Anda di halaman 1dari 115

PAM

STANDARD FORM OF CONTRACT


2006

TERJEMAHAN DAN ULASAN

Terjemahan dan Ulasan : AR. NASHARUDDIN ABDUL MAJID


(FB PAM Contract 2006 CLASS - https://www.facebook.com/groups/153182501496737/)
diakses pada 4-6 Januari 2014
2 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Untuk renungan bersama;

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah, tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan,
hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulis dengan benar. Dan
janganlah penulis itu enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarnya, maka hendaklah ia menulis dan
orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah
Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun dari hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah
akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu) maka
hendaklah walinya mengimlakkannya dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi, dari orang laki-
laki (di antaramu) . Jika tiada dua orang laki-laki, maka (boleh) seorang laki-laki dan dua orang perempuan dari
saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-
saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu,
baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih
dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah muamalah itu),
kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi
(kamu) jika tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi
saling sulit-menyulitkan Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah satu kefasikan
pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al-Baqarah 1:282).

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

3 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ARTIKEL 1

MEMAHAMI KONSEP RISIKO DALAM TENDER


1. Apabila seorang kontraktor memasuki tender, dia perlu mengemukakan harga yang paling kompetitif supaya
tender itu akan dianugerah kepadanya.

2. Dari satu sudut, penender seolah-olah berjudi. Jika dia terlalu detail, harganya mungkin tinggi dan dia akan
gagal; jika harganya rendah pula dia mungkin mendapat projek tetapi akan mengalami kerugian.

3. Dalam persekitaran yang ideal, penender mengharapkan padang yang sama rata namun hakikatnya ada
masalah lobi dan rasuah. Adakalanya bukan nilai wang atau keupayaan tetapi hubungan dengan kuasa menjadi
penentu kejayaan. Ini hakikat yang terpaksa ditelan. Semua faktor ketidaktentuan ini ada nilai ringgitnya dan nilai
ini akan meningkatkan kos projek.

4. Kompetitif tidak bermakna harga yang paling rendah. Tetapi dalam banyak keadaan, tender terendah akan
diberikan pertimbangan yang serius.

5. Kompetitif mesti dinilai dari sudut kemunasabahan harga. Tender yang dikemukakan boleh dilhat
kemunasabahannya jika dibanding dengan anggaran kos oleh perunding dan tender-tender lain.

6. Majikan dan perunding mesti faham bahawa harga yang rendah, walaupun nampak menarik mungkin lahir
daripada;

a. Kegagalan penender untuk memahami keperluan projek (masa, spesifikasi, kualiti);


b. Kesilapan menjumlahkan harga;
c. Ketiadaan maklumat tentang sesuatu elemen dalam tender;
d. Kontraktor yang mempunyai kakitangan dan peralatan yang banyak tanpa kerja yang cukup akan
terdesak untuk mendapatkan kerja baru;

7. Jangan sekali-kali memilih tender yang harganya diketahui mustahil untuk dilaksanakan.

8. Risiko yang dihadapi oleh penender akan berkurangan jika dokumen tender itu baik. Kuantiti dan kualiti,
spesifikasi, cara kerja dan kehendak Majikan telah diterjemah dalam bentuk lukisan dan senarai kuantiti dengan
tepat dan terperinci. Ini kewajipan arkitek dan semua perunding.

9. Risiko meningkat bila dokumen tender tidak kemas. Penender yang berpengalaman bila mendapati dokumen
yang lemah mempunyai 2 pilihan:

a. Memasukkan harga yang rendah dan menuntut VO/Arahan Perubahan sepanjang kontrak. Ada kes di
mana penender yang sedar tentang kuantiti yang kurang (under measured) dalam BQ, memasukkan
harga rendah dalam BQ tetapi meletakkan kadar harga (rate) yang tinggi dalam Jadual Kadar Harga
(Schedule of Rate)

b. Memasukkan harga yang tinggi untuk mengelak daripada terjerat dengan keperluan yang tidak
diketahui.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

4 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

10. Ada tender yang hanya menyatakan spesifikasi tanpa menyebut jenama. Amalan ini baik dari sudut mengelak
arkitek dari ditohmah mementingkan jenama atau pengeluar tertentu. Tapi ia juga memungkinkan Majikan
akhirnya diberikan sesuatu yang inferior daripada apa yang dikehendaki asalnya. Dalam dunia hari ini, jenama
terutamanya jenama hebat dan gah mempunyai nilai premium yang tinggi selain daripada kawalan mutunya yang
tersendiri dan diketahui.

Ada dua kemungkinan masalah di sini:

a. Apabila tender tidak menyatakan jenama, maka penender akan mengandaikan jenama yang paling
murah supaya tendernya juga murah. Barang yang akan diberi kepada Majikan nanti juga murah.

b. Penender yang meletak harga yang mahal kepada sesuatu bahan mungkin mahu untung lebih dan
memberikan bahan yang murah.

11. Sesetengah orang berpendapat bahawa apa juga harga yang dimasukkan oleh penender sekalipun murah
atau mustahil adalah satu tawaran yang sah dan apabila diterima, sudah memenuhi syarat untuk membentuk
satu kontrak. Ini mungkin benar di sudut literal tetapi kontrak pembinaan bukan sesuatu yang simplistik. Orang
yang berpegang dengan fahaman ini biasanya berhujah bahawa penender memasuki suatu tender berdasarkan
risiko yang diketahui dan dijangka dan meletakharga berdasarkan kepada risiko tersebut. Mana-mana risiko yang
tidak diketahui biasanya diletak harga lebih tinggi. Jika penender memilih untuk meletakkan harga yang murah
maka itu adalah perjudian mereka. Apabila tawaran mereka diterima oleh Majikan maka kerja yang dianugerah
mesti dibuat dengan apa cara sekalipun tak kira hujan atau panas.

12. Kontraktor yang mendapat kontrak dengan harga yang rendah dan tidak menguntungkan akan mencari jalan
untuk tidak rugi. Antara cara mereka:

a. Melakukan apa yang dipanggil cutting-corners menggunakan bahan yang rendah mutu, pekerja
yang kurang atau tidak mahir;
b. Mencari ruang dan peluang untuk menuntut arahan perubahan;
c. Meninggalkan sebahagian daripada kerja yang sepatutnya dilaksanakan;
d. Meninggalkan kerja separuh jalan.

13. Arkitek yang faham tentang masalah risiko dan kesannya kepada kerja akan cuup berhati-hati dalam
penyediaan lukisan dan dokumen tender.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

5 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ARTIKEL 2

PENGURUSAN KONTRAK
Apakah tanggungjawab perunding pengurusan projek dari aspek undang-undang?

Jawapan pendek kepada soalan ini adalah:

Tanggungjawab mana-mana perunding perlu dilihat daripada:-


a. Tanggungjawab statutori;
b. Tanggungjawab kontrak;
c.Tanggungjawab di bawah Torts.

PMC tiada tanggungjawab statutori tetapi ada tanggungjawab kontrak dan torts khususnya dari aspek kecuaian
dan tanggungjawab kecaknaan.

Untuk lebih menjelaskan:


Dari sudut statutori, perunding pengurusan projek tidak dikawal oleh mana-mana undang-undang khusus seperti
arkitek atau jurutera. Kita semua tahu di Malaysia - arkitek, jurutera, jurukur bahan, perancang bandar didaftar
dibawah akta professional masing-masing. Apabila kita didaftarkan sebagai arkitek, kita diberi amanah untuk
melaksanakan beberapa peranan statutori misalnya memastikan pematuhan UBBL dalam kelulusan pelan dan
CCC, menandatangani sijil kemajuan kerja perumahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan dan mengutip cukai
perkhidmatan bagi pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Sehingga kini, tiada undang-undang sepertinya bagi
perunding pengurusan projek.

Namun demikian, perunding pengurusan projek pastinya mempunyai kontrak dengan Majikan dan kontrak ini
sepatutnya menggariskan dengan jelas apa peranan mereka. Ini penting, kerana ramai dalam industri
pembinaan, khususnya di kalangan perunding menganggap mereka sebagai posmen. Gelaran ini mungkin tidak
adil dan tidak wajar kerana ada PMC yang benar-benar menjalankan peranan yang hebat dalam perlaksanaan
projek; menyediakan jadual perlaksanaan, menyelaras, memantau dan memudah-cara. Pengurus projek ada
peranan tersendiri dan pembahagian tugas yang jelas diantara semua perunding akan memudahkan kerjasama
antara PMC dengan perunding lain. Masalah sebenarnya timbul kerana tidak ada garispanduan yang jelas dan
definitif.

Torts ringkasnya bermaksud tanggungjawab kepada pihak lain yang tidak ada hubungan kontrak secara
langsung tetapi menjadi suatu kewajipan atas kedua pihak itu kerana ianya mempunyai kesan langsung kepada
orang lain. Subjek utama di bawah torts adalah kecuaian dan tanggungjawab kecaknaan (negligence ; duty of
care) Misalnya, di mana PMC mengendalikan pembangunan sebuah sekolah; tidak ada hubungan kontrak yang
langsung antara PMC dengan pengguna (pelajar dan guru-guru) tetapi apa juga keputusan yang dibuat oleh
mereka akan menjejaskan atau memberi kesan kepada pelajar dan guru-guru akhirnya.

PMC boleh menjadi efektif jika mereka mempunyai keupayaan untuk menjadi penyemak dan penyelaras kepada
tugas-tugas perunding yang berbagai dan tidak semata-mata menjadi tukang arah kepada mereka. Tugas ini
sebelum ada PMC biasanya dibuat oleh arkitek. Sebab itu keujudan PMC diterima dengan sinis oleh arkitek.
Apabila Kerajaan menggunakan khidmat PMC secara besar-besaran beberapa tahun lalu dalam program
pembinaan sekolah, makmal komputer dan beberapa projek lagi, hasilnya yang buruk dan bemasalah
menyebabkan kepercayaan kepada PMC hilang; dan Kerajaan sendiri tidak lagi menggunakan khidmat mereka.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

6 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Walaubagaimanapun, peranan PMC dalam industri pembinaan cukup besar dan digunakan dengan meluas
dalam sektor pengilangan misalnya. PMC di sini boleh dikatakan sebagai pasukan pemantau yang bertindak
sebagai panel semakan yang boleh memberikan pandangan kedua.

Secara peribadi saya berpandangan bahawa arkitek boleh dan perlu menghormati peranan PMC yang baik.
Ramai arkitek yang berpengalaman juga telah masuk ke bidang ini. Kehadiran mereka boleh memberikan kita
lebih masa dan ruang untuk menumpukan kepada penghasilan rekabentuk, lukisan dan dokumentasi yang lebih
baik.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

7 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

1.0 OBLIGASI KONTRAKTOR


1.1 Kontraktor hendaklah dan sebagaimana tertakluk kepada Syarat-syarat ini melaksanakan dan menyiapkan
Kerja sebagaimana Dokumen Kontrak dan dalam mematuhinya hendaklah menyediakan bahanbina, barangan
dan piawaian mutu-kerja sebagaimana kualiti dan piawaian yang diterangkan dalam Dokumen Kontrak dan/atau
dikehendaki oleh Arkitek mengikut peruntukan-peruntukan Kontrak.

1.2 Melainkan direkabentuk oleh Arkitek atau Konsultan, Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya
kepada kecukupan, kestabilan dan keselamatan semua kerja-kerja sementara dan semua kaedah pembinaan
untuk Kerja, tanpa mengambilkira apa-apa kelulusan oleh Arkitek atau Konsultan.

1.3 Jika Kontraktor mencadangkan apa-apa rekabentuk alternatif kepada yang ditetapkan dalam Kerja, atau jika
Kontrak membiarkan hal-hal rekabentuk, spesifikasi atau pilihan bahanbina, barangan dan mutukerja kepada
Kontraktor, Kontraktor hendaklah memastikan bahawa kerja-kerja sedemikian adalah padan untuk tujuannya.
Hakcipta apa-apa rekabentuk dan rekabentuk alternatif adalah hakmilik Kontraktor tetapi Majikan hendaklah
diberi hak untuk menggunakan rekabentuk dan rekabentuk alternatif bagi maksud penyiapan, penyelenggaraan,
pembaikan dan tambahan masa-depan bagi Kerja. Penerimaan Arkitek atau Konsultan terhadap rekabentuk
Kontraktor tidak akan melepaskan tanggungjawab Kontraktor di bawah Kontrak.

1.4 Kontraktor hendaklah menggunakan Dokumen Kontrak dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan
kemudiannya oleh Arkitek untuk merancang jadual Kerja sebelum memulakan pembinaan. Jika dalam
perancangan dan pembinaan yang berikutnya, Kontraktor menemui apa-apa ketidaksamaan, atau lencongan di
antara mana-mana Dokumen Kontrak serta dokumen berikutnya yang dikeluarkan oleh Arkitek, dia hendaklah
memberikan notis bertulis kepada Arkitek dalam satu masa yang mencukupi sebelum memulakan pembinaan
pada bahagian yang berkenaan, menyatakan ketidaksamaan atau lencongan supaya Arkitek dapat
mengeluarkan arahan bertulis dalam tempoh yang tidak akan mengakibatkan kelewatan material kepada
kemajuan kerja berkaitan sepertimana dalam Tarikh Siap Kerja. Ketidaksamaan atau lencongan sedemikian tidak
akan mengubah Kontrak ini.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

8 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

2.0 ARAHAN ARKITEK (A.I)

Kontraktor hendaklah mematuhi A.I


2.1 Kontraktor tertakluk kepada Klausa 2.2 dan 2.3 hendaklah dengan segera mematuhi segala arahan-arahan
yang dikeluarkan kepadanya oleh Arkitek dalam apa-apa juga hal yang mana Arkitek diberi kuasa secara jelas
mengikut peruntukan-peruntukan Kontrak untuk mengeluarkan arahan.

A.I
2.2 Semua arahan yang dikeluarkan oleh Arkitek hendaklah bertulis dan secara jelas diberi tajuk Arahan Arkitek
(AI). Semua bentuk arahan bertulis termasuk lukisan yang dikeluarkan oleh Arkitek akan menjadi AI apabila:

2.2(a) setelah menerima pengesahan daripada Kontraktor bertajuk Pengesahan Arahan Arkitek (CAI); atau

2.2(b) setelah pengesahan yang mengikuti arahan bertulis oleh Arkitek dengan suatu AI.

Peruntukan yang memberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan


2.3 Sebaik sahaja menerima arahan bertulis daripada Arkitek, Kontraktor boleh memohon Arkitek supaya
menyatakan secara bertulis peruntukan manakah dalam Syarat-syarat Kontrak yang membolehkan arahan
tersebut dikeluarkan dan Arkitek mesti dengan segera memenuhi permohonan itu. Jika Kontraktor selepas itu
mematuhi arahan tersebut tanpa meminta dilaksanakan apa-apa prosedur penyelesaian pertikaian dalam Kontrak
untuk menentu-pasti kuasa Arkitek dalam hal tersebut, maka arahan itu hendaklah dianggap sebagai telah
diberikan dibawah peruntukan yang dinyatakan.

Kegagalan Kontraktor mematuhi A.I


2.4 Jika tempoh pematuhan [yang mestilah tidak kurang dari tujuh (7) hari dari tarikh menerima AI], dinyatakan
oleh Arkitek dalam AI dan Kontraktor tidak mematuhinya, maka Majikan boleh, tanpa menjejaskan apa-apa hak
dan remedi yang dimilikinya di bawah Kontrak, menggaji dan membayar Orang lain untuk melaksanakan apa-apa
kerja yang perlu bagi memenuhi arahan tersebut. Kos untuk menggaji Orang lain dan apa-apa kos tambahan
yang berkaitan hendaklah boleh dituntut oleh Majikan di bawah Klausa 30.4.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

9 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

3.0 DOKUMEN KONTRAK, PROGRAM DAN LUKISAN SIAP-BINA


3.1 Dokumen Kontrak hendaklah dibaca sebagai saling menjelaskan antara satu sama lain. Dalam apa-apa
konflik atau ketidaksamaan di antara dokumen-dokumen ini, prioriti dalam interpretasi dokumen tersebut
hendaklah mengikut susunan menurun yang berikut:

3.1(a) Surat Setujuterima Tender


3.1(b) Artikel Perjanjian
3.1(c) Syarat-syarat Kontrak
3.1(d) Lukisan-lukisan Kontrak
3.1(e) Bil-bil Kontrak
3.1(f) lain-lain dokumen yang dimasukkan ke dalam Dokumen Kontrak melainkan jika dinyatakan sebagai
dikecualikan dalam mana-mana Dokumen Kontrak.

3.2 Dokumen tender yang asal hendaklah disimpan oleh Arkitek atau Jurukur Bahan supaya boleh disemak oleh
Majikan dan Kontraktor pada bila-bila masa yang wajar.

3.3 Sertamerta selepas Kontrak ditandatangani, Arkitek atau Jurukur Bahan hendaklah tanpa sebarang caj
kepada Kontraktor menyediakan untuk beliau:
3.3(a) satu daripada salinan asal Dokumen Kontrak;
3.3(b) dua (2) salinan Dokumen Kontrak tambahan; dan
3.3(c) dua (2) salinan Bil Kontrak yang tidak dihargakan.

3.4 Apabila diperlukan Arkitek, hendaklah tanpa caj kepada Kontraktor, menyerahkan kepadanya dua (2) salinan
lukisan, butiran, aras atau apa-apa maklumat tambahan sebagaimana sewajarnya diperlukan samada untuk
menjelaskan atau memperkukuhkan Lukisan Kontrak atau untuk membolehkan Kontraktor menyiapkan Kerja
mengikut Syarat-syarat. Jika Kontraktor memerlukan apa-apa tambahan lukisan, butiran, aras dan maklumat
yang lain, belia hendaklah secara khusus memohon secara bertulis kepada Arkitek meminta lukisan, butiran, aras
dan maklumat yang lain tersebut dalam masa yang cukup sebelum memulakan pembinaan bagi bahagian kerja
yang berkenaan, supaya Arkitek boleh mengeluarkan arahan-arahan dalam tempoh yang tidak akan
mengakibatkan kelewatan material kepada kemajuan Kerja setelah mengambilkira Tarikh Siap Kerja

3.5 Dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari daripada penerimaan Surat Setuju Terima (atau tempoh yang lebih
lama yang dipersetujui secara bertulis oleh Arkitek) Kontraktor hendaklah menyerahkan untuk makluman Arkitek
enam (6) salinan Program Kerja (melainkan jika jumlah yang lebih banyak dinyatakan dalam Dokumen Kontrak)
menunjukkan aturan caramana dia mencadangkan Kerja itu dilaksanakan. Program Kerja mestilah memenuhi
kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Dokumen Kontrak. Jika Kerja atau apa-apa bahagian Kerja terlewat
kerana apa-apa sebab, Arkitek boleh mengarah Kontraktor untuk mengulangkaji Program Kerja. Kontraktor tanpa
caj kepada Majikan hendaklah menyerahkan kepada Arkitek dari masa kesemasa, jumlah yang sama Program
Kerja yang telah diulangkaji.

3.6 Program Kerja tidak akan menjadi sebahagian daripada Kontrak, samada ianya dimasukkan secara fizikal
atau tidak ke dalam Dokumen Kontrak.

3.7 Penerimaan Program Kerja oleh Arkitek tidak akan melepaskan Kontraktor dari obligasi, tugas dan
tanggungjawab di bawah Kontrak. Program Kerja boleh digunakan oleh Arkitek untuk memantau kemajuan dan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

10 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Arkitek berhak untuk bergantung kepada Program Kerja sebagai asas penilaian lanjutan masa dan kesan
kelewatan dan/atau kemajuan Kerja.

3.8 Kontraktor hendaklah meyimpan satu salinan daripada Lukisan Kontrak dan Bil Kontrak yang tidak
Dihargakan di tapakbina untuk sentiasa tersedia kepada Arkitek dan Konsultan serta wakil-wakil yang diberikuasa
oleh mereka pada setiap masa yang wajar.

3.9 Tidak ada mana-mana dari Dokumen Kontrak yang disebut dalam Klausa 3.1 boleh digunakan oleh
Kontraktor untuk apa-apa maksud selain daripada Kontrak. Melainkan bagi maksud Kontrak, pihak-pihak tidak
akan mendedahkan apa-apa kadar dan harga dalam Bil Kontrak kepada pihak lain.

3.10 Kontraktor hendaklah membekalkan dan menyebabkan mana-mana Sub-kontraktor Dinamakan untuk
menyediakan Lukisan Siapbina dan/atau manual operasi dan penyelenggaraan yang di nyatakan dalam
Dokumen Kontrak dan/atau Dokumen Sub-kontrak dalam bentuk dan masa yang ditetapkan di dalamnya. Di
mana ianya tidak dinyatakan Kontraktor hendaklah membekalkan empat (4) salinan perkara-perkara di atas
sebelum Tarikh Siap Kerja.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

11 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ARTIKEL 3

KETIDAKSAMAAN DAN LENCONGAN : Tanggungjawab Siapa?


Klausa 1.4 dalam Borang Kontrak PAM 2006 menyentuh soal ketidaksamaan dan lencongan antara dokumen-
dokumen dalam Kontrak.

Kontraktor hendaklah menggunakan Dokumen Kontrak dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan kemudiannya
oleh Arkitek untuk merancang jadual Kerja sebelum memulakan pembinaan. Jika dalam perancangan dan
pembinaan yang berikutnya, Kontraktor menemui apa-apa ketidaksamaan, atau lencongan di antara mana-mana
Dokumen Kontrak serta dokumen berikutnya yang dikeluarkan oleh Arkitek, dia hendaklah memberikan notis
bertulis kepada Arkitek dalam satu masa yang mencukupi sebelum memulakan pembinaan pada bahagian yang
berkenaan, menyatakan ketidaksamaan atau lencongan supaya Arkitek dapat mengeluarkan arahan bertulis
dalam tempoh yang tidak akan mengakibatkan kelewatan material kepada kemajuan kerja berkaitan sepertimana
dalam Tarikh Siap Kerja. Ketidaksamaan atau lencongan sedemikian tidak akan membatalkan Kontrak ini.

Klausa 1.4 pada menumpu kepada soal berikut;

1. Tanggungjawab kontraktor menggunakan dokumen yang ada untuk merancang kerja;


2. prosedur untuk mendapatkan maklumat yang betul daripada arkitek jika dia menemui kesilapan;
3. tanggungjawab kontraktor untuk menyemak keselarasan dokumen bagi maksud kerja pembinaan;
4. Tanggungjawab arkitek memberikan jawapan segera; dan
5. Kontrak tidak boleh dibatalkan atas sebab ketidaksamaan atau lencongan antara dokumen.

Ketidaksamaan dan lencongan mungkin berlaku dalam beberapa keadaan.


1. Lukisan arkitek tidak sama dengan lukisan jurutera atau konsultan lain;
2. Lukisan asas arkitek/jurutera tidak sama dengan lukisan butiran arkitek/jurutera ;
3. Senarai kuantiti tidak memasukkan hal yang dinyatakan dalam lukisan;
4. Senarai kuantiti menyatakan hal yang berbeza daripada lukisan;
5. Hal yang dinyatakan dalam lukisan tidak mempunyai spesifikasi yang jelas;
6. Kuantiti yang diukur dalam senarai kuantiti kurang atau lebih daripada lukisan;
7. Lukisan, butiran, kuantiti dan spesifikasi tidak memenuhi keperluan statutori.

Ketidaksamaan dan lencongan mungkin menyebabkan berlaku perubahan kos samada naik atau turun.

Sebahagian arkitek/konsultan berpendapat bahawa tugas mencari ketidaksamaan dan lencongan di antara
beberapa dokumen kontrak itu kewajipan mutlak kontraktor. Jika kontraktor gagal mengenalpasti ketidaksamaan
dan lencongan, maka kos tambahan akan menjadi tanggungan mereka semata-mata.

Saya berpendapat pandangan ini salah atas beberapa alasan;

1. Ayat klausa 1.4 hanya menyebut Jika dalam perancangan dan pembinaan yang berikutnya, Kontraktor
menemui apa-apa ketidaksamaan, atau lencongan di antara mana-mana Dokumen Kontrak serta dokumen
berikutnya yang dikeluarkan oleh Arkitek, dia hendaklah memberikan notis bertulis kepada Arkitek.

2. Lihat penekanan kepada perkataan jika di dalam Klausa 1.4. Dengan sifat jika itu penemuan ketidaksamaan,
atau lencongan mungkin dianggap sebagai bersifat kebetulan sahaja. Tanggapan ini tidak tepat. Dalam isu

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

12 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

pembinaan, jika mesti dinilai daripada aspek kewajaran usaha kontraktor untuk membuat semakan yang
sepatutnya, secara profesional dan dalam lingkungan amalan kerja kontraktor yang lumrah.
3. Tanggungjawab menyediakan dokumen yang tepat, bermula daripada dokumen tender hinggalah kepada
dokumen kontrak dan lukisan pembinaan adalah tugas arkitek dan konsultan dan mereka sepatutnya lebih
bertanggungjawab daripada kontraktor.

4. Semasa memasuki tender, kontraktor tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyemak semua dokumen.
Dalam tender PAM 2006 dengan kuantiti, dia akan bergantung kepada senarai kuantiti. Dalam tender PAM 2006
tanpa kuantiti, dia akan mengira sendiri kuantiti berdasarkan kepada lukisan-lukisan yang disediakan. Kalau
jurukur bahan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyediakan senarai kuantiti maka sangatlah tidak wajar
penender diharapkan untuk dapat mengira dalam masa empat minggu.

Isu keselarasan dokumen adalah isu yang penting. Ia berkait dengan isu kos. Untuk memahami dengan mudah
kita berikan contoh di bawah.

Dalam satu projek Kontraktor menemui perkara berikut;


Dalam lukisan arkitek, grid lantai A ke grid lantai B adalah 10 meter. Dalam lukisan struktur, grid lantai A ke grid
lantai B adalah 12 meter. Butiran rasuk adalah sama. Kontraktor telah membina kekotak dan memasang tetulang
mengikut grid lukisan arkitek. Kontraktor melakukan kesilapan ini samada kerana dia tidak merujuk kepada pelan
struktur atau telah merujuk, sedar tentang ketidaksamaan tetapi tidak meminta penjelasan dari Arkitek. Bila
jurutera struktur membuat pemeriksaan tetulang dia dapati grid 10 meter dan mengarahkan kekotak dibuka dan
dibuat semula. Kontraktor menuntut kos.

Dalam hal ini pada pandangan saya, kos membuka dan memasang semula adalah tanggungan Kontraktor
kerana dia tidak mematuhi Klausa 1.4.

Lihat situasi yang berbeza. Pada grid A dilukisan arkitek ada dinding bata setinggi 3 meter dan sebuah pintu.
Kontraktor telah membina mengikut lukisan. Semasa membuat tuntutan, dia dapati pintu tidak ada dalam senarai
kuantiti. Kontraktor membuat tuntutan kos tambahan.

Dalam hal ini pada pandangan saya, kos membekal dan memasang pintu mesti dibayar (setelah kuantiti dinding
bata bagi kekdudukan pintu tadi ditolak) . Tidak wajar bagi kita mengharapkan kontraktor menyemak-silang
lukisan dan senarai kuantiti dalam merancang pembinaan. Perubahan ini dibenarkan di dalam Klausa 11 Arahan
Perubahan dan Klausa 12.2 Pembetulan Kesilapan dan Ketinggalan.

Ingat prinsip arkitek sebagai agen Majikan, kesilapan arkitek mesti dibayar oleh Majikan.

Samada Majikan akan menuntut gantirugi atas kecuaian arkitek adalah isu yang lain.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

13 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ARTIKEL 4

TANPA PREJUDIS
Artikel ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang maksud perkataan TANPA PREJUDIS bila ia digunakan
dalam Kontrak.

Perkataan without prejudice diterjemah kepada tanpa prejudis dalam Bahasa Malaysia. Ia bermaksud tanpa
apa-apa kehilangan atau perlepasan hak atau keistimewaan (without any loss or waiver of rights or privileges).

Perkataan tanpa prejudis biasa digunakan dalam surat atau dokumen yang dihantar oleh satu pihak kepada pihak
yang lain bila surat atau dokumen diberikan semata-mata bagi maksud khusus pada waktu itu. Ia tidak boleh
digunakan untuk maksud yang lain pada masa yang lain. Satu surat diberikan oleh A kepada B untuk tujuan
membantu menyelesaikan suatu isu. Surat itu mempunyai maklumat yang boleh digunakan oleh B atau C untuk
tujuan lain. B menggunakan surat itu untuk tujuan menyelesaikan isu itu. Jika atas apa-apa sebab B tidak
menggunakan surat itu atau tidak dapat menggunakan maklumat dalam surat itu, B tidak boleh menggunakan
surat dan maklumat di dalamnya untuk tujuan lain. Begitu juga pihak C yang tahu tentang maklumat di dalam
surat A tidak boleh menggunakan maklumat di dalamnya.

Contoh:
Agensi X meminta arkitek memberikan maklumat mengenai prestasi semasa kontraktor Y yang sedang
memasuki satu tender di bawah agensi tersebut. Arkitek A dengan surat yang tertera Tanpa Prejudis telah
memberikan lapuran sebenar tentang kelewatan projek yang dibuat oleh kontraktor Y. Agensi X berdasarkan
kepada lapuran arkitek A tidak mengesyurkan projek tersebut kepada kontraktor Y. Y gagal dalam tender. Y
mendapat tahu mengenai lapuran arkitek A dan cuba menuduh A sebagai penyebab kegagalan tender mereka. Y
tidak boleh berbuat demikian kerana lapuran itu telah diberikan tanpa prejudis.

Dalam PAM 2006, perkataan tanpa prejudis digunakan dalam;


1. Klausa 16.2 (rujuk 16.1 dan 22.1)
2. Klausa 19.1, 19.2, 19.3, 19.4 (rujuk 18.0)
3. Klausa 20.A.1 (rujuk 18.0)
4. Klausa 20.B.1 (rujuk 18.0)
5. Klausa 20.C.1 (rujuk 18.0)

Dalam syarat-syarat kontrak perkataan tanpa prejudis digunakan bila operasi suatu klausa tidak dimaksudkan
untuk membatalkan klausa lain yang disebut.

Dalam klausa 16.2 tanpa prejudis bersandarkan kepada hak-hak yang am dan terbuka.

Dalam klausa 19 dan 20, tanpa prejudis bersandarkan kepada syarat yang spesifik iaitu klausa 18.

Contoh:
Klausa 18.1 menyebut, Kontraktor hendaklah bertanggungjawab kepada dan hendaklah menanggung-rugi
Majikan terhadap apa-apa kerosakan, perbelanjaan, tanggungan, kerugian, tuntutan dan prosiding

Klausa 20.A.1 menyebut, Tanpa prejudis kepada tanggungan untuk menanggung-rugi Majikan di bawah Klausa
18.0, Kontraktor hendaklah sebagai satu syarat pemula kepada memulakan apa-apa kerja di bawah Kontrak,
mengambil dan menyelenggara .. suatu polisi CAR (Contractors All Risk).

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

14 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Syarat klausa 20.A.1 ini bermaksud bahawa, sekalipun kontraktor telah mengambil CAR yang bererti
menyediakan satu mekanisma yang akan mengganti-rugi Majikan jika berlaku kerugian, tanggungjawab asal
kontraktor di bawah klausa 18.1 masih berkuatkuasa. Syarat sebegini dibuat supaya, jika berlaku kerugian yang
tidak dapat dibayar oleh syarikat insuran, Majikan masih boleh menuntut ganti-rugi kerugian itu terus daripada
Kontraktor.

Bila 'tanpa prejudis' dinyatakan, maka syarat klausa tersebut mesti dibaca bersama-sama dengan syarat klausa
yang satu lagi.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

15 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ARTIKEL 5

ANTARA, BOLEH DAN HENDAKLAH - [Between may and shall]


Dalam artikel ini saya akan cuba memberikan kefahaman kepada penggunaan boleh/may dan hendaklah/shall
dalam kontrak.

Boleh/may dan hendaklah/shall adalah antara perkataan yang sering menimbulkan perbalahan dalam kontrak.
Dalam bahasa Malaysia, may diterjemah kepada boleh dan shall diterjemah kepada hendaklah. Perkataan
shall dalam kontrak PAM 2006 lebih dekat kepada mesti/must. Saya tidak menggunakan mesti/must kerana
perkataan ini juga ada digunakan untuk maksud tersendiri dalam kontrak ini.

Dalam penulisan kontrak, bila boleh/may digunakan maka ia bermaksud ada pilihan untuk melakukan. Satu
pihak boleh memilih samada untuk melakukan atau tidak.

Bila hendaklah/shall digunakan ia menjadi satu katanama yang imperatif. Sesuatu yang ditulis hendaklah/shall
bermaksud ia mesti dilaksanakan tanpa pilihan.

Dalam penulisan kontrak yang terkini, banyak penulis undang-undang (legal draftsman) memilih untuk
menghapuskan kekeliruan dengan menggunakan perkataan yang lebih definitif seperti mesti/must bagi
menggantikan hendaklah/shall.

Berlainan dari penulisan kontrak, boleh/may dan hendaklah/shall jika digunakan dalam statut lebih banyak
membawa maksud imperatif yang menjadikannya suatu kemestian.

Dalam PAM 2006, hanya sedikit perkataan boleh/may digunakan. Penulis kontrak ini nampaknya lebih suka
menggunakan perkataan hendaklah/shall yang membawa lebih penekanan kepada perlunya ia dilaksanakan.

Ada klausa yang menggunakan kedua-duanya sekali. Ia menunjukan ada pilihan kepada satu pihak tetapi
kemestian pada pihak yang satu lagi.

Contoh.
11.2 Arkitek boleh mengeluarkan satu AI mengarahkan satu Perubahan Sementara menunggu penilaian
Perubahan itu, Kontraktor hendaklah melaksanakan semua Perubahan sebagaimana diarah.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

16 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ARTIKEL 6

TANPA MENGAMBILKIRA / NOTWITHSTANDING


Artikel ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang maksud perkataan TANPA MENGAMBILKIRA / NOT
WITHSTANDING bila ia digunakan dalam Kontrak.

Perkataan not withstanding diterjemah kepada tanpa mengambikira dalam Bahasa Malaysia. Boleh juga
digunakan terjemahan walaupun dinyatakan dalam. Secara ringkas ia bermaksud, apa-apa yang disebut
selepas perkataan tanpa mengambilkira itu sudah tidak lagi terpakai atau membatalkan apa yang disebut
selepas perkataan tanpa mengambilkira itu.

Perkataan tanpa mengambilkira / notwithstandinghanya digunakan 2 kali dalam PAM 2006 iaitu pada

1. Klausa 15.5 (rujuk klausa 15.4)


2. Klausa 35.1 (rujuk klausa 34)

Penulis kontrak menggunakan perkataan tanpa mengambilkira untuk memberikan dua pilihan kepada pihak-
pihak dalam kontrak. Pilihan satu syarat akan samada membenarkan tindakan yang berbeza dari syarat yang
dinyatakan atau membatalkan syarat yang lain itu tanpa perlu memadamkan syarat tersebut. Klausa syarat yang
berkenaan tidak dipadamkan terus kerana ia mungkin masih perlu dipenuhi.

Contoh.
Klausa 15.4 menyebut, Apa-apa kecacatan . dinyatakan oleh Arkitek dalam Jadual Kecacatan Kerja ..
Kontraktor hendaklah membaik-pulih Kecacatan yang dinyatakan dalam tempoh dua puluh lapan (28) Hari
selepas menerima Senarai Kecacatan

Klausa 15.5 menyebut, Tanpa mengambilkira Klausa 15.4, Arkitek boleh pada bila-bila masa semasa Tempoh
tanggungan Kecacatan mengeluarkan satu Arahan Arkitek

Klausa 15.4 menyatakan Senarai Kecacatan mesti dikeluarkan selepas tamat Tempoh tanggungan Kecacatan.
Walaubagaimanapun jika timbul keperluan, Arkitek boleh bertindak berdasarkan klausa kedua iaitu klausa 15.5.
Klausa 15.5 membenarkan arkitek untuk mengeluarkan Arahan Arkitek sebelum tamat Tempoh tanggungan
Kecacatan. Klausa 15.4 tidak dibatalkan terus kerana masih ada prosedur yang berkaitan di dalamnya yang
masih perlu dipatuhi dan dilaksanakan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

17 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

4.0 OBLIGASI STATUTORI, NOTIS, FI DAN CAJ

Keperluan Statutori

4.1 Kontraktor hendaklah mematuhi dan mengemukakan semua notis-notis yang diperlukan oleh mana-mana
undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil, terma-terma dan syarat-syarat oleh mana-mana
Pihak Berkuasa Berkaitan dan Pembekal Perkhidmatan dalam perlaksanaan Kerja serta kerja-kerja sementara.
Ketidaksamaan dengan keperluan statutori

4.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa ketidaksamaan di antara Dokumen Kontrak (termasuk dokumen-dokumen
tambahan yang dikeluarkan oleh Arkitek) dengan mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, undang-
undang kecil, terma-terma dan syarat-syarat mana-mana Pihak Berkuasa Berkaitan dan Pembekal
Perkhidmatan, beliau hendaklah dengan serta-merta menyatakan ketidaksamaan tersebut dan memberikan
kepada Arkitek satu notis bertulis sebelum memulakan kerja yang terlibat.

Pematuhan keperluan statutori

4.3 Jika dalam tempoh tujuh (7) Hari setelah menyerahkan notis bertulis tersebut kepada Arkitek, Kontraktor tidak
menerima apa-apa Arahan Arkitek berkaitan dengan hal-hal yang dinyatakan dalam Klausa 4.2, beliau hendaklah
meneruskan kerja untuk mematuhi undang-undang bertulis, peraturan-peraturan, undang-undang kecil, terma-
terma dan syarat-syarat daripada mana-mana Pihak Berkuasa Berkaitan dan Pembekal Perkhidmatan. Apa-apa
perubahan yang diperlukan itu hendaklah dianggap sebagai satu Arahan Perubahan yang diperlukan oleh
Arkitek.

Fee, levi dan caj

4.4 Kontraktor hendaklah membayar dan menanggung-rugi Majikan terhadap apa-apa liabiliti berhubung dengan
apa-apa fee, levi dan caj serta penalti yang mungkin terbit daripada kegagalan mematuhi apa-apa peraturan-
peraturan, undang-undang kecil, terma-terma dan syarat-syarat daripada mana-mana Pihak Berkuasa Berkaitan
dan Pembekal Perkhidmatan berhubung dengan Kerja dan kerja-kerja sementara. Jika Kontraktor gagal
membayar, Majikan boleh membayar jumlah tersebut dan jumlah tersebut termasuk apa-apa kos tambahan
dalam hal yang sama bolehlah dibuat potongan balik oleh Majikan di bawah Klausa 30.4.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

18 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

5.0 ARAS DAN PANCANG TANDA KERJA

Pancang Tanda
5.1 Arkitek hendaklah menetapkan semua aras yang diperlukan untuk melaksanakan Kerja, dan hendaklah
membekalkan Kontraktor dengan lukisan-lukisan dan maklumat untuk membolehkan Kontraktor melakukan
pancang tanda bagi Kerja. Kontraktor hendaklah dengan kosnya sendiri membetulkan apa-apa kesilapan yang
mungkin terbit daripada pancang tanda yang tidak tepat. Dengan izin Majikan, Arkitek boleh mengarahkan
supaya kesilapan tersebut tidak diperbaiki tertakluk kepada pemotongan yang berpatutan dalam bentuk potongan
balik kepada Majikan di bawah Klausa 30.4.

SOALAN
Sejauh manakah tanggungjawab arkitek berkenaan kerja-kerja pemancangan tanda yang dilakukan kontraktor
selain dari membekalkan maklumat berkaitan? Adakah sampai ke tahap close monitoring sepanjang setting out
dibuat?

Sebagai contoh jika sepanjang proses pemancangan tanda dibuat, saya hanya diberitahu secara bertulis
berkenaan dokumen yg diminta dan apabila kerja dimulakan, dan akhirnya saya akan menerima Borang G2 yang
diperakui oleh kontraktor dan building suveyor. Seolah2 saya menganggap jika ia telah diperakui oleh Surveyor
maka setting out tersebut adalah betul.

JAWAPAN
Jawapan kepada soalan ini ada dalam klausa ini sendiri.

Arkitek hanya perlu menyediakan maklumat dalam bentuk lukisan yang lengkap dan tepat dengan dimensi,
ukuran, data ukur dan sebagainya. Setelah maklumat ini diberikan, tanggung jawab itu berpindah kepada
Kontraktor. Kerana itu, tanggungjawab menangung kos pembaikan jika berlaku kesilapan dibebankan kepada
Kontraktor. Pada masa yang sama, Arkitek mesti mempastikan kerja-kerja itu dibuat oleh pihak yang sewajarnya
seperti oleh Jurukur Profesional dan mendapatkan rekod siap-bina yang disahkan.

Saya berpandangan bahawa klausa ini menekankan kepada tanggungjawab Arkitek sebelum tender; semasa
penyediaan rekabentuk dan dokumentasi tender. Arkitek mesti mempunyai sistem untuk mempastikan semua
aras yang diberikan dalam lukisan mestilah aras yang diselaraskan dengan datum yang sah dan tidak hanya
bergantung kepada datum andaian.

Begitu juga Arkitek berserta konsultan lain khususnya Jurutera Awam, mesti mempunyai data ukur yang sama
dan diselaraskan.

Memindahkan tanggungjawab kepada kontraktor dengan cara mempastikan mereka mengunakan Jurukur
Profesional pada pandangan saya adalah langkah yang tepat. 'Close monitoring' tidak perlu. Tetapi bila beban
seperti ini diberikan oleh Kontrak, tidak ada ruginya untuk mengambil senario terburuk sebagai panduan. Ujudkan
prosedur supaya semakan dan penyelarasan aras, bearing dan data ukur dapat dibuat oleh semua pihak
menggunakan data yang sah sebelum kerja fizikal dimulakan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

19 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ULASAN

Klausa 5.0 ini membincangkan tugas Arkitek sebagai pihak tunggal yang dipertanggungjawabkan dalam Kontrak
untuk melakukan dua tugas utama iaitu

1. menentukan aras; dan


2. menentukan pancang tanda dalam pembinaan.

Arkitek hendaklah menetapkan semua aras yang diperlukan untuk melaksanakan Kerja, dan hendaklah
membekalkan maklumat tersebut kepada Kontraktor dalam bentuk lukisan-lukisan yang diberi dimensi secara
tepat beserta dengan maklumat-maklumat lain yang akan membolehkan Kontraktor melakukan pancang tanda
kerja pada aras tanah di tapakbina.

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab melantik seorang jurukur profesional untuk melakukan penandaan atau
meyediakan peralatan pengukuran yang cukup supaya semua ukuran untuk pancang tanda dapat dibuat dengan
tepat dan disahkan kemudiannya oleh jurukur profesional.

Arkitek perlu memahami kaedah asas yang digunakan dalam persediaan pancang tanda. Kaedah tradisi adalah
Sistem Grid menggunakan rel, tali dan pancang. Kaedah ini semakin digantikan oleh kaedah pengukuran
koordinat menggunakan Datum Ukur Nasional.

Jika Kontraktor setelah menerima lukisan dan butiran yang perlu melakukan kesilapan pada aras dan penandaan
maka dia hendaklah dengan kosnya sendiri membetulkan apa-apa kesilapan yang berlaku. Apa juga kos lanjutan
kepada pembaikian apa-apa kesilapan yang terbit berturutandari kesilapan asal itu juga hendaklah menjadi
tanggungan Kontraktor.

Klausa ini bagaimanapun menyediakan peruntukan yang membolehkan Arkitek menerima kesilapan tersebut
tetapi dua syarat mesti dipatuhi terlebih dahulu iaitu

1. Izin daripada Majikan untuk menerima kesilapan.


2. Hak Majikan untuk membuat potongan-balik pada Nilai Kontrak.

Dalam proses untuk mendapatkan izin dari Majikan untuk menerima kesilapan Kontraktor, Arkitek mesti
memberikan penerangan yang tepat dan jelas kepada Majikan. Semua penjelasan ini sewajarnya dibuat secara
bertulis dan direkod sebagai telah diterima oleh Majikan. Jangan hanya bergantung kepada catitan dalam minit
mesyuarat atau penjelasan lisan yang disahkan semula sahaja. Hal ini amat penting kerana kesilapan aras dan
penandaan mempunyai implikasi yang berat dari aspek pemilikan harta di bawah Kanun Tanah Negara serta
kesan kepada pematuhan pelan lulus di bawah UBBL. Mungkin juga berlaku kesilapan yang menyebabkan
kurangan atau lebihan saiz dan ruang yang mempunyai implikasi kepada kontrak jual-beli serta perjanjian jual-
beli di bawah Akta Pemajuan Perumahan.

Penentuan aras dan pancang tanda melibatkan 3 peringkat kerja iaitu;

1. Penentuan aras dan pancang tanda di peringkat rekabentuk;


2. Penandaan secara sah dan profesional aras dan pancang tanda di peringkat kerja di tapak bina; dan
3. Pendokumentasian penandaan dan pancang tanda secara sah dan profesional di peringkat akhir kerja
tersebut.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

20 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Tanggungjawab ini memerlukan Arkitek untuk memiliki pengetahuan am dan kefahaman kepada semua aspek
yang berkaitan dengan aspek aras seperti;

1. Datum geodetik nasional;


2. Peranan profesional seperti jurukur tanah dan jurutera; serta
3. Sekatan-sekatan yang membabitkan kawalan ruang udara untuk penerbangan dan sistem komunikasi.

Dalam aspek pancang tanda pula, Arkitek perlu ada pengetahuan am dan kefahaman tentang;

1. Sempadan sah; dan


2. Rujukan kepada pelan pra-hitungan, pelan teraku dan geran hak milik.

Penentuan aras di peringkat rekabentuk

Melalui Klausa 5.0 ini, Kontrak meletakkan tanggungjawab menentukan aras kerja dan pancang tanda hanya
kepada Arkitek dan tidak kepada Majikan, Kontraktor atau Jurutera. Walaupun tidak secara khusus, peruntukan
Klausa ini secara tidak langsung merangkumi juga semua aspek lain yang terlibat dalam kerja ukur yang seperti,
penentuan tanda aras (bench-mark), tanda aras sementara (temporary bench mark), kerja ukur cerucuk dan
kawalan tegak (vertical control).

Arkitek perlu tahu apa itu OGL (Ordnance Ground Level), PL (Platform Level), IL (Invert Level), FFL (Finish Floor
Level) dan lain-lain istilah yang digunakan supaya tidak terkeliru. Di tapakbina, adalah satu praktis yang baik bagi
Arkitek untuk menghendaki ditunjuk dengan jelas di mana Tanda Aras Asal (Benchmark/BM) dijumpai dan Tanda
Aras Sementara (Temporary Benchmark/TBM) dibina dalam kawasan tapakbina. Lebih baik lagi jika Arkitek
melihat sendiri semua batu sempadan dan membuat pengukuran rawak pada pancang tanda yang dibuat oleh
Kontraktor.

Di peringkat rekabentuk, Arkitek mesti memiliki maklumat yang lengkap berhubung dengan ketinggian aras tanah,
ukuran aras bawah tanah atau di bawah permukaan tanah dan kawalan-kawalan atau sekatan ketinggian yang
dikawal oleh industri penerbangan dan komunikasi. Mendapatkan Pelan Teraku (Certified Plan) daripada Pejabat
Tanah dan melantik seorang Jurukur Tanah Berlesen adalah langkah bijak dan tepat. Pelan teraku akan
memberikan maklumat tepat mengenai kedudukan tanah yang sahih di segi undang-undang. Jurukur Tanah pula
akan secara profesional membekalkan maklumat mengenai aras tanah, kedalaman longkang, parit dan lurang
serta menanda apa-apa struktur samada buatan atau semulajadi yang berkaitan. Data-data ini akan membantu
Arkitek dalam menetapkan aras yang sesuai bagi bangunan.

Diperingkat dokumentasi tender, Arkitek perlu memasukkan dalam senarai lukisannya, satu lukisan Pancang
Tanda yang lengkap dengan segala bearing kompas berdasarkan kepada pelan dan data ukur yang sah.

Penandaan aras dan pancang tanda di peringkat kerja di tapakbina

Sebaik sahaja pelan pancang tanda serta maklumat yang berkaitan diserahkan kepada Kontraktor, maka
tanggungjawab atas ketepatan pancang tanda dan penentuan aras pada tapak bina tersebut dipindahkan kepada
Kontraktor. Semua tugas penentuan di tapak bina hendaklah dilakukan oleh Kontraktor melalui Jurukur Tanah
Berlesen.

Dalam norma industri pembinaan, khususnya dalam projek-projek kecil, kerja-kerja penentuan pancang tanda
dan aras di pihak Kontraktor dibuat oleh jurukur yang bekerja dengan Kontraktor bukannya oleh Jurukur
Profesional. Kontraktor berkewajipan untuk menyediakan di tapak bina, satu Tanda Aras Sementara (Temporary

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

21 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Bench Mark) yang dipindahkan daripada Tanda Aras resmi yang berdekatan. Tanda Aras Sementara ini akan
menjadi rujukan kepada semua penentuan aras kerja awam dan bangunan. Arkitek mesti menekankan bahawa
pengawasan dan pengesahan oleh Jurukur Berlesen ke atas semua kerja-kerja ukur berkenaan tidak kira
siapapun yang dilantik oleh Kontraktor untuk melakukan pengukuran adalah satu kewajipan di pihak Kontraktor.
Penentuan Aras untuk Prasarana

Arkitek serta konsultan mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan semua data ukur yang sah dan
menggunakannya dalam rekabentuk dan penyediaan dokumen tender dan pembinaan. Penyelarasan dengan
aras prasarana sediada adalah hal yang rumit dan mesti diberi penekanan pada setiap masa.

Kesilapan selalu berlaku kerana jurukur yang berbeza, pada peringkat kerja yang berbeza mungkin
menggunakan data ukur asas yang berbeza. Perlu dipastikan bahawa titik dan datum rujukan mereka sama.

Dokumentasi Pancang Tanda

Dokumentasi pancang tanda berlaku dalam dua keadaan.

1. Setelah siap satu bahagian kerja sebelum mula bahagian berikutnya.


Apabila kerja-kerja penandaan di tapak siap, lukisan siapbina perlu disediakan oleh Kontraktor untuk
pengesahan dan rekod. Lukisan siap-bina pancang tanda ini kemudiannya disahkan dengan
tandatangan Jurukur Berlesen dan diserahkan kepada Arkitek sebelum kebenaran untuk memulakan
kerja cerucuk atau penggalian dimulakan. Ada masanya Majikan meminta Arkitek mengesahkan
lukisan tersebut. Saya nasihatkan supaya Arkitek tidak melakukan apa-apa pengesahan atas ketepatan
atau kesahihan kerja-kerja ukur tersebut selain daripada menandatangani sebagai pemerhati. Risiko
yang diambil oleh Arkitek untuk mengesahkan apa-apa aras dan pancang tanda adalah besar apatahlagi
jika lukisan tersebut tidak disahkan dan ditandatangani terlebih dahulu oleh Jurukur Berlesen.

2. Setelah siap keseluruhan.


Ada masanya pelan siap bina yang disahkan oleh Jurukur Profesional diperlukan seperti dalam hal
pemilikan strata dan juga untuk tujuan mengemukakan pelan siap-bina kepada Pihak Berkuasa
Tempatan.

Kesilapan Pancang Tanda

Dalam Klausa 5.1, dua peruntukan diberikan berhubung dengan kesilapan pancang tanda dan penandaan aras
iaitu;

1. Tanggungjawab Kontraktor untuk membetulkan kesilapan yang terbit daripada kesilapan pancang
tanda dengan perbelanjaan sendiri; dan
2. Hak Majikan untuk menerima kerja yang daripada kesilapan pancang tanda atau aras dengan
pengurangan kos.

Klausa ini walaubagaimanapun, tidak pula menyebut apa-apa tentang tambahan kos atau kaedah menentukan
pemotongan jika berlaku. Tanpa kaedah yang jelas, adalah dibimbangi pemotongan ini dilakukan sebagai satu
penalti yang tidak dibenarkan oleh Kontrak.

Sebelum membuat syor supaya Majikan menerima kerja yang silap dan memotong sebahagian dari kos, Arkitek
perlu berhati-hati dalam beberapa aspek yang dinyatakan di bawah;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

22 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

a. Kesilapan pancang tanda tidak mengakibatkan lencongan daripada sempadan yang sah atau
memasuki sempadan lot lain khususnya dalam hal perumahan atau pembangunan teres,
b. Kesilapan penandaan aras tidak menyebabkan kegagalan penyambungan prasarana bawah tanah
atau menyebabkan penyelesaian yang mahal diperlukan;
c. Kesilapan itu tidak menyebabkan binaan siap berada diluar daripada kawalan sempadan statutori
seperti garis anjakan bangunan atau apa-apa anjakan yang ditentukan oleh pihak berkuasa, yang boleh
mengakibatkan masalah kepada kelulusan bangunan dan pengeluaran Sijil Siap dan Pematuhan.
d. Potensi pertambahan kos untuk membetulkan kesilapan semasa atau pembetulan lanjutan tersebut
telah dikenalpasti sebagai tidak wujud atau telah dimaklumkan kepada Majikan dan kos yang akan
diperlukan boleh diterima oleh Majikan,
e. Dalam kes pembangunan yang kompleks dan pembangunan industri, kesilapan itu tidak terkeluar
daripada had toleran yang dibenarkan yang akan mengakibatkan kegagalan penyambungan atau jajaran
keseluruhan.
f. Tindakan pemotongan kos hanya boleh disyorkan oleh Arkitek atau dibuat selepas hal-hal di atas
dipastikan dan tindakan pembetulan dibuat untuk memperbaiki kesilapan

Arkitek yang mengesyorkan supaya Majikan menerima kesilapan tanpa mengira risiko hadapan yang tidak dapat
dipastikan, hanya mendedahkan dirinya kepada tuntutan kecuaian profesional. Dicatitkan di bawah satu kes
contoh serta penilaian dan tindakan yang berkaitan sebagai rujukan.

Contoh 1
Akibat tidak memindahkan tanda aras sementara daripada tanda aras resmi berhampiran dengan tapak bina,
Kontraktor telah menyiapkan Aras Kerja (Platform Level) kerja tanah 300 mm lebih rendah daripada aras yang
ditetapkan oleh Arkitek. Kesilapan ini hanya disedari selepas siap lantai tingkat bawah. Kesannya, lurang
pembetungan akhir berada 300 mm di bawah aras lurang pembetungan awam. Satu sistem pam terpaksa
diadakan bagi mengalirkan kumbahan daripada lurang akhir ke lurang awam.

Dalam menilai masalah ini, Arkitek perlu mengambilkira aspek praktikaliti. Adalah mustahil untuk menambah
semula ketinggian kerja tanah atau meroboh kerja bangunan yang telah disiapkan. Arkitek boleh menasihatkan
Majikan untuk menerima kesilapan tersebut dengan syarat kos untuk kerja tambahan yang diakibatkan oleh
kesilapan Kontraktor, seperti kos untuk mengadakan sistem pam ditanggung oleh Kontraktor. Pada masa yang
sama, apa juga syor dan nasihat mesti dibuat secara berhati-hati dan dilihat jauh ke hadapan. Dalam hal
kesilapan aras tanah ini misalnya, ada kemungkinan, bangunan tersebut akan akhirnya berada di bawah paras
banjir yang akan menyebabkan bangunan itu gagal dalam jangkamasa yang panjang. Hal-hal seperti ini perlu
diteliti supaya penyelesaian hari ini tidak menimbulkan masalah di masa depan. Sebelum menasihatkan Majikan
untuk menerima, Arkitek perlu merujuk semula kepada rekabentuk kerja tanah dan asas rekabentuk yang
disediakan oleh Jurutera di peringkat mula projek. Untuk mengelak daripada dilema sebegini, adalah amat
penting bagi Arkitek untuk sentiasa peka kepada perjalanan kerja dan mengadakan pemantauan yang
berterusan.

Pancang Tanda dibawah Sijil Siap dan Pematuhan

Hal ketepatan penandaan dan ukur ini juga mesti dilihat berkait dengan UBBL khususnya pengesahan pancang
tanda untuk pengemukaandan Borang G dalam prosedur Sijil Siap dan Pematuhan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

23 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

6.0 BAHANBINA, BARANGAN DAN MUTU-KERJA HENDAKLAH MEMATUHI


DESKRIPSI, UJIAN DAN PEMERIKSAAN

Piawaian kerja, bahanbina, barangan dan mutu-kerja


6.1 Semua kerja, bahanbina, barangan dan mutu-kerja, hendaklah daripada jenis dan piawaian yang dinyatakan
dalam Dokumen Kontrak dan dikehendaki oleh Arkitek menurut peruntukan-peruntukan Kontrak.

Penyediaan baucer
6.2 Kontraktor hendaklah apabila diminta oleh Arkitek, mengemukakan kepadanya baucer atau bukti-bukti lain
untuk membuktikan bahawa bahanbina dan barangan mematuhi Klausa 6.1.

Pemeriksaan dan ujian


6.3 Kontraktor hendaklah menyediakan sampel bahanbina dan barangan untuk ujian sebelum menggunapakai
dalam Kerja. Arkitek boleh mengeluarkan Arahan Arkitek yang memerlukan Kontraktor membuka untuk
pemeriksaan apa-apa kerja yang ditutup atau untuk menjalankan apa-apa ujian atas apa-apa bahanbina atau
barangan yang telah di gunapakai dalam Kerja atau atas apa-apa kerja yang telah siap. Kos untuk membuka atau
menguji termasuk kos membaikpulih hendaklah ditambah kepada Nilai Kontrak melainkan:

6.3(a) kos tersebut telah diperuntukkan dalam Bil Kontrak;

6.3(b) pemeriksaan dan/atau ujian meunjukkan bahawa bahanbina atau barangan tidak menurut Kontrak;
dan

6.3(c) pemeriksaan dan/atau ujian tersebut pada pendapat Arkitek diperlukan sebagai akibat daripada
kecuaian, tinggalan, kesalahan dan/atau kemungkiran kontrak yang lebih awal oleh Kontraktor.

Obligasi Kontraktor tidak dilepaskan


6.4 Peruntukan Klausa 6.2 dan 6.3 tidak akan melepaskan Kontraktor daripada obligasinya untuk melaksanakan
kerja dan membekalkan bahanbina dan barangan menurut Kontrak

Kerja yang tidak menurut Kontrak


6.5 Jika Arkitek mendapati apa-apa kerja, bahanbina, barangan dan mutu kerja yang tidak menurut Kontrak,
Arkitek hendaklah secara bertulis mengarahkan Kontraktor untuk:

6.5(a) membawa keluar dan tidak membawa ke Tapakbina bahanbina atau barangan sedemikian;

6.5(b) meroboh dan membina semula kerja tersebut supaya mematuhi Kontrak;

6.5(c) membaiki kerja sedemikian sebagaimana diarah oleh Arkitek tanpa penyesuaian Nilai Kontrak;

6.5(d) mengemukakan penyata kaedah (method statement) dalam tempoh tujuh (7) Hari daripada
penerimaan arahan bertulis (atau dalam tempoh yang boleh dinyatakan oleh Arkitek dalam arahan)
mencadangkan cara mana kerja-kerja, bahanbina, barangan dan mutukerja boleh diperbaiki. Jika Arkitek
menerima cadangan Kontraktor, Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja-kerja pembaikan tanpa
penyesuaian kepada Nilai Kontrak atau sebagai alternatif, Arkitek boleh menolak cadangan dan
mengeluarkan apa-apa arahan lain di bawah klausa ini; atau

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

24 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

6.5(e) dengan izin Majikan, membiarkan apa-apa kerja, bahanbina, barangan atau mutukerja dalam Kerja
tertakluk kepada potongan balik yang sesuai oleh Majikan di bawah Klausa 30.4 dan Kontraktor kekal
menanggung liabilitinya.

Tiada imbuhan untuk masa dan kos


6.6 Pematuhan oleh Kontraktor kepada arahan bertulis di bawah Klausa 6.5 tidak memberihak kepada Kontraktor
kepada suatu lanjutan masa dan tidak juga imbuhan kepada apa-apa kerugian dan/atau belanja yang mungkin
tertanggung.

Kegagalan Kontraktor mematuhi


6.7 Jika Kontraktor gagal dan/atau enggan mematuhi satu arahan bertulis daripada Arkitek yang dikeluarkan di
bawah Klausa 6.5, Majikan boleh, tanpa prejudis kepada apa-apa hak dan remedi yang dimilikinya di bawah
Kontrak, menggaji dan membayar Pihak lain untuk melaksanakan hal yang diberi Arahan tersebut. Semua
perbelanjaan yang ditanggung termasuk apa-apa kerugian dan belanja hendaklah dibuat potongan balik oleh
Majikan di bawah Klausa 30.4.

Waranti berhubung dengan bahanbina dan barangan


6.8 Jika Kontrak menghendaki mana-mana pengeluar, sub-kontraktor atau pembekal untuk memberikan satu
waranti atau jaminan berhubung dengan apa-apa sistem proprietori, bahanbina dan barangan yang dibekalkan,
Kontraktor hendaklah mendapatkan waranti atau jaminan tersebut dan mengemukakan kepada Majikan.
Penyediaan waranti atau jaminan sedemikian tidak dalam apa-apa cara sekalipun melepaskan atau
membebaskan Kontraktor daripada apa-apa liabiliti di bawah Kontrak.

ULASAN

6.1 Piawaian kerja, bahanbina, barangan dan mutu-kerja

Prosedur dalam meluluskan bahanbina, barangan dan mutu kerja

Dalam industri pembinaan kini, perkembangan dalam sistem pengeluaran, pembekalan dan pemasangan serta
jaminan kualiti dan liabiliti telah banyak berubah. Dengan pilihan bahanbina yang banyak Arkitek hari ini berdepan
dengan masalah untuk menentukan mana satu bahanbina dan barangan yang sewajarnya digunakan dalam
Kerja. Hal ini mempunyai kaitan dengan proses rekabentuk dan tender dan mestilah ditangani dengan cermat
pada peringkat itu lagi.

Sebahagian Majikan mempunyai prosedur penetapan dan pemilihan bahanbina yang khusus, atau mempunyai
kecederungan kepada bahanbina tertentu atas beberapa sebab.

1. Pembelian pukal / kontrak jangkapanjang


2. Hubungan perniagaan
3. Bahanbina yang telah digunakan dengan puashati sebelumnya (mutu dan perkhidmatan)
4. Jenama

Arkitek perlu memastikan prosedur Majikan jika ada dipatuhi. Jika prosedur ingin diubah pastikan persetujuan
secara bertulis daripada pihak pengurusan yang berhak membuat keputusan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

25 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Ada organisasi yang tidak membenarkan jenama khusus dinyatakan dalam tender. Sebaliknya ia menyenaraikan
beberapa jenama yang telah diluluskan. Prosedur ini biasanya diniatkan untuk mengelak pilih-kasih atau
monopoli produk dan memberi peluang kepada lebih banyak pembekal atau pengeluar. Sesetengah Majikan
memerlukan bahanbina yang melalui ujian dan penilaian mereka sendiri sebelum boleh digunakan. Namun
begitu, kaedah ini boleh menimbulkan banyak masalah kerana penyenaraian jenama membolehkan penender
yang dilantik sebagai kontraktor untuk memilih bahanbina paling murah dari senarai tersebut.

Lazimnya jika jenama disebut, ia mesti disebut sekali dengan perkataan atau yang setara (or equivalent).
Penggunaan perkataan atau yang setara juga mempunyai masalah kerana hakikatnya kualiti satu jenama tidak
akan sama dengan suatu jenama yang lain kecuali bahanbina itu sama tetapi dijenamakan dengan jenama yang
berlainan.

Konsultan yang cenderung menggunaka satu jenama tetapi tidak boleh menamakannya adakalanya mengambil
jalan menyalin keseluruhan spesifikasi dan data produk tanpa menyebut jenama dalam tender.

Sebagai panduan, penerimaan bahanbina yang setara boleh didasarkan kepada aspek-aspek berikut.

1. Estetik rupa produk yang sama


2. Bahan asas yang sama
3. Proses pengeluaran dan pengilangan yang sama
4. Proses pemasangan yang sama
5. Dimensi, koordinasi dimensi atau toleran yang sama
6. Jaminan dan waranti yang sama
7. Harga yang sama atau kompetitif.
8. Jenama yang setaraf

Dalam era pengkhususan dan penarafan kini, pengeluaran bahanbina dan barangan pembinaan sekarang ini
juga dikawal supaya mematuhi beberapa piawaian industri.

1. Produk hijau
2. Piawaian negara atau zon ekonomi (SIRIM, BS, MS, EC dll)

Dalam mematuhi piawaian, kebanyakan produk dibekalkan beserta dengan

1. Data Bahan (Material Data Sheet)


2. Arahan Aplikasi (Application Instruction)
3. Jaminan dan Waranti (Guarantee and Warranty)

Arkitek perlu menyemak dengan teliti semua dokumen ini dan memastikan ianya diselaraskan dengan spesifikasi
Kontrak sebelum menerima bahan bina tersebut.

Penerimaan mutukerja adalah lebih rumit kerana penerimaan setiap individu mungkin berbeza. Arkitek selalunya
berada dalam tekanan untuk menerima mutukerja yang rendah terutama dalam keadaan terdesak. Penerimaan
mutukerja boleh juga menggunakan kaedah industri sediada. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Menetapkan mutukerja mesti mencapai taraf yang ditetapkan oleh piawaian mutu yang ada. Di
Malaysia kaedah Q-lassic oleh CIDB boleh digunapakai.
2. Menggunakan pekerja mahir yang mempunyai kelayakan dan kompetensi yang sesuai. Sebahagian
tred pertukangan mempunyai sijil yang ditetapkan oleh industri itu sendiri.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

26 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

6.2 Penyediaan baucer

Kontraktor hendaklah apabila diminta oleh Arkitek, mengemukakan kepadanya baucer atau bukti-bukti lain seperti
yang disenaraikan di atas untuk membuktikan bahawa bahanbina dan barangan mematuhi Klausa 6.1. Baucer
boleh menjadi bukti kepada sumber (pengeluar dan pembekal) bahanbina.

6.3 Pemeriksaan dan ujian

Klausa ini membincangkan 3 aspek:

1. Tanggungjawab Kontraktor menyediakan sampel bahanbina dan barangan untuk ujian sebelum
digunapakai dalam Kerja.
2. Arkitek boleh mengarah Kontraktor membuka untuk pemeriksaan apa-apa kerja yang telah siap.
3. Kos untuk membuka, menguji dan baikpulih adalah Perubahan kecuali jika disebabkan oleh
kemungkiran Kontraktor yang disebut dala 6.3 (a) dan (b).

Prosedur sampel untuk ujian.


Prosedur ini diadakan untuk mempastikan bahanbina yang dicadangkan dalam Kerja memenuhi kriteria yang
ditetapkan. Antara bahanbina yang memerlukan ujian adalah;

a. Konkrit siap bancuh


Prosedur memerlukan kontraktor mengemukakan design-mix, nama pembekal dan sijil-sijil pengiktirafan
pengeluaran sebelum pembekal diluluskan. Biasanya lebih dari satu nama dicadangkan untuk bekalan
alternatif jika berlaku masalah atau kekurangan bekalan. Konkrit juga perlu diambil sampel dan diuji
kekuatan dalam tempoh yang tetap bagi 7, 14 dan 28 hari. Kelulusan konkrit berkait dengan kelulusan
penyata kaedah yang menetapkan masa untuk membuka kekotak, kelulusan bahan-tambah (admixture)
dan pembaikian kecacatan.

b. Kayu
Sampel bahan dikemukakan kepada FRIM untuk pengesahan jenis, gred dan pengawetan.

c. Curtain-wall
Sampel pemasangan disiapkan untuk beberapa ujian seperti ujian penetrasi air dan operasi mekanikal

d. Komponen IBS
Pergerakan industri ke arah IBS (Industrialised Building System) menggunakan kaedah pasang-siap
memerlukan penulisan spesifikasi yang baru dan berbeza daripada praktis pembinaan konvensional.

6.3 (a)
Sebahagian ujian yang diperlukan untuk bahanbina dan barangan memang sedia diperuntukkan dalam Bil.
Contoh, ujian ke atas sampel konkrit, ujian beban cerucuk. Ada yang dimasukkan sebagai satu keperluan kepada
bahanbina, barangan sistem proprietori. Jika ia dinyatakan dalam Bil, perubahan kos tidak berlaku.

6.3(b)
Perubahan kos juga tidak berlaku jika ujian membuktikan bahanbina dan barangan itu gagal.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

27 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

6.3(c)
Jika Kontraktor pernah gagal mematuhi keperluan ujian samada kerana tidak melakukan ujian sebelum Kerja
atau bahanbina dan barangan gagal selepas diuji, maka ujian berikut yang diarah oleh Arkitek akan ditanggung
oleh Kontraktor sendiri.

6.4 Obligasi Kontraktor tidak dilepaskan

Klausa ini menyatakan bahawa pematuhan Kontraktor kepada peruntukan Klausa 6.2 dan 6.3 tidak akan
melepaskan mereka daripada obligasi untuk melaksanakan kerja dan membekalkan bahanbina dan barangan
menurut Kontrak. Hal ini disebut kerana kemungkinan Kontraktor menukar dan menggunakan bahan yang
diluluskan mungkin berlaku. Penukaran bahanbina dan barangan tidak semestinya kerana penipuan tetapi kerana
kepentingan masa dan kemajuan kerja. Bila berlaku masalah kepada bekalan bahan bina dan barangan,
Kontraktor mungkin terpaksa mencari alternatif.

1. Galakkan Kontraktor untuk mengemukakan dua atau lebih pengeluar atau pembekal supaya jika
alternatif digunakan kelulusan telah ada.
2. Pastikan wakil tapak pantau penghantaran bahanbina ke tapakbina.
3. Ingatkan Kontraktor supaya mengemukakan sampel dan ujian untuk setiap bahanbina yang baru
sebelum ianya digunakan.

6.5 Kerja yang tidak menurut Kontrak

Klausa ini menggariskan prosedur yang perlu dipatuhi:

1. Jika kerja dan mutukerja tidak mematuhi Kontrak.


2. Jika Arkitek bercadang untuk menerima kerja dan mutukerja. Penerimaan oleh arkitek ini mesti
memenuhi dua syarat iaitu;
a. Izin Majikan diperolehi
b. Pemotongan bayaran dibuat menurut Klausa 30.4

6.6 Tiada imbuhan untuk masa dan kos

Secara umumnya, tiada tambahan masa dan kos diberi jika kesilapan berpunca dari kemungkiran Kontraktor. Ia
mengulang-tegas Klausa 6.3 sebelumnya.

6.7 Kegagalan Kontraktor mematuhi.

Klausa ini memberihak kepada Majikan untuk melantik Pihak lain melaksanakan arahan yang gagal dan enggan
dipatuhi oleh Kontraktor. Perlantikan pihak ketiga adalah sebagaimana Klausa 29.

6.8 Waranti berhubung dengan bahanbina dan barangan

Klausa ini meletak tanggungjawab mengemukakan semua waranti kepada Kontraktor dan tidak kepada
pengeluar, pemasang atau pembekal. Arkitek/Konsultan perlu semak terma waranti supaya kepentingan Majikan
dilindungi.
1. Waranti pengeluar untuk bahanbina asas.
2. Waranti mutukerja, pemasangan dan performance

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

28 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Seperti Klausa 6.4, penyerahan waranti tidak melepaskan liabiliti Kontraktor.

SOALAN

Klausa 6.5(d)...Adakah dengan kontraktor mengemukakan method statement kepada arkitek bermakna arkitek
perlu approve/endorse method statement...ATAU...pengemukaan method statement sebagai acknowledgement.
Bermakna arkitek hanya perlu mengetahui method statement bagi tujuan monitoring safety & health sahaja
semasa pembinaan.

JAWAPAN

Klausa 6.5(d) terbit atas kegagalan Kontraktor di bawah 6.5. Dengan memberikan arahan di bawah 6.5(d) Arkitek
mencadangkan kemungkinan kegagalan itu boleh diterima. Ini bergantung kepada cadangan Kontraktor itu
sendiri.

Saya berpandangan bahawa hal ini termasuk dalam lingkungan Klausa 1.3; penerimaan Arkitek tidak
melepaskan tanggungjawab Kontraktor.

Sebelum menerima penyata kaedah, Arkitek perlu bukan sahaja melihat dari aspek S&H tapi juga aspek teknikal,
misalnya 'buildability' dan liabiliti.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

29 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

7.0 ROYALTI DAN HAK HARTA INTELEK

Indemniti kepada Majikan


7.1 Tertakluk kepada Klausa 7.2, semua royalti atau jumlah lain yang perlu dibayar berhubung dengan
pembekalan dan penggunaan untuk melaksanakan Kerja, apa-apa artikel, proses, ciptaan atau lukisan adalah
dianggap sebagai telah termasuk dalam Nilai Kontrak. Kontraktor hendaklah memberikan indemniti kepada
Majikan terhadap apa-apa tuntutan, prosiding, gantirugi, kos dan belanja yang mungkin dipertuduhkan kepada
Majikan atau yang boleh dikenakan kepadanya dengan sebab Kontraktor menyalahguna atau didapati
menyalahguna apa-apa hak harta intelek yang sedemikian.

Liabiliti Kontraktor untuk membayar


7.2 Di mana dengan sebab mematuhi satu arahan bertulis, Kontraktor telah memaklumkan kepada Arkitek secara
bertulis tentang kemungkinan berlakunya penyalahgunaan hak harta intelek, tetapi Arkitek masih mengarah
Kontraktor secara bertulis untuk mematuhi, Kontraktor tidak lagi bertanggungjawab atas penyalahgunaan
tersebut. Semua royalti, gantirugi atau apa-apa wang yang dipertanggungjawabkan ke atas Kontraktor atas
penyalahgunaan tersebut hendaklah ditambah kepada Nilai Kontrak.

Royalti Kerajaan
7.3 Melainkan jika diperuntukkan sebaliknya dalam Kontrak, Kontraktor hendaklah membayar semua royalti
Kerajaan, levi, sewa dan apa-apa bayaran yang berkaitan dengan Kerja.

ULASAN

Walaupun tajuk klausa ini hanya menyebut tentang Royalti Dan Hak Harta Intelek, arkitek perlu melihat kepada
klausa 7.3 yang meluaskan skop klausa ini kepada semua royalti, levi, sewa dan apa-apa juga bayaran yang
dikenakan oleh Kerajaan serta mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan.

Harta intelek adalah hasil ciptaan minda dalam reka cipta, simbol, nama dan reka bentuk yang digunakan dalam
perdagangan termasuk karya sastera dan seni. Komponennya membabitkan paten, cap dagangan, reka bentuk
perindustrian, petunjuk geografi, hak cipta dan susun atur litar bersepadu.

Perlindungan Harta Intelek di Malaysia diberikan oleh beberapa akta;

1. Akta Harta Intelek


2. Akta Hakcipta (Pindaan) 1997
3. Akta Cap Dagangan 1976;
4. Akta Paten 1983;
5. Akta Hak Cipta 1987;
6. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 (Akta 552);
7. Akta Petunjuk Geografi 2000;
8. Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000.

Akta perlindungan yang berkaitan dengan harta intelek memberikan masa perlindungan mengikut jenis ciptaan.
Setiap paten harta intelek akan menerima perlindungan selama 20 tahun dari tarikh ia difailkan. Reka bentuk
perindustrian dilindungi 5 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan sehingga 15 tahun. Isu ini semakin
penting dalam industri pembinaan kerana, pergerakan industri ke arah sistem IBS, sistem proprietari dan kerja-

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

30 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

kerja pengeluar dan pemasang pakar telah mengujudkan banyak komponen binaan yang khusus dan dilindungi
rekabentuknya. Arkitek, jika menggunakan komponen binaan seperti ini perlu tahu dengan jelas kedudukan hak
cipta komponen tersebut.

7.1 Indemniti kepada Majikan

Klausa ini agak mengelirukan. Klausa ini meletakkan beban kepada Kontraktor untuk memberikan indemniti
kepada Majikan terhadap apa-apa tuntutan, prosiding, gantirugi, kos dan belanja yang mungkin timbul daripada
salahguna apa-apa hak harta intelek. Dalam kontrak PAM 2006 ini, Kontraktor hanya bertanggungjawab (lihat
Klausa 1) untuk melaksanakan kerja sebagaimana dalam kontrak. Mereka tidak terlibat dalam pemilihan
bahanbina, komponen atau kaedah kerja yang dipilih oleh Majikan melalui konsultan. Agak tidak wajar kontraktor
dibebankan dengan menanggung liabiliti salahguna hak harta intelek sedang mereka tidak memilihnya. Klausa ini
hanya terpakai jika Kontraktor menggunakan peruntukan Klausa 1.3 iaitu bila mereka mengemukakan bahanbina
atau kaedah alternatif dan ianya menggunakan rekabentuk yang dilindungi dibawah mana-mana undang-undang
hakcipta.

7.2 Liabiliti Kontraktor untuk membayar

Dalam klausa ini, kontraktor yang diberi arahan bertulis dilepaskan daripada liabiliti jika mereka menulis kepada
Arkitek dan melapurkan kemungkinan berlakunya salahguna hak harta intelek tetapi Arkitek masih mengarah
mereka supaya meneruskan kerja. Perkataan arahan bertulis mempunyai maksud yang luas kerana dokumen
asal kontrak termasuk lukisan dan Arahan Arkitek juga adalah arahan bertulis. Adalah tidak wajar jika Kontraktor
dibeban dengan tanggungjawab untuk mengenalpasti samada mana-mana bahagian kerja dalam dokumen
kontrak itu terlibat dengan hak harta intelek atau tidak. Tanggungjawab ini sepatutnya adalah tanggungjawab
penuh Arkitek dan konsultan.

Kos yang ditanggung oleh Kontraktor untuk membayar gantirugi atas salahguna hak harta intelek dibenarkan oleh
klausa ini untuk dijadikan perubahan dan tambahan kepada Nilai Kontrak.

7.3 Royalti Kerajaan

Klausa ini membincangkan tanggungjawab kontraktor untuk membayar semua royalti, levi, sewa dan apa-apa
bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan berkaitan dengan Kerja. Walaupun tajuknya menyebut hanya royalti
Kerajaan, syarat kontrak memasukkan levi, sewa dan lebih penting lagi apa-apa bayaran yang dengan sifat
sedemikian begitu luas rangkumannya. Apa-apa bayaran bagaimanapun terhad kepada yang berkaitan dengan
kerja dan bukanlah meliputi hal-hal seperti cukai tanah, cukai taksiran, cukai pintu dan sebagainya.

Royalti

Levi
Levi yang berkaitan dengan aktviti pembinaan.
1. Levi CIDB sebanyak 0.0125% ke atas projek dengan nilai kontrak melebihi RM500,000.00 berdasarkan kepada
Bahagian VIII Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (AKTA 520) dan Peraturan-
peraturan Industri Pembinaan (Pungutan Levi) 1996
2. Levi bagi kerja tanah.
3. Levi pekerja asing dibawah Akta Imigresen.

Dengan adanya klausa ini, tanggungjawab memperuntukkan kos untuk semua bayaran levi dibebankan kepada
Kontraktor tidak kira samada ianya disebut dalam Bil Kontrak (Kerja Awalan) atau tidak.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

31 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Sewa
Sewaan premis atau harta Kerajaan yang terlibat dengan pembinaan biasanya berlaku dalam kawasan bandar
dimana kontraktor perlu membayar sewa untuk ruang jalan, petak letak kereta atau ruang udara yang digunakan
bagi aktiviti pembinaan seperti meletak kenderaan kerja, bahanbina dan barangan.

Apa-apa bayaran
Hal ini agak luas dan boleh diertikan dengan apa-apa sahaja caj yang dikenakan oleh Kerajaan termasuk
Kerajaan Tempatan (Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dll). Ia mungkin juga termasuk caj
oleh pembekal perkhidmatan (TNB, SPAN, IWK, SYABAS, SATU, TELEKOM) dan lain-lain.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

32 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

8.0 WAKIL TAPAK

Wakil Tapak
8.1 Kontraktor hendaklah melantik seorang yang kompeten sebagai Wakil Tapak. Bagi maksud Kontrak ini, Wakil
Tapak adalah dianggap sebagai wakil sah Kontraktor di tapak. Wakil Tapak hendaklah dibantu oleh pembantu-
pembantu dan kakitangan penyeliaan sebagaimana diperlukan untuk melaksanakan Kerja secara efisyen dan
memuaskan. Wakil Tapak hendaklah digaji secara sepenuhmasa di Tapakbina dan di mana dia tidak dapat
berada di Tapakbina untuk sementara, Kontraktor hendaklah melantik pengganti di tempatnya.

Arahan kepada Wakil Tapak


8.2 Kontraktor hendaklah memastikan Wakil Tapak, pembantu-pembantunya dan kakitangan penyeliaan
berupaya untuk menerima arahan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Wakil tapak adalah dianggap
sebagai telah diberikuasa oleh Kontraktor untuk menerima apa-apa arahan yang diberikan oleh Kakitangan
Tapak atau arahan yang diberikan oleh Arkitek dan apa-apa arahan sedemikian hendaklah dianggap sebagai
telah diberikan kepada Kontraktor.

Pengasingan Orang yang digaji dalam Kerja


8.3 Arkitek boleh mengarahkan Kontraktor untuk memecat Wakil Tapak atau mana-mana Orang di bawah
penggajian atau kawalan Kontraktor daripada Tapakbina. Arkitek tidak boleh melaksanakan budi-bicara ini secara
tidak munasabah atau berniat serong. Sebaik-sahaja menerima arahan bertulis, Kontraktor hendaklah dengan
segera memecat dan mengganti kakitangan atau mana-mana Orang tersebut dalam masa yang munasabah, dan
kakitangan atau Orang yang telah dipecat itu hendaklah tidak lagi diambil bekerja di Tapakbina. Kontraktor tidak
berhak untuk mendapatkan apa-apa lanjutan masa dan perbelanjaan tambahan berkaitan dengan arahan yang
diberikan oleh Arkitek di bawah klausa ini.

ULASAN

Klausa 8.1
Kontraktor hendaklah melantik seorang yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sesuai sebagai Wakil
Tapak. Bagi maksud Kontrak ini, wakil tapak adalah dianggap sebagai wakil sah Kontraktor di tapak. Wakil Tapak
hendaklah dibantu oleh pembantu-pembantu dan kakitangan-kakitangan pengawasan sebagaimana diperlukan
untuk melaksanakan Kerja secara efisyen dan memuaskan. Wakil Tapak hendaklah digaji secara sepenuh masa
di Tapak dan di mana dia tidak berada di Tapak untuk sementara, Kontraktor hendaklah melantik pengganti
ditempatnya.

Klausa ini saya percaya diniatkan untuk mempastikan bahawa Kontraktor mempunyai kakitangan yang
mencukupi dari aspek pengalaman dan pengetahuan untuk melaksanakan Kontrak. Secara umumnya klausa ini
memadai. Namun samada ianya cukup untuk menentukan kelicinan perjalanan Kontrak memerlukan pemerhatian
yang mendalam oleh Arkitek dari peringkat awal sebelum pembinaan bermula. Malahan pemerhatian Arkitek di
peringkat penyediaan dokumen tender kepada keperluan perjawatan akan memberi kesan kepada kelicinan
Kontrak Kerja.

Peruntukan yang memerlukan Kontraktor melantik seorang yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang
sesuai dengan dibantu oleh pembantu-pembantu dan kakitangan pengawasan sebagaimana diperlukan adalah
satu peruntukan bersifat umum yang sesuai bagi Kontrak yang masih bersifat tradisi dan kecil dari aspek saiz dan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

33 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

mudah dari aspek kompleksiti kerja. Walaupun ianya memadai dari aspek Kontrak, ianya masih bersifat samar
dalam menentukan keperluan pengawasan sebenar kepada Kerja dalam sesuatu Kontrak.

Kita mesti memahami bahawa ketepatan harga yang ditender oleh mana-mana Kontraktor adalah bergantung
kepada ketepatan dan kejelasan dokumen tender yang menggariskan secara tepat keperluan Kerja termasuklah
keperluan pengawasan yang diperlukan untuk menentukan kejayaannya. Kontraktor mengambil risiko dalam
menghargakan tender dan sesuatu yang tidak jelas biasanya dihargakan pada tahap paling minima. Apa juga
tambahan yang diperlukan oleh Majikan dan Arkitek selepas tender diterima menjadi asas untuk pertambahan
kos. Adalah penting bagi Arkitek untuk memberikan nasihat yang tepat kepada Majikan mengenai keperluan
pengawasan yang diharapkan daripada Kontraktor. Ia akan dapat menentukan jumlah kakitangan dengan
kelayakan dan pengalaman yang sesuai disediakan oleh Kontraktor sepanjang tempoh Kontrak. Ini mungkin
memerlukan pernyataan keperluan yang terperinci untuk diberi harga oleh Kontraktor dalam item Preliminaries
semasa tender.

Mungkin ada hujah, bahawa kesamaran dalam menentukan keperluan kakitangan pengawasan ini memberikan
kelebihan kepada Majikan kerana harga tender yang mungkin lebih murah dan hak Majikan yang terbuka untuk
meminta apa-apa bilangan dan kelayakan kakitangan pengawasan. Ini mungkin benar. Tetapi Kontraktor juga
adalah peniaga yang akan sentiasa mencari jalan untuk memaksimakan keuntungan, termasuklah mengadakan
kakitangan pengawasan yang paling minima atau menyerahkan tugas itu seluruhnya kepada sub-kontraktor
mereka. Membenarkan hal ini berlaku adalah merancang untuk mengalami kegagalan yang mungkin tidak dapat
dibaiki diperingkat akhirnya.

Secara peribadi saya telah kerap melalui perlaksanaan Kontrak yang tidak dijaga oleh sumber manusia yang
cukup di pihak Kontraktor. Kakitangan tapak Kontraktor bukan sahaja perlu cukup dari aspek bilangan malah
perlu cukup juga dari segi pengetahuan dan pengalaman dan juga cukup dari segi kuasa untuk membuat
keputusan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting diberi perhatian. Ada Kontrak yang menghadapi masalah kerana
kakitangan pengawasan yang kurang bijak tetapi ada juga yang masih menghadapi masalah walaupun dengan
kakitangan yang berpengalaman kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membuat keputusan. Dalam tender
untuk projek multi-nasional seperti dalam industri minyak dan gas, hal ini dikenalpasti di peringkat awal dan
keperluan perjawatan Kontraktor diperincikan dalam tender lagi. Malah kriteria dalam penilaian tender
membenarkan Majikan membuat pilihan kepada kakitangan tapakbina yang bersesuaian. Mungkin kita boleh
menerima pakai keperluan perjawatan kakitangan tapak Kontraktor seperti yang diamalkan dalam kontrak
multinasional dan disesuaikan mengikut saiz dan kompleksiti Kontrak yang sedang kita laksanakan.

Kakitangan Kontraktor yang dicadangkan.

1. Pengarah Projek yang mestilah daripada salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat kontraktor
atau kakitangan pengurusan kanan yang diberi kuasa membuat keputusan.
2. Pengurus Projek yang mestilah seorang profesional atau separa profesional dalam bidang
kejuruteraan awam atau struktur atau arkitek atau jurukur bahan yang mempunyai pengalaman yang
bersesuaian.
3. Wakil Tapak atau biasanya dipanggil site foremen yang berpengalaman.
4. Kepala-kepala kerja bagi bidang-bidang berkaitan.
5. Perancang Projek (Project Planner) yang mempunyai kemahiran dalam perancangan kerja samada
secara manual atau menggunakan perisian seperti Primavera atau Microsoft Project
6. Jurukur Bahan.
7. Pegawai Keselamatan sebagaimana disyaratkan dibawah Akta Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia mengikut nilai Kontrak.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

34 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Perlu diingat bahawa industri pembinaan kita masih berada pada tahap peralihan daripada industri berasaskan
pengalaman kepada industri yang profesional. Masih ramai daripada ahli-ahli dalam pembinaan merupakan
golongan veteran yang tidak mempunyai kelayakan bersijil. Ini memerlukan Arkitek untuk peka kepada keadaan.
Dalam masa yang sama juga, Arkitek mesti mengetahui peruntukan undang-undang berhubung pembinaan
khususnya Akta Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan setidak-tidaknya mempastikan kakitangan
Kontraktor di tapakbina mempunyai kelayakan dan didaftarkan untuk gred tugas atau tred yang ditetapkan.

Klausa ini sekalipun tidak menyebut secara khusus, boleh dikembangkan untuk mempastikan semua kakitangan
daripada peringkat pengurusan hinggalah ke peringkat buruh memenuhi keperluan Akta tersebut. Keperluan
kakitangan juga boleh diskel menurun untuk projek yang lebih kecil.

Klausa 8.2
Klausa ini merujuk kepada suasana sebenar yang unik dalam industri pembinaan di Malaysia. Dari sudut sejarah,
industri pembinaan Malaysia didominasi oleh kaum Cina sebelum kemunculan kontraktor-kontraktor Melayu hasil
dari Dasar Ekonomi Baru. Kontrak dan lukisan kerja pula sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris.
Sebahagian dari kepala-kepala dalam pembinaan adalah tukang-tukang veteran kaum Cina yang tidak boleh
memahami Bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Inggeris. Mulai tahun 80an, industri pembinaan mengalami
kemasukan pekerja dari Indonesia dan Thailand dan dikuti kemudiannya oleh pekerja dari Bangladesh dalam
tahun 90an. Kebelakangan ini pula, mulai tahun 2000 pekerja-pekerja dibawa masuk dari Vietnam.

Wajah antarabangsa industri ini memerlukan Klausa ini dimasukkan sebagai satu syarat Kontrak, supaya satu
saluran komunikasi setidak-tidaknya ujud pada setiap masa di tapakbina.

Dalam suasana yang ideal, Arkitek hanya perlu mengekalkan hubungan arahan dengan Pengurus Projek atau
Wakil Tapak yang kemudiannya akan menyampaikan arahan atau penerangan ke peringkat bawah. Tetapi dalam
situasi sebenar Arkitek mungkin terpaksa berhubung secara terus dengan peringkat buruh. Melalui pengalaman
peribadi, penglibatan terus ini memberikan kesan yang efektif kepada kerja. Arkitek-arkitek muda mungkin akan
mendapati pengalaman sebegini sebagai mencabar tetapi boleh memberi banyak pengalaman dan membawa
kepuasan. Namun demikian, Arkitek mestilah sentiasa akur kepada keperluan untuk memberikan arahan bertulis
sebagaimana keperluan Kontrak.

Klausa 8.3
Klausa ini secara umumnya memberikan kuasa yang mutlak kepada Arkitek dalam mengawasi pengurusan
tapakbina. Mana-mana kakitangan Kontraktor di tapakbina yang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab
mereka boleh diarah untuk diberhentikan daripada bekerja di tapakbina. Untuk mengelakkan daripada
penyalahgunaan kuasa Arkitek, semua arahan untuk memberhentikan kakitangan mestilah disertakan dengan
bukti kegagalan atau ketidakupayaan mereka.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

35 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

9.0 AKSES KEPADA KERJA

Akses kepada kerja


9.1 Arkitek, Konsultan dan wakil mereka yang diberikuasa hendaklah pada setiap masa diberi akses sewajarnya
kepada Kerja dan kepada kilang-kilang, bengkel-bengkel, atau tempat-tempat lain di mana apa-apa loji
pembinaan, bahanbina, barangan atau kerja sedang dibuat, disediakan atau distorkan untuk Kontrak ini.
Kontraktor hendaklah memastikan semua sub-kontrak mengandungi peruntukan-peruntukan yang membenarkan
Arkitek, Konsultan dan wakil mereka yang diberikuasa diberi akses yang sama.

ULASAN

Klausa ini membincangkan dua perkara iaitu;

1. Hak Arkitek, Konsultan dan wakil yang diberikuasa oleh mereka untuk memasuki tapakbina. Takrif tapakbina
tidak hanya dihadkan kepada tapakbina sebenar tetapi merangkumi semua tempat lain yang di dalamnya
pembinaan atau pemasangan komponen bangunan dibuat atau disimpan.

2. Hak yang sama hendaklah dikenakan oleh Kontraktor kepada sub-kontraktor mereka. Sub-kontrak mungkin
terdiri daripada dua kategori;

a. Sub-kontraktor Dinamakan
b. Sub-kontraktor Domestik

Bagi Sub-kontraktor Dinamakan, peruntukan akses ini dimasukkan oleh Arkitek atau Konsultan ke dalam Kontrak.

Bagi Sub-kontraktor Domestik, Arkitek dan Konsultan tidak mempunyai kawalan dalam kontrak antara mereka.
Klausa ini menjamin peruntukan untuk akses yang sama seperti terhadap Sub-kontraktor Dinamakan diadakan.

Tapakbina menurut takrif Artikel 7 (az) bererti tanah atau lain-lain tempat yang pada, di bawah, di atas atau
melaluinya, Kerja dilaksanakan dan disediakan oleh Majikan untuk maksud Kontrak termasuk lain-lain tanah atau
tempat yang diperolehi oleh Kontraktor dan diterima oleh Majikan sebagai membentuk sebahagian daripada
Tapakbina.

Seperti yang disebut sebelum ini, perubahan industri pembinaan ke arah sistem IBS serta pengeluaran bahan
dan komponen yang khusus telah merubah cara dan kaedah kerja di tapakbina. Banyak komponen binaan dibina
dikilang-kilang diluar daripada tapakbina dan dibawa pada masa yang tepat untuk pemasangan sahaja.
Sestengah bahan dan sistem memerlukan ujian yang khusus dalam linkungan yang terkawal yang tidak dapat
disediakan atau dibuat ditapakbina. Kaedah baru ini memerlukan banyak pengawasan dibuat ditempat-tempat
lain.

Klausa ini memasukkan kawasan kerja dan pembuatan Kontraktor atau sub-kontrator atau pembekal mereka juga
dikira sebagai tapakbina. Ia membolehkan pengawasan dibuat oleh Arkitek dan Konsultan.

Perlu diingat, Arkitek dan Konsultan yang melakukan pemeriksaan di luar tapakbina perlu mempastikan
perlindungan insuran kemalangan merangkumi semua kawasan kerja itu. Perlu ada kaedah supaya tempat-
tempat luar ini direkod dan Majikan menerimanya sesuai dengan takrif Artikel 7.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

36 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

10.0 KAKITANGAN TAPAK

Tugas Kakitangan Tapak

10.1 Majikan boleh dari masa ke semasa, melantik sejumlah Kakitangan Tapak sebagaimana yang dirasakan
sesuai oleh Majikan. Kakitangan Tapak hendaklah bertindak selaku pemeriksa di bawah arahan Arkitek dan
Kontraktor hendaklah menyediakan segala fasiliti untuk melaksanakan tugas tersebut.

Arahan-arahan yang diberikan oleh Kakitangan Tapak

10.2 Apa-apa arahan yang diberikan kepada Kontraktor atau Wakil Tapak oleh Kakitangan Tapak adalah tidak
membawa sebarang kesan melainkan diberi secara bertulis dalam hal yang Kakitangan Tapak diberi kuasa
secara khusus oleh Arkitek secara bertulis. Semua arahan-arahan sedemikian yang melibatkan Perubahan
adalah tidak membawa sebarang kesan melainkan disahkan dengan satu Arahan Arkitek.

ULASAN

Pertama perlu dipastikan dengan jelas perbezaan antara istilah yang digunakan oleh kontrak ini kepada kedua-
dua wakil Majikan dan Kontraktor. Wakil Majikan adalah Kakitangan Tapak yang dijelaskan dalam Klausa 10.0 ini
sementara wakil Kontraktor adalah Wakil Tapak yang dijelaskan di bawah Klausa 9.0.

Kakitangan tapak merangkumi Kerani Tapak (Clerk of Work), Arkitek dan Jurutera Residen dan mungkin juga
meliputi semua kakitangan dalam pelbagai bidang yang ditempatkan di tapakbina bergantung kepada saiz projek.

Dari aspek tanggungjawab profesional, perlantikan seorang yang sesuai dengan Arkitek serta kakitangan tapak
yang mewakili profesion lain adalah penting kerana Arkitek dan Konsultan kini mempunyai tanggungjawab untuk
memperakui pengawasan mereka terhadap Kerja dalam borang-borang G untuk maksud CCC (Sijil Siap dan
Pematuhan) di bawah UBBL.

Hal perlantikan kakitangan tapak perlu dibaca bersama dengan Jadual Ketiga Peraturan Arkitek 1996, Bahagian
1 Syarat-syarat Perlantikan Arkitek Profesional; Klausa 13 yang menyebut, Klien hanya boleh mengeluarkan
arahan-arahan yang berkaitan dengan kerja projek kepada kontraktor bangunan melalui Arkitek Profesional.

Klausa 10.1
Klausa ini membincangkan mengenai tugas kakitangan tapak dan tanggungjawab Kontraktor kepada mereka.

Perlantikan kakitangan tapak adalah hak Majikan. Namun demikian, Majikan perlu dianggap sebagai tidak
mempunyai pengetahuan tentang keperluan kakitangan tapak dan mereka perlu diberi nasihat yang sewajarnya
oleh Arkitek. Sekalipun jika Majikan ada pengalaman dan pengetahuan yang cukup untuk melantik kakitangan
tapak, Arkitek mestilah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menentukan tahap akademik, pengalaman
dan kesesuaian serta jumlah kakitangan tapak yang diperlukan. Ini penting kerana kakitangan tapak biasanya
akan bekerja di bawah arahan Arkitek.

Klausa ini juga secara sepintas lalu menyebut bahawa Kontraktor perlu menyediakan kemudahan kepada
kakitangan tapak untuk menjalankan tugas mereka. Apa dan bagaimana bentuk kemudahan itu tidak pula
dinyatakan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

37 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Seperti yang dibincang dalam Klausa 9 sebelum ini, kenyataan sepintas lalu dalam syarat-syarat kontrak mungkin
sesuai, memadai dan boleh digunapakai dalam skop kontrak yang kecil. Pemakaian syarat ini dalam kontrak
yang besar dan kompleks memerlukan syarat-syarat yang lebih khusus dan terperinci. Kita tidak perlu
membatalkan syarat dalam klausa ini tetapi perlu meneliti keperluan sebenar kontrak dan menyatakan keperluan
tersebut dalam ruang lain seperti dalam preliminari atau lebih baik lagi dalam bil kontrak yang boleh diletakharga
oleh kontraktor semasa tender.

Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menyatakan dengan jelas skop kerja dan tanggungjawab
semua kakitangan tapak. Arkitek hendaklah menyampaikan secara bertulis keperluan untuk kakitangan tapak
kepada Majikan menyatakan bilangan kakitangan yang perlu, tugas mereka, bidang kerja dan aliran
tanggungjawab mereka. Keengganan Majikan mengadakan kakitangan tapak yang telah dipohon secara bertulis
setidak-tidaknya akan melepaskan Arkitek dari liabiliti jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Begitu juga Arkitek sepatutnya menyatakan secara bertulis dan jelas kepada Kontraktor, apakah fasiliti yang perlu
disediakan untuk kakitangan tapak. Dalam kontrak yang besar dan memakan masa yang lama, keperluan untuk
kakitangan tapak mungkin merupakan suatu pejabat pengurusan yang lengkap dengan segala kemudahan fizikal
dan kakitangan sokongan.

Klausa 10.2
Seringkali timbul persoalan samada Kakitangan Tapak boleh mengeluarkan arahan kepada Kontraktor atau tidak.
Klausa ini menjelaskan bahawa arahan boleh diberikan oleh Kakitangan Tapak dengan syarat ianya adalah
arahan yang telah digariskan secara bertulis oleh Arkitek sebelumnya. Ini bermakna, Arkitek mempunyai
tanggungjawab untuk menyenaraikan hak dan kuasa kakitangan tapak pada peringkat mula kerja atau sebaiknya
dalam peringkat dokumentasi tender lagi.

Klausa ini juga menjelaskan bahawa Perubahan yang melibatkan kos yang diarahkan oleh kakitangan tapak
sekalipun secara bertulis mesti disahkan oleh Arahan Arkitek. Prosedur Arahan Arkitek bagi arahan bertulis
sebagaimana Klausa 2.2 adalah terpakai.

SOALAN
Berkenaan employer fail to pay contractor..sebab spesifik employer fail to pay disebabkan poor performance oleh
quantity surveyor...dan ia melebihi period of honouring certifcate

So dalam situasi ini...jika employer fail to pay...ia akan trigger clause 26 dmana contractor dibolehkan determine
his own employment....

Bagaimana pula kontraktor memilih utk tidak mggunakan klausa 26...kerana mungkin kontraktor masih
berkemampuan proceed with work....tetapi kontraktor mggunakan klausa 23 utk apply eot....dgn alasan kerja
menjadi slow disebabkan employer lambat bayar...is it grantable?...provided that employer masih mngekalkan qs
yg lama dan masih tiada tindakan susulan diambil keats qs

JAWAPAN

Kes ini sebenarnya agak sering berlaku dalam industri kita. Kontraktor yang baik dimangsakan oleh pasukan
perunding yang tidak kompeten.

Kes ini boleh dilihat daripada beberapa sudut.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

38 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Pertama: dari sudut kontrak, kegagalan membayar selepas tempoh menunaikan sijil pembayaran adalah satu
kemungkiran kontrak di bawah Klausa . Ia membenarkan Kontraktor untuk memulakan proses penamatan di
bawah Klausa 26.1.

Kedua: dari sudut kompetensi konsultan. Dari sudut kegagalan QS.

Ada dua situasi di sini.

(a) QS tidak menyediakan sijil atau


(b) QS sediakan sijil yang kemudiannya disahkan oleh arkitek tetapi Majikan enggan membayar.

Penamatan di bawah Klausa 26.1(a) hanya boleh dilakukan jika sijil telah dikeluarkan tetapi majikan enggan
membayar. Ia tidak mengambil kira sebab keengganan Majikan. Boleh jadi Majikan kata sijil itu salah kira; boleh
jadi Majikan tiada wang; boleh jadi Majikan suka-suka engan membayar. Dalam Kontrak PAM 2006, (sila baca
Klausa 30.3) Majikan tidak boleh mempertikaikan sijil daripada Arkitek. Malah dalam Klausa 26.1(b), masuk
campur dalam penyediaan sjiil atau menghalang pengeluaran sijil juga adalah satu kemungkiran kontrak.

Klausa ini tidak tepat digunakan untuk tujuan penamatan oleh kontraktor jika masalahnya adalah ketiadaan sijil.

Jika Kontraktor memilih untuk meneruskan kerja tanpa bayaran, dan memohon lanjutan masa, dia boleh berbuat
demikian. Klausa 23.8(k) membenarkan lanjutan masa kerana kemungkiran kontrak.

Cuma dibimbangi Kontraktor akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bayaran selepas kerja siap.

Beberapa tahun dulu, saya pernah mendengar syarahan daripada seorang arkitek tersohor mengenai kes yang
serupa. Dalam kes ini, kontraktor meneruskan kerja hingga siap walaupun tidak mendapat bayaran. Selepas siap
kerja, majikan masih enggan membayar. Kontraktor akhirnya telah menyaman majikan. Penghakiman antara lain
memutuskan bahawa kontraktor tidak sepatutnya meneruskan kerja apabila tidak menerima bayaran. Keputusan
ini agak ganjil tetapi ia menjelaskan prinsip kontrak di mana jika berlaku kemungkiran, apa juga jalan keluar
(recourse) yang tersedia dalam kontrak perlu diambilpakai.

Wajar arkitek menasihati kontraktor tentang risiko yang akan dihadapi jika dia meneruskan kerja.

Dari sudut kompetensi konsultan, perlu dilihat aturan perlantikan perunding kerana arkitek ada tanggungjawab
atas prestasi perunding lain dalam perjanjian dengan majikan. Jika QS di bawah arkitek, arkitek mesti
mengambil-alih penyediaan sijil malah menamat dan menukar QS jika perlu. Jika QS dilantik oleh majikan, arkitek
perlu menulis kepada Majikan menyatakan kemungkiran kontrak ini telah berlaku dan meminta/menasihat supaya
QS ditukar.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

39 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

11.0 PERUBAHAN, PROVISIONAL DAN WANG KOS PRIMA

Definisi Perubahan
11.1 Terma Perubahan bermaksud pindaan atau pengubahsuaian rekabentuk, kualiti atau kuantiti Kerja
termasuk;

11.1 (a) tambahan, kurangan atau penggantian apa-apa kerja;

11.1 (b) pindaan jenis atau piawaian apa-apa bahan dan barangan yang akan digunakan dalam Kerja;

11.1 (c) pindahan dari Tapakbina apa-apa kerja yang telah dibuat atau bahan atau barangan yang dibawa
kepadanya oleh Kontraktor bagi tujuan Kerja tetapi tidak termasuk kerja, bahan atau barangan yang tidak
memenuhi keperluan Kontrak;

11.1 (d) apa-apa pertukaran kepada peruntukan dalam Kontrak dalam hal:

11.1(d)(i) - apa-apa had masa kerja,


11.1(d)(ii) - ruang kerja,
11.1.(d)(iii) - akses kepada atau penggunaan mana-mana bahagian khusus dalam Tapakbina; dan
11.1(d)(iv) - perlaksanaan dan penyiapan kerja dalam turutan yang khusus

tetapi hendaklah tidak termasuk apa-apa arahan yang dimaksudkan untuk membaiki apa-apa kecuaian,
tinggalan, keengganan dan/atau kegagalan kontrak oleh Kontraktor dan pertukaran tersebut hendaklah
dilaksanakan oleh Kontraktor dengan kos sendiri.

Perubahan Yang Dikehendaki Oleh Arkitek Tidak Akan Membatalkan Kontrak


11.2 Arkitek boleh mengeluarkan satu Arahan Arkitek untuk mengarah suatu Perubahan atau mengizinkan apa-
apa Perubahan yang dibuat oleh Kontraktor. Tidak ada Perubahan yang diarah oleh Arkitek atau yang
kemudiannya diizin olehnya yang akan membatalkan Kontrak. Sehingga penilaian untuk Perubahan dibuat,
Kontraktor hendaklah melaksanakan semua Perubahan yang diarah secara segera dan dengan ketelitian yang
sewajarnya.

Pengeluaran Perubahan Selepas Siap Kerja Praktikal


11.3 Arkitek boleh mengeluarkan arahan-arahan bertulis yang memerlukan Perubahan pada bila-bila masa
sebelum keluarnya Sijil Siap Kerja Praktikal. Selepas itu, segala Arahan Arkitek yang memerlukan Perubahan
mestilah diperlukan secara khusus oleh tanggungjawab dan keperluan untuk mematuhi kehendak-kehendak
Pihak Berkuasa Berkenaan dan/atau Pembekal Perkhidmatan

Arahan Arkitek Ke Atas Wang Kos Prima Dan Wang Peruntukan Provisional
11.4 Arkitek hendaklah mengeluarkan Arahan Arkitek berhubung dengan perbelanjaan Wang Kos Prima dan
Wang Peruntukan Provisional yang dimasukkan kedalam Bil-bil Kontrak dan kepada Wang Kos Prima yang terbit
daripada arahan-arahan yang dikeluarkan berkaitan dengan perbelanjaan Wang Peruntukan Provisional.

Penilaian Perubahan Dan Wang Peruntukan Provisional


11.5 Semua Perubahan hendaklah diukur dan dinilai oleh Jurukur Bahan. Di mana apa-apa rekod maklumat
tapak dan/atau pengukuran tapak dibuat di Tapakbina, Kontraktor hedaklah menyediakan Jurukur Bahan dengan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

40 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

segala pertolongan yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja itu dan Kontraktor hendaklah diberi
peluang untuk hadir untuk mengambil apa-apa nota dan ukuran yang diperlukan olehnya.

Peraturan Penilaian
11.6 Penilaian Perubahan dan kerja yang dibuat oleh Kontraktor di mana Kuantiti Provisional dimasukkan dalam
Kontrak dan perbelanjaan Wang Peruntukan Provisional (kecuali kerja yang telah diterima tendernya di bawah
Klausa 27.14) hendaklah dibuat di bawah peraturan berikut:

11.6(a) di mana kerja itu adalah sama sifatnya, dibuat dalam keadaan yang sama dan tidak berubah
kuantitinya secara signifikan sebagaimana dalam Dokumen Kontrak, penilaian hendaklah berdasarkan
kepada kadar dan harga dalam Dokumen Kontrak;

11.6(b) di mana kerja itu adalah sama sifatnya sebagaimana dalam Dokumen Kontrak, tetapi tidak dibuat
dalam keadaan yang sama, atau dibuat dalam keadaan yang sama tetapi berubah kuantiti kerjanya yang
dibuat secara signifikan, kadar dan harga dalam Dokumen Kontrak hendaklah menjadi asas dalam
menentukan penilaian yang akan memasukkan pelarasan yang adil dalam kadar mengambilkira
perbezaan tersebut.

11.6(c) di mana kerja itu tidak sama sifatnya dengan kerja sebagaimana dalam Dokumen Kontrak,
penilaian hendaklah berdasarkan kepada kadar pasaran yang adil serta harga yang ditentukan oleh
Jurukur Bahan;

11.6(d) di mana kerja tidak boleh diukur dan dinilai mengikut Klausa 11.6(a), (b) atau (c), Kontraktor
hendaklah diizinkan untuk;

11.6(d)(i) Kadar kerja harian dalam Dokumen Kontrak; atau

11.6(d)(ii) Di mana kadar kerja harian sedemikian tidak ada dalam Dokumen Kontrak, pada kos sebenar
kepada Kontraktor pada bahan, logi pembinaan tambahan serta perencah, pengangkutan dan buruh
kepada kerja tersebut, campur lima belas (15) peratus, yang mana peratusan itu hendaklah termasuk
untuk kegunaan segala alat, logi sediada, perencah sediada, pengawasan, overhead dan keuntungan.
Di mana kerja itu adalah sama sifatnya, dibuat dalam keadaan yang sama dan tidak berubah kuantitinya
secara signifikan sebagaimana dalam Dokumen Kontrak, dalam mana-mana satu kes, baucer
menyatakan masa yang digunakan untuk kerja tersebut setiap hari, nama pekerja, bahan, logi pembinaan
tambahan, perencah dan pengangkutan yang digunakan hendaklah ditandatangani oleh Wakil Tapak dan
disahkan oleh Kakitangan Tapak dan hendaklah dihantar kepada Arkitek dan Jurukur Bahan pada julat
mingguan dan rekod muktamat diserahkan tidak lewat daripada empat belas (14) Hari selepas kerja
disiapkan;

11.6(e) kadar dan harga dalam Dokumen Kontrak hendaklah menjadi asas menentukan nilai item-item
yang dipotong. Jika pemotongan ini secara signifikan mengubah keadaan di mana kerja yang berbaki
dilaksanakan, harga bagi kerja yang berbaki hendaklah dinilai di bawah Klausa 11.6(a), (b) atau (c); dan

11.6(f) dalam hal Kuantiti Provisional, kuantiti yang dinaytakan dalam Dokumen Kontrak hendaklah diukur
semuala oleh Jurukur bahan berdasarkan kepada kuantiti sebenar yang dibuat. Kadar dan harga dalam
Dokumen Kontrak hendaklah menjadi penentu kepada penilaian.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

41 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Perbelanjaan Yang Disebabkan Oleh Perubahan


11.7 Di mana satu Perubahan telah menyebabkan atau berkemungkinan akan menyebabkan Kontraktor
menanggung perbelanjaan tambahan yang tidak akan dibayar dibawah peruntukan Klausa 11.6, kontraktor boleh
membuat satu tuntutan untuk perbelanjaan tambahan itu dengan syarat:

11.7 (a) Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada Arkitek tentang niatnya untuk menuntut
perbelanjaan tambahan bersama dengan anggaran awal tuntutannya disokong dengan segala perkiraan
yang perlu. Notis tersebut mestilah diberikan dalam masa dua puluh lapan (28) Hari dari tarikh Arahan
Arkitek atau Pengesahan Arahan Arkitek yang menyebabkan tuntutannya. Pengemukaan notis
hendaklah menjadi syarat awal kepada apa-apa hak kepada perbelanjaan tambahan yang boleh dibuat
oleh Kontraktor di bawah Kontrak.

11.7 (b) dalam masa dua puluh lapan (28) Hari selepas menyiapkan Perubahan tersebut, Kontraktor
hendaklah menghantar kepada Arkitek dan Jurukur Bahan butir-butir lengkap tuntutan perbelanjaan
tambahan berserta segala perkiraan yang akan menyokong tuntutannya. Jika Kontraktor gagal
mengemukakan butir-butir yang diperlukan dalam masa yang ditetapkan (atau dalam masa lebih panjang
yang dipersetujui secara bertulis oleh Arkitek), adalah diandaikan bahawa Kontraktor telah melepaskan
hak mereka kepada perbelanjaan tambahan tersebut.

Akses Kepada Buku Dan Dokumen Kontraktor


11.8 Kontraktor hendaklah menyimpan rekod-rekod yang dikemaskini untuk menyokong segala tuntutan untuk
perbelanjaan tambahan di bawah Klausa 11.7, dan hendaklah mengemukakan segala butiran kepada Arkitek dan
Jurukur Bahan.

Arkitek dan Jurukur Bahan hendaklah mempunyai akses kepada segala buku-buku, dokumen, lapuran, kertas
atau rekod dalam milikan, jagaan atau kawalan Kontraktor yang penting kepada tuntutan dan Kontraktor
hendaklah menyediakan tanpa caj satu salinan kepada Arkitek atau Jurukur Bahan apabila diminta. Semua
dokumen tersebut hendaklah boleh diperolehi mengikut kehendak klausa ini sehingga semua tuntutan
diselesaikan. Kontraktor hendaklah menggunakan keupayaan terbaiknya untuk mempastikan dokumen-domumen
sedemikian yang berada dalam dalam milikan, jagaan atau kawalan sub-kontraktor dan/atau pembekal yang
penting kepada tuntutan juga boleh diperolehi.

Perubahan Dan Perbelanjaan Ditambah Kepada Nilai Kontrak


11.9 Sebaik sahaja Arkitek telah menentukan jumlah Perubahan dan/atau perbelanjaan tambahan yang dituntut
oleh Kontraktor di bawah Klausa 11.7 tersebut, jumlah yang ditentukan itu hendaklah ditambah kepada Nilai
Kontrak. Jika satu Sijil Interim dikeluarkan selepas tarikh penentuan, jumlah yang demikian itu hendaklah
dimasukkan ke dalam sijil.

ULASAN

Dalam pengurusan kontrak, terma Perubahan adalah suatu hal yang amat merisaukan kerana ia selalunya
berkait dengan tambahan kos.

Dua sebab utama berlaku Perubahan adalah;

1. kegagalan dalam penyediaan dokumen tender yang baik yang membawa kepada dokumen kontrak
yang bermasalah; serta
2. perubahan kerana mengikut suka hati majikan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

42 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Dalam kategori pertama, kegagalan penyediaan dokumen lahir dari kecuaian, ketidak-cekapan dan kegagalan
koordinasi arkitek dan konsultan. Ia boleh juga berpunca dari kegagalan arkitek mentafsirkan kehendak dan
keperluan majikan dengan baik.

Dalam kategori kedua, perubahan dipaksa ke atas kontrak atas kehendak majikan yang mungkin berubah fikiran
dari masa ke semasa.

Hakikatnya, tidak semua perubahan itu membawa tambahan kos. Jika semua dokumen kontrak disediakan
dengan baik, perubahan juga boleh membawa kepada kurangan atau dalam banyak keadaan membawa kepada
imbangan kos. Asas sesuatu bangunan sepatutnya sama jika tiada elemen besar yang tertinggal. Jika yang
berubah hanya dari kualiti dan kos maka perubahan akan samada naik atau turun. Tambahan besar hanya
berlaku jika sesuatu yang asalnya tidak ada diadakan.

Arkitek perlu faham bahawa segala perubahan mesti ditangani dengan baik dan berhati-hati. Perubahan yang
kecil mungkin mempunyai implikasi yang besar dan mahal jika ianya tidak dibuat pada masa dan suasana yang
sesuai.

Klausa 11.1

Klausa ini memberikan 5 kategori Perubahan yang diterima dalam Kontrak PAM 2006.

1. Pindaan atau pengubahsuaian rekabentuk, kualiti atau kuantiti Kerja;


2. tambahan, kurangan atau penggantian apa-apa kerja;
3. pindaan jenis atau piawaian apa-apa bahan dan barangan yang akan digunakan dalam Kerja;
4. pindah keluar dari Tapakbina apa-apa kerja yang telah dibuat atau bahan atau barangan yang dibawa
kepadanya oleh Kontraktor bagi tujuan Kerja tetapi tidak termasuk kerja, bahan atau barangan yang tidak
memenuhi keperluan Kontrak;
5. apa-apa pertukaran kepada peruntukan dalam Kontrak dalam hal:
(a) apa-apa had masa kerja,
(b) ruang kerja,
(c) akses kepada atau penggunaan mana-mana bahagian khusus dalam Tapakbina; dan
(d) perlaksanaan dan penyiapan kerja dalam turutan yang khusus

Untuk tidak menjadikan ulasan klausa ini terlalu bersifat akademik, saya tidak akan memasukkan penjelasan
lanjut tentang takrif kepada perkataan-perkataan pindaan, pengubahsuaian, tambahan, kurangan, penggantian
dan pertukaran yang digunakan dalam menceritakan Perubahan. Cukuplah kalau dikatakan bahawa Perubahan
berlaku apabila Kontraktor diarah untuk membekalkan bahan bina dan menyiapkan Kerja yang berbeza daripada
apa yang asalnya dikehendaki daripada mereka.

Klausa ini agak menarik kerana ia juga memasukkan dua perkara lain ke dalam takrif Perubahan.

(a) pemindahan keluar dari tapakbina kerja yang telah siap


(b) pemindahan keluar dari tapakbina bahanbina yang dibawa masuk ke tapakbina untuk tujuan Kerja

Dalam Klausa 11.1(d), Kontrak PAM 2006 memasukkan juga perubahan dalam suasana dan persekitaran untuk
melaksanakan kerja seperti di bawah sebagai suatu Perubahan.

(a) apa-apa had masa kerja;


(b) ruang kerja;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

43 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

(c) akses kepada atau penggunaan mana-mana bahagian khusus dalam Tapakbina; dan
(d) perlaksanaan dan penyiapan kerja dalam turutan yang khusus.

Adanya klausa ini, menuntut arkitek dan konsultan supaya berhati-hati dalam penyediaan dokumen tender.
Suasana kerja yang spesifik atau terhad jika ada dan telah dikenalpasti oleh konsultan di peringkat penyediaan
dokumen mestilah dinyatakan dengan jelas dalam bil kontrak supaya kesukaran itu dapat diletakharga oleh
kontraktor. Jika ianya tidak dapat dikenalpasti oleh konsultan tetapi dijangka akan berlaku maka peruntukan
provisional perlu disediakan.

Bila suasana spesifik boleh berlaku?

Suasana spesifik boleh berlaku dalam beberapa keadaan:

(a) kerja-kerja pengubahsuaian di mana banyak elemen kerja tidak dapat dikenalpasti;
(b) kerja-kerja bawah tanah terutama dalam kawasan yang telah ada pembangunan;

Namun demikian, kontraktor tidak boleh dibenarkan menuntut Perubahan dalam suasana berikut:

(a) had kepada akses dan masa kerja dalam kawasan bandar yang sibuk;
(b) had kerana peraturan semasa perbandaran seperti larangan menyediakan kediaman pekerja, sekatan
masa untuk kerja siang atau malam yang boleh diketahui daripada semakan dengan pihak berkuasa
tempatan;
(c) hal-hal berkaitan dengan Klausa 4.0 Obligasi Statutori, Notis, Fee dan Caj.

Klausa 11.1 (d) ini perlu ditangani dengan baik oleh Arkitek kerana ia membuka ruang yang luas kepada
kontraktor untuk mengemukakan tuntutan Perubahan. Secara umumnya, Perubahan dalam maksud Klausa
11.1(d) ini hanya diiktiraf jika kontraktor tidak melakukan apa-apa kemungkiran kontrak tetapi

(a) diarah oleh Arkitek untuk mempercepatkan kerja,


(b) tidak diberi kebenaran untuk bekerja di mana-mana ruang kerja atas apa-apa sebab,
(c) diminta menyerahkan lebih awal sebahagian kerja; dan
(d) diminta untuk mengubah jadual perlaksanaan kerja yang telah dipersetujui sebelumnya.

Kontrak melalui klausa ini menghormati peranan kontraktor dalam merancang perlaksanaan kerja dan apa juga
kekangan dan halangan kepada perlaksanaan itu perlu dijauhi melainkan jika kontraktor telah melakukan
kemungkiran kontrak seperti kerja yang lewat daripada jadual. [Nota. Isu samada kegagalan mengikut Program
Kerja adalah kemungkiran kontrak diulas dalam artikel lain rujuk Klausa 3.5, 3.6, 3.7 dan 23.6]

Di akhir klausa 11.1 ini dinyatakan bahawa Perubahan tidak dibenarkan jika ianya timbul akibat daripada
kesalahan Kontraktor.

Klausa 11.2

Paling penting dalam klausa ini adalah:

1. Apa juga arahan Arkitek, ianya tidak akan membatalkan Kontrak;


2. Semua arahan hendaklah dilaksanakan oleh kontraktor dengan segera dan dengan ketelitian yang
sewajarnya;
3. Kerja mesti dibuat walaupun harga untuk kerja baru belum dipersetujui;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

44 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

4. Arkitek mempunyai masa sehingga Sijil Muktamat untuk mengesahkan Perubahan yang dibuat tanpa
Arahan.

Dalam hal Perubahan, soalan yang sering ditanya adalah; adakah kuasa Arkitek untuk mengeluarkan arahan
Perubahan tidak terhad dan apakah had kepada Perubahan yang dibenarkan dalam sesuatu kontrak?

Keputusan undang-undang menyatakan bahawa perubahan dibenarkan selagi ianya tidak berubah daripada sifat
dan skop yang fundamental yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sewaktu memasuki kontrak.

PAM 2006 tidak meletak had kepada Perubahan yang boleh diarah oleh Arkitek dalam kontrak. Ia hanya memberi
ruang kepada kontraktor untuk menyoal arahan seperti yang digariskan oleh Klausa 2.2. Terpulanglah kepada
Arkitek untuk menentukan kesesuaian perubahan itu. Jika perubahan itu besar dan berbeza daripada sifat
kerjanya yang asal, maka ada baiknya perubahan itu dilaksanakan di bawah kontrak yang berbeza. Kuasa yang
diberikan kepada Arkitek ini tidak boleh disalahguna bukan sahaja untuk meningkatkan kos kontrak malah tidak
boleh juga untuk mengurangkan secara drastik mana-mana bahagian dalam kontrak sehingga memberi kesan
kepada keuntungan kontraktor. Tidak boleh juga pengurangan dibuat untuk mengeluarkan sebahagian dari kerja
yang merugikan kontraktor atas sebab untuk membantu kontraktor atau menambah kerja yang rendah harga
kontraknya untuk memberi keuntungan kepada majikan. Risiko kerugian dan harapan keuntungan dalam kontrak
yang diambil oleh kontraktor dalam sesuatu kerja hanya dihadkan kepada kontrak yang dimasukinya dan
mengambil untung dari kesilapan perkiraan risiko oleh kontraktor adalah salah dari segi prinsip kontrak.

Peranan Majikan dalam Perubahan.

Walaupun tidak disebut dalam PAM 2006, dalam apa-apa halpun, semua perubahan terutamanya yang berkait
dengan peningkatan kos mestilah dimaklumkan dan dibenarkan oleh Majikan sebelum ianya boleh diarah oleh
arkitek untuk dilaksanakan. Masalah pengenepian Majikan dalam urusan Perubahan ini adalah satu isu yang
cukup sensitif. Kontrak PAM 2006 seolah-olah memberikan cek kosong kepada Arkitek untuk mengeluarkan
arahan perubahan tanpa perlu merujuk kepada Majikan. Sedangkan kontrak adalah di antara Majikan dengan
Kontraktor dan Arkitek bukanlah parti kepada kontrak tersebut.

Arkitek wajar memaklumkan hal ini kepada Majikan diperingkat awal sebaiknya sebelum tender dipanggil. Perlu
dicadangkan suatu mekanisma bagaimana Perubahan perlu diluluskan dan had Perubahan ditetapkan supaya
Arkitek tidak melampaui kuasa yang diamanahkan kepadanya.

Dalam projek kecil dan peribadi, masalah ini mungkin tidak begitu besar. Arkitek mungkin mempunyai hubungan
rapat dengan Majikan dan keputusan dapat dibuat dengan cepat. Masalah akan berganda dengan saiz dan
kompleksiti projek serta saiz dan kompleksiti struktur pengurusan syarikat Majikan. Majikan yang besar mungkin
mempunyai prosedur kewangan tersendiri yang perlu dipatuhi. Adalah baik bagi Arkitek untuk memahami
prosedur Majikan dan melaksanakan tanggungjawabnya dalam ruang yang dibenarkan sahaja. Pun begitu, perlu
diingat besar kecil suatu nilai adalah suatu hal yang relatif. Nilai yang kecil adalah besar bagi individu yang kecil
dan memerlukan tahap kecaknaan yang sama daripada Arkitek.

Klausa 11.3
Klausa ini memberi kuasa kepada Arkitek untuk mengeluarkan Perubahan;

1. Bila-bila masa sebelum Sijil Siap Kerja Praktikal;


2. Selepas Sijil Siap Kerja Praktikal khusus untuk tujuan keperluan
(a) Pihak Berkuasa Berkenaan; dan/atau
(b) Pembekal Perkhidmatan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

45 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Secara khususnya klausa ini menghadkan fungsi arkitek untuk mengeluarkan arahan perubahan hanya setakat
Sijil Siap Kerja Praktikal. Selepas Sijil Siap Kerja Praktikal dikeluarkan, hanya Perubahan dalam hal-hal yang
berkaitan dengan keperluan Pihak Berkuasa dan Pembekal Perkhidmatan dibenarkan.

Klausa ini membantu dari segi memaksa penglibatan kontraktor dalam proses Sijil Siap dan Pematuhan di bawah
UBBL.

Jika dilihat semula kepada Klausa 2, kuasa arkitek untuk mengeluarkan Arahan Arkitek tidak pula dihadkan
sehinggalah Sijil Muktamat dikeluarkan. Jika klausa 2 dan klausa ini dibaca sekali, maka Arahan Arkitek yang
dibenarkan terhad kepada arahan-arahan yang tidak mempunyai implikasi kos samada naik atau turun.
Bagaimana ianya dihadkan kepada arahan yang tidak melibatkan kos adalah suatu hal yang kurang praktikal,
kerana waktu selepas siapkerja inilah biasanya waktu yang digunakan untuk melakukan pelarasan kos tanpa
menunggu tempoh Akaun Muktamat yang lebih panjang.

Dalam realiti kontrak pembinaan, tempoh daripada Sijil Siap Kerja Praktikal sehingga Sijil Muktamat adalah
tempoh yang panjang. Ia termasuk Tempoh Tanggungan Kecacatan (Appendiks - 12 bulan), tempoh
mengeluarkan Senarai Kecacatan (Klausa 15.4 - 14 hari) dan tempoh Membaiki Kecacatan (Klausa 15.4 - 28
hari). Klausa 30.10 pula menetapkan tempoh 15 bulan untuk Sijil Muktamat selepas Sijil Siap Kerja Praktikal.

Selepas Sijil Siap Kerja Praktikal, Majikan memasuki bangunan yang telah disiapkan dan pada peringkat ini
mereka akan melalui proses penyesuaian. Pastinya ada saja yang tidak sempurna dan perlu ditambah-baik.
Menghadkan kuasa Arkitek untuk mengeluarkan Perubahan pada peringkat ini akan menimbulkan masalah yang
tersendiri. Walaubagaimanapun, ini bukanlah suatu masalah yang besar kerana apa juga perubahan boleh
diminta oleh Majikan dan jarang sekali dibantah Arkitek atau Kontraktor. Jika diminta oleh Majikan, tidak ada
sebab untuk Arkitek menggunakan klausa ini untuk tidak mengeluarkan Arahan Perubahan.

Klausa 11.4

Klausa ini menyentuh kewajipan Arkitek untuk mengeluarkan arahan arkitek dalam 2 perkara;

1. Untuk membelanjakan Wang Kos Prima dan Peruntukan Provisional dalam Bil Kontrak.
2. Untuk membelanjakan Wang Kos Prima yang terbit daripada arahan membelanjakan Peruntukan
Provisional

Secara khusus, ia mewajibkan pengeluaran Arahan Perubahan sebelum Wang Kos Prima dan Peruntukan
Provisional boleh dibelanjakan. Klausa ini perlu dibaca bersama Klausa 11.9. Perubahan yang diarah menjadikan
Nilai Kontrak berubah dan bayaran bagi kerja yang berkaitan mesti dibayar dalam sijil kemajuan yang berikutnya.

Klausa 11.5

Klausa ini menyentuh mengenai penilaian untuk Perubahan;

1. Tanggungjawab Jurukur Bahan dalam penilaian untuk mengukur dan menilai kerja yang dibuat di
tapakbina;
2. Tanggungjawab Kontraktor menyediakan bantuan kepada Jurukurbahan dalam penilaian;
3. Peluang kepada Kontraktor untuk hadir dan mengambil nota dan pengukuran.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

46 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Dalam Kontrak PAM 2006 Dengan Kuantiti, Perubahan terbahagi kepada;

1. Perubahan kerana Arahan Arkitek untuk kerja-kerja baru (Klausa 11.1 (a) hingga (d)).
2. Perubahan kerana Arahan Arkitek untuk membelanjakan Peruntukan Provisional (Klausa 11.4);
3. Perubahan kerana perlantikan Sub-Kontraktor Dinamakan (Klausa 11.4);
4. Perubahan kerana tambahan kerja untuk memasukkan semula kerja yang ada dalam lukisan tetapi
tertinggal dalam bil kontrak (Klausa 12.2);

Dalam Klausa 30, kontrak mensyaratkan permohonan untuk penilaian interim dibuat oleh kontraktor kepada
Jurukurbahan. Penilaian untuk Perubahan juga harus melalui proses permohonan yang sama. Jurukurbahan
yang menerima tuntutan bertanggungjawab melakukan pengukuran di tapakbina dan tidak hanya bergantung
kepada dokumen yang dikemukakan oleh kontraktor sahaja.

Walaupun klausa ini hanya memberi peluang kepada kontraktor untuk hadir dan mengambil nota, amalan
biasanya adalah berbeza. Kontraktor biasanya diwajibkan hadir untuk menjelaskan tuntutan dan menunjuk
bahanbina dan kerja yang dituntut oleh mereka ditapakbina. Penilaian juga biasanya menggunakan format dan
proforma yang tetap di mana semua kuantiti yang dipersetujui bersama antara Jurukurbahan dan kontraktor
sahaja akan dimasukkan ke dalam penilaian. Persetujuan tentang cara penilaian ini jika tidak ada dalam kontrak
biasanya dibuat diperingkat awal kerja sebelum penilaian pertama.

Ada isu samada tuntutan dari kontraktor itu suatu yang mesti sebelum penilaian boleh dibuat; ada dua
pandangan di sini. Satu pihak menggunakan Klausa 30 secara literal dan berpegang bahawa jika tiada tuntutan
maka tiada penilaian. Satu pihak lagi, berpendapat bahawa Jurukurbahan berperanan membuat penilaian secara
tetap mengikut Klausa 30.1 dan 30.13. Saya lebih menyetujui pendapat kedua atas alasan berikut:

1. Nilai kemajuan sebenar dapat dinilai dan direkod walaupun nilai kerja mungkin sifar bagi kerja yang
digantung atau ditingalkan.
2. Kontraktor tiada alasan untuk menuduh Arkitek atau Jurukurbahan sebagai lewat atau tidak
menyediakan sijil bayaran.
3. Bayaran kemajuan oleh Majikan walaubagaimanapun kecilpun jumlahnya adalah bukti pematuhan
Majikan kepada perjanjian.
4. Nilai yang kecil adalah bukti kepada kegagalan Kontraktor untuk melaksanakan kerja dengan baik.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

47 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

48 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Klausa 11.7

Klausa ini menyentuh hak kontraktor untuk membuat tuntutan kepada kos tambahan yang terpaksa ditanggung
akibat Perubahan yang tidak disebut bawah Klausa 11.6. Kos tambahan perlu dituntut berdasarkan kepada 2
syarat;

1. Notis kepada arkitek beserta anggaran awal yang disokong oleh dokumen dalam masa 28 hari selepas
terima arahan;
2. Tuntutan muktamat dalam masa 28 hari selepas siap kerja Perubahan tersebut.

Walaupun pada dasarnya, kelonggaran yang diberikan kepada kontraktor untuk menuntut tambahan kos akibat
perubahan adalah wajar dan baik, syarat yang diberikan agak berat untuk dipatuhi. Ia mungkin sesuai bagi
kontraktor besar yang mempunyai kakitangan tuntutan yang khusus tetapi ia menjadi beban kepada kontraktor
kecil yang biasanya lebih menumpukan kepada kerja fizikal dan meninggalkan tuntutan diperingkat akhir selepas
kerja siap. Kita faham bahawa syarat seperti ini baik dari segi pengurusan kewangan dan dokumentasi tetapi ia
juga boleh menjadi suatu beban kepada kontraktor. Kontraktor yang bimbang dengan penolakan kos akibat hal
teknikal (seperti pengemukaan lewat, ketiadaan anggaran awal) akan cenderung untuk memilih tidak
melaksanakan arahan perubahan sehingga cadangan harga mereka diluluskan. Dalam hal yang segera dan
terdesak, ia akan menimbulkan masalah kepada kelancaran kerja. Arkitek boleh menggunakan budibicara
mereka dibawah klausa ini (11.7(b) - atau dalam masa lebih panjang yang dipersetujui secara bertulis oleh
Arkitek), untuk memberi keadilan kepada Kontraktor.

Klausa 11.8

Klausa ini menyentuh tanggungjawab kontraktor untuk:

1. Menyediakan rekod yang kemaskini;


2. Membenarkan arkitek dan jurukur bahan akses kepada rekod;
3. Hak untuk akses kepada rekod termasuk rekod sub-kontraktor.

Klausa 11.9

Klausa ini menyatakan kewajipan Arkitek untuk

1. Menambah kos daripada Perubahan ke dalam Nilai Kontrak.


2. Bayaran kepada kerja Perubahan mesti dibayar kepada kontraktor dalam Sijil Interim selepas Nilai
Kontrak diubah.

Kesan dari pemakaian klausa ini, nilai kontrak mungkin akan mengalami perubahan samada naik atau turun
setiap kali Perubahan diarah oleh Arkitek. Nilai ini akan dicatit dalam Sijil Kemajuan.

Dalam kontrak yang biasa, perubahan akan berlaku dalam hal berikut:

1. Penilaian dan pengukuran kerja-kerja provisional seperti kerja tanah, cerucuk, kerja jalan dan
longkang, kerja bawah tanah dll;
2. Arahan untuk membelanjakan kerja-kerja provisional.
(a) Kos sebenar ditentukan melalui proses sebutharga; samada sebutharga oleh Kontraktor sahaja atau
oleh kontraktor bersama beberapa penender lain;
(b) Kos ditentukan secara rundingan terus dengan Kontraktor.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

49 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

3. Adakalanya peruntukan provisional yang besar ditukar melalui Arahan Arkitek menjadi Wang Kos
Prima dan tender sub-kontrak dipanggil sebelum Sub-Kontraktor DiNamakan dipilih.

Apa juga keputusan untuk membelanjakan wang dalam peruntukan provisional mesti dibuat dengan persetujuan
bertulis daripada Majikan, walaupun kontrak tidak menyebut apa-apa tentang prosedur.

Perubahan nilai kontrak memberi kesan kepada elemen-elemen yang dihargakan sebagai peratusan daripada
nilai kontrak. Antaranya, nilai bon perlaksanaan, had pemotongan Wang Tahanan (dan yang berkait dengannya)
serta nilai insuran; yang biasanya disebut dalam Surat Setujuterima. Walaubagaimanapun dalam amalan biasa,
elemen-elemen ini dikekalkan pada nilai yang pertama kali digunakan dan tidak berubah-ubah setiap kali ada
perubahan.

ARTIKEL 7

BAYARAN KEMAJUAN DAN HAK KONTRAKTOR DI BAWAH KONTRAK


PAM 2006

1.0 Objektif

Artikel ini akan cuba mengupas isu berhubung bayaran kemajuan dalam satu kerja pembinaan sebagaimana
yang digariskan dalam Kontrak PAM 2006.

2.0 Memahami sifat kontrak

Penting difahami sifat kontrak pembinaan dari aspek bayaran kemajuan.

Kontrak pembinaan menggunakan PAM 2006 diasaskan kepada 2 prinsip;

2.1 Pembiayaan awal yang terhad disediakan oleh kontraktor untuk memulakan kerja;

2.2 Pembayaran yang tetap oleh majikan kepada kontraktor atas perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh
mereka dalam bentuk kerja yang siap dan diterima.

Bayaran kemajuan adalah talian hayat kepada kemajuan dan perjalanan suatu kerja pembinaan. Kontraktor
memasuki suatu kontrak dengan kefahaman bahawa mereka mesti meyediakan sejumlah wang yang asas untuk
membiayai permulaan pembinaan. Bila kerja telah berjalan mereka akan dibayar secara tetap dan berkala.
Kontraktor tidak diharapkan untuk membiayai kerja sepenuhnya dan mengutip bayaran apabila kerja siap.
Kaedah ini baik kerana kos modal kontraktor adalah kecil dan majikan hanya membayar kerja yang siap sahaja.
Jika kontraktor diperlukan membiayai sepenuhnya pembinaan, maka kos modal pastinya lebih tinggi dan kos ini
akan dimasukkan ke dalam harga lalu meningkatkan nilai kontrak.

3.0 Asas

Asas kepada apa-apa bayaran yang boleh dibayar kepada kontraktor adalah;

3.1 Nilai kontrak yang dipersetujui dalam Artikel 2 Artikel Perjanjian dan Surat Setuju Terima.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

50 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Nilai kontrak berbeza antara kontrak pakej di mana semua kerja dibuat oleh kontraktor atau kontrak yang
mengandungi peruntukan provisional dan wang kos prima. Peruntukan provisional dan wang kos prima mungkin
dibayar kepada pihak lain atau boleh juga kepada kontraktor sendiri. Kerja dalam Peruntukan provisional
biasanya dilaksanakan oleh kontraktor sendiri sementara wang kos prima dilaksanakan oleh sub-kontraktor yang
akan dipilih oleh majikan dan kemudiannya diletak di bawah tanggungjawab kontraktor.

Kerja peruntukan provisional dan wang kos prima tidak boleh dibuat dan wang peruntukan provisional dan wang
kos prima tidak boleh dibelanjakan sehingga satu arahan perubahan dikeluarkan. Rujuk Klausa 11.4.

3.2 Kerja yang nyatakan dalam dokumen kontrak termasuk kerja yang tersirat.
Kerja dinyatakan dalam dokumen kontrak dalam bentuk lukisan, senarai kuantiti, dan spesifikasi (rujuk Klausa
1.1). Kerja tersirat adalah cara kerja yang wajar diketahui oleh kontraktor dan diharap oleh kontrak daripada
mereka (rujuk Klausa 1.2).

4.0 Bila kontraktor mesti dibayar?

Kontraktor mesti dibayar mengikut ketetapan kontrak.

4.1 Permohonan untuk bayaran mesti dibuat oleh kontraktor (lihat Klausa 30.1);
4.2 Penilaian kerja mesti dibuat berkala pada Julat Tuntutan Interim (tarikh atau julat masa yang dipersetujui
bersama antara majikan, konsultan dan kontraktor). Jika tidak disebut lain dalam Appendiks, ia mesti dibuat
setiap bulan;
4.3 sijil kemajuan kerja mesti disediakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh menerima permohonan mengikut
Klausa 30.1;
4.4 sijil mesti dibayar mengikut Tempoh Menunaikan Sijil dalam Appendiks. Jika tidak disebut lain, ia mesti
dibayar tidak lewat dari 21 hari dari tarikh sijil.

5.0 Hak kontraktor jika tidak dibayar.

Jika kontraktor tidak dibayar sebagaimana sijil, mereka mempunyai 4 hak di bawah kontrak PAM 2006.

5.1 Klausa 26.1 (a) membenarkan penamatan oleh Kontraktor;


5.2 Klausa 30.7 membenarkan penggantungan kerja ;
5.3 Kelewatan atau kegagalan membayar sijil kemajuan adalah suatu kemungkiran kontrak. Klausa 23.8 (m)
membenarkan apa-apa kemungkiran kontrak untuk dijadikan peristiwa yang membenarkan lanjutan masa.
5.4 Klausa 30.17 membenarkan bayaran faedah atas jumlah yang tidak dibayar dalam mana-mana sijil pada
kadar BLR (base lending rate) Maybank campur 1 persen setahun sehingga penyelesaian.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

51 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

12.0 BIL - BIL KONTRAK

Pengukuran kerja bangunan

12.1 Kualiti dan kuantiti bagi kerja yang termasuk dalam Nilai Kontrak hendaklah sepertimana yang dinyatakan
dalam Bil Kontrak dan melainkan jika dinyatakan sebaliknya, hendaklah disediakan mengikut prinsip-prinsip
Kaedah Piawai Pengukuran Kerja Bangunan (Standard Method Of Measurement Of Building Works) yang
diluluskan oleh Institut Jurukur Bahan Malaysia dan masih berkuatkuasa.

Pembetulan kesilapan atau kurangan

12.2 Melainkan dinyatakan sebaliknya, kontrak ini adalah Kontrak Pukal (Lump Sum Contract). Apa-apa
kesilapan dalam deskripsi, kuantiti atau kurangan item dalam Bil Kontrak tidak akan membatalkan Kontrak dan
hendaklah dibetulkan oleh Arkitek atau Konsultan.

ULASAN

Klausa 12.1 ini menjelaskan 2 perkara penting iaitu;

1. Apa-apa yang dinyatakan dalam Bil Kontrak membentuk keseluruhan kerja yang diberi harga dalam Nilai
Kontrak; dan
2. kaedah yang digunakan dalam penyediaan Bil Kontrak mestilah mematuhi SMM atau Kaedah Piawai
Pengukuran Kerja Bangunan yang diluluskan oleh Institut Jurukur Bahan Malaysia .

Secara tidak langsung, apa yang tidak disebut dalam Bil Kontrak samada kerana tertinggal atau kerana apa-apa
sebab lain tidak boleh dianggap sebagai telah dirangkumi dalam Nilai Kontrak. Dengan itu klausa ini
mengutamakan bil kontrak daripada lukisan.

Klausa ini juga menyebut bahawa penyediaan bil mesti berdasarkan kepada kaedah yang digubal dalam SMM
atau Kaedah Piawai Pengukuran Kerja Bangunan. Ia hampir membawa pengertian bahawa hanya Jurukurbahan
sahaja yang boleh menyediakan bil.

SMM atau Kaedah Piawai Pengukuran Kerja Bangunan adalah kaedah yang ditetapkan oleh Institut
Jurukurbahan Malaysia dalam penyediaan bil. SMM mula digunakan di Malaysia dalam tahun 1959 dan versi
SMM2 yang digunapakai hari ini digunakan sejak Mei 2000.

Apa yang penting difahami daripada SMM adalah kaedah di mana SMM menyebut bahawa semua kos yang
diberi harga oleh penender atau kontraktor dalam harga Kontrak diandaikan sebagai telah memasukkan kos-kos
berikut:

1. Buruh dan semua kos yang berkait dengannya;


2. Bahanbina, barangan dan segala kos yang berkaitan dengannya seperti penyampaian, penghantaran,
punggah-memunggah, storan, pemulangan kotak pembungkus, pengendalian, mengangkat dan
menurunkan dsb;
3. Memasang, melekat dan meletaksiap bahanbina dan barangan ke tempatnya;
4. Loji dan semua kos yang berkait dengannya;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

52 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

5. Bahanbina yang dibuang;


6. Semua reja dan lebihan; dan
7. Kos syarikat, caj overhead dan keuntungan.

Klausa 12.2 berikutnya menyatakan bahawa kekurangan dalam bil tidak membatalkan Kontrak tetapi hendak
diperbetulkan oleh arkitek atau konsultan. Klausa ini perlu kerana sesuatu yang tertinggal dalam bil itu mungkin
penting kepada kelangsungan kerja dan tidak boleh ditiadakan. Di mana berlaku tinggalan, kuasa untuk
membetulkan kesilapan dan memasukkan item atau elemen yang tertinggal diberikan kepada Arkitek.

Pembetulan hanya boleh dibuat melalui Arahan Arkitek yang akan menjadikan ia suatu Perubahan.

Atas prinsip ini, Arkitek dan konsultan mempunyai kewajipan untuk amat berhati-hati dalam penyediaan Bil
Kontrak. Walaupun kuasa untuk membuat pembetulan ada pada Arkitek, pembetulan tidak wajar diarah
sewenang-wenangnya. Tidak ada Majikan yang akan menerima Perubahan dengan mudah apalagi jika ia
mengakibatkan kenaikan kos.

Antara masalah besar dalam pengurusan kontrak dengan kuantiti adalah kegagalan atau ketidakupayaan
menterjemah lukisan dengan tepat ke dalam perkataan. Suatu objek yang bulat tidak akan sama dengan suatu
objek yang bersegi empat walaupun ia dibuat daripada bahan yang sama dan memerlukan jumlah bahan yang
sama.

Hal ini menjadi lebih sulit kerana adalah menjadi amalan biasa dalam tender berasaskan kuantiti untuk tidak
menyertakan lukisan yang lengkap untuk menjimatkan kos dokumen tender dan penender hanya diminta merujuk
kepada Dokumen Meja Tawaran untuk melihat sepintas lalu kompleksiti rekabentuk bangunan.

Saya percaya bahawa arkitek yang sensitif kepada pentafsiran oleh jurukurbahan akan samada memastikan
lukisan dan butiran yang lengkap dimasukkan ke dalam dokumen tender atau mempastikan elemen-elemen
istimewa dalam rekabentuk mereka disebut secara khusus dalam bil. Perlu sentiasa ada imbangan antara
perkataan dan lukisan. Lukisan bukan sahaja disertakan malah nombor lukisan yang dirujuk dinyatakan dalam bil.

Klausa 12.2 juga menyebut kontrak ini adalah Kontrak Pukal (Lump Sum Contract). Ini menimbulkan banyak
kekeliruan.

Istilah kontrak pukal adalah kata-lawan kepada kontrak dengan kuantiti. Menyebut bahawa kontrak dengan
kuantiti ini adalah kontrak pukal adalah suatu hal yang boleh mengelirukan. Dalam hal ini, kita mesti memahami
dua perkara asas;

1. Kata-lawan bagi kontrak dengan kuantiti adalah kontrak tanpa kuantiti.


2. Dalam kontrak PAM 2006, terma kontrak pukal merujuk kepada aspek yang berbeza yang akan saya
cuba terangkan di bawah.

Apakah sebenarnya maksud Nilai Pukal di sini?

Takrif kontrak pukal diberikan dalam Artikel 7(ah) sebagai satu harga Kontrak tetap dan tidak tertakluk kepada
pengukuran semula atau pengiraan semula kecuali untuk Kuantiti Provisional dan Perubahan.

Nilai Pukal ini merujuk kepada Klausa 1.1 dalam Syarat-syarat Kontrak. Kontraktor perlu melaksanakan dan
menyiapkan Kerja sebagaimana Dokumen Kontrak dan hendaklah menyediakan bahanbina, barangan dan
piawaian mutu-kerja sebagaimana kualiti dan piawaian yang diterangkan dalam dokumen. Bil kontrak

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

53 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

menyatakan kuantiti bahan tetapi tidak memperincikan tentang cara kerja. Cara kerja, piawaian mutu-kerja dan
kualiti dirangkum dalam istilah pukal tersebut.

Perbandingan antara maksud Nilai Pukal dalam antara Kontrak PAM 2006 Dengan Kuantiti dengan Kontrak PAM
2006 Tanpa Kuantiti.

Adalah penting dibandingkan antara Kontrak PAM 2006 Dengan Kuantiti dengan Kontrak PAM 2006 Tanpa
Kuantiti sebagaimana di bawah. Ini kerana, kedua-duanya (Klausa 12.2 Kontrak PAM 2006 Dengan Kuantiti) dan
(Klausa 12.2 Kontrak PAM 2006 Tanpa Kuantiti) menyebut kontrak ini adalah Kontrak Pukal (Lump Sum
Contract).

PAM 2006 (Dengan Kuantiti)


Pembetulan kesilapan atau kurangan
Melainkan dinyatakan sebaliknya dengan nyata, kontrak ini adalah Kontrak Pukal (Lump Sum Contract). Apa-apa
kesilapan dalam deskripsi, kuantiti atau kurangan item dalam Bil Kontrak tidak akan membatalkan Kontrak dan
hendaklah dibetulkan oleh Arkitek atau Konsultan.

PAM 2006 (Tanpa Kuantiti)


Pembetulan kesilapan atau kurangan
Melainkan dinyatakan sebaliknya dengan nyata, kontrak ini adalah Kontrak Pukal (Lump Sum Contract) dan
hendaklah diandaikan telah memasukkan segala kerja-kerja dan perbelanjaan, yang mungkin telah atau tidak
disebut secara khusus atau dinyatakan dalam Dokumen Kontrak, tetapi samada tidak boleh ditiadakan untuk
menyiapkan kerja atau yang mungkin menjadi perlu untuk mengatasi kepayahan-kepayahan sebelum siapkerja.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

54 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

13.0 NILAI KONTRAK

Nilai Kontrak tidak boleh diubah atau dipinda

13.1 Nilai Kontrak hendaklah tidak diubah atau dipinda dalam apa cara sekalipun melainkan menurut peruntukan-
peruntukan yang jelas dalam Kontrak. Apa-apa kesilapan arithmetik atau apa-apa kesilapan pada harga dan
kadar harga hendaklah dibetulkan dan/atau diselaraskan oleh Arkitek atau Konsultan tanpa mengubah Nilai
Kontrak sebelum Kontrak ditandatangani.

ULASAN

Apa itu Nilai Kontrak?

Nilai kontrak ialah nilai dalam Ringgit Malaysia yang dimasukkan oleh penender dalam borang tender. Ada nilai
yang bertulis secara deskriptif (Ringgit Malaysia Lima Juta Sahaja) dan ada nilai yang ditulis dengan angka (RM
5,000,000.00). Jika ada ketidaksamaan, nilai deskriptif akan mengatasi nilai angka.

Semasa tender dikemukakan, Artikel Perjanjian tidak diisi. Biasanya Borang Kontrak hanya samada disebut atau
disertakan sebagai rujukan sahaja.

Nilai Kontrak ini dianggap sebagai telah memasukkan semua jumlahan daripada Ringkasan Tender (Summary of
Tender). Jika ada kesilapan dalam penjumlahan Ringkasan Tender atau jika nilai dalam Borang Tender berbeza
dengan nilai bertulis dalam Borang Tender, nilai Borang Tender digunapakai.

Klausa ini menyentuh 2 hal utama:

1. Nilai Kontrak tidak boleh diubahsuai atau dipinda dalam apa cara sekalipun melainkan dengan
menurut peruntukan-peruntukan yang jelas dalam Kontrak dan tertakluk kepada Klausa 12.2.

2. Apa-apa kesilapan samada arithmetik atau sebaliknya dalam pengiraan Nilai Kontrak, hendaklah
dianggap sebagai telah diterima oleh pihak-pihak terlibat Majikan dan Kontraktor. Apa-apa kesilapan
arithmetik atau apa-apa kesilapan pada harga dan kadar harga hendaklah dibetulkan dan diubahsuai
oleh Arkitek atau Jurukur Bahan sebelum Kontrak ditandatangani.

Semua pembetulan dan pengubahsuaian kesilapan-kesilapan tersebut tidak akan memberi kesan kepada Nilai
Kontrak tetapi jumlah agregat bersih bagi perbezaan di antara nilai yang diubahsuai dengan Nilai Kontrak ,
samada ianya kurangan bersih atau tambahan bersih hendaklah dikira sebagai peratusan daripada jumlah
keseluruhan yang diubahsuai dan semua harga dalam Senarai Kuantiti hendaklah tertakluk kepada peratusan
diskaun atau tambahan sebagaimana sepatutnya. Walaubagaimanapun Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan
Provisional (dan apa-apa jumlah yang serupa) dikecualikan daripada pengiraan dan tidak tertakluk kepada
penyesuaian peratusan tersebut.

Penetapan Nilai Kontrak ini penting kerana ianya adalah asas kepada penentuan peratusan Wang Tahanan,
Gantirugi (LAD) dan sebagainya.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

55 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Bilakah kontrak ditandatangani?

Hal ini menarik untuk dibincangkan.

Dalam amalan biasa, kontrak dianugerah kepada Kontraktor selepas proses penilaian tender dengan nilai yang
diisi dalam Borang Tender. Anugerah dibuat menggunakan Surat Setuju Terima. Surat Setuju Terima antara lain
menyebut bahawa, sehingga perjanjian formal ditandatangani, perjanjian ini adalah mengikat antara kedua-dua
pihak.

Dari sudut kontrak, Surat Setuju Terima adalah kontrak yang sah dan mengikat. Walaubagaimanapun, lumrah
kontrak pembinaan mengizinkan hal-hal cabang dalam kontrak diperhalusi dan diperbaiki bukan sahaja setakat
perjanjian formal ditandatangani malah hingga ke akhir kontrak. Kerana itulah kontrak pembinaan mempunyai
klausa 11.2 serta ayat hikmat, tiada perubahan yang diperlukan oleh Arkitek akan membatalkan Kontrak.

Kontrak PAM 2006 tidak menetapkan had masa bagi menandatangani perjanjian yang formal. Rujukan boleh
dibuat kepada amalan Kerajaan yang menetapkan kontrak formal mesti ditandatangani dalam masa empat bulan.
Walaubagaimanapun ini bergantung kepada tempoh kontrak itu sendiri. Kontrak formal tidak menjadi syarat untuk
penilaian dan pembayaran sijil kemajuan tetapi ketiadaan harga yang diselaraskan akan menimbulkan kesukaran
yang tersendiri khususnya dalam menilai Perubahan.

Pemakaian klausa ini, khususnya dalam hal penyelarasan harga telah menimbulkan banyak masalah dan tidak
disukai oleh Majikan dan Kontraktor juga. Ada Majikan yang mengambil pendekatan yang berbeza dalam sistem
pemilihan kontraktor dan menggunakan kaedah yang berbeza. Ada kalanya, rundingan dan penetapan harga
baru dibuat sebelum anugerah dan adakalanya kontrak diubah daripada nilai berasaskan kuantiti kepada nilai
pukal. Hal ini akan dibincang lebih lanjut dalam ruangan akan datang.

KENAPA PENYELARASAN DIPERLUKAN?

1. Untuk memahami klausa ini, perlu difahami proses tender, penilaian, pemilihan, setujuterima tender dan
kontrak. Ia melibatkan dokumen-dokumen seperti;

1.1 Arahan kepada penender;


1.2 Ringkasan Tender;
1.3 Borang Tender;
1.4 Surat Setujuterima Tender; dan
1.5 Artikel Perjanjian

2. Artikel Perjanjian (atau Borang Kontrak PAM 2006) itu sendiri biasanya tidak disertakan dalam dokumen
tender. Tetapi ia mesti disebut dalam Arahan kepada Penender. Tujuan sebutan ini adalah untuk mempastikan
kontraktor tahu bentuk kontrak yang akan dimasukinya jika disetujuterima. Dia dianggap sebagai mempunyai
pengetahuan tentang kontrak yang akan dimasuki sesuai dengan kedudukannya sebagai kontraktor yang
berdaftar. Memasukkan Artikel Perjanjian jika dibuat adalah suatu amalan professional yang cermat dan baik
untuk mengelakkan pertikaian masa depan.

3. Begitu juga, draf Surat Setujuterima Tender biasanya disertakan dalam dokumen tender supaya kontraktor
dapat tahu risiko yang akan dihadapinya.

4. Setelah penilaian dibuat dan keputusan pemilihan dicapai, Majikan akan mengeluarkan Surat Setujuterima
Tender kepada Kontraktor.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

56 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

5. Surat setuju terima ini mengikat kedua-dua pihak dan menjadi kontrak yang sah walaupun kontrak pembinaan
sebenar tidak dijilid dimeterai dan disetem.

6. Perlu difahami bahawa suatu kontrak kerja pembinaan yang sah terbentuk apabila surat setuju terima
dikeluarkan oleh Majikan dan ditandatangani oleh Kontraktor.

7. Penyelarasan boleh dibuat selepas setujuterima.

8. Penyelarasan kepada nilai kontrak adalah dibenarkan dalam klausa 13.1.

9. Ia mesti dibuat sebelum kontrak dimeterai.

10. Sering berlaku kontrak tidak dimeterai walaupun setelah siap kerja bagi projek jangka pendek.

11. Bayaran kemajuan boleh dibuat walaupun tanpa kontrak.

12. PAM 2006 tidak meletakkan had masa untuk kontrak dimeterai.

13. Kenapa penyelarasan nilai kontrak diperlukan?

13.1 Membetulkan kesilapan pengiraan antara senarai kuantiti, ringkasan tender dan borang tender;

13.2 Mengubah nilai kontrak kepada nilai yang dirundingharga sebelum setuju-terima dan menyelaras
pecahan-pecahan harga.

13.3 Menyusun semula beban nilai (weightage value) supaya mengikut peratusan nilai kerja yang
sewajarnya khususnya untuk mengurangkan beban hadapan (front loading) dalam harga kontrak dan
mempastikan kontraktor mempunyai baki kewangan yang cukup diperingkat akhir kerja.

14. Nilai kontrak sebagaimana dalam borang tender adalah asas untuk Majikan menerima tawaran
kontraktor. Dalam amalan yang lumrah ia tidak boleh dipinda. Nilai tender kontraktor mestilah sama
dengan nilai dalam surat setujuterima tender. Namun demikian, perkembangan dalam sistem tender dan
kontrak telah mengubah kaedah ini. Banyak tender yang mutakhir dimuktamatkan nilai kontraknya
setelah dirundingharga sebelum setujuterima tender dicapai.

15. Juga berlaku di mana tender yang dipanggil dengan kuantiti dirundingharga dan dimuktamatkan
sebagai kontrak tanpa kuantiti. Dalam kaedah ini, biasanya penender terlebih dulu samada disenarai
pendek atau dipilih untuk rundingan dan diberi masa untuk membuat pengukuran semula sendiri.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

57 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

14.0 BAHANBINA DAN BARANGAN

Bahanbina dan barangan tidak boleh dipindahkan

14.1 Bahanbina atau barangan yang telah dihantar ke Tapakbina untuk dimasukkan ke dalam kerja-kerja kekal
hendaklah tidak dipindahkan sehingga siap Kerja melainkan setelah diperolehi kebenaran sebelumnya secara
bertulis daripada Arkitek, yang mana kebenaran itu hendaklah tidak ditolak atau ditangguh secara yang tidak
wajar.

Bahanbina dan barangan yang termasuk dalam Sijil

14.2 Di mana nilai untuk bahanbina atau barangan sedemikian telah dimasukkan ke dalam mana-mana Sijil
Interim mengikut Klausa 30.2 yang mana Majikan telahpun membuat bayaran, bahanbina dan barangan tersebut
adalah menjadi harta Majikan.

Tanggungjawab keatas bahanbina dan barangan

14.3 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab kepada apa-apa kehilangan dan/atau kerosakan pada bahanbina
dan barangan termasuk bahanbina dan barangan yang dibekalkan oleh Sub Kontraktor Dinamakan dan
Pembekal Dinamakan.

Waranti hak atas bahanbina dan barangan

14.4 Kontraktor hendaklah dianggap sebagai telah secara sahih memiliki hak yang bebas daripada apa-apa
pajakan ke atas apa-apa bahanbina dan barangan apabila nilai bagi apa-apa bahan dan barangan tersebut telah
dimasukkan dalam permohonan bayaran yang dibuat di bawah Klausa 30.1. Dalam hal di mana Kontraktor
didapati mengemukakan waranti secara palsu, apa-apa kerugian yang dialami oleh Majikan hendaklah
ditanggung-ganti oleh Kontraktor atau dibuat potongan balik di bawah Klausa 30.4.

ULASAN

Walaupun klausa ini pendek dan ringkas, perhatian perlu diberikan oleh arkitek kerana klausa ini telah melahirkan
beberapa pertikaian yang kemudiannya diputuskan sebagai rujukan penghakiman. Perlu difahami rantaian
pergerakan bahanbina daripada pemilihan, pembelian oleh kontraktor, penghantaran ke tapakbina, pemasangan
dan siapguna bahan tersebut.

Berdasarkan kepada PAM 2006, bahanbina yang hendak dibawa ketapakbina mestilah bahan yang telah
dinyatakan dalam bil kontrak dan diluluskan oleh arkitek.

PAM 2006 secara jelas menyatakan bahawa bahanbina yang boleh dibayar dalam sijil interim hanyalah
bahanbina yang akan digunakan secara kekal dalam pembinaan. Ia tidak mengira bahanbina yang digunakan
untuk kerja-kerja sementara.

Batu, pasir, simen, besi tetulang, cerucuk dan sebagainya boleh dibayar.

Kayu, papan lapis, sheet pile, perancah dan sebagainya tidak dikira.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

58 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Kontraktor membeli bahanbina itu dan membawanya ke tapakbina. Pembelian mungkin dalam bentuk tunai atau
hutang. Belian tunai memberikan hak mutlak barangan kepada kontraktor tetapi hak itu tidak wujud jika ia dibeli
secara hutang. Kontraktor kemudian membawa bahanbina ke tapakbina. Bahanbina ini belum menjadi milik
Majikan sehinggalah ia dinilai, dimasukkan ke dalam sijil interim dan dibayar. Selagi ia tidak dibayar oleh Majikan
ianya adalah milik kontraktor. Jika kontraktor juga belum membayar pembekal, bahanbina itu adalah milik
pembekal.

Masalah timbul dalam dua keadaan;

1. apabila bahanbina dibayar oleh Majikan tetapi kontraktor tidak membayar pembekal; dan
2. apabila bahanbina siap dipasang oleh kontraktor tetapi belum dibayar oleh Majikan.

Keputusan penghakiman di England menggariskan dua prinsip utama dalam soal ini.

1. apabila bahanbina dibayar oleh Majikan tetapi kontraktor tidak membayar pembekal, maka hak ke atas
bahanbina tersebut kekal pada penjual asal dan Majikan perlu membayar kepada pembekal [sekalipun
telah membayar kepada kontraktor sebelumnya] selagi bahanbina itu tidak dipasang. (Dawber Williamson
vs Humberside County Council [1979])
2. apabila bahanbina siap dipasang oleh kontraktor, pembekal asal tidak lagi boleh menuntut hak atas
bahanbina tersebut kerana bahanbina itu telah berubah sifat. (Borden (UK) Ltd vs Scottish Timber [1981])

Arkitek juga perlu memahami prinsip jualbeli yang digariskan oleh Akta Jualan Barangan1957.

Seksyen 25(1) menyebut bahawa penjual menyimpan hak untuk melupuskan barangan sehingga syarat-syarat
yang ditetapkan oleh penjual dipenuhi. Syarat yang paling ketara ialah menerima bayaran penuh. Ini bererti,
penjual yang asal mempunyai hak atas barangan selagi dia tidak dibayar sepenuhnya dan berhak menuntut
barangan itu dipulangkan sekalipun barangan itu telah berpindahtangan beberapa kali. Prinsip ini dipanggil
simpanan hak atau retention of title.

Dalam industri pembinaan hari ini telah ujud sistem pengedaran bahanbina di mana pembekal tidak berurusan
terus dengan pengguna. Sebaliknya penghantaran akan melalui beberapa peringkat seperti pengedar,
pemborong dan pekedai. Adalah hampir mustahil untuk arkitek mempastikan bahawa simpanan hak tidak
dikenakan pada mana-mana peringkat pengedaran ini.

14.1 Bahanbina dan barangan tidak boleh dipindahkan

Klausa 14.1 menyentuh mengenai

1. Bahanbina dan barangan yang diiktiraf bagi maksud kontrak hanyalah;

a. Bahanbina dan barangan yang di maksudkan untuk kegunaan kerja kekal; dan
b. Ianya mestilah telah dihantar dan berada di tapak bina.

Bahan-bahan untuk membina kerja sementara seperti kekotak dan lain-lain tidak dikira untuk bayaran interim.
Begitu juga bahan-bahan yang tidak diluluskan penggunaannya.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

59 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

2. Hak untuk membawa bahanbina dan barangan keluar;

a. Bahanbina yang belum dibayar tidak dibenarkan keluar kecuali dengan kebenaran bertulis dari arkitek;
b. Arkitek tidak boleh membenarkan bahanbina yang telah dibayar dibawa keluar.

14.2 Bahanbina dan barangan yang termasuk dalam Sijil

Klausa 14.2 menjelaskan bahawa bahanbina dan barangan yang telah dimasukkan dalam Sijil Interim yang telah
dibayar adalah hak Majikan.

Bahanbina dan barangan boleh dimasukkan kedalam sijil interim dalam dua cara;

1. Bahanbina dan barangan yang belum dipasang; dan


2. Bahanbina dan barangan yang siap dipasang

Klausa ini khusus menyebut Sijil Interim yang telah dibayar kerana pembayaran yang dinyatakan dalam interim
tidak semestinya bererti wang bertukar tangan. Bayaran yang disyorkan dalam interim adalah tertakluk kepada
pemotongan yang dibenarkan seperti wang tahanan, potongan balik serta LAD (gantirugi tertentu dan
ditetapkan). Sering berlaku dalam kontrak, terutamanya dalam kontrak yang mengalami kelewatan; bila bayaran
yang dibuat untuk kerja semasa kurang daripada LAD yang dikenakan dan nilai sijil menjadi negatif. Dalam kes
seperti ini, bila nilai untuk bahanbina dan barangan telah dimasukkan kedalam sijil dan Majikan tidak membuat
bayaran kerana nilai sijil yang negative, maka bahanbina dan barangan itu masih lagi tertakluk kepada klausa ini.

Nilai untuk bahanbina dan barangan mesti berasaskan kepada kaedah dalam Klausa 30.2.

Klausa 30.2 menetapkan bahawa nilai yang boleh dibayar untuk bahanbina dan barangan terhad kepada
peratusan yang ditetapkan dalam Appendiks. Jika tidak dinyatakan, nilai yang kena dibayar adalah 100%.

Dalam klausa 6.2, arkitek boleh meminta kontraktor membuktikan pematuhan klausa 6.1 (piawaian kerja,
bahanbina, barangan dan mutukerja) melalui pengemukaan baucer. Walaupun dibuktikan dengan baucer, nilai
bahanbina dan barangan bukanlah nilai yang dinyatakan dalam invois pembekal atau baucer tersebut.

Nilai untuk bahanbina yang boleh dibayar mestilah nilai yang dinyatakan dalam bil kontrak selepas ditolak kos,
overhead dan keuntungan. Nilai dalam invois tidak boleh dikira sekalipun kontraktor mengadu kerugian. Majikan
hanya bertanggungjawab untuk membayar nilai yang ditetapkan dalam kontrak dan bukannya nilai yang
ditanggung oleh kontraktor. Walaupun penilaian dibuat oleh jurukurbahan, adalah perlu dan wajar arkitek
mengambil perhatian kepada perkara ini.

14.3 Tanggungjawab ke atas bahanbina dan barangan

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab kepada apa-apa kehilangan dan/atau kerosakan pada bahanbina dan
barangan termasuk bahanbina dan barangan yang dibekalkan oleh Sub Kontraktor Dinamakan dan Pembekal
Dinamakan.

Tanggungjawab yang dibebankan atas kontraktor berlaku kerana 2 sebab;

1. Sub Kontraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan secara teknikalnya adalah sebahagian daripada
kontraktor utama. Mereka memasuki kontrak dengan kontraktor dan bukan dengan Majikan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

60 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

2. Setelah tapakbina diserah kepada kontraktor semua tanggungjawab keselamatan adalah sewajarnya
menjadi tanggungan mereka.

14.4 Waranti hak atas bahanbina dan barangan

Klausa ini menyebut 2 perkara;

1. Kontraktor hendaklah dianggap sebagai telah secara sahih memiliki hak yang bebas daripada apa-apa
pajakan ke atas apa-apa bahanbina dan barangan apabila nilai bagi apa-apa bahan dan barangan
tersebut telah dimasukkan dalam permohonan bayaran yang dibuat di bawah Klausa 30.1.
2. Jika Kontraktor didapati mengemukakan waranti secara palsu, apa-apa kerugian yang dialami oleh
Majikan hendaklah ditanggung-ganti oleh Kontraktor atau dibuat potongan balik di bawah Klausa 30.4.

Klausa ini jelas diadakan untuk mengatasi masalah simpanan hak yang disebut di awal ulasan. Ia cuba
meletakkan tanggungjawab untuk mendapatkan hak atas bahanbina dan barangan seawal tuntutan dibuat.
Umum tahu bahawa langkah ini walaupun cermat, adalah sukar untuk dipertahankan jika berlaku tuntutan dari
pembekal.

Menyedari hakikat inilah, klausa ini juga meletakkan atas kontraktor, tanggungjawab untuk menggantirugi Majikan
jika berlaku tuntutan dari pembekal.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

61 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

15.0 SIAPKERJA PRAKTIKAL DAN TANGGUNGAN KECACATAN

Siapkerja praktikal

15.1 Kerja adalah Siap Praktikal apabila;

15.1(a) pada pendapat Arkitek, Majikan boleh menggunakan sepenuhnya Kerja untuk maksud yang diniatkan,
tanpa mengambilkira bahawa mungkin masih ada kerja-kerja dan kecacatan yang bersifat minor yang masih
belum dilaksanakan dan Kontraktor telah memberikan kepada Arkitek satu perakuan bertulis untuk membaikpulih
dan menyiapkan kerja-kerja dan kecacatan sedemikian dalam tempoh masa yang wajar yang ditetapkan oleh
Arkitek; dan

15.1(b) keperluan-keperluan lain yang dinyatakan secara jelas dalam Kontrak Dokumen sebagai pra-syarat
kepada pengeluaran Sijil Siapkerja Praktikal telah dipenuhi sepenuhnya.

Sijil siapkerja praktikal

15.2 Apabila keseluruhan kerja telah Siap Praktikal, Kontraktor hendaklah dengan segera memberi satu notis
bertulis menyatakan hal sedemikian kepada Arkitek yang hendaklah dalam tempoh empatbelas (14) Hari
daripada itu melakukan satu daripada berikut:

15.2(a) jika Arkitek berpendapat bahawa Kerja adalah tidak Siap Praktikal seperti di bawah Klausa 15.1, Arkitek
hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kontraktor dengan salinan kepada Subkontraktor Dinamakan
menyatakan sebab bagi pendapat beliau; atau

15.2(b) jika Arkitek berpendapat bahawa Kerja adalah telah Siap Praktikal seperti di bawah Klausa 15.1, Arkitek
hendaklah mengeluarkan Sijil Siapkerja Praktikal. Tarikh Sijil Siapkerja Praktikal hendaklah menurut:

15.2(b)(i) tarikh menerima perakuan bertulis daripada Kontraktor untuk membaikpulih dan menyiapkan kerja-kerja
dan kecacatan yang bersifat minor di mana ada kerja-kerja dan kecacatan sedemikian; atau

15.2(b)(ii) tarikh menerima perakuan bertulis daripada Kontraktor, di mana kerja-kerja dan kecacatan yang
bersifat minor tidak ada.

Sijil Siapkerja Praktikal hendaklah dikeluarkan kepada Kontraktor dengan salinan yang dimajukan kepada
Majikan dan Subkontraktor Dinamakan. Sebaik sahaja diberikan Sijil Siapkerja Praktikal oleh Arkitek, Kontraktor
hendaklah mengembalikan pemilikan Tapakbina kepada Majikan.

Kegagalan kontraktor untuk mematuhi perakuan

15.3 Di mana terpakai, Kontraktor hendaklah mematuhi perakuannya untuk melaksanakan kerja-kerja dan
kecacatan yang bersifat minor di bawah Klausa 15.1(a) dalam masa yang ditetapkan. Dalam peristiwa di mana
Kontraktor gagal untuk mematuhi perakuannya, Majikan boleh dengan tanpa prejudis kepada hak-hak dan remedi
lain yang dimiliki olehnya di bawah Kontrak untuk melakukan mana-mana daripada yang berikut:

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

62 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

15.3(a) meluluskan kepada Kontraktor tambahan masa ex-gratia yang akan ditetapkan oleh Arkitek bagi
membolehkan Kontraktor mematuhi perakuannya;

15.3(b) menggaji dan membayar Pihak lain untuk melaksanakan apa-apa kerja yang mungkin perlu untuk
memenuhi perakuan Kontraktor tersebut. Segala kos yang tertanggung termasuk apa-apa kerugian dan/atau
belanja hendaklah dibuat potongan balik oleh Majikan di bawah Klausa 30.4; atau

15.3(c) menerima untuk membiarkan sahaja kerja-kerja dan kecacatan yang bersifat minor dalam Kerja tertakluk
kepada potongan balik yang berpatutan di bawah Klausa 30.4.

Senarai Kecacatan

15.4 Apa-apa Kecacatan dalam kerja yang muncul dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan hendaklah dinyatakan
oleh Arkitek dalam satu senarai kecacatan yang dihantar olehnya kepada Kontraktor dalam tempoh tidak lebih
daripada empat belas (14) Hari selepas berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan. Kontraktor hendaklah
membaikpulih Kecacatan yang disenaraikan dalam tempoh dua puluh lapan (28) Hari selepas menerima senarai
kecacatan (atau dalam tempoh yang lebih panjang yang dipersetujui secara bertulis oleh Arkitek) atas kos
Kontraktor sendiri. Jika Kontraktor gagal melaksanakan baikpulih Kecacatan, Majikan boleh dengan tanpa
prejudis kepada hak-hak dan remedi lain yang dimiliki olehnya di bawah Kontrak untuk menggaji dan membayar
Pihak lain untuk membaikpulih Kecacatan tersebut dan segala kos yang tertanggung hendaklah dibuat potongan
balik oleh Majikan di bawah Klausa 30.4. Jika Arkitek dengan izin Majikan mengarahkan Kontraktor untuk
membiarkan Kecacatan pada Kerja, maka satu potongan balik yang berpatutan bagi Kecacatan sedemikian yang
tidak dibaikpulih oleh Kontraktor dibuat potongan-balik oleh Majikan di bawah Klausa 30.4.

Arahan untuk membaiki Kecacatan

15.5 Tanpa mengira Klausa 15.4, Arkitek boleh pada bila-bila masa dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan
mengeluarkan satu Arahan Arkitek memerlukan apa-apa Kecacatan kritikal yang memerlukan pembaikan segera
dibaikpulih dalam masa yang ditetapkan oleh Arkitek dengan kos Kontraktor. Jika Kontraktor gagal melaksanakan
baikpulih Kecacatan dalam masa yang ditetapkan oleh Arkitek, Majikan boleh menggaji dan membayar Pihak lain
untuk membaikpulih Kecacatan tersebut dan segala kos yang tertanggung hendaklah dibuat potongan balik oleh
Majikan di bawah Klausa 30.4.

Sijil Siap Membaiki Kecacatan

15.6 Apabila siap keseluruhan kerja baikpulih Kecacatan yang diperlukan di bawah Klausa 15.4, Kontraktor
hendaklah dengan segera memberi satu notis bertulis menyatakan hal sedemikian. Arkitek yang hendaklah
dalam tempoh empatbelas (14) hari daripada itu melakukan satu daripada berikut:

15.6(a) Jika pada pendapat Arkitek tidak ada lagi Kecacatan atau Kontraktor telahpun membaikpulih semua
Kecacatan, Arkitek hendaklah mengeluarkan Sijil Siap Membaiki Kecacatan dan tarikh siap membaiki Kecacatan
adalah tarikh menerima perakuan bertulis daripada Kontraktor. Sijil Siap Membaiki Kecacatan hendaklah
dikeluarkan kepada Kontraktor dan hendaklah disalinkan kepada Majikan dan Subkontraktor Dinamakan.

15.6(b) Jika pada pendapat Arkitek, Kecacatan telah tidak dibaikpulih, Arkitek hendaklah mengeluarkan notis
bertulis dengan salinan kepada Sub-kontraktor Dinamakan menyatakan sebab-sebab kenapa Sijil Siap Membaiki
Kecacatan tidak dikeluarkan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

63 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

SOALAN
Saya ada 1 soalan...jika segala kerja telah disebut didalam kontrak telah pun disiapkan oleh kontraktor dan
kontraktor, pada pendapat arkitek, sudah layak mendapat CPC....tetapi pada waktu tersebut majikan telah
menambahkan syarat CPC menjadikan CPC tersebut ditangguhkan...adakah ia dibenarkan?..dengan alasan
kontrak adalah persetujuan kedua2 pihak majikan dan kontraktor dan jika kedua2 pihak bersetuju maka tiada
menjadi masalah?...adakah benar konsep ini? contoh penambahan syarat cpc adalah sperti mengumpul dan
mengejar Surat Pelepasan CCC sehingga selesai

JAWAPAN
Boleh tetapi kurang bijak. Apa juga syarat boleh ditambah jika kedua pihak majikan dan kontraktor setuju.
Kesannya perlu di ambil kira. Kelewatan kerana elemen baru yg tiada dalam kontrak asal memberi hak kepada
kontraktor mendapat EOT serta kos tambahan preliminary dll. Pandangan saya - langkah yang kurang bijak.
Jawapan di atas adalah untuk situasi dalam dunia sebenar.

Jika dalam peperiksaan saya syor supaya dikekalkan jawapan kepada asas-asas EOT dalam Klausa 23.8.

ARTIKEL 7

TINDAKAN KE ATAS KONTRAKTOR STADIUM (ULASAN DALAM KONTEKS


KONTRAK PAM 2006)
Masalah runtuh bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu telah membawa kepada banyak kenyataan yang
emosional. Kebanyakan ulasan dibayangi oleh warna politik pengulas. Masyarakat mungkin agak sentimental
dengan perkembangan projek ini bila berlaku keruntuhan, kecurian dan kerja-kerja pembaikan yang tidak sudah-
sudah. Tambahan pula proses pemilihan kontraktor dengan kepakaran yang dikhuatiri telah membawa kepada
kecederaan dan kematian. Tidak dinafikan bahawa kerugian harta rakyat yang sebegitu besar dan berterusan
telah menimbulkan persoalan-persoalan lain yang tidakpun dijawab oleh pihak yang berkenaan secara
menyeluruh dan memuaskan.

Artikel ini adalah suatu ulasan akademik yang akan mengulas mengenai masalah yang timbul terasing daripada
sentimen sosio-politik semasa. Yang perlu dilihat secara objektif adalah aspek perundangan dan pengurusan
kontrak yang berkaitan dengan peranan arkitek dalam pengurusan kontrak. Kepada pelajar yang mengkaji
Kontrak PAM 2006, iktibar daripada Kontrak JKR yang digunakan dalam projek ini boleh dijadikan panduan dan
sempadan.

Tindakan undang-undang.

Berdasarkan kepada lapuran akhbar, dua pihak telah diambil tindakan dalam kes runtuhnya bumbung west
stand stadium yang sedang dibaikpulih. Tindakan ini tidak melibatkan kontraktor asal dan keruntuhan asal pada
tahn 2009. Ianya semata-mata tertumpu pada kes runtuh yang terbaru pada 20 Februari 2013.

Kontraktor utama kerja-kerja baikpulih bumbung west-stand iaitu Prisma Keris Sdn Bhd telah dikenakan tindakan
tatatertib oleh CIDB pada 11 April 2013 iaitu di bawah peraturan 15(4) Peraturan-Peraturan Pendaftaran
Kontraktor 1995.

Sub-kontraktor kepada Prisma Keris Sdn Bhd iaitu Syarikat Tetuan RHM Sevices dan pemiliknya Abdul Rahim
Osman dijatuhi hukuman denda RM10,000. Dakwaan dibuat di bawah subseksyen 25(1), Akta Lembaga

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

64 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan hukuman diputuskan di bawah Seksyen 29, akta yang
sama.

Soalan ditanya kenapa kontraktor utama dikenakan tindakan tatatertib tetapi sub-kontraktor didakwa di
mahkamah. Jawapan mudah ialah; CIDB tidak boleh mengambil tindakan tatatertib kepada sub-kontraktor kerana
mereka tidak berdaftar dengan CIDB; tetapi CIDB diberi kuasa dalam akta untuk mendakwa mana-mana pihak
yang menjalankan kerja pembinaan tanpa pendaftaran yang sah. Ini mungkin memberi isyarat CIDB lebih suka
memilih tindakan tatatertib daripada pendakwaan dan sub-kontraktor itu juga mungkin hanya dikenakan tindakan
tatatertib jika mereka berdaftar. Apa bentuk tindakan adalah hak mutlak CIDB yang tidak boleh dipertikai.

Tindakan CIDB bukan tindakan dibawah kontrak.

Tindakan CIDB, tidak ada kena mengena dengan kerugian yang dialami oleh Kerajaan. Soal kerugian adalah
soal yang perlu dinilai dalam konteks peruntukan kontrak antara Kontraktor dan Majikan. Saya percaya Kontrak
Piawai JKR 203 yang lumrahnya digunakan dalam projek seperti ini mempunyai peruntukan dan perlindungan
yang jelas bagi mengatasi masalah kerugian yang terbit daripada kemalangan seperti ini.

Semua kontrak Kerajaan mempunyai klausa berhubung dengan perlindungan insuran serta tanggungjawab
kontraktor untuk menanggung-rugi Kerajaan dalam insiden sebegini. Bagaimana tuntutan insuran dibuat selepas
insiden adalah tanggungjawab yang perlu ditangani oleh Pegawai Penguasa.

Kontrak JKR 203 (Pindaan 2007) menyediakan 4 peruntukan perlindungan kepada Kerajaan.
1. Klausa 13 Bon Perlaksanaan;
2. Klausa 14 Tanggung-rugi berkaitan dengan kemalangan peribadi dan kerosakan harta; dan
3. Klausa 15 Insuran terhadap kemalangan peribadi dan kerosakan harta.
4. Klausa 18 Insuran untuk Kerja (Klausa 36 dalam JKR 203 10/83)

Olehkerana diskusi kita adalah dalam konteks Kontrak PAM 2006, kita akan tinggalkan dulu masalah dalam
kontrak JKR dan cuba melihat apakah prosedur yang perlu ditangani oleh oleh arkitek dengan Kontrak PAM 2006
bila berdepan dengan situasi yang serupa.

Kontrak PAM 2006 mempunyai peruntukan-peruntukan berikut yang terpakai dalam situasi yang serupa.

1. Klausa 18.2 Tanggung-rugi kontraktor terhadap kerugian dan kerosakan;


2. Klausa 19.1 Kontraktor hendaklah mengambil insuran terhadap kecederaan Orang dan kerugian
dan/atau kerosakan harta;
3. Klausa 20C Insuran untuk bangunan sediada atau tambahan oleh Majikan; dan
4. Klausa 37 Bon Perlaksanaan.

Jika dilihat pada Klausa 20C, untuk kerja-kerja baikpulih bangunan sediada, tanggungjawab untuk mengadakan
perlindungan insuran terletak sepenuhnya atas majikan. Arkitek mesti memastikan perkara ini diberi perhatian
dalam tender dan kontrak, dan menyemak untuk mempastikan perlindungan insuran telah berada pada
tempatnya dan berkuat-kuasa sebelum apa-apa kerja baik-pulih dimulakan.
Dalam Klausa 20.C.1, nilai perlindungan yang perlu diberikan mestilah bukan sahaja meliputi kos kerja-kerja
baikpulih tetapi juga meliputi nilai struktur sediada termasuk isi kandungannya serta fee professional untuk
baikpulih dan jumlah untuk pembersihan sisa dan sampah.

Berbalik kepada kes stadium tadi, kontrak JKR tidak mempunyai peruntukan yang serupa. Tanggungjawab
mengambil insuran terletak pada Kontraktor walaupun dibayar oleh Majikan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

65 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Dalam kontrak JKR, tidak disebut secara khusus prinsip untuk insuran yang melindungi nilai bangunan sediada
dalam kerja-kerja pembaikan atau pengubahsuaian. Apa yang diperincikan dalam PAM 202.C.1 hanya
dinyatakan secara umum dalam Seksyen 18 JKR 2007.

Ini bermakna nilai perlindungan daripada insuran jika berlaku musibah tergantung kepada nilai yang disebut di
tempat lain dalam kontrak seperti di dalam preliminari. Lumrahnya jurukurbahan atau perunding yang menulis
kontrak telah mengambil pendekatan tersebut. Adalah amat malang jika untuk kerja-kerja ubahsuai dan
pembaikan, perkara ini tertinggal secara tidak sengaja dan nilai insuran dihadkan kepada nilai kerja sahaja tanpa
mengambilkira nilai bangunan sediada.

Apabila berlaku musibah seperti keruntuhan, di bawah PAM 2006, tuntutan boleh dibuat kepada syarikat insuran.
Perlindungan meliputi kos perlantikan perunding, kos pembersihan sisa runtuhan dan kos sebenar untuk
mengganti kerosakan, membina semula atau apa saja kos untuk mengembalikan bangunan kepada keadaannya
sebelum musibah hinggalah kepada penyiapan kerja yang diniatkan dalam kontrak pembaikan tersebut.

Jika diandaikan segala perlindungan insuran itu teratur, majikan tidak perlu mengeluarkan kos lain untuk
melakukan kerja-kerja pembersihan runtuhan, melantik perunding dan melaksankan pembaikan atau penggantian
sehingga siap.
Insuran dalam bidang kerja bagaimanapun terrhad setakat pengeluaran Sijil Siapkerja Praktikal sahaja. Apabila
sijil dikeuarkan, maka perlindungan insuran kerja akan tamat dan perlu dipindahkan ke insuran harta yang biasa.

Bagaimana kalau kerja telah siap dan Majikan telah mengambil-milikan dan menggunakan bangunan tetapi Sijil
Siapkerja Praktikal tidak dikeluarkan atas apa-apa sebab? Ambil-milikan oleh Majikan ke atas sebahagian kerja
tertakluk kepada Klausa 16. Dalam masa 14 hari selepas ambil-milikan, sijil mesti dikeluarkan. Ini bermakna
perlindungan insuran juga telah tamat. Dalam kes kemalangan dan keruntuhan yang berlaku semasa kerja-kerja
baik-pulih bumbung sedang berjalan, apa juga kerugian sepatutnya boleh diganti di bawah perlindungan insuran.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

66 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

16.0 PEMILIKAN SEBAHAGIAN OLEH MAJIKAN

Pemilikan Bahagian Yang Diduduki dengan izin

16.1 Jika pada bila-bila masa sebelum Siapkerja Praktikal Bagi Kerja, Majikan bercadang untuk mengambil milik
dan mendiami mana-mana bahagian Kerja (Bahagian Yang Diduduki) dan izin daripada Kontraktor (yang mana
persetujuan itu tidak boleh disekat atau dilewatkan secara yang tidak wajar) telah diperolehi, maka tanpa
menjejaskan apa-apa yang dinyatakan atau dimaksudkan pada bahagian yang lain dalam Kontrak, Majikan boleh
mengambil milikan keatas Bahagian Yang Diduduki dan perkara-perkara berikut akan diterima-pakai:

16.1(a) dalam tempoh empat belas (14) Hari daripada tarikh Majikan mengambil milikan Bahagian Yang
Diduduki, Arkitek hendaklah mengeluarkan satu Sijil Siap Kerja. Sijil Siap Kerja Sebahagian itu hendaklah
menyatakan anggaran Arkitek bagi nilai keseluruhan Bahagian yang Diduduki dan bagi maksud Klausa 16.0, nilai
yang tercatit adalah dianggap sebagai nilai keseluruhan Bahagian Yang Diduduki.

16.1(b) bagi maksud klausa 15.4, 15.5 dan 16.1(f), Siapkerja Praktikal bagi Bahagian Yang Diduduki adalah
dianggap sebagai telah berlaku dan tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Bahagian Yang Diduduki adalah
dianggap sebagai telah bermula pada tarikh majikan mengambil milik;

16.1(c) Gantirugi Ditetapkan di bawah Klausa 22.1 hendaklah dikurangkan pada nisbah nilai Bahagian Yang
Diduduki kepada Nilai Kontrak;

16.1(d) sebaik sahaja setelah pengeluaran Sijil Siapkerja Sebahagian, Arkitek hendaklah dalam tempoh empat
belas (14) Hari mengeluarkan satu sijil bagi melepaskan separuh daripada jumlah Wang Tahanan pada nisbah
nilai Bahagian Yang Diduduki kepada Nilai Kontrak. Kontraktor adalah berhak kepada bayaran tersebut dalam
Tempoh Menunaikan Sijil. Jumlah had Wang Tahanan dengan itu hendaklah dikurangkan dengan jumlah yang
sama;

16.1(e) bila pada pendapat Arkitek semua Kecacactan bagi Bahagian Yang Diduduki yang perlu dibaikpulih di
bawah Klausa 15.4 atau 15.5 telah disempurnakan, beliau hendaklah mengeluarkan satu Sijil Siap Membaiki
Kecacatan di bawah Klausa 15.6 bagi Bahagian Yang Diduduki itu; dan

16.1(f) dengan pengeluaran Sijil Siap Membaiki Kecacatan bagi Bahagian Yang Diduduki, Arkitek hendaklah
dalam tempoh empat belas (14) Hari mengeluarkan satu sijil bagi melepaskan baki Wang Tahanan bagi
Bahagian Yang Diduduki. Kontraktor adalah berhak kepada bayaran tersebut dalam Tempoh Menunaikan Sijil.

Pemilikan Bahagian Yang Diduduki tanpa izin

16.2 Majikan boleh, tanpa prejudis kepada hak-hak dan remedi yang dimilikinya di bawah Kontrak, memasuki dan
mendiami mana-mana bahagian Kerja sebelum siap keseluruhan Kerja tanpa izin Kontraktor di bawah Klausa
16.1 tertakluk sentiasa kepada:

16.2(a) penyiapan Kerja telah terlewat dan satu Sijil tak Siap Kerja telah dikeluarkan oleh Arkitek di bawah Klausa
22.1; dan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

67 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

16.2(b) kemasukan dan pendiaman Bahagian yang Diduduki boleh dilaksanakan tanpa mengakibatkan gangguan
yang tidak sepatutnya kepada kemajuan baki kerja-kerja Kontraktor.

Dalam peristiwa sedemikian, peruntukan Klausa 16.1(a) ke 16.1(f) hendaklah digunapakai.

Kontraktor hendaklah memindahkan peralatan

16.3 Jika Majikan mengambil milik Bahagian yang Diduduki di bawah Klausa 16.1 dan 16.2, Kontraktor hendaklah
selepas menerima arahan bertulis daripada Arkitek memindahkan kemudahan tapakbina, logi pembinaan atau
peralatan, bahanbina dan barangan daripada Bahagian yang Diduduki.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

68 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

17.0 SERAH HAK DAN SUB-KONTRAK

Serah-hak oleh majikan


17.1 Selain daripada menyerah-hak (samada sebahagian atau keseluruhan) hak-hak, kepentingan dan faedah di
bawah Kontrak kepada institusi kewangannya, Majikan hendaklah tidak, tanpa persetujuan bertulis daripada
Kontraktor (yang mana persetujuan itu tidak boleh disekat atau dilewatkan secara yang tidak wajar), menyerah-
hak yang serupa kepada pihak-pihak lain.

Serah-hak oleh kontraktor


17.2 Selain daripada menyerah-hak apa-apa bayaran yang kena dibayar atau akan kena dibayar di bawah
Kontrak kepada institusi kewangannya, Kontraktor hendaklah tidak, tanpa persetujuan bertulis daripada Majikan
(yang mana persetujuan itu adalah hak mutlak Majikan), menyerah-hak hak-hak, kepentingan dan faedah di
bawah Kontrak kepada pihak-pihak lain.

Sub-kontrak tidak dibenarkan


17.3 Kecuali di mana yang dibenarkan oleh Kontrak, Kontraktor tidak boleh memberikan sub-kontrak secara
keseluruhan atau sebahagian besar daripada Kerja. Di mana Kontraktor memberikan sub-kontrak buruh sahaja
untuk tukang-tukang, pekerja mahir dan separuh mahir untuk melaksanakan mana-mana bahagian daripada
Kerja, ianya tidak akan dianggap sebagai sub-kontrak dalam maksud Klausa ini.

ARTIKEL 8

MASALAH KURANGAN DALAM PERUBAHAN


Beberapa soalan diterima berhubung dengan masalah mengurus Perubahan (Variation) dalam Kontrak PAM
2006. Kebanyakan bertanya samada Kurangan (Omission) perlu di masukkan ke dalam sijil atau tidak. Saya akan
cuba menjelaskan perkara ini berdasarkan klausa-klausa yang ada dalam kontrak.

PAM 2006 memberikan takrif yang luas kepada Perubahan. Umumnya Klausa 11 menyatakan Perubahan
termasuk kedua-dua Tambahan dan Kurangan. Bila ada Tambahan atau Kurangan maka Perubahan telah
berlaku.

Bilakah Perubahan ini perlu dibayar?

Klausa 11.9 dengan jelas menyatakan bahawa;

"Sebaik sahaja Arkitek telah menentukan jumlah Perubahan dan/atau perbelanjaan tambahan yang dituntut oleh
Kontraktor di bawah Klausa 11.7 tersebut, jumlah yang ditentukan itu hendaklah ditambah kepada Nilai Kontrak.
Jika satu Sijil Interim dikeluarkan selepas tarikh penentuan, jumlah yang demikian itu hendaklah dimasukkan ke
dalam sijil."

Begitu juga dengan pembayaran untuk Kerugian dan Perbelanjaan. Klausa 24.4 menyebut bahawa;

"Tertakluk kepada Kontraktor mematuhi Klausa 24.1, Arkitek atau Jurukurbahan hendaklah menentukan jumlah
kerugian dan/atau perbelanjaan sedemikian. Apa-apa jumlah yang ditentukan dari masa ke masa untuk kerugian

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

69 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

dan/atau perbelanjaan hendaklah di tambah kepada Nilai Kontrak dan jika satu Sijil Interim dikeluarkan selepas
tarikh penentuan, jumlah yang demikian itu hendaklah dimasukkan ke dalam sijil."

Bayaran untuk Perubahan tersebut mesti dibayar dalam sijil yang berikut selepas penentuan Perubahan dicapai.

Kedua klausa ini bermakna, Perubahan mesti dimasukkan dalam Sijil Interim dan Nilai Kontrak boleh diubah
setiap kali sijil interim dikeluarkan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

70 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

21.0 TARIKH MULA, PENANGGUHAN DAN TARIKH SIAP

Mula dan Siap


21.1 Pada Tarikh Mula, pemilikan Tapakbina mestilah diserahkan kepada Kontraktor yang hendaklah memulakan
perlaksanaan Kerja, dan dengan secara lumrah dan bersungguh-sungguh meneruskan dan menyiapkannya pada
atau sebelum Tarikh Siap Kerja. Jika berlaku kelewatan penyerahan pemilikan Tapakbina oleh Majikan, Arkitek
hendaklah mengizinkan lanjutan masa di bawah Klausa 23.8(f). Tertakluk bahawa kelewatan pemilikan
Tapakbina itu tidak melebihi Tempoh Kelewatan yang dinyatakan dalam Apendiks, Kontraktor tidak diberi hak
untuk menentu-tamat penggajian mereka di bawah Kontrak.

Tarikh Mula mengikut Seksyen


21.2 Di mana terdapat Tarikh Mula yang berbeza bagi sekyen-seksyen dalam Kerja, ianya hendaklah dinyatakan
dalam Apendiks.

Tarikh Siap mengikut Seksyen 21.3 Di mana terdapat Tarikh Siap yang berbeza bagi sekyen-seksyen dalam
Kerja seperti tertera dalam Dokumen Kontrak, Arkitek hendaklah mengeluarkan satu Sijil Siap Kerja Praktikal
Mengikut Seksyen, bila seksyen Kerja tersebut mencapai Siapkerja Praktikal. Peruntukan dalam Kontrak
berhubung dengan Siapkerja Praktikal dan Tempoh Tanggungan Kecacatan di bawah Klausa 15.0, Lanjutan
Masa di bawah Klausa 23.0, Gantirugi Ditetapkan di bawah Klausa 22.2 dan Pelepasan Wang Tahanan di bawah
Klausa 30.6 hendak dipakai dengan perubahan-perubahan yang diperlukan seolah-olah setiap seksyen adalah
satu kontrak tersendiri dan berasingan.

Penangguhan Dan Penggantungan Kerja


21.4 Arkitek boleh mengeluarkan satu Arahan Arkitek (AI) berhubung dengan penangguhan atau penggantungan
seluruh atau sebahagian daripada Kerja yang sepatutnya dilaksanakan di bawah Kontrak untuk tempoh yang
berterusan tetapi tidak melebihi Tempoh Kelewatan yang dinyatakan dalam Apendiks. Jika insuran diambil oleh
Kontraktor di bawah Klausa 19.0 dan 20.A, Kontraktor hendaklah memastikan perlindungan insuran sepenuhnya
bagi seluruh tempoh penggantungan atau penangguhan atau jika insuran diambil oleh Majikan di bawah Klausa
20.B atau 20.C, Majikan hendaklah mengambil perlindungan insuran yang serupa.

ULASAN

21.1 Mula dan Siap

Klausa ini adalah klausa pertama dalam kontrak PAM 2006 yang membincangkan lanjutan masa yang dinyatakan
secara terperici di bawah klausa 23.

Tarikh mula kerja adalah tarikh yang penting dalam kontrak. Tempoh kontrak dikira secara harian dalam julat
mingguan bermula pada tarikh penyerahan tapak dan berakhir dengan tarikh siap kerja praktikal. Ia biasanya
ditanda dengan diadakan satu Mesyuarat Penyerahan Tapak. Dengan penyerahan tapak kepada Kontraktor,
Majikan menyerahkan seluruhnya kawalan atas tapak kepada Kontraktor yang akan mula bertanggungjawab ke
atas insuran, keselamatan, dan pematuhan kepada segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan
pembinaan. Akses oleh Majikan dan agennya termasuk arkitek adalah dikawal oleh Kontraktor walaupun Klausa
9 membenarkan akses yang wajar pada setiap masa.

Proses penyerahan tapak adalah seperti berikut;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

71 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

1. Surat setuju terima dikeluarkan oleh Majikan samada oleh arkitek atau melalui arkitek;
2. Kontraktor menandatangani surat setuju terima;
3. Lumrahnya kontraktor diberi masa selama 2 minggu untuk memulakan kerja. Ini bergantung kepada
cara surat setuju terima ditulis. Biasanya tarikh penyerahan tapak dinyatakan 2 minggu selepas tarikh
surat setuju terima. Ada juga keadaan dimana tarikh penyerhan tapak sama dengan tarikh surat setuju
terima. Jika pendekatan ini diambil, perlu diingat bahawa Kontraktor masih memerlukan masa untuk
mematuhi syarat wajib sebelum boleh memasuki tapak. Kontraktor hilang dua minggu waktu kerja
dengan pendekatan ini;
4. Kontraktor mematuhi syarat wajib sebelum memulakan kerja seperti menyerahkan resit bayaran
premium insuran. Rujuk Klausa 20.A.1;
5. Kontraktor membuat aturan perlu dengan pihak berkuasa tempatan. Rujuk Klausa 4.1;
6. Kontraktor dibenarkan memulakan kerja fizikal di tapak.

Klausa ini juga mensyaratkan Kontraktor untuk melaksanakan kerja secara tetap dan bersungguh-sungguh.

Klausa ini adalah salah satu klausa dalam kontrak PAM 2006 yang membincangkan lanjutan masa yang
dinyatakan secara terperici di bawah klausa 23. Kelewatan penyerahan tapak yang serius adalah alasan bagi
Kontraktor untuk bukan saja memohon dan mendapat lanjutan masa malah boleh menjadi sebab untuk
penamatan kontrak oleh Kontraktor.

Penamatan kontrak oleh kontraktor atas sebab kelewatan menerima tapak dibenarkan hanya jika tempoh
kontraktor menunggu untuk memasuki tapak telah melebihi tempoh yang dicatitkan dalam Apendiks. Kontrak
piawai menetapkan 3 bulan sebagai had. Ia boleh dilanjutkan atas persetujuan. Kenapa 3 bulan? Tempoh 3 bulan
ini terbit daripada amalan komersil yang biasa. Kontraktor yang memasuki kontrak juga bergantung kepada harga
bahan bina, barangan dan kos upah daripada pihak lain. Jika pembinaan tidak dapat dimulakan, harga bahan
bina, barangan dan kos upah mungkin akan berbeza dan risiko kerugian kontraktor mungkin lebih besar.
Biasanya dalam kontrak, diadakan tambahan kepada klausa ini supaya jika berlaku kelewatan lebih daripada 3
bulan, maka pihak-pihak boleh merunding semula harga kontrak. Secara khususnya hal ini diberi perhatian dalam
Klausa 24.3(b); kegagalan menyerah tapak adalah asas untuk Kontraktor menuntut kerugian dan belanja.

Kelewatan penyerahan tapak perlu dinilai dari aspek sebenar kontraktor tidak dihalang oleh apa-apa sebab
untuk memasuki tapak, memula dan meneruskan kerja hingga siap, dan bukannya aspek literal penyerahan di
atas kertas.

Halangan mungkin wujud dalam pelbagai bentuk;

1. Kelulusan pelan bangunan belum diperolehi;


2. Kelulusan pelan bangunan diterima sebahagian sahaja;
3. Majikan dihalang oleh kaveat atas tanah;
4. Halangan-halangan lain di bawah Klausa 23; serta
5. Hal-hal di bawah Klausa 24.

21.2 Tarikh Mula mengikut Seksyen

Klausa ini membincangkan hal berkaitan Penyiapan Sebahagian. Jika kontrak daripada asalnya telah
menetapkan penyiapan bahagian-bahagian yang berbeza dalm satu projek pada tarikh yang berbeza, maka
tarikh mula kerja dan tarikh siap kerja bagi bahagian tersebut mestilah dinyatakan dalam Apendiks.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

72 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Kaedah ini digunakan dalam beberapa keadaan;

1. suatu projek yang besar seperti perumahan multi-unit dimana sebahagian daripada rumah-rumah
dijadualkan untuk disiapkan secara berperingkat;
2. suatu projek pembangunan bercampur seperti kompleks membeli belah dan menara pejabat di mana
podium komersil disiapkan lebih awal sementara pembinaan menara pejabat masih berjalan;
3. suatu bangunan multi-tingkat mengandungi besmen dan menara di mana kerja besmen dimulakan
dengan kebenaran mula kerja awal sementara pelan bangunan masih diproses;
4. suatu bangunan dimana kerja-kerja super-struktur disiapkan sebagai suatu seksyen khusus sebelum
kerja-kerja pelengkapan (fit-out) dimulakan; atau
5. suatu bangunan atau projek di mana penyiapan sebahagian ditentukan atas keperluan Majikan atau
keperluan projek itu sendiri.

21.3 Tarikh Siap Kerja mengikut Seksyen

Klausa ini menyatakan jika Penyiapan Sebahagian adalah menjadi sebahagian daripada kontrak, maka setiap
seksyen yang ditetapkan itu hendaklah dilayan seolah-olah ianya suatu kontrak yang terasing dan tersendiri.

21.4 Penangguhan dan penggantungan Kerja

Arkitek diberi kuasa untuk mengeluarkan Arahan Arkitek untuk menggantung atau menangguh keseluruhan atau
sebahagian kerja selagi ianya tidak melebihi tempoh 3 bulan (atau tempoh yang lebih lama yang dipersetujui)
dalam Apendiks.

Perhatian perlu diberikan kepada perlindungan insuran untuk mempastikan tempoh penangguhan dan
penggantungan kerja ini dilindungi. Hal ini disebut secara khusus dalam klausa ini kerana ia selalunya tidak
disedari pada peringkat awal kerana pada peringkat itu polisi masih berkuatkuasa. Arkitek perlu mempastikan
perlindungan kepada keseluruhan kerja ini ditambah pada peringkat akhir kontrak.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

73 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

22.0 GANTIRUGI UNTUK KERJA TAK SIAP

Gantirugi Ditetapkan dan Sijil Tak Siap Kerja

22.1 Jika Kontraktor gagal menyiapkan Kerja pada Tarikh Siap Kerja, dan Arkitek berpendapat bahawa bahawa
kerja tersebut sepatutnya telah disiapkan dengan sewajarnya, Arkitek hendaklah mengeluarkan Sijil Tak Siap
Kerja. Dengan pengeluaran Sijil Tak Siap Kerja, Kontraktor hendaklah membayar atau membenarkan kepada
Majikan satu jumlah yang dikira pada kadar yang dinyatakan dalam Apendiks daripada Tarikh Siap Kerja hingga
ke Tarikh Siap Kerja Praktikal. Majikan adalah boleh mendapatkan kembali jumlah tersebut sebagai suatu hutang
atau boleh memotong jumlah tersebut daripada Bon Perlaksanaan. Majikan hendaklah memaklumkan kepada
Kontraktor secara bertulis tentang potongan atau hutang yang akan kena dibayar oleh Kontraktor. Pengenaan
Gantirugi Ditetapkan oleh Majikan hendaklah tidak diambilkira oleh Arkitek dalam pengeluaran sijil-sijil bayaran
dan Sijil Muktamat, dan hendaklah tidak tertakluk kepada prosedur potongan balik di bawah Klausa 30.4 dan
adjudikasi.

Gantirugi Ditetapkan yang dipersetujui

22.2 Gantirugi Ditetapkan yang dicatit dalam Apendiks adalah pra-anggaran yang tulin untuk kerugian dan/atau
kerosakan yang akan dialami oleh Majikan bila Kontraktor melakukan kemungkiran kepada Klausa 21.0 dan 22.0.
Pihak-pihak dengan memasuki kontrak bersetuju bahawa Kontraktor hendaklah membayar jumlah yang
dinyatakan apabila ianya kena dibayar tanpa perlu bagi Majikan unuk membuktikan kerugian dan/atau kerosakan
melainkan jika Kontraktor dapat membuktikan sebaliknya.

Sijil Tak Siap Kerja dibatalkan oleh pengeluaran Sijil Lanjutan Masa

22.3 Bilamana Arkitek mengeluarkan Sijil Lanjutan Masa di bawah Klausa 23.4, 23.9 dan 23.10 yang kesannya
mengubah satu tarikh yang dinyatakan sebagai Tarikh Siap Kerja lewat daripada tarikh yang dinyatakan dalam
Sijil Tak Siap Kerja yang dikeluarkan sebelumnya, sijil itu akan memberi kesan membatalkan Sijil Tak Siap Kerja
yang dikeluarkan sebelumnya. Majikan hendaklah dengan itu meminda jumlah Gantirugi Ditetapkan yang berhak
ditahan olehnya. Dalam keadaan di mana Gantirugi Ditetapkan melebihi jumlah yang berhak ditahan oleh
Majikan, dia hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Kontraktor dalam Tempoh Menunaikan Sijil
daripada tarikh Sijil Lanjutan Masa yang mutakhir. Jika kerja tersebut tidak siap pada Tarikh Siap Kerja yang
dinyatakan dalam Sijil Lanjutan Masa, maka Arkitek mestilah mengeluarkan Sijil Tak Siap Kerja yang selanjutnya.

ULASAN

Sebelum dibincang lebih lanjut, perlu difahami beberapa perkara asas mengenai Gantirugi Ditetapkan.

1. Gantirugi ditetapkan bukanlah suatu potongan balik seperti yang diperincikan di bawah Klausa 30.4
dan ianya tidak tertakluk kepada prosedur pemotongan sebagaimana potongan balik.
2. Pemotongan gantirugi ditetapkan boleh dibuat sebaik sahaja Sijil Tak Siap Kerja dikeluarkan oleh
Arkitek.
3. Gantirugi Ditetapkan adalah pra-anggaran yang tulin untuk kerugian dan/atau kerosakan yang akan
dialami oleh Majikan bila Kontraktor melakukan kemungkiran.

Pemotongan Gantirugi Ditetapkan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

74 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Klausa 22.1 menetapkan prosedur berikut dalam hal pemotongan Ganturugi Ditetapkan:

1. Arkitek telah mengeluarkan Sijil Tak Siap Kerja


2. Majikan telah memaklumkan kepada Kontraktor secara bertulis tentang potongan atau hutang yang
akan kena dibayar oleh Kontraktor

Dalam klausa ini dijelaskan bahawa Gantirugi Ditetapkan boleh diperolehi oleh Majikan dengan 3 kaedah:

1. Pemotongan daripada bayaran kemajuan kerja;


2. Pencairan Bon Perlaksanaan jika tiada lagi baki dari kemajuan kerja;
3. Tuntutan melalui prosedur Timbangtara; dan
4. Tuntutan hutang secara tindakan guaman sivil.

Peranan Arkitek dalam Pemotongan Gantirugi Ditetapkan

Klausa 22.1 menyatakan, pengenaan Gantirugi Ditetapkan oleh Majikan hendaklah tidak diambilkira oleh Arkitek
dalam pengeluaran sijil-sijil bayaran dan Sijil Muktamat. Ini adalah suatu isu yang menarik untuk dibincang dan
difahami oleh arkitek dalam pengurusan kontrak PAM 2006.

Jumlah Gantirgi Ditetapkan, telah ditetapkan diperingkat awal kontrak malah dinyatakan dalam tender. Ia
bertujuan untuk mengingatkan kontraktor kepada kerugian yang akan ditanggung oleh Majikan jika kontraktor
lewat menyiapkan kerja. Oleh kerana ianya disebabkan oleh kegagalan kontraktor, maka kerugian Majikan ini
akan dipindahkan kepada kontraktor. Nilai risiko kelewatan dimaklumkan kepada kontraktor dengan jelas dari
awal. Langkah ini ada baik dan buruknya. Baiknya, ia akan memaksa kontraktor untuk merancang kerja supaya
siap dalam tempoh kontrak. Buruknya, jika kontraktor tahu mereka tidak mampu untuk menyiapkan kerja dalam
tempoh yang ditetapkan tetapi memerlukan masa tambahan, maka mereka akan memasukkan nilai Gantirugi
Ditetapkan itu ke dalam harga tender.

Saya yakin nilai Gantirugi Ditetapkan diberikan dengan nasihat daripada arkitek. Begitu juga, arkiteklah yang
bertanggungjawab secara tidak langsung membenarkan pemotongan Gantirugi Ditetapkan dibuat oleh Majikan
bilamana arkitek mengeluarkan Sijil Tak Siap Kerja.

Agak pelik, Kontrak PAM 2006 dalam Klausa 22.1 tidak membenarkan arkitek untuk menyatakan atau
memasukkan nilai yang boleh dipotong oleh Majikan dalam mana-mana sijil. Saya secara peribadi tidak bersetuju
dengan peraturan ini kerana beberapa sebab.

1. Hampir seluruh kuasa membuat keputusan dalam kontrak diberikan kepada Arkitek, kenapa tidak
kuasa untuk membuat pemotongan?;
2. Jika dalam hal-hal yang lain, arahan arkitek adalah mutlak dan tidak boleh dipertikai (dalam lingkungan
tertentu), kenapa pula dalam hal Gantirugi Ditetapkan, keputusan Arkitek diserah kepada Majikan untuk
perlaksanaan?;
3. Jika nilai pemotongan tidak disebut dalam sijil interim atau lain-lain sijil, dan Majikan membuat
pemotongan secara sendirian atas nasihat Arkitek yang berasingan, tidakkah ia akan menimbulkan
kemungkinan persoalan apakah Majikan telah campurtangan dan menafikan nilai dalam sijil interim;
4. Jika arkitek menulis secara berasingan kepada Majikan, nasihat mengenai pemotongan yang boleh
dibuat oleh Majikan, tidakkah nasihat itu juga merupakan suatu bentuk sijil atau arahan dalam konteks
kontrak?
5. Apakah penulis Kontrak PAM 2006 mahu memberikan kuasa kepada arkitek tetapi tidak mahu arkitek
dipertanggungjawabkan dalam kes litigasi?

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

75 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Apabila arkitek dilantik, Majikan selalunya mengambil kedudukan sebagai orang awam. Apabila arkitek dilantik
untuk mengurus kontrak, biasanya Majikan mahu arkitek itu bertanggungjawab sepenuhnya atas nasihat yang
mereka berikan. Majikan dari golongan persendirian biasanya akan sukar memahami kenapa arkitek tidak mahu
menandatangani Gantirugi Ditetapkan dan biasanya akan meminta arkitek berbuat demikian.

Kontrak PAM 2006 adalah kontrak piawai yang dimaksudkan untuk kegunaan secara umum. Pengguna kontrak
ini boleh menerima pakai syarat-syarat yang ada atau menambahbaik syarat-syarat berdasarkan keperluan
semasa. Pengguna profesional, arkitek dan jurukurbahan bagaimanapun mempunyai tanggungjawab untuk
menjelaskan pilihan ini kepada Majikan.

Dalam praktis, Arkitek ada dua pilihan;

1. Menggunakan sepenuhnya sijil pro-forma PAM dan menjelaskan kekangan prosedur pemotongan
kepada Majikan;
2. Mengujudkan mekanisma untuk mengeluarkan syor atau nasihat kepada Majikan dan prosedur ini
perlu diketahui oleh kontraktor; dan
3. Mengambil jalan tengah dengan menyesuaikan sijil-sijil mengikut kehendak Majikan.

Elok disentuh sedikit mengenai Kontrak JKR 203. Dalam kontrak kerajaan, Kontrak JKR 203 dan variasinya
digunakan hampir dalam semua kontrak Kerajaan. JKR juga mempunyai Garispanduan Pengurusan Kontrak
yang 'sepatutnya' digunakan hampir secara total sebagai garispanduan dalam semua projek kerajaan, baik yang
dikendalikan oleh JKR atau oleh kementerian, jabatan, agensi, syarikat dan anak syarikat. [Nota: Saya tulis
'sepatutnya' kerana kebelakangan ini saya perhatikan terlalu banyak lencongan dalam pengurusan kontrak
terutama pada GLC] Dalam kontrak JKR, salah satu ciri sijil yang ketara berbeza dengan sijil PAM adalah
keujudan ruangan pemotongan Gantirugi Ditetapkan dalam sijil interim, penultimat dan muktamat.

Kenapa ada perbezaan ini?

Sebab sebenar tidak pernah dinyatakan secara resmi. Panel penulis kontrak PAM 2006 tentunya mempunyai
alasan sendiri dan mungkin beranggapan bahawa arahan pemotongan Gantirugi Ditetapkan oleh arkitek akan
mendedahkan arkitek kepada tuntutan guaman. Arkitek dalam praktis swasta tidak mempunyai perlindungan
dibawah Akta Perlindungan Penjawat Awam sebagaimana rakan-rakan mereka dalam Kerajaan. Apapun alasan
rasanya tidak perlu dibahaskan lebih lanjut disini. Yang lebih utama dibincang disini adalah aspek praktikaliti
prosedur tersebut.

Arkitek yang menerima untuk memilih jalan tengah, biasanya menyesuaikan sijil mereka lebih hampir dengan sijil
kerajaan. Untuk memenuhi syarat Klausa 22.1, sijil ini dibuat tidak atas kepala surat arkitek tetapi menggunakan
kepala surat Majikan. Begitu juga, Arkitek menurunkan tandatangan mereka selaku Pegawai Pengesyur dan
untuk lebih berhati-hati, hanya menandatangani sijil yang disedia dan disahkan oleh Jurukurbahan terlebih
dahulu.

Klausa 22.3
Klausa ini menyatakan bahawa Sijil Tak Siap Kerja akan terbatal dengan pengeluaran Sijil Lanjutan Masa. Kesan
daripada pengurangan ini akan mengurangkan jumlah Gantirugi Ditetapkan. Klausa ini hanya menyatakan
bahawa Majikan hendaklah dengan itu meminda jumlah Gantirugi Ditetapkan yang berhak ditahan olehnya.
Dalam kata lain, pemotongan yang telah dibuat hendaklah dikembalikan.

Situasi ini hanya boleh berlaku selepas tamat tempoh kontrak termasuk tempoh lanjutan masa yang dibenarkan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

76 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Dalam Klausa 23.10, Arkitek mempunyai masa selama 12 minggu selepas Sijil Siap Kerja Praktikal untuk
mengulangkaji Lanjutan Masa yang telah diberikan kepada Kontraktor sebelum Sijil Siap Kerja Praktikal.
Ulangkaji hanya membenarkan tambahan lanjutan masa tetapi tidak membenarkan pengurangan lanjutan masa
yang telah diberikan.

Kesan daripada ulangkaji ini, akan samada mengekalkan status semasa atau mengurangkan Gantirugi
Ditetapkan. Jika pemotongan telah dibuat sebelumnya, maka jumlah yang dikurangkan mesti dikembalikan
kepada kontraktor. Cara mana pembayaran balik dibuat bergantung kepada pilihan samada arkitek memasukkan
Gantirugi Ditetapkan dalam sijil atau tidak. Jika Gantirugi Ditetapkan dimasukkan, Klausa 30.1 boleh digunapakai
untuk membuat bayaran balik kepada kontraktor. Jika Gantirugi Ditetapkan tidak dimasukkan, maka satu kaedah
lain untuk memaklumkan kepada Majikan untuk memulangkan Gantirugi Ditetapkan perlu diadakan.

Secara tidak langsung Klausa 23.10 menimbulkan masalah praktikal kepada aturan pembayaran kepada
kontraktor. Katalah Majikan telah membuat pemotongan Gantirugi Ditetapkan pada satu tarikh. Olehkerana hak
untuk melakukan pemotongan adalah hak Majikan, mereka tiada obligasi untuk memaklumkan pemotongan
kepada Arkitek. 12 minggu kemudian, setelah menerima notis daripada kontraktor dan melakukan penilaian
semula, jika Arkitek memutuskan bahawa Lanjutan Masa diberi tambahan; kesannya akan mengurangkan
Gantirugi Ditetapkan. Klausa ini tidak menyatakan dengan jelas apakah Arkitek perlu mengeluarkan Sijil Lanjutan
Masa yang baru membatalkan sijil sebelumnya atau tidak. Ia juga tidak menyatakan prosedur untuk pemulangan
semula wang yang telah dipotong. Oleh kerana Gantirugi Ditetapkan tidak dinaytakan dalam sijil maka
pemulangan semula juga tidak boleh dimasukkan kedalam sijil yang baru. Ini akan menimbulkan masalah kepada
Kontraktor. Hak Kontraktor pada pandangan saya akan lebih terjaga jika Gantirugi Ditetapkan dinyatakan dalam
sijil-sijil.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

77 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

23.0 LANJUTAN MASA

Pengemukaan notis dan butiran bagi lanjutan masa


23.1 Jika Kontraktor berpendapat bahawa penyiapan Kerja adalah atau mungkin lewat daripada Tarikh Siap Kerja
disebabkan oleh apa-apa Peristiwa Relevan yang dinyatakan dalam Klausa 23.8, dia berhak memohon lanjutan
masa dengan syarat:

23.1(a) Kontraktor hendaklah memberikan notis bertulis kepada Arkitek, niatnya untuk menuntut lanjutan
masa berserta dengan anggaran awal lanjutan masa yang diperlukan dengan disokong oleh butiran-
butiran daripada sebab-sebab kelewatan. Notis tersebut hendaklah diberikan dalam tempoh dua puluh
lapan (28) Hari daripada tarikh AI/Arahan Arkitek, CAI/Pengesahan Arahan Arkitek atau mulanya
Peristiwa Relevan, yang mana lebih awal. Pengemukaan notis tersebut akan menjadi satu syarat wajib
kepada hak untuk lanjutan masa; dan

23.1(b) Dalam masa dua puluh lapan (28) Hari daripada berakhirnya sebab kelewatan, Kontraktor
hendaklah mengemukakan kepada Arkitek, permohonan lanjutan masa yang muktamat, disokong
dengan segala butiran untuk membolehkan Arkitek menilai apa-apa lanjutan masa yang akan diberi. Jika
Kontraktor gagal mengemukakan butiran-butiran tersebut dalam masa (atau dalam masa yang lebih
panjang yang boleh dipersetujui secara bertulis oleh Arkitek), maka adalah diandaikan bahawa
Kontraktor telah menilai yang Peristiwa Relevan tersebut tidak akan melewatkan penyiapan Kerja lebih
daripada Tarikh Siap Kerja

Kelewatan oleh Sub-kontraktor Dinamakan


23.2 Di mana butiran dalm notis bertulisyang diberikan dibawah Klausa 23.1 termasuk rujukan kepada Sub-
kontraktor Dinamakan, maka Kontraktor hendaklah dengan segera mengemukakan satu salinan notis bertulis dan
butiran-butiran tersebut kepada Sub-kontraktor Dinamakan yang berkenaan.

