Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]

JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

1. Berdasarkan pendapat penulis, apakah tanggapan US terhadap tindakan China


membuat dan melebar pulau-pulau buatan di Laut China Selatan?

Amerika Syarikat mempersoalkan matlamat dan tujuan China dalam projek

penebusgunaan tanah di Laut China Selatan, ini dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha

Negara Amerika Syarikat, Antony Blinker semasa lawatan ke Hanoi, Vietnam pada April

tahun ini. Pada tahun 2013, presiden China, Xi JinPing telah melancarkan kempen

besar-besaran untuk projek penebusgunaan tanah dan membuat 7 pulau buatan di

Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. China telah meningkatkan bidang ketenteraan

di kota itu telah menyemarakkan ketegangan serantau ini kerana kerisauan China

terhadap ancaman terbesar dan paling ampuh iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya

seperti Korea Selatan dan Jepun untuk menutup garisan logistik military dan

perdagangan strategik negara itu. Beijing menegaskan bahawa tindakan tersebut

adalah bersesuaian dengan undang-undang antarabangsa tetapi pengkritik Asing

terutama Amerika Syarikat mempersoalkan niat sebenar Xi. Kedua-dua Laut China

Selatan dan Spratly merupakan lokasi maritim paling sibuk di dunia yang menjadi

rebutan negara-negara pesisir. China menuntut Laut China Selatan keseluruhannya, ini

disebabkan lokasi tersebut adalah laluan perkapalan dan perdagangan yang

menghubungkan Barat dan Timur yang membawa jutaan tan bahan api fosil, hasil bumi

dan galian serta komoditi import seperti mineral dan bahan galian lain kembali ke

China. Selain China, tuntutan wilayah itu juga dipertikaikan oleh negara-negara lain di

rantau itu termasuk Taiwan dan Vietnam. Sementara Filipina, Malaysia, dan Brunei

yang merupakan sebuah negara kecil juga turut sama menuntut Laut China Selatan.

P a g e 1 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

Selain itu, tujuan pembinaan 7 pulau buatan yang dilakukan oleh China sejak

2014 adalah untuk dijadikan pangkalan ketenteraan. Antaranya Pulau Cuarteron di

mana China akan membina radar berfrekuensi tinggi jarak jauh bagi membolehkan

pemantauan udara dan laut. Pulau Fiery Cross yang memiliki landasan kapal terbang

yang cukup panjang membolehkan pesawat tempur dan pesawat bersaiz besar

mendarat selain Pulau Batu Karang Mischief dan Pulau Batu Karang Subi yang juga

memiliki landasan kapal terbang. Pulau batu karang yang lain ialah Gaven, Hughes

dan Johnson Selatan. Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Ash Carter, meminta

China untuk menghentikan pembangunan pulau-pulau buatan di Laut China Selatan.

Hal ini disampaikan oleh beliau di Hawaii. Di samping itu, Setiausaha Amerika Syarikat

pula iaitu John F Kerry yang sedang melawat Indonesia telah mengadakan pertemuan

dengan Menteri Luar Indonesia, Marty Natelegawa dan turut membincangkan isu

serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama. Kerry meminta Indonesia

melobi China untuk mendamaikan konflik di Laut China Selatan melalui Code of

Conduct atau Kod Etika Kawasan. Kami menyokong kepimpinan Indonesia di ASEAN

untuk berunding dengan China untuk segera menyelesaikan Code of Conduct di Laut

China Selatan, kata Kerry dalam pertemuan bersama Marty Natalegawa, Jakarta.

Sementara itu, China turut mengambil peluang untuk mencabar hegemoni

Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik termasuklah Asia Tenggara. Meskipun China

banyak bergantung kepada Amerika Syarikat dalam hubungan perdagangan, namun ini

tidak menghalangnya daripada berusaha menjadi kuasa besar serantau. Secara


P a g e 2 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

geografinya, China tidak mempunyai sumber tenaga yang mencukupi untuk keperluan

domestiknya. Oleh itu, China berusaha menjalinkan kerjasama penerokaan minyak di

Sudan dan perjanjian import minyak dari Venezuela tetapi Amerika Syarikat telah

berjaya menggagalkan usaha penerokaan minyak oleh China. Hal ini menyebabkan

China terpaksa berusaha mencari alternatif bagi memenuhi keperluan tenaganya.

