Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENGENALAN

Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) merupakan salah satu kursus yang telah
ditawarkan kepada kami, guru pelatih PISMP Sejarah ambilan jun 2015 dan kursus
ini telah dijadikan sebagai kursus elektif untuk semester 3 tahun 2015. Pelbagai
perkara telah kami pelajari dalam kursus ini seperti yang terdapat di dalam KSSR
Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) sekolah rendah. Sebagai seorang guru, perlunya
kita sentiasa meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan kita dalam menguasai
Content Knowledge yang ingin kita sampaikan kepada murid-murid nanti.

Oleh kerana itu, di dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),


pensyarah kami, Dr. Asri telah memberikan beberapa tugasan kepada kami
berkaitan dengan KSSR RBT sekolah rendah. Saya melihat bahawa tugasan ini
adalah sebagai pendedahan untuk kami mengetahui serba sedikit mengenai KSSR
RBT sekolah rendah agar kami dapat menguasai subjek ini dengan baik. Pada 14
September 2015, saya bersama rakan saya yang lain telah melaksanakan PBS di
SK Pekan Semporna, Sabah. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, sekolah
ini merupakan salah satu sekolah yang tertua di Semporna.

Setelah tiba di SK Pekan Semporna, beberapa persiapan dan perancangan


kami laksanakan untuk mempastikan kami dapat melaksanakan tugasan yang telah
diberikan kepada kami. Perancangan dan persiapan ini meliputi aspek yang penting
untuk diambil perhatian agar ia dapat membantu kami dalam berkolaborasi dengan
guru RBT di sekolah ini dalam mencari maklumat mengenai subjek RBT yang
terdapat di SK Pekan Semporna. Tugasan yang kami perlu laksanakan ini adalah
tugasan yang bekaitan dengan pencarian maklumat sekolah, organisasi RBT, pelan
tindakan RBT SK Pekan dan lain-lain lagi. Justeru itu, kami perlu berkolaborasi
dengan guru-guru di sini terutamanya guru panitia RBT, Puan Roslinah untuk
mengetahui dengan lebih mendalam mengenai subjek RBT di sekolah ini.

Di dalam kerja kursus ini, saya akan sentuh beberapa perkara yang penting di
dalam memahami dan menguasai subjek RBT di sekolah rendah. Hal ini kerana
subjek ini merupakan salah satu subjek yang mampu membentuk kreativiti dan
inovatif murid-murid melalui latihan yang berpusatkan amali. Apa yang penting
adalah matlamat KSSR RBT ini perlu diketahui dan difahami agar guru dapat
membawa murid-murid mempelajari subjek dalam keadaan menyeronokkkan.

1
2.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH PEKAN SEMPORNA, SABAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna telah ditubuhkan pada tahun 1939 yang
dikenali sebagai Vernakular Government School di bawah pentadbiran En. Awg.
Besar Bin Burut dengan mempunyai dua buah bangunan yang diperbuat daripada
papan dan atap nipah.

Pada tahun 1963, nama sekolah ini ditukarkan kepada Government English
Primary School (GEPS). Mula dikenali sebagai SK Pekan Semporna pada tahun
1981. Manakala pada tahun 1973, bangunan lama telah dirobohkan dan digantikan
dengan bangunan tiga tingkat yang ada sekarang untuk menampung seramai 33
orang guru dan 650 orang murid pada ketika itu. sistem KBSR mula diperkenalkan
pada tahun 1981 dan bilangan murid meningkat kepada 1340 orang. Bilangan murid
terus bertambah menjadi 1528 orang pada tahun 1984.

Menjelang tahun 1988, En. Muhammad Bin Hj. Mad Osman telah dilantik
menjadi Guru Besar. Bilangan guru telah bertambah kepada 60 orang dengan
dibantu oleh 7 orang KTBM dan bilangan murid seramai 1914 orang. Pada tahun
1991 sekolah ini berada di bawah pentadbiran En. Hassan Bin Tawil. Setelah beliau
bersara, diganti pula oleh En. Yusuf Bin Kapala pada tahun 1993. Pada tahun 1994,
En. Ahmad Bin Hj. Budin pula diberi tanggungjawap untuk mengetuai SK Pekan
Semporna dengan bilangan murid ketika itu adalah seramai 2100 orang dan tenaga
pengajar seramai 65 orang guru.

Memandangkan murid yang terlalu ramai, pada awal 1997, murid sekolah ini
telah dibahagikan kepada dua bahagian untuk dipindahkan belajar ke SK Pekan
Semporna II di bawah pentadbiran En. Abdul Hamid Bin Kahil ketika itu. Pada bulan
ogos 1997 sekali lagi En. Muhammad Bin Hj. Mad Osman telah ditugaskan sebagai
Guru Besar di SK Pekan Semporna. Bilangan guru pada ketika itu adalah melebihi
70 orang, KTBM seramai 12 orang manakala murid adalah seramai 1620 orang dan
44 buah kelas pembelajaran. Hj. Muhammad telah bersara pada bulan Februari
2006. Bermula pada tahun 2007 dan sehingga kini SK Pekan Semporna ditadbir
oleh Tuan Hj. Karim Bin Hj. Ubah sebagai Guru Besar dengan dibantu oleh 4 orang
guru Penolong Kanan, 70 orang guru dan 10 Anggota Kumpulan Pelaksana.

2
3
2.1 Struktur Organisasi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, Sabah merupakan salah satu sekolah yang
tertua di Semporna. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, sekolah ini adalah
sekolah yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Hal ini berdasarkan
daripada analisis pencapaian sekolah yang saya perolehi dari Penolong Kanan.
Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat berkaitan dengan organisasi sekolah.

Berdasarkan organisasi tersebut, sedikit sebanyak telah membantu saya


mencari maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini. Daripada maklumat ini juga
saya dapat mengetahui tahap prestasi pencapaian sekolah yang merangkumi
pencapaian akademik mahupun pencapaian kokurikulum. Hal ini merupakan usaha
daripada organisasi sekolah yang berperanan meningkatkan pencapaian sekolah.

Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna adalah terletak berdekatan dengan


pekan Semporna, Sabah. Seperti yang telah diketahui bahawa sekolah ini
merupakan sekolah tertua yang ada di Semporna. Sekolah ini diketuai oleh Tuan
Haji Karim Bin Ubah, selaku pengetua sekolah ini dan beliau dibantu oleh
kakitangan sekolah yang lain seperti Puan Noraidah Hj. Asalai selaku Setiausaha
Sekolah, Pn. Hjh Faridah Tsue Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Rohana Damit
Setiausaha Kurikulum, Pn. Hjh Mariam Hj. M. Ariffin, Pn. Erriz Putri Amy Herman
Setiausaha Kanan HEM, En. Leksing Salleh Hj. Ismail Penolong Kanan
Kokurikulum, Judith Murus Setiausaha Kokurukulum, Pn. Saddul Bariah Ganding
Penolong Kanan Petang dan Pn. Sarimah Masal Setiausaha PK Petang

4
5
6
7
3.0 STRUKTUR ORGANISASI PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SEKOLAH PEKAN SEMPORNA

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi semasa melaksanakan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati bahawa struktur organisasi Panitia RBT
SK Pekan, Semporna adalah dinaungi oleh Tuan Haji Karim Bin Ubah selaku
pengetua sekolah ini. Melalui usaha Tuan Haji dan bersama guru-guru sekolah ini,
banyak perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh muriid-murid.

Selain itu, struktur organisasi panitia RBT dipengerusikan oleh Cikgu Roslinah
Binti Roslie selaku Ketua Panitia mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT).
Selaku panitia, cikgu Roslinah sangat telah merancang beberapa perancangan
untuk mempastikan murid-murid dapat menguasai mata pelajaran RBT. Di dalam
pelan tindakan RBT, banyak perancangan yang telah dilaksanakan seperti
mengemaskini dan menyelenggara bilik KH, reka cipta dan bahan buangan,
Pertandingan membuat jahitan, mengubahsuai dan mengecat bengkel RBT
pameran dan jualan langsung serta penilaian semester pertama dan semester akhir.

Selain cikgu Roslinah, terdapat lagi guru RBT yang berperanan dalam
melaksanakan KSSR RBT di sekolah ini. Di mana encik Pakir Salleh Ladjahindu
merupakan setiausaha dalam Panitia RBT SK Pekan Semporna, Sabah. Beliau
merupakan guru yang amat berperanan dalam membantu cikgu Roslinah
melaksanakan perancangan dan pelan tindakan RBT. Apa yang lebih penting lagi
apabila mata pelajaran RBT di sekolah ini mempunyai aktiviti-aktiviti yang dapat

8
menarik murid-murid untuk turut sertai. Aktiviti ini dalam bentuk pertandingan,
penghasilan projek seperti yang telah ditetapkan dalam Pelan Tindakan.

