dan kemasinan air laut. Beliau dan
12

ilmuan lain telah membahagikan dunia ini kepada tiga iklim iaitu zon panas, zon sejuk dan
zon sederhana.

a) Nyatakan sumbangan teknologi ilmuan Islam dalam membantu pertanian


dan pengangkutan.
b) Apakah yang dilakukan oleh Ibn Battuta yang menjadikan beliau salah
seorang pelayar Islam terkenal?
c) Jelaskan sumbangan al-Biruni kepada bidang kartografi dan geografi
d) Mengapakah Ibn Majid digelar Singa Lautan?
e) Apakah yang dibincangkan oleh Ibn Majid dalam bukunya al-Fawaid?

3.6 Perubatan

Tamadun Islam telah banyak menyumbang kepada bidang perubatan terutama dalam bidang
penyembuhan, sains mata, penyakit kanak-kanak, psikiatri, farmasi, anatomi, obstetrik,
ginekologi dan lain-lain. Menurut Mohd Koharuddin (2002), perkembangan ilmu perubatan
Islam berlaku pada dua peringkat. Pada peringkat pertama, karya dalam bidang perubatan
daripada tamadun Greek, Parsi, India dan Arab sendiri diterjemahkan ke bahasa Arab. Pada
peringkat kedua, tokoh-tokoh perubatan Islam seperti ibn Sina, al-Kindi, al-Razi dan Ibnu
Rasyid telah memperluaskan ilmu perubatan ini dengan idea-idea mereka yang kemudiannya
dikembangkan ke dunia Islam dan Barat.

Ibn al-Baitar melalui bukunya al-Mughni fi al-Adawiyah al Mufradah


menyenaraikan tidak kurang daripada 1400 jenis ubat daripada pelbagai sumber
haiwan, tumbuhan dan galian
Al-Kindi telah mengkaji tentang penyakit mata. Bukunya tentang ilmu optik telah
diterjemah kepada bahasa Latin dengan nama Optics. Beliau juga telah menentukan
dos ubat-ubatan yang harus diberikan kepada pesakit dengan betul.

a) Ibn Sina (980-1037)

Dalam bidang perubatan, cendekiawan Islam paling terkenal ialah Abu Ali al- Huseyn bin
Abdullah bin Hassan Ali bin Sina dan dikenali dengan nama ringkas Ibn Sina. Beliau juga
dikenali sebagai Avicenna dalam kalangan orang Eropah. Beliau berbangsa Parsi dan
dilahirkan pada tahun 980 M di Bukhara, Uzbekistan dan meninggal dunia pada 1037 di Iran.
13

Ibnu Sina telah menghasilkan 450 buku dan kini tinggal 150 buku
tentang falsafah dan 40 buku dalam bidang perubatan. Pada masa kecil,
Ibn Sina dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang
sahabat karib ayahnya. Pelajarannya bermula dengan mengaji dan
menghafal Al-Quran dan ketika baru berusia 10 tahun telah menguasai
ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, tasawuf dan usuluddin. Pelbagai
bidang dikuasainya dikuasainya termasuk falsafah, perubatan, geometri,
astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia,
sastera dan kosmologi.

Ibn Sina (Avicenna)

Pada usia 21 tahun, beliau menulis karyanya yang


pertama yang berjudul Al-Majmu. Penulisan Ibn
Sina yang paling terkenal ialah Al-Qanun FitTibb atau Peraturan Perubatan (The Canon of
Medicine). Lihat Rajah 3.1. Bukunya terdiri
daripada 14 jilid
Rajah 3.1 Al-Qanun Fit-Tibb

Al-Qanun Fit-Tibb diterjemahkan ke bahasa Latin


dan menjadi buku rujukan utama di universitiuniversiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut
juga diterjemahkan kepada Ibrani (Hebrew),
Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali pada abad ke
16 dan dicetak semula 21 kali. Buku tersebut
dianggap sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Buku Qanun Fi al -Tib yang menghuraikan
sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah
perubatannya. Diantara penyakit yang menjadi kajian beliau adalah jantung, penyakit TB,
saluran darah, ulser, psikologi, penyakit saraf, bengkak otak dan penyakit kanak-kanak.
Beberapa penemuan baru beliau pada masa itu ialah ubata-ubatan herb.
Al-Qunan Fit Tibb memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terusmenerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti". Ibn Sina telah menggambarkan
anatomi manusia yang terdiri daripada jantung, perut, usus dan limpa (Lihat Gambar di
sebelah).

14

Ibn Sina adalah doktor pertama yang menjelaskan tentang


demam kuning, jantung, saraf dan punca kesakitan. Keterangan
yang jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa
yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina
yang luas.
Lukisan Ibn Sina tentang
anatomi manusia

b) Ibnu Rusyd (1126-1198)


Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid
Muhammad Ibnu Ahamd dilahirkan di Cordova,
Sepanyol pada tahun 1126. Beliau dikenali
dengan nama Averroes oleh Barat. Beliau telah
menulis 78 buku dalam pelbagai bidang dan 20
antaranya adalah tentang perubatan. Buku
terkenal beliau tentang perubatan bertajuk
Kulliyat Fi al-Tib.
Buku tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin pada 1225 M dengan nama General Rules
of Medicine yang memberi ulasan secara
terperinci tentang anatomi, fisiologi, simptomIbnu Rusyd (Averroes)
simptom, penyakit serta rawatannya, ubat-ubat
makanan dan pemeliharaannya. Di samping itu beliau turut menulis 14 ulasan tentang karya
Galen (130-200), seorang ilmuan perubatan Greek yang terkenal.
Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului
zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh
setiap orang sekali sahaja. Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar
perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh
manusia.
Beliau juga telah menulis dalam falsafah dan hasil pemikirannya telah mempengaruhi ahli
falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan
sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan
karyanya.

15

a) Nyatakan sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan


b) Apakah peranan Ibn Rusyd dalam perubatan dalam tamadun Islam?

3.7 Ekonomi

Bidang ekonomi berkembang pesat dalam tamadun Islam. Para ilmuan Islam telah banyak
memberi sumbangan dalam memperkenalkan konsep-konsep ekonomi, strategi-strategi dan
cara perlaksanaan sistem ekonomi yang sepadu dan holistik.

a) Ibn Khaldun (1332-1406)


Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami
dilahirkan di Tunisia pada 1332 M. Ayahnya seorang ulama,
ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau telah
kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang
melanda kampungnya. Beliau tekun dalam menuntut ilmu
mengkaji agama Islam, logik, falsafah, matematik, sosiologi
dan politik. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan
dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di
Tunisia.
Ibn Khaldun mendapat
pendidikan dalam pelbagai
Ibn Khaldun
ilmu Islam seperti al-Quran,
Hadith,
perundangan
Islam,
kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya
ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah alJayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.
Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang disanjung oleh
Barat. Dalam bukunya,
al-Mukaddimah, beliau
membincangkan mengenai teori-teori ekonomi seperti
pengeluaran, pembahagian buruh, pertukaran, nilai, wang
dan harga, pengagihan, pasaran dan peraturannya,
pertumbuhan ekonomi dan pusingan perniagaan,
16

pertumbuhan penduduk, kewangan negara dan pembiayaan awam, peranan kerajaan dalam
ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Teori-teori ekonomi yang diuaratakan dalam
karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti usaha,
kerjasama, kesederhanaan dan keadilan. Berhubung dengan keadilan (justice), Ibn Khaldun
telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah
ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan
musnah. Menurut beliau, ketidakadilan (injustice) tidak sahaja difahami sebagai merampas
wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta
orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu
terhadap orang lain.
Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan
kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi,
seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam
kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa
kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera.
Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun
tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak
melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi seumpama haiwan ekonomi (economic
animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic
man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di
atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi
perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk
memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke
arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau
pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau
menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktorfaktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu
untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar
masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang
yang mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga
buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori
pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang
dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith
17

b) Nizam al-Mulk al-Tusi (1018-1092)


Seorang lagi tokoh ekonomi Islam, Nizam al-Mulk alTusi menjelaskan cara-cara mencapai kecekapan
ekonomi dengan merujuk kepada tiga faktor kebajikan
(welfare), produktiviti (productivity) dan efisiensi
(efficiency).
Menurutnya, kestabilan sesebuah negara dapat dicapai
dengan menentukan keperluan asas masyarakat
mencukupi. Bekalan makanan hendaklah mencukupi dan
mereka yang miskin hendaklah diberikan makanan
percuma.
Beliau juga berpegang kepada prinsip Islam tentang
kesamarataan (equality) di mana setiap rakyat, tidak
Nizam al-Mulk al-Tusi
kira kedudukan atau kuasa menerima peluang yang
sama. Kesamarataan peluang ekonomi adalah prasyarat
kepada pencapaian kesamarataan sosial. Kerajaan bertanggungjawab menentukan
kesamarataan sosial dengan menguruskan zakat, mengagihkan bantuan dan pembinaan rumah
dan rumah tumpangan untuk mereka yang miskin.
Menyentuh tentang ekonomi pasaran, al-Tusi menegaskan peranan muhtasib yang
merupakan penyelia perdagangan yang menentukan harga yang dikenakan berpatutan, alat
timbang yang digunakan sahih, tempat umum bersih, keselamatan umum dan kedai makanan
mematuhi undang-undang supaya masyarakat berjaya-maju. Mereka yang berpegang jawatan
ini hendaklah terdiri daripada mereka yang bolehdipercayai, bertaqwa dan berintegriti
tinggi. Rakyat miskin hendaklah diberi tumpuan khas dan dilindungi daripada pegawai yang
korup (rasuah). Segala perbelanjaan adalah untuk kebaikan rakyat kerana perbendaharaan
sebenarnya adalah kepunyaan rakyat.

a)
b)
c)
d)

Bincangkan pandangan Ibn Khaldun tentang ekonomi.


Sejauh manakah idea-idea Ibn Khaldun relevan hari ini?
Jelaskan idea-idea al-Tusi tentang ekonomi.
Sejauh manakah idea-idea al-Tusi relevan hari ini?

18

3.8 Sains

Jabir Ibn Hayyan (721-815)

Jabir Ibn Hayyan


(Geber)

Dalam bidang KIMIA, paling terkenal ialah Jabir Ibn


Hayyan (nama penuhnya Abu Musa Jabir ibn Hayyan alBarqi al-Azdi) yang banyak menghasilkan penulisan tentang
kimia dan mengemukakan kaedah penyiasatan sains. Jabir
ibn Haiyan atau juga dikenali sebagai "Geber" di dunia barat
merupakan salah seorang pakar sains Islam. Beliau juga
dikenali sebagai "Bapa Kimia". Beliau merupakan anak
kepada penjual ubat. Penulisan beliau terkenal ialah Kitab
Kimia atau Kitab al-Kimya (Buku Berkaitan Komposisi
Kimia) yang ditulis pada lingkungan abad ke-8. Ia diterjemah
kepada bahasa Latin dan beberapa bahasa Eropah lain. Buku
ini diterjemahkan kepada bahasa Inggeris pada 1144 oleh
Robert Chester .

Jabir Ibn Hayyan memperkenalkan beberapa proses


bahan seperti asid hidroklorik dan nitrik. Beberapa
sektor pembuatan seperti membuat gelas, membuat
sebagainya. Beliau juga memperkenalkan klasifikasi
batu.

kimia seperti penyulingan dan bahanproses kimia beliau digunakan dalam


kulit, mengelak berlakunya karat dan
bahan-bahan kepada spirit, logam dan

Ibnu al Baitar (1197-1248)


Dalam bidang BIOLOGI, antara ilmuan Islam terkenal ialah Ibnu alBaitar (nama penuhnya ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad
Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi) yang lahir di bandar Malaga,
Sepanyol. Pada 1219, beliau meninggalkan Sepanyol dan mengembara
mencari pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Beliau terkenal dengan
bukunya berjudul Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang
merupakan ensiklopedia 1400 jenis tumbuh-tumbuhan dan sayursayuran yang dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Lebih jurang
200 jenis tumbuhan dan sayur-sayuran yang dikenal pasti belum
direkod dahulu.

