Anda di halaman 1dari 17

Definisi Protokol:

Menurut Mokhtar & Ahmad (2001:4) dalam

Protokol Di Malaysia: Tradisi dan

Amalan :
Perkataan protocol pula dikatakan berasal daripada bahasa Yunani iaitu protokollen yang
menggabungkan dua kata dasar, protos dan koll. Protos bermakna yang pertama, manakala
koll membawa maksud pelekat. Pelekat yang pertama merujuk sehelai kertas yang ditampilkan
pada dokumen undang-undang untuk membuktikan kesahihan.

Secara umumnya, amalan protokol boleh dimaksud sebagai:


SATU SISTEM SOPAN SANTUN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM PERHUBUNGAN RASMI
DAN IANYA JUGA MERUJUK KEPADA SEGALA PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI
DALAM MENGANJURKAN MAJLIS-MAJLIS RASMI.

Elemen-Elemen Protokol :

Susunan Keutamaan
Panggilan hormat/gelaran
Susunan tempat duduk
Cara berpakaian
Anugerah Kebesaran
Susunan atur cara
Cara mengibarkan bendera
Cara mengantung gambar/potret Orang-Orang Kenamaan

Elemen-Elemen Etiket Sosial :

Penampilan dan pengayaan kendiri


Kesopanan dalam menghadiri pelbagai majlis
Kemahiran dalam perbualan social
Kesesuian penggunaan pakaian dalam pelbagai majlis
Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
Tertib di meja makan

Kepentingan Protokol :

Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan


Menjaga sensitivity dan perasaan
Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis
Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan
seseorang VIP

Nota : Amalan Protokol tidak semestinya Rijid. Peraturan boleh diubah suai mengikut keadaan
dan persetujuan pihak-pihak yang terlibat.

Panduan Am :

Jaga tingkah laku dan kesopanan semasa menghadiri majlis rasmi


Beri perhatian kepada peraturan protokol
Patuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti menepati masa
kehadiran, memakai pakaian yang ditetapkan dan memaklumkan tentang kehadiran

Patuhi etiket perbualan,pergaulan dan tertib di meja makan.

Pastikan Anda :

Beritahu penganjur keputusan sama ada hadir/tidak hadir ke majlis


Memakai pakaian yang betul. Anda mungkin tidak diterima masuk sekiranya tidak
berpakaian sesuai
Tahu tempat majlis diadakan
Hadir mengikut masa yang ditetapkan
Hadir mengikut jawapan yang dimaklumkan (Seorang/Berdua)

Kad Jemputan :

Teliti segala maklumat yang terkandung dalam Kad Jemputan


Teliti tujuan majlis (Rasmi / tidak rasmi)
Ambil Perhatian terhadap tarikh, masa dan tempat majlis
Ambil maklum tentang jenis pakaian yang ditetapkan
Buat keputusan hadir / tidak hadir
Beri jawapan kepada Penganjur dengan segera

Semasa tiba di majlis :

Elakan datang lewat atau terlalu awal


Tunjukkan kad jemputan kepada Penyambut Tetamu
Kenalpasti tempat duduk
Jangan menukar tempat duduk yang telah disediakan
Minta bantuan dari Penyambut Tetamu jika mengalami sebarang masalah

Sebelum majlis bermula :

Hendaklah bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Jangan memencilkan diri


Apabila masuk dan keluar daripada tempat duduk hendaklah dari sebelah kanan kerusi.
Jangan meminta minuman yang tidak dihidangkan. Setelah selesai minum gelas
diletakan di atas dulang yang dibawa oleh pelayan.
Jangan letak gelas dimerata-rata tempat atau membawa gelas ke meja makan

Semasa berada dalam majlis :

Teliti program/acara yang akan dijalankan


Apabila tetamu VIP sampai hendaklah berdiri
Ikuti acara majlis dengan tenang,elakkan dari keluar masuk
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menggangu perjalan majlis seperti bercakapcakap ketika ucapan disampaikan, ketawa berlebihan dsb.
Ikut sama bertepuk tangan

Tertib di meja makan :


Perbuatan yang perlu dielakkan :

Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan


Mengunyah gula-gula getah sambil bercakap
Mencelah perbualan orang lain
Bercakap dengan nada yang tinggi
Berbisik-bisik sesama teman
Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami orang lain
Mencungkil gigi,mengorek hidung atau telinga
Makan sup atau minum dengan mengeluarkan bunyi
Berjenaka berlebihan/ perbualan berbentuk lucah
Meletakkan barang peribadi di atas meja
Berbedak,bergincu atau menyikat rambut
Mengambil makanan secara berlebihan di meja makan secara buffet
Berpakaian tidak sesuai

Semasa majlis tamat :

