Anda di halaman 1dari 2

Latihan Esei : Malaysia sebagai hub halal dunia

Soalan : Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal


bukan sahaja mempunyai kepentingan bagi memacu ekonomi
negara tetapi merangkumi beberapa aspek pembangunan yang
lain. Jelaskan pernyataan ini.
(Skema : 5+0) = Kepentingan/manfaat
Pengenalan :
Hub halal merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan
pengedaran produk halal. Hub produk halal penting untuk
memudahkan orang ramai memperoleh bekalan makanan halal.
Isi Perbincangan :
1. Memacu pertumbuhan ekonomi negara :
- Malaysia diiktiraf sebagai "hub halal dunia" pada tahun 2010.
- Meningkatkan pendapatan negara.
- Nilai pasaran global bagi produk halal Malaysia pada tahun 2010
= dianggarkan RM8 trillion setahun
2. Wujudnya industri hiliran :
- wujudnya sektor berasaskan ekonomi pemprosesan,
pembungkusan dan pengedaran
- contoh _ industri penternakan - daging lembu - burger, sosej,
satay dan sebagainya.
- sebagai pemacu ekonomi golongan masyarakat khasnya dan
membantu kepelbagaian ekonomi halal Malaysia amnya.

3. Meningkatkan taraf hidup :


- Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan
- secara langsung kurangkan kadar pengangguran
- kurangkan kadar kemiskinan & tingkatkan pendapatan isi rumah
melalui keluaran produk halal walaupun dalam jumlah yang
sedikit.
4. Mengurang krisis bekalan makanan halal :
- hub ini berupaya membekalkan makanan halal yang diperlukan
- memnajdi pembekal kepada negara bukan Islam seperti Jepun,
China, Korea, Filipina, Hong Kong, UK dll.
5. Pemindahan teknologi :
- menggalakkan penglibatan pengusaha, peniaga dan pelabur
antarabangsa
- teknologi dari negara luar dibawa masuk
- contoh : teknologi pembungkusan dan pemprosesan

Anda mungkin juga menyukai