Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAL1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

NAMA
NO.MATRIKULASI

:
:

NURHAYATI BINTI ISKAANDAR

760905125652001

NO.KAD PENGENALAN

760905-12-5652

NO.TELEFON

0135456150

E-MAIL

bayati2557@gmail.com

NAMA TUTOR

PUSAT PEMBELAJARAN

USTAZ SUKRI BIN AMBOALA


PPT OUM TAWAU

SEMESTER MEI 2014

HBAL1103

ISI KANDUNGAN
HALAMAN
2

1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI TEKNOLOGI MODEN

3.0

TEKNOLOGI MODEN YANG DIPILIH DALAM KAEDAH

4.0

PENGAJARAN BAHASA ARAB

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB YANG

DIGUNAKAN
5.0

1.0

KESIMPULAN

11

RUJUKAN

13

PENGENALAN
1

HBAL1103

Pada

masa

kini,

sistem

pendidikan

Negara

kita

sedang

mengalami perubahan yang pesat seiring dengan kemajuan teknologi


moden. Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia teknologi moden
yang kian pesat ini telah memberi impak positif dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa dan dalam hal ini bahasa Arab juga adalah tidak
terkecuali. Walaupun perkembangan ini menyumbang secara langsung
kepada proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, namun ia
semestinya berjalan seiring dengan prinsip-prinsip pendidikan.
Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk memastikan
bahawa kemajuan ini dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa tersebut. Teknologi moden khususnya yang
berkaitan dengan penggunaan komputer adalah perkara yang menjadi
lumrah dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dalam bahasabahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan bahasa utama
dunia, pemanfaatan teknologi telah digunakan secara meluas dengan
begitu pesat sekali.
Kaedah pengajaran yang dihasilkan berasaskan teknologi moden
dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran
guru. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa bidang teknologi juga
memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan masa kini.
Perkembangan teknologi pendidikan pada masa kini dapat memberi
kesan positif kepada guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan proses
pembelajaran dalam kalangan pelajar. Penggunaan teknologi moden
sebagai bahan pengajaran bahasa Arab adalah perkembangan baru
tetapi dalam pelaksanaan pengajaran perlu menepati ketetapan
kurikulum yang telah ditetapkan. Perisian teknologi moden

bukan

sahaja menjadikan pendidikan bahasa Arab bertambah menarik,


bahkan akan meningkatkan tahap keberkesanan penguasaan
bahasa pelajar sendiri.
2

HBAL1103

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah bermula dengan


guru yang memiliki kemampuan untuk menyampaikan isi pelajaran, lantas untuk
memenuhi tuntutan tersebut seorang guru seharusnya mewujudkan pembelajaran yang
mampu merangsang minat para pelajar mengikut tahap pemikiran dan kebolehan mereka
masing-masing. Guru mestilah memiliki kepakaran dalam menentukan pendekatan,
kaedah, teknik, strategi dan aktiviti yang berkesan untuk menjayakan proses pengajaran
dan pembelajaran.
Justeru, dalam tugasan ini perkara utama yang dibincangkan adalah kaedah yang
berkesan menggunakan teknologi moden bagi pengajaran Bahasa Arab. Pemilihan kaedah
dan teknik yang sesuai membolehkan isi pelajaran dapat difahami dengan baik, jelas dan
mampu mempengaruhi intelek, emosi serta minat pelajar secara berkesan.
Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem,
tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat
beberapa kaedah yang sering diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya
untuk pengajaran Bahasa Arab iaitu kaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah
semulajadi/terus, kaedah latih tubi, kaedah induktif, kaedah syarahan dan kaedah kuiz.
Selain itu, tugasan ini turut membincangkan teknik pengajaran berserta contohcontoh yang relevan bagi setiap kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Arab.
Teknik tersebut merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru.
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat
secara aktif dan mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa
merasa jemu dan bosan .
2.0

DEFINISI TEKNOLOGI MODEN


Menurut kamus wikipedia, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan

mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan
penggunaan alatan, mesin, bahan

dan proses

untuk

menyelesaikan

masalah

manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technologa); dari (tchn),