Ibnu al-Baitar

Ensiklopedia ini adalah hasil tinjauan buku-buku penulisan ilmuan Arab dan beberapa ilmuan
dan paling berpengaruh dalam bidang farmakologi. Bukunya menceritakan bagaimana
mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan
19

dalam bidang perubatan. Sebahagian buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin,
Perancis dan Jerman pada abad ke-15. Beliau adalah doktor pertama yang menggunakan
tanaman herba untuk mengubati kanser dan tumor.
Ibnu al-Haytham (965-1040)
Dalam bidang FIZIK, ilmuan Islam memberi perhatian kepada fizik
keteorian ( theoretical physics), penciptaan alat dan peralatan serta
penulisan buku dan risalah-risalah fizik. Para cendekiawan Islam telah
mengkaji dengan mendalam aspek-aspek asas fizik seperti kuasa,
pergerakan, graviti, cahaya, bunyi dan sebagainya. Antaranya ialah
Ibnu al-Haytham (nama penuhnya ialah Ab Al al-asan ibn alasan ibn al-Haytham) yang menulis sebuah buku yang bertajuk Kitab
Al-Manazir. Beliau dikenali sebagai Alhazen di dunia Barat.
Dalam bukunya beliau telah menghuraikan mengenai optik dan
Ibnu al-Haytham
merupakan orang pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai
(Alhazen)
bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses
penglihatan. Beliau menyangkal teori penglihatan ilmuan Greek Ptolemy dan Euclid yang
menyebut bahawa mata menghantar cahaya kepada sesuatu objek dan ini membolehkan kita
melihat sesuatu. Ibnu al-Haytham mengatakan sinaran cahaya berasal dalam objek yang
dilihat dan bukan dalam mata dan ini membolehkan kita melihat objek tersebut. Beliau telah
menjalankan eskperimen berkenaan beberapa aspek cahaya seperti pembiasan cahaya,
kelajuan cahaya dan sebagainya, Beliau juga dianggap sebagai pencipta kamera lubang jarum
(pin-hole camera).

3.9 Astronomi

Al-Sufi (903-986)
Dalam bidang astronomi tokoh tamadun Islam terkenal ialah
Al- Sufi nama penuh beliau ialah Abd Rahman ibnu Abu AlHussin Al Sufi. Beliau di kenali dengan nama Azophi di
dunia barat. Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal
ialah Kitab Al-Kawakib As- Sabit Al-Musawwar (Book of
Fixed Stars) yang menerangkan tentang kedudukan buruj
bintang. Al-Sufi juga adalah saintis pertama yang
menerangkan tentang kewujudan bulan dan galaksi di angkasa
raya.
Al-Sufi (Azophi)
20

Al-Sufi juga telah membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud.
Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya.
Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal pada tahun 964. Dalam keterangan dan gambar
mengenai Andromeda, beliau memasukkan A Little Cloud yang sebenarnya adalah
Andromeda Galaxy M31.
Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar
merupakan hasil karya yang unggul dalam
astronomi stellar. Bukunya boleh didapati dalam
Bahasa Arab dan diterjemah dalam Bahasa Perancis
dan ia dikatakan penting sehingga kini.
Disebabkan sumbangannya yang besar dalam bidang
astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan
Kawah Azophi (Azophi Crater) yang mempunyai
diameter 47.0 kilometer dalam peta bulan (Lihat
Gambar di atas).

Peta bulan yang menunjukkan


Kawah Azophi

Al-Sufi dikagumi, disegani dan dihargai bukan


sahaja oleh umat Islam malah barat juga banyak
merujuk kepada tulisan-tulisan beliau. Sarjana Barat
banyak mengambil ilmu daripada Sarjana Islam
dengan menterjemahkan buku-buku karangan
mereka/

Sarjana astronomi Islam yang lain ialah:

Nasiruddin al-Tusi, yang telah menghasilkan satu jadual pergerakan planet yang
sangat tepat dan satu katalog bintang. Belaiu adalah antara orang pertama di kalangan
ahli astronomi Islam yang mengemukakan beberapa kesilapan dalam teori-teori
Ptolemy dan sumbangannya terkenal di Eropah dan China.
Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya Al-Zarqali (atau dikenali di barat sebagai Azarchel)
mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk
menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.
.

a) Bincangkan secara ringkas saintis-saintis Islam terkenal dalam


bidang kimia, fizik dan biologi dan sumbangan mereka.
b) Jelaskan sumbangan al-Sufi dalam bidang astronomi
21

3.10 Falsafah

Zaman Kegemilangan Islam tidak hanya


melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan dalam
bidang sains, teknologi, pelayaran, geografi,
astronomi, kejuruteraan, ekonomi dan perubatan,
tetapi juga dalam bidang falsafah.
Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah?
Falsafah berasal daripada perkataan Yunani filo
dan sofia yang bermakna cintakan pada
hikmah (love of wisdom). Bagaimana pun
maksudnya yang tepat tidak dapat ditentukan
kerana masing-masing mempunyai definisi yang
tersendiri. Ahli falsafah terlibat dengan bertanya
dan menyoal segala-segala yang melibatkan
manusia. Contohnya, Apakah hakikat hidup?
Ilmuan Islam membincang dan Apakah asal-usul pengetahuan? Bagaimana kita
mengkaji
kitab-kitab
pelbagai mengetahui kita benar-benar mengetahui sesuatu?
tamadun
Apakah tujuan dijadikan alam dan manusia?
Apakah itu kecantikan? Apakah itu kebenaran?
Persoalan-persoalan sebegini yang cuba dijawab oleh ahli falsafah. Falsafah sebagai ilmu
yang mencari sebab yang sedalam-dalamnya bagi segala sesuatu. Antara bidang-bidang
falsafah ialah epistemologi (asal-usul pengetahuan), etika, logik, estetika dan metafizik.

(a) al-Ghazali (1058-1111)


Al-Ghazali atau nama penuhnya Abu Hamid Ibnu Muhammad
al-Tusi dilahirkan di Tus, Parsi (Iran), Sejak kecil lagi, beliau
telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai
berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja
produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi
merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.
Al-Ghazali telah banyak menyumbang kepada pengetahuan
Islam. Menurut Al-Ghazali, falsafah kadangkala selari dengan
agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.

Al-Ghazali

22

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya


menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan
ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah
dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad
Al-Ghazali juga banyak menulis dan dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku
mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti akhlak, tafsir, falsafah, dan sebagainya.
Sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera Mongol yang menyerang
kota Baghdad. Cuma tinggal ialah 84 buku. Di antaranya ialah Maqashidul-falasifah
(Maksudnya falsafah) dan Tahafutul-falasifah (Kesesatan ahli-ahli falsafah). Buku pertama
ialah berkenaan ilmu falsafah dan buku kedua ialah kritikan tentang falsafah. Kedua-dua
buku diterjemahkan dan digunakan oleh ilmuan Barat.
Al-Ghazali bersetuju dengan sumbangan falsafah yang dipelopori oleh Aristotle dan Plato,
namun tidak semua beliau terima kerana terdapat bahagian-bahagian falsafah yang
bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. Bagaimana pelu difahami bahawa sikap skeptis
atau keraguan dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah
itu sendiri.
Salah satu bidang falsafah ialah logik. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada
logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah seseorang yang terlalu berpegang kepada logik,
mungkin akan mencabar kewujudan Tuhan. Contohnya, ilmu matematik terlalu
mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan
Tuhan, khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran.
b) Al-Farabi (874-950]
Al-Farabi atau nama penuhnya Abu Nasr Muhammad Ibnu
Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi dilahirkan pada
tahun 874 di Transoxia, di Turki. Di dunia Barat, beliau dikenali
sebagai Avennasar. Kehidupan beliau amat sederhana dan tidak
gilakan harta. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari
ilmu daripada mendapatkan kekayaan dunia.
Mempunyai kemampuan untuk bermain muzik beliau juga telah
mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.
beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam
bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun,
keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih
dalam bidang falsafah.

