Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja Inovasi

TAJUK PROJEK Projek Perangkap Tikus Menggunakan Bahan Terbuang.

1. PENGENALAN Kami menjalankan projek penangkapan tikus menggunakan


bahan terbuang. Kajian ini dijalankan bertujuan menangkap tikus yang banyak
berkeliaran di kantin sekolah. Kajian ini dijalankan oleh 12 orang pelajar yang
dipimpin oleh Puan Rohana Abdul Rahman selaku guru penasihat kelab.
Pemilihan projek perangkap tikus adalah bertujuan untuk membendung populasi
tikus yang semakin bertambah yang akan menyebabkan wabak penyakit yang
dibawa oleh tikus tersebar seperti leptospirosis. Leptospirosis atau penyakit
kencing tikus boleh menyerang manusia melalui air yang dicemari dengan air
kencing tikus tersebut menyentuh bukaan pada kulit, mata atau dengan selaput
lendir. Tikus merupakan sejenis mamalia yang mempunyai habitat di kawasan
tempat tinggal manusia. Tikus merupakan haiwan perosak yang selalu
mengundang kesusahan buat manusia, amnya. Hal ini demikian kerana, tikus
merupakan binatang yang paling kotor, mencemari makanan dan merosakkan
harta benda. Sekiranya tiada langkah pencegahan yang diambil, sudah tentu
ramai manusia terpaksa menanggung risiko penyakit berbahaya termasuk kos
rawatan yang tinggi. Oleh itu, kami telah mencipta alat untuk menangkap tikus
menggunakan kos menjimatkan yang beranggaran RM 1.00. Alat ini akan
memudahkan masyarakat membinanya sendiri. Selain itu, kita juga dapat
mengitar semula bahan terbuang, menjimatkan kos dan sekaligus dapat
memelihara alam sekitar. OBJEKTIF I. Menggunakan bahan terpakai untuk
mengelakkan pencemaran alam sekitar . II. Memanfaatkan bahan terpakai
dengan lebih efisyen . III. Dapat mengurangkan penyakit berjangkit dengan
mengurangkan bilangan tikus. IV. Meningkatkan lagi kadar kebersihan alam
sekitar. RASIONAL PROJEK I. Mengurangkan populasi tikus. II. Meningkatkan
tahap kebersihan persekitaran. III. Mengelakkan populasi haiwan perosak yang
lain di kawasan tersebut. IV. Mengurangkan penyakit berjangkit yang dibawa
oleh tikus. V. Menjimatkan kos menggunakan bahan terbuang. VI. Mengitar
semula bahan terbuang yang mengambil masa yang lama untuk lupus. VII.
Mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar.