Maklumat yang tidak lengkap


23.3 Jika Arkitek berpendapat bahawa butiran-butiran yang dikemukakan oleh Kontraktor tidak mencukupi untuk
beliau memutuskan permohonan lanjutan masa, Arkitek hendaklah dalam masa dua puluh lapan (28) Hari dari
tarikh menerima butiran-butiran daripada Kontraktor di bawah Klausa 23.1(b), memaklumkan kepadanya apa-apa
kekurangan dalam pengemukaannya dan meminta Kontraktor menyediakan butiran-butiran tersebut dalam masa
dua puluh lapan (28) hari lagi atau dalam tempoh yang boleh dinyatakan oleh Arkitek secara bertulis.

Sijil Lanjutan Masa


23.4 Apabila Kontraktor telah mengemukakan butiran-butiran yang cukup untuk pertimbangan Arkitek, maka
Arkitek tertakluk kepada Klausa 23.5, 23.6 dan 23.8 hendaklah menimbangkan permohonan Kontraktor dan
hendaklah samada menolak permohonan Kontraktor atau mengeluarkan Sijil Lanjutan Masa dalam tempoh enam
(6) Minggu dari tarikh menerima butiran-butiran yang mencukupi. Arkitek boleh mengeluarkan notis penolakan
secara bertulis atau Sijil Lanjutan Masa sebelum atau selepas Tarikh Siap Kerja.

Pertimbangan Lain Untuk Lanjutan Masa


23.5 Dalam menilai lanjutan masa, Arkitek boleh mengambilkira hal-hal berikut:

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

78 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

23.5(a) kesan atau akibat apa-apa kerja yang dikeluarkan daripada Kontrak, dengan syarat Arkitek tidak
boleh menetapkan Tarikh Siap Kerja lebih awal daripada Tarikh Siap Kerja yang dinyatakan dalam
Apendiks; dan

23.5(b) apa-apa Peristiwa Relevan yang pada pendapat Arkitek akan mempunyai kesan kepada hak
Kontraktor kepada lanjutan masa.

Kontraktor hendaklah menghalang kelewatan


23.6 Kontraktor hendaklah secara tetap menggunakan kemampuan terbaiknya untuk menghalang atau
mengurangkan kelewatan dalam kemajuan Kerja, dan hendaklah melakukan apa-apa yang sewajarnya
diperlukan sehingga puashati Arkitek untuk menghalang atau mengurangkan kelewatan atau kelewatan yang
lebih lanjut kepada siap Kerja lebih daripada Tarikh Siap Kerja.

Makluman kepada Subkontraktor Dinamakan


23.7 Arkitek hendaklah memaklumkan kepada setiap Sub-kontraktor Dinamakan secara bertulis, setiap
keputusan Arkitek dalam menetapkan Tarikh Siap Kerja yang baru.

Peristiwa Relevan
23.8 Berikut adalah Peristiwa Relevan yang dirujuk dalam Klausa 23.0:

23.8(a) Force Majeure;

23.8(b) Cuaca buruk luar biasa

23.8(c) Kerugian dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh satu atau lebih kontigensi yang dirujuk dalam
Klausa 20.A, 20.B atau 20.C sebagaimana adanya, dengan syarat hendaklah sentiasa yang sedemikian
itu tidak diakibatkan oleh apa-apa kecuaian, tinggalan, kesalahan dan/atau kemungkiran kontrak oleh
Kontraktor dan/atau Sub-kontraktor Dinamakan.

23.8(d) Kekacauan awam, mogok atau hartal yang memberi kesan kepada apa-apa bidang kerja yang
digaji untuk Kerja atau apa-apa bidang kerja yang terlibat dalam penyediaan, pengeluaran atau
pengangkutan apa-apa bahan dan barangan yang diperlukan oleh Kerja;

23.8(e) Kontraktor tidak menerima dalam masa yang sepatutnya Arahan Arkitek yang perlu (termasuk
atau yang berkaitan dengan perbelanjaan Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara, lukisan-
lukisan tambahan, butiran-butiran, aras dan apa-apa maklumat) yang dia telah memohon dari Arkitek
secara khusus dan bertulis. Permohonan Kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Arkitek dalam masa
yang cukup sebelum bermulanya pembinaan bahagian kerja yang berkenaan, untuk membolehkan
Arkitek untuk mengeluarkan Arahan Arkitek yang perlu dalam tempoh yang tidak akan memberi kesan
material kepada kemajuan kerja yang berkenaan, berkaitan Tarikh Siap Kerja. Dengan syarat hendaklah
sentiasa bahawa Arahan Arkitek adalah tidak diperlukan sebagai kesan kepada apa-apa kecuaian,
tinggalan, kesalahan dan/atau kemungkiran kontrak oleh Kontraktor dan/atau Sub-kontraktor Dinamakan.

23.8(f) Kelewatan oleh Majikan menyerahkan pemilikan Tapakbina atau mana-mana bahagian Tapakbina
mengikut Klausa 21.1 dan 21.2;

23.8(g) Pematuhan Arahan Arkitek yang dikeluarkan oleh Arkitek di bawah Klausa 1.4, 11.2 dan 21.4;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

79 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

23.8(h) Kelewatan di pihak Sub-kontraktor Dinamakan atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam Klausa
21.4(a) hingga 21.4(w) dalam borang Sub-kontrak PAM 2006;

23.8(i) Penamaan semula Sub-kontraktor Dinamakan sebagaimana Klausa 27.11;

23.8(j) Kelewatan di pihak tukang, pekerja tred atau lain-lain kontraktor yang digaji atau dilantik oleh
Majikan untuk melaksanakan kerja yang tidak membentuk sebahagian daripada Kontrak atau kegagalan
untuk melaksanakan kerja tersebut;

23.8(k) Kelewatan atau kegagalan dalam pembekalan bahan dan barangan yang dipersetujui untuk
dibekalkan oleh Majikan;

23.8(l) Membuka untuk memeriksa apa-apa kerja yang telah ditutup, ujian apa-apa bahan, barangan atau
kerja siap mengikut Klausa 6.3, melainkan jika pemeriksaan atau ujian itu;
23.8(l)(i) Diperuntukkan di dalam Bil Kontrak;
23.8(l)(ii) Menunjukkan bahawa kerja-kerja, bahan atau barangan tidak mematuhi kehendak Kontrak;
23.8(l)(iii) Diperlukan oleh Arkitek sebagai natijah daripada apa-apa kecuaian, tinggalan, kesalahan
dan/atau penyelewengan kontrak oleh Kontraktor;

23.8(m) Apa-apa tindakan halangan atau kemungkiran kontrak oleh Majikan;

23.8(n) Kemusnahan akibat perang di bawah Klausa 32.1

23.8(o) Pematuhan kepada AI yang dikeluarkan berkaitan dengan penemuan antikuiti di bawah Klausa
33.1;

23.8(p) Pematuhan kepada apa-apa perubahan undang-undang, peraturan, undang-undang kecil atau
terma dan syarat mana-mana Pihak Berkuasa dan Pembekal Perkhidmatan;

23.8(q) Kelewatan yang disebabkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Berkaitan dan Pembekal
Perkhidmatan dalam melaksanakan, atau kegagalan mereka melaksanakan kerja yang memberi kesan
kepada kemajuan kerja Kontraktor dengan syarat hendaklah sentiasa bahawa kelewatan itu tidak
disebabkan oleh apa-apa kecuaian, tinggalan, kesalahan dan/atau kemungkiran kontrak oleh Kontraktor
dan/atau Sub-kontraktor diNamakan.

23.8(r) Perlantikan Pegawai ganti dibawah Artikel 3, 4, 5 dan 6;

23.8(s) Pematuhan kepada Arahan Arkitek yang dikeluarkan berkaitan dengan pertikaian dengan pemilik
hartanah berjiran dengan syarat hendaklah sentiasa bahawa kelewatan itu tidak disebabkan oleh apa-
apa kecuaian, tinggalan, kesalahan dan/atau kemungkiran kontrak oleh Kontraktor dan/atau Sub-
kontraktor Dinamakan.

23.8(t) Kelewatan melaksanakan kerja di mana satu Kuantiti Sementara dimasukkan dalam Senarai
Kontrak yang pada pendapat Arkitek adalah tidak menggambarkan kuantiti kerja sebenar yang tepat.

23.8(u) Kegagalan Majikan menyerahkan dalam masa yang perlu, laluan masuk dan keluar daripada
Tapakbina atau mana-mana bahagian melalui tanah, dengan cara satu laluan yang bersebelahan atau
bersambung dengan Tapakbina yang dimiliki atau dikawal oleh Majikan;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

80 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

23.8(v) Penggantungan kerja oleh Kontraktor akan obligasinya di bawah Klausa 30.7 dan 30.8;

23.8(w) Penggantungan seluruh atau sebahagian Kerja kerana arahan Pihak Berkuasa Berkaitan dengan
syarat hal itu tidak disebabkan oleh apa-apa kecuaian, tinggalan, kesalahan dan/atau kemungkiran
kontrak oleh Kontraktor dan/atau Sub-kontraktor Dinamakan.

23.8(x) Apa-apa alasan lain untuk lanjutan masa yang dibenarkan secara khusus di dalam Kontrak;

Lanjutan masa selepas Sijil Tak Siap Kerja


23.9 Di mana Peristiwa Relevan berlaku selepas Sijil Tak Siap Kerja telah dikeluarkan, Arkitek hendaklah
mengizinkan suatu lanjutan masa. Lanjutan masa ini hendaklah ditambah kepada Tarikh Siap Kerja atau kepada
mana-mana seksyen Kerja.

Penilaian semula Arkitek pada lanjutan masa selepas Siap Praktikal


23.10 Arkitek boleh (tetapi tidak dimestikan) dalam tempoh dua belas (12) Minggu selepas tarikh Siap Kerja
Praktikal mengulangkaji dan menetapkan Tarikh Siap Kerja kemudian daripada tarikh yang ditetapkan
sebelumnya, jika pada pendapatnya penetapan semula Tarikh Siap itu adalah adil dan munasabah berkaitan
dengan mana-mana Peristiwa Relevan, samada setelah mengulangkaji keputusan sebelumnya atau sebaliknya
dan samada atau tidak Peristiwa Relevan itu telah diberi notis oleh Kontraktor di bawah Klausa 23.1. Ulangkaji
lanjutan masa ini tidak sekali-kali akan boleh mengurangkan lanjutan masa yang diizinkan oleh Arkitek
sebelumnya. Dalam hal di mana penetapan Lanjutan Masa yang lewat ini memberi kesan kepada jumlah
Gantirugi Ditetapkan yang berhak ditahan oleh Majikan, dia hendaklah membayar apa-apa jumlah lebihan kepada
Kontraktor dalam Tempoh Menunaikan Sijil.

ULASAN

Bhg 1 - MASALAH PRAKTIKAL DALAM PERTIMBANGAN LANJUTAN MASA

Dalam pengurusan kontrak, klausa-klausa yang membenarkan lanjutan masa adalah jelas. kontraktor berhak
untuk menerima lanjutan masa jika mana-mana peristiwa relevan yang digariskan dalam klausa berlaku. Ada 29
peristiwa relevan yang dibenarkan.

Masalah dalam pengesyuran lanjutan masa lebih berkait kepada prosedur atau pematuhan kepada prosedur
yang digariskan dalam kontrak. Umumnya, Kontrak PAM 2006 memberi ruang yang luas kepada kontraktor untuk
mendapatkan lanjutan masa walaupun sepintas lalu, prosedur itu kelihatan agak ketat. Kita ambil contoh
keperluan notis.

Dalam Klausa 23.1(a) disebut,

Kontraktor hendaklah memberikan notis bertulis kepada Arkitek, niatnya untuk menuntut lanjutan masa berserta
dengan anggaran awal lanjutan masa yang diperlukan dengan disokong oleh butiran-butiran daripada sebab-
sebab kelewatan. Notis tersebut hendaklah diberikan dalam tempoh dua puluh lapan (28) Hari daripada tarikh
AI/Arahan Arkitek, CAI/Pengesahan Arahan Arkitek atau mulanya Peristiwa Relevan, yang mana lebih awal.
Pengemukaan notis tersebut akan menjadi satu syarat wajib kepada hak untuk lanjutan masa; dan

Dalam Klausa 23.1(b) pula disebut'

Dalam masa dua puluh lapan (28) Hari daripada berakhirnya sebab kelewatan, Kontraktor hendaklah
mengemukakan kepada Arkitek, permohonan lanjutan masa yang muktamat, disokong dengan segala butiran

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

81 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

untuk membolehkan Arkitek menilai apa-apa lanjutan masa yang akan diberi. Jika Kontraktor gagal
mengemukakan butiran-butiran tersebut dalam masa (atau dalam masa yang lebih panjang yang boleh
dipersetujui secara bertulis oleh Arkitek), maka adalah diandaikan bahawa Kontraktor telah menilai yang
Peristiwa Relevan tersebut tidak akan melewatkan penyiapan Kerja lebih daripada Tarikh Siap Kerja

Jika dua klausa ini dibaca bersendirian, seolah-olah, kontraktor yang tidak memberi notis untuk mengemukakan
niat untuk menuntut lanjutan masa akan hilang hak mereka jika mereka tidak memberi notis dalam masa 28 hari.
Banyak pengurus projek dan arkitek mengambil pendekatan ini.

Namun demikian, hak kontraktor untuk mendapatkan lanjutan masa tidak berakhir sekalipun mereka tidak
memberi notis malahan ia tetap ada walaupun dia tidak memohon lanjutan masa itu. Hak ini diberi oleh Klausa
23.10. Klausa ini membolehkan penilaian semula lanjutan masa dibuat oleh Arkitek selepas Siap Praktikal.

23.10 Arkitek boleh (tetapi tidak dimestikan) dalam tempoh dua belas (12) Minggu selepas tarikh Siap Kerja
Praktikal mengulangkaji dan menetapkan Tarikh Siap Kerja kemudian daripada tarikh yang ditetapkan
sebelumnya, jika pada pendapatnya penetapan semula Tarikh Siap itu adalah adil dan munasabah berkaitan
dengan mana-mana Peristiwa Relevan, samada setelah mengulangkaji keputusan sebelumnya atau sebaliknya
dan samada atau tidak Peristiwa Relevan itu telah diberi notis oleh Kontraktor di bawah Klausa 23.1. Ulangkaji
lanjutan masa ini tidak sekali-kali akan boleh mengurangkan lanjutan masa yang diizinkan oleh Arkitek
sebelumnya. Dalam hal di mana penetapan Lanjutan Masa yang lewat ini memberi kesan kepada jumlah
Gantirugi Ditetapkan yang berhak ditahan oleh Majikan, dia hendaklah membayar apa-apa jumlah lebihan kepada
Kontraktor dalam Tempoh Menunaikan Sijil.

Saya percaya klausa ini mengambilkira, realiti industri pembinaan Malaysia yang masih lagi terkebelakang dalam
aspek pengurusan kontrak. Kecuali golongan pertama dari segelintir syarikat yang besar dan profesional, industri
pembinaan kita masih diwarnai oleh golongan kedua yang dipenuhi pemain-pemain kecil yang pandai dalam
kerja tetapi terbatas kemampuan pengurusan mereka kerana kekangan kewangan dan kakitangan. Golongan
kedua ini bergantung harap kepada keadilan dan kesaksamaan arkitek yang mengurus projek.

Masalah kedua berkait dengan soal pengurusan rekod.

Walaupun PAM 2006 telah secara resminya digunapakai untuk masa yang agak lama, kebanyakan pemain
dalam industri masih merujuk kepada amalan yang terbiasa dari PAM 1998. Kita yang mengkaji Kontrak PAM
2006, akur bahawa keperluan arahan dan rekod bertulis amat dititikberatkan.

Dalam Klausa 2.2 Arahan Arkitek disebut;

2.2 Semua arahan yang dikeluarkan oleh Arkitek hendaklah bertulis dan secara jelas diberi tajuk Arahan Arkitek
(AI). Semua bentuk arahan bertulis termasuk lukisan yang dikeluarkan oleh Arkitek akan menjadi AI apabila:

2.2(a) setelah menerima pengesahan daripada Kontraktor bertajuk Pengesahan Arahan Arkitek (CAI); atau

2.2(b) setelah pengesahan yang mengikuti arahan bertulis oleh Arkitek dengan suatu AI.

Dalam situasi yang ideal, hal ini tiada masalah. Masalahnya adalah situasi sebenar dalam dunia yang sebenar.
Kepada arkitek, saya ulangi pesanan yang saya terima saban tahun yang lampau. Dalam industri pembinaan baik
kecil mahupun besar, arkitek yang bermula baik dengan majikan diperingkat rekabentuk, akan mendapati diri
mereka ketinggalan malah seolah dipinggir oleh majikan bila pembinaan bermula. Ini berlaku kerana, hubungan
arkitek dengan projek khusunya tapakbina tinggal setakat lawatan periodikal sahaja. Kontraktor biasanya cepat

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

82 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

mengambil kesempatan dari kekosongan ini untuk dekat dengan majikan dan menggunakan peluang untuk
mencadangkan idea-idea baru yang bukan sahaja akan melahirkan arahan perubahan tetapi mungkin
memudahkan cara kerja mereka dan mungkin sekaligus menyebabkan kenaikan kos projek. Majikan sering
termakan dengan kata-kata seperti, 'oh kosnya tak seberapa' atau, 'tak mengapa kita kira kemudian.'

Seringkali dalam kes sebegini, arkitek tidakpun diberitahu oleh majikan dan kontraktor tidak mengeluarkan apa-
apa rekod. Masalah timbul hanya diperingkat akhir bila tuntutan perubahan melambak atau bila kerja lewat dan
kontraktor menuntut kos dan lanjutan masa. Banyak hal yang disetujui dalam waktu-waktu yang akrab di antara
mereka menjadi punca pertikaian yang tidak berkesudahan. Majikan yang jujur mungkin mengakui arahan dan
persetujuan mereka kepada cadangan kontraktor dan membayarnya. Majikan yang kesempitan mungkin
mengakui tetapi enggan membayar atas alasan-alasan teknikal seperti notis dan rekod. Yang lebih teruk ada
Majikan mengaku bersetuju dengan perubahan tetapi enggan membayar kerana menganggap ditipu oleh
kontraktor. mungkin ada juga yang terang-terang mengambil kesempatan.

Dalam pembinaan, perubahan berlaku hampir sebagai satu kemestian. Lukisan yang tidak dikoordinasi dengan
tepat; cara dan kemahiran kerja tukang yang berbeza; citarasa, keperluan dan kerenah majikan yang berubah;
bahan dalam spesifikasi asal yang telah tiada di pasaran; - semuanya menyumbang kepada perubahan.
Perubahan bila berlaku, akan memberi kesan kepada masa dan kos. Hampir tiada penghujung kepada usaha
merekod perubahan.

Saya nasihatkan arkitek supaya rajin menulis dan menghantar apa yang ditulis kepada kedua-dua majikan dan
kontraktor, tak kira yang ditulis itu rekod, catitan pengamatan atau soalan tentang apa-apa kelainan yang
disedari. Amat penting ditulis adalah hal-hal berkaitan perubahan dan kos.

Seringkali berlaku, surat-surat yang ditulis tidak dijawab. Dalam masa yang sama arkitek terpaksa membuat
keputusan kerana kerja perlu terus berjalan. Dalam situasi sebegini, buat keputusan, sekalipun keputusan itu
mungkin salah. Kita mungkin dimarahi kerana buat kerja dan mungkin juga dimarahi kerana tidak buat kerja,
dimarahi kerana melaksanakan tugas adalah pilihan yang lebih baik.

Sebagai profesional, kita tidak dituntut untuk menjadi manusia yang sempurna, memadailah kita telah
melaksanakan tanggungjawab kita dalam suatu kerja sebagaimana ia akan dilaksanakan oleh rakan-rakan
profesional yang lain dalam kerja yang serupa.

Bhg 2 - MENILAI, MENERIMA ATAU MENOLAK

Dalam bahagian ini saya akan cuba menerangkan tentang beberapa keistimewaan yang sering ditemui dalam
penilaian beberapa klausa lanjutan masa yang agak lumrah.

1. Cuaca Buruk Luar Biasa.

Masalah cuaca buruk luar biasa bukan sahaja sukar dibuktikan, malah jika dibuktikan sekalipun tidak semestinya
akan membawa kepada lanjutan masa. Penilaian mesti dibuat untuk masa yang spesifik dan kepada kerja yang
spesifik. Cuaca buruk itu mestilah memberi kesan kepada kerja yang sensitif kepada cuaca sahaja.
Secara asasnya, kontraktor semasa tender mestilah telah mempunyai pengetahuan tentang geografi kawasan
kerja dilaksanakan termasuk segala aspek berkaitan pembinaan seperti cuaca, masa dan kekerapan hujan.
Kontraktor yang menender untuk membina struktur konkrit dalam bulan Disember di Kelantan misalnya dianggap
tahu bahawa Disember adalah musim tengkujuh dengan hujan hampir setiap hari dan sepatutnya telah
mengambilkiran ketidakbolehan kerja dalam bulan tersebut. Jika tidak dia mestilah telah mengambilkira dan
memasukkan harga yang termasuk risiko LAD ke dalam tender.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

83 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Untuk menilai cuaca buruk luar biasa, kontraktor perlu mengemukakan;

a. Rekod cuaca harian ditapak;


b. Data cuaca 10 tahun bagi minggu berkenaan daripada stesen meteorologi berdekatan;
c. Perkiraan purata hujan harian bagi minggu berkenaan bagi 10 tahun dibandingkan dengan hujan pada
minggu tersebut dalam tempoh kerja.
d. Perkiraan menunjukkan bahawa hujan dalam minggu tersebut adalah luar biasa dibandingkan dengan
purata 10 tahun.
e. Bukti daripada rekod tapak menunjukkan kerja yang tidak dapat dibuat itu sensitif kepada hujan atau
cuaca buruk.
f. Kerja tersebut dibuktikan daripada Program Kerja yang disahkan sebagai terjadual untuk dilaksanakan
dalam minggu berkenaan, bukan kerja yang sepatutnya telah dibuat dalam musim kering tetapi terlewat
atas sebab kesilapan kontraktor lalu terpaksa dibuat dalam masa hujan.

2. Antara Program dan Kerja Sebenar

Lanjutan masa bagi sesuatu kerja diberi sebagai ganti masa sebenar yang diambil untuk melaksanakan kerja
yang mengalami kelewatan termasuk masa-pendahulu (lead-time) untuk persiapan kerja.

Lanjutan masa kontrak hanya boleh diberikan apabila kesan masa bersih daripada semua arahan itu
menyebabkan anjakan kepada kerja-kerja yang berada dalam laluan kritikal (critical path) melebihi jumlah masa
yang asal.

Umumnya, bila kontraktor memohon lanjutan masa, mereka akan memohon jumlah hari yang sebanyak mungkin
berdasarkan kepada program. Sebagaimana dinyatakan dalam Klausa 3.7, 'Program Kerja boleh digunakan oleh
Arkitek untuk memantau kemajuan dan Arkitek berhak untuk bergantung kepada Program Kerja sebagai asas
penilaian lanjutan masa dan kesan kelewatan dan/atau gangguan kepada kemajuan Kerja' begitu juga kontraktor
akan menggunakan program mereka.

Program kerja asal amat penting dalam penilaian lanjutan masa.

Sebagai contoh, arkitek mengarahkan dibina bumbung tambahan menggunakan polycarbonate. Kerja-kerja
polycarbonate termasuk kekuda dan struktur adalah kerja oleh pakar yang khusus. Masa lanjutan yang diberikan
perlu mengambilkira masa untuk rekabentuk, kelulusan, persetujuan harga, penyiapan dikilang, penghantaran
dan pemasangan. Masa persediaan adaah selama 15 hari. Pemasangan di tapak hanya memakan masa 5 hari.
Keseluruhan masa kerja adalah 20 hari. Jika keseluruhan kerja mengambil masa 20 hari, maka pada asasnya
kontraktor berhak menerima 20 hari tambahan. Persoalannya, apakah 20 hari ini akan ditambah kepada tempoh
kontrak? Ia bergantung kepada samada ianya memberi kesan kepada jumlah masa bersih yang disebut di atas.
15 hari persediaan tidak boleh diambilkira. Jika kerja-kerja pemasangan selama 5 hari itu menyebabkan
gangguan kepada kerja-kerja lain dalam laluan kritikal, maka kesan masa bersih yang boleh diberikan hanyalah 5
hari.

3. Konflik dan Kemungkinan Salahguna Peruntukan Lanjutan Masa

Pada prinsipnya, lanjutan masa hanya boleh diberikan jika kelewatan itu disebabkan oleh salah-satu atau lebih
peristiwa relevan dalam klausa 23. Kelewatan akibat kegagalan kontraktor disebut 'culpable delay' dalam istilah
Inggeris, tidak boleh dijadikan sebab untuk lanjutan masa. Bagaimana pula jika kelewatan itu berlaku kerana

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

84 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

kombinasi kegagalan kontraktor bersama dengan peristiwa relevan? Atau jika peristiwa relevan berlaku selepas
daripada kelewatan kontraktor?

Mereka yang arif dengan undang-undang kontrak tahu tentang prinsip atau pendekatan Malmaison [Henry Boot
Construction (UK) Limited v Malmaison Hotel 70 Con LR 32 Dyson J] dalam menilai lanjutan masa.

'.... adalah disetujui jika ada dua kelewatan pada masa yang sama, satu disebabkan oleh peristiwa relevan dan
satu lagi tidak, maka kontraktor berhak kepada lanjutan masa yang disebabkan oleh peristiwa relevan tanpa
mengambilkira kesan semasa daripada peristiwa yang satu lagi. Maka untuk menyebut suatu contoh mudah, jika
tidak ada kerja yang dapat dibuat ditapak selama seminggu bukan sahaja kerana cuaca buruk luar biasa (suatu
Peristiwa Relevan) tetapi kerana Kontraktor kekurangan pekerja (bukan Peristiwa Relevan), dan jika kegaglan
untuk bekerja pada minggu itu menyebabkan kelewatan melebihi Tarikh Siap selama seminggu, kemudian jika
arkitek merasakan adil dan wajar, hendaklah dia meluluskan lanjutan masa dan dia tidak boleh menafikan
lanjutan itu atas dasar kelewatan itu memang telah berlaku kerana kekurangan pekerja.'

Dengan pendekatan Malmaison yang terkini digunapakai di England, kontraktor kini boleh mendapat lanjutan
masa yang bersih jika majikan pada saat akhir kontrak atau selepas berakhirnya tempoh kontrak mengarahkan
arkitek untuk mengeluarkan Arahan Arkitek untuk kerja yang baru.

Segala kelewatan yang sebelumnya disebabkan oleh kontraktor diketepikan begitu saja. Dengan itu juga segala
hak majikan kepada gantirugi ditetapkan akan hapus dengan sendirinya.

Kontraktor yang bijak dan baik dengan majikan, atau dengan pengurusan dipihak majikan hanya perlu
mendapatkan satu arahan baru diperingkat akhir kontrak untuk melepaskan segala tanggungan mereka. Kaedah
ini agak terbuka untuk dimanipulasi.

4. Adakah kelewatan pembayaran sijil interim satu kemungkiran kontrak?

Dalam kebanyakan pengurusan projek, soal kelewatan pembayaran sijil interim yang lewat daripada tarikh yang
ditetapkan dalam kontrak selalunya ditolak ke tepi. Pendapat umum di pihak pengurusan, soal kelewatan
pembayaran terpisah dari soal kemajuan kerja. Kontraktor yang membangkitkan soal kelewatan bayaran sering
menerima tempelak dan amarah dari majikan.

Dari peristiwa relevan dalam Klausa 23, tidak ada dinyatakan secara spesifik bahawa kelewatan pembayaran sijil
interim boleh dijadikan alasan untuk lanjutan masa. Yang ada dan mungkin boleh diterimapakai adalah Klausa
23.8(m) Tindakan halangan atau kemungkiran kontrak oleh Majikan. Banyak keputusan penghakiman menerima
hakikat ini.

Namun demikian agak sukar untuk arkitek menentukan bagaimana kelewatan pembayaran ini memberi kesan
kepada kemajuan kerja. Kontraktor mungkin terpaksa membuktikan kegagalan mereka untuk memesan
bahanbina, menyediakan loji dan peralatan atau membayar gaji pekerja. Apa yang penting, menerima kelewatan
pembayaran sebagai suatu kemungkiran kontrak akan menafikan hak majikan untuk menuntut gantirugi
ditetapkan, malah membuka kepada tuntutan kerugian dan perbelanjaan.

5. Penilaian Lanjutan Masa. Sampai bila?

Sekali pandang, dalam Klausa 23, hak untuk mendapatkan lanjutan masa terhad kepada tempoh 28 hari selepas
menerima AI atau berlaku Peristiwa Relevan. Kemudian klausa ini diperjelaskan oleh Klausa 23.10 dengan kuasa
arkitek untuk menilai semula lanjutan masa dalam masa 12 minggu selepas siap kerja praktikal. Ini

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

85 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

menggambarkan bahawa hak untuk lanjutan masa adalah hak yang adil yang diberikan kepada kontraktor selagi
kontrak berkuatkuasa.

Amalan dalam industri pembinaan Malaysia membenarkan arkitek untuk terus boleh membuat penilaian semula
dan membuat penetapan lanjutan masa yang baru sehinggalah tugasnya berakhir dengan terbitnya Sijil
Muktamat.

Apakah lanjutan masih masih boleh dikaji selepas Sijil Muktamat? Jawabnya boleh. Cuma selepas daripada Sijil
Muktamat, penilaian semula hanya boleh dibuat oleh Penimbangtara.

TERJEMAHAN

30.0 SIJIL DAN BAYARAN

Permohonan bayaran dan pengeluaran sijil Arkitek

30.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan satu permohonan bayaran pada Selangmasa Tuntutan Interim yang
dinyatakan dalam Apendiks bersama-sama dengan butiran dan pernyataan yang lengkap sebagaimana
diperlukan oleh Arkitek, untuk membolehkan beliau menimbang dan menentukan jumlah yang akan dimasukkan
ke dalam Sijil Interim. Sebaik menerima butiran dan pernyataan Kontraktor, Arkitek hendaklah, dalam masa dua
puluh satu (21) Hari dari tarikh menerima permohonan Kontraktor, mengeluarkan satu Sijil Interim kepada
Majikan dengan salinan kepada Kontraktor dan Majikan hendaklah dengan itu membayar jumlah yang diakui
kepada Kontraktor dalam Tempoh Menunaikan Sijil. Sebarang kegagalan Kontraktor untuk mengemukakan
permohonan bayaran adalah dianggap sebagai perlepasan haknya di bawah kontrak untuk Sijil Interim tersebut,
dan Arkitek samada boleh atau tidak perlu untuk mengeluarkan Sijil Interim dalam keadaan sedemikian. Selepas
Sijil Siap Kerja Praktikal dikeluarkan, Sijil Interim hendaklah dikeluarkan bilamana jumlah selanjutnya ditentukan
oleh Arkitek sebagai kena dibayar oleh Majikan.

Jumlah yang teraku dalam sijil Arkitek

30.2 Jumlah yang dinyatakan sebagai teraku dalam sesuatu Sijil Interim, tertakluk kepada persetujuan antara
pihak-pihak kepada bayaran berperingkat, adalah jumlah nilai kerja yang sempurna dilaksanakan dan termasuk
peratusan nilai bahan binaan dan barangan yang dinyatakan dalam Apendiks sehingga tarikh permohonan
bayaran Kontraktor ditolak apa-apa jumlah yang boleh ditahan oleh Majikan di bawah Klausa 30.5 dan 30.6 dan,
ditolak jumlah yang diakui sebelumnya di bawah Klausa 30.1. Bahan binaan dan barangan hendaklah yang
dimaksudkan untuk dibina ke dalam kerja kekal dan telah dihantar dan distor dengan sempurna di Tapakbina dan
dilindungi daripada kehilangan, kerosakan dan kelusuhan mengikut kehendak-kehendak Kontrak. Sijil Interim
hendaklah hanya memasukkan nilai bahan binaan dan barangan yang wajar dan betul dan tidak di bawa ke
Tapak sebelum waktunya.

Kesilapan dalam sijil bayaran

30.3 Kecuali bagi kesilapan perkeranian, perkiraan atau taipografi atau kesilapan yang serupa sifatnya, Arkitek
tidak berhak untuk meminda apa-apa sijil bayaran yang telah dikeluarkan olehnya di bawah Kontrak. Hendaklah
sentiasa bahawa Arkitek boleh dengan sijil yang terkemudian, membuat pembetuan pembetulan, modifikasi
berhubung dengan apa-apa kesilapan penilaian bagi apa-apa kesilapan penilaian dalam sijil terdahulu.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

86 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Potongan balik oleh Majikan

30.4 Majikan adalah berhak untuk membuat potongan balik segala kos yang ditanggung serta kerugian dan
belanja di mana ianya dinyatakan dengan jelas di bawah Klausa 2.4, 4.4, 5.1, 6.5(e), 6.7, 14.4, 15.3(b), 15.3(c),
15.4, 15.5, 19.5 dan 20.A.3.

Potongan balik tidak dibenarkan melainkan setelah:

30.4(a) Arkitek atau Jurukur Bahan (bagi pihak Majikan) telah mengemukakan kepada Kontraktor butiran
lengkap penilaian mereka untuk pemotongan balik tersebut; dan

30.4(b) Majikan atau Arkitek bagi pihaknya telah memberikan kepada Kontraktor satu notis bertulis
dengan serahan tangan atau dengan pos berdaftar, menyatakan niatnya untuk membuat potongan balik
jumlah dengan alasan kenapa potongan balik tersebut dibuat. Melainkan dinyatakan di tempat lain, notis
bertulis hendaklah diberikan tidak lebih daripada dua puluh lapan (28) Hari sebelum apa-apa potongan
balik ditolak daripada apa-apa bayaran oleh Majikan.

Apa-apa potongan balik oleh Majikan hendaklah boleh diganti sebagai satu hutang atau daripada mana-mana
wang yang telah terhutang atau akan terhutang kepada Kontraktor di bawah Kontrak atau daripada apa-apa
bayaran dan/atau Bon Perlaksanaan.

Jika Kontraktor selepas menerima notis bertulis daripada Majikan atau Arkitek bagi pihaknya, mempertikaikan
jumlah potongan balik, Kontraktor hendaklah dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari dari tarikh menerima notis
bertulis itu, menghantar kepada Majikan dengan serahan tangan atau dengan pos berdaftar satu kenyataan
menjelaskan sebab dan keterangan untuk ketidaksetujuan tersebut. Jika pihak-pihak gagal untuk bersetuju
dengan jumlah potongan balik dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari yang berikut dari tarikh menerima
maklumbalas bertulis dari Kontraktor itu, salah satu pihak boleh merujuk pertikaian kepada adjudikasi di bawah
Klausa 34.1. Majikan adalah tidak berhak untuk membuat apa-apa potongan balik melainkan jumlahnya telah
dipersetujui oleh Kontraktor atau adjudikator telah membuat keputusan.

Wang tahanan

30.5 Majikan boleh menahan sesuatu peratus daripada jumlah nilai kerja, bahan binaan dan barangan yang
dirujuk dalam Klausa 30.2, yang dinyatakan dalam Apendiks sebagai Peratusan Nilai Teraku Yang diTahan.
Apabila jumlah tercampur wang tahanan itu menyamai jumlah yang dinyatakan dalam Apendiks sebagai Had
Wang Tahanan atau jumlah tersebut yang dikurangkan di bawah klausa 16.1(d) dan 16.1(f) dan/atau Klausa 27.7,
bergantung kepada kes, maka tidak ada lagi penahanan dibenarkan di bawah Klausa ini.

Peraturan berhubung wang tahanan

30.6 Jumlah yang ditahan di bawah Klausa 30.5 hendaklah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

30.6(a) Kepentingan Majikan pada apa-apa jumlah yang ditahan hendaklah sebagai pemegang amanah
bagi pihak Kontraktor, Sub-kontraktor diNamakan dan Pembekal diNamakan (tanpa obligasi untuk
melabur) dan kepentingan Kontraktor, Sub-kontraktor diNamakan dan Pembekal diNamakan hendaklah
tertakluk kepada hak Majikan untuk mendpatkan semula dari masa kesemasa ke atas bayaran yang
Arkitek mungkin memperakukan sebagai berhak untuk dipotong balik di bawah Kontrak dari jumlah yang
terhutang atau akan terhutang kepada Kontraktor, Sub-kontraktor diNamakan dan Pembekal diNamakan.
Dalam peristiwa di mana salah satu pihak memilih untuk menuntut secara bertulis daripada Majikan

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

87 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

(dengan salinan kepada Arkitek), untuk Wang Tahanan itu dibayar ke satu akaun amanah, jumlah
tersebut mestilah dibayar oleh Majikan dalam tempoh empat belas (14) hari kdalam satu akaun eskrow
yang akan dipegang oleh seorang pemegang amanah yang dilantik oleh pihak yang membuat
permohonan. Segala kos insidental dalam menyediakan akaun amanah hendaklah ditanggung oleh
Kontraktor, Sub-kontraktor diNamakan dan Pembekal diNamakan mengikut kes masing-masing;

30.6(b) Apabila Majikan mengamalkan apa-apa haknya di bawah Kontrak untuk memotong daripada
wang yang terhutang atau akan terhutang kepada Kontraktor atau di mana terpakai, daripada Sub-
kontraktor diNamakan dan Pembekal diNamakan, dia hendaklah memaklumkan kepada pihak berkenaan
secara bertulis alasan untuk potongan tersebut;

30.6(c) Setelah pengeluaran Sijil Siap Kerja Praktikal, arkitek hendaklah dalam tempoh empat belas (14)
Hari mengeluarkan satu sijil untuk melepaskan satu per dua daripada Wang Tahanan dan Kontraktor
adalah berhak kepada bayaran berikutnya dalam Tempoh Menunaikan Sijil; dan

30.6(d) Setelah pengeluaran Sijil Siap Kerja Membaiki Kecacatan, arkitek hendaklah dalam tempoh
empat belas (14) Hari mengeluarkan satu sijil untuk melepaskan jumlah baki daripada wang masih
ditahan dan Kontraktor adalah berhak kepada bayaran dalam Tempoh Menunaikan Sijil.

Penggantungan kerja akibat tiada bayaran

30.7 Tanpa prejudis kepada hak Kontraktor untuk menentukan penggajiannya sendiri di bawah Klausa 26.0, jika
Majikan gagal atau cuai untuk membayar Kontraktor jumlah yang dinyatakan dalam sijil bayaran (tolak Liquidated
Damages dan potongan balik yang nyata berhak dibuat oleh Majikan di bawah Kontrak) dan meneruskan
kemungkiran itu untuk tempoh empat belas (14) Hari selepas menerima notis yang dihantar dengan serahan
tangan atau dengan pos berdaftar daripada Kontraktor menyatakan jika bayaran tidak dibuat dalam masa empat
belas (14) Hari, Kontraktor boleh dengan satu notis lanjutan yang dihantar dengan serahan tangan atau dengan
pos berdaftar, dengan seberapa segera menggantung perlaksanaan kerja sehingga bayaran dibuat. Dengan
syarat hendaklah sentiasa notis sedemikian tidak diberi secara tidak wajar atau berniat jahat.

Penggantungan Kerja wajib

30.8 Jika Arkitek dan/atau Konsultan memaklumkan kepada Kontraktor secara bertulis tentang penarikandiri
mereka daripada mengawasi perjalanan Kerja sebagaimana yang diperlukan di bawah undang-undang kecil
tempatan atas apa-apa sebab sekalipun, Kontraktor hendaklah dengan seberapa segera menggantung
perlaksanaan kerja dan meneruskan penggantungan tersebut sehingga pengawasan kerja diteruskan semula.

Insuran cessation akibat daripada penggantungan Kerja

30.9 Jika Kontraktor menggantung Kerja mengikut peruntukan Klausa 30.7 dan 30.8, dia hendaklah mempastikan
keselamatan dan melindungi Kerja semasa tempoh penggantungan dan memastikan terdapatnya perlindungan
insuran cessation untuk segala risiko yang dinyatakan dalam Klausa 19.0 dan 20.A atau 20.B atau 20.C untuk
seluruh tempoh penggantungan. Kos untuk insuran cessation dan perlindungan sedemikian hendaklah ditambah
kepada Nilai Kontrak.

Akaun Muktamat

30.10 Dalam tempoh enam (6) Bulan setelah pengeluaran Sijil Siap Kerja Praktikal, Kontraktor hendaklah
mengemukakan kepada Arkitek dan Jurukur Bahan, segala dokumen yang perlu untuk penyediaan Akaun

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

88 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Muktamat, termasuk segala dokumen yang berkaitan dengan akaun-akaun Sub-kontraktor diNamakan (jika ianya
telah tidak diserahkan sebelumnya di bawah Sub-kontrak diNamakan) dan Pembekal diNamakan. Dokumen
demikian mestilah mengandungi segala lukisan binaan dan butiran terkini (dijilid bersama) , butiran segala kadar
harga, harga dan apa-apa penyelarasan Nilai Kontrak dan bayaran tambahan atau pampasan yang dituntut oleh
Kontraktor di bawah Kontrak bersama-sama dengan apa-apa penjelasan dan baucer, dokumen dan perkiraan
sokongan, yang mungkin perlu untuk membolehkan Akaun Muktamat disediakan oleh Arkitek dan Jurukur Bahan.
Akaun Muktamat mestilah disiapkan dalam tempoh enam (6) Bulan dari penerimaan segala dokumen perlu
daripada Kontraktor. Dalam peristiwa di mana Kontraktor gagal mengemukakan segala dukumen perlu dalam
penyediaan Akaun Muktamat, Arkitek dan Jurukur Bahan hendaklah tanpa mengambilkira menyiapkan dan
mengeluarkan Akaun Muktamat berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam Tempoh menyiapkan Akaun
Muktamat yang dinyatakan dalam Apendiks. Bila siap Akaun Muktamat Arkitek atau Jurukur Bahan hendaklah
seterusnya menghantar satu salinan dokumen tersebut kepada Majikan dan Kontraktor.

30.10(a) Jika tiada apa-apa dalam Akaun Muktamat itu dipertikaikan oleh Majikan dan Kontraktor dalam
tempoh tiga (3) Bulan dari tarikh penerimaan Akaun Muktamat dari Arkitek atau Jurukur Bahan, Akaun
Muktamat itu menjadi konklusif dan dianggap sebagai dipersetujui oleh pihak-pihak.

30.10(b) Jika salah-satu pihak mempertikaikan Akaun Muktamat, pihak yang mepertikaikan Akaun
Muktamat itu hendaklah memberikan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi (dengan salinan kepada
Arkitek dan Jurukur Bahan) menyatakan apa-apa bantahan lengkap dengan butiran dalam masa tiga (3)
Bulan dari tarikh menerima akaun Muktamat dari Arkitek atau Jurukur Bahan. Arkitek atau Jurukur Bahan
hendaklah dalam masa tiga (3) Bulan dari tarikh menerima alasan pertikaian samada meminda akaun
muktamat, atau tidak membuat apa-apa pindaan. Mana-mana pihak yang masih membantah Akaun
Muktamat yang telah dipinda atau keputusan tidak meminda Akaun Muktamat, hendaklah merujuk
pertikaian tersebut kepada timbangtara di bawah Klausa 34.0 dalam masa tiga (3) Bulan dari tarikh
menerima Akaun Muktamat yang telah dipinda atau keputusan tidak meminda Akaun Muktamat .
Kegagalan merujuk kepada timbangtara dalam masa yang ditetapkan, Akaun Muktamat atau Akaun
Muktamat yang telah dipinda akan dianggap sebagai konklusif dan dipersetujui oleh semua pihak.

30.10(c) Apa-apa pertikaian ke atas Liquidated Damages, potongan balik dan faedah yang diberihak
kepada Majikan dibawah Kontrak hendaklah dirujuk kepada Timbangtara.

Item dalam Akaun Muktamat

30.11 Akaun Muktamat bagi Kerja hendaklah menunjukkan:

30.11(a) Penyelarasan yang dibuat kepada Nilai Kontrak;


30.11(b) Jumlah yang Arkitek berpendapat layak diterima oleh Kontraktor di bawah peruntukan-
peruntukan yang jelas dalam Kontrak;
30.11(c) Penolakan semua Wang Kos Prima dan keuntungan yang berkaitan yang diperuntukkan oleh
Kontraktor dalam Dokumen Kontrak serta penggantiannya dengan jumlah yang kena dibayar oleh
Majikan kepada Sub-kontraktor diNamakan dan/atau Pembekal diNamakan bersama-sama jumlah
keuntungan pro-rata; dan
30.11(d) Penyelarasan kepada Wang Peruntukan Sementara dan penolakan apa-apa Wang Peruntukan
Sementara yang tidak dibelanjakan.

Yang berikut hendaklah tidak dimasukkan kedalam Akaun Muktamat dan merupakan hal-hal yang perlu
diselesaikan berasingan antara Majikan dan Kontraktor.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

89 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

30.11(e) Apa-apa Liquidated Damages yang dikenakan oleh Majikan di bawah Klausa 22.1;

30.11(f) Potongan balik oleh Majikan di mana ianya dinyatakan dengan jelas di bawah Klausa 30.4; dan

30.11(g) Faedah yang kena dibayar oleh salah satu pihak kepada pihak yang lain di bawah Klausa 30.17.

Akaun Muktamat adalah konklusif

30.12 Melainkan satu notis bertulis untuk timbangtara telah diberikan di bawah Klausa 34.0 oleh salah satu pihak
dalam tempoh yang dinyatakan dalam Klausa 30.10, Akaun Muktamat atau Akaun Muktamat yang mutakhir
dipinda adalah konklusif dan dipersetujui oleh semua pihak kecuali bagi perkara-perkara tertangguh yang akan
diselesaikan berasingan antara Majikan dan Kontraktor di bawah Klausa 30.11(e) ke 30.11(g), kecuali jika Akaun
Muktamat itu adalah silap dengan sebab;

30.12(a) Penipuan, pecah amanah dan penyembunyian secara penipuan berkaitan dengan Kerja; atau

30.12(b) Apa-apa kesilapan arithmetik dalam apa-apa perkiraan.

Pengeluaran Sijil Penultimat

30.13 Arkitek boleh mengeluarkan satu Sijil Penultimat untuk melepaskan wang tahanan dan apa-apa jumlah
yang lain kepada Sub-kontraktor diNamakan dan/atau Pembekal diNamakan tidak lewat daripada empat belas
(14) Hari selepas Sijil Siap Membaiki Kecacatan dikeluarkan.

Pengeluaran Sijil Muktamat

30.14 Sijil Muktamat hendaklah dikeluarkan:

30.14(a) dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari selepas Tempoh Menunaikan Sijil; atau

30.14(b) dalam tempoh dua puluh lapan (28) Hari selepas Sijil Siap Membaiki Kecacatan dikeluarkan,
dalam peristiwa di mana Sijil Penultimat tidak dikeluarkan.

Sijil Muktamat

30.15 Sijil Muktamat hendaklah mencatitkan:

30.15(a) Akaun Muktamat; tolak

30.15(b) Jumlah nilai yang diperakukan dalam sijil-sijil terdahulu (samada atau tidak ianya telah dibayar
kepada Kontraktor);

Dan perbezaan, jika ada, di antara jumlah-jumlah akan menjadi baki yang perlu dibayar kepada Kontraktor
kepada Majikan atau sebaliknya. Baki itu akan menjadi perlu dibayar oleh Majikan kepada Kontraktor dalam
Tempoh Menunaikan Sijil, atau jika ianya merupakan hutang Kontraktor kepada Majikan, hendaklah dibayar oleh
Kontraktor dalam Tempoh Menunaikan Sijil. Arkitek adalah tidak diperlukan untuk mengeluarkan Sijil Muktamat
sebelum daripada pengeluaran Sijil Siap Membaiki Kecacatan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

90 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Sijil Muktamat tidak konklusif

30.16 Sijil Muktamat adalah konklusif untuk nilai muktamat Kerja kecuali ke atas apa-apa tuntutan yang
tertunggak antara Majikan dan Kontraktor di bawah Klausa 30.11. Sijil Muktamat tidak boleh dijadikan bukti
konklusif bahawa apa-apa kerja, bahan binaan dan barangan yang berkaitan dengannya serta rekabentuk (jika
ada) dilaksanakan oleh Kontraktor dan/atau Sub-kontraktor diNamakan adalah mengikut Kontrak.

Faedah

30.17 Jika Majikan gagal untuk membayar kepada Kontraktor jumlah yang dinyatakan dalam sijil bayaran (tolak
Liquidated Damages dan potongan balik yang nyata berhak dibuat oleh Majikan di bawah Kontrak) selepas
Tempoh Menunaikan Sijil, atau Kontraktor berhutang atau gagal membayar apa-apa jumlah yang teraku kepada
Majikan dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari selepas menerima notis bertulis daripada Majikan tentang hutang
dan jumlah yang terhutang tersebut, faedah mudah berdasarkan Base Lending Rate Maybank campur satu (1)
peratus akan menjadi perlu dibayar oleh pihak yang mungkir di atas baki yang masih tinggal sehinggalah bayaran
dibuat.

TERJEMAHAN

31.0 PECAH PERANG/PEREBAKAN KEGANASAN

Perang Penentuan Oleh Majikan Atau Kontraktor

31.1 Sekiranya semasa kontrak sedang berjalan berlaku pecah perang (samada perang yang diisytiharkan atau
tidak) yang mana Malaysia terlibat dalam skala yang memerlukan mobilisasi umum Angkatan Tentera Malaysia di
mana Kerja sedang dilaksanakan, maka samada Majikan atau Kontraktor bolehlah pada bila-bila masa dengan
notis bertulis yang dihantar secara serahan tangan atau dengan pos berdaftar ke pihak yang lain, yang dengan
itu menentukan penggajian Kontraktor di bawah Kontrak.

Notis Penentuan

31.2 Hendaklah sentiasa bahawa notis bertulis itu tidak diberikan:

31.2(a) Sebelum berakhirnya dua puluh lapan (28) Hari daripada tarikh di mana arahan dikeluarkan untuk
mobilisasi umum sedemikian; atau

31.2(b) Selepas Siap Kerja Praktikal bagi Kerja melainkan jika Kerja tersebut telah mengalami kerosakan
perang yang didefinisikan dalam Klausa 32.2.

Arahan Arkitek Berhubung Kerja Perlindungan

31.3 Selepas notis bertulis di bawah Klausa 31.1 dihantar samada oleh Majikan atau Kontraktor, Arkitek boleh
dalam masa empat belas (14) Hari mengeluarkan Arahan Arkitek kepada Kontraktor menghendaki perlaksanaan
kerja-kerja perlindungan dan Kontraktor hendaklah mematuhi Arahan Arkitek tersebut, seolah-olah notis
penentuan bertulis tidak pernah diberikan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

91 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Jika Kontraktor dengan sebab-sebab yang diluar daripada upayanya, terhalang daripada menyiapkan kerja yang
diarah oleh Arahan Arkitek tersebut dalam masa tiga (3) Bulan dari tarikh Arahan Arkitek dikeluarkan, dia boleh
untuk meninggalkan kerja tersebut.

Bayaran Akibat Penentuan

31.4 Selepas berakhirnya empat belas (14) Hari daripada tarikh di mana notis penentuan telah diberikan oleh
mana-mana pihak di bawah Klausa 31.1, atau di mana siap kerja-kerja yang diperlukan oleh Arkitek dibawah
Klausa 31.3, atau peninggalan kerja apa-apa kerja, maka Klausa 26.4 adalah terpakai.

TERJEMAHAN

32.0 KEROSAKAN AKIBAT PERANG

Prosedur berikutan dengan kerosakan akibat perang

32.1 Dalam peristiwa di mana Kerja atau apa-apa bahan binaan dan barangan yang belum dipasang yang
dimaksudkan untuk, dihantar kepada dan diletak bersebelahan dengan Kerja mengalami kerosakan akibat
perang, maka tanpa menolak apa-apa hak yang dinyatakan secara nyata atau dimaksudkan di tempat lain dalam
Kontrak:

32.1(a) Kejadian kerosakan akibat perang itu hendaklah diketepikan dalam pengiraan apa-apa jumlah
yang kena dibayar kepada Kontrak;

32.1(b) Arkitek boleh mengeluarkan Arahan Arkitek untuk mengarahkan Kontraktor untuk memindah
dan/atau membuang apa-apa sampah dan/atau kerja-kerja yang rosak dan/atau melaksanakan sebarang
kerja perlindungan yang ditetapkan;

32.1(c) Kontraktor hendaklah memulihkan atau membaikpulih sebarang kerosakan akibat perang dan
hendaklah meneruskan perlaksanaan dan penyiapan Kerja, dan Arkitek hendaklah meluluskan kepada
Kontraktor satu lanjutan masa yang wajar dan saksama untuk menyiapkan Kerja; dan

32.1(d) Memindah dan memulih atau membaikpulih Kerja, melaksanakan sebarang kerja perlindungan
dan penggantian dan membaiki sebarang kerosakan akibat perang hendaklah menjadi satu Perubahan
yang diperlukan oleh Arkitek.

Definisi Kerosakan Akibat Perang

32.2 Istilah kerosakan akibat perang bermakna:

32.2(a) Kerosakan yang berlaku (samada secara tidak sengaja atau tidak) sebagai kesan langsung
daripada tindakan musuh atau tindakan yang diambil untuk memerangi musuh atau dalam menghalang
serangan musuh;

32.2(b) Kerosakan yang berlaku (samada secara tidak sengaja atau tidak) sebagai kesan langsung apa-
apa tindakan oleh pihak yang berkuasa untuk menghalang merebaknya atau sebaliknya mengurangkan
akibat dari kerosakan yang tersebut di atas;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

92 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

32.2(c) Kerosakan yang berlaku secara tidak sengaja sebagai kesan langsung daripada apa-apa usaha
persediaan atau pengawasan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa dengan niat untuk menghalang atau
melengahkan berlakunya apa-apa serangan oleh musuh atau apa-apa usaha persediaan atau
pengawasan yang dibuat dalam menanti tindakan musuh yang menyebabkan timbulnya risiko kepada
hartanah.

TERJEMAHAN

33.0 ANTIKUITI

Antikuiti adalah milik Majikan

33.1 Segala fosil, antikuiti dan lain-lain objek yang menarik dan bernilai yang ditemui di Tapakbina atau semasa
penggalian semasa Kerja sedang berjalan akan menjadi hak Majikan. Apabila berlaku penemuan objek,
Kontraktor hendaklah dengan segera memberhentikan kerja dan tidak mengganggu objek tersebut dan
mengambil langkah-langkah perlu untuk memulihara objek tersebut dalam posisi dan keadaan di mana ianya
ditemui. Dia hendaklah serta-merta memaklumkan kepada Arkitek atau Kakitangan Tapak mengenai penemuan
itu dan Arkitek hendaklah mengeluarkan arahan bertulis tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan.

TERJEMAHAN

34.0 ADJUDIKASI DAN TIMBANGTARA

Pertikaian Mengenai Potongan Balik Dirujuk Ke Adjudikasi

34.1 Rujukan kepada adjudikasi adalah syarat wajib sebelum timbangtara bagi pertikaian-pertikaian di bawah
Klausa 30.4. Pihak-pihak dengan persetujuan bertulis adalah bebas untuk merujuk pertikaian-pertikaian lain
kepada adjudikasi. Apa-apa pertikaian di bawah Klausa 30.4 selepas tarikh Siap Kerja Praktikal hendaklah dirujuk
kepada timbangtara di bawah Klausa 34.5.

Notis Untuk Merujuk Ke Adjudikasi

34.2 Di mana satu menghendaki untuk merujuk sesuatu pertikaian atau perbezaan di bawah Klausa 34.1 untuk
dirujuk kepada adjudikasi, pertikaian atau perbezaan sedemikian itu hendaklah dirujuk kepada adjudikator yang
dipersetujui oleh pihak-pihak tersebut. Jika selepas berakhirnya tempoh duapuluh satu (21) Hari selepas
persetujuan bertulis untuk melantik adjudikator, berlaku kegagalan untuk menyetujui suatu perlantikan, pihak
yang memulakan adjudikasi hendaklah memohon kepada Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk melantik
adjudikator, dan adjudikator yang dilantik tersebut adalah dianggap sebagai telah dilantik dengan persetujuan dan
izin pihak-pihak kepada Kontrak.

Peraturan Adjudikasi

34.3 Sebaik sahaja dilantik, adjudikator hendaklah memulakan adjudikasi mengikut Peraturan Adjudikasi PAM
semasa atau apa-apa ulangkaji atau pindaan kepada peraturan tersebut.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

93 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Keputusan Adjudikator

34.4 Jika mana-mana pihak mempertikai keputusan adjudikator, dia hendaklah kekal terikat dengan keputusan
adjudikator tersebut sehingga Siap Kerja Praktikal tetapi hendaklah memberi satu notis bertulis kepada pihak
yang satu lagi untuk merujuk pertikaian yang menjadi subjek adjudikasi kepada timbangtara dalam masa enam
(6) Minggu daripada tarikh keputusan adjudikator. Keputusan oleh adjudikator adalah muktamat dan mengikat ke
atas pihak-pihak sekiranya pertikaian atas keputusan adjudikator itu tidak dirujuk ke timbangtara dalam masa
yang ditetapkan. Pihak-pihak boleh menyelesaikan apa-apa pertikaian mengenai keputusan adjudikator dengan
persetujuan bertulis antara pihak-pihak atau melalui timbangtara di bawah Klausa 34.5.

Pertikaian Yang Dirujuk Kepada Timbangtara


34.5 Dalam peristiwa di mana apa-apa pertikaian atau perbezaan timbul antara Majikan dan Kontraktor, samada
semasa kenajuan atau selepas siap atau peninggalan Kerja berkaitan dengan:

34.5(a) Apa-apa hal dalam apa-apa sifat yang lahir daripada atau berkaitan dengan Kontrak;

34.5(b) Apa-apa hal yang diberikuasa oleh Kontrak untuk diputuskan oleh Arkitek;

34.5(c) Penahanan oleh Arkitek ke atas apa-apa sijil yang Kontraktor berhak ke atasnya;

34.5(d) Hak dan liabiliti pihak-pihak di bawah Klausa 25.0, 26.0, 31.0 atau 32.0; atau

34.5(e) Penangguhan keputusan dan persetujuan yang tidak wajar oleh Majikan atau Kontraktor.

Prosedur Untuk Perlantikan Penimbangtara


34.6 Apabila berlakunya apa-apa pertikaian atau perbezaan:

34.6(a) Mana-mana pihak boleh memberi notis bertulis kepada pihak yang satu lagi bahawa pertikaian
atau perbezaan itu akan dirujuk kepada penimbangtara yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

34.6(b) Jika selepas berakhirnya tempoh duapuluh satu (21) Hari selepas persetujuan bertulis untuk
melantik penimbangtara, pihak yang memulakan timbangtara hendaklah memohon kepada Presiden
Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk melantik penimbangtara, dan penimbangtara tersebut adalah
dianggap sebagai telah dilantik dengan persetujuan dan izin pihak-pihak kepada Kontrak.

Akta Timbangtara Dan Peraturan


34.7 Sebaik sahaja dilantik, penimbangtara hendaklah memulakan timbangtara mengikut peruntukan-peruntukan
Akta Timbangtara 2005 atau apa-apa pindaan atau pengenakmenan semula akta tersebut serta Peraturan
Timbangtara PAM atau apa-apa ulangkaji atau pindaan kepada peraturan tersebut.

Kuasa-Kuasa Penimbangtara
34.8 Penimbangtara tanpa prejudis kepada kuasanya yang umum, mempunyai kuasa:

34.8(a) untuk membetulkan Kontrak supaya ianya menepati persetujuan yang dicapai antara Majikan dan
Kontraktor;

34.8(b) untuk mengarahkan sesuatu pengukuran dan/atau penilaian yang pada pendapatnya adalah
diperlukan untuk menentukan hak pihak-pihak;

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

94 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

34.8(c) untuk menentukan dan menganugerahkan apa-apa jumlah yang sepatutnya telah menjadi
sebahagian atau termasuk dalam apa-apa sijil;

34.8(d) untuk membuka, mengulangkaji dan mengubah apa-apa sijil, pendapat, keputusan keperluan
atau notis;

34.8(e) untuk memutuskan apa-apa pertikaian yang dirujuk kepadanya dalam bentuk seolah-olah tidak
ada apa-apa sijil, pendapat, keputusan keperluan atau notis telah dikeluarkan;

34.8(f) untuk menganugerah faedah daripada sesuatu tarikh pada sesuatu kadar dengan sesuatu rehat
yang difikirkan sesuai olehnya;

34.8(f)(i) ke atas keseluruhan atau sebahagian daripada jumlah yang dianugerah olehnya
berkaitan dengan apa-apa tempoh sehingga tarikh anugerah;

34.8(f)(ii) ke atas keseluruhan atau sebahagian daripada jumlah yang dituntut dalam timbangtara
dan tertunggak pada masa permulaan prosiding timbangtara tetapi dibayar sebelum anugerah
dibuat, berkaitan dengan apa-apa tempoh sehingga tarikh pembayaran; dan

34.8(g) untuk menganugerah faedah daripada tarikh anugerah (atau tarikh yang terkemudian) sehingga
pembayaran, pada sesuatu kadar dengan sesuatu rehat yang difikirkan sesuai olehnya untuk apa-apa
jumlah anugerah yang tertunggak.

Konsolidasi Prosiding Timbangtara


34.9 Di mana apa-apa pertikaian terbit di antara Majikan dan Kontraktor, dan pertikaian tersebut berkaitan
dengan kerja Sub-kontraktor diNamakan, Majikan dan Kontraktor hendaklah dengan sedaya-upaya melantik
penimbangtara yang sama untuk mendengar pertikaian di bawah Klausa 29.3 dalam PAM Sub-Kontrak 2006.

Permulaan Prosiding Timbangtara


34.10 Melainkan dengan persetujuan bertulis antara Majikan dan Kontraktor, sesuatu prosiding timbangtara
hendaklah tidak dimulakan sehingga selepas Siap Kerja Praktikal atau diandaikan Siap Kerja Praktikal atau
penentuan atau penentuan yang diandaikan atas penggajian Kontraktor di bawah Kontrak atau peninggalan Kerja
kecuali atas;

34.10(a) persoalan samada atau tidak pengeluaran satu arahan itu diberikuasa di bawah syarat-syarat;

34.10(b) apa-apa pertikaian di bawah klausa 31.0 dan 32.0;

34.10(c) samada atau tidak sesuatu sijil telah dihalang secara yang tidak betul atau tidak mengikut
Syarat-syarat; atau

34.10(d) samada atau tidak sesuatu bayaran yang boleh dituntut oleh Kontraktor telah dihalang secara
yang betul mengikut Syarat-syarat.

Anugerah penimbangtara adalah muktamat dan mengikat ke atas pihak-pihak 34.11 Anugerah oleh
penimbangtara tersebut adalah muktamat dan mengikat ke atas pihak-pihak.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

95 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

TERJEMAHAN

35.0 MEDIASI

Mediasi di bawah Peraturan PAM


35.1 Tanpa menafikan Klausa 34.0 dalam Syarat-syarat, pihak-pihak boleh merujuk apa-apa pertikaian kepada
mediasi. Jika pihak-pihak gagal menentukan mediator selepas duapuluh satu (21) Hari daripada persetujuan
bertulis, mana-mana pihak oleh merujuk kepada Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk melantik mediator.
Sebaik sahaja dilantik, mediator hendaklah memulakan mediasi mengikut Peraturan Mediasi PAM atau apa-apa
ulangkaji atau pindaan kepada peraturan tersebut.

Mediasi Tidak Prejudis Kepada Hak Pihak-Pihak Kepada Timbangtara


35.2 Rujukan pertikaian kepada mediasi di bawah Klausa 35.1 bukanlah syarat wajib untuk merujuk kepada
adjudikasi atau timbangtara samada oleh Majikan atau Kontraktor, dan tidak juga apa-apa hak mereka untuk
merujuk pertikaian kepada adjudikasi atau timbangtara di bawah Klausa 34.1 menjadi terjejas atau prejudis
dengan klausa ini.

ARTIKEL 9

RESOLUSI PERTIKAIAN ALTERNATIF (Bahagian 1)


1. Resolusi Pertikaian Alternatif atau ADR (Alternative Dispute Resolution) adalah kaedah untuk menyelesaikan
pertikaian tanpa merujuk kepada litigasi atau mahkamah.

2. Asas untuk memilih ADR dalam kontrak pembinaan berasaskan kepada faktor-faktor berikut;

a. Sesuai untuk pertikaian multi-parti;


b. Keanjalan prosedur. Proses ditentukan oleh pihak-pihak dalam pertikaian;
c. Kos penyelesaian yang lebih rendah
d. Kurang kompleksiti
e. Pilihan pihak ketiga yang neutral dan pakar untuk mengetuai penyelesaian.
f. Masa penyelesaian yang dapat dijangka
g. Penyelesaian praktikal yang sesuai dengan keperluan pihak-pihak.
h. Pengekalan semangat perjanjian
i. Kerahsiaan
j. Pengekalan hubungan niaga dan reputasi.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

96 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

ARTIKEL 10

RESOLUSI PERTIKAIAN DALAM KONTRAK PAM 2006


1. Dalam perlaksanaan kontrak, arkitek mempunyai tugas yang berat untuk menyelesaikan banyak pertikaian
yang berpunca daripada banyak sebab.
2. Antaranya adalah pertikaian tentang ketidakcukupan maklumat dan dokumen, harga, hak kontraktor kepada
masa dan kos, hak majikan kepada gantirugi dan yang paling besar sekali adalah pertikaian mengenai piawaian
dan mutu.
3. Perlu difahami bahawa arkitek mempunyai tanggungjawab sebagai pengadil yang bebas di antara 2 pihak
dalam kontrak iaitu Majikan dan Kontraktor. Dalam Kontrak PAM/ISM 1969, peranan arkitek sebagai quasi-
arbitrator diiktiraf. Malangnya, selepas beberapa kes penghakiman, peranan sebagai quasi-arbitrator ini
diketepikan dan arkitek dianggap sebagai agen Majikan dan dikatakan bertanggungjawab lebih dahulu kepada
Majikan sebagai pihak yang menggaji mereka. Tanggungjawab arkitek kepada kontraktor lebih menjurus kepada
liabiliti di bawah tort. Ini sebenarnya banyak berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh arkitek
yang lebih memihak kepada majikan termasuk tindakan untuk menutup kesilapan perunding sendiri dalam
rekabentuk dan dokumentasi.
4. Walaupun selepas hilangnya peranan sebagai quasi-abitrator, peranan arkitek sebagai pengadil, mahu atau
tidak mahu, masih diharap oleh kedua-dua pihak semasa perlaksanaan kontrak khususnya pertikaian yang jika
lambat diputuskan, akan menyebabkan kelewatan kepada kerja.
5. Saya berpandangan bahawa peranan arkitek dalam penyelesaian segera di tapakbina masih dan akan terus
diperlukan. Industri telah menerima hakikat bahawa arkitek digaji oleh majikan dan ada tanggungjawabnya
kepada 'pembayar gaji' tetapi industri juga mempunyai kepercayaan kepada kedudukan dan peranan arkitek yang
adil di bawah etika profesional mereka. Keputusan mahkamah yang menolak peranan arkitek, sebaliknya terlalu
kecil dalam nisbah industri untuk mengenepikan peranan mereka sebagai pengadil yang efektif dalam tempoh
perlaksanaan kerja.
6. Dalam Kontrak 2006 misalnya, arkitek diberihak untuk membuat keputusan sementara yang perlu dihormati
oleh kedua-dua pihak demi kepentingan kerja, sementara menunggu penyelesaian oleh pihak ketiga.

KENAPA RESOLUSI PERTIKAIAN OLEH ARKITEK DIPERLUKAN.

1. Perlaksanaan kontrak adalah suatu proses yang berterusan dan bergantung kepada kelangsungan yang licin
dan teratur. Dalam bentuk yang ringkas, kontrak bergantung kepada masa, tenaga-kerja dan kos. Pertambahan
masa akan menyebabkan pertambahan tenaga-kerja dan kos, begitu juga pertambahan tenaga-kerja dan
sebaliknya.
2. Kedua-dua pihak dalam kontrak pada dasarnya memerlukan keputusan segera dibuat supaya kelicinan
perjalanan kerja tidak terhalang. Kontraktor dapat menyiapkan kerja dan majikan dapat menggunakan bangunan
mengikut jadual.
3. Apa juga pertikaian yang berlaku mesti diselesaikan segera, kelewatan mendapat keputusan akan
menyebabkan kesan kepada masa dan kos.
4. Walaupun kontrak memperuntukkan kaedah mediasi, dan timbangtara, semua proses ini tidak akan
memberikan jawapan segera yang diperlukan untuk kepentingan kelangsungan kerja.
5. Jika kaedah-kaedah resolusi pertikaian seperti mediasi, adjudikasi dan timbangtara difahami, kita akan melihat
bahawa perlantikan mereka hanya berlaku apabila kepercayaan kepada arkitek untuk menyelesaikan pertikaian
tidak lagi wujud.
6. Mediasi khususnya adalah fungsi yang dapat dimainkan oleh arkitek jika beliau mempunyai kepercayaan
kedua-dua pihak yang bertelagah serta mampu membuat keputusan yang adil tanpa bias kepada mana-mana
pihak.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

97 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

MEDIASI

1. Mediasi adalah proses di mana pihak ketiga yang bebas daripada kedua-dua pihak dalam kontrak dilantik
untuk menyelesaikan pertikaian antara mereka.
2. Secara umumnya, mediator yang dilantik hanya mendengar tuntutan dan tuntutan balas daripada kedua-dua
pihak dan mencadangkan penyelesaian yang boleh dipersetujui oleh mereka.
3. Tidak seperti adjudikasi dan timbangtara, Mediator tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang
boleh dipertahankan dimahkamah.
4. Apa juga kenyataan, perakuan dan perjanjian penyelesaian yang diputuskan dalam mediasi tidak boleh
digunakan dalam timbangtara atau litigasi.
5. Mediasi tidak menjadi pra-syarat untuk adjudikasi atau timbangtara.

ADJUDIKASI

1. Adjudikasi dalam Kontrak PAM asalnya dikhususkan untuk menyelesaikan pertikaian mengenai potongan balik
(set-off) sahaja.
2. PAM 2006 bagaimanapun telah memasukkan peruntukan yang membenarkan apa-apa pertikaian yang lain
dimasukkan ke dalam skop adjudikasi dengan syarat ada persetujuan bersama untuk melantik adjudikator.
3. Proses adjudikasi mampu menyelesaikan pertikaian dalam tempoh yang singkat kalaupun tidak sepantas
mediasi. Adjudikator yang dilantik mesti menyelesaikan pertikaian dan membuat keputusan atau anugerah dalam
tempoh 28 hari dari tarikh perlantikan.
4. Bayaran yang dianugerah dalam adjudikasi mesti dibayar dalam masa 21 hari.
5. Keputusan atau anugerah oleh adjudikator hendaklah dilaksanakan sekalipun pihak yang kalah tidak bersetuju
dengan keputusan tersebut dan berniat untuk mencabarnya dalam timbangtara.
6. Pengemukaan ke timbangtara mesti dibuat dalam tempoh 6 minggu daripada tarikh anugerah.

ARTIKEL 11

RESOLUSI PERTIKAIAN ALTERNATIF (Bahagian 2)

TIMBANGTARA

1. Timbangtara adalah kaedah resolusi pertikaian yang mempunyai perundangan yang khusus dan biasanya
keputusan daripada timbangtara akan dikuatkuasa oleh mahkamah.

2. Akta Timbangtara menetapkan bahawa timbangtara mesti dilaksanakan lebih dahulu daripada litigasi, malah
prosiding kes yang mempunyai peruntukan timbangtara boleh ditangguh sehingga proses timbangtara
diselesaikan.

3. Walaupun, Kontrak PAM 2006 umumnya membenarkan apa-apa hal dibawa ke penyelesaian timbangtara,
klausa kontrak lebih spesifik kepada;

a. pertikaian kontrak;
b. penahanan sijil; dan
c. penahanan persetujuan oleh majikan atau kontraktor.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

98 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

4. Penimbangtara mempunyai kuasa untuk mengulangkaji kuasa arkitek, membuat pengukuran dan penilaian
semula, serta mengulangkaji apa-apa sijil, pendapat, keputusan, kehendak dan notis daripada arkitek;

5. Timbangtara bukanlah suatu proses resolusi yang pantas walaupun ianya lebih cepat daripada litigasi yang
bergantung kepada masa dan keselesaan mahkamah. Dalam aspek masa ini, jadual untuk melaksanakan
timbangtara adalah lebih pasti daripada jadual mahkamah yang sering tertakluk kepada penangguhan.

6. Timbangtara juga membenarkan prosedur resolusi ditentukan sendiri oleh pihak yang bertelagah. Peraturan
Timbangtara PAM hanya digunakan jika pihak-pihak bersetuju untuk menggunakannya.

7. Prinsip keadilan semulajadi (natural justice) digunakan dalam proses resolusi

a. Tanpa bias
b. Hak untuk didengar secara adil
c. saksi yang boleh diperiksa dan diperiksa silang (examined and cross examined)

8. Penimbangtara mempunyai kuasa untuk membuat anugerah interim sebelum anugerah muktamad.

9. Anugerah perlu dibuat dalam masa 3 bulan selepas kenyataan penutup terakhir dari mana-mana pihak.
Penimbangtara boleh melewatkan keputusan sehingga fee timbangtara dibayar.

10. Selepas anugerah timbangtara dibuat, bantahan dan pindaan berikut dibenarkan;

a. Interpretasi - dalam masa 28 hari selepas anugerah, meminta Penimbangtara memberikan interpretasi
yang perlu dijawab dalam masa 28 hari.
b. Pembetulan salah kira dan typo - dalam masa 28 hari meminta Penimbangtara membuat pembetulan
yang perlu dijawab dalam masa 28 hari.
c. Pembetulan sendiri oleh Penimbangtara dalam masa 28 hari selepas anugerah
d. Anugerah Tambahan - boleh dipohon oleh mana-mana pihak kepada Penimbangtara dengan notis
kepada pihak lain; dalam masa 28 hari. Penimbangtara hanya perlu penuhi permintaan yang dibuat oleh
kedua-dua pihak. Jika permohonan dari satu pihak sahaja, keputusan terserah pada Penimbangtara.
Anugerah Tambahan hendaklah dibuat dalam masa 28 hari dari permohonan.

ASPEK PRAKTIKAL DALAM PENYELESAIAN PERTIKAIAN.

Beberapa tahun lalu, semasa adjudikasi diperkenalkan ke dalam Kontrak PAM, dalam satu seminar, saya
membangkit soal tentang langkah menginstitusikan kaedah-kaedah penyelesaian pertikaian yang pada
pandangan saya hanya mengurangkan kuasa arkitek ditapak bina serta menambah kos dalam pengurusan
kontrak. Saya pasti saya tidak menerima jawapan yang memuaskan.

Peranan arkitek sebagai suatu pihak atau individu yang bebas, yang berdiri diantara dua pihak dalam kontrak
telah lama diakui dan diiktiraf samada secara formal atau sebaliknya. Arkitek tertakluk kepada Kanun Tatacara
Arkitek untuk sentiasa berlaku adil dan tidak memihak.

Pada masa yang sama dengan peranannya sebagai pengadil itu, arkitek juga perlu memakai topi sebagai agen
kepada Majikan. Malah dalam Kontrak PAM, jika dilihat pada prosedurnya; mewakilkan seluruh peranan Majikan
kepada Arkitek dalam urusannya dengan Kontraktor. Di sinilah, kebanyakan kita gagal. Dalam situasi di mana
kesilapan berpunca daripada kesilapan profesional kita sebagai perunding, bila kita perlu memilih antara
membenarkan hak kontraktor atau menyebabkan majikan menanggung kos tambahan, kita lebih senang memilih

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

99 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

untuk menutup kesalahan kita sendiri dan menafikan hak kontraktor. Sebenarnya kita cuma manusia. Kerana
kelemahan manusiawi inilah, Kontrak PAM 2006, hampir seluruhnya menafikan hak arkitek untuk membuat
keputusan dalam pertikaian - lalu diujudkan kaedah mediasi dan adjudikasi sebagai tambahan kepada
timbangtara dan litigasi yang sediada.

Namun demikian, hakikat di tapakbina agak berbeza. Bukan semua perjanjian pembinaan dimasuki oleh dua
pihak yang mahir tentang kontrak dan undang-undang. Kebanyakannya, kedua-dua pihak menyerahkan peranan
mentafsirkan aspek kontrak dan undang-undang kepada arkitek. Majikan lebih berminat untuk melihat bangunan
yang diimpikannya terbina dengan sempurna dalam masa dan kos yang telah dipersetujui. Begitu juga
kebanyakan kontraktor hanya mahu melaksanakan kerja mereka dan mengambil sedikit untung atas kerja yang
dibuat. Walaupun mungkin ada, pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan, 'menghisap darah' satu pihak
lain atas kesilapan perkiraan atau apa-apa kesilapan lain adalah agak kecil. Kebarangkalian kecil inilah yang
perlu ditangani dengan baik.

Suatu kontrak yang baik tidak bermula daripada masa surat setujuterima ditandatangani. Ia bermula bila ia
digubal daripada rekabentuk skematik arkitek yang diterjemah kepada lukisan, perkiraan dan dokumentasi
kontrak. Banyak pertikaian dalam kontrak berpunca daripada kegagalan arkitek dan pasukan perundingnya untuk
menterjemah kehendak Majikan dengan tepat, lukisan yang silap, spesifikasi yang terlalu umum dan tindakan
penyelesaian yang lambat ditapakbina. Suatu kontrak yang digubal dengan baik mampu mengelak pertikaian dan
keperluan kepada penyelesaian pertikaian yang datang dengannya.

TERJEMAHAN

36.0 NOTIS

Notis
36.1 Apa-apa notis bertulis atau lain-lain dokumen yang dikeluarkan dibawah Kontrak ini hendaklah diberikan
atau dihantar secara:

36.1 (a) serahan tangan


36.1 (b) mel biasa atau berdaftar; atau
36.1 (c) transmisi faks

Notis Dianggap Telah Diserahkan


36.2 Apa-apa notis bertulis atau lain-lain dokumen hendaklah dianggap sebagai telah diserahkan kepada dan
diterima oleh penerima:

36.2 (a) jika dengan serahan tangan, semasa penghantaran,


36.2 (b) jika dengan mel biasa atau berdaftar, selepas tiga (3) Hari daripada tarikh pos; atau
36.2 (c) jika dengan transmisi faksimili, pada masa transmisi.

Bukti Notis
36.3 Untuk membuktikan penyerahan notis bertulis atau apa-apa dokumen di bawah atau berhubung dengan
Kontrak ini, adalah memadai ditunjukkan bahawa;

36.3 (a) dalam kes serahan tangan, satu pengesahan penerimaan bertandatangan,
36.3 (b) dalam kes mel berdaftar satu resit penyerahan daripada Pejabat Pos; atau

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

100 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

36.3 (c) jika dengan transmisi faksimili, bahawa transmisi faksimili tersebut telah dihantar oleh mesin
penghantar dan dibuktikan dengan lapuran yang diterbitkan oleh mesin faks itu sendiri.

Komunikasi Bertulis
36.4 Semua komunikasi bertulis mestilah dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam Artikel Perjanjian melainkan
telah dimaklumkan sebaliknya secara bertulis.

ULASAN

Klausa ini secara terperinci menggariskan bentuk komunikasi yang dibenarkan antara Kontraktor dan Majikan
dalam perlaksanaan Kontrak. Klausa ini amat jelas dan tidak perlu diulas lebih panjang dari aspek prosedur.

Umumnya PAM 2006 masih terikat dengan kaedah yang konservatif dan beransur pupus. Hari ini, generasi baru
arkitek menganggap kaedah pos sebagai mel-siput dan faksimili sebagai mesin antik. Mungkin pada tahun 2006,
penggunaan faks dianggap sebagai suatu kecanggihan. Generasi baru arkitek akan merasa hairan kenapa
kaedah komunikasi elektronik seperti email tidak diterima sebagai kaedah komunikasi. Harus difahami bahawa
kontrak piawai PAM ini digubal dalam tahun 2006. Pada masa itu, kaedah elektronik walaupun telah ada, masih
dianggap sebagai terlalu berisiko untuk dijadikan bukti dalam mahkamah. Akta Perdagangan Elektronik hanya
digubal dalam tahun 2006, tahun yang sama dengan penggubalan Kontrak PAM. Ianya terlalu awal dan tidak
teruji untuk dimasukkan sebagai suatu kaedah kontrak.

Ketiadaan kaedah elektronik seperti email sebagai kaedah komunikasi kontrak tidak bermakna ianya tidak boleh
digunakan dalam sistem pengurusan dan komunikasi antara Majikan, Kontraktor dan Arkitek. Pihak-pihak dalam
kontrak berhak pada bila-bila masa menambah atau mengurangkan apa-apa elemen atau prosedur selagimana
ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak secara bertulis. Arkitek boleh mengesyurkan supaya kaedah elektronik
diterimapakai.

Akta Perdagangan Elektronik 2006 menyebut, "tiada apa-apa dalam Akta ini akan menjadikan mandatori bagi
seseorang untuk mengguna, menyedia atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam apa-apa transaksi
komersi melainkan orang itu bersetuju untuk mengguna, menyedia dan menerima mesej elektronk tersebut."

Jika Arkitek bercadang menggunakan kaedah seperti email, keperluan tersebut perlu dinyatakan secara jelas
samada dalam preliminari atau diputuskan dalam mesyuarat awal perlaksanaan kerja.

Klausa ini sebenarnya, menekankan kepada prinsip penyimpanan rekod yang baik. Rekod penting bila berlaku
pertikaian dan kes-kes pertikaian dibawa ke timbangtara atau mahkamah. Kita perlu maklum bahawa mahkamah
Malaysia umumnya masih bersifat konservatif dan menerima hanya dokumen asal sahaja sebagai bukti. Kontrak
PAM 2006 dalam Klausa 36 ini serta dalam klausa-klausa lain seperti Klausa 2 Arahan Arkitek, Klausa 3.0
Dokumen Kontrak, Program dan Lukisan Siap-bina, menetapkan dokumen sebagai cetakan keras di atas kertas.
Komunikasi dan edaran doumen dan arahan dalam bentuk elektronik seperti email sukar untuk dimasukkan
dalam kategori salinan keras ini.

Namun demikian, komunikasi elektronik seperti email mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Kebanyakan
sistem email komersil mempunyai arkib rekod penghantaran dan penerimaan yang disimpan dipengkalan data
yang bebas. Semua rekod ini tidak boleh dipinda oleh sesiapa dan menjadi bukti yang kukuh bagi penghantaran
dan penerimaan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

101 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Hari ini dengan sistem komunikasi yang lebih baik, pengurusan kontrak telah banyak menerimapakai
perkembangan teknologi. Ada kontrak yang diurus sepenuhnya melalui komunikasi email yang melibatkan
penghantaran lukisan, dokumen, surat-menyurat, tuntutan malah bayaran.

Penggunaan kaedah elektronik telah membaiki masa penyampaian komunikasi dan menjadikan pengurusan
kontrak lebih efisyen. Masa yang dijimatkan telah menyebabkan kajian semula kepada tempoh-tempoh panjang
seperti 7 hari, 14 hari atau 28 hari yang biasa diberikan dalam kontrak. Mungkin selepas ini tempoh yang lebih
pendek seperti 24 jam akan digunapakai.

Walau apapun pilihan arkitek, ianya mestilah dibuat dan dipersetujui sebelum dilaksanakan dalam kontrak.

TERJEMAHAN

37.0 BON PERLAKSANAAN

Pengemukaan Bon Perlaksanaan

37.1 Kontraktor hendaklah sebelum daripada Tarikh Mula Kerja, mengemukakan kepada Majikan satu Bon
Perlaksanaan bagi satu jumlah yang sama dengan peratusan yang dinyatakan dalam Apendiks sebagai satu
sekuriti kepada perlaksanaan dan pematuhan yang diperlukan kepada obligasi Kontraktor di bawah Kontrak
sehingga Siap Kerja Praktikal bagi Kerja.

Bentuk Bon Perlaksanaan

37.2 Bon Perlaksanaan hendaklah dikeluarkan dalam bentuk sebagaimana terma-terma dan syarat-syarat yang
dinyata-khusus dalam Kontrak atau diluluskan secara lain oleh Majikan.

Sah-laku Bon Perlaksanaan

37.3 Bon Perlaksanaan yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah kekal sah-laku sehingga tiga (3) bulan
selepas Tarikh Siap Kerja. Di mana Kerja tidak boleh disiapkan pada Tarikh Siap Kerja, Kontraktor hendaklah
sebelum tamatnya Bon Perlaksanaan itu memanjangkan tempoh Bon Perlaksanaan suapaya tamat tiga (3) Bulan
selepas tarikh Siap Kerja Praktikal yang dijangkakan.

Kegagalan Menyambung Sah-Laku

37.4 Jika Kontraktor gagal untuk menyediakan atau menyambung sah-laku Bon Perlaksanaan menurut Klausa
ini, maka tanpa prejudis kepada apa-apa hak dan remedi yang dimiliki oleh Majikan, maka Majikan diberi-hak
untuk menahan atau memotong satu jumlah yang sama dengan Bon Perlaksanaan daripada apa-apa bayaran
yang terhutang atau akan terhutang kepada Kontraktor.

Pembayaran Daripada Bon Perlaksanaan

37.5 Dalam peristiwa di mana Majikan menentukan penggajian Kontraktor menurut Klausa 25.0 atau jika terdapat
apa-apa kemungkiran Kontrak, Majikan boleh menuntut daripada Bon Perlaksanaan dan menggunakan dan
membuat bayaran daripada pengurangan daripada Bon Perlaksanaan untuk menyiapkan dan/atau membaiki

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

102 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Kerja dan mengimbuh apa-apa kerugian dan/atau perbelanjaan yang dialami oleh Majikan. Apabila siap Kerja,
apa-apa baki wang daripada Bon Perlaksanaan hendaklah dikembalikan kepada Kontraktor tanpa faedah.

Pemulangan Bon Perlaksanaan

37.6 Dalam peristiwa di mana Kontraktor menentukan penggajiannya sendiri mengikut Klausa 26.0, Majikan
hendaklah dalam tempoh dua puluh lapan (28) Hari memulangkan Bon Perlaksanaan kepada Kontraktor untuk
pembatalan.

ULASAN

Bon Perlaksanaan adalah satu jaminan yang diminta oleh Majikan daripada Kontraktor dalam bentuk sekuriti
yang boleh dicairkan jika berlaku kegagalan di pihak Kontraktor untuk melaksanakan kerja atau memenuhi
kehendak kerja yang disebut dalam Kontrak. Dalam Borang Kontrak 2006, kehendak itu dibahagikan kepada dua
kriteria yang berkait iaitu;

a. pencapaian perlaksanaan (performance) iaitu kerja dibuat; dan


b. pencapaian pematuhan (observance) iaitu sifat hasil kerja dari aspek kualiti dan kuantiti.

Ini bermakna hasil atau produk daripada perlaksanaan sesuatu kerja mesti dibuat dengan mematuhi kehendak
yang dinyatakan dalam Kontrak. Perlaksanaan tanpa pematuhan tidak akan memenuhi kehendak Kontrak.

Klausa 37.0 ini merupakan satu klausa baru bagi Borang Kontrak PAM dan tidak terdapat dalam Borang Kontrak
PAM 1998 yang terdahulu. Sekalipun tidak terdapat dalam Kontrak pada masa itu, Majikan biasa dinasihati
supaya menambah peruntukan Bon Perlaksanaan kepada Kontrak. Sebelum ini, pemakaian Bon Perlaksanaan
ke atas Kontraktor dikenakan berdasarkan keperluan Majikan yang biasanya disebut dalam tawaran tender.
Ketiadaan klausa yang khusus ini menimbulkan masalah dari aspek kesahihan keperluan bon, kaedah penentuan
peratusan jaminan dan prosedur untuk mencairkan bon jika berlaku kemungkiran dan posedur untuk melupuskan
bon tersebut apabila siap kerja. Masalah ini disentuh secara jelas dalam Borang Kontrak 2006

Dalam Borang Kontrak 2006, Kontraktor menjamin pencapaian perlaksanaan dan pematuhan mereka dengan
memberi hak kepada Majikan untuk memotong Wang Tahanan apabila mereka gagal.

Bon Perlaksanaan dan Wang Tahanan - perlukah keduanya sekali?


Dalam Borang Kontrak 2006 ini, Kontraktor bukan sahaja perlu menyediakan Bon Perlaksanaan tetapi boleh
dikenakan Penahanan Nilai Yang Diakui (Cerified Value Retained) sebanyak 10 peratus setiap sijil sehingga
mencapai had 5% daripada Nilai Kontrak. Tahanan Nilai Yang Diakui ini sama sifatnya dengan Bon
Perlaksanaan.

Tahanan Nilai Yang Diakui dinyatakan dalam Klausa 30.5 dan 30.6. Perlu diperhatikan bahawa penggunaan
perkataan boleh (may - Bahasa Inggeris) dalam klausa 30.5 memberikan pilihan kepada Majikan samada untuk
melangsungkan peruntukan ini atau tidak. Pertimbangan kepada hal ini perlu dilihat dari aspek risiko dan kos
kepada projek keseluruhannya.

Pemakaian Bon Perlaksanaan biasanya tidak dilangsungkan dalam Kontrak di mana Wang Tahanan dikenakan
ke atas setiap bayaran kepada Kontraktor. Logiknya kerana pemakaian kedua-dua bon dan wang tahanan akan
menyebabkan satu peratusan besar dari wang Kontraktor ditahan oleh Majikan dan tidak dapat digunakan oleh
Kontraktor. Jika 10 peratus pemotongan dikenakan kepada setiap sijil kemajuan maka Kontraktor terpaksa

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

103 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

kehilangan 10 peratus dari modal kerja mereka. Pada had 5 peratus, sebanyak RM50,000.00 akan tidak dapat
digunakan oleh Kontraktor.

Begitu juga, Bon Perlaksanaan perlu dibeli oleh Kontraktor daripada Bank atau institusi kewangan yang lain.
Dalam industri perbankan semasa, Gerenti Bank memerlukan jaminan tunai seratus peratus. Untuk projek RM1
juta, Kontraktor terpaksa mengadakan simpanan tetap tunai sebanyak RM50,000.00 - wang yang boleh
dibahaskan sebagai boleh digunakan untuk maksud modal kerja.

Kontraktor dengan apa cara sekalipun akan memasukkan kos ini ke dalam harga kontrak dan menjadikan ianya
lebih tinggi.

Dalam kontrak yang besar, Majikan boleh menggunakan pertimbangan pengecualian atau pengurangan
peruntukan bon serta wang tahanan ini sebagai 'leverage' untuk rundingan pengurangan harga.

Arkitek dalam menasihati Majikan perlu menimbangkan baik-buruk di antara jaminan pencapaian Kontraktor dan
harga Kontrak yang kompetitif. Arkitek perlu menjelaskan aspek ini kepada Majikan secara jelas dan tidak
membuat keputusan sendiri untuk mengenepikan keperluan bon tanpa lebih dulu membincangkan baik-buruknya
dengan Majikan.

Bolehkan Kontraktor Utama mengenakan caj ke atas Sub-Kontraktor bagi Bon Perlaksanaan?

Bon Perlaksanaan biasanya dikenakan pada kadar 5% daripada nilai kontrak keseluruhan termasuk skop kerja
Provisional dan Wang Kos Prima. Ini bermakna diperingkat awal lagi Kontraktor Utama menjamin perlaksanaan
dan pematuhan Kontrak bagi pihak sub kontraktor yang akan dilantik. Atas dasar ini, Kontraktor Utama
mempunyai hak untuk menetapkan satu bentuk bon perlaksanaan ke atas sub kontraktor mereka. Kita perlu lihat
apa peruntukan dalam Borang Sub Kontrak PAM 2006 dalam hal ini.

Klausa 37.1
Klausa 37.1 menetapkan bahawa Bon Perlaksanaan mesti diserahkan kepada Majikan sebelum Tarikh Mula
Kerja. Ini bermakna ianya menjadi satu syarat sebelum Kontraktor boleh memulakan kerja di tapak bina walaupun
tidak dinyatakan secara khusus. Kegagalan Kontraktor menyerahkan Bon akan menjadi satu alasan yang kukuh
kepada Arkitek dan Majikan untuk menghalang kerja daripada dimulakan dan Kontraktor sebagai akibatnya tidak
layak mendapatkan lanjutan masa atau kos kerana kelewatan. Klausa ini bagaimanapun tidak menyatakan
bentuk Bon Perlaksanaan yang perlu diambil oleh Kontraktor. Perkara ini mesti diberi perhatian oleh Arkitek dan
Jurukur Bahan dan memerlukan suatu penetapan dibuat diperingkat awal iaitu sebelum tender.

Nilai Bon Perlaksanaan ditetapkan dalam Apendiks dalam bentuk peratusan. Adalah penting nilai ini dinyatakan
semula dalam Surat Setujuterima dalam jumlah yang sebenar.

Bon Perlaksanaan ini menjadi satu sekuriti yang akan dipegang oleh Majikan sehingga Siap Kerja Praktikal.
Dengan pemakaian Klausa ini, Arkitek bertanggungjawab mempastikan Bon Perlaksanaan itu dikembalikan
kepada Kontraktor sebaik sahaja Sijil Siap Kerja Praktikal dikeluarkan. Jika tidak dikembalikan sekalipun, Sijil
Siap Kerja Praktikal juga menjadi bukti dan batu-tanda di mana selepas 3 bulan dari tarikh tersebut Bon tersebut
tidak lagi mempunyai nilai yang boleh dicairkan secara sah.

Klausa 37.2
Klausa 37.2 menyatakan bahawa bentuk Bon Perlaksanaan dan peratusan yang perlu diambil oleh Kontraktor
adalah terserah kepada ketetapan yang dibuat dalam Apendiks kepada Kontrak. Arkitek dan Jurukurbahan perlu

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

104 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

mengesahkan perkara ini diperingkat awal sebelum tender dipanggil supaya tidak timbul kekeliruan dalam bentuk
Bon yang diperlukan.

Dalam praktis di Malaysia, Bon Perlaksanaan biasanya dikenakan pada kadar 5% daripada Nilai Kontrak
keseluruhan termasuk skop kerja Provisional dan Wang Kos Prima. Ini bermakna diperingkat awal lagi Kontraktor
Utama menjamin perlaksanaan dan pematuhan Kontrak bagi pihak sub kontraktor- sub kontraktor yang akan
dilantik.

Bon boleh disediakan dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Insuran. Jaminan Insuran kurang popular
dikalangan sektor swasta walaupun diterima oleh sektor awam dan Kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Kebanyakan Majikan dari sektor swasta mensyaratkan Jaminan Bank sahaja kerana nilai yang dijamin boleh
ditunaikan sepenuhnya. Pengalaman sektor swasta mendapati Jaminan Insuran apabila hendak ditunaikan
tertakluk kepada penilaian semula oleh syarikat insuran. Adakalanya Majikan hanya menerima kurang dari 70%
dari nilai yang dijamin. Bagi Kontraktor, Jaminan Insuran lebih popular kerana mereka hanya perlu membayar
premium sedangkan jaminan Bank memerlukan sekuriti tunai dalam bentuk Simpanan Tetap. Jaminan Bank
boleh didapati dengan mudah oleh syarikat besar atau syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh dengan
fasiliti bank tersedia tetapi amat mahal bagi syarikat kecil yang baru. Tanpa fasiliti bank, syarikat akan
memerlukan simpanan tetap tunai yang sama nilai dengan keperluan bon itu sendiri.

Klausa 37.3
Klausa ini menghadkan sahlaku bon selama 3 bulan selepas Sijil Siap Kerja Praktikal. Ia juga memerlukan
penyambungan apabila tarikh siap kerja dijangka perlu dilanjutkan.

Dalam praktis, selalu timbul masalah bon yang tamat tempoh apabila kerja gagal disiapkan mengikut tarikh siap
yang asal. Penyambungan bon selalu terlupa dibuat atau sengaja dilupai. Ini biasa terjadi dalam kontrak dimana
kontraktor tidak memohon lanjutan masa dan menanti penyambungan tempoh kontrak daripada arkitek. Ia juga
berlaku bila kontraktor memohon lanjutan masa tetapi tidak diproses atau tidak diluluskan tetapi tidak pula
ditentukan atau ditamatkan.

Adakalanya kontraktor menggunakan ketiadaan lanjutan masa sebagai alasan tidak menyambung tarikh sahlaku
bon.

Dalam isu ini, adalah baik bagi arkitek meletakkan bon perlaksanaan sebagai suatu agenda yang sentiasa dilihat
seperti dalam minit mesyuarat dan memantau tarikh siapkerja secara tetap.

Dalam perlaksanaan kontrak, tiga bulan adalah tempoh yang pendek. Prosedur kontrak yang agak berbelit selalu
menjadi penyebab kepada keputusan kritikal yang lewat. Walaupun pada dasarnya arkitek mempunyai kuasa
untuk membuat keputusan kritikal dalam hal seperti lanjutan masa, realiti kontrak sebenar adalah berbeza.
Hampir semua kontrak membenarkan arkitek hanya untuk menasihati klien, bukan untuk membuat keputusan.

Klausa 37.4
Klausa ini membenarkan Majikan membuat penahanan atau pemotongan bayaran kepada Kontraktor jika mereka
gagal mengambil atau menyambung tempoh sahlaku bon.

Klausa 37.5
Klausa ini menggariskan secara khusus dua peristiwa dimana Bon Perlaksanaan boleh dicairkan.

a. Apabila Kontrak Ditentukan mengikut Klausa 25; dan


b. Apabila berlaku apa-apa kemungkiran Kontrak.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

105 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Dalam hal apabila Kontrak Ditentukan, peristiwa dan tindakan penentuan itu, merupakan kesan daripada
perlaksanaan peruntukan Kontrak yang jelas dan digariskan secara khusus dalam Klausa 25 dan 26.

Dalam hal kemungkiran Kontrak, perkataan apa-apa seolah-olah memberikan ruangan yang amat luas kepada
Majikan untuk mencairkan Bon Perlaksanaan. Syarat-syarat dalam Kontrak mesti dibaca dengan teliti sebelum
tindakan ini diambil oleh Majikan.

Di bawah Klausa ini Majikan boleh mencairkan Bon Perlaksanaan hanya untuk tujuan;
a. untuk menyiapkan Kerja;
b. untuk membaiki Kerja; dan
c. untuk mengimbuhi kerugian dan/atau perbelanjaan yang dialami oleh Majikan akibat daripada a dan b.

Klausa ini juga menghadkan perbelanjaan menggunakan wang daripada pencairan Bon kepada perkara yang
dinyatakan sahaja dan tidak boleh dipotong sepenuhnya sewenang-wenangnya. Apabila siap Kerja, apa-apa baki
wang daripada Bon Perlaksanaan hendaklah dikembalikan kepada Kontraktor tanpa faedah.

Arkitek bertanggungjawab secara langsung untuk mempastikan perbelanjaan wang daripada Bon ini dibuat
secara telus dan rekod arahan dan kos yang lengkap disimpan.

Klausa 37.6
Klausa 37.6 menggariskan secara khusus; bila Kontraktor menamatkan sendiri penggajian mereka di bawah
Klausa 26, maka Majikan hendaklah memulangkan bon dalam masa 28 hari. Saya percaya klausa ini memberi
kesan membatalkan hak Majikan untuk mencairkan bon selepas 28 hari sekalipun jika dia enggan memulangkan
bon itu atas apa-apa sebab.

SOALAN
Hari ini, seorang pemaju menemui saya membawa satu masalah.

Saya bentangkan di sini untuk kita fikirkan bersama.

Beliau telah melantik satu pasukan konsultan, arkitek, jurutera dan jurukur bahan untuk melaksanakan projek
turnkey 12 buah rumah kedai. Pembinaan hampir siap kecuali kerja-kerja infra-struktur. Pemaju telah memberi
notis kepada Majikan untuk menyerahkan kedai tersebut tetapi diberitahu bahawa Majikan hanya akan menerima
bangunan dengan CCC. Pemaju menyemak dengan Arkitek dan mendapati bahawa pengemukaan pelan tidak
pernah dibuat. Alasan arkitek, Majikan adalah agensi Kerajaan dan soal pelan lulus dan CCC tidak pernah
dibincangkan maka mereka anggap ianya tidak perlu. Majikan pula kata, prosedur Kerajaan adalah jelas; projek
turnkey yang menggunakan konsultan swasta mesti ada CCC sebelum boleh diterima sebagai siap.

Hari ini pemaju berhadapan dengan LAD/Gantirugi Ditetapkan. Proses kelulusan pelan mungkin mengambil masa
sehingga 6 bulan dan jumlah LAD yang terpaksa ditanggung oleh Pemaju amat besar. Pemau juga pasti akan
didenda oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Dalam keadaan marah, Pemaju menamatkan perlantikan semua konsultan. Arkitek dan konsultan menerima
penamatan tugas mereka tetapi melepaskan semua tanggungjawab atau tidak lagi mahu bertanggungjawab atas
kesalahan mereka.

Kita akan cuba bincangkan beberapa aspek yang berkaitan.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

106 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

1. Adakah wajar bagi arkitek mengatakan dia tidak tahu dalam soal mendapatkan kelulusan pelan?;

2. Adakah arkitek boleh dipersalahkan jika Majikan enggan menerima penyerahan bangunan tanpa CCC?

3. Bolehkan arkitek yang ditamatkan perkhidmatannya berlepas diri dari tanggungjawab mereka semasa menjadi
konsultan?

ARTIKEL 12

BAHASAN MENGENAI KETIDAKMASUKAN ELEMEN GANTIRUGI


POTONGAN BALIK DAN FAEDAH DALAM SIJIL ARKITEK
Sebenarnya agak sukar untuk menjelaskan kepada umum, malah kepada arkitek dalam praktis, kenapa
penggubal Kontrak PAM 2006 mengambil langkah mengasing dan tidak memasukkan elemen-elemen

a. gantirugi ditentukan;
b. potongan balik; dan
c. faedah

ke dalam sijil-sijil interim dan sijil muktamat. Arkitek dalam praktis mendapati peraturan ini mengelirukan dan
sukar dijelaskan kepada Majikan atau Kontraktor. Majikan pula menganggap langkah ini sebagai suatu
keengganan arkitek untuk bertanggungjawab atas peranan mereka yang telah digariskan dalam kontrak.

Kontrak PAM 2006, Klausa 30.11 sebaliknya menetapkan bahawa elemen-elemen tersebut dianggap sebagai 'hal
yang hendaklah diselesaikan berasingan oleh Majikan dan Kontraktor.'

Pandangan boleh diambil daripada 2 rujukan utama Kontrak PAM 2006 yang ditulis oleh oleh Ar Tan Pei Ing dll -
Handbook for PAM Contract 2006 dan Sundra Rajoo dll. - The PAM 2006 Standard Form of Building Contract

Handbook for PAM Contract 2006


Alasan oleh Ar Tan Pei Ing dll boleh didapati pada mukasurat 283. Tiga elemen itu tidak dimasukkan untuk
mengelakkan kelewatan penyiapan Akaun Muktamat. Penggubal berpandangan, ada kemungkinan, elemen-
elemen tersebut akan dipertikai dan dibawa ke timbangtara. Bila ditimbangtara, tempoh penyelesaian akan
berada di luar kawalan arkitek lantas melambatkan Akaun Muktamat.

The PAM 2006 Standard Form of Building Contract


Sundra Rajoo pada mukasurat 799 bagaimanapun beranggapan bahawa elemen ini kebanyakannya adalah hak
Majikan ke atas Kontraktor dan ketidakmasukan ini 'secara serius mengurangkan upaya Majikan untuk
memperoleh balik' hak mereka. Ia juga menurut beliau, 'suatu penyimpangan daripada norma industri dan
melainkan jika ada sebab yang baik untuk berlaku demikian, ia akan mencairkan hak satu pihak berbanding
dengan pihak yang satu lagi.'

Pandangan lain
Ada juga disebut bahawa memasukkan potongan ke dalam sijil arkitek akan mendedahkan arkitek kepada liabiliti.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

107 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Kita mula dengan melihat autoriti dalam kontrak yang menetapkan pengasingan ini:

1. Pengasingan dalam sijil interim

Klausa 21.1
Pengenaan Gantirugi Ditentukan oleh Majikan hendaklah tidak diambilkira oleh Arkitek dalam pengeluaran sijil-
sijil bayaran dan Sijil Muktamat, dan hendaklah tidak tertakluk kepada prosedur potongan balik di bawah Klausa
30.4 dan adjudikasi.

2. Pengasingan dalam sijil muktamat

Klausa 21.1
Pengenaan Gantirugi Ditentukan oleh Majikan hendaklah tidak diambilkira oleh Arkitek dalam pengeluaran sijil-
sijil bayaran dan Sijil Muktamat, dan hendaklah tidak tertakluk kepada prosedur potongan balik di bawah Klausa
30.4 dan adjudikasi.

Klausa 30.11
Yang berikut hendaklah tidak dimasukkan ke dalam Akaun Muktamat dan merupakan hal-hal yang perlu
diselesaikan berasingan antara Majikan dan Kontraktor.
30.11(e) Apa-apa Gantirugi Ditentukan yang dikenakan oleh Majikan di bawah Klausa 22.1;
30.11(f) Potongan balik oleh Majikan di mana ianya dinyatakan dengan jelas di bawah Klausa 30.4; dan
30.11(g) Faedah yang kena dibayar oleh salah satu pihak kepada pihak yang lain di bawah Klausa 30.17.

Autoriti yang membenarkan potongan dibuat oleh majikan dinyatakan dalam klausa-klausa berikut:

Klausa 22.1 membenarkan potongan untuk Gantirugi Ditentukan


Klausa 30.4 membenarkan potongan untuk Potongan Balik
Klausa 30.17 membenarkan potongan untuk Faedah

Semua potongan ini tidak boleh dimasukkan ke dalam sijil arkitek. Olehkerana pemotongan bagi elemen di atas
tidak boleh dimasukkan ke dalam sijil-sijil, bagaimana potongan boleh dibuat oleh Majikan?

Pada dasarnya, potongan dibuat atas budibicara Majikan. Majikan boleh memilih untuk membuat potongan atau
tidak, melakukan potongan segera atau menangguhkan pemotongan tersebut ke masa hadapan.

Sepintas lalu, seolah-olah Majikan boleh membuat potongan sesuka hati. Untuk mengelakkan tindakan sesuka
hati serta untuk mengelakkan salahguna kuasa di pihak Majikan itu Kontrak PAM 2006 telah mengambil langkah
dengan menetapkan prosedur berikut sebelum potongan boleh dibuat;

a. Arkitek telah mengeluarkan penilaian yang memperincikan potongan yang disyorkan dan
mengemukakannya kepada Kontraktor;
b. Majikan atau Arkitek bagi pihak Majikan, perlu mengeluarkan notis bertulis kepada Kontraktor
menyatakan niat untuk membuat potongan;
c. Jumlah yang akan dipotong dipersetujui oleh Kontraktor; dan
d. Jika potongan dibantah dan dibawa ke adjudikasi, jumlah potongan telah ditentukan oleh adjudikator.

Begitu juga dalam soal Gantirugi Ditentukan. Pra-syaratnya adalah

a. Sijil Tak Siap Kerja dikeluarkan ke atas Kontraktor.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

108 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

b. Majikan telah memaklumkan potongan Gantirugi tersebut kepada Kontraktor


Dengan Sijil Tak Siap Kerja ini, perogatif untuk membuat potongan terserah kepada Majikan.

Benarkah tidak memasukkan potongan dalam sijil melepaskan liabiliti arkitek dalam isu potongan balik?

Rasanya tidak. Nilai Gantirugi Ditentukan telah dipersetujui dalam kontrak. Ia akan dikenakan sebaik berlaku
kelewatan yang ditanda dengan keluarnya Sijil Tak Siap Kerja. Kontraktor yang mempertikaikan potongan akan
lebih dulu mempertikaikan kesahihan Sijil Tak Siap Kerja.

Begitu juga dalam hal potongan balik, nilai yang akan dipotong ditentukan oleh arkitek. Nilai inilah yang akan
digunakan oleh Majikan. Jika Kontraktor mempertikaikan jumlah potongan yang akan dibuat, dia akan lebih dulu
mempertikaikan perkiraan arkitek.

Dari sudut operasi dan pengurusan, ketidakmasukan elemen-elemen tadi menimbulkan kekeliruan terutamanya
kepada Majikan yang tidak mempunyai pengetahuan tentang kontrak. Ia seolah-olah memerlukan dua set akaun
yang berbeza. Satu set yang disediakan oleh Arkitek dan satu set lagi yang disediakan oleh Majikan. Tidak ramai
Majikan yang mempunyai pengetahuan teknikal untuk mengendalikan perkara ini. Ramai Majikan
mempersoalkan kenapa Arkitek enggan mengambil tanggungjawab untuk menyatakan dengan jelas jumlah yang
layak dipotong oleh Majikan sedangkan Arkitek bertanggungjawab menentukan potongan itu pada asalnya.

Kita semua faham bahawa, aliran tunai adalah penting kepada kemajuan kerja. Jika potongan balik dan Gantirugi
Ditentukan dikenakan, nilai yang akan diterima oleh Kontraktor akan berkurangan dan mengujudkan masalah
kepada aliran tunai. Kesan rantaian mungkin akan menyebabkan kegagalan siapkerja seluruhnya. Dalam masa
yang sama, Majikan perlu diberi hak untuk menjaga kepentingan mereka dengan menahan apa juga nilai yang
serupa dengan kos dan komitmen yang akan mereka tanggung dengan pihak ketiga jika berlaku kelewatan siap
atau kerosakan dan kecacatan. Contohnya, pemaju yang lewat menyerahkan rumah kepada pembeli juga perlu
membayar Gantirugi Ditentukan. Adalah lebih praktikal, Majikan tegas menahan wang ini sebelum ia kehabisan.

Peruntukan dalam kontrak ini sebenarnya lebih memihak kepada Kontraktor. Kontraktor boleh menghalang apa
juga potongan atau menangguhkan pemotongan dengan semata-mata menyatakan tidak bersetuju dengan
perkiraan arkitek. Dia juga boleh mengelak potongan untuk satu tempoh yang panjang hingga selepas siap kerja
dengan memfailkan notis untuk adjudikasi. Ada kontraktor yang terdesak untuk menjaga aliran tunai, mengambil
langkah ini semata-mata untuk melambatkan potongan.

Masalah Praktikal Dalam Pengurusan Kontrak.

Hakikatnya dalam praktis, pengasingan tugas menentukan dan membuat pemotongan ini jarang berlaku. Majikan
kebanyakannya menyerahkan tanggungjawab untuk menentukan potongan Gantirugi Ditentukan, Potongan Balik
dan Faedah kepada Arkitek. Mereka juga lebih suka Gantirugi dan Potongan Balik dimasukkan terus ke dalam
Sijil. Sebabnya:

a. Tidak ada bezanya jumlah potongan dinyatakan dalam Sijil atau dalam Notis yang lain. Liabiliti Arkitek
yang menentukannya adalah sama.
b. Kebanyakan Majikan tidak mempunyai pengetahuan kepakaran atau sumber manusia untuk mengurus
Kontrak. Adalah satu hal yang leceh bagi mereka untuk meyediakan satu set perkiraan yang berbeza.
Jika dibuat juga, biasanya arkiteklah yang akan menyediakannya.
c. Kepimpinan dalam Kontrak. Kontraktor umumnya masih yakin dengan kepimpinan arkitek dan yakin
dengan keadilan mereka.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

109 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Pengurusan kontrak hari ini sedang mengalami perubahan dan pembaikan. Praktis di mana Arkitek bertindak
secara unilateral dalam sesuatu hal dan mengasingkan penglibatan Majikan dalam pengurusan kontrak sudah
agak ketinggalan masa. Untuk kepentingan masa dan kecekapan pengurusan, semua pihak dalam kontrak
dilibatkan dalam isu-isu kepentingan bersama. Misalnya dalam soal tuntutan, penilaian dibuat bersama, nilai
dalam sijil dibincang dan diputuskan bersama antara arkitek, jurukurbahan, kontraktor dan Majikan. Penggunaan
perisian yang menyelaraskan kemajuan kerja dengan nilai kontrak dan aliran tunai telah memudahkan banyak
aspek dalam pengurusan kontrak dan semakin digunapakai.

Kontrak PAM 2006 adalah kontrak piawai. Ia telah menyediakan suatu asas pengurusan yang kukuh dan ia boleh
dan di mana perlu, patut disesuaikan dengan keperluan sesuatu kontrak secara khusus. Menyesuaikan
kegunaannya dengan praktis semasa yang berubah dan berkembang adalah jalan terbaik mengekalkannya
langsung mengekalkan peranan arkitek untuk terus relevan.

ARTIKEL 13

PENGASINGAN KONTRAK
Suatu kontrak pembinaan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan. Ia merangkumi semua bidang kerja
bermula daripada pembersihan tapak, kerja tanah, kerja-kerja asas dan cerucuk dan akhirnya kerja bangunan.
Dalam sesetengah kontrak, bagi kediaman dan pejabat, kerja diteruskan untuk merangkumi kerja-kerja pengisian
atau fit-out dan bagi industri atau kilang, merangkumi pemasangan loji dan jentera.

Kenapa pengasingan kontrak dipilih.

Pengasingan kontrak dibuat atas beberapa sebab;

1. Membolehkan kerja dimulakan awal sebelum kelulusan penuh bangunan diperolehi;

UBBL mempunyai peruntukan yang membenarkan kerja pembinaan dimulakan sebelum kelulusan pelan
bangunan diperolehi. Lumrahnya PBT membenarkan kerja setakat aras bawah disiapkan sebelum pelan
bangunan diluluskan dengan syarat pelan-pelan berikut diluluskan;

a. Pelan Kerja Tanah


b. Pelan Jalan dan Perparitan
c. Pelan Cerucuk
d. Pelan besmen dan lantai tingkat bawah.

PBT membenarkan pelan-pelan di atas dikemukakan untuk kelulusan sebaik sahaja pelan tataatur diluluskan dan
KM (Kebenaran Merancang) dikeluarkan.

Pelan bangunan mengambil masa yang lebih lama untuk diluluskan kerana ia melibatkan banyak jabatan
teknikal. Dalam tempoh menunggu ini, kerja-kerja di atas sudah boleh dimula dan disiapkan.

Bagi projek kecil yang mana kontrak boleh disiapkan awal merangkumi semua bidang kerja adalah wajar semua
kerja diletakkan dibawah tanggungjawab satu entiti.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

110 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Bagi projek bersaiz besar, dalam penjadualan implementasi kontrak, biasanya kontrak kerja bangunan tidak
dikeluarkan sehingga semua kelulusan pelan bangunan diperolehi. Tanpa kontraktor utama, adalah tidak
praktikal untuk kerja-kerja di atas dijadikan sub-kontrak (walaupun ada pemaju mengambil jalan ini).

2. Menggunakan kontraktor dengan kepakaran khusus untuk setiap bidang kerja;

Semua bidang kerja yang disebut di atas menggunakan kontraktor dengan kepakaran khusus.

3. Mengurangkan kos pengurusan oleh kontraktor utama;

Jika satu kontraktor utama dilantik untuk mengepalai kontrak ini, maka kos pengurusan akan ditambah samada
secara langsung atau tidak langsung. Jika mereka diserahkan kepada kontraktor utama kos mengurus ditambah
kepada harga dan jika dilantik sebagai sub-kontrak dinamakan, keuntungan dan atendan (profit and attendance)
perlu dibayar.

4. Mengelakkan tempoh kontrak yang terlalu panjang;

Hal ini biasanya berkaitan dengan pembangunan yang akan dijual dan melibatkan kontrak atau perjanjian jual-
beli seperti di bawah Jadual G (24 bulan) dan Jadual H (36 bulan). Kebiasaannya, pemaju akan memulakan dan
menyiapkan kerja tanah sebelum memulakan penjualan atau menandatangani Perjanjian Jual-beli. Tempoh 24
dan 36 bulan hanya cukup untuk kerja-kerja bangunan sahaja dan memasukkan kerja tanah kedalam tempoh itu
adalah risiko yang terlalu besar untuk diambil oleh Pemaju.

Pengurusan kontrak yang diasingkan - peranan PSP dan peranan Arkitek dalam PAM 2006.

Arkitek mungkin terbiasa dengan autoriti yang merangkumi keseluruhan bidang kerja dan merasa sedikit sukar
untuk menyesuaikan diri dengan pengurusan kerja yang berbeza untuk peringkat kerja yang berbeza. Biasanya
arkitek adalah sekaligus Orang Yang Mengemukakan (PSP) dan Arkitek di dalam kontrak. Dalam kontrak yang
diasingkan, timbul beberapa keadaan yang berbeza.

1. Arkitek adalah PSP serta Arkitek bagi keseluruhan kerja.

2. Arkitek adalah PSP bagi kerja bangunan tetapi sebahagian kerja yang awal seperti kerja tanah dan
kerja-kerja prasarana (jalan dan perparitan; sistem kumbahan dan jaringan kumbahan berpusat)
dikemukakan oleh Jurutera.

Elok juga disentuh mengenai trend kontrak-kontrak mega di bawah kaedah EPCC (kejuruteraan, perolehan,
pembinaan dan pentauliahan / engineering, procurement, construction and commissioning) di mana peranan
arkitek dihadkan hanya setakat mendapatkan kelulusan pelan bagi pihak Majikan/Klien. Setelah kontrak
disetujuterima oleh kontraktor, tanggungjawab mengurus dan menyelia pembinaan hinggalah ke Sijil Siap dan
Pematuhan / CCC diurus oleh Kontraktor yang akan melantik arkitek atau PSP yang baru.

Dalam kes di mana arkitek adalah PSP dan juga arkitek bagi kontrak, tugas arkitek untuk mengawasi pematuhan
kepada syarat-syarat CCC dan pengisian borang G adalah mudah. Arkitek mempunyai hubungan terus dengan
kontraktor.

Dalam kes di mana arkitek mengawasi hanya pembinaan bangunan dan kerja tanah dan prasarana telah
disiapkan, tanggungjawab arkitek agak sedikit berbeza. Arkitek perlu sebelum memulakan kerja mendapatkan
semua Borang G diisi dan ditandatangani oleh kontraktor dan perunding yang bertanggungjawab.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

111 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Begitu juga jika perlantikan arkitek dihadkan kepada mendapatkan kelulusan, maka pertukaran arkitek mesti
dibuat sebelum kerja pembinaan dimulakan. Jika ada kelewatan atau dolak dalik dari Majikan dalam soal melantik
arkitek baru, langkah terbaik adalah untuk mengeluarkan arahan menghentikan kerja yang boleh dibuat melalui
PBT.

SOALAN

Apakah perbezaan antara


a. Kerja yang tidak siap (Incomplete works)
b. Kerja yang cacat (defective works)
c. Kerja di bawah piawai (sub-standard works)

JAWAPAN

Secara umumnya, kerja yang tidak siap boleh ditakrif dengan merujuk kepada dokumen kontrak. Kerja yang
cacat dan kerja di bawah piawai agak sukar dibezakan kerana keduanya berkaitan. Walaubagaimanapun
jawapan yang saya boleh cadangkan adalah seperti dibawah.

a. Kerja yang tidak siap adalah kerja yang dinyatakan dalam Kontrak samada dalam Senarai Kuantiti
atau dalam lukisan tetapi belum dibuat atau disiapkan.

b. Kerja yang cacat adalah kerja telah dibuat tetapi tidak sempurna; contohnya atap yang bocor, lantai
yang tidak rata dsb.

c. Kerja di bawah piawai adalah termasuk:

kerja yang dibuat siap tetapi menggunakan bahan yang lebih inferior dari spesifikasi yang
dinyatakan,

kerja yang dihasilkan oleh tukang yang tidak mempunyai kompetensi yang sesuai

kerja yang gagal mencapai piawaian yang ditetapkan bilamana ujian piawaian dibuat.

SOALAN

Sepanjang saya menjaga projek...saya difahamkan selama mana ia adalah kontrak BQ,bermakna BQ akan
superseed segala kontrak dokumen yang lain apabila berlakuknya apa2 discrepancies sesama kontrak
dokumen...sbg contoh jika dalam drawing wujudnya cornice tetapi dalam BQ tiada,maka oleh kerana ia adalah
kontrak BQ maka projek tersebut wajib mengikut BQ....saya sering difahamkan begitu secara verbal

Tetapi setelah menyemak dalam PAM contract 2006 itu klausa 3.1 - ia menunjukkan bahawa susunan
kepentingan kontrak drawing mengatasi BQ...jadi,jika saya mempertahankan klausa ini dalam projek dimana
saya mahukan jiga cornice,alamatnya VO lah?dan QS akan dipersalahkan?

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

112 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

JAWAPAN

Untuk menjawab soalan ini kita perlu merujuk kepada prinsip.

1. Dokumen tender bukan instrumen yang diniatkan untuk memerangkap kontraktor supaya membekalkan
barangan atau kerja yang tidak boleh diketahui olehnya secara wajar semasa tender.

2. Penender memasuki tender atas dasar risiko yang diketahuinya. Dalam kes penggunaan tender berasaskan
BQ/Senarai Kuantiti, amalan lumrahnya adalah merujuk kepada BQ dan tidak kepada lukisan. Jika lukisan dirujuk
dan penender dimestikan mengira sendiri kuantiti bahan maka tender itu sudah dipanggil tender nilai pukal/lump
sum. Risiko kedua jenis tender berbeza dan harganya juga berbeza.
Saya berpendapat bahawa arkitek/perunding mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan lukisan, senarai
kuantiti dan spesifikasi yang lengkap dan jelas.

Tender dengan kuantiti mesti mengutamakan senarai kuantiti.

Tender tanpa kuantiti mesti mengutamakan lukisan.

Agak pelik kerana PAM 2006 tidak memasukkan apa-apa distinction atau garis pemisah yang membezakan
tender dengan kuantiti dan tanpa kuantiti. Ayat dalam Klausa 3.1 dalam kontrak dengan kuantiti sama saja
dengan kontrak tanpa kuantiti. Ini secara teknikalnya menjadikan kontrak dengan kuantiti tidak lagi bebeza
dengan kontrak tanpa kuantiti. Arkitek perlu menyatakan hal ini dengan lebih jelas dalam tender supaya tender itu
tidak dilihat sebagai berniat untuk memerangkap penender.

Jika sesuatu elemen itu penting maka kita mesti menulisnya dengan teliti dalam senarai kuantiti. Arkitek perlu
menyemak senarai jurukur bahan dan mempastikan elemen yang dikehendakinya itu dimasukkan.

Ada kalanya sesuatu elemen itu diluar daripada kemampuan perkataan (beyond description). Jika ianya tidak
boleh dinyatakan dalam perkataan, ia boleh dirujuk kepada lukisan atau spesifikasi tetapi nombor lukisan dan
spesifikasi itu mesti dinyatakan dalam BQ. Ia seolah-olah memasukkan satu elemen nilai pukal dalam senarai
kuantiti; ini dibenarkan dan diamalkan. Begitu juga jika sesuatu bahan itu memerlukan satu cara kerja atau
kaedah pemasangan yang khusus dan/atau oleh pakar yang khusus maka keperluan itu juga mesti dinyatakan
dengan jelas dalam senarai kuantiti.

Contoh.
Membekal, memasang dan menyiapkan kerja-kerja siling kapur lengkap dengan siling rata, light trough, cornice
....... sebagaimana lukisan nombor ABC 7123/36A.

Menyediakan permukaan besi untuk menerima cat sebagaimana spesifikasi wire brush dalam spesifikasi muka
surat S/SW/234.

Pada pendapat saya, hirarki/keutamaan susunan dokumen ini dimaksudkan untuk tujuan pembinaan. Apa juga
yang dilukis dan dinyatakan dalam lukisan perlu dibuat sekalipun tidak disebut dalam BQ. Soal samada
kontraktor boleh menuntut arahan perubahan adalah soal lain yang mesti dianalisa dari aspek yang lain.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

113 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

SOALAN
Dari klausa yang sama,apakah yang dimaksudkan dengan istilah "Mutually explanatory of one another" ?....apa
yang saya faham,walau ada discrepancies sekalipun sesama kontrak dokumen,mutually explanatory ni
menunjukkan bahawa kontraktor langsung tak layak claim apa2...ini saya assume...minta pencerahan

JAWAPAN
PAM 2006 klausa 3.1 memberikan dua syarat:
a. Semua dokumen saling menjelaskan, dan
b. Jika ada pertikaian, ada hirarki yang perlu dituruti.

Jika dibaca secara berasingan, nampak macam pendekatan saudara itu betul.

Tetapi kontrak juga saling menjelaskan - walaupun BQ duduk selepas lukisan dan lukisan itu dikatakan lebih
utama dari BQ tapi kedua-dua lukisan dan BQ berada pada kedudukan (d) dan (e) dalam susunan. Baca dulu (a)
hingga (c) sebelum membuat keputusan.

Ini juga akan melibatkan pertikaian dari segi lain. Adakah syarat am seperti 3.1 ini akan mengatasi syarat spesifik
dalam dokumen (lukisan dan BQ)?. Kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah lebih memihak kepada syarat
spesifik mengatasi syarat am.

Saya lebih tertarik untuk mengatakan bahawa hirarki ini lebih dimaksudkan kepada tujuan menyelesaikan
keperluan kerja.

Pertikaian tentang nilai ringgit mesti balik kepada prinsip tidak diniatkan untuk memerangkap dalam jawapan
soalan 1 tadi. Semak samada tender itu tender dengan kuantiti atau tanpa kuantiti. Jawapan akan berbeza bagi
jenis tender/kontrak yang berbeza.

SOALAN
Saya pernah mengendalikan proses tender yang memerlukan pihak yang memasuki tender, menghantar
dokumen tender dalam 2 sampul..1;mengandungi aspek2 teknikal.2; aspek komersial..kedua-dua sampul ini akan
dibuka dan dianalisa oleh pihak perunding dan majikan secara berasingan yang mana aspek teknikal akan diberi
keutamaan..yakni sampul teknikal akan di buka dan di analisa dahulu tanpa mengetahui harga yang diletakkan
untuk projek tersebut.dengan cara ini proses pemilihan adalah lebih telus.

JAWAPAN
Proses tender dengan memisahkan tawaran teknikal dan komersil hanya dibuat oleh organisasi besar yang
mempunyai sumber yang cukup. Kerajaan masih belum melaksanakan sistem ini atas beberapa kekangan
semasa termasuklah 'political will'. Kebanyakan GLC dan syarikat swasta juga telah menggunakan kaedah ini.

Saya setuju, kaedah ini mampu memilih penender yang lebih baik namun ianya tidaklah bebas daripada
campurtangan selagi ada syarat yang berbunyi 'Majikan tidak terikat untuk menerima tender terendah atau mana-
mana tender' dalam proses tersebut. Dalam beberapa kes yang masyhur, penender yang telah gagal penilaian
teknikal juga masih diberi anugerah. Cerita kuasa muktamat dan tangan-tangan ghaib yang membuat keputusan
yang mengetepikan pengesyuran teknikal bukanlah suatu hal yang pelik.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

114 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

SOALAN
Saya nak tanya berkenaan consultant matters...katakan contoh projek kecil spt Surau...dimana QS saya tidak
perform menyebabkan kelambatan mengeluarkan Interim Certificate kepada kontraktor utama.Lambatnya kadang
kala melebihi 30hari.Tambahan pula kontraktor tersebut umpama kais pagi makan pagi.Bayaran tertangguh akan
menyebabkan kerja pun tertangguh.

Isunya apabila pihak client meminta architect overule QS untuk terus mengeluarkan interim certificate
memandangkan dalam Contract hanya menyebut Architect yang mengeluarkan Certificate.Ini adalah kerana
pihak client tidak mampu menunggu lagi projek tersebut yang sudah tettangguh terlalu lama.

Soalan saya,adakah architect overule QS utk issue interim certificate semudah ABC?...Apakah langkah pertama
untuk saya membalas surat kepada client menjawab mengenai perkara ini?...saya berpendapat ia ada kaitan dgn
condition of engagement/moa/etc...cuma kurang jelas...

JAWAPAN
Seperti saya sebut sebelum ini, tidak ada dua kontrak yang sama. Semua kontrak ada ciri-ciri yang membezakan
antara satu sama lain walaupun kesemuanya mengunakan borang-borang piawai yang sama.
Masalah ini berkait dengan isu perlantikan konsultan. Mungkin soalan-soalan berikut boleh ditanya untuk
mendapatkan halatuju penyelesaian kepada masalah.

1. Siapa yang lantik QS?


Kalau QS dilantik oleh Majikan, hanya Majikan yang boleh mengenepikan; jika dilantik oleh Arkitek, keputusan
ditangan Arkitek.

2. Apakah Borang Kontrak yang digunakan? PAM 2006? JKR 203? JKR misalnya ada prosedur yang tetap dalam
hal penilaian yang perlu dipatuhi. Adakalanya nilai bulanan mesti mencapai suatu jumlah yang tetap sebelum sijil
dikeluarkan. Walaubagaimanapun untuk projek Kerajaan ada arahan perbendaharaan mewajibkan sijil kemajuan
dikeluarkan sekalipun nilai kerja sifar atau negatif. Ini ada maksud untuk menjadi bukti kegagalan kontraktor
melaksanakan kontrak secara bersungguh-sungguh jika berlaku pertikaian dan penamatan.

3. Apakah tugas QS telah digaris dengan jelas? Misalnya, adakah penilaian setiap 30 hari itu dipersetujui
bersama? Atau adakah persetujuan untuk penilaian dalam masa yang berbeza? Sila rujuk kepada Appendiks.

4. Bolehkah Arkitek keluarkan Sijil Kemajuan sedangkan QS masih ada? Pendapat saya, boleh; cuma ia perlu
dibuat secara berhemah dan bertulis. QS mesti diberitahu bahawa arkitek dengan persetujuan Majikan akan
mengeluarkan sijil. Dia juga mesti diberitahu samada khidmatnya masih diperlukan atau tidak.

5. Ini projek Kerajaan atau persendirian? Jika projek ini projek persendirian, cara mudah untuk mepercepatkan
bayaran kepada kontraktor dalam kes-kes seperti ini adalah secara pendahuluan. Bayaran ini boleh dimasukkan
kedalam penilaian interim berikutnya. Jika Kerajaan, saya nasihatkan, kekalkan prosedur. Tidak berbaloi untuk
mengadap SPRM tujuh tahun dari sekarang.

6. Sudahkan QS dinasihati atau diberi amaran? Jika belum, mulakan amaran bertulis, sebaiknya oleh pihak yang
melantik beliau.

7. Akhirnya, tangani masalah dengan cermat dan berhemah.

Wallahualam.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

115 PAMStandardFormofContract2006Terjemahan&Ulasan

Kelangsungan projek mesti diprioriti lebih dari hal lain.

Kalau projek persendirian (bukan oleh organisasi yang ada peraturan dalaman) yang perlu hanya surat dari
Majikan kepada arkitek, cc kepada QS; Arkitek dengan ini diminta menyediakan sijil penilaian. Itu sudah
memadai.

Notis dan penamatan QS boleh dibuat untuk tujuan rekod sahaja.

Facebook pages : PAM CONTRACT 2006 CLASS (https://www.facebook.com/groups/153182501496737/)


Diakses pada 4-6 Januari 2014.

oleh:Ar.NasharuddinAbdulMajid

Anda mungkin juga menyukai