Akhir sekali, bendahari panitia RBT SK Pekan Semporna adalah berada di


bawah tanggungjawap cikgu Masmi Sharul. Beliau bertanggungjawap dalam
mempastikan kewangan Panitia RBT sekolah ini adalah berada dalam keadaan
yang baik dan terkawal. Untuk memantapkan lagi organisasi Panitia RBT, beberapa
ahli jawatankuasa telah dilantik dalam kalangan guru yang terdapat di SK Pekan
Semporna, Sabah. Sebagai contoh, cikgu Noraidah selaku guru kelas 6 bersih dan
banyak lagi guru yang telah dilantik seperti yang telah dibentuk dan ditetapkan
dalam carta organisasi Panitia RBT SK Pekan Semporna, Sabah.

9
10
PELAN TINDAKAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK PEKAN

11
12
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN RBT

13
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RBT

14
GAMBAR BENGKEL DAN BBM RBT

15
Sepanjang kami melaksanakan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),
beberapa gambar bengkel Reka Bentuk Dan Tekonologi (RBT) SK Pekan telah kami
dokumentasikan. Hal ini adalah untuk mempastikan kami dapat mengetahui serba
sedikit suasana dan keadaan bengkel tersebut dan bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru RBT sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran RBT.

Suasana dan kemudahan yang terdapat di bengkel RBT SK Pekan Semporna

16
17
18
19
Contoh sumber BBM RBT yang berasaskan elektronik terdapat di bengkel
RBT SK Pekan Semporna

4.0 PENULISAN REFLEKSI

Daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), telah banyak input-input yang


saya perolehi daripada pencarian saya mengenai Panitia RBT SK Pekan Semporna.
Daripada hal ini juga banyak konklusi yang dapat dilakukan sepanjang pemerhatian
saya di sekolah ini. Mata pelajaran RBT merupakan salah satu subjek yang dapat
membentuk kreativiti murid-murid melalui projek yang dihasilkan atas tangan murid-
murid sendiri. Oleh sebab itu, beberapa perancangan dan strategi perlu
dilaksanakan agar murid-murid sentiasa seronok dan gembira sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran RBT yang guru-guru laksanakan.

Perancangan ini perlulah meliputi pembentukan organisasi yang berkesan,


pelan tindakan aktiviti yang hendak dilaksanakan, penilaian kemajuan RBT murid-
murid dan sebagainya. Hal ini adalah untuk mempastikan matlamat RBT yang
hendak disasarkan dapat dicapai. Sebagai contoh, SK Pekan Semporna
mensasarkan pembentukan pemikiran murid-murid yang kreatif dan kritis daripada
pengajaran RBT. Sehubungan dengan itu, kekuatan panita itu amat perlu agar
organisasi yang telah dibentuk dapat menyumbang kepada kemajuan murid-murid
dalam bidang ini, Bahkan dalam semua bidang yang diceburui dalam hidup mereka.

Sehubungan dengan itu, Pn. Roslinah Binti Roslie, selaku Ketua Panitia RBT
SK Pekan Semporna, telah membuat beberapa perancangan dan strategi bersama
AJK yang terlibat dalam merancang aktiviti-aktiviti yang dapat memperkembangkan
lagi mata pelajaran RBT ini dalam kalangan pelajar. Yang mana panitia RBT telah
menyediakan beberapa rancangan dalam pelan tindakan RBT. Antara aktiviti yang
ingin dilaksanakan adalah mengemaskini dan menyelenggara bilik KH/RBT, reka
cipta dari bahan buangan, pertandingan membuat jahitan, mengubahsuai dan
mengecat bilik KH, membuat pameran dan jualan langsung dan akhir sekali
membuat penilaian semester pertama dan semester akhir. Menarik lagi apabila
panitia ini bercadang untuk membuat rak yang sesuai untuk menyimpan barangan
dan alatan yang terdapat dalam bengkel Kemahiran Hidup/ RBT.

20
Inilah beberapa perancangan yang terdapat di dalam pelan tindakan RBT SK
Pekan Semporna sepanjang tahun. Penyusunan bilik KH, pelaksanaan sesi PdP
amatlah penting untuk keselesaan murid-muri belajar apatah lagi strategi guru-guru
RBT perlulah ditingkatkan lagi dalam mewujudkan suasana PdP yang mencabar.

5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RBT

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen yang penting
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru, perlu mempastikan
bahawa elemen-elemen ini dapat dikuasai dengan baik agar mereka dapat
melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika tidak,
kemungkinan besar guru tersebut tidak akan dapat menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada murid-murid apatah lagi kawalan kelasa yang tidak terkawal.
Strategi pengajaran yang biasa digunakan adalah meliputi kaedah pengajaran dan
teknik pengajaran. Ketiga-tiga ini mempunyai perbezaan masing-masing.

Menurut Kamus Dewan 1998, strategi pengajaran dan pembelajaran ialah


satu kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan teknik pengajaran untuk
mencapai hasil pembelajaran. Manakala pengajaran pula membawa maksud aktiviti
atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran
tertentu. Di dalam konteks pendidikan pula, strategi pengajaran membawa maksud
kebijaksaan memilih pendekatan dan kecekapan merancang kaedah dan teknik
dalam suatu sesi pengajaran berdasarkan objektif perancangan kaedah atau teknik
mengajar berdasarkan sesuatu perkataan untuk tujuan mencapai hasil objektif
pelajaran dengan berkesan

Kaedah pengajaran mengikut definisi Kamus Dewan Bahasa bermaksud cara


atau aturan untuk membuat sesuatu, hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu
kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk
mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa
langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang
dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah
pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan,
projek, soalan dan banyak lagi.

21
Di dalam mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi, pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan untuk mencapai objektif pelajaran
yang telah ditetapkan dalam perancangan. Strategi pengajaran ini meliputi
pendekatan, kaedah dan teknik pengjaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran
ini boleh diklasifikasikan kepada 3 kategori yang utama, iaitu strategi berpusatkan
guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan bantu mengajar. Strategi
berpusatkan guru berlaku apabila guru mengawal keadaan bilik darjah dan sesi PdP.
Antara kaedah pengajaran yang berpusatkan guru ialah penerangan, demonstrasi,
syarahan, bercerita dan sebagainya.

Justeru itu sebagai guru RBT, perlunya mahir dalam elemen-elemen ini. Hal
ini kerana mata pelajaran KH/ RBT adalah lebih berkonsepkan amali yang mana
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan. Hal ini
untuk pengahasilan pembelajaran yang efektif melalui kemahiran guru tersebut.

5.1 Strategi, Kaedah Dan Teknik PdP RBT SK Pekan Semporna

Beberapa minggu yang lepas, saya bersama rakan yang lain telah melaksanakan
program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Pekan Semporna. Di dalam
PBS ini, beberapa tugasan untuk subjek minor RBT telah kami laksanakan. Salah
satu tugasan yang perlu kami buat adalah mengenalpasti strategi, kaedan dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru RBT di sini. Salah
satu guru RBT di sekolah ini adalah cikgu Roslinah Binti Roslie, selaku Ketua Panitia
mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi.

Semasa sesi pengajaran RBT yang beliau laksanakan, kami telah meminta
keizinan daripadanya untuk kami membuat pemerhatian sepanjang sesi pengajaran
tersebut. Hal ini adalah untuk membantu kami mengenalpasti apakah strategi,
kaedah dan teknik yang beliau gunakan untuk menyampaikan tajuk yang sedang
diajarkan kepada murid-muridnya. Di dalam sesi PdP ini, cikgu Roslinah telah
menyampaikan pengajaran berkaitan dengan asas teknologi iaitu memasang dan
membuka kit model berfungsi. Daripada pemerhatian saya, tajuk ini sangat
menyeronokkan di sebabkan murid-murid memang sangat gemar dan sukakan

22
kepada peralatan, lebih-lebih lagi peralatan tersebut menyerupai permainan kanak-
kanak seperti kit berfungsi.

Semasa sesi pengajaran ini berlangsung, cikgu Roslinah lebih kepada


menggunakan strategik pengajaran yang berpusatkan guru dan murid. Yang mana
cikgu Roslinah telah menerangkan perkara yang asas berkaitan dengan asas
teknologi, iaitu apakah itu kit berfungsi, bagaimana ia berfungsi. Melalui
pemerhatian saya, saya mendapati bahawa murid-murid dapat memberikan respond
yang baik terhadap sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh gurunya. Di sini kita
nampak bahawa terbentuk hubungan dua hala antara guru dan murid sepanjang
sesi pengajaran ini berlangsung.

Setelah strategi yang digunakan oleh cikgu Roslinah telah dikenalpasti, tiba
masanya untuk mengetahui apakah kaedah pengajaran yang beliau gunakan dalam
sesi pengajaran RBT. Apa yang saya dapat perhatikan melalui pengajaran yang
beliau laksanakan, cikgu Roslinah lebih kepada kaedah pengajaran berbentuk latih
tubi dan soal jawap. Menurut beliau, kaedah ini adalah berkesan kerana kesesuaian
tajuk pengajaran yang beliau sampaikan adalah memerlukan kefahaman, soalan
daripada murid-murid untuk memahami tajuk yang dipelajari.

Menurut beliau lagi, pemilihan dan penggunaan kaedah pengajaran yang


digunakan perlulah sesuai dengan pendekatan atau strategi pengajaran yang
digunakan, iaitu samada berpusatkan guru, murid ataupun berpusatkan bahan bantu
mengajar. Apabila berpusatkan guru, kaedah pengajaran yang sesuai digunakan
adalah kaedah bercerita selain daripada syarahan. Pemilihan kaedah pengajaran
yang digunakan adalah penting untuk mempastikan murid-murid tertarik dan berasa
seronok dengan sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru terutama RBT.

Seterusnya, untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap sesi pengajaran


yang telah disampaikan oleh cikgu Roslinah, kami telah membuat perancangan dan
aktiviti terhadap beberapa orang murid yang telah terlibat dalam sesi pengajaran
RBT yang disampaikan oleh cikgu Roslinah tentang asas teknologi. Sehubungan
dengan itu, kami telah membawa beberapa orang murid ke bengkel RBT selepas
sesi pengajaran yang cikgu Roslinah selesai.

23
Di dalam bengkel tersebut, saya dan rakan saya yang lain telah menguji
kefahaman murid-murid berkaitan komponen model kit berfungsi dengan membuat
aktiviti memasang kit model berfungsi. Hasilnya, apa yang saya lihat bahawa murid-
murid tersebut dapat memasang kit model tersebut dengan baik dan kit model
tersebut telah berfungsi. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat
memahami sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh cikgu
Roslinah berkaitan dengan asas teknologi kit model berfungsi.

24
6.0 ANALISIS KEBERKESANAN STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN RBT

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen yang penting untuk


dikuasai oleh setiap guru dalam menyampaikan sesi pengajaran kepada murid-
murid. Hal ini akan mempengaruhi corak penyampaian dan komunikasi kita dengan
murid-murid dalam mempelajari tajuk yang hendak diajar. Keberkesanan strategi
pengajaran dan pembelajaran ini juga akan mempengaruhi corak sesi pengajaran
dan pembelajaran yang hendak kita laksanakan, apatah lagi dalam soal pengurusan
bilik darjah yang memerlukan kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya.

25
Sepanjang melaksanakan PBS di SK Pekan Semporna, kami berkesempatan
melihat dan membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
asas teknologi yang dilaksanakan oleh cikgu Roslinah, selaku guru Ketua Panitia
dalam subjek Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) atau Kemahiran Hidup. Di dalam
pelaksanaan sesi PdP tersebut, kami telah dapat mengenalpasti strategi pengajaran
dan pembelajaran yang beliau gunakan. Yang mana beliau telah mengguna strategi
pengajaran berpusatkan guru dan murid.

Hal ini dapat dilihat ketika cikgu Roslinah membimbing murid-muridnya


mengenal dan memahami asas teknologi yang berkaitan dengan kit model
berfungsi. Beliau telah menggunakan buku teks RBT, set kita model berfungsi dan
pengetahuan am beliau untuk membimbing murid-muridnya mengenal dan
memahami komponen kit model berfungsi dengan jelas dan baik. Manakala murid-
murid telah bertanyakan soalan mengenai apa yang mereka kurang fahami daripada
sesi pengajaran tersebut. Di sini kita nampak bahawa sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut dapat membentuk hubungan 2 hala antara guru dan murid.

Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan murid telah


dapat membantu cikgu Roslinah menyampaikan sesi pengajaran dengan baik dan
berkesan serta menyeronokkan para pelajar. Hal ini kerana semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran ini, cikgu Roslinah telah menggunakan kaedah pengajaran
berbentuk soal jawap dan latih tubi. Daripada pemerhatian saya, cikgu Roslinah
mengambil tindakan tersebut adalah untuk mewujudkan hubungan 2 hala antara dia
dengan murid-muridnya seperti yang saya telah jelaskan selain merangsang murid-
muridnya untuk berfikiran aras tinggi dalam menjawap sesuatu persoalan.

Selain itu, keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran RBT dapat


dilihat daripada tindakan cikgu Roslinah yang menggunakan kaedah pengajaran
berbentuk soal jawap dan latih tubi. Tindakan ini adalah untuk mengetahui samada
murid-muridnya memahami apa yang beliau sampaikan. Pendek kata beliau ingin
melihat dan menilai tahap kefahaman murid-murid terhadap tajuk pengajaran yang
beliau sampaikan. Justeru itu, hal ini akan dapat membantu perkembangan kognitif
mereka untuk bersikap kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu
permasalahan hidup, sesuai dengan prinsip RBT yang banyak tertumpu kepada
penyelesaian masalah melalui penghasilan projek yang hendak dihasilkan.

26
Seterusnya, daripada pemerhatian saya, cikgu Roslinah telah menggunakan
teknik pengajaran yang membantu kepada keberkesanan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang beliau laksanakan. Yang mana beliau telah memberikan soalan
latih tubi yang dapat merangsang pemikiran murid-muridnya. Hal ini sedikit
sebanyak membantu murid-murid untuk memahami sesi pengajaran yang diikuti.
Tambahan pula, cikgu Roslinah telah mengadakan sesi soal jawap dengan murid-
muridnya mengenai apa yang dipelajari, iaitu berkaitan dengan asas teknologi dalam
komponen kit model berfungsi. Langkah ini akan dapat memberi peluang kepada
murid-muridnya untuk bertanyakan pelajaran yang kurang difahami

Tuntasnya, Keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan


elemen yang bukan mudah untuk dicapai. Hal ini bergantung daripada
kebijaksanaan guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran.
Perancangan yang rapi dan sistematik akan dapat membantu guru-guru untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Justeru itu,
penguasaan terhadap elemen strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah
ditingkatkan agar guru-guru dapat mencapai hasil pembelajaran yang dirancang
untuk kepentingan kepada perkembangan sistem pendidikan negara yang
bermatlamatkan kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi JERIS.

Apa yang penting penguasaan Content Knowledge oleh guru-guru itu perlulah
ditingkatkan agar selari dengan perkembangan zaman kini. Jika tidak guru-guru
akan ketinggalan zaman hingga menyebabkan mereka kurang menyampaikan sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan lantaran daripada
perancangan strategik pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.

7.0 CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RBT

Setelah mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh


cikgu Roslinah semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran RBT,
banyak input-input yang telah kami perolehi dalam memahami ilmu tentang KSSR
Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT). Hal ini meliputi perancangan sebelum, semasa
dan selepas kita melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran RBT. Hal ini
amat penting untuk mempastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran
yang kita telah tetapkan.

27
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah digunakan oleh cikgu
Roslinah semasa sesi pengajaran RBT telah dapat membantu beliau untuk
menyampaikan tajuk yang diajarkan kepada murid-murid. Strategi yang digunakan
oleh beliau adalah sangat sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan kepada
murid-murid, iaitu asas teknologi yang menerangkan tentang memasang dan
membuka kit model berfungsi. Strategi ini juga telah menggalakkan murid-murid
untuk terlibat di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kita nampak
melalui hubungan 2 hala antara guru dan murid. Timbul di sini sesi soal jawap.

Walaubagaimanapun, setiap guru perlu meningkatkan lagi kemahiran mereka


dalam merancang sesi pengajaran yang hendak dilaksanakan. Hal ini kerana
melalui penambahbaikkan dan peningkatan yang dilakukan, murid-murid akan dapat
memperolehi kesannya dari segi pemahaman mereka terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran yang akan disampaikan guru tersebut. Sehubungan dengan itu,
semasa saya membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
RBT yang dilakukan oleh cikgu Roslinah, banyak lagi perkara yang perlu
ditingkatkan untuk penambahbaikkan.

Beliau bukan sahaja mewujudkan hubungan 2 hala antara guru dan murid
semasa sesi pengajaran berlangsung, sumber pengajaran juga perlu diambil berat.
Sekadar menggunakan buku teks RBT dan kit model berfungsi yang sedikit adalah
tidak memadai untuk membentuk sesi pengajaran yang baik. Kekurangan strategi
PdP yang dilakukan oleh cikgu Roslinah adalah nampak ketika beliau kurang
menggunakan kit model berfungsi. Walaubagaimanapun, beliau berjaya
menyampaikan sesi pengajaran tersebut dengan berkesan disebabkan beliau
menggunakan kaedah pengajaran yang berbentuk latih tubi dan soal jawap yang
memberi peluang kepada murid-murid yang tidak seberapa memahami akan apa
yang disampaikan oleh cikgu Roslinah untuk bertanya soalan.

Untuk meningkatkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik, saya
berfikir adalah lebih baik sekiranya cikgu Roslinah menggunakan bahan bantu
mengajar (BMM) yang dapat menerangkan sesi pengajaran dengan jelas kepada
murid-murid seperti LCD dan Projektor, slides power point yang mengandungi
gambar kit model berfungsi yang menarik. Hal ini agar murid-murid dapat melihat kit
model berfungsi yang lain daripada slides yang dipaparkan oleh beliau. Apatah lagi

28
sekiranya slides power point tersebut memiliki grafik persembahan yang sangat
menarik dan dapat merangsang pemikiran murid-murid akan apa yang dipelajari.
Hal ini kerana murid-murid memang sangat menyukai benda yang berwarna-warni.
Lantaran daripada itu, objektif RBT iaitu membentuk pemikiran murid-murid yang
kreatif dan inovatif akan dapat dibentuk dan dicapai.

Selain menggunakan slides power point, cikgu Roslinah juga boleh


menggunakan kaedah pengajaran berbentuk kuiz. Hal ini adalah untuk
meningkatkan lagi penglibatan murid-murid di dalam sesi pengajaran yang sedang
berlangsung selain dapat menguji dan meningkatkan kefahaman murid-murid akan
apa yang telah dipelajari. Berdasarkan psikologi, murid-murid akan lebih menguasai
sesuatu itu apabila mereka mempraktikan atau melaksanakan sesuatu secara
praktikal berbanding dengan apa yang mereka baca dan dengar. Justeru itu, kuiz
sangat sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menerangkan tentang asas teknologi seperti kit model berfungsi. Melalui sesi
pengajaran yang ada kaedah kuiz, mereka dapat membentuk kognitif mereka untuk
sentiasa berfikir diluar kota agar sikap kreatif dan kritis itu dapat dibentuk dalam diri.

Apa yang lebih penting lagi adalah guru perlu mempastikan murid-murid
berasa seronok dengan sesi pengajaran yang mereka ikuti. Hal ini kadangkala,
terdapat murid-murid yang memiliki masalah tertentu menyebabkan mereka tidak
berasa seronok terhadap sesi pengajaran yang dilaksanakan. Guru perlu
mengenalpasti masalah yang mereka hadapi agar mereka tidak berasa terpinggir.
Selain itu, adalah lebih baik sekiranya cikgu Roslinah memberikan beberapa hadiah
atau ganjaran kepada murid-murid yang berjaya menjawap soalan yang diberikan
oleh beliau berkaitan dengan tajuk pengajaran yang telah diajarkan.

8.0 PENULISAN REFLEKSI

Setelah membuat pemerhatian sepanjang sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh


cikgu Roslinah, saya melihat dan menilai betapa seseorang guru itu perlu bijak
dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan yang dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di
dalam perancangan guru. Hal ini amat perlu untuk mempastikan murid-murid dapat
mencapai hasil yang baik daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
diikuti bersama guru tersebut.