2. SKOP DAN LIMITASI PROJEK SKOP PROJEK - Alat penangkap tikus yang telah
kami reka dapat digunakan secara pakai buang. Hal ini kerana, bakteria yang dibawa
bersama tikus yang ditangkap amat berbahaya untuk disentuh. Oleh itu, alat ini
hanya perlu dibuang setelah digunakan. - Oleh kerana bahan yang digunakan untuk
membuat alat ini senang didapati, maka proses pembuatan alat ini amat mudah dan
dapat dibuat di mana-mana sahaja sama ada di rumah, sekolah, dan sebagainya.
LIMITASI PROJEK - Sepanjang melakukan projek ini,kami telah menghadapi
kesulitan untuk ke tempat kajian kerana perlu mendapat keizinan daripada pihak
pengurusan kantin kerana kaji selidik yang kami jalankan setelah waktu
persekolahan berakhir. - Kami juga terpaksa menggunakan masa pengajaran dan
pembelajaran sedikit sebanyak bagi menyiapkan projek ini kerana waktu yang
terhad. Oleh itu, terdapat beberapa subjek yang tidak dapat kami ikuti.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK KEPENTINGAN i. Bilangan tikus dapat
dikurangkan ii. Pencemaran dapat dikurangkan iii. Membantu meringankan kos
kerajaan untuk menangkap tikus iv. Mengurangkan pembaziran bagi kos rawatan
penyakit yang dibawa tikus IMPAK i. Mengurangkan populasi tikus melalui alat ini ii.
Peratus habitat untuk tikus akan menurun iii. Kesihatan masyarakat akan lebih
terjaga kerana persekitaran yang lebih bersih -2-
1. 3. ANGGARAN KOS PROJEK Bil. Peralatan Kos seunit (RM) 1. Gunting (sedia ada)
2. Benang (sedia ada) 3. Pisau pemotong (sedia ada) 4. Hot glue gun (sedia ada) 5.
Botol mineral plastik (kitar semula) 6. Batang sate (kitar semula) 7. Gelang getah
(kitar semula) 8. Paku (kitar semula) 9. Klip kertas 0.20 10. Hot glue gun stick 0.80
Jumlah 1.00 TINJAUAN/KAJIAN LITERATUR Pelbagai kaedah penyelidikan yang
telah kami jalankan. Antaranya ialah melalui kaedah pemerhatian,kaedah kaji selidik
dan juga kaedah temu ramah. Oleh itu, kami telah membuat pemerhatian dengan
meninjau keadaan di kantin pada waktu tamat sesi persekolahan untuk mendapatkan
kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh pihak pengurusan kantin. Kami telah
mendapati keadaan stor kantin yang gelap dan terdapat sumber makanan yang
banyak merupakan antara faktor stor tersebut menjadi tempat tinggal bagi tikus-tikus
tersebut. Selain itu, kami juga telah menggunakan kaedah kaji selidik dengan
meletakkan dua keping roti pada salah satu sudut di dalam stor tersebut. Pada
keesokan harinya, kami mendapati bahawa terdapat sisa-sisa roti di tempat kaji
selidik kami. Hal ini membuktikan bahawa stor tersebut memang terdapat tikus-tikus.
Tambahan pula,kami telah menemu ramah seorang kakitangan kantin dan beliau
telah menyatakan bahawa tikus-tikus tersebut telah mencemari bekas-bekas yang
digunakan untuk memasak yang sebelum ini telah dicuci oleh mereka. Hal ini telah
membebankan pihak kantin untuk mencuci bekas tersebut semula. Oleh itu, kami
juga telah meninjau aspek kebersihan stor dan mendapati terdapat najis-najis tikus di
sudut-sudut stor tersebut KAEDAH PENYELIDIKAN ATAU METODOLOGI PROJEK
METODOLOGI PROJEK Pembinaan model Membaiki kekurangan pada model
Menguji keberkesanan model dengan meletakkannya di kantin sekolah Menilai -3-
2. 4. PELAN PERANCANGAN PROJEK Mula Taklimat projek Pemilihan Tajuk Projek
dan Penyediaan Kertas Cadangan Pembentangan Kertas Cadangan Diterima Aktiviti
Projek Penyerahan hasil projek dan draf laporan Diterima Membentang projek
Menghantar laporan Menyemak laporan dan menilai hasil projek Pembetulan TIDAK
YA Penambahbaikan TIDAK YA Guru Pembimbing Projek Murid Ketua Kumpulan
Guru Pembimbing Murid Murid Panel/guru pembimbing Membuat Kesimpulan -4-
3. 5. KESIMPULAN Menyedari tentang masalah yang selalu dihadapi oleh pekerja-
pekerja kantin,kami telah memasang perangkap tikus yang telah kami cipta daripada
bahan buangan. Impak positif telah dapat dilihat dengan perangkap yang kami
pasang dikantin sekolah telah berjaya menangkap seekor tikus. Diharapkan dengan
adanya alat ini,dapat membantu mengurangkan kadar populasi haiwan perosak di
negara kita. Pada masa yang sama,alat ini juga dapat mengurangkan lagi kadar
pencemaran alam sekitar. Seterusnya, dapat meningkatkan kualiti kebersihan.
Penciptaan alat ini mampu mengurangkan kos kerajaan untuk memproses semula
bahan-bahan terbuang tanpa memanfaatkannya terlebih dahulu. Akhir sekali, alat ini
akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kegunaan
bahan-bahan terbuang. -5-

Anda mungkin juga menyukai