Anda di halaman 1dari 2

Nama: Kelas: Tarikh:

Kenal pasti dan senaraikan perkataan berimbuhan awalan beR- yang terdapat dalam petikan.
Kemudian, tuliskan imbuhan beR- yang diimbuhkan kepada perkataan tersebut.

Ucapan Keselamatan di Sekolah

Selamat Sejahtera. Yang dihormati Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru
dan rakan-rakan.

Pada pagi ini, saya ingin berkongsi pengetahuan yang saya telah belajar tentang Keselamatan
di Sekolah.

Pertama sekali, kita mestilah berhati-hati ketika berada di tangga. Kita hendaklah berjalan
secara perlahan dan memerhati setiap anak tangga yang kita pijak.

Selain itu, kita juga tidak berebut-rebut atau berasak-asak ketika berada di tangga. Hal ini
mungkin menyebabkan kita jatuh berguling dan mengalami cedera parah.

Kita juga tidak boleh duduk belunjur di tepi tangga. Hal ini akan membahayakan murid-murid
lain yang ingin menggunakan tangga.

Semoga murid-murid dapat belajar sesuatu daripada ucapan saya tadi. Saya berharap kita
semua dapat sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri sendiri.

Semua orang hendaklah bekerjasama menjadikan sekolah satu tempat yang selamat. Sekian
sahaja ucapan saya, terima kasih.

Perkataan berimbuhan beR- Jenis imbuhan beR- (ber-/bel-/be-)

berkongsi ber-
Keluarga Encik Dharmaraj dan Puan Sunita ialah contoh keluarga yang berjaya. Kedua-dua anak
mereka ialah lulusan dalam bidang perubatan. Anak ketiga mereka iaitu Mohan pula sedang belajar
di sebuah kolej kejuruteraan. Mohan menjadikan sifat gigih bapanya sebagai teladan untuk berjaya.
Bapanya gigih melanjutkan pelajaran secara sambilan di universiti. Mohan juga menjadikan abangnya
yang bersikap rajin sebagai pendorong kejayaan. Bagi Mohan, kemiskinan keluarganya pada masa
lalu menjadikannya bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Usaha bapa dan abang
Mohan itu seperti berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian yang bermaksud bersusah-
susah dahulu, kemudian baru bersenang-senang.

1. Apakah kerjaya abang-abang Mohan?

Abang-abang Mohan ____________________________________________________.

2. Bagaimanakah kamu tahu bahawa Encik Dharmaraj seorang yang menghargai pelajaran?

Dia masih _________________________________ sehingga menerima ijazah daripada


Universiti Malaya baru-baru ini.

3. Apakah peribahasa yang terdapat dalam petikan ini?

___________________________________________________________________.

4. Mohan sedang _____________________________________________.

Keluarga Encik Dharmaraj dan Puan Sunita ialah contoh keluarga yang berjaya. Kedua-dua anak
mereka ialah lulusan dalam bidang perubatan. Anak ketiga mereka iaitu Mohan pula sedang belajar
di sebuah kolej kejuruteraan. Mohan menjadikan sifat gigih bapanya sebagai teladan untuk berjaya.
Bapanya gigih belajar secara sambilan di universiti. Mohan juga menjadikan abangnya yang bersikap
rajin sebagai pendorong kejayaan. Bagi Mohan, kemiskinan keluarganya pada masa lalu
menjadikannya bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Usaha bapa dan abang
Mohan itu seperti berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian yang bermaksud bersusah-
susah dahulu, kemudian baru bersenang-senang.

1. Apakah kerjaya abang-abang Mohan?

Abang-abang Mohan ____________________________________________________.

2. Bagaimanakah kamu tahu bahawa Encik Dharmaraj seorang yang menghargai pelajaran?

Dia masih _________________________________ sehingga menerima ijazah daripada


Universiti Malaya baru-baru ini.

3. Apakah peribahasa yang terdapat dalam petikan ini?

___________________________________________________________________.

4. Mohan sedang _____________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai