Anda di halaman 1dari 2

ULASAN BUKU: Kumpulan Puisi MERINDU ALAM

Dalam buku kumpulan Merindu Alam ini terdapat sebanyak 124 karya sajak yang
telah dinukilkan oleh Ihsan Noorzali. Antaranya adalah seperti Adicita Perdana, Affrini dan
Sungai Puisi dalam Diriku, Air Mata Perpisahan, Aku Berdiri Sebagai Perindu, Amarah
Samudera, Anak Penggilap Sepatu, Anjung Rama-rama, Antara Penjara Mazmumah dan
Rumah Mahmudah, Api dalam Diri, Bahasa Bangsa, Bahasa Kecintaan Kita, Bahasa Sehelai
Rumput, Balada Sekuntum Puspa, Bersimpul di Anjung Kemuliaan Diri, Budi Bayu, Budi
Bumi Tercinta, Bulan Pucat Adalah Dia, Burung-burung Damai, Cendera Durja kepada Era
Tercinta, Ceritera dari Rumah Kegelapan, Ceritera Hati Seorang Sahabat, Dalam Nafas Duka
dan lain-lain.

Buku ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008 yang juga
merupakan cetakan julung kalinya oleh Damawa Sdn. Bhd. Puisi-puisi yang terkandung di
dalam buku ini kebanyakannya telah tersiar dalam pelbagai majalah terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka dan akhbar-akhbar tempatan. Karya ini memaparkan beberapa tema seperti alam
sekitar, kehidupan manusia dan juga mengenai diri penulis sendiri. Sajak di dalam kumpulan
puisi ini setiapnya memilki makna tersirat yang ingin disampaikan kepada pembaca. Puisi-
puisi yang di tulis di dalam buku ini banyak menceritakan dan menyampaikan fikiran dan
perasaan si penulis terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara.

Terdapat pelbagai tema yang boleh dilihat sepanjang pembacaan dan pengahayatan
terhadap kumpulan puisi Merindu Alam ini. Antaranya ialah tema kemanusiaan, patriotis,
kerinduan, romantis, alam sekitar dan pelbagai lagi di mana setiap daripada tema sebenarnya
merangkumi kehidupan manusia.

Antara sajak yang memaparkan tema berunsur patriotisma boleh dilihat menerusi bait-
bait sajak yang diselitkan dengan kata-kata kasih dan sayang kepada negara contohnya
melalui sajak Erti Kemerdekaan Itu. Selain itu, terdapat juga tema lain seperti persahabatan
yang boleh dihayati melalui sajak-sajak bertajuk Ceritera Hati Seorang Sahabat, Istana
Persahabatan, Ketemu dan lain-lain.

Tema kasih sayang merupakan tema yang tidak asing bagi kita dalam menilai sesebuah
karya puisi. Penulis juga tidak terkecuali, antara karya penulis yang bertemakan kasih sayang
adalah seperti Redup Mata Ibu di Belantara Fikirku. Selain itu, tema seperti romantis juga
tidak terkecuali. Antara sajak yang bertemakan romantis adalah seperti Malam Tercinta serta
Seorang Isteri dan Segelas Susu.

Tema keagamaan dan ketuhanan turut terserlah dalam beberapa judul sajak seperti
Terima Kasih Tuhanku dan Gerimis Hikmah. Di samping itu, tema kemanusiaan turut
mendapat tempat di hati penulis dalam menghasilkan karyanya. Antara contoh karya
bertemakan kemanusiaan adalah seperti Samudera, Pelaut Tua dan Burung-Burung Damai.
Tema lain yang turut dikenalpasti di dalam karya penulis adalah alam sekitar seperti sajak
Sungai dan Sidang Alam.

Secara keseluruhannya, pelbagai tema dipersembahkan di dalam karya puisi dalam


buku ini yang boleh dihayati dan diselami oleh para pembaca. Hal ini demikian kerana penulis
mengemukakan konsep yang mampu mendekatkan pembaca kepada kejadian melalui unsur-
unsur alam dan kebesaran Tuhan sebagai Pencipta.

Antara 124 karya yang dimuatkan di dalam buku ini, salah satu contoh gaya
persembahan yang mampu memberi kesedaran kepada para pembaca boleh didapati menerusi
sajak bertajuk Kuketuk Pintu Malammu. Sajak ini membawa pembaca menyerapi rasa
keinsafan di samping memohon agar dibukakan pintu kasih sayang Tuhannya. Tema sajak Ku
ketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali ini adalah ketabahan dan tidak putus asa dalam
memohon petunjuk dan hidayah daripada yang Maha Esa untuk menghadapi segala dugaan
dan cabaran hidup.

Kebiasaannya hanya pengarang sajak sahaja yang mampu memahami dan menyelami
erti di sebalik setiap sajak yang mereka cipta, namum begitu bait-bait perkataan yang
terkandung di dalam kumpulan puisi ini dapat mendekatkan pembaca kepada kehidupan serta
persekitaran melalui unsur-unsur alam secara tidak lansung membuat pembaca mampu
memahami isi tersirat yang cuba disampaikan oleh pengarang. Selain itu, pengarang bijak
memilih tema yang sangat dekat dengan hati masyarakat pada masa kini. Tema-tema yang
dipilih adalah tema yang tak lapuk dan sesuai sepanjang zaman. Pengalaman diri yang
dikongsi bersama seolah-olah memberi rasa keseronokkan di samping mengenali serba sedikit
watak dan perwatakan penulis tanpa sedar.

Anda mungkin juga menyukai