Dengan itu, perhatian China kembali ke Rantau Asia Tenggara, khususnya di Laut

China Selatan yang sekian lama menjadi rebutan negara tersebut dengan beberapa

negara jirannya. Kedudukan strategik Laut China Selatan sebagai laluan perdagangan

utama dunia di mana setiap tahun sebanyak USD50 trilion nilai dagangan melaluinya,

kekayaan sumber perikanan serta potensi sumber minyak dan gas yang terdapat di

kawasan tersebut menjadikan sebagai sasaran utama China bagi menjana

pembangunan domestiknya sekali gus mengukuhkan pengaruh selaku pencabar kuasa

besar serantau.

Ahli kumpulan kami beranggapan Amerika Syarikat mempunyai andaian bahawa

China mempunyai konspirasi dalam meluaskan lagi kekuatan militari mereka dengan

menjadikan pulau-pulau buatan sebagai pengkalan tentera mereka. Dengan tujuan

tersebut sedikit banyak akan menggugat Amerika Syarikat selaku kuasa besar di dunia.

Dengan adanya pulau-pulau buatan tersebut, China boleh mengukuhkan kubu

pertahanan mereka. Amerika Syarikat menilai perluasan pulau-pulau berkenaan boleh

membahayakan para pedagang yang menggunakan laluan Laut China Selatan dan

terdapat juga yang terlihat landasan terbang china yang dibina di sana. Jarak yang

dianggarkan 140 batu nautika (25,928 km) dari pantai Filipina dilihat sebagai ancaman
P a g e 3 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

kepada negara jiran tersebut. Amerika Syarikat menganggap langkah China

memperluaskan pulau-pulau tersebut membahayakan laluan dagangan dan

mempertimbangkan untuk menghantar pasukan tentera ke sana sebagai usaha

menghalang China memperluaskan pengaruhnya di perairan tersebut. Bagaimanapun,

Menteri Luar China menafikan khabar angin tersebut dan mengatakan bahawa itu

hanyalah permainan media barat. Kerajaan China mendakwa mempunyai hak ke atas

wilayah Laut China Selatan dan berkata pembangunan yang dilakukan adalah wajar.

Pembangunan yang dilakukan China ini membuatkan Amerika Syarikat tercabar.

Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat John Kerry dan Menteri Pertahanan Amerika

Syarikat Ash Carter meminta China untuk menghentikan pembangunan di pulau-pulau

tersebut. Mereka beranggapan, pembangunan tersebut telah meningkatkan ketegangan

di antara negara-negara jiran yang menolak tuntutan China terhadap Laut China

Selatan.

Selain itu, kekayaan sumber petroleum di laut china selatan juga antara mungkin

faktor Amerika Syarikat ingin mengekang kekuasaan China terhadap sumber

semulajadi tersebut. Permintaan sumber semulajadi tersebut oleh rakyat China

memperlihatkan Laut China Selatan menjadi laluan utama kapal yang membawa

sumber asli tersebut bagi melicinkan aktiviti import sumber asli tersebut. Dalam tahun

2015, lebih 60% import petroleum oleh China dan Kepulauan Spratly menjadi laluan

utama pengeksport minyak kerana menjimatkan kos pengangkutan. Jadi bagi

meningkatkan keselamatan perairan tersebut menjadi faktor kepada China membuat

pembangunan dalam memperluaskan pulau-pulau di wilayah berkenaan.

Pembangunan tersebut telah mengubah status quo China terhadap Laut China Selatan.
P a g e 4 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

2) Terangkan pembentukan Dasar Luar China di Laut China Selatan menggunakan


angkubah idiosinkratik.

Pembentukan dasar luar sesebuah negara dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Dasar luar sesuatu negara dibentuk oleh pimpinan tertinggi oleh sesebuah kerajaan.

Golongan ini lebih dikenali sebagai Pembuat Dasar (foreign policy maker). Pembuat

dasar ini merupakan golongan yang sangat penting menentukan matlamat sesebuah

negara. Selain itu, golongan ini juga, menentukan jenis orientasi dan strategi-strategi

yang digunapakai dalam mencapai matlamat tersebut. Pembentukan dasar sesebuah

negara oleh golongan ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh angkubah idiosinkratik.

Sumber-sumber idiosinkratik adalah berkenaan dengan ciri-ciri peribadi golongan yang

membentuk sesuatu dasar luar. Di antaranya ialah persepsi, sikap, nilai-nilai,

kepercayaan-kepercayaan dan ideologi. Ciri-ciri seperti ini mempengaruhi golongan

tersebut yang bertindak atas nama negaranya dalam politik antarabangsa. i(Hoon,

2010)

Idelogi merupakan salah satu sumber idiosinkratik yang utama. Sesuatu ideologi

mempengaruhi sikap dan persepsi mereka yang berpegang kepadanya. (Hoon, 2010).

Di sini, Presiden Xi Jiping dilihat membawa latar balakang komunisme yang cukup

tinggi dalam dirinya. Pemimpin-pemimpin terdahulu tidak begitu agresif dalam

mempertahankan hak-hak di kepulauan Laut China Selatan. Namun berbeza dengan

P a g e 5 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

Presiden Xi, beliau begitu agresif dalam memastikan kepentingan China di Laut China

Selatan dipertahankan. Ini dibuktikan dengan kenyataan beliau bahawa tidak akan

melepaskan wilayah yang di warisi oleh nenek moyang terdahulu. (Jinping, 2014).

Sejak kecil lagi beliau dibesarkan dalam keluarga yang kuat dengan ideologi

komunisme. Bapanya merupakan seorang veteran komunis yang sangat tegar di

zaman revolusi komunis. Di zaman kehidupan remaja beliau tidak begitu indah apabila

bapanya telah dianiaya dan keluarganya jatuh sakit. Di sebabkan itu, beliau dibuang

sekolah dan terpaksa menghabiskan masa di kawasan gua pergunungan terpencil.

Walaupun pernah beberapa kali ditolak keahliannya di dalam parti dan berdepan

dengan pelbagai kesusahan. Beliau menganggap ini sebagai satu peluang untuk

memahami apa sebenarnya kehidupan. (Litai, 2016).

Kini beliau merupakan Setiausaha Agung bagi Parti Komunis China (CPC) yang

berkuasa di China. Beliau membawa harapan parti untuk membawa kembali zaman

kegemilangan China yang terdahulu. Di dalam konteks pembentukan Dasar Luar China

terhadap isu Laut China Selatan. Presiden China Xi Jinping telah menjelaskan

pendirian tentang isu Laut China Selatan. Beliau dilihat lebih agresif dalam

mempertahankan kepentingan China dalam masa yang sama mengekalkan keamanan

serantau. Dasar-dasar luar China di Laut China Selatan dibentuk atas sebab

berlakunya banyak konflik dan sengketa serta perebutan wilayah antara negara-negara

serantau selain mewujudkan perdamaian dan kestabilan politik terhadap negara-negara

yg berkait dengan Laut China Selatan. Negara-negara anggota ASEAN dan China

telah menandatangani dokumen Declaration on the Conduct of Parties in the South

China Sea (DOC) pada November 2002 di Kemboja. Walaubagaimana pun, misi yang
P a g e 6 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

ditetapkan masih belum tercapai terutamanya dalam hal saling percaya di antara

negara-negara terlibat di dalam konflik Laut China Selatan. Selama ini dokumen DOC

hanya berfungsi untuk memberi batasan-batasan moral bagi para pihak yang terkait.

Namun, setidak-tidaknya dokumen DOC ini telah berperanan sebagai rujukan sekiranya

terjadi konflik dan ketegangan antara negara. Isi dari dokumen DOC dengan jelas

menyebut tiga tujuan utama iaitu membangunkan rasa saling percaya negara-negara

berkait dan melibatkan diri dalam kerjasama maritim serta menyediakan dasar

perbincangan dan penyusunan suatu dokumen Code of Conduct (COC) yang formal

dan terikat di bawah undang-undang dan hukum laut.

Akhir-akhir ini, Mahkamah Antarabangsa Tribunal di Den Haag, Belanda telah

memutuskan kemenangan berpihak kepada Filipina berkenaan isu sengketa antara

Filipina dan China atas Laut China Selatan sejak 2013 semasa pemerintahan Presiden

Benigno Aquino. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak ada dasar hukum bagi

China untuk menuntut hak sejarah dan kekayaan hasil bumi di wilayah nine-dash l.

China mengamalkan dasar luar damai iaitu memelihara kedaulatan,

kemerdekaan dan keutuhan wilayah. Selain itu, China turut mencipta persekitaran

kerjasama antarabangsa yang baik bagi memelihara kedamaian dunia sekaligus

mendorong pembangunan sejagat. China juga mengamalkan dasar pintu terbuka,

mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan pelbagai negara dan

kawasan di dunia.

Pelaksanaan dasar terbuka yang diamalkan China kepada dunia luar,

menjadikan mereka lebih berdaya saing dan kemajuan ekonomi mereka juga semakin
P a g e 7 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

meningkat. Sebelum ini, dasar pemencilan yang diamalkan di China telah menjadi salah

satu faktor kemunduran ekonomi negara tersebut. Integrasi China dengan dunia luar

menjadi lebih efisyen apabila banyak modal asing yang masuk melabur. Peningkatan

kemasukan modal asing ke China telah memberikan keuntungan kepada mereka dan

menjadikan China lebih cekap serta berdaya saing. Kemasukan China dalam WTO

merupakan satu peluang perniagaan yang besar bagi usahawan sekaligus China dapat

memperkukuhkan pengaruhnya.

China dijangka akan menghadapi suatu keadaan yang baru di rantau Asia

Tenggara yang ditumpukan dalam hubungan tiga penjuru (triangular relationships) iaitu

dalam situasi small, medium dan large. Dalam hubungan yang kecil (small) terdapat

hubungan di antara negara China, Taiwan dan Hong Kong. Dalam hubungan

sederhana (medium) pula, terdapat hubungan yang dijalankan di antara negara China,

Empat Naga Asia iaitu seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Hong Kong serta

ASEAN. Sementara itu, dalam hubungan yang besar (big) pula terdapat hubungan di

antara China, Jepun dan juga Amerika Syarikat. Kesemua hubungan tiga penjuru ini

adalah merupakan satu strategi utama bagi China dalam aspek ekonomi di rantau Asia.

Selain Amerika Syarikat, China juga tidak terkecuali melaksanakan dasar luar

demi memperkukuhkan pengaruh di rantau Asia Tenggara. Kemelut pertindihan

tuntutan sempadan maritim Laut China Selatan dijadikan sebagai asas strategi

pengukuhannya. Pada tahun 1992, Beijing telah mengumumkan lebih daripada 90%

kawasan Laut China Selatan adalah milik mereka. Hal ini berdasarkan kesan sejarah

yang bermula dari Dinasti Xia. Laut China Selatan telah digunakan sebagai strategi

pemangkin agenda dasar luar China di Asia Tenggara. Kelangsungan pengaruh China
P a g e 8 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

dapat dilihat apabila China menggunakan kekuatan ketenteraan mereka sebagai salah

satu faktor sandaran dan kekuatan.

Kekayaan yang dimiliki Laut China Selatan sebagai laluan perdagangan, sumber

petroleum dan gas asli dan sumber perikanan telah menjadi rebutan dan tuntutan

beberapa negara termasuk China, Filipina dan Malaysia. China menuntut kedaulatan

mereka di beberapa struktur daratan Laut China Selatan agar mereka boleh

membentuk Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang luas. Tuntutan ini dikenali sebagai

tuntutan Sembilan Garis Putus-Putus (9GP).

BIBLIOGRAFI

filipinas, p. (2016). US Pentagon Confims Chinese Deployed Artillery On Reclaimed


Islands in Spratlys. YouTube. Tarikh akses 19 November 2016,
https://www.youtube.com/watch?v=VZWJAlwGALQ

hunt, k. (2016). philipines vs china: court to rule on south china sea.


Tarikh akses 19 November 2016
http://edition.cnn.com/2016/07/11/asia/philippines-china-south-china-sea-hague-ruling/

Salleh Buang, 2016. Konflik Laut China Selatan yang Rumit. Utusan online/Rencana 31
Mei https://www.utusan.com.my/rencana/konflik-laut-china-selatan-yang-rumit-1.336805
(Tarikh akses 13 November 2016)

Victor Prescott (1996), The South China Sea: Limits Of National Claims. Kuala Lumpur:
Maritime Institute of Malaysia (MIMA).

Fanzhang, H. (1994). Situation and Configuration of the East Asia Economy- And
Chinas Economic Startegy in the Region. Chinese Economic Studies, 27 (4), 12.

P a g e 9 | 11
TUGASAN [ KUMPULAN RIZQI ]
JKP 212/4 : HUBUNGAN ANTARABANGSA

Ahmad Abdul Hamid. (27 Mei 2002). Menyaingi Kuasa China, Utusan Malaysia, 6
https://www.utusan.com.my/rencana/strategi-laut-china-selatan-as-
1.173265#sthash.ZWY5soTI.dpuf

Hoon, K. G. (2010). JKP 212-HUBUNGAN ANTARABANGSA. MALAYSIA: PPPJJ.

Jinping, X. (2014). The Central Conference on Working Relating to Foreign Affairs.


Beijing: Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China.

Litai, J. W. (2016). Chinas security agenda transcends the South. Bulletin of the Atomic
Scientists.

Hoon, K. G. (2010). JKP 212-HUBUNGAN ANTARABANGSA. MALYSIA: PPPJJ.

Jinping, X. (2014). The Central Conference on Working Relating to Foreign Affairs.


Beijing: Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China .

Litai, J. W. (2016). Chinas security agenda transcends the South. Bulletin of the Atomic

Scientists.

P a g e 10 | 11
i

Anda mungkin juga menyukai