Anda di halaman 1dari 8

KES 6

DALAM MARAHNYA ADA SAYANG

Sekolah Kebangsaan Adiwira (Lampiran 1) merupakan sekolah luar bandar gred A. Guru
Besarnya En. Shaari bin Sulaiman (Lampiran 2) sering meninggalkan tugas kerana sibuk
dengan pelbagai aktiviti dan program di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Natijahnya,
proses penyeliaan dan pemantauan kurang dilakukan, guru-guru tidak fokus kepada core
business dan budaya pembelajaran yang positif tidak wujud di sekolah. Namun begitu, untuk
menunjukkan `keterlihatan' guru besar, En. Shaari ada melakukan pemantauan management
by walking around sebagai rutin pagi jika berada di sekolah.

Tetamu Pagi, April 2007

Kebetulan hari itu En. Shaari ada di sekolah. Penyelia Kanan Pejabat Pelajaran Daerah, En.
Karim Shah Mohd Wali datang berjumpa En. Shaari. Mereka membincangkan surat aduan
daripada penjaga terhadap cikgu Rahimah Noor (Lampiran 3).

Karim Shah : Apa dah jadi dengan Cikgu Rahimah Noor ? Hingga lebam biji mata murid
dibuatnya? I ni bukan kali kedua, tapi sudah tiga kali penjaga hantar surat
aduan, masih tak berubah perangai lagi?

Shaari : Cikgu Rahimah Noor memang begitu...kalau gula dalam darahnya naik dia
cepat panas baran dan perlakuannya di luar batasan.

Karim Shah : Cikgu Shaari kenalah buat sesuatu! Janganlah biarkan kes ini berlarut
hingga menjadi isu dan polemik. Jika penjaga bawa kes ini ke mahkamah
Cikgu juga yang akan susah nanti!

Shaari : Semasa saya buat pemantauan di kelas-kelas, Cikgu Rahimah Noor


nampaknya mengajar dengan balk. Cuma...kebelakangan ini dia meragam
sedikit. Sebab kencing manisnya lah!

Karim Shah : Pernahkah Cikgu Shaari membuat pencerapan terhadap pengajaran Cikgu
Rahimah Noor? Apakah kaedah pedagogi yang digunakan? Bagaimana
hubungannya dengan murid di dalam kelas?

Shaari : Saya fikir...tidak perlu sampai begitu saya membuat penilaian. Cikgu
Rahimah Noor ini guru senior...guru dulu-dulu...

Karim Shah : (Dengan nada sinis) Guru dulu-dulu...dalam ajarnya ada harapan, dalam
tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang...tetapi, Cikgu Rahimah
Noor seolah-olah sudah burnout pulak!

Shaari : Saya faham benar dengan perangai Cikgu Rahimah Noor...berada dalam
zon selesa, hanya mahu mengajar di kelas cemerlang tahap dua. Sentiasa
bad mood dan langsung tak pernah beri apa-apa insentif kepada murid
dalam pengajarannya.

Karim Shah : (Dengan pantas mencelah) jadi, apa tindakan susulan Cikgu Shaari?

Shaari : (Temenung sejenak) Tahun lepas saya telan laksanakan 7 kali program
pembangunan staf untuk meningkatkan motivasi guru. Tahun ini saya akan
buat banyak lagi program-program motivasi di sekolah ini.
Karim Shah : (Dengan serius memandang tepat ke muka Shaari) Cikgu perlulah adakan
kursus perkembangan staf berkaitan pedagogi, kaedah pengajaran dan
pengurusan kelas...bukan hanya program motivasi semata-mata

Shaari : Saya faham En. Karim Shah! Majlis Guru Besar daerah ini telah banyak
melaksanakan seminar dan kolokium berkaitan dengan isu pengajaran dan
dan pembelajaran. Saya akan pastikan Cikgu Rahimah Noor dapat turut
serta dengan aktiviti dan program seperti itu kelak

Karim Shah : (Sambil bangun untuk pulang) Buatlah penambahbaikan sewajarnya. Saya
bimbangkan penjaga berkenaan mungkin akan menghantar surat aduan
kepada Pengarah Pelajaran Negeri pulak!

Perasaan En. Shaari berbaur marah dan kecewa. Marah terhadap penjaga yang telah membuat
aduan. Kecewa dengan ragam dan perangai Cikgu Rahimah Noor.

Rakaman Memori, Februari 2007

Sambil termenung sendirian, En. Shaari menyingkap kembali nostalgia Februari lalu. Peristiwa
semasa beliau membuat pemantauan menerpa di ruang matanya yang lesu. Ketika itu beliau
ternampak seorang murid sedang menangis di hujung bangunan.

Shaari : Siapa nama awak ?

Murid : Aaz...Aznil..(terasak-esak)

Shaari : Mengapa awak menangis ?

Murid : Sayaa...saya sakit perut (menekan-nekan ke pusatnya)

Shaari : Awak dah sarapan pagi ke ? (cuba meneka)

Murid : Belum.. (menggelengkan kepala)

Shaari : (Segera mendapat jawapan) Mari ikut saya ke kantin.

Selepas melayan Aznil minum En. Shaari berjumpa Penolong Kanan Pentadbiran yang baru,
Puan Chan Tiek Nya (Lampiran 4).

Shaari : (Mengeluh simpati) Kasihan murid kita...Aznil. Dia sakit perut kerana tidak
bersarapan pagi

Chan Teik Nye : (Tersentak) Emmm...Aznil ? murid tahun 4 Merah ke?

Shaari : (Nada tegas) Ya, dia menangis di hujung bangunan sekolah tadi!

Chan Teik Nye : Sebenarnya Aznil terpaksa berbohong dan berpura-pura sakit perut! Dia
akan menyorok di hujung bangunan sekolah atau tidak akan datang ke
sekolah kalau tidak dapat siapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Rahimah
Noor. Aznil takut didenda!
Pemeriksaan Nazir Sekolah, Jun 2007

Pemeriksaan bertema untuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilakukan oleh sepasukan Nazir Sekolah yang ketuai oleh En.
Salimuddin Mohd Din.

Salimuddin : Saya dapati guru-guru sains tidak menggunakan alat bantu mengajar atau
teaching courseware semasa mengajar. Pernahkah penyeliaan dan
pencerapan dilakukan terhadap mereka ?

Shaari : Setiap pagi saya melaksanakan management by walking around untuk


memastikan guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas.

Salimuddin : (Dengan lebih kemas) Maksud saya penyeliaan yang berfokus kepada
kaedah, teknik dan cara pengajaran guru dan pembelajaran murid

Shaari : Kalau penyeliaan itu...saya sudah buat empowerment kepada kesemua


penolong kanan saya. Maklumlah saya terlalu sibuk dan sering keluar
menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar dan sebagainya

En. Salimuddin menyemak dengan teliti kertas catatan hasil pencerapannya terhadap
pengajaran Cikgu Zainab Zain (Lampiran 5).

Salimuddin : Emmm...Cikgu Zainab Zain masih belum menguasai isi pengajaran


matematik yang disampaikan. Sebagai guru baru, beliau wajarlah dibimbing
melalui Sistem Bimbingan Taulan

Shaari : (Memberi alasan) Guru baru sememangnya bermasalah...tidak gemar


mengajar tapi lebih berminat dengan aktiviti hands on dan kokurikulum.
Majlis Guru Besar sudahpun mencadangkan agar Bahagian Pendidikan Guru
menyemak semula modul dan kurikulum untuk guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru

Salimuddin : (Pantas memotong) Kita fokus kepada peranan pentadbir sekolah!

Shaari : (Menguatkan alasan) Saya menerima laporan daripada penolong kanan


tentang guru baru yang sering lewat masuk ke kelas, mengajar sambil lewa
dan tidak memberi tugasan kepada murid.

Salimuddin : (Menyemak kembali kertas catatan) Encik Shaari, saya mencadangkan agar
keadaan persekitaran bilik darjah ditingkatkan. Masih banyak ruang kosong
di dalam bilik darjah yang boleh dimanfaatkan

Shaari : (Mengangguk layu) Kami akan lakukan penambahbaikan sewajarnya!

