Anda di halaman 1dari 2

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek (project based


learning - PBL) adalah satu teknik P&P yang masih baru
diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik
pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana
ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponenkomponen 4C (Communication, Collaboration, Critical
Thinking, Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah
berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan,
merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai
(multiple intellegent). Perkara yang lebih ketara di sini
adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi
dengan isu dan amalan dunia sebenar. Ia memberikan
ruang dan peluang kepada murid untuk memahami suatu
perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui PBL,
murid menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru,
membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis
kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara
bermakna (teori konstruktivisme dan teknik inkuiri).
Mengikut artikel Futureworks: Trends and Challenges for
Works in the 21st. Century,

Langkah-Langkah Pelaksanaan

PBL dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkahlangkah berikut:


1. Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian. Topik ini
hendaklah diambil daripada Huraian Sukatan Pelajaran.
Topik yang dipilih pula mestilah berkisar dengan
kehidupan sebenar dan sesuai dengan tahap pelajar.
2. Membuat perancangan aktiviti. Pada tahap ini, pelajar
melakukan sumbang saran secara berkumpulan tentang
aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses inkuiri.
Projek dan pelaksanaannya dibina oleh pelajar sendiri
dengan pengawasan guru sebagai fasilitator.

Kebaikan dan Kelebihan

Memenuhi kesemua kemahiran dalam 4C.

Menguasai kandungan pelajaran


Semangat kolaborasi
Pemikiran kritikal dan inovatif
Kemahiran komunikasi oral dan bertulis
Kemahiran ICT
Pemahaman budaya bangsa dan etika
Persediaan kerjaya
Menyokong gaya pembelajaran abad ke-21
Kesemua bahan ICT di sekolah digunakan
Sepenuhnya

3. Membuat takwim aktiviti. Bagi melaksanakan projek,


pelajar harus membuat takwim bagi pelaksanaan
keseluruhan projek serta had masa untuk setiap aktiviti.

We are living in a new economy powered by technology,


fueled by information, and driven by knowledge

4. Pemerhatian dan pemantauan. Guru sebagai fasilitator


haruslah berperanan aktif sebagai fasilitator. Ia perlu
membimbing pelajar dalam semua aspek yang
memerlukan kemahiran sebelum pelajar melakukan
sebarang aktiviti.

Menurut Secretarys Commission on Achieving


Necessary Skills (SCANS) pula, terdapat enam kemahiran
yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad ke-21
ini, iaitu:-

5. Membuat penilaian. Penilaian berlaku di sepanjang


proses. Malah setiap aktiviti yang dilakukan oleh pelajar
harus dinilai melalui penggunaan rubrik. Rubrik boleh
dibina di: http://rubistar.4teachers.org

Tanggungjawab personal dan sosial.


Kemahiran
perancangan,
berfikiran
kritikal,
penaakulan dan kreativiti.
Kemahiran komunikasi yang kuat, sama ada bagi
interpersonal atau keperluan pembentangan.
Kefahaman antara budaya.
Kemahiran pemahaman visual dan pembuat
keputusan.
Mengetahui bila dan bagaimana menggunakan
teknologi dan tahu mengenal pasti teknologi yang
sesuai untuk suatu tugasan.

6. Penilaian keseluruhan. Penilaian keseluruhan dibuat


setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat secara
individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara
terbuka dalam kumpulan amat berkesan bagi membuat
penilaian projek, memperbaiki mana-mana bahagian
yang kurang lengkap serta membuat perkongsian
pengalaman yang dilalui.
Guru kemudiannya boleh mengadakan sesi Presentation Of
Learning (POL) untuk membentangkan hasil kerja murid bagi
melengkapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 pelajar.

PBL Rich Picture

Bahan Rujukan PBL


1. Project Based Learning: Manual Handbook
2. Laporan Projek Rintis PBL Negeri Sabah
3. HighTech High: Learning Experience
4. http://pendidik21.wordpress.com

Sekitar Presentation Of Learning


(POL)

Hasil Kerja Murid (Artifek)

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


(Project Based Learning)
Konsep dan Pelaksanaan

Educating the Millennial Learner

PLC PENDIDIK21 NEGERI SABAH


pendidik21.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai