Anda di halaman 1dari 4

HURAIAN MASALAH

Daripada pemerhatian yang dijalankan dikawasan kajian saya, terdapat beberapa


jenis pengangutan yang digunakan iaitu kereta, van, motosikal dan lori. Melalui kajian
soalselidik yang telah saya buat, masalah yang tertinggi sekali ialah Kesesakan
Lalulintas iaitu sebanyak 45%, kedua Kemalangan 30%, ketiga Jalan Sempit 15% dan
ke empat Jalan Rosak/Berlubang 10%.
Kesesakan Lalulintas
Kesesakan lalu lintas berlaku akibat lebihan kenderaan di taman perumahan ini
yang banyak dan ada jalan kecil di bahagian belakang taman ini yang
menyambungkan dengan sebuah lagi taman perumahan . Terdapat juga kuarters polis
untuk keluarga polis di dalam taman ini. Terdapat satu deretan rumah kedai juga.
Laluan utama untuk keluar masuk ke taman perumahan ini hanya satu sahaja dari
jalan besar yang menuju ke pusat bandar atau menuju arah untuk ke Pendang. Ia
adalah persimpangan 3. Simpang untuk masuk ke Taman Derga Jaya terletak di
sebelah kanan jalan besar apabila kita datang dari arah pusat bandar. Pada waktuwaktu puncak contohnya pada waktu pagi untuk ke sekolah dan pergi bekerja, waktu
pulang sekolah dan kerja akan berlaku kesesakan kenderaan yang bersimpang-siur
untuk menuju ke destinasi masing-masing. Maknanya, jika berada di jalan utama
keluar taman, pengguna terpaksa menunggu lama sebelum dapat melintas kerana
ada kenderaan datang dari pelbagai arah.
Kesesakan juga berlaku disebabkan tidak ada bas awam yang masuk ke dalam
Taman Derga Jaya yang luas ini. Perkhidmatan bas hanya beroperasi di jalan besar
sahaja. Olehitu, penduduk taman lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri untuk
bergerak jauh. Perkhidmatan teksi juga kurang diminati kerana tambang yang
dikenakan sangat mahal.

Kemalangan
Kemalangan juga kerap berlaku hingga menyebabkan kematian. Kemalangan
biasanya berlaku di lorong-lorong blok rumah, simpang ke blok rumah dan yang
selalu terjadi hingga menyebabkan kematian adalah di persimpangan utama untuk
keluar/masuk taman dari jalan besar.
Ianya berlaku akibat kecuaian , perasaan tidak sabar menunggu lama, sikap
tidak mahu bertolakansur untuk beri laluan dan tidak mematuhi undang-undang
jalanraya. Ada kenderaan yang terbabas masuk ke dalam longkang besar di tepi jalan
akibat tergesa-gesa hendak melintas, penunggang motosikal yang maut dilanggar
kereta kerana terlalu laju disebabkan tidak melihat kenderaan lain yang bersimpangsiur berebut-rebut untuk bergerak dahulu.

Di dalam lorong-lorong taman perumahan pula, penunggang dan pembonceng


motosikal kerapkali tidak memakai topi keledar. Mereka menunggang sesuka hati dan
ada yang tidak mempunyai lesen memandu. Apabila berlaku kemalangan ke atas
mereka banyak pihak hendak disalahkan pula akibat perbuatan mereka sendiri.

Jalan Sempit
Jalan utama atau jalan besar hanya dua lorong sahaja. Apabila sesebuah
kenderaan berhenti untuk membelok masuk ke taman, akan berlaku kesesakan
kadangkala kemalangan. Ianya juga disebabkan sikap pemandu yang leka, ada yang
tidak memberi lampu isyarat untuk membelok dan sebagainya.
Lorong-lorong di dalam taman tidak luas, tetapi ramai penduduk gemar
meletakan kenderaan mereka di luar atau di tepi pagar rumah. Ini mengganggu
laluan lancar kenderaan lain. Ianya berlaku disebabkan ramai penduduk yang
mempunyai lebih dari sebuah kereta, kadangkala melebihi dua buah tidak termasuk
motosikal anak-anak mereka lagi. Sebuah rumah taman begini hanya mempunyai
sebuah tempat letak kereta dalam kawasan pagar rumah mereka.

Jalan Rosak / Berlubang


Disebabkan kenderaan yang banyak dan pelbagai jenis, struktur jalan kerap
rosak dan kadangkala berlubang sana-sini. Kenderaan-kenderaan berat seperti lori
gas memasak yang keluar masuk menghantar stok kepada peniaga di rumah kedai
juga menyebabkan jalan dalam taman rosak. Kadangkala lori-lori tanah juga
mengambil jalan pintas untuk menghantar tambunan tanah ke tapak-tapak projek di
belakang taman perumahan dengan menggunakan laluan dalam taman ini.
Selain itu, apabila musim menanam dan menuai padi tiba, jentera-jentera
berat pertanian akan masuk ke jalan taman ini kerana terdapat kawasan penanaman
padi di hujung taman. Struktur jalan menjadi rosak dan kotor dengan selut dan
tanah liat.

Cadangan

Penambahbaikan

Melalui kaedah soalselidik yang telah saya jalankan, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang telah dikenalpasti. Jadual cadangan penambahbaikan adalah
seperti di bawah.
Cadangan

Bilangan
2

Menguatkuasakan UndangUndang

Membaiki Jalan Rosak /


Berlubang

3.

Kempen Berkongsi Kenderaan

4.

Membesarkan Jalan

Jumlah

20

Melalui data yang telah dikumpulkan menerusi borang soalselidik, kebanyakan


responden mencadangkan supaya:
1. Kempen

Berkongsi Kenderaan

Amalan berkongsi kenderaan adalah jalan terbaik bagi mengurangkan


kesesakan yang dihadapi di taman perumahan ini. Penduduk yang tinggal
bersebelahan rumah atau berhampiran rumah , melalui tempat kerja jiran, belajar atau
mengajar di sekolah yang sama adalah dianjurkan untuk bergilir-gilir berkongsi
kenderaan untuk ke destinasi mereka. Cara begini dapat menjimatkan masa,
perbelanjaan petrol dan kesesakan di waktu puncak.
2. Menguatkuasakan Undang-Undang
Pihak-pihak berwajib seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Awam, perlu
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan ketika di jalanraya.
Pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan perlu dijatuhkan hukuman atau denda
yang setimpal dengan kesalahan mereka.
Jika kesalahan tersebut melibatkan kehilangan nyawa, pesalah perlu dikenakan
hukuman yang berat sebagai pengajaran kepadanya dan juga kepada pemandupemandu lain. Pemantauan pihak berwajib perlu dilaksanakan sekerap mungkin
supaya pengguna jalanraya sentiasa beringat dan patuh kepada undang-undang yang
ditetapkan.
3. Membaiki Jalan Rosak / Berlubang
Jalan-jalan yang rosak dan berlubang perlu diambil tindakan segera oleh
Jabatan Kerja Raya untuk ditampal atau baiki supaya tidak menyusahkan pengguna
jalanraya. Jalan-jalan yang berlubang amat merbahaya kepada pengguna jalanraya
terutama penunggang motosikal. Kemalangan boleh berlaku akibat masalah sebegini
jika dibiarkan . Lebih teruk lagi jika hujan, air akan bertakung di dalam lubang dan
pengguna yang tidak menyedari lubang tersebut akan terbabas atau tercedera.

4. Membesarkan Jalan
3

Olehkerana pembangunan yang pesat di kawasan ini seperti pertambahan


taman-taman perumahan,, seharusnya jalan-jalan diperbesarkan supaya dapat
menampung jumlah kenderaan yang ada.

RUMUSAN
Saya rasa amat lega dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah berjaya
menyelesaikan tugasan kajian ini dalam tempoh yang diberikan oleh guru. Banyak
pengetahuan dan nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari ketika menjalankan kajian
ini terutama masalah-masalah yang kerap membelenggu penduduk Taman Derga
Jaya . Saya yang juga penduduk taman ini berharap pihak-pihak yang berkenaan
dapat mengambil tindakan segera terhadap semua masalah yang dihadapi oleh kami
di sini.
Penutup kata, saya juga berharap penduduk-penduduk se taman saling
berkerjasama dan bertolakansur ketika berada di jalanraya supaya kita semua
selamat dari kemalangan yang tidak diingini.

SUMBER RUJUKAN
http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2016/07/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html
http://www.ideaterkini.com/2016/07/cadangan-penambahbaikan-sistem-pengangkutanawam.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam
http://mypt3.com/takrifan-konsep-sistem-pengangkutan-pt3
http://nuruljueieyra.blogspot.my/2012/03/apa-itu-pengangkutan.html

Anda mungkin juga menyukai