Al-Farabi (Avennasar)

23

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam
usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Dia juga merupakan
seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.
Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle Kedua (Second
Aristotle). Bagi Al-Farabi, ilmu dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang
tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya
mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan
ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara
(Dibincangkan dalam Bab 5 and 6 Tamadun Cina).
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam
bentuk buku. Beliau telah menulis kira-kira 400 buku dan hanya 117 buku yang dapat dikenal
pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 berkenaan metafizik, 7
buku mengenai etika, 7 buku mengenai sains politik, 17 buah berkenaan muzik, perubatan
dan sosiologi. Antara karya beliau yang terkenal ialah Fusus al-Hikam yang menjadi buku
teks falsafah di dunia Islam dan kitab al-Ihsa al-Ulum yang membahaskan tentang prinsipprinsip asas dalam sains. Selain itu, buku al-Madinah al-Fadhilah (Teori Negara Ideal)
merupakan sebuah karya beliau yang memberi sumbangan besar dalam bidang sosiologi dan
sains politik, dan Al-Tanbih ila sabil al-saada (Panduan kepada Jalan Kebahagian).
Menurut, Al-Farabi, kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia dan
kebajikan. Untuk menuju ke arah itu pemimpin hendaklah benar dan menegakkan nilai-nilai
utama. Banyak pemikiran Al-Farabi masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia
hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam
pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan
dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan.

3.11 Seni Muzik


Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan
menyenangkan (Mahayudin, 2004). Orang Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni
muzik. Namun ilmuan Islam juga giat dalam memajukan perkembangan muzik.
Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di
mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima
bekerja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya, lahirlah ramai tokoh- tokoh terkemuka yang arif
dalam bidang muzik seperti berikut:
Al-Farabi selain terkenal dalam bidang falsafah, sosiologi dan sains juga telah banyak
menyumbang dalam muzik. Beliau merupakan pemuzik yang handal dan lagu hasil karya
24

beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai


kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang
dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Al-al-Al-Farabi adalah pencipta dan pengembang
seni muzik yang turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori
muzik yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed
Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang
diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of
Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan ke bahasa Latin daripada karya bahasa
Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan
yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

Al-Kindi

Ibn Ishaq Al-Kindi merupakan seorang yang pakar dalam


bidang muzik dan banyak menghasilkan buku-buku
mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah
diterjemahkan kepada bahasa- bahasa Eropah antaranya,
Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan
The Necessary Book in the Composition of M elodies
(Mahayudin, 2004). Al-Kindi juga telah berjaya menemui
pelbagai not muzik yang mana apabila digabungkan akan
menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara
yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak
seimbang dan tidak menyenangkan Al-Kindi juga
berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu
sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik
dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi,
2003).

Muhyiddin Ibn Arabi, juga seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-karyanya banyak
berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004). Beliau merupakan orang yang pertama
sekali membina sekolah muzik.
Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa orang-orang Islam bukannya
mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti mereka begitu kreatif
dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri.

3.12 Pengaliran Ilmu Pengetahuan Islam ke Eropah

Ahli sejarah telah mengenal pasti aktiviti penterjemahan, pembukaan Andalusia (Sepanyol)
dan Perang Salib yang tekah mendorong pengaliran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah.
25

Penterjemahan - Penghijrahan sarjana barat seperti Constantine of Africa dan Robert


Chester ke kota-kota Tamadun Islam dan aktiviti penterjemahan yang dijalankan oleh
sarjana barat merupakan fasa penting dalam pertama pemindahan pemikiran Islam ke
barat. Kehadiran cendekiawan Eropah secara langsung atau tidak langsung di kota-kota
Tamadun Islam menyebabkan mereka banyak memperoleh pengetahuan dengan berinteraksi
dengan ilmuan-ilmuan tempatan. Mereka melihat secara langsung kegemilangan tamadun
Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, antara lain; bidang perubatan, pertanian,
pendidikan, kejuruteraan, seni bina, ketenteraan dan sebagainya. Tulisan-tulisan dalam
bahasa Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah lain dan ilmu
pengetahuan ini dibawa balik ke negeri masing-masing di benua Eropah. Buku-buku dalam
bahasa Greek diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan kemudian diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah lain. Ini membolehkan orang Eropah dapat
mempelajari pemikiran dan idea Greek yang diutarakan oleh Socrates, Plato dan Aristotle.
Perang Salib - Peristiwa Perang Salib bermula pada tahun 1097 M dan berlanjutan selama
130 tahun. Perang ini melihat pertempuran antara askar Islam dan askar Kristian daripada
benua Eropah dan lebih dikenali sebagai peperangan agama. Salah satu kejadian yang
menarik tentang peperangan ini ialah pemindahan ilmu Islam ke dunia barat. Dalam tempoh
inilah segala ilmu pengetahuan (perubatan, falsafah, matematik, astronomi, sains), corak
pemerintahan dan pengendalian perhidmatan awam berpindah ke barat. Terdapat pendapat
yang mengatakan bahawa ahli perniagaan Eropah membantu Perang Salib dengan wang
kerana keinginan dapat menakluki pelabuhan-pelabuhan di Laut Mediterranean dengan
tujuan mewujud kesinambungan perdagangan antara Eropah dan kota-kota Tamadun Islam.

Hubugan Diolomatik - Pengaruh tamadun Islam ke atas masyarakat Eropah adalah banyak
antaranya perubatan, pendidikan, perindustrian, ekonomi dan matematik. Antara faktor-faktor
yang menyebabkan perkembangan pesat masyarakat Eropah pada ketika itu antaranya ialah
hubungan diplomatik di antara masyarakat Islam dan masyarakat Sepanyol di Eropah.
Senario ini menunjukkan betapa luasnya pengaruh tamadun Islam dan sumbangannya
terhadap dunia.

a) Apakah pendapat Al-Ghazali tentang falsafah?


b) Bincangkan sumbangan Al-Farabi.
c) Senaraikan ilmuan Islam yang terkenal dalam bidang muzik dan sumbangan
mereka.
d) Bagaimana ilmu pengetahuan mengalir daripada Tamadun Islam ke Eropah?

26

Rujukan
Jameel Sadeek Al-Khalili, (2011), The House of Wisdom: How Arabic Science Saved Ancient

Knowledge and Gave Us the Renaissance, New York: Penguin Press,


Saliba, George. (2002). Greek Astronomy and the Medieval Arabic Tradition: The
medieval Islamic astronomers were not merely translators. They may also have played a
key role in the Copernican revolution. American Scientist. 90 No.4 (July-August): pp.
360-3
Hilgendorf, Eric. (2003). Islamic Education: History and Tendency. Peabody Journal of
Education. .78 No.2 pp. 63-75.
Hoad, T. F (ed) (2003). The Oxford concise dictionary of English Etymology Oxford
University Press, Oxford.
Karpinski, Louis. (1912) The Hindu - Arabic Numerals. Science New Series. 35 No.912
(June 21) pp. 969-97
Mahayudin Hj. Yahaya (2003). Tamadun Islam, Edisi Kedua. Kursus Komprehensif Fajar
Bakt. Hal 422
Tibbetts, G.R. 1971. Arab Navigation in the Indian Ocean Before the Coming of the
Portuguese. Being a translation of Kitab al-Fawa'id fi usul al-bahr wa'l-qawa'id of
Ahmad b. Majid al-Najid. London: The Royal Asiatic Society of Great Britain and
Ireland.
Mohd Koharuddin (2002), Sains dan Teknologi Asia: Hadiah Asia kepada Dunia. Jurnal
Teknologi. 37(1).
Ghazali, D. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Mokhtar, S. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Muslim Heritage: http://www.muslimheritage.htm).

Muslim Philosophy: http://www.muslimphilosophy.com).

27

Anda mungkin juga menyukai