Anda di halaman 1dari 4

Bersama ini disertakan tulisan dari Azmah Nordin berkenaan petua

untuk menulis cerpen. Adalah diharapkan tulisan ini akan dapat


membantu penulis-penulis untuk menulis cerpen.

Petua Untuk Menulis Cerpen


* Untuk memulakannya dengan cepat.
* Tersangat terhad jumlah adegan atau babak.
* Bermula di bahagian penyelesaiannya, sedekat mungkin.
* Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.
* Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya. Ia biasanya
meliputi satu masa yg singkat.
* (Dan kpd saya; nawaitu cerpen itu mahu dihasilkan:) perlu bersih dan jernih)

1. Jom Kita Memulakannya; Petua Menulis Cerpen Kilat.

Tiada idea mahu menghasilkan cerpen? Oklah. Kita cuba yang ini. Andainya anda menghadapi
masalah utk memulakan cerpen, lontarkanlah pandangan anda ke luar jendela. Di luar sana, setiap
satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang tiada tolok-banding indahnya.

Kenapa anda tak menafaatkannya? Mula2, buat senarai. Lakar watak-wataknya, plot, nada emosi dan
sebagainya. Tanpa teragak-agak lagi, turunkan idea (tentulah ada idea, bukan?) dalam bentuk ayat
dan paragraf sebagai draf cerpen. Anda juga mungkin mahu menurunkan senarai yg menghubungkan
anda dgn tempat kerja ataupun sekolah ataupun Universiti ataupun rumah. Juga perasaan anda
bagaimana, bila anda gembira, atau orang yang anda kagumi.

Cerita itu mula dibina dlm lingkungan senarai anda, dan andainya anda mengubah2 ayatnya atau
paragrafnya, idea asal anda akan berubah juga. Bina senarai beberapa adegan atau babak. Fikirkan
semula tentang saat2 getir dlm hidup anda dan detik2 dihambat tekanan psikologi yang maha
dahsyat, di sepanjang hidup anda. Pilih beberapa adegan atau babak terbaik, terluar biasa. Lalu, tulis
satu paragraf, utk setiap satu. Cuba gabungkan dan jadikannya sebagai satu rumpun atau gugusan.
Pilih satu perkataan yg anda anggap sebagai subjek utama anda, tulis ia di bahagian tengah dan
bulatkan. Kemudian, gabungkan semuanya secara bebas di sekitar subjek utama (perkataan). Apa2
saja perkataan yg terlintas di fikiran anda, yg bersesuaian dgn subjek utama anda; aksi, gambaran,
peribahasa, perhitungan hidup dan sebagainya. Bulatkan perkataan2 yg telah anda pilih, buat barisan
dan anak panah antara perkataan yang ada hubung kait.

Mudah2an, anda berjaya menciptakan sebuah cerpen yg baik dgn Petua atas tu k :)

* Bagi Anda Yg Berminat Menghasilkan Cerpen Secara Serius, Di Bwh Ini Ada Beberapa
Petua Tambahan.

Kecuali anda mempunyai otak bak video tercanggih di dunia yg boleh merakam segalanya utk anda -
bawalah sebuah buku nota ke mana saja. Buku adalah ibaratkan `inkubator' atau alat pengeram, satu
tempat utk anda mulakan daripaa perbualan yang didengar, ekspresi ungkapan, gambaran, idea dan
tafsiran terhadap dunia di sekeliling anda. Menulislah sekerap mungkin, secara harian jika boleh.
Duduk dan karang ayat yg bersesuaian dgn cerita utk beberapa jam sehari, biarpun anda tiada mood,
biarpun anda terpaksa memaksa diri. Kumpul cerita-cerita yg dianggap luar biasa, ganjil dan tidak
masuk akal, daripada sesiapa saja yang anda temui, yg mungkin berguna utk penulisan anda nanti.
Kaji cerita2 itu semula. Cari makna di sebalik cerita, dan kemudian sesuaikannya dengan keadaan
manusia, mengikut kefahaman anda.

*Membaca, Membaca dan Membaca Terus.

Sebelum kita boleh jadi penulis, kita perlu menjadi seorang pembaca dulu. Utk itu, bacalah sebanyak
mungkin. Karya2 sastera yang hebat seperti karya A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Chekhov.
Shahnon Ahmad, Raymond Carver, Azizi Hj Abdullah, Earnest Hemingway, Alice Munro, Tobias Wolff
dan ramai lagi. Ini boleh membantu anda dlm dunia penulisan, lebih daripada apa-apa yg mampu
diajar oleh seorang sifu mana2 bengkel penulisan kreatif. Jika tak boleh baca semua, baca saja apa yg
termampu, asal karya2 sastera yg telah diperakui akan mutunya.

* Tulis Intro Yg Berunsur Suspen.

Dlm dunia yg serba canggih dan cepat kini, ayat pertama cerpen anda seharusnya sudah mampu
menarik perhatian pembaca utk terus membaca. Misalnya, dimulakan dgn sesuatu emosi yang luar
biasa, suatu pengucapan yg tak dijangka2, sebuah aksi yang mengejutkan, atau sebuah konflik yg
membingungkan. Ingat, setiap cerpen harus dimulai dekat sekali dgn penamat cerita. Ertinya, kalau
cerita itu 100 kilometer panjangnya, anda harus mulakan dari 90 kilometer. Yg lain semuanya flash
back/imbas balik.

* Membina Watak

Biar apa pun kepercayaan anda, sebagai penulis cerpen, tugas anda adalah meletakkan watak2 anda
yang berbeza perwatakan di atas pentas (dlm minda) berlegar2 dan bertemu atau bertembung antara
satu sama lain buat seketika. Mungkin, dengan pelbagai bunyi, gembira, sedih, terharu, marah, benci,
sayang dll, mempunyai nilai tersendiri yg boleh anda kembangkan dlm cerpen anda.

Dan, untuk membina watak yang hidup, bernyawa, dari pelbagai segi - adalah penting utk belajar
lebih ttg watak yg ingin diketengahkan ke dlm karya anda. Antara yg perlu diambil kira; nama, usia,
kerjaya (dia buat apa) agama, kaum, perawakan, penampilan, tempat tinggal, haiwan peliharaan :),
hobi, bujang atau tidak, anak2?, sikap,warna kegemaran, kawan2, makanan kegemaran, ketakutan,
kelemahan, yang disayangi/dibenci, rahsia, ingatan paling kuat? Sihat tidak? Tanda atau gerak isyarat
tertentu apabila takut, gembira, gementar dll?

Membayangkan semuanya secara terperinci, dapat membantu anda membina watak, tp anda tak perlu
menurunkan semuanya utk tatapan pembaca. Yg perlu pembaca fahami; kemunculan watak, dgn
menggambarkan aksinya - bukan sebaliknya dgn menyenaraikan kata sifat atau adjectifnya.

* Pemikiran.

Bawa pembaca memasuki jiwa watak, tunjukkan kepada mereka apa kenangan yg tersirat tp tak
tersurat oleh watak, segala kemarahan, ketakutan, harapan dll. Misalnya, saya mahu menulis tentang
seorang doktor pakar bedah, utk sebuah cerpen. Jadi, apa yg saya tahu ttg doktor itu dan
profesionnya? Misalnya,

Nama gelar kegemarannya, Tuan Besar dan semua org panggil dia Tuan Besar. Dia berusia 45 Tahun.
Bapanya org Malaysia, dan ibunya org putih. Dia hanya setinggi kaki 6 inci. Walaupun dia kelihatan
mesra dgn para pesakit, tp dia garang sekali dgn doktor2 pelatih di bawah kendaliannya. Dia suka
kereta dan wanita. Dia membongkok sedikit, krn terlalu byk melakukan pembedahan. Dan
sebagainya.

* Pilih satu sudut pandangan; Sila baca `Sudut pandangan; bagaimana hendak memilih'

Dialog.

Ia adalah apabila watak atau watak2 berckp sesama sendiri atau berckp kpd dirinya sendiri. Apabila
brckp, kita tak menggunakan bahasa skema. Kita menggunakan bahasa prckpn harian, lengkap dgn
nada suara tinggi rendah oleh gelojak emosi, dan tidaknya tidak mendatar bukan - bersesuaian dgn
jalan cerita. Pendek kata, dialog harus hidup. Harus ada perasaan di dlmnya. Bayangkan, kalau anda
tgh marah, bagaimana anda berckp kpd org yg anda marah itu?

Biar ada unsur suspen dlm dialog. Biar pembaca tertanya2 kenapa dia mcm tu, kenapa dia macam ni.
Lagipun, utk apa pembaca terus membaca, jika pengarang telah menjelaskan segalanya dlm setiap
susunan ayatnya?

"Suami anda mana?"

"Dia kerja lebih masa, mcm biasa."

"Kerja lebih masa? Huh, dasar!"

