Anda di halaman 1dari 12

BUKU SKRAP

KESUSASTERAAN MELAYU

NOVEL NARATIF
OGONSHOTO

NAMA : NORSYAHADAH ATIKA BINTI SAKA


TINGKATAN : 4 HIKMAH
NAMA GURU : CIKGU AZLINA
TAJUK KAJIAN : BAB 4 AISBERG
ISI KANDUNGAN

1: SINOPSIS 1
2: TEMA & PERSOALAN 2
3: PLOT 3
-PERMULAAN
-PERKEMBANGAN
-PERUMITAN
-KLIMAKS
-PELERAIAN
4: TEKNIK PLOT 4
5: WATAK & PERWATAKAN 5
6: LATAR 6
-LATAR TEMPAT
-LATAR MASA
-LATAR MASYARAKAT
7: GAYA BAHASA 7
8: NILAI 8
9: PENGAJARAN 9
SINOPSIS

Aisberg daripada kutub utara dan kutub selatan dikatakan dapat ditarik
ke Ogonshoto . Dalam tempoh dua bulan lagi Ogonshoto akaan dilanda
kemarau . Sejak penarikan aisberg diumumkan , Pantai Teluk Pinavana
sering di kunjungi oleh penduduk Ogonshoto, termasuk lah lelaki tua dari
Runakita .Penduduk hanyut dengan angan angan tersebut sehingga lupa
bahawa Ogonshoto sudah mula merakah dan setitik hujan pun tidak turun
membasahi bumi. Lelaki tua itu mesti memastikan 14 tong airnya penuh
sebelum pulang ke rumah .

Pada suatu pagi , ketika jiran lelaki tua itu hendak pergi ke Teluk
Pinavana untuk menunggu ketibaan aisberg , lelaki tua itu mula
menggalian satu kawasan kecil dirumahnya bagi membuat kolam .
Beberapa saat kemudian jirannya memaklumkan bahawa kontraktor
memberi kata dua kepada pentadbir supaya digandakan tiga kali bayaran
yang telah ditetapkan dan mesti dilunaskan sebelum aisberg tiba atau
mereka tidak akan bekerjasama . Lelaki tua itu menunggu saat aisberg di
agihkan. Dalam masa yang sama dia masih meneruskan kerja mendalam
kolam dengan harapan muncul mata air. Setelah tiga bulan berlalu,
jirannya tidak muncul muncul membawa berita tentang aisberg. Aisberg
yang di nantikan tidak muncul , kolam yang digali juga tidak
menampakkan sebarang mata air. Jelaslah difikirannya bahawa penantian
untuk aisberg tiba hanyalah fatamorgana semata mata .
TEMA

Ianya tentang propaganda bagi menutup kesilapan kerajaan dengan


janji janji yang tak pasti .

PERSOALAN

1 . Persoalan tentang kegagalan mengurus alam sekitar menyebabkan


berlakunya kemarau
Contoh: Mengikut wartawan Japan News Network Ogonshoto tidak perlu
mengeluarkan biaya tinggi untuk menarik aisberg jika bijak mengurus alam
sekitar terutama kawasan tadahan .
2 . Persoalan tentang keghairahan menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba
Contoh: Keghairahan rakyar Ogonshoto yang menanti ketibaan aisberg di
Teluk Pinavana .
3 . Persoalan tentang mementingkan kebendaan dalam masyarakat
kapitalisme
Contoh: Pemilik pemilik kren dan pemilik gergaji raksaksa memberi kata
dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti
dilunaskan sebelum aisberg tiba jika tidak merekah tidak akan
bekerjasama.
4 . Persoalan tentang aisberg yang tidak muncul muncul
Contoh: Setelah tiga bulan berlalu , jiran lelaki tua tidak muncul muncul
membawa berita tentang aisberg.
5 . Persoalan tentang kebenaran yang di sembunyikan kepada rakyat
Contoh: Semua orang presiden menutup saluran enam yang menyiarkan
berita tentang Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi untuk
menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar .
PLOT

PERMULAAN
Berita di stesen dan radio republic menyiarkan ucapan Presiden tentang 14 orang
Nakhoda sedang menarik aisberg untuk kelangsungan hidup di Ogonshoto . Dalam
tempoh dua bulan lagi Ogonshoto akan di landa kemarau .

PERKEMBANGAN
Sejak berita penarikan aisberg diumumkan , Pantai Teluk Pinavana sering dikunjungi
penduduk , termasuklah lelaki tua dari Runakita . Penduduk Ogonshoto hanyut dengan
angan tersebut sehingga lupa pada bumi Ogonshoto yang mula merekah.

PERUMITAN
Jiran lelaki tua itu memaklumkan kepadanya bahawa kontraktor memberi kata dua
sepakat kepada pentadbir supaya digandakan tiga kali bayaran yang ditetapkan dan
mesti dilunaskan sebelum aisberg tiba atau mereka tidak akan bekerjasama.

KLIMAKS
Lelaki tua itu ingin menunggu saat aisberg itu diagihkan . Dalam masa yang sama dia
terus berkerja mendalam kolam dengan harapan akan muncul mata air. Namun belum
ada tanda tanda mata air akan muncul.

PELERAIAN
Aisberg yang dinantikan tidak muncul , kolam yang di gali juga tidak menampakkan
sebarang tanda mata air . Jelaslah fikirannya bahawa penantian aisberg itu hanyalah
fatamorgana sahaja.
WATAK & PERWATAKAN

NAKHODA
1. Seorang yang gigih
Contoh: Berusaha untuk mengangkut aisberg dari kutub selatan ke Ogonshoto
2. Seorang yang tegas dengan pendirian sendiri
Contoh: Nakhoda tidak dapat menerima pendapat pakar aisberg yang menafikan
kemampuan Nakhoda untuk mengalihkan aisberg tersebut.

PAKAR AISBERG
1. Seorang berpengetahuan luas mengenai aisberg
Contoh: Dia mengetahui perbezaan ukuran hemisfera selatan dan hemisfera utara.
2. Seorang yang rasional
Contoh: Dia menasihati Nakhoda yang memarahi pekerjanya yang mengalihkan
aisberg dengan alasan yang munasabah.

PRESIDEN
1. Seorang yang berkeyakinan
Contoh: Dia yakin hanya di Ogonshoto sahaja boleh menguruskan aisberg itu

LELAKI TUA
1. Seorang yang tidak mudah berputus asa
Contoh: Dia mengali lubang untuk membuat kolam selama berbulan bulan
2. Seorang yang gigih
Contoh: Dia tidak akan pulang ke rumah selagi 14 tong airnya tidak penuh .

RAKYAT OGONSHOTO
1. Seorang yang terlalu mengharapkan sesuatu tanpa berusaha
Contoh: Mereka tidak sabra menanti kehadiran aisberg yang telah di janjikan
akan tiba di Ogonshoto. Namun mereka tidak berusaha untuk mencari air sendiri.
LATAR

LATAR TEMPAT
1. Pulau Disko , Pantai Barat Greenland dan Kutub Selatan
Contoh: Pakar aisberg itu dibesarkan di Pulau Disko, di Pantai Barat Greenland
dan telah berkali kali pula ke Kutub Selatan.
2. Christchurch dan Capenhagen
Contoh: Sementara Pakar Aisberg itu ke Chirstchurch sebelum menaiki
Pesawat terbang ke Capenhagen.
3. Dunedin
Contoh: Dengan kapal itu para pekerja akan kembali ke Dunedin.
4. New Zealand
Contoh: Matahari bangkit dari Laut Pasifik belahan timur bersama sama deruan
tiga buah kapal terbang pegawai Pantai New Zealand.
5. Rai rapa
Contoh: Di Rai-rapa juga begitu.
LATAR MASA
1. Pukul Sembilan malam
Contoh: kurang lebih pukul Sembilan malam barulah aisberg kedua itu mula
bergerak perlahan lahan
2. Waktu malam
Contoh: dari kejauhan , waktu malam pula , mereka melihat aisberg itu seperti
sebuah pulau putih yang hanyut sebatang kara memasuki mulut pasifik selatan .
3. Pada malam dingin
Contoh: pulau putih itu sendiri sedang kepenatan berenang pada malam dingin
4. Dua bulan lagi
Contoh: kurang dua bulan lagi Ogonshoto akan di landa kemarau keras Sembilan
bulan
5. Beberapa minggu lalu
Contoh: malah sejak beberapa minggu lalu , tiada setitik hujan pun jatuh di bumi
Ogonshoto
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang tidak mahu menerima kebenaran
Contoh: semua orang presiden menutup saluran enam yang menyiarkan berita
tentang Ogonshoto yang tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi bagi menarik
aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar
2. Masyarakat yang mudah lupa
Contoh: angan - angan kehadiran aisberg menyebabkan mereka mudah lupa bumi
Ogonshoto yang mula kering di mana tanah mula merekah dan pohon-pohon mula
layu.
3. Masyarakat yang ghairah
Contoh: mereka ghairah meluap-luap menanti ketibaan aisberg
4. Masyarakat yang mementingkan kebendaan
Contoh: pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji raksaksa memberi kata dua
kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan
sebelum aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.
5. Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat untuk Berjaya
Contoh: lelaki tua itu berazam akan memenuhi 14 tong airnya sebelum balik ke
rumah.
GAYA BAHASA