29
Perancangan yang rapi dan menyeluruh akan membantu seseorang guru itu
menyampaikan sesi pengajaran yang baik dan berkesan tanpa perlu ada perasaan
kurang keyakinan. Apa yang penting adalah semua guru perlu memiliki kemahiran
dan menguasai strategi pengajaran yang hendak digunakan. Hal ini adalah untuk
membantu guru-guru menyampaikan sesi pengajaran yang baik dan berkesan selain
dapat merangsang pemikiran murid-murid terhadap apa yang diajar di dalam PdP.
Jika tidak, maka sudah pasti guru tersebut akan mengalami kegagalan dalam
membentuk pemikiran murid-murid yang kreatif dan kritis melalui sesi pengajaran
RBT yang dilaksanakan oleh guru-guru RBT.

Di dalam mata pelajaran RBT, strategi pengajaran dan pembelajaran yang


dipilih perlulah sesuai dengan tajuk dan kaedah pengajaran yang hendak digunakan.
Kesesuaian ini adalah bagi mempastikan murid-murid dapat mengikuti semua aktiviti
sepanjang sesi pengajaran itu berlangsung. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak
dalam merancang dan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menggalakkan penglibatan murid-murid secara optimum. Hal ini akan dapat
membantu murid-murid memperolehi input-input yang berguna daripada guru
tersebut selain dapat mempelajari tajuk yang dapat membina kognitif mereka.

Dalam pada itu, guru perlulah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang
ada dalam diri untuk penambahbaikkan terhadap strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Hal ini agar guru tersebut sentiasa up to date dan
tidak akan ketinggalan dalam sesuatu perkara. Penguasaan Content Knowledge
yang baik adalah perlu untuk membantu murid-murid membina kemahiran berfikir
aras tinggi melalui bimbingan dan peranan seseorang guru yang memiliki kemahiran
yang pelbagai. Lantaran itu, hal ini akan dapat membentuk sikap kreatif dan kritis.

9.0 PENUTUP

18 september merupakan hari terakhir kami melaksanakan PBS dan menjadi hari
terakhir kami berada di SK Pekan Semporna. Sepanjang melaksanakan PBS
selama seminggu, telah banyak maklumat-makluamat yang kami perolehi mengenai
Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) SK Pekan Semporna. Yang mana kami
dapat mengetahui organisasi sekolah dan panitia RBT, pelan tindakan yang telah
dirancang, strategi yang digunakan dalam PdP RBT dan banyak lagi.

30
Apa yang saya lihat dan nilai secara keseluruhan adalah perancangan Panitia
RBT adalah perlu untuk mempastikan mata pelajaran ini dapat dipelajari dengan
baik dan selesa dalam kalangan murid-murid. Perancangan itu perlulah meliputi
aktiviti tahunan panitia, pelan tindakan panitia, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dan sebagainya. Kesemua perkara ini adalah penting untuk
mempastikan matlamat daripada pembelajaran RBT ini dapat dicapai, iaitu
membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid.

Pemikiran yang kreatif dan kritis adalah salah satu ciri pelajar yang perlu
dibentuk di dalam diri pelajar masing-masing. Hal ini secara tidak langsung akan
membentuk murid-murid yang sentiasa berpandangan jauh dalam menghasilkan
sesuatu idea yang bernas selain menjadi seorang murid yang berfikiran aras tinggi.
Tuntasnya, kesemua matlamat ini akan dapat dicapai sekiranya terdapat peranan
dan strategi yang baik dan berkesan yang dirancang oleh Panitia RBT di sekolah.
Dalam pada itu, pemantapan organisasi panitia haruslah ditingkatkan agar segala
perancangan aktiviti atau pelan tindakan dapat dilaksanakan dengan baik.

Apa yang lebih penting adalah pembentukan guru yang efektif dan memiliki
kepelbagaian kemahiran adalah menjadi tunjang kepada pembentukan murid yang
berfikiran kreatif. Hal ini akan mempengaruhi corak pendidikan kita terhadap murid-
murid di sekolah. Sekiranya guru tersebut memiliki keupayaan dalam merancang
satu sesi pengajaran yang berkesan dan sistematik, maka sudah pasti murid-murid
akan berasa gembira dan teruja untuk melibatkan diri dalam aktiviti sepanjang sesi
pengajaran ini berlangsung. Lantaran itu, guru-guru akan dapat mengawal suasana
pembelajaran yang sedang berlangsung. Tuntasnya, kebijaksanaan guru dalam
merancang dan mengendalikan suatu sesi pengajaran adalah mempengaruhi corak
dan suasana sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan.

31

Anda mungkin juga menyukai