Jangan terus melulu keluar


Tunggu tetamu kerhormat berangkat meninggalkan majlis
Keluar ikut giliran
Berdiri mengadap tetamu utama sebagai tanda hormat
Elakkan mengambil sesuatu daripada meja sebagai kenangan

3 Versi Lagu Kebangsaan


Versi Penuh (Full version / Naskah Penuh / Naskah Di Raja)
Naskah Penuh dimainkan pada peristiwa-peristiwa berikut :
Penghormatan diberi kepada SPB YDP Agong
Penghormatan diberi kepada Timbalan SPB YDP Agong semasa menjalankan tugastugas SPB YDP Agong
Penghormatan diberi kepada seseorang Raja yang dilantik bagi menjalankan tugas-tugas
Yang Di pertuan Agong (Di bawah Ordinan Menjalankan Tugas YDA 1957)
Panji-Panji diRaja dikibar bagi melambangkan kehadiran SPB YDP Agong
Semua peristiwa dimana SPB YDP Agong hadir sendiri
Pada peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh SPB YDP Agong
Di sekolah-sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi lagu Kebangsaan
Pada semua peristiwa apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan, Naskah Penuh hendaklah
dinyanyikan.
Pada semua sambutan rasmi pembesar-pembesar luar Negara. Naskah penuh
hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu kebangsaan Negeri pembesar membuat
lawatan dimainkan.
Pada semua peristiwa rasmi yang diadakan oleh Pembesar-Pembesar Luar Negara
dalam Malaysia bagi merayakan Hari-Hari Kebangsaan atau peristiwa-peristiwa
Kebangsaan yang lain.
Naskah Penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu kebangsaan Negara Pembesar
luar Negara itu dimainkan. Maksud Pembesar luar Negara di sini ialah Persuruhjaya
Tinggi atau Duta.

Naskah Ringkas (Abridged Version)


Naskah ringkas yang mengandungi 8 baris pertama dan 8 baris terakhir dimainkan pada
peristiwa berikut:

Memberi hormat kepada SPB YDP Agong dalam majlis-majlis rasmi.


Memberi hormat kepada TYT dalam majlis-majlis rasmi
Wakil rasmi SPB YDP Agong.Apabila SPB YDP Agong diwakili oleh seorang Raja, lagu
kebesaran Negeri DYMM Raja yang berkenan akan dimainkan sepenuhnya dahulu dan
selepas itu barulah diikuti dengan lagu Kebangsaan naskah ringkas.
Wakil-wakil Diplomat SPB YDP Agong di luar Negara dalam majlis-majlis rasmi
Majlis minum selamat SPB YDP Agong dengan iringan muzik
Mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan dengan titah SPB YDP Agong

Naskah Pendek (Short Version)


Naskah Pendek mengandungi 8 baris yang terakhir dan naskah ini dimainkan dalam keadaan
berikut :

Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila SPB YDP Agong atau wakil tidak hadir.Tetapi
apabila salah seorang daripada DYMM Raja Melayu hadir maka naskah pendek
hendaklah dimainkan selepas lagu kebesaran Negeri semasa tamatnya peristiwa itu.
Apabila tamatnya sesuatu hiburan atau tamatnya rancangan televisyen

Memainkan Lagu Kebangsaan Dan Lagu Kebesaran Negeri


Di Peringkat Persekutuan :

Apabila SPB YDP Agong atau wakil rasmi tidak berangkat hadir tetapi salah seorang
daripada DYMM Raja Melayu berangkat hadir. Lagu Kebangsaan naskah ringkas
hendaklah dimainkan pada akhir majlis tersebut selepas lagu kebesaran Negeri DYMM
Raja berkenaan dimainkan.

Di Peringkat negeri :

Hari jadi TYT


Hari Kebangsaan
Upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Istiadat pembukaan persidangan DUN
Istiadat Mengangkat Sumpah YAB Ketua Menteri / Menteri-Menteri Kabinet
Majlis-majlis rasmi / majlis-majlis Istiadat yang dihadiri oleh TYT
Majlis Jamuan Negeri ( State Banquet)

Menghormati Lagu Kebangsaan


Apabila lagu kebangsaan dimaninkan sama ada naskah penuh/ringkas/pendek dimainkan semua
orang yang hadir hendaklah berdiri sebagai tanda hormat.
Apabila SPB YDP Agong atau wakil rasmi tidak berangkat hadir tetapi salah seorang daripada
DYMM Raja Melayu berangkat hadir. Lagu Kebangsaan naskah ringkas hendaklah dimainkan
pada akhir majlis tersebut selepas lagu kebesaran Negeri DYMM Raja berkenaan dimainkan.