Salimuddin : (Meringkaskan perbincangan) Laporan penuh butiran pemeriksaan ini akan


saya kirimkan ke sekolah ini secepat mungkin. Terima kasih atas kerjasama
semua pihak, khususnya Encik Shaari!
Mesyuarat Pengurusan Kurikulum, Ogos 2007

Pengarah Pelajaran Negeri mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Kurikul m yang turut


dihadiri Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan En. Shaari selaku yang Di Majlis Guru Besar
Daerah.

Pengarah : Peranan guru besar sebagai pemimpin instruksional sangat penting bagi
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah.
Sehubungan itu, Pegawai Pelajaran Daerah hendaklah bersedia bertindak
sebagai trouble-shooter untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul
pada bila-bila masa bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah sentiasa berada pada tahap yang tinggi

PPD : (Mencelah) Tuan Pengerusi! Pihak PPD sentiasa berusaha membuat


pemantauan serta mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan
pencapaian akademik murid. Masalahnya kami kekurangan pegawai untuk
pergi menyiasat dan menyelesaikan kes-kes aduan. Kami banyak menerima
aduan berkaitan dengan kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan.

Pengarah : Saya mahu Majlis Guru Besar berperanan sebagai peneraju dalam
memberikan kefahaman dan keyakinan kepada guru besar di daerah
masing-masing untuk membimbing, memandu dan menyokong usaha para
guru ke arah pelaksanaan pengajaran yang berkesan.

Shaari : Tuan Pengerusi! Majlis Guru Besar telahpun merancang serta melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti berbentuk keilmuan ke arah pembangunan
insan yang pasti dapat meningkatkan keupayaan sekolah sebagai organisasi
pembelajaran.

PPD : (Segera memintas) Pejabat Pelajaran Daerah sangat berbesar hati dengan
segala usaha dan peranan Majlis Guru Besar selama ini.

(Sedikit mencemik) Menyebut tentang pembangunan insan...sehingga hari ini


PPD masih menerima beberapa aduan daripada penjaga berhubung dengan
kualiti pengajaran guru di SK Adiwira.

Pengarah : (Meneliti fail tertentu) Saya juga menerima aduan mengenai SK Adiwira yang
tiada budaya pembelajaran, bilik darjah yang tidak kondusif, guru besar
sering keluar dan guru-guru tidak fokus kepada core business!

(Membuat penegasan) Di dalam fail ini juga ada laporan Nazir sekolah hasil
daripada pemeriksaan bertema di SK Adiwira.

Kerongkong Shaari kelat dan terkedu. la tersandar malu dan tersipu. Berbekalkan sisa keegoan
yang masih ada dia berusaha untuk bersuara. Namun kata-kata yang ingin dilafazkan seperti
terlekat. Mukanya merah menahan marah dan geram terhadap sikap guru-gurunya. Dia perlu
bertindak segera untuk menangani masalah di sekolahnya.
Lampiran 1

Profil Sekolah

Nama sekolah : SK Adiwira


Lokasi : Luar Bandar
Status : Gred A (satu sesi)
Bilangan Guru : 33 orang (4 siswazah, 29 bukan siswazah)
Enrolmen : 670 murid (80% Melayu, 15% Cina, 5% India)
Bilangan kelas : 15 buah
Kemudahan sekolah : Bilik Guru
Bilik sains
Padang Permainan
Makmal komputer
Pusat Akses Sekolah
Bilik pemulihan Khas
Pusat Sumber Sekolah
Bilik Self-Access Learning
Latar belakang penjaga: Kakitangan Kerajaan
Kakitangan Swasta
Peniaga
Buruh

Keputusan Peperiksaan UPSR (2003-2007)

TAHUN JUMLAH BILANGAN % LULUS % GAGAL BILANGAN 5A


CALON LULUS
2003 81 55 67.9 32.1 9
2004 132 90 68.2 31.8 11
2005 114 90 78.9 21.1 13
2006 120 86 71.7 28.3 10
2007 125 95 76.0 24.0 9
Lampiran 2