1. KATA GANDA
Contoh: kapal-kapal , kerja-kerja , perlahan-lahan , lampu-lampu ,seolah-olah.
2. PERSONIFIKASI
Contoh: sebuah kapal menjerit ,gunakan sepenuh tenaga mengheret aisberg
tegar itu ke utara.
Contoh: pulau putih itu mulai pasrah , membuntuti kapal-kapal yang
menderam.
Contoh: pulau putih itu sendiri sedang kepenatan berenang pada mala dingin
3. METAFORA
Contoh: kaki langit ,dunia angan
4. SIMILE
Contoh: mereka melihat aisberg itu seperti sebuah pulau putih yang hanyut
sebatang kara memasuki mulut pasifik selatan.
Contoh: seolah-olah bintang bertaburan di langit belum memadai sebagai
penunjuk jalan
Contoh: bagai pemburu-pemburu mamalia akuatik sedang menarik paus biru
kena serampang .
5. PENGUNAAN BAHASA INGGERIS
Contoh: titanic , japan news network
NILAI

1. KEGIGIHAN
Contoh: lelaki tua itu tetap gigih mengali kolam untuk mendapatkan air
biarpun hingga serratus kaki.
2. KESABARAN
Contoh: lelaki tua itu sabra menanti kolamnya digenangi air .
3. KERAJINAN
Contoh: lelaki tua itu rajin berusaha mengali kolam , mencari dan mengumpul
kayu api memagari kolam , membumbung dapur dan berulang alik
mengangkut air.
4. KEBIJAKSANAAN
Contoh: lelaki tua menggunakan kaedah memanaskan air laut sehingga
menjadi wap air lalu titisan air masuk kedalam tongnya.
5. KEAZAMAN
Contoh: lelaki itu berazam tujuh tong mesti dipenuhi air.
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan .


Contoh: lelaki tua itu tetap menggali kolam biarpon sehingga beratus kaki
akhirnya usahanya Berjaya.
2. Kita hendaklah sabar dalam melakukan sesuatu supaya beroleh kejayaan .
Contoh: lelaki tua menunggu dasar kolamnya digenangi air dimana
kesabarannya membawa kejayaan .
3. Kita hendaklah mempunyai keazaman yang kuat untuk Berjaya.
Contoh: lelaki tua berazam tujuh tong air nya mesti dipenuhi air .
4. Janganlah terlalu ghairah dalam sesuatu perkara.
Contoh: rakyat Ogonshoto terlalu ghairah meluap luap menanti ketibaan
aisberg namun sudah hampir tiga tetangganya tidak muncul-muncul lagi
untuk bercerita tentang aisberg .
5. Janganlah terlalu mementingkan kebendaan .
Contoh: pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji raksaksa memberi kata dua
kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan
sebelum aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.
6. Kita hendaklah bijak mengurus alam sekitar jika tidak akibatnya akan
berlaku bencana alam seperti kemarau.
Contoh: mengikut wartawan jepun news network Ogonshoto tidak perlu
mengeluarkan biaya tinggi untuk menarik aisberg jika bijak menguruskan
alam sekitar .
Sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai