Anda di halaman 1dari 1

KISAH NABI NUH A.

Assalamualaikum semua.

Nabi Nuh A.S adalah nabi yang ketiga. Baginda dilantik menjadi Rasul ketika
berusia 40 tahun. Ketahuilah kawan-kawan, kerja berdakwah Nabi Nuh
memakan masa 950 tahun.

Allah telah mengutuskan Nabi Nuh untuk berdakwah kepada kaumnya


kerana kaumnya telah mula kembali menyembah berhala. Mereka sangat
percaya bahawa sembahan berhala mereka amat berkuasa.

Nabi Nuh berusaha sedaya upaya agar kaumnya kembali menyembah Allah
yang Esa. Tetapi kaumnya tidak percaya dengan ajaran baginda
termasuklah anak dan isteri baginda. Kaumnya sanggup mengejek,
mengugut dan mencederakan baginda. Bahkan menuduh Nabi Nuh sebagai
seorang yang gila.

Allah telah mewahyukan kepada Nabi Nuh agar menanam sebatang pokok
dan menunggu sehingga besar selama 100 tahun.

Genap 100 tahun Nabi Nuh pun membina sebuah bahtera menggunakan
pokok tersebut. Perbuatan ini telah ditertawakan kaumnya. Namun baginda
tetap bersabar.

Setelah bahtera siap, Allah memerintahkan Nabi Nuh dan pengikutnya naik
ke atas bahtera bersama binatang ternakan dan bekalan makanan.

Nabi Nuh telah menyeru kaumnya buat kali terakhir namun mereka tetap
degil. Secara tiba-tiba hujan turun dengan lebat disertai dengan petir yang
amat dahsyat. Air mula memancut dari perut bumi dengan banyak sekali
dan berlakunya banjir yang besar. Habis semua tenggelam.

Apabila aras air sampai ke puncak bukit maka dengan izin Allah bahtera
Nabi Nuh itu pun belayar mengikut kehendak Allah.

Hari ini terbukti segala


Kuasa tuhan menurunkan hujan
Banjir besar melanda dunia
Dilindungi Allah yang beriman

Pengajarannya kawan-kawan, kita hendaklah menjadi seorang yang


beriman kepada Allah supaya selamat dunia dan akhirat.

Assalamualaikum, renung renungkan dan selamat beramal.

Anda mungkin juga menyukai