Anda di halaman 1dari 2

- kajian biologi

perkataan "biologi" berasal daripada bahasa yunani iaitu "bios" dan "logos".
"bios" bermaksud kehidupan dan "logos" bermaksud kajian, maka, biologi bermaksud
kajian mengenai kehidupan.
biologi mengajar kita mengenai struktur dan fungsi benda hidup atau organisma
dan juga menunjukkan kepada kita mengenai interaksi organisma-organisma ini antara
satu sama lain dan interaksi organisma dengan persekitarannya.

- kepentingan biologi
memahami pelbagai interaksi yang berlaku di sekeliling kita.
mengenai sejenis organisma biasanya melibatkan kajian mengenai persekitaran
hidup dan interaksi-interaksi organisma tersebut dengan organisma lain.
dengan mengkaji organisma hidup, proses hidupnya dan cara-cara proses ini
memberi kesan kepada kita, kita akan dapat memahami dengan lebih baik cara-cara
badan manusia berfungsi.
penyelidikan biologi merupakan aspek yang sangat penting dalam biologi dan
telah membawa banyak manfaat kepada kehidupan kita dan persekitaran. ini
termasuklah:1. memahami dengan lebih baik bagaimana badan berfungsi
2. mengetahui cara merawat penyakit.
3. menyelamatkan spesies terancam yang hampir pupus.
4. menguruskan masalah berkaitan dengan persekitaran dengan persekitaran lebih
baik.

- bidang kajian yang berbeza dalam biologi

jenis-jenis bidang kajian biologi ialah:bioteknologi(menggunakan organisma hidup untuk menghasilkan produk
berguna)
biokimia
perubatan
anatomi(dalam badan)
genetik(pembiakan)
fisiologi(luar badan)
taksonomi(mengenal pasti,menghuraikan dan menamakan organisma)
ekologi(persekitaran)
botani(tumbuhan)
zoologi(haiwan)
mikrobiologi(organisma)
histologi
biologi marin dan air tawar
ahli sains bioperubatan
- penyiasatan saintifik

kemahiran saintifik terbahagi kepada 2 iaitu:-

1. kemahiran proses sains


2. kemahiran manipulatif
kemahiran proses sains melibatkan kemahiran pemikiran secara kritis,analisis,
dan kreatif yang membolehkan seseorang ahli sains merumus persoalan dan mencari
jawapan untuk sesuatu fenomena.
kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang membolehkan ahli
sains menjalankan sesuatu penyiasatan saintifik.
- kaedah saintifik

langkah-langkah dijalankan secara sistematik dan berperingkat semasa penyiasatan


saintifik
1. mengenal pasti masalah
2. membuat hipotesis
3. merancang eksperimen
4. mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah
5. menjalankan eksperimen
6. mengumpulkan data
7. menganalisis data
8. mentafsir data
9. membuat kesimpulan
10. menulis laporan
- sikap saintifik dan nilai-nilai murni

mempunyai sifat ingin tahu


menunjukkan minat terhadap alam semula jadi
cermat
bekerjasama
bertimbang rasa terhadap orang lain dan alam sekitar
mestilah jujur dalam menjalankan eksperimen,merekod dan mengesahkan data.
memiliki kemahiran berfikir secara kritis dan analisis
kesimpulan mestilah rasional dan objektif
bertanggungjawab

Anda mungkin juga menyukai