Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Dalam Bola jaring

Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan
menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain
seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.
a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau keduadua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan rakan yang akan
menerima bola. Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras
bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan
melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak
yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas
dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola
dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
Ikut lajak.
ii) Hantaran Aras Bahu
HantaraMn aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk
membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
Teknik melakukan hantaran aras bahu
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.

Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.

Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.

Angkat tumit kaki belakang.

Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari.

Ikut lajak.
iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh
pemain lawan.
Teknik melakukan hantaran atas kepala.

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan


Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
Ledingkan badan ke belakang sedikit.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke
hadapan dengan meluruskan tangan.
Ikut lajak.

iv) Hantaran Sisi


Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah
tangan atau kedua-dua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.


Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah
tangan ke belakang.
Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan
tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
Ikut lajak.
v) Hantaran Lantun
hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai
permain berhampiran.
Teknik melakukan hantaran lantun

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.


Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
Ikut lajak.
b) Menerima Bola
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.
Teknik menerima bola

Mata sentiasa memandang ke arah bola datang.


Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan
menghadap satu sama lain.
Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan.
Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.
c) Mengelak
Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada
kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara
mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa
asas mengelak, iaitu

i)
ii)
iii)
iv)

Berlari ke arah yang sesuai


Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).
Teknik mengelak acan

Berada dalam kedudukan bersedia.


Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan,
kemudian bergerak ke arah bertentangan.
d) Menghadang

i)
ii)
iii)
iv)

Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang


pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol.
Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat
empat posisi asas menghadang iaitu;
Berdiri menghadap permain lawan.
Berdiri membelakangkan pemain lawan.
Berdiri di sisi pemain lawan.
Berdiri di belakang pemain lawan.
e) Gerak Kaki
Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting.
Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa melanggar
undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu
menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau
semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang
adalah dalam keadaan berikut:

i)
ii)
iii)
iv)

Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.


Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
f) Menjaring
Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan
ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang
gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak
melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan
dalam kedudukan berikut:

i)
ii)
iii)
iv)

Menjaring pada kedudukan statik.


Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.

v)

Melompat dan menjaring.


Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas
menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh
juga dilakukan.
Teknik menjaring pada kedudukan statik
Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan

lutut.

Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu
oleh pergelangan tangan serta jari-jari.
Ikut lajak.

Anda mungkin juga menyukai