Profil Guru Besar

Nama : Shaari bin Sulaiman


Urnur : 54 tahun
Gred : PPPLD DGA 34
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Kelulusan Ikhtisas : Sijil Perguruan Malaysia
Kursus Pernah Dihadiri : Kursus Pengurusan Sekolah
Kursus Pengurusan Tatatertib
Kursus Pengurusan Kewangan
Kursus Aplikasi Perisian Mel Elektronik
Kursus Kepimpinan Sekolah Bestari
Pengalaman Pentadbiran : PK Kokurikulum (1990-1994)
PK Hal Ehwal Murid (1994-1996)
PK Pentadbiran (1996-2000)
Guru Besar SK Manjakani (2000-2002)
Guru Besar SK Adiwira (2002 hingga kini)

TugasTugas Sampingan : Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Daerah


Pengerusi Rukun Tetangga Taman Muflis
Ketua UMNO Cawangan Taman Muflis
Pengerusi Masjid Al Hijazz Bukhatir
Pengerusi Koperasi Kalabul Malami

Lampiran 3

Profil Cikgu Rahimah Noor

Nama : Rahimah binti Noor


Urnur : 55 tahun
Gred : PPPLD DGA 32 (Time Base)
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Kelulusan Ikhtisas : Sijil Perguruan
Perkhidmatan : 4 tahun guru sandaran di SJK(T) Ramasamy
5 tahun guru penolong di SJK(C) Tong Seng
8 tahun guru penolong di SK Bumiputera
18 tahun guru penolong di SK Adiwira
Masalah Kesihatan : Kencing manis
Darah Tinggi
Lampiran 4

Profil Penolong Kanan Pentadbiran

Nama : Chan Teik Nya


Urnur : 44 tahun
Gred : PPPLD DGA 32
Kelulusan Akademik : MCE
Kelulusan Ikhtisas : Sijil Perguruan Malaysia
Kursus Pernah Dihadiri : Kursus Aplikasi Komputer
Kursus Pengurusan Pusat Sumber
Kursus Learning & Reading Skills
Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid
Kursus Pemeriksaan Kertas Matematik UPSR

Perkhidmatan : 15 tahun guru penolong di SK Pertiwi


5 tahun PK Kokurikukum di SK Pertiwi
4 tahun PK Hal Ehwal Murid di SK Perwira
Baru 8 bulan PK Pentadbiran di SK Adiwira

(ditempatkan di SK Adiwira untuk menggerakkan Program Memperkasa Sekolah Kebangsaan)

Lampiran 5

Profil Cikgu Zainab Zain

Nama : Zainab binti Zain


Urnur : 25 tahun
Gred : PPPLD DGA 29
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Kelulusan Ikhtisas : Sijil Perguruan Malaysia
Senarai Tugas : Guru Penasihat Pengakap
Guru Penasihat Kelab Kembara
Bendahari Kedai Koperasi Sekolah
Setiausaha Jawatankuasa Keceriaan
Jurulatih Utama Agensi Dadah Negeri

(ditempatkan di SK Adiwira selepas tamat pengajian di Maktab Perguruan Glokal)


Tugasan Kes 6

Sinopsis

Kes ini berlaku di sebuah sekolah bandar gred A. Sebagai guru besar, En. Shaari bin Sulaiman
sering meninggalkan tugas kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Natijahnya, guru-guru tidak fokus kepada core business dan
budaya pembelajaran yang positif tidak wujud di sekolah. Penjaga tidak berpuas hati telah
menghantar surat aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Pemeriksaan bertema oleh sepasukan Nazir Seolah mendapati proses penyeliaan dan
pencerapan tidak dilakukan. Cabaran guru besar adalah untuk membangunkan program
pemantauan untuk meningkatkan keupayaan guru mengajar dan murid belajar secara berkesan
melalui proses penyeliaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik.

Soalan

1. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh guru besar untuk menangani masalah di
sekolah ini?
2. Apakah aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
mewujudkan budaya sekolah yang positif?
3. Syorkan satu kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru besar untuk menangani kes
tersebut?

Anda mungkin juga menyukai