Penguatkuasaan
Segala perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada pandangan
umum adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.Pegawai-pegawai polis diberi kuasa
untuk menangkap tanpa waran orang-orang yang tidak menhormati lagu kebangsaan.

Pakaian Lelaki
Pakaian Kebangsaan
(Lain-Lain Warna boleh dipakai di majlis-majlis rasmi lain yang tidak berbentuk istiadat)
Warna Hitam
Songkok Hitam
Seluar Hitam
Samping Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Tuxedo

Jacket Hitam Labuh


Kemeja Putih
Bow Tie
Bengkong
Seluar Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam

Mess Kit

Jacket Hitam / Cream


Kemeja putih
Bow Tie
Bengkong
Seluar Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Pingat-Pingat Kebesaran

Dinner Jacket
(Pingat Kebesaran tidak dipakai bersama Dinner Jacket)

Suit Hitam
Kemeja Putih
Bow Tie
Bengkong

Seluar Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam

Lounge Suit

Warna Hitam/Gelap
Baju Putih Berkolar
Tali Leher
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Songkok Hitam

Batik

Batik Lengan Panjang

Civil Service Uniform

Pakaian Istiadat No. 1 ( Pegawai Skel A)


Pakaian Seragam Jabatan
Pakaian seragam Polis & Tentera

Pakaian Wanita
Jenis-Jenis Pakaian

Baju Kurung Berselendang dalam sebarang sebarang warna kecuali kuning DiRaja
Baju Kebaya Berselendang
Pakaian labuh berlengan panjang tetapi tidak termasuk 'see through' atau jenis yang
mendedahkan dada atau belakang atau high slit
Pakaian Kebangsaan Masing-Masing

Kesusuaian Pakaian Wanita

Pakaian hendaklah sesuai dengan tugas yang dijalankan. Jika Penjawat Awam yang
perlu memakai pakaian seragam ianya hendaklah dipakai dengan selengkapnya
Pemilihan jenis dan padanan warna mestilah diambil kira
Alat Perhiasan tambahan mestilah tidak kerterlaluan. Rantai leher tidak lebih dari 2 jenis
dan pengunaan cincin pada jari-jari tidak sesuai
Sesuaikan warna beg tangan dengan kasut. Beg tangan jangan terlalu besar. Beg tangan
kecil bertali pendek sesuai untuk majlis makan malam.

Pakaian Kerja

Kemeja / Baju Lengan Panjang


Seluar panjang

Tali Leher

Pakaian Smart Casual

Kemeja / Baju lengan Panjang


T-Shirt Berkolar
Seluar Panjang

Bush Jacket

Baju Jacket lengan Pendek / Panjang


Seluar panjang sewarna dengan baju

Pakaian Sukan

Track Suit
T Shirt
Kasut Sukan

Honorific adalah panggilan hormat yang kita gunakan untuk berkomunikasi dengan seseorang vip
melalui surat ataupun dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran beliau di majlis-majlis formal.

Penyandang

Panggilan Hormat

YDP Agong

Seri Paduka Baginda

Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertua Negeri

Tuan Yang Terutama

Isteri Yang di-Pertua


Negeri

Yang Amat Berbahagia

Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat

Isteri Ketua Menteri

Yang Amat Berbahagia

Perdana Menteri

Yang Amat Berhormat

Isteri Perdana Menteri

Yang Amat Berbahagia

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat


Isteri Tim. Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia
Sultan Selangor

Duli Yang Maha mulia

Sultan Pahang

Kebawah Duli yang Maha


Mulia

Raja Muda Perlis

Duli Yang Teramat Mulia

Tengku Mahkota Johor

Duli Yang Amat Mulia

Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif

Persuruhjaya/Duta-Duta

Tuan Yang Terutama

Hakim-Hakim Mahkamah
Agung/Tinggi

Yang Arif

Penyandang Gelaran Tan


Sri/Datuk

Yang Berbahagia

Setiausaha Kerajaan
Negeri

Yang Berhormat

Menteri & Tim. Menteri

Yang Berhormat

Mufti

Sahibus Samahah

Ketua Jabatan

Yang Berbahagia

Ahli Dewan Rakyat &


Negeri

Yang Berhormat

Apabila dua atau tiga bendera dikibarkan di majlis / Perayaan di


Peringkat Negeri

Apabila dua atau tiga bendera dikibarkan di Majlis / Perayaan


Peringkat Persekutuan

Memasang bendera pada dinding

Lawatan pembesar-pembesar dari luar negeri (Keutamaan diberi


kepada bendera pelawat)

Lawatan pembesar-pembesar dari dalam negeri (Keutamaan


diberi kepada bendera pelawat)

CARA-CARA MENGGANTUNG GAMBAR / POTRET

ATAU

Anda mungkin juga menyukai