3

HBAL1103

yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-loga), yang bermaksud "pembelajaran,
kajian". Istilah ini boleh diguna pakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu:
contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip
sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi
pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan
serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Kaedah mengikut Kamus Dewan (1992) bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),
hukum atau prinsip.
Manakala kaedah pula menurut Hasan Langgulung (1981) kaedah itu bermaksud
jalan untuk mencapai tujuan.
Menurut Abu Saleh (1988) kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun kemudian dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Beliau beranggapan kaedah mengajar
bukanlah tujuan utama pengajaran tetapi ia merupakan wasilah atau satu jalan untuk
mencapai objektif pengajaran.
Seterusnya menurut Mok Soon Sang (1992) pula kaedah ialah cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun.
Manakala Ee Ah Meng (1991) mentakrifkan kaedah ialah suatu tindakan
guru yang bersistematik serta berturutan untuk mencapai objektif spesifik (objektif
jangka pendek sesuatu pelajaran).
Berdasarkan pengertian-pengertian

kaedah tersebut, jelaslah bahawa kaedah

adalah sesuatu siri tindakan yang bersistematik dan tersusun.

HBAL1103

3.0

TEKNOLOGI MODEN YANG DIPILIH DALAM KAEDAH PENGAJARAN


BAHASA ARAB

Beberapa kelebihan aplikasi dalam teknologi moden

dapat dikenalpasti, antaranya,

penggunaan yang fleksibiliti dalam mengakses aplikasi pembelajaran bahasa arab, tarikan
pembelajaran yang menarik melalui persembahan elemen multimedia seperti grafik,
animasi dan audio, di samping pengguna juga mudah menerokai semua pautan dalam
aplikasi. Oleh itu, produk yang dihasilkan melalui kajian ini merupakan contoh kepada
salah satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang terkini.
Kajian Mohd Azidan B Abdul Jabar (2009: 221-230) pula mengakui kepantasan
perkembangan teknologi moden pada alaf baharu ini turut melampiaskan kesannya
kepada bidang pendidikan secara umumnya serta pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab khususnya. Penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran Bahasa Arab
mampu menseimbangkan kandungan pengajaran bahasa dengan kaedah penyampaian dan
penggunaan bahasa dalam konteks moden hari ini. Dalam erti kata lain, penggunaan
teknologi dapat memudahkan pelajar membpelajari Bahasa Arab.
Penggunaan teknologi pengajaran dalam kelas dan makmal bahasa semasa
pembelajaran

kemahiran

bahasa

arab

memberi

manfaat

kepada

pelajar

dan

pengajar.Penggunaan teknologi dapat menjana minat pelajar terhadap apa jua yang
disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai kelemahan dalam
aspek pengajaran yang tertentu seperti pengajaran berbentuk kuliah dan secara satu hala.
Juteru itu, saya telah memilih untuk menggunakan komputer dan LCD dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.Penerangan yang disertakan dengan
maklumat yang dipaparkan menerusi skrin LCD ,dapat mengekalkan konsentrasi pelajar
di dalam kelas dan melatih pelajar berfikir dengan pantas dan terbuka.
Dengan bantuan peralatan teknologi, saya dapat memastikan kualiti setiap
penerangan dan maklumat yang disampaikan lebih berkesan,kerana penggunaan
teknologi

moden seperti paparan LCD menjadikan pengajaran kelihatan lebih

menarik,.Oleh itu saya seharusnya menarik minat pelajar menerusi penyampaian yang
menggunakan pelbagai teknik, kesan bunyi dan warna.
5

HBAL1103

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran Bahasa Arab yang menggunakan


peralatan teknologi seperti komputer dan LCD juga sebenarnya dapat membebaskan saya
daripada kaedah pengajaran tradisional yang dikenali sebagai kaedah pengajaran satu
hala yang berpusatkan pengajar semata-mata.

4.0

KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN


4.1

Kaedah Ajuk Hafaz (Tariqah Al-Mulazamah)

Dalam pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran,saya


menggunakan kaedah ajuk dan hafaz.Tujuan kaedah ajuk hafaz ini
ialah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendengar,
memerhati dan mempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Kaedah ini
sekaligus menghimpunkan teori dan praktik. Kaedah ini secara ringkas
mempunyai beberapa ciri antaranya :

Memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat dan dalam


masa yang sama dapat mendengar sebutan contoh yang
dilakukan oleh guru.

Penglibatan pelajar untuk mengikuti dan mengajuk bacaan guru


setelah mendengar dengan teliti.

Pelajar

berpeluang

untuk

mendengar,

menyebut

kemudian

menghafal ungkapan tersebut.


Sebelum pembelajaran bermula, guru terlebih dahulu telah
menyusun ungkapan-ungkapan tersebut untuk diperdengarkan kepada
pelajar dengan mengikut pengkelasan yang sesuai supaya kaedah
bahasa Arab yang terkandung dalam ungkapan-ungkapan tersebut
mudah dikenali pelajar.
6

HBAL1103

Sebagai contoh, Ismu Al-Isyaroh ( ) yang digunakan


untuk menunjuk setiap anggotan badan yang akan di ajar.. Guru
memulakan dengan anggota badan yang jumlahnya hanya satu sahaja
sambil memperlihatkan kepada murid-murid gambar setiap anggota
tersebut menggunakan komputer dan LCD melalui tayangan Microsof
Power Point. Guru menyebut dengan jelas setiap anggota tersebut satu
persatu

kemudian

meminta

murid

mengulangi

mengajuknya.sambil menayangkan di skrin LCD

atau

anggota masing-

masing sebagai contoh :


Guru melukan dengan Anggota badan yang jumlahnya satu
sahaja seperti contoh di bawah :
Guru

Haza anfun ()

Pelajar

Haza anfun ()

Guru

Haza famun ()

Pelajar

Haza famun ()

Guru

Haza sodrun))

Pelajar

Haza sodrun ))

Kemudian diteruskan lagi dengan memaparkan anggota badan


yang berpasangan iaitu jumlahnya ada dua:
Guru

Hazihi ai'nun ()

Pelajar

Hazihi ai'un ()

Guru

Hazihi uzunun ()

Pelajar

Hazihi uzunun ()

Guru

Hazihi yadun ()

Pelajar

Hazihi yadun ()

Dengan itu mudahlah guru memberi penerangan kepada para


pelajar tentang penggunaan 'haza' (' & ) hazihi' ( )apabila
digunakan

untuk

Kesimpulannya
menggabungkan

menunjuk

ke

arah

anggota

kaedah

ajuk

hafaz

beberapa

jenis

kemahiran

ini

badan

sebenarnya
berbahasa

kita.
telah
seperti

HBAL1103

kemahiran

mendengar,

kemahiran

bertutur,

kemahiran

menulis,pelajar menghafaz,guru menyebut pelajar mendengar,pelajar


mengajuk bacaan guru,pelajar menulis ungkapan tersebut dan yang
terakhir pelajar dapat menghafaz setelah dengar, sebut dan tulis.
Kaedah ini akan lebih mudah dan lebih berkesan dengan
penggunaan komputer dan LCD projekter kerana pelajar lebih memberi
tumpuan apabila guru menayangkan gambar anggota badan yang
dimaksudkan dengan menarik.
Selain daripada itu,teknik yang digunakan dalam kaedah ajuk
hafaz ini adalah teknik menghafaz dan latih tubi. Ini dapat membantu
guru mengajar Bahasa Arab. Sebagai contoh mengajar tentang
penggunaan Ismu

Al-Isyaroh ( ) ketika ingin menunjuk ke

arah anggota badan kita.


Teknik menghafaz ini terbahagi kepada empat langkah seperti
berikut :

Pelajar diminta menumpukan perhatian kepada isi pelajaran

yang dipelajari.
Contohnya : 1. Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja =
Haza anfun ( ;) Haza famun (;)
Haza sodrun () .
2. Anggota badan yang berpasangan/jumlahnya ada dua =
Hazihi ai'nun ( ;) Hazihi uzunun (;)
Hazihi yadun () .
Pelajar dilatih untuk menyebut isi pelajaran berulang kali sehingga apa
yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk
menyebutnya sebagai contoh meminta pelajar untuk menyebut setiap
anggota badan yang dipelajari masing-masing sebanyak 3 kali.Guru
meminta pelajar mengucapkan isi pelajaran di hadapan guru supaya

HBAL1103

pelajar lain dapat menyemak atau membetulkan kesalahan yang


mungkin berlaku.
Sebagai contoh, guru meminta pelajar datang ke depan untuk
menyebut anggota
badan yang dipelajari sambil tunjuk ke arah anggota masing-masing
menggunakan
kata tunjuk ( ) sama ada 'haza' ( )atau 'hazihi' ().Guru
mengingatkan isi pelajaran yang dipelajari. Ini merupakan peringkat
terakhir

dalam

proses

menghafaz

supaya

pelajar-pelajar

dapat

mengecam sama ada menggunakan 'haza' atau hazihi ketika tunjuk


ke arah anggota badan yang dipelajari.
Selain itu, teknik latih tubi juga sesuai diaplikasi dalam kaedah
ajuk hafaz untuk mengajar Bahasa Arab. Teknik ini merupakan
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya
adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut serta
menjamin kekalannya. Teknik latih tubi seperti menyebut perkataan
secara berulang kali bagi pelajar aras satu, menyebut ayat secara
berulang kali bagi pelajar aras dua dan membaca ayat berulang kali
bagi pelajar aras tiga.

supaya pelajar-pelajar mudah mengingati

perbezaan antara kata nama lelaki dengan kata nama perempuan di


atas.
Justeru, kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
Arab mengikut kesesuaian tajuk yang ingin di ajar dan melihat kepada
aras kemampuan pelajar.Pelajar juga akan lebih seronok sekiranya
kaedah latih tubi ajuk ahafaz ini menggunakan kompeuter dan LCD
projekter.Pelajar yang telah selesai menghafaz boleh menjawab soalan
di hadapan menggunakan microsof power point yang telah disediakan
oleh guru.Dengan adanya alat bantu moden seperti ini,guru dapat
menjimatkan masa berbanding menulis latihan dipapan tulis.
9

HBAL1103

4.2

Kaedah menyanyi.

Kaedah nyayian adalah salah satu kaedah yang paling sesuai digunakan oleh
guru-guru bahasa Arab. Ini kerana pelajar-pelajar lebih muda mengingat suatu lirik
nyanyian berbanding dengan membaca secara biasa .Dalam kaedah ini,saya
menggunakan nyayian yang berbentuk lirik nasyid.Kaedah nasyid terbahagi kepada dua
iaitu pertama nasyid yang mengandungi kaedah-kaedah tertentu yang perlu dikuasai
pelajar. Kedua nasyid umum yang memperkenalkan perkataan dan ungkapan baru.
(a) Nyanyian yang Mengandungi Kaedah
Oleh kerana bahasa Arab mengandungi beberapa pola yang secara asasnya mesti
dihafaz dan dikuasai oleh pelajar, saya menggunakan teknik menghafaz lagu kepada
pelajar. Sebagai contoh ( , , ) agak sukar dikuasai
oleh sebilangan besar pelajar apabila diajar hanya dengan membaca dan menghafaz
seperti biasa,sedangkan ia merupakan asas yang amat penting dalam bahasa Arab.
Justeru itu, untuk memudahkan pelajar-pelajar, kita boleh mengubah tasrif
tersebut dalam bentuk nyanyian. Ini akan memudahkan mereka menguasainya. kita boleh
meminta bantuan dari mereka yang berpengalaman dalam mendapatkan lagu-lagu yang
biasa digunakan .Dalam kaedah ini,penggunaan bahan bantu mengajar menggunakan
teknologi moden seperti komputer dan LCD projekter akan menjadikan kaedah nyayian
dalam pengajaran Bahasa Arab ini akan lebih seronok dan lebih menarik minat kepada
pelajar.Pelajar juga akan lebih mudah mengingati pembelajaran tersebut.
Contoh lirik lagu " Ummi" oleh Haddad Alawi dan sulis ditukar liriknya kepada
tasrif Fael. Perlu diingatkan, kaedah ini bukan hanya tertumpu kepada pengajaran nahu
sahaja. kita juga boleh menggunakan kretiviti lain untuk melakukan pengubahsuaian. Apa
yang penting, objektif pengajaran boleh dicapai dengan baik dan pelajar dapat menguasai
pembelajaran pada masa itu.
(b) Nyanyian Umum

10

HBAL1103

Apabila seseorang guru mengajar muridnya berkomunikasi dalam Bahasa Arab,


Kaedah nyanyian merupakan salah satu bentuk komunikasi. Ini kerana nasyid sebenarnya
menyampaikan tema dan matlamat dengan teknik yang tersendiri. Di dalam buku teks
bahasa Arab , banyak dibekalkan nyanyian-nyanyian

yang disediakan berbentuk

pengukuhan terhadap perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh pelajar. Disamping


itu, ia berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar dalam memahami bentuk gaya
bahasa Arab. Tugas kita sebagai pengajar adalah menentukan atau mencari rentak
terhadap lagu yang disediakan.
Dalam situasi tertentu, kita juga boleh menggunakan nyanyian berbahasa Arab
yang biasanya berkumandang di radio atau pun melalui internet dan selepas itu kita
tunjukkan kepada pelajar dengan menggunakan komputer dan LCD projekter.
Kebanyakkan pelajar biasanya telah biasa mendengar lagu tersebut dan sebahagiannya
mungkin telah menghafal. Keadaan ini perlu kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Perkukuhkan perbendaharaan kata yang terdapat dalam nyanyian tersebut dan juga
bentuk penggunaan tatabahasa yang betul yang telah digunakan
Kaedah menyanyi ini adalah salah satu kaedah untuk memberi pelajar ingat
kalimah-kalimah yang dihafal. Menurut kajian pembelajaran melalui muzik akan
memberi ransangan untuk mudah mengingat. Setiap kali pengajaran dan pembelajaran
saya akan menyanyikan lagu atau memasang kaset berkenaan tajuk yang diajar. Sebagai
contoh saya mengajar tajuk nama-nama haiwan. Saya akan memasang lagu berkenaan
haiwan dan meminta pelajar mengikut lagu tersebut. Jadi para pelajar akan belajar sambil
menyanyi.

5.0

KESIMPULAN
11

HBAL1103

Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari


semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru
guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi moden, termasuk teknologi sistem
audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang
berasaskan teknologi moden, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan
fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan
adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar. Di samping itu juga,
teknologi moden, termasuk pita rakaman audio dapat memberi nilai tambah kepada
proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa
bosan.
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar
pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu
pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang
diberikan oleh guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa
berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru
pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran
menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan teknologi
moden dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam pelajaran Bahasa Arab adalah
sangat releven dan amat sesuai digunakan oleh guru yang mengajar.Ini kerana ia dapat
membantu guru meminimumkan masa pengajaran dan dapat membantu guru menarik
minat pelajar serta dapat memotivasikan kepada pelajar supaya suka belajar Bahasa Arab.
Dengan teknolgi moden dalam kaedah pembelajaran juga,menjadikan pelajar
akan lebih seronok dan berpuas hati kerana pembelajaran dua hala akan berlaku iaitu
anatara murid dengan guru,murid dengan murid berbanding pembelajaran sehala
sekiranya bahan bantu mengajar menggunakan teknolgi moden seperti komputer dan
LCD tidak digunakan.Perkara ini juga akan menjadikan pelajar cepat dan mudah bosan.

Bahasa Arab mempunyai kepentingannya dalam walaupun demikian, aspek


pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa
12

HBAL1103

yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi


keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa Arab dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan
penggunaan teknologi moden dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai
dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

( 2661 Patah perkataan )

13

HBAL1103

RUJUKAN
Abu Saleh,Muhibuddin Ahmad (1988).Asasiyat fi turuq at-tadris alammah.Riyadh: Dar Al-Huda
Dr Hassan Langgulung (1981) Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. Penerbitan
Pustaka Antara : Kuala Lumpur/26
Ee Ah Meng (1991). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (20(H). Keperluan Kurikulum Bahasa Arab Dalam
Era Millenium. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Mok Soon Sang, Lee Shok Mee (1992). Pedagogi 3 : Pengajaran dan Persediaan
Mengajar, Bahagian A. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Ustaz Zawawi Ismail,Ustaz Mohd.Abdul Nasir Abdul latif Dll.(2011) HBAL1103
Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab.Open University Malaysia.
http://www.scribd.com/doc/185268818/Penggunaan-Bahan-Bantu-Mengajar-DalamBahasa-Arab
http://kembaradai.blogspot.com/2009/10/kaedah-mengajar-bahasa-arab.html
http://tazkirahati.blogspot.com/2011/10/pendekatan-belajar-bahasa-arab-secara.html
http://wwwpembelajaranbarabberbasisti.blogspot.com/2011/11/pembelajaran-bahasaarab-berbasis-it.html

14

HBAL1103

15

Anda mungkin juga menyukai