* Latar;

Ini bermakna, ia termasuk masa, tempat, konteks, dan suasana di mana plot anda berlangsung.
Biasanya, latarlah yang paling menggerakkan minat pembaca, yg mana menyumbang kpd
keseluruhan tulang belakang cerita. Utk itu, lelapkanlah mata anda dan fikir serta bayangkan watak2
anda yg brsesuaian dgn cerita, di pejabat? Di hutan belantara? Di pulau? Di padang bola? Di
gelanggang bola sepak? Dgn membayangkan (imaginasi) dpt mengimbangi latar dan perwatakan dlm
cerpen anda. Dari mula hingga akhir, bayangkan watak2 anda menghuni sesuatu tempat tertentu/

Ingat, latar hanya akan nampak menarik, jika ia digabungkan dgn perwatakan watak dan bersesuai
dgn jalan cerita. Berikan sedikit butiran terperinci, bagi membolehkan pembaca menggambarkan
adegan/babak cerita itu di dalam minda mreka. Katakanlah anda menulis ttg seorang peninju.
Gambarkan suasana di gelanggang tinju (termasuk penonton, bagaimana rupa gelanggang itu dll,
secara tidak langsung), semangat atau perasaan peninjunya, dan saat2 akhir sebelum pertandingan
tinju itu berakhir.

Apa2 pun, jgn `suap' pembaca dgn pelbagia informasi, misalnya ttg keadaan cuaca, statistik
penduduk atau berapa jauh gerai makan dari rumah anda, secara langsung. Sebaliknya, hidupkan
semua yg cuba anda sampaikan itu, lewat sudut pandangan watak utamanya - supaya pembaca boleh
dpt menyaksikan watak dan pengalaman watak2 anda.

* Bentuk Plot.

Plot adalah apa yg berlaku, jalan cerita, aksi. Ia adalah cara bagaiana anda membentuk situasi, di
mana segalanya berputar dalam cerita anda dan bagaimana watak2 anda berakhir dlm cerita anda.

Plot adalah beberapa siri acara/kejadian yg disusun begitu rupa, supaya ia boleh meninggalkan kesan
dramatik, sinematik dan emosional yg mendalam kpd para pembaca.

Ciptakan Konflik Dan Ketegangan.

Konflik adalah asas kpd cerita anda, sbb dlm sastera, biasanya, hanya masalah atau kacau bilau yg
menarik. Ia memerlukan sebuah masalah atau kacau bilau yang hebat, untuk mencetuskan idea dlm
pemikiran penulis; misalnya, kelahiran, percintaan, hubungan terlarang, kerjaya, kematian dan
sebagainya.

Konflik mencetuskan ketegangan atau tension, yg membuatkan sesebuah cerita itu bermula.
Ketegangan akan terbentuk apabila ada pertentangan atara watak atau watak2, dan antara tenaga
luaran dan dalaman atau keadaan. Dgn mengimbangi pertentangan ini, anda membuatkan pembaca
terus melekat pada mukasurat cerpen anda dan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya. Harus ada
unsur2 misteri, kejutan, empati, simpati dll.

* Bentuk Krisis Atau Klimaks.


Ini seharusnya detik paling dramatik dlam cerpen anda. Krisisnya mungkin saja dikenal pasti, utk buat
keputusan, utk cari penyelesaian. Apa yg watak itu tidak nampak atau menyedari apa yg perlu
dilakukan nya pada mulanya, akhirnya akan mengambil keputusan yg jitu. Timing itu penting. Jika
krisi itu timbul terlalu awal, nanti pembaca mengharapkan akan ada detik paling dramatik yg lain pula.
Jika ia muncul terlalu lambat, pembaca akan naik bosan pula utk menyudahkan bacaannya. Padahal,
itulah detik yg ditunggu2 oleh pembaca. Dramatik, tapi bersesuaian.

* Mencari Penyelesaian

Bagaimana hendak menyelesaikan konflik. Dalam cerpen, ia mmg sukar utk menyediakan sebuah
penyelesaian yg lengkap atau sempurna. Dan anda selalu akan menunjukkan watak-watak yg akan
berubah tanggapan, sikap atau nasib, pada pengakhiran cerita.

Misalnya, watak negatif mungkin saja akan brubah menjadi positif, atau kalau mula2 cerpen, watak A
tak suka makan sambal belacan - tp pada pengakhiran cerita, dia mula berusaha belajar utk
memakannya, dll - pada akhir ceritanya. begitulah seterusnya.

Macam sukar saja kan? Tidaklah :) Itu dari segi teori saja. Praktikalnya jauh lebih mudah, percayalah.

Anda mungkin juga menyukai