Karangan Bencana Alam

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Bencana alam ialah satu fenomena atau kejadian yang berlaku secara mengejut dan

safistikated. Muthakir ini, bencana alam sering kali melanda Negara kita dan menjadi
polemik. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kejadian bencana alam ini
mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kerosakan harta benda. Malar-malar, beberapa
langkah yang drastic dan pragmatic harus dilaksanakan untuk mengurangkan risiko kejadian
bencana alam.

Rentetan itu, pihak kerajaan perlulah menubuhkan sistem amaran awal bencana awal
yang berkesan dan berteknologi tinggi supaya mereka dapat meramalkan jenis bencana
alam, kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk ditimpa bencana alam serta waktu
bencana alam akan berlaku. Dengan ini, pihak kerajaan dapat membuat persiapan awal
dalam menghadapi bencana alam seperti menyediakan tempat tinggal sementara bagi rakyat,
bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan. Waimanya, pihak kerajaan hendaklah
menghebah-hebahkan maklumat mengenai bencana alam yang akan ditimpa kepada
masyarakat melalui media massa sama ada elektronik atau bercetak. Misalnya, wadah
media massa yang popular dalam kalangan rakyat seperti televisyen dan radio dapat
meyampaikan mesej dengan segera tentang bencana alam yang akan melanda Negara kita
dalam sekelip mata. Hal ini dapat membuatkan masyarakat sentiasa berwaspada dan
bersedia untuk menghadapi bencana alam serta-merta.

Seterusnya, badan-badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab seperti NGO juga


perlu bersinergi dengan pihak kerajaan. Contohnya, melalui pembangunan sumber manusia
keupayaan. Pihak ini perlulah memberi latihan kepada masyarakat untuk bertindak dalam
apa jua koordinasi semasa menghadapi bencana alam. Selain itu, kekuatan masyarakat dari
segi mental dan fizikal juga perlu diuji. Semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit harus diwajibkan melibatkan diri dalam sesi latihan menghadapi bencana
alam. Perkara ini dapat mendidik rakyat bertindak rasional semasa bencana alam dan ini
dapat mengurangkan kemahiran rakyat akibat bencana alam.

Walau bagaimanapun, kesedaran masyarakat itu sendiri adalah lebih penting dalam usaha
mengurangkan risiko kejadian peka terhadap keadaan di sekeliling. Sebarang penemuan
atau kejadian yang luar seperti rekaan tanah dan gegaran di kawasan sekeling perlu
diberitahu kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab. Masyarakat sepatutnya
menyimpan dokumen-dokumen atau alat-alat penting di tempat yang selamat dan bersedia
dengan wang secukupnya untuk digunakan pada waktu kecemasan sebelum bencana alam
berlaku.

Pada waktu yang sama, pihak sekolah juga seharusnya mendidik para pelajar tentang
cara-cara menghadapi bencana alam sejak di bangku sekolah lagi, melentur buluh, biarlah
dari rebungnya. Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan satu sukatan pelajaran baru
yang bertemakan Bencana Alam dalam Pendidikan Moral mahupun Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan. Melalui cara ini pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana
alam dapat diberikan kepada para pelajar. Di samping itu, kegiatan unit beruniform di
sekolah juga dapat membina individu yang berfizikal lasak dan memiliki ketahanan yang
kuat. Pelajar-pelajar juga diberi ilmu pertolongan cemas dan diaaajar bahasa syaratan yang
boleh diaplikasikan semsa sesuatu bencana alam berlaku. Dngan diikuti kegiatan
kokurikulum di sekolah, para pelajar dapat mengambarkan situasi sebenar bencana alam
dan mampu membuat pertimbangan akal yang wajar.

Secara holistiknya, dapatlah disiimpulkan bahawa kejadian bencana alam member impak
yang sangat bubuk. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mengurangkan
risiko bencana alam